Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

23 Feb 2013

Cerpen Ketabahan Hati seorang Gadis versi DBP

Assalamualaikum...Ini merupakan salah sebuah cerpen yang dihantar ke Dewan Bahasa Dan Pustaka. Terima kasih kerana sudi membaca cerpen Syaz !


Hidup ini kadang-kadang menyakitkan, kadang-kadang mengembirakan.  Semua itu
sudah aku anggap bagai asam garam dalam kehidupan.  Aku Batrisya.  Anak seorang
penoreh getah.  Ibu aku sudah meninggal dunia sejak aku berusia sembilan tahun
akibat serangan jantung.  Sekarang umurku lima belas tahun. Aku anak tunggal. Tiada
saudara kandung.  Aku hanya tinggal bersama ayahku.  Ayahku tidak kuat lagi untuk
bekerja.  Tetapi, dia tak pernah tunjuk yang dia penat melakukan pekerjaan itu. Aku
kagum dengan sikapnya.  Saban kali, aku pulang dari sekolah akanku coret kisahku
dalam buku ‘lusuh’ ini.   Aku ingin menjadikan ia sebagai diari hidupku.

Hidupku bukannya seperti orang lain.  Kami hanya kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang.  Kadang-kadang pernah satu hari sebiji nasi kami tak jamah.  Hanya
kerana tiada wang untuk membeli!  Tapi aku tak mahu merungut!  Aku berfikir mungkin
ada orang lain yang lebih daif daripada kami.  Aku harus kuat sebagaimana ayah kuat
bekerja untuk menyara kehidupan kami.

Malam itu, hujan tiba-tiba datang dengan lebat, guruh berdentam-dentum,  kilat
sabung-menyabung.  Aku terpaksa mencari baldi untuk menadah air yang bocor dari

atap rumah usangku. “Sya… tolong ayah ambilkan baldi di dapur.” Arah ayahku sambil
terbongkok dan terketar-ketar untuk berdiri. Aku yang melihat ayah seperti itu, sepantas
kilat aku menolongnya.  Kemudian,  aku bergegas ke dapur kecilku untuk mengambil
baldi. Lebih kurang lima minit, aku mula berada di ruang tamu usangku.  Aku
meletakkan baldi di tempat yang kebocoran air dari atap. Mataku melilau mencari ayah. 
Ayahku menggigil menahan kesejukan. Aku pantas mendapatkan ayah.

“Ayah, ayah tak apa-apa ke?”

“Ayah tak apa-apa.”  Ujar ayah sambil melabuhkan punggungnya di atas lantai kayu
rumah usangku. Badannya disandarkan di dinding kayu. Tiba-tiba, ayah terbatuk.
“Uhuk!! Uhuk!! Uhuk!!”  Batuknya tidak henti membuatkan aku semakin khuatir dengan
keadaannya.

“Ayah, batuk ayah semakin teruk ni.”  Aku memerhatikan ayah yang tak henti-henti
melepaskan batuk. Aku mengusap di belakang tubuhnya dengan lembut. Ingin
mengurangkan sedikit rasa kesakitannya itu.

Ayah memandangku dengan senyuman kelat. “Ayah tak ada apa, Sya.  Ayah sihat
lagi ni.”  Ayah cuba membohongiku.  Aku tahu, semua itu hanya ingin menyedapkan
hatiku sahaja.

Aku juga menghenyakkan punggungku di sebelah ayahku sambil memerhati air dari
atap yang menitik laju jatuh ke dalam baldi. “Tap!! Tap!! Tap!!”

 “Ayah, esok selepas Sya balik dari sekolah, Sya belikan ayah ubat ya.” Aku cuba
memujuk ayah. Aku berharap ayah akan termakan dengan pujukanku.

“Tak payahlah Sya. Sya simpan saja wang saku itu. Nanti boleh Sya buat belanja
makan.”  Sempat lagi ayah memikirkan tentang aku di saat keadaannya begitu sakit,
begitu terseksa.

“Ayah, Sya nak makan apa lagi ayah? Pulut dan ikan kering pun sudah memadai untuk
Sya makan ayah. Yang penting, esok Sya nak belikan ubat untuk ayah.”  Aku
memberi kata putus.

“Sya, ayah tak minta apa-apa daripada Sya. Ayah cuma nak anak ayah berjaya dalam
pelajaran. Itu sahaja. Ayah tak ada harta nak beri pada Sya. Harta yang ayah hanya
mampu beri ialah ilmu.  Sya gunakanlah harta itu sebaik-baiknya. Sebab hanya dengan
pelajaran sahaja kita dipandang mulia oleh orang lain. Tanpa ilmu, kita tak ke mana
Sya. Ayah berharap Sya dapat gunakan ilmu yang cikgu ajarkan itu dengan sebaik-
baiknya.  Ayah tak mahu Sya jadi macam ayah.  Hidup miskin…” Nasihat ayahku
panjang lebar.

Saat itu, kolam mataku mula berair. Menahan daripada air mata berguguran. Aku
mengalihkan pandangan mataku ke arah titisan air hujan yang laju jatuh ke dalam baldi
itu. Setiap titisan air hujan itu bagai mengerti saat ini, air mataku benar-benar tidak
tertahan untuk ku tanggung lagi.


“Sya dengar tak apa yang ayah cakapkan ni?”

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian, aku mengalihkan pandangan
mataku ke arah ayah dengan senyuman. Aku harus kuat!  Aku harus kuat demi ayah
dan ibu. “Sya dengar ayah. Sya janji, Sya akan belajar dengan bersungguh-
sungguh.  Sya akan balas jasa ibu dan jasa ayah.”  Ujarku menahan sebak yang mula
berbukam dalam hati.

Tilam yang nipis dihujung dinding ku tarik dekat dengan ayah. “Ayah, tidurlah.”  Arahku.
lantas, ayah merebahkan tubuhnya di atas tilam yang nipis dan berbantalkan surat
khabar. Kemudian, aku mengambil kain selimut yang lusuh lalu menyelimutkannya ke
atas tubuh kurus ayahku itu.  Aku melihat  mata ayah mula terpejam rapat. Aku
mencium dahi tuanya dengan penuh kasih dan sayang.  Tanpa sedar, aku menitiskan
air mataku jua.  Tak tertahan lagi menanggung  derita. Namun, apa yang mampu aku
lakukan? Hanya berusaha dan berdoa kepada Allah S.W.T.

Kemudiannya, aku merebahkan tubuhku bertilamkan lantai kayu rumah dan kotak
yang aku jumpa di tepi bangunan sekolah, aku jadikan sebagai pengganti selimut.  Aku
rela terseksa kerana aku inginkan ayah selesa.

“Ibu…”  Ujarku menahan rasa rinduku pada ibuku sehingga aku tidak sedar aku mula
terlelap.

********************

“Meoww!!! Meowwww!!!” Kucing jantan ini aku menggelarkan ia sebagai Si Tompok. Si
Tompok sudah aku anggap sebahagian daripada hidupku di kala aku senang mahupun
kala aku susah.  Si Tompok aku anggapnya sebagai sahabat sejati.  Kadang-
kadang, sahabat di sekolahku menyamakan aku dengan spesis ‘binatang’. Itulah kata-
kata yang paling sakit yang pernah aku dengar. Sehingga kini, luka itu masih berbekas
dalam hati. Jika ditoreh sekali lagi, pasti darahnya tak henti.

“Tompok, Sya nak pergi sekolah dah ni. Tompok tolong tengokkan ayah. Okeylah, Sya
nak pergi sekolah dah ni.  Balik nanti kita main bersama ya.” Ujarku lantas memakai
kasut lusuhku yang hampir tercabut  tapak kasut. Setiap bait-bait itu, aku bagai
menganggap Tompok memahaminya.

“Ayah, Sya nak pergi sekolah dah ni!!!”  Jerit aku dari luar rumah.

“Tunggu sekejap Sya.” Ujar ayah sambil berlari anak ke arahku sambil terbatuk-batuk.

“Eh, ayah!  Janganlah lari. Ayahkan masih belum sihat.”  Aku menasihati ayah sambil
memandangnya dengan penuh kerisauan.  Kalau ikutkan hati, tidak mahu aku hadir ke
sekolah. Tetapi, kata-kata hikmat daripada ayah semalam umpama menyuntik
semangat untuk aku kembali ke alam realiti.

“Nah, ambil wang saku ni.” Ayah menghulurkan not seringgit kepadaku.

Aku menahan sebak!  Aku menolak huluran itu dengan lembut. “Ayah, wang saku Sya

banyak lagi.  Balik nanti Sya belikan ubat untuk ayah ya.  Sya nak ayah sihat.  Sya tak
mahu ayah sakit. Sya sayang ayah.  Sya tak sanggup kehilangan ayah.”  Ujarku
menahan sebak.

