Kuda yang ditunggangi oleh Puteri Syafiyyah Amani mula
kepenatan setelah seharian menabur bakti kepada tuannya . Hijab Puteri
Syafiyyah Amani kebasahan dek peluhnya sendiri . Sejak pagi dia membawa dirinya
keluar dari istananya yang tersergam di tengah-tengah Negara Damaiputra . Dia
tahu , kepergiaanya kali ini akan menimbulkan kekecohan yang amat besar di
Negara Damaiputra namun kali ini dia terpaksa pergi . Pergi demi kebaikan
dirinya sendiri . . Kain kecil yang menutup sebahagian mukanya yang hanya
menampakkan matanya dibuka perlahan setelah dia yakin bahawa tiada siapa lagi
yang berada di kawasan itu melainkan dia dan kudanya . Peluh dimukanya dilap
perlahan dengan sapu tangan yang disimpan di koceknya . Terbit rasa bersalah
kerana meninggalkan Negara Damaiputra dan lebih-lebih lagi apabila mengenangkan
bertapa kecewa ayahanda dan bondanya .
“ Tuan Puteri Syafiyyah !” laung seseorang bersama beberapa
orang pengawal berkudanya .
‘ Alamak , cepatnya mereka ni … Tak reti penat ke ? Matilah
beta kali ni… Arh !’ rungut Puteri Syafiyyah Amani perlahan . Kudanya sudah
berlari laju dek terkejut oleh sentakan kaki tuannya .
“ Tuan Puteri ! Tunggu !’’ laungnya lagi namun kali ini
Puteri Syafiyyah Amani sudah tidak kelihatan . Hanya kelihatan satu kawasan
hutan yang sunyi sepi tanpa bunyi-bunyian dari serangga mahupun binatang .
Sangat sunyi .
Pengawal tentera yang mengejar Puteri Safiyyah Amani tadi
mula berpatah balik . Ingin mengabarkan berita kepada Raja Ahmed Hassan bin
Hussin dan Permaisuri Afifah binti Raja Rashidi tentang apa yang telah berlaku
.
Raja Ahmed Hassan dan Permaisuri Afifah berada di kamar
mereka sambil berbincang mengenai anakanda mereka yang melarikan diri .
“ Kanda , adinda rasa sungguh risau dengan anakanda kita
yang satu itu…” Permaisuri Afifah berkata sambil melabuhkan punggung di sofa
yang berada berdekatan dengan katilnya .
“ Kanda juga begitu dinda …” Raja Ahmed Hassan berkata .
“ Kanda lebih risau apabila anakanda kita melarikan diri
dengan menuggang kuda , nampaknya dia tidak akan pergi ke kawasan bandar
sebaliknya ke kawasan hutan yang sesetengahnya belum kita terokai .” sambungnya
.
“ Kanda… Mengapa anakanda kita tidak menggunakan kereta yang
telah kita khaskan padanya ? Aduh , risau rasanya hati dinda…”
“ Mungkin dia tidak mahu kita mencarinya , dengan GPS yang
terdapat pada kereta tersebut akan memudahkan kita menjejakinya . Hai, bijak
sungguh anakanda kita itu …”
“ Betul tu kanda , tapi tindakan anakanda tu telah
menyebabkan satu Damaiputra gempar . Malu dinda dengan Permaisuri negara-negara
lain . Mereka tentu menyangka kita tidak pandai mendidik seorang puteri untuk
menjadi pemerintah yang bagus…” keluh Permaisuri Afifah . Benar katanya itu…
Beberapa orang permaisuri mula berkata-kata sesama mereka . Apa yang mereka
tahu , seorang Puteri yang berhijab telah melarikan diri ! Tetapi sebab apa ?
Hanya beberapa orang tertentu sahaja yang berhak mengetahuinya . Permaisuri
negara lain mula menyisihkan Permaisuri Afifah . Haii , dunia kerabat pun ada
sisih-menyisih ka ? Lumrah alam sebenarnya !
“ Adinda tak perlu bimbang , kanda tahu anakanda kita itu
tentu boleh menjaga dirinya sendiri . Lagipun mungkin ini pun disebabkan oleh
salah kita . Sudah-sudahlah tu , mari kita tidur sayang ,’’ kata Raja Ahmed
Hassan sekadar untuk menyedapkan hatinya sendiri serta isterinya . Bapa mana
yang tidak bimbang apabila anak dara suntinya melarikan diri . Melarikan diri
ke hutan pula tu . Haishh !
“ Uhuk .. Uhuk.. Aik , kenapa tiba-tiba aku terbatuk ni ?
Alahai , ini mesti bonda dan ayahanda yang mengata aku ni . Ya Allah ,
ampunkanlah hambamu ini kerana menyakitkan hati kedua ibu bapanya sendiri . Aku
tidak berniat untuk memberontak namun aku perlu pergi untuk kebaikan diri aku
sendiri . Argh , bila aku sudah bersedia… Aku akan kembali ke istana untuk
memohon ampun dari mereka . “ Gumam Puteri Syafiyyah Amani perlahan .
Kuda yang dinaikinya ditambat di sebatang pokok besar di
tepi sungai . Dia berhenti untuk berehat sebentar . Keadaan yang tadinya siang
sudah berginjak ke malam hari . Puteri Syafiyyah Amani duduk di tepi kudanya
sambil ditemani cahaya bulan yang bersinar malap-malap sahaja pada malam ini .
“ Dragon , betulkah apa yang beta lakukan ni ? Adakah tindakan beta ini hanya akan
menyakitkan hati banyak pihak ? Beta sendiri bimbang ! Bimbang dengan segala
kemungkinan yang akan berlaku ,” Puteri Syafiyyah Amani berkata-kata . Kudanya
hanya mampu menggeleng . Macamlah kuda itu faham dengan apa yang dikatakannya .
Puteri Syafiyyah sangat menyayangi Dragon . Dragon merupakan kuda yang
dihadiahi bondanya pada hari lahirnya yang ke empat belas , 10 tahun dulu .
Sejak dari itu , dia sanggup belajar cara-cara menunggang kuda agar tidak
menghampakan kedua ibu bapanya . Itulah Puteri Syafiyyah Amani . Sejak kecil
dia diasuh untuk menjadi seorang anak gadis yang sopan , menjaga batas auratnya
, menjaga tingkah lakunya , dan … mengembirakan hati kedua ibubapanya . Tapi
setelah umurnya genap dua puluh empat tahun , dia melakukan sesuatu yang sangat
memalukan dan menghampakan kedua ibubapanya .
“ Ahhh ! Peningnya beta Dragon . Adakah beta patut pulang
saja ? “ Puteri Syafiyyah Amani akhirnya terlelap dengan pelbagai rasa dihati .
Rasa bersalah , rasa geram , rasa takut dan rasa berdebar . Mengapa debar ini
mesti ada didalam hatinya ??
Matahari mula menampakkan dirinya , menyuluhkan cahayanya di
seluruh alam . Puteri Syaffiyah Amani terjaga . Matanya digosok perlahan .
Drogan sedang meragut rumput yang berada di sekitarnya . Dia menuju ke sungai
dan membasuh mukanya beberapa kali .
“ Aduhai , terlajak tidurlah . . Selamat hari ini aku cuti .
. Aku harus memulakan perjalanan aku . Aku ingin mencari tempat tinggal .
Mungkin di hilir sungai ini ada kawasan
petempatan .” kata Puteri Syafiyyah Amani pada bayang-bayangnya di dalam sungai
.
Drogan ditunggangnya perlahan menuju ke hilir . Puteri
Syafiyyah sudah kelaparan . Tiba-tiba dia terlihat sebatang pokok rambutan yang
sedang rendang dan buahnya pula tengah masak ranum . Puteri Syafiyyah telan
liur . Sedapnya . Tetapi tiada satu pun tanda bahawa kawasan ini punya
petempatan . Puteri Syafiyyah Amani takut dia termakan hak orang lain . Dia
menuruni Dragon setelah yakin bahawa tiada sesiapa disitu melainkan ia dan
Drogan . Kakinya perlahan-lahan mendekati pokok tersebut . Tiba-tiba…
“ Ahhhh ! “ Puteri Syafiyyah Amani menjerit .
Mata Aliff Danial terpaku kepada sekujur tubuh yang
terbaring di hadapan sebatang pokok rambutan yang sedang rendang . Terdapat
seekor ular tedung yang panjangnya lebih kurang sekaki sedang menuju kearah
seekor kuda yang berada berdekatan dengan sekujur tubuh tadi .
“ Ya Allah ! “ Aliff Danial terjerit kecil .
Dia pantas menuju ke arah sekujur tubuh tersebut . Ular
tersebut dibunuh menggunakan parang tajam yang dibawanya tadi . Niatnya ke
hutan adalah untuk mencari akar kayu untuk merawat demam Pak Cik Ali yang
semakin hari semakin teruk . Aliff Danial mendekati Puteri Syafiyyah dan
tertunduk melihat tubuh gadis itu . Mencari kawasan dimana kesan patukan ular
tadi .
“ Subhanallah , matanya sungguh cantik . .. Keningnya
terbentuk rapi dan bulu matanya sungguh lentik . Tapi hanya itu sahaja yang
dapat aku lihat … Perempuan ini sangat
menjaga auratnya ,‘’ desis Aliff Danial perlahan .
Akhirnya matanya tertacap pada kesan patukan ular tadi pada
kaki Puteri Syafiyyah Amani . Aliff Danial memegang kaki Puteri Syafiyyah
perlahan . Aliff Danial berasa sedikit bersalah kerana memegang kaki seorang
wanita yang bukan mahramnya tetapi dia harus menyelamatkan ia sebelum bisa
tersebut semakin merebak . Bisa ular tersebut disedut dengan kuat lalu diludah
dengan cepat agar tidak memudaratkan dirinya sendiri . Dia membawa diri ke
sungai lalu berkumur .
“ Apa yang harus aku lakukan ye ? Aduhai , Ya Allah . . Kau
berikanlah aku petunjuk ,” gumam Aliff Danial perlahan sambil memerhatikan
keadaan di sekelilingnya . Hanya ada dia , perempuan itu dan seekor kuda .
Kuda?
“ Aku akan membawa gadis ini pulang ke rumah Pak Cik
Ali agar dia dapat berehat dengan
secukupnya ! Wahai kuda , bolehkah aku menunggangmu ? “ kata Aliff Danial
sambil mengusap kepala Dragon perlahan-lahan. Puteri Syafiyyah digendong
perlahan setelah dia sudah berada di atas Dragon .
Puteri Syafiyyah Amani terpinga-pinga sendirian di berada di
atas katil di sebuah rumah yang begitu asing baginya . Dia tidak tahu samaada dia sebenarnya sudah
selamat ataupun berada dalam keadaan bahaya .
“ Argh , menyesal pula aku membawa diri ke hutan…Mungkin
inilah akibatnya jika menderhakai ibubapa sendiri…” gumam Puteri Syafiyyah
Amani sambil meraba-raba tubuhnya. Akhirnya dia pasti tubuhnya masih dibaluti
pakaian yang sama sebelum dia pengsan sebentar tadi , tapi bahagian wajahnya
telah terdedah . Dia bingkas bangun lalu sehelai tuala lembab jatuh ke ribanya
. Barulah dia mengerti mengapa hijabnya telah terbuka sedikit . Tiba-tiba pintu
bilik tersebut terkuak perlahan .
“ Cik dah sedar ? Maaflah , saya terpaksa buka hijab cik
tadi … sebab badan cik panas sangat . Maafkan saya ,” tutur seorang gadis yang
hampir sebaya dengannya . Gadis itu tertunduk apabila mereka mereka bertamu .
Puteri Syafiyyah Amani beristifar panjang apabila melihat
pakaian gadis tersebut . T- shirt yang berlengan pendek itu hanya dipadankan
bersama kain batik yang berbunga-bunga kecil .
‘ Ahh , mungkin dia tinggal bersendirian .’ getus hati
Puteri Syafiyyah Amani .
“ Tak apalah adik , terima kasih sebab selamatkan saya,”
kata Puteri Syafiyyah Amani .
“ Eh , tak ada maknanya aku nak selamatkan kau , Abang Aliff
tu yang selamatkan kau” tutur gadis tersebut .
‘ Amboi , tadi bukan main lemah lembut lagi . Pijak semut
pun tak mati semut tu , dah nyawa-nyawa semut la’ Puteri Syafiyyah Amani
bergumam lagi .
“ Ohh , ucapkan terima kasih kepada beliau bagi pihak saya
ya,” Puteri Syafiyyah Amani masih lagi mengekalkan keayuan dan kesopannya
kerana memikirkan bahawa dia sedang menumpang di rumah gadis tersebut .
“ Ucaplah sendiri , isy,” gadis itu keluar dari bilik dengan
bongkaknya .
“ Suka hati kaulah labu ,”
Puteri Syafiyyah Amani membuat keputusan setelah beberapa
minit berfikir . Dia seharusnya pergi meninggalkan rumah ini . Nampak gayanya ,
gadis tadi terang-terangan menunjukkan dia tidak suka dengan kehadiran Puteri
Syafiyyah Amani disini . Kain kecil yang menutup mukanya dipakai kembali .
Namun , sebelum kakinya sempat menjejak lantai sejuk rumah itu dia mengaduh
sendirian.
“ Ah ,sakitnya. .” rungut Puteri Syafiyyah perlahan . Kaki
sedikit bengkak akibat bias ular tersebut . Namun sempat lagi Puteri Syafiyyah
mengucap syukur kerana dia telah diselamatkan . Tak sanggup rasanya mati dalam
keadaan derhaka kepada bonda dan ayahandanya .
Puteri Syafiyyah Amani tetap bangun perlahan-lahan dan
menuju ke biliknya . Rumah batu itu kelihatan baru namun dekorasi dalamannya
masih lagi mengekalkan cirri-ciri tradisional . Dia memandang sekeliling sambil
berjalan dengan perlahan-lahan . Senyap
sunyi rumah tersebut , hanya kedengaran bunyi sesuatu diasah . Tanpa menunggu
lagi , dia mencari-cari dia mana bunyi itu datang . Setibanya di hadapan pintu
rumah tersebut , dia melihat sesusuk tubuh yang duduk membelakanginya sambil
mengasah pedang . .
“ Encik . .” Puteri
Syafiyyah Amani memanggil perlahan .
Aliff Danial berpaling .
Mata Aliff Danial dan mata Puteri Syafiyyah Amani bertemu.
Hati Aliff Danial berdegup kencang. Walaupun Aliff Danial hanya dapat melihat
sepasang mata Puteri Syafiyyah Amani namun hati lelakinya tetap tertawan.
Adakah ini cinta pandang pertama?
"Encik...Encik...!" panggil Puteri Syafiyyah Amani
perlahan. Hatinya berdebar-debar. Pandangan mata redup lelaki tersebut singgah di hatinya. Tampan
sekali hamba-Mu ini Ya Allah. Astagfirullahalazim.
"Ya..ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Aliff
Danial.
" Mana Dragon?" tanya Puteri Syafiyyah Amani
perlahan.
" Naga? Mana? Mana? " Mata Aliff Danial meliar di
sekitar kawasan rumah itu.
" Bukan naga la encik, Dragon tu kuda saya," kata
Puteri Syafiyyah Amani sambil tertawa perlahan.
Dia ketawa? Ya Allah...Mesti senyumannya sungguh manis.
Bengap betul lah aku ni. Zaman moden macam sekarang ni manalah ada naga. Bukan
dongeng saja ka? Aduh ! Malu-malu...
"Oh! Kuda hitam tu ya? Ada di belakang rumah ni. Di
belakang rumah ni terdapat sebatang sungai yang mengalir perlahan. Kuda cik
tengah melepaskan lelahnya kot," jelas Aliff Danial panjang lebar.
"Terima kasih..." ucap Puteri Syafiyyah Amani
sambil berjalan perlahan menuju ke belakang rumah lelaki tersebut.
"Err..Cik,boleh saya tahu nama cik?" pertanyaan
jujur daripada Aliff Danial membuatkan langkah Puteri Syafiyyah Amani terhenti.
Tanpa menoleh ke belakang Puteri Syafiyyah tersenyum dan menjawab ringkas.
" Amani.." Puteri Syafiyyah Amani kemudiannya
meneruskan langkahnya untuk mencari Dragon.
'Sedap nama tu..Mesti cantik orangnya.'
********************************
"Dragon...Macam mana kita boleh sampai sini ni? Beta
tak nak orang lain tahu..Kalaulah kita tertangkap di sini macam mana?
Allah...Dragon, mari kita pergi daripada sini..." bisik Puteri Syafiyyah
Amani di telinga Dragon seolah-olah Dragon memahami kata-katanya.
Puteri Syafiyyah Amani menarik tali yang terdapat pada
tengkuk Dragon, Dragon mengekorinya perlahan-lahan. Puteri Syafiyyah Amani
mencari-cari kelibat lelaki tampan yang menegurnya tadi. Tetapi Puteri
Syafiyyah Amani berasa bersalah jika tidak mengucapkan terima kasih kepada
orang yang menolongnya tadi.
Puteri Syafiyyah masuk ke dalam rumah yang separuh usang
itu. Walaupun begitu, rumah itu terletak di tengah-tengah hutan. Di
tepi-tepinya terdapat beberapa jenis bunga dan sayur-sayuran ditanam rapi.
Seperti dihuni sepasang suami isteri yang bahagia. Mungkin lelaki tersebut
seorang suami? Mungkin...
Tiba-tiba dia terdengar suara lelaki tadi daripada sebuah
bilik. Puteri Syafiyyah Amani teragak-agak untuk melihatnya. Dia mendekatinya
perlahan-lahan.
" Allahuakhbar..." kata lelaki tadi sambil
mengangkat takbir. Aliff Danial menjadi imam kepada dua orang jemaah. Salah
satu daripada jemaah tadi ialah seorang tua yang duduk di atas kerusi. Mungkin
dia terlalu uzur untuk bersolat sambil berdiri. Seorang lagi ialah jemaah
perempuan...
" Kau tak solat?" tanya gadis yang ku lihat
setelahku terjaga daripada pengsan.
" Saya uzur..." jelas Puteri Syafiyyah Amani.
" Oh! Untuk pengetahuan cik...Abang Aliff yang bawa kau
balik tadi. Dia kata kau kena patukan ular. Betul ke? Ke kau pura-pura pengsan
sebab nak pikat Abang Aliff?" serkap gadis itu.
" Astafirullahalazim dik, kakak tak ada niat pun
!" bantahku.
" Eleh..boleh percaya ke cakap kau ni? Kau ni apa hal
berpurdah-purdah segala? Kau ni penyamun yang melarikan diri ke? Dah la pakai
purdah..Naik kuda, tengah-tengah hutan..Bersendirian pula tu. Kau tak takut
ke?" tanya gadis itu. Puteri Syafiyyah Amani menahan sabar. Ini sudah
keterlaluan. Sabar Fiyyah. Sabar..
" Terpulang kepada adik lah! Kakak ada Allah di sisi
kakak. Jadi akak tak perlu takutkan apa-apa.." kata Puteri Syafiyyah Amani
tenang.
"Cik Amani , Izara...Kenapa ni ? Ada apa-apa yang boleh
abang tolong? Abang dah habis solat. Err..Izara, ayah nak mandi tu.." kata
Aliff Danial sambil menunjuk ke arah Pak Ali yang sudah siap sedia untuk mandi.
" Mana ibu? Kenapa ibu tak mandikan ? Isy,menyusahkan
betul!" Izara membentak sambil membebel.
" Ibu tengah hidangkan makanan tengah harilah!"
Aliff Danial menerangkan kepada Izara yang sedang membebel. Walaupun sudah
dijelaskan, Izara tetap memberontak.
" Encik..Terima kasih sebab selamatkan saya, saya perlu
bertolak sekarang" kata Puteri Syafiyyah Amani.
" Sama-sama. Saya tolong awak ikhlas. Tak mengharapkan
apa-apa balasan pun.Jangan pergi lagi..Luka di kaki Cik Amani belum betul-betul
sembuh. Jika Cik Amani berjalan jauh,kemungkinan besar bengkak di kaki Cik akan
lebih teruk.." ujar Aliff Danial.
' Saya ingin berkenalan dengan awak.' detik hati Aliff
Danial.
" Nak..Janganlah pergi lagi..Makanlah di rumah makcik
dahulu. Rehatlah dan buat seperti rumah anak sendiri," kata seorang
perempuan yang separuh umur. Pakaian serba ringkas dan bersih. Mukanya
kelihatan berseri-seri selepas solat.
Puteri Syafiyyah Amani tidak sanggup untuk menolak.
"Baiklah makcik...Terima kasih," ujar Puteri
Syafiyyah Amani.
' Yes,yes,yes !' hati Aliff Danial girang. Tetapi wajahnya
tetap kekal selamba.
"Makanlah nak, buat macam rumah sendiri..." kata
Mak Temah sambil menghulurkan sepinggan nasi kepada Puteri Syafiyyah Amani.
"Terima kasih mak cik!" kata Puteri Syafiyyah
Amani.
Meja yang mempunyai empat buah kerusi itu penuh dengan
kehadiran Pak Ali, Aliff Danial,Izara, dan Mak Temah. Akhirnya mereka mengambil
keputusan untuk makan dibawah sahaja. Ya, di atas lantai. Puteri Syafiyyah
Amani langsung tidak berasa kekok dengan keadaan tersebut. Walaupun pangkatnya
sebagai Tuan Puteri Negara Damaiputra namun dia boleh membiasakan diri dengan
keadaan sekelilingnya. Begitu baik didikan daripada kedua orang tuanya.
"Amani...boleh mak cik tanya sikit?" ujar Mak Temah.
"Boleh mak cik.." balas Amani pula.
"Maaflah kalau pertanyaan mak cik ini akan membuatkan
Amani kecil hati.." tambah Mak Temah sebelum meneruskan pertanyaannya.
" Tak apa lah mak cik. In sha Allah saya tak kan
marah," kata Puteri Syafiyyah Amani.
Aliff Danial yang sedang membasuh tangannya mengambil tempat
bersebelahan Pak Ali setelah selesai. Perbualan Mak Temah dan Amani telah
menarik perhatian Izara dan Aliff Danial. Manakala Pak Ali hanya berdiam seribu
bahasa. Sakit yang membuatkannya lebih selesa mendiamkan diri. Izara
menghulurkan sepinggan nasi kepada Aliff Danial. Nasi sengaja dibubuh banyak
kerana Izara tahu Aliff Danial akan menyuapkan ayahnya makan. 'Asyik-asyik
ayah! Aku ni, dia tak nak layan langsung!' bentak hati Izara.
"Sebenarnya mak cik nak tanya, kamu tak rimas ke pakai
purdah ni? Mak cik nampak macam panas je?" tanya Mak Temah. Jujur.
"Mak Temah, memakai purdah kena ikhlas. Kalau hati kita
ikhlas, apa kelebihan dan kekurangan memakai purdah ini kita boleh terima
dengan seadanya..Saya pakai purdah ni bukan untuk tunjuk baik pada orang lain
atau mengikut trend zaman sekarang tetapi untuk memperbaiki diri yang serba
kekurangan. Malahan, memakai niqab ini juga dapat mengelakkan fitnah. In shaa
Allah, jika kita ikhlas..Allah akan permudahkan segalanya," terang Puteri
Syafiyyah Amani.
" Yakah? Bukan kau melarikan diri ke? Baik kau
terus-terang saja dengan kami,kami tak bodoh la untuk menilai semua ni. Kau
pakai purdah sebab nak sembunyikan wajah kau yang sebenarkan?" tempelak
Izara tiba-tiba.
" MasyaAllah Izara! Kenapa tuduh Cik Amani macam tu?
Kamu tahukan fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh?!" suara Aliff
Danial tinggi.
Suasana di meja makan yang pada mulanya tenang menjadi
hangat apabila Izara berkata demikian. Puteri Syafiyyah Amani hanya mendiamkan
diri...Dia tahu, jika dia bersuara keadaan tentu akan menjadi lebih rumit.
Akhirnya semua makan dengan diam dan tidak mengeluarkan suara sedikitpun.
Tetapi dalam diam, kelakuan Aliff Danial memikat hati wanitanya.
Aliff Danial kelihatan begitu sabar melayan kerenah Pak Ali.
Pak Ali dikata lumpuh separuh badan. Separuh badannya boleh berfungsi dan
separuh lagi langsung tidak berfungsi. Tangannya tidak dapat menampung beban
yang berat. Oleh itu, Aliff Danial yang menyuapkannya makanan. Walaupun ada
ketikanya Pak Ali meluahkan makanan tersebut, Aliff Danial dengan tenang akan
mengelap bibir Pak Ali dengan ibu jarinya. Tidak timbul perasaan jijik dan
membebankan bagi Aliff Danial dalam melayan kerenah Pak Ali.
Mak Temah hanya melihat daripada jauh. Anak angkatnya itu
terlalu baik. Bahkan anak kandungnya,Izara pun tak sebaik itu. Sanggup menjaga
makan pakai suaminya itu. Semuanya sempurna dan mudah setelah kedatangan anak
muda itu sejak dua bulan yang lalu...Dia dah terlalu banyak berhutang budi
dengan Aliff Danial. Entah bagaimana lagi harus dia membalas jasa anak muda
itu. Mak Temah mengusap air mata yang mengalir perlahan di pipinya. Takut jika
orang lain perasan dengan kehadiran air mata yang tidak diundang itu.
**************
Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk
makan tengah hari sebentar tadi, Puteri Syafiyyah Amani membawa diri ke bilik
yang dikhaskan untuknya. Bilik tersebut sebenarnya bilik Aliff Danial. Dia
hanya menumpang di bilik itu sebentar sahaja untuk merehatkan badan. Hal ini
kerana rumah usang itu hanya mempunyai tiga bilik. Satu untuk Aliff Danial,satu
untuk Pak Ali dan Mak Temah dan satu lagi untuk anak dara mereka, Izara. Izara
membantah dengan sekerasnya apabila Mak Temah menyuruhnya berkongsi bilik
dengan Puteri Syafiyyah Amani, akhirnya Aliff Danial menawarkan biliknya kepada
Puteri Syafiyyah Amani. Puteri Syafiyyah Amani bersetuju setelah didesak oleh
Mak Temah. Izara sudah menarik muka.
' Ya Allah, sepertinya kedatangan aku disini tidak disukai
oleh Izara. Tindakan dia yang dingin terhadapku membuatkan aku sedar bahawa aku
tidak diperlukan lagi disini...' cetus hati Puteri Syafiyyah Amani sambil
membaringkan dirinya di atas katil perlahan-lahan. Kakinya masih sakit.
'Ya Allah, kenapa Aliff Danial
begitu mempersonakan di mataku ? Adakah ini jodoh dari-Mu atau permainan nafsu?
Aku buntu...'
Puteri Syafiyyah Amani terjaga daripada lena apabila
terdengar suara orang sedang bercakap di hadapan tingkap bilik Aliff Danial
merangkap biliknya sekarang. Izara! Dia kenal sangat suara Izara...
Perlahan-lahan dia mendekati tingkap tersebut setelah
bersusah-susah untuk bangun sebentar tadi. Dengan keadaan yang mamai dia
memperbetulkan niqabnya.
" Abang Aliff, apa kurangnya Izara ni? Kenapa Izara tak
boleh jadi isteri abang hah ?" tanya Izara.
" Izara, tolonglah faham...Abang cuma anggap Izara
sebagai adik abang saja. Tak lebih dan tak kan pernah lebih!" tegas Aliff
Danial.
"Sebab abang suka perempuan berpurdah tu kan? Abang,
Izara rasa perempuan tu bukan perempuan baik-baiklah abang...Yelah abang, logik
ke perempuan baik ada kat hutan? Dah la tu, bersendirian. Abang tak syak
apa-apa ke?" provok Izara.
"Isy, Izara ni! Jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak?
Kita tak tahu apa sebenarnya tujuan dia, jadi kita tak boleh nak tuduh dia
sesuka hati." balas Aliff Danial.
"Abang nak tahu tak muka dia macam mana ?" tanya
Izara.
"Abang tak perlu tahu semua itu, wajahnya, dan auratnya
biarlah menjadi rahsia. Itu hak dia. Abang ni lelaki ajnabi bagi dia..Jadi
abang tak nak apabila Izara beritahu abang, abang akan jatuh cinta dengan
keindahan wajahnya bukan dengan keperibadian mulia yang dia ada.." ujar
Aliff Danial, ikhlas. Benar dia ingin mencintai Puteri Syafiyyah Amani kerana
akhlak, dan agamanya bukan kerana kecantikkan wajahnya. Dan, dia hanya akan
mencintai Puteri Syafiyyah Amani apabila gadis berpurdah itu sudah menjadi
miliknya yang halal. Puteri Syafiyyah Amani yang sejak tadi menjadi pendengar
setia terharu dengan kata-kata Aliff Danial.
'Ya Allah, jika benar dia untukku...Dekatkanlah hatinya
dengan hatiku. Jika dia bukan milikku damaikan hatiku dengan ketentuan-Mu'
sempat Puteri Syafiyyah Amani berdoa. Dia tidak mahu terlalu berharap.
Tiba-tiba dia tersedar ! Dia hampir lupa dengan hakikat sebenar! Ya Allah...
" Abang ni! Bukan tu maksud Izaralah abang! Abang nak
tahu tak muka dia tu, hodoh!" lancang mulut Izara mengeluarkan
kata-katanya.
Puteri Syafiyyah Amani terkedu. Astagfirullahalazim..Puteri
Syafiyyah Amani berisgtifar di dalam hati. Dalam menahan sabar di hati, dia
juga tertanya-tanya apakah respon yang akan diberikan oleh Aliff Danial.
"Izara, abang bukanlah lelaki yang mementingkan rupa
paras semata-mata. Yang paling penting, hati. Abang lebih suka seorang yang
hatinya suci dan bersih. Biarlah secantik mana pun seseorang gadis, kalau hati
dia kotor dan mempunyai hasad dengki terhadap orang lain pun, tak guna juga
kan?'' bidas Aliff Danial. Selamba. Lalu melangkah pergi meninggalkan Izara yang
terpingga-pingga.
Puteri Syafiyyah Amani menyembunyikan senyum disebalik
niqabnya. 'Sungguh bijak sekali lelaki itu berkata-kata,' buat kali keduanya
hati Puteri Syafiyyah Amani terpikat!
Tiba-tiba terdengar pintu bilik diketuk. Puteri Syafiyyah
Amani terkejut. Puteri Syafiyyah membuka pintu perlahan. Mak Temah berada di
hadapan pintu sambil tersenyum. Di tangannya terdapat beberapa helai baju yang
dilipat kemas.
" Ambillah baju ni..Pergi mandi! Bilik air ada
dibelakang rumah ni. Jangan risau, Aliff Danial dah ke hutan tadi. Nak pergi
cari herba katanya. Pak Ali ada dalam bilik, tengah tidur.." kata Mak
Temah sekaligus mengurangkan rasa bimbang di hatiku. Macam tahu-tahu je Mak
Temah ni.
" Terima kasih Mak Temah kerana begitu memahami,"
ucap Puteri Syafiyyah Amani. Ikhlas dan terharu.
Puteri Syafiyyah Amani membuka niqabnya perlahan-lahan
setelah Mak Temah membawa diri. Dia ingin menyegarkan diri setelah hampir
seharian berada di sini.
Dia memakai pakaian yang diberi oleh Mak Temah. Sepasang
baju kurung yang berwarna merah jambu itu sangat padan dengan dirinya. Tidak
ketat. Setelah selesai memakai pakaian, dia keluar daripada bilik air
cepat-cepat untuk mengelakkan orang lain melihat wajahnya. Kini dia hanya
memakai tudung tetapi tidak menutup wajahnya.
Tetapi, tanpa disedarinya ada seseorang sedang membasuh kaki
di hadapan bilik air tersebut. Mata mereka bertaut.
" Subhanallah..." ucap Aliff Danial setelah
terkejut dengan pemandangan yang dihidangkan kepadanya.
Namun sempat dia berisgtifar di dalam hati.
Puteri Syafiyyah Amani cepat-cepat memalingkan badannya
daripada terus berhadapan dengan lelaki itu. 'Malunya'!
" Maafkan abang ya Amani, abang tak tahu Amani ada kat
sini. Abang..." ujar Aliff Danial. Dia tak mahu disalah anggap oleh Puteri
Syafiyyah Amani sebagai seorang lelaki mata keranjang. Sungguh, dia bukan
lelaki seperti itu !
“ Err..Tak apalah abang, salah Amani juga…” kata Puteri
Syafiyyah Amani. Perasaan malu masih menebal dalam hatinya.
“ Abang pergi dulu ya…” Aliff Danial berkata sebelum
meninggalkan Puteri Syafiyyah Amani di situ. Dia tahu, Puteri Syafiyyah Amani
mesti malu dengan dirinya.
“ Baik..” hanya sepatah kata yang mampu diucapkan oleh Puteri Syafiyyah Amani.
Aliff Danial tetap meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala
sebentar tadi. Namun dia tidak dapat melupakan raut wajah Amani yang terlihat
tadi. Ya Allah, sungguh hebat kuasa ciptaan-Mu.
Adakah aku benar-benar jatuh cinta ?
Puteri Syafiyyah Amani masuk ke dalam bilik yang dikhaskan
untuknya. Sambil bersandar di pintu bilik tersebut dia merasa sangat
berdebar-debar.
“ Ya Allah, biarlah aku mencintaiMu dan RasulMu sebelum aku
menyayangi lelaki itu.” Puteri Syafiyyah Amani berdoa perlahan.
Tiba-tiba…
“ Beta nak rumah ini digeledah ! Cari Puteri Syafiyyah Amani
sampai dapat!” kata seseorang dari luar rumah.
“ Ya Allah!” Puteri Syafiyyah Amani kenal benar dengan suara
itu. Ya, suara tunangnya. Raja Mursyid bin Raja Aminul.
“ Siapa kamu ?” terdengar suara Aliff Danial bertanya.
“ Beta dan pengawal-pengawal beta sedang mencari seorang
gadis berpurdah yang menunggang seekor kuda hitam. Beta lihat ada seekor kuda
hitam di sini !” jelas Raja Mursyid.
“ Ha…Kan Izara dah kata tadi! Perempuan tu bukannya
perempuan baik-baik. Kenyataan sudah terpampang depan mata abang oi!” sampuk
Izara. Mengambil peluang yang tersedia.
“Oh, kamu semua yang menyembunyikan dia ya ? Kembalikan dia
atau kamu semua beta bunuh sekarang!” tempik Raja Mursyid.
“Taa…k, Tak..Kami tak sembunyikan dia, tadi dia cedera!
Abang Aliff membawanya pulang untuk dirawat!” jelas Izara.
“Pergi! Dia tiada disini!” jerit Aliff Danial. Puteri
Syafiyyah Amani tersentak. Mengapakah Aliff Danial masih mahu melindunginya
sedangkan nyawanya , nyawa Mak Temah dan Pak Ali! Nyawa Izara apatah lagi.
“ Abang!” panggil Izara.
“Ah…Beta tak peduli
sama ada dia ada atau pun tidak! Geledah rumah ni sekarang! Kalau perlu
bunuh sahaja jika ada yang mengganggu!”
arah Raja Mursyid.
“Tunggu,” Puteri Syafiyyah Amani menyerah diri. Dia tidak mahu keluarga Aliff
Danial menjadi mangsa kerakusan Raja Mursyid. Tunangannya memang terkenal
dengan sikap kejam dan tidak berhati perut. Puteri Syafiyyah Amani masih lagi
tidak mengerti mengapakah dia yang harus dikahwinkan dengan raja yang kejam
itu. Mungkin Allah telah mengaturkan yang terbaik untuknya.
Semua mata tertumpu ke arah Puteri Syafiyyah Amani.
Lebih-lebih lagi sepasang mata milik
Aliff Danial. Mata itu tajam memandangnya.
“Hei perempuan! Kau memang bawa sial kan?!” jerit Izara
sambil meluru ke arah Puteri Syafiyyah Amani. Namun begitu, Aliff Danial sempat menarik tangan Izara
sebelum Izara bertindak lebih jauh.
“ Silakan Puteri…” kata salah seorang pengawal yang datang
bersama Raja Mursyid sebentar tadi.
“Puteri?” sayu suara Aliff Danial bertanya...
Puteri Syafiyyah Amani diam. Dia langsung tiada kekuatan
untuk menerangkan segala-galanya. Biarlah semua ini menjadi rahsianya. Puteri
Syafiyyah Amani tidak mahu orang lain menjadi mangsa atas tindakannya ini. Dia
harus tabah walaupun hatinya kini terbuka sedikit demi sedikit untuk jejaka
yang bernama Aliff Danial… Tapi mungkin jodohnya bukan dengan Aliff Danial
sebaliknya Raja Mursyid itu.. Dia harus terima ini.. Puteri Syafiyyah Amani
mengambil keputusan untuk kembali ke istananya bersama Raja Mursyid. Keluarga
Aliff Danial kelihatan sedih dengan pemergian Puteri Syafiyyah Amani.
Beberapa bulan berlalu…
Pertunangan Puteri Syafiyyah Amani putus apabila Negara Indera
gempar dengan kehadiran seorang gadis yang mengaku sedang hamil anak Raja
Mursyid. Akhirnya segalanya terbongkar dengan sekelip mata. Raja Mursyid dan
keluarganya terpaksa bertanggungjawab
terhadap gadis itu.
Puteri Syafiyyah Amani sedang berada di kamarnya sebelum
seseorang mengetuk pintu biliknya.
Dia tidak tahu sama ada dia patut bersedih atau bergembira. Tetapi yang pasti, Puteri Syafiyyah Amani bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Raja Mursyid. Raja Mursyidlah yang menyebabkan dia lari dahulu. Dia tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang gila perempuan itu...
'Apa khabar agaknya Mak Temah dan Pak Ali, tiba-tiba rasa rindu timbul di hati ini. Adakah sebenarnya aku merindui lelaki itu. Tak mungkin!' monolog Puteri Syafiyyah Amani.
Dia tidak tahu sama ada dia patut bersedih atau bergembira. Tetapi yang pasti, Puteri Syafiyyah Amani bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Raja Mursyid. Raja Mursyidlah yang menyebabkan dia lari dahulu. Dia tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang gila perempuan itu...
'Apa khabar agaknya Mak Temah dan Pak Ali, tiba-tiba rasa rindu timbul di hati ini. Adakah sebenarnya aku merindui lelaki itu. Tak mungkin!' monolog Puteri Syafiyyah Amani.
“ Assalamualaikum tuan puteri, Permaisuri Afifah ingin
berjumpa dengan tuan puteri sekarang di bilik tetamu istana secepat mungkin. Permaisuri
menyuruh tuan puteri berpakaian cantik kerana ada tetamu yang bertandang,” kata
seorang disebalik pintu biliknya yang tertutup.
“Waalaikumussalam,baiklah…” sayu
sahaja suara Puteri Syafiyyah. Apa lagi yang sedang menunggunya di bilik tetamu
istana? Allahurabbi..
Puteri Syafiyyah Amani cuma bersiap ala kadar. Jubah
berwarna merah gelap,tudung labuh dan sehelai niqab berwarna hitam di wajahnya.
Tidak perlu bersiap terlalu cantik. Tabarruj.
“ Assalamualaikum…” perlahan Puteri Syafiyyah Amani memberi
salam apabila sampai ke ruang itu. Kelihatan seorang lelaki dan wanita separuh
umur sedang duduk sambil bersembang dengan ayahanda dan bondanya.
“ Mari duduk di sebelah bonda sayang,” panggil bondanya
sambil menepuk-nepuk kusyen di tepinya.
Puteri Syafiyyah Amani bersalam dengan tetamu wanita separuh
umur itu , ayahanda dan bondanya. Sebelum duduk di tepi bondanya
perlahan-lahan.Tiba-tiba matanya terpandang kepada susuk tubuh seorang lelaki
yang segak memakai kot diraja. Mungkin anak mereka barangkali. Wajah tersebut tidak dapat dilihat oleh Puteri
Syafiyyah Amani.
“ Anakanda, Raja Syed Aris dan Permaisuri Sharifah Amina
datang ke sini untuk merisik anakanda untuk dijadikan isteri kepada Putera
sulung mereka, Putera Syed Aliff Danial. Adakah anakanda setuju?”
“ Putera Syed Aliff Danial? Macam pernah dengar saja nama
itu,” kata Puteri Syafiyyah Amani. Rasanya itulah Putera yang berjaya
membongkar rahsia Raja Mursyid minggu lalu.
“Sudikah Puteri Syafiyyah Amani menjadi zaujah saya sehingga
ke Jannah?” tiba-tiba lelaki yang memandang ke luar tadi bersuara.
“ Allahuakbar! Aliff Danial!”
kata Puteri Syafiyyah Amani. Dia kehilangan kata-kata. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu…Dua tiga
hari sebelum ini dia telah membuat solat Istikharah untuk memohon petunjuk
Allah setelah tali pertunangannya diputuskan. Dia bermimpi ada seorang lelaki
yang mengangkatnya ketika dia tidak sedarkan diri. Bukankah Aliff Danial yang
menyelamatkannya dulu ?
Majlis perkahwinan yang diadakan pada tengah hari tadi cukup
meriah, rakyat daripada kedua-dua buah Negara hadir untuk meraikan putera dan
puteri mereka. Marhaban yang dialunkan sepanjang majlis itu berlangsung
memeriahkan lagi suasana.
Putera soleh dan puteri muslimah akhirnya bersatu.
Percayalah setiap gadis yang baik itu akan mendapat lelaki yang baik manakala
lelaki yang tidak baik akan mendapat gadis yang tidak baik.
Putera Syed Aliff Danial segak memakai kot berwarna putih
manakala Puteri Syafiyyah Amani memakai jubbah berwarna putih dan tudung labuh.
Tidak dilupakan juga niqabnya.
“ Syukran kerana menjadi isteri saya,” bisik Putera Syed
Aliff Danial kepada isterinya. Puteri Syafiyyah Amani tersenyum malu.
“Afwan, ana uhubukki fillah!(Sama-sama,saya menyayangi anda kerana Allah)” kata Puteri Syafiyyah Amani.
Dua bulan berlalu…
“ Umi tengah buat apa ni? Abi rindu…” kata Syed Aliff Danial
sambil memeluk pinggang isterinya lantas mencium pipi isterinya.
“ Umi tengah memasak untuk abilah…” jawab Puteri Syafiyyah
Amani.
“ Oh! Syukran ya umi,” balas Putera Syed Aliff Danial sambil
tersenyum.
“ Afwan!” ringkas sahaja jawapan Puteri Syafiyyah Amani. Dia
sedang khusyuk membaca buku resepi yang berada di tangannya sambil memeriksa bahan-bahan
yang diperlukan untuk memasak masakan kegemaran suaminya iaitu Ketam Masak
Merah.
Tiba-tiba Puteri Syafiyyah berasa mual dan pening.
Cepat-cepat dia berlari ke singki. Dia memuntahkan air dan makanan yang
dimakannya pagi tadi.
“Allahuakbar, sayang ok ?” tanya Putera Syed Aliff Danial
sambil mengusap belakang dan tengkuk isterinya. Dayang-dayang turut datang
membantu.
“ Sayang okey, tapi sakit ni akan berlarutan sehingga
beberapa bulan..Selepas itu, perut umi akan mengembung. Kaki umi akan bengkak.
Nanti umi dah tak larat nak jalan,” kata Puteri Syafiyyah Amani lemah, dia
dipapah oleh Putera Syed Aliff Danial.
Aliff Danial mula risau dengan penyakit isterinya.
“ Sayang, jangan risau…nanti abi carikan seorang doktor
pakar untuk sayang supaya sayang cepat sembuh ya” kolam mata Putera Syed Aliff
Danial mula berair.
“ Abi…nanti abi akan jadi abi yang sebenar-sebenarnya!” kata
Puteri Syafiyyah Amani sambil meletakkan tangan Putera Syed Aliff Danial ke perutnya
yang masih kempis.
“Alhamdulillah ya Allah..Syukur padamu Ya Allah…” Putera
Syed Aliff Danial cepat-cepat sujud syukur di tepi dapur itu. Setelah selesai,
dia mencium pipi isterinya.
“Syukran ya zaujahku,” bisik Putera Syed Aliff Danial.
Dayang-dayangnya menutup mata, tidak mahu melihat adegan itu..
“ Ya, afwan abi. Semoga kita dapat menjadi ibu bapa yang
dapat mendidik anak-anak soleh dan solehah,” kata Puteri Syafiyyah Amani.
“In Sha Allah, moga Allah permudahkan segalanya,” doa Putera
Syed Aliff Danial.
Tamat
Terima kasih kerana sudi membaca ! Tinggalkan komen dan klik iklan dibawah yah ! :)
Tamat
Terima kasih kerana sudi membaca ! Tinggalkan komen dan klik iklan dibawah yah ! :)
No comments:
Post a Comment