Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

10 Mar 2013

PLAYBOY VS PLAYGIRL 3

"Am... cuti ke hari ni?" soal Puan Sri Yani seraya menghenyakkan punggungnya di kerusi sebelah anak bongsunya.

Amier Rafzan hanya mengangguk. Hari ini moodnya kurang baik. Mengingati kejadian tempoh hari, benar-benar menguji tahap keegoannya. Gadis itu sudah menjatuhkan maruahnya sebagai lelaki sejati!

"Kenapa muka monyok sangat ni? Ada masalah apa-apa ke?" soal Puan Sri Yani serius sambil matanya memandang tepat ke skrin televisyen. Hairan bin Ajaib pula dia dengan sikap anaknya yang membisu. Selalunya, suara Amier Rafzan mengalahkan sepuluh orang manusia di dalam rumah agamnya ini. Hari ini diam pula.

" Tak ada apalah ma. Am rasa tak sedap badan saja." tutur Amier Rafzan sambil tangannya mengambil bantal kecil di hujung sofa. Lalu dipeluk erat bantal kecil itu.

"Am, mama ada good news nak beritahu kamu ni." tutur Puan Sri Yani ceria. Laju sahaja dia mengalihkan tubuhnya memandang Amier Rafzan yang ralit menonton.

"Apa dia?"

"Macam ni, hari tu mama ada jumpa dengan kawan baik mama. Mama rasalah, mama nak kenen-kenenkan kamu dengan anak kawan mama la." Puan Sri Yani tersengih menilik wajah anaknya. Tidak dapat membayangkan dia akan berbesan dengan Puan Kamariah. Sudah lama dia tidak melihat wajah anak-anak Puan Kamariah.

Terbuntang Amier Rafzan dengan kata-kata mamanya. Ini bukan berita baik, tetapi berita buruk!

"Kalau mama nak, mama boleh jumpa. Am tak nak jumpa. Tak hinginlah Am nak kenen-kenen dengan anak kawan mama tu." balas Amier Rafzan panjang menjela. Matanya sambung menonton televisyen.

"Am, pandang sini. Dengar mama nak cakap." Puan Sri Yani pantas memegang wajah anaknya untuk dilihat. Tetapi, Amier Rafzan segera menolak. Pantang betul jika orang tengah bercakap, mata memandang ke arah lain. Jari ketamnya laju sahaja mencubit paha gebu anaknya itu.

"Auch!!! sakitlah, ma." marah Amier Rafzan sambil tangannya menggosok lembut pahanya yang dicubit itu.

"Tahu pun sakit. Mama tangah bercakap, mata kamu asyik tengok televisyen. Mama tutup baru tahu." gertak Puan Sri Yani.

"Janganlah mama! Mama, cuba mama tengok cerita ni. Best tau." Amier Rafzan cuba mempromosi kepada mamanya.

"Seronok apanya cerita macam ni? Cerita seorang pemburu haiwan liar. Am ingat mama suka sangat ke cerita buru-buru haiwan macam ni?" soal Puan Sri Yani dengan wajah masam mencuka. Perangai siapalah yang anaknya ikut ini? Mesti perangai bapanya. Suka sangat tengok cerita buru-buru macam ni. Patutlah, teman wanita keliling pinggang. Yalah, selalu sangat berburu perempuan tidak tentu pasal. Agaknya bilalah anaknya hednak tukar perangai? Ya, Allah...

"Mama kena tengok. Baru senang dapat hayati." balas Amier Rafzan dengan tersengih. Matanya beralih pula memadang televisyen.

"Sudahlah. Mama cakap lain, yang lain pulak kamu cakap. Suka sangat nak tukar topik." Puan Sri Yani segera berdiri mahu meninggalkan anaknya, namun, belum sempat dia melangkah dia beralih memandang anaknya yang khusyuk menonton itu.

"Ingat! Mama tetap nak bawa kamu jumpa dengan anak kawan baik mama tu. Faham?"

"Yalah, nanti-nanti ajelah. Am nak tengok gambar ni." balas Amier Rafzan tidak mahu memanjangkan cerita.


Keesokan harinya...


"Am, kamu habis cuti bila?" soal Tan Sri Rahim sambil meletakkan segugus kunci keretanya di atas meja kaca di tengah ruang tamu rumah agamnya.

"Dua minggu lagi, papa." tutur Amier Rafzan yang memandang wajah papanya.

"Mama ada beritahu apa-apa lagi pada Am?" Tan Sri Rahim duduk di sebelah Amier Rafzan yang duduk mencangkung di atas sofa. Bisul ke apa punggung anaknya? Dibeli sofa mahal-mahal untuk duduk. Ini tidak, mencangkung seperti orang hendak buang air. Tak senonoh!

"Beritahu apa, papa? Mama tak beritahu apa-apa pun." laju sahaja Amier Rafzan menyoal. Keningnya dikerutkan. Pelik dengan soalan papanya.

"Kita sekeluarga akan pergi jumpa kawan baik mama kamu. Sambil tu kamu boleh berkenalan dengan anak kawan baik mama kamu itu. Ala... peribahasa kata apa, sambil menyelam minum air." seloroh Tan Sri Rahim sambil ketawa kuat. Sengaja hendak meyakitkan hati anaknya.

Amier Rafzan menarik muka masam. Sakit hati dengan ketawa papanya itu. "Tak mahulah papa. Kalau selam tak minum air pun tak apa. Am boleh naik ke darat balik. Cari nafas." balas Amier Rafzan laju.

"Kamu tak payah nak merepek Am! Ikut saja apa yang mama cakap." tutur Puan Sri Yani tiba-tiba. Dari mana datangnya pun mereka tidak tahu. Tiba-tiba datang membangkang. Memang dasyat betul Puan Sri Yani ini.

"Mama, janganlah paksa Am buat perkara yang Am tak suka. Perkara lain tak apa lagi. Tapi, yang ini Am tak sanggup. Tolonglah." rayu Amier Rafzan lalu datang menghampiri mamanya yang bercekak pinggang itu. Sepersis mak tiri lagaknya. Suka sahaja memaksa orang!

"Baiklah, kamu tak nak kan? Hmm... apa kata kamu jangan berkawan lagi dengan kawan-kawan perempuan? Mama tak larat nak angkat phone. Setiap masa, mereka akan call. Mama dah penat. Itu baru sahaja telefon, datang bertandang pagi-pagi buta pun ada. Kamu ingat mama ni kaunter pertanyaan ke apa?!" kemarahan Puan Sri Yani mula naik mendadak. Nahaslah dia hari ini. Nampaknya, kena telan hidup-hidup.

Tan Sri Rahim datang menghampiri Puan Sri Yani. Dipegang erat tangan si isteri. Dengan cara ini, mungkin dapat menurunkan sedikit kemarahan isterinya. Amier Rafzan sememangnya anak yang nakal.

"Tak apalah mama, papa. Am, pergi kerja dulu. Assalamualaikum." setelah mencium laju tangan papa dan mamanya, segera dia berlari keluar. Tidak mahu mencari masalah. Lebih baik dia pergi secepat mungkin. Jam di pergelangan tangan tepat pukul lima setengah. Pukul enam dia akan masuk kerja.

"Amier Rafzan!!!" jerit Puan Sri Yani. Suami di sisi hanya mampu menekup telinga dengan kedua-dua tapak tangan. Bergegar rumah agam mereka. Nampak sangat hiperbola semata-mata!


***


Amier Rafzan begitu lincah bekerja hari ini. Sekejap mengelap meja, sekejap mengelap cermin kedai. Boleh dikatakan hari ini, semuanya serba-serbi lengkap. Aiman dan pekerja yang lain pelik melihat perubahan mendadak itu.

"Man, kenapa dengan kawan kau tu? Nak dapat gaji lebih ke apa? Rajin semacam aku tengok," soal Affendi sambil matanya terus-menerus memadang Amier Rafzan.

"Yelah, man. Aku tengok pun pelik." sokong Fatin yang datang mencelah.

"Biarkanlah dia seorang diri. Daripada dia buat kacau, susah jugak kita nanti." ujar Aiman dengan malas. Dia kembali menyambung kerjanya yang terbengkalai itu.

Affendi dan Fatin mengangkat bahu masing-masing. Tidak mahu bercakap panjang dan sambung membuat kerja.


***

"Man, aku rasa macam tak nak balik rumah la." tutur Amier Rafzan sedikit mengeluh. Kerusi makan di tengah kedai diduduknya.

Terkejut bukan kepalang mendengat kata-kata Amier Rafzan. Tangannya yang lincah mengelap meja makan itu serta-merta terhenti. Diduduk di kerusi hadapan Amier Rafzan.

"Kau jangan buat hal, Am. Takkan kau tak nak balik rumah? Aku tahulah kau dah berikrar nak jadi seorang pekerja yang berdedikasi. Ini sudah lain macam perangai kau." Aiman mulai pelik dengan sikap temannya itu. Sudah bertahun dia mengenali Amier Rafzan. Segala masalah Amier Rafzan akan diceritakan kepadanya. Cuti semerster untuk bekerja ini semua cadangannya. Kalau tidak, tidak mahu Amier Rafzan bekerja. Yang dia tahu cuma mengganggu perempuan. Itu sahaja! Berwajah kacak, anak orang kenamaan, diberi apa yang diminta. Sudah pasti perempuan akan mudah cair melihatnya!

"Mama aku buat hal pulak." Amier Rafzan mulai bercerita tentang masalah yang terbuku di dalam dadanya saat ini.

"Kenapa?"

"Mama aku nak aku jumpa sangat dengan anak kawan baik mama aku. Aku tak naklah." tutur Amier Rafzan dengan rasa tidak puas hati.

"Ala, jumpa sajalah. Manalah tahu permpuan itu cinta pandang pertama kau." usik Aiman tersengih.

Tiba-tiba Amier Rafzan tersenyum sinis. Sepasang matanya mulai bercahaya. Idea nakalnya sudah datang menjelma.

"Hm... terima kasih kawan. Terima kasih." ucap Amier Rafzan berkali-kali. Ada yang tidak kena ke?

"Terima kasih kenapa pula? Aku tak buat apa pun." soal Aiman mengerutkan dahinya. Otaknya mulai berfikir. Adakah Amier Rafzan mahu meneruskan rancangan yang sudah tergendala lama itu? Matanya beralih memandang wajah Amier Rafzan. Menginginkan kepastian! Lihat sahaja Amier Rafzan tersenyum sinis. Dia sudah tahu jawapannya. Oh tidak!!!

P/S : Tunggu sambungan seterusnya! Dan selamat membaca. Harap komen dan tegur mana silap saya ya :)




No comments:

In LOVE