“Ayah pun sayangkan Sya.”

“Baiklah, Sya pergi sekolah dulu ya. Assalamualaikum…”  Aku cium tangan tua ayahku
dengan penuh rasa hormat.

“Waalaikumussalam…”

********************

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu.” Suara semua perlajar mula bergema
di dalam kelas 3 Fatanah.

“Waalaikumussalam. Awak semua boleh duduk.”  Arah cikgu Safalina dengan serius.
Cikgu Safalina merupakan seorang guru yang paling memahami pelajar. Beliau
mengajar subjek Bahasa Melayu.

“Terima kasih cikgu.”  Semua para pelajar mula menghenyakkan punggung di atas
kerusi masing-masing termasuk aku.

“Sama-sama. Baiklah, awak semua sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan

yang akan datang tak lama lagi?”  Soalnya sambil berjalan di sekeliling pelajar.

 “Sudah!!!” Semua pelajar bersuara kecuali aku.

Cikgu Safalina memandang pelik ke arahku. Dia datang menghampiriku. “Sya, awak
ada masalah ke?” Soalnya kepadaku.

“Tak ada apa-apa cik…gu.”  Tergagap-gagap aku dibuatnya.

“Hm, awak sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan tak lama lagi? Awak sudah
mengulang kaji pelajaran?” Ulangnya dengan soalan yang sama.

“Ulang kaji apanya cikgu? Asyik main dengan kucing  kurap itu saja!!!” Hisham mula
mencelah. Dia ialah seorang pelajar yang paling bemulut lancang. Hobinya sering
menganggu kehidupan orang. Tak sah kalau sehari dia tidak menyakiti hatiku!

Semua orang mula mengertawakan aku. Saat itu, aku rasa bagai halilintar datang
memanah ke dalam anak telingaku. Kesan yang kian beransur pulih, kini berdarah
semula. Kata-katanya bagai dicucuk pisau yang baru diasah.  Mukaku merah akibat
menahan rasa malu kerana kelancangan mulutnya.  Tetapi, aku memilih untuk
berkata Alhamdulillah.  Hanya dengan kata-kata itu memberi aku kekuatan semula.

“Awak diam Hisham!  Awak jangan belajar biadap!”  Tengking cikgu Safalina sehingga
mematikan ketawa semua pelajar di dalam kelas itu.

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim aku memulakan pelajaranku. Semoga Allah
S.W.T memberi aku kefahahaman atas setiap apa yang aku pelajari hari ini.

********************

Aku mengorak laju langkahku.  Hisham dan rakan-rakannya di belakang mengejarku
dengan pantas.  Apabila aku berasa mereka berasa berhampiran denganku, sepantas
kilat aku berjalan.

“Hei, Si Kurap! Kau nak pergi mana tu hah?  Kalau kau lari pun, aku boleh kejar kau lah
Kurap oi!!!” Kata-katanya memang memedihkan hati. Hisham merupakan jiran
sebelah rumahku. Anak orang kaya. Hobinya saban hari hanya menganggu dan
merendah-rendahkan orang!!!

Kali ini, aku berlari dengan sepantas kilat.  Aku terdengar jeritan mereka sayup-sayup di
halwa telingaku. Mungkin mereka sudah berada jauh dengan aku.  Tanpa melengahkan
masa aku bergegas menuju ke rumah sambil menggenggam erat ubat ditanganku 
supaya tidak terjatuh.

“Assalamualaikum… Ayah!!!”  Laung aku memanggil ayah sambil membuka kasut.

“Waalaikumussalam…”  Ayah menjawab salam daripadaku.

“Ayah macam mana? Sakit lagi tak?”  Aku memadang seraut wajah ayah dengan kasih
8
sayang.

“Alhamdulillah… ayah sihat… uhuk!! Uhuk!!”  Belum sempat ayah menghabiskan
ayatnya, batuk bermula lagi.

“Macam ni ayah kata masih sihat ?  Tak kira, ayah kena makan ubat yang Sya beli. Sya
tak mahu ayah terus sakit.” Aku mula bingkas berdiri untuk mengambil sudu di dapur,
tetapi langkahku tiba-tiba terhenti.

“Kenapa Sya susahkan diri Sya sendiri? Sya sepatutnya simpan wang saku Sya ni.”
Ayah mula membebel dengan kedegilanku.

Aku menarik muka masam.” Salahkah kalau Sya nak tolong ayah Sya sendiri?
Salahkah kalau Sya tak mahu ayah Sya sakit? Salahkah?”  Bertubi-tubi soalan aku
hulurkan kepada ayah. Air mataku mula bertakung.  Ya Allah, salahkah jika aku mahu
menolong ayah aku sendiri? Aku bermonolog dalam hati.

“Yalah-yalah…”  Akhirnya ayah setuju dengan kata-kataku.  Aku mengorak langkah
menuju ke dapur sambil tanganku menghakis kasar air mata yang mula bertakung itu
untuk mengambil sudu.  Seusai memberi makan ubat, lantas menuju ke perigi untuk
mandi. Kemudian, aku masak untuk aku dan ayah serta megemas rumah.  Manakala,
pada sebelah malam, aku mengulang kaji pelajaran hanya berlampukan sebatang lilin
dan berteman seekor kucing. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa!


********************

Tujuh Tahun Lepas…

“Sya…”  Panggil ibu dengan lembut.

“Ya ibu, ada apa?”  Aku datang menghampiri ibu yang sedang melipat baju itu lalu
melabuhkan punggung di tepinya sambil tanganku membelek-belek buku.

“Boleh tak anak ibu janji dengan ibu satu perkara?”

Pertanyaan ibu itu membuatkan tingkahku terus terhenti. Aku memandang wajahnya
dengan kerutan di dahi. “Apa dia ibu?”

“Kalau ibu tak ada suatu hari nanti, ibu nak anak ibu jaga ayah baik-baik ya. Boleh tak?
Ibu nak Sya jadi anak solehah. Boleh tak?”

“Kenapa? Ibu nak pergi mana? Ayah tak boleh jaga sendiri ke?”  Aku  memandang ibu
dengan wajah yang pelik.

“Tak pergi mana-mana, sayang. Yalah, kalau nak jadi anak solehah, Sya kena jaga ibu
bapa, kena menghormati mereka. Sya nak jadi anak solehah tak?”  Ibu memandang
wajahku dengan senyuman terukir di bibir. Kain yang belum dilipat, tinggal ditepi.


“Nak!!!”

“Kalau Sya nak jadi anak solehah, Sya kena buatlah macam mana ibu cakap. Yang
penting, sembahyang jangan tinggal kalau kita nak berjaya. Sya, ibu nak Sya belajar
sungguh-sungguh. Ibu nak Sya berjaya macam orang lain.  Ibu tak mahu anak ibu
susah macam ibu, miskin macam ibu. Kalau Sya berjaya nanti, Sya boleh tolong ayah,
tolong orang-orang susah. Betul tak?”  Soal ibu sambil memicit kedua-dua belah pipiku
sambil tersenyum manis.

Aku ketawa mengekek-ngekek. “Sya nak tolong ibu jugak!”

“Yeka, nak tolong ibu?  Terima kasih… mari dekat dengan ibu. Nak peluk anak ibu yang
montel ni.”  Ibu mengangkatku untuk duduk di atas ribanya lalu menggeletek
pinggangku hingga meletus jua tawaku.

********************

Kenangan itu tak luput ditelan bumi. Kenangan bersama ibu!  Aku janji akan
mengubah corak kehidupanku. Aku menghakis air mataku sambil memandang raut
wajah ayah yang terpejam lena. Sya janji ayah!! Sya janji!!! Aku bermonolog.

********************

Sepuluh Tahun Kemudian….

Hidup aku sebelum ini, aku jadikan ia sebagai diari yang paling berharga. Aku sekarang
bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Aku bersyukur
kepada Allah S.W.T yang telah memakbulkan doaku. Semasa aku menghadapi
peperiksaan PMR, aku akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 8A. Aku
bersyukur kepada Allah S.W.T. Aku juga bersyukur kerana Allah telah memberi
kepadaku ibu dan ayah yang baik hati dan penyayang.  Selepas itu, aku mendapat
tawaran ke sekolah berasrama penuh.  Namun, tawaran itu aku tolak.  Aku ingin
menjaga ayahku.  Di dunia ini hanya ada ayah sahaja.  Tiada yang lain!

Selepas itu, aku menghadapi peperiksaan yang paling penting dalam hidupku, iaitu Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).  Aku juga memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 9A+.
Aku bersyukur kepada Allah S.W.T yang tidak terhingga.  Akhirnya, penderitaan yang
aku alami sebelum ini telah dibalas dengan kebahagiaan yang datang melimpah ruah.
Aku bersyukur mempunyai ibu bapa yang tidak henti-henti memberitahu aku bahawa
dengan ilmu sahaja hidup aku berubah dalam sekelip mata.

Aku akhirnya, membeli rumah di Kuala Lumpur.  Tinggal bersama ayahku.  Rumahku di
kampung kami melawat setiap hujung minggu serta menziarahi kubur ibu.  Jika ibu ada,
pasti ibu akan bahagia dengan apa yang aku berikan ini.  Tetapi, aku harus redha
dengan semua ketentuan Allah S.W.T. Allah lebih menyayangi ibu.  Walaupun, segala
kebahagiaan yang aku perolehi sekarang ini tanpa adanya ibu di sisi, jasanya yang
telah mengandungkan aku selama sembilan bulan sepuluh hari telah membuatkan aku
kini berjaya.  Begitu juga dengan ayah.  Ayah merupakan tulang belakang kami. Ayah
sanggup bekerja keras untuk menyara kehidupan kami daripada terus menderita.

Kedua-dua jasa mereka telah aku balas yakni mereka ingin melihat aku berjaya
dalam kehidupan.  Aku anak seorang penoreh getah mampu berdiri setanding dengan
orang yang berbapakan businessman, lawyer dan sebagainya.  Terima kasih kepada
ibu dan ayah yang telah memberi kesedaran kepadaku tentang kepentingan ilmu dalam
kehidupan.

“Sya menungkan apa tu?”  Soal Ayah tiba-tiba.

“Sya tengah sedut udara segar ni.” Ujarku sambil memberi senyuman kepadanya.
Bahagia aku melihat wajahnya yang kian berubah.

“Atau Sya ingatkan kekasih hati?”  Usik Ayah dengan senyuman terukir di bibir.
Senang hati aku melihat senyuman ayah. Dahulu, senyuman itu mati semenjak ibu
meninggal dunia. Tetapi kini, senyuman itu kembali berbunga! Kembali mekar! Terima
kasih Ya Allah…

“Merepek sajalah ayah ni. Kalau ada jodoh, Sya kahwinlah ayah.”  Ujarku dengan
penuh yakin.  Walaupun, dahulunya hidup kami daif, papa kedana. Namun, hidup kami
penuh dengan limpahan kasih sayang. Kasih sayang yang tak pernah terhenti walau
dimamah bumi.

“Sya anak yang baik, anak yang solehah.  Ayah dan ibu bangga dapat anak macam
Sya. Terima kasih kerana memakbulkan permintaan kami berdua.”  Ujar ayah menahan
sebak.  Tanpa sedar, air matanya gugur jua.  Aku menghakis air matanya

menggunakan hujung jariku. Selama dua puluh lima tahun aku hidup. Ini merupakan
kali pertama ayah mengalirkan air matanya di hadapanku. Subahanallah…

“Tak perlu ayah ucapkan terima kasih. Sya yang patut ucapkan terima kasih pada ayah.
Tanpa adanya ayah dan ibu, Sya tak lahir di dunia ini.  Sya sayangkan ayah dan ibu.
Sya gembira sangat.  Ayah tak sakit macam dulu lagi.”  Aku tersenyum memandang
wajahnya.

“Hm, bersyukur pada Allah.  Ayah nak pergi solat isyak. Sya dah solat?”

Aku menganggukkan kepalaku. “Sudah ayah.”

“Hm, tak apalah, ayah masuk dalam rumah dulu.”  Ujarnya lalu melangkah masuk ke
dalam rumah.

Dari jauh, aku hanya memerhati susuk tubuh ayahku yang semakin hilang daripada
anak mata. Aku mendongakkan kepalaku, melihat bulan yang bercahaya terang di
dada langit.  Tambahan pula, dengan bintang yang berselerakan, turut bertambah
cantik! Terima kasih Ya Allah atas kenikmatan yang engkau telah berikan kepadaku
ini. Kata-kata ibu dan ayahlah yang menjadi aku semakin yakin untuk mengharungi
kehidupan masa akan datang…

Semua kisah hidupku, aku coretkan dalam diari ‘lusuh’.  Aku menutup kembali
diari lalu aku letakkannya di atas meja. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T atas nikmat
yang telah diberikan kepadaku… Aku Bersyukur. Terima Kasih, Ya Allah…

No comments:

In LOVE