Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

18 Jan 2013

CERPEN PENDEK : Dongeng Cinta Kita Bab 3

Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan Islam. Selamat membaca. Jika terdapat kekurangan pada post kali ini silakan memberi teguran yang membina :)

Mata Aliff Danial dan mata Puteri Syafiyyah Amani bertemu. Hati Aliff Danial berdegup kencang. Walaupun Aliff Danial hanya dapat melihat sepasang mata Puteri Syafiyyah Amani namun hati lelakinya tetap tertawan. Adakah ini cinta pandang pertama?

"Encik...Encik...!" panggil Puteri Syafiyyah Amani perlahan. Hatinya berdebar-debar. Pandangan mata redup  lelaki tersebut singgah di hatinya. Tampan sekali hamba-Mu ini Ya Allah. Astagfirullahalazim.
"Ya..ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Aliff Danial.
" Mana Dragon?" tanya Puteri Syafiyyah Amani perlahan.
" Naga? Mana? Mana? " Mata Aliff Danial meliar di sekitar kawasan rumah itu.
" Bukan naga la encik, Dragon tu kuda saya," kata Puteri Syafiyyah Amani sambil tertawa perlahan.
Dia ketawa? Ya Allah...Mesti senyumannya sungguh manis. Bengap betul lah aku ni. Zaman moden macam sekarang ni manalah ada naga. Bukan dongeng saja ka? Aduh ! Malu-malu...
"Oh! Kuda hitam tu ya? Ada di belakang rumah ni. Di belakang rumah ni terdapat sebatang sungai yang mengalir perlahan. Kuda cik tengah melepaskan lelahnya kot," jelas Aliff Danial panjang lebar.
"Terima kasih..." ucap Puteri Syafiyyah Amani sambil berjalan perlahan menuju ke belakang rumah lelaki tersebut.
"Err..Cik,boleh saya tahu nama cik?" pertanyaan jujur daripada Aliff Danial membuatkan langkah Puteri Syafiyyah Amani terhenti. Tanpa menoleh ke belakang Puteri Syafiyyah tersenyum dan menjawab ringkas.
" Amani.." Puteri Syafiyyah Amani kemudiannya meneruskan langkahnya untuk mencari Dragon.
'Sedap nama tu..Mesti cantik orangnya.'

********************************

"Dragon...Macam mana kita boleh sampai sini ni? Beta tak nak orang lain tahu..Kalaulah kita tertangkap di sini macam mana? Allah...Dragon, mari kita pergi daripada sini..." bisik Puteri Syafiyyah Amani di telinga Dragon seolah-olah Dragon memahami kata-katanya.

Puteri Syafiyyah Amani menarik tali yang terdapat pada tengkuk Dragon, Dragon mengekorinya perlahan-lahan. Puteri Syafiyyah Amani mencari-cari kelibat lelaki tampan yang menegurnya tadi. Tetapi Puteri Syafiyyah Amani berasa bersalah jika tidak mengucapkan terima kasih kepada orang yang menolongnya tadi.

Puteri Syafiyyah masuk ke dalam rumah yang separuh usang itu. Walaupun begitu, rumah itu terletak di tengah-tengah hutan. Di tepi-tepinya terdapat beberapa jenis bunga dan sayur-sayuran ditanam rapi. Seperti dihuni sepasang suami isteri yang bahagia. Mungkin lelaki tersebut seorang suami? Mungkin...

Tiba-tiba dia terdengar suara lelaki tadi daripada sebuah bilik. Puteri Syafiyyah Amani teragak-agak untuk melihatnya. Dia mendekatinya perlahan-lahan.

" Allahuakhbar..." kata lelaki tadi sambil mengangkat takbir. Aliff Danial menjadi imam kepada dua orang jemaah. Salah satu daripada jemaah tadi ialah seorang tua yang duduk di atas kerusi. Mungkin dia terlalu uzur untuk bersolat sambil berdiri. Seorang lagi ialah jemaah perempuan...

" Kau tak solat?" tanya gadis yang ku lihat setelahku terjaga daripada pengsan.
" Saya uzur..." jelas Puteri Syafiyyah Amani.
" Oh! Untuk pengetahuan cik...Abang Aliff yang bawa kau balik tadi. Dia kata kau kena patukan ular. Betul ke? Ke kau pura-pura pengsan sebab nak pikat Abang Aliff?" serkap gadis itu.
" Astafirullahalazim dik, kakak tak ada niat pun !" bantahku.
" Eleh..boleh percaya ke cakap kau ni? Kau ni apa hal berpurdah-purdah segala? Kau ni penyamun yang melarikan diri ke? Dah la pakai purdah..Naik kuda, tengah-tengah hutan..Bersendirian pula tu. Kau tak takut ke?" tanya gadis itu. Puteri Syafiyyah Amani menahan sabar. Ini sudah keterlaluan. Sabar Fiyyah. Sabar..
" Terpulang kepada adik lah! Kakak ada Allah di sisi kakak. Jadi akak tak perlu takutkan apa-apa.." kata Puteri Syafiyyah Amani tenang.

"Cik Amani , Izara...Kenapa ni ? Ada apa-apa yang boleh abang tolong? Abang dah habis solat. Err..Izara, ayah nak mandi tu.." kata Aliff Danial sambil menunjuk ke arah Pak Ali yang sudah siap sedia untuk mandi.
" Mana ibu? Kenapa ibu tak mandikan ? Isy,menyusahkan betul!" Izara membentak sambil membebel.
" Ibu tengah hidangkan makanan tengah harilah!" Aliff Danial menerangkan kepada Izara yang sedang membebel. Walaupun sudah dijelaskan, Izara tetap memberontak.
" Encik..Terima kasih sebab selamatkan saya, saya perlu bertolak sekarang" kata Puteri Syafiyyah Amani.
" Sama-sama. Saya tolong awak ikhlas. Tak mengharapkan apa-apa balasan pun.Jangan pergi lagi..Luka di kaki Cik Amani belum betul-betul sembuh. Jika Cik Amani berjalan jauh,kemungkinan besar bengkak di kaki Cik akan lebih teruk.." ujar Aliff Danial.
' Saya ingin berkenalan dengan awak.' detik hati Aliff Danial.

" Nak..Janganlah pergi lagi..Makanlah di rumah makcik dahulu. Rehatlah dan buat seperti rumah anak sendiri," kata seorang perempuan yang separuh umur. Pakaian serba ringkas dan bersih. Mukanya kelihatan berseri-seri selepas solat.  Puteri Syafiyyah Amani tidak sanggup untuk menolak.
"Baiklah makcik...Terima kasih," ujar Puteri Syafiyyah Amani.
' Yes,yes,yes !' hati Aliff Danial girang. Tetapi wajahnya tetap kekal selamba.


- Terima Kasih membaca. Agak-agak apakah taktik yang digunakan oleh Aliff Danial untuk memikat hati Puteri Syafiyyah Amani..? Tunggu bab seterusnya yaaaaa :)



No comments:

In LOVE