Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

29 Mar 2013

PLAYBOY VS PLAYGIRL 7

"Emilda... mari makan," pelawa Puan Kamariah sambil menuangkan air ke dalam gelas.  Sudah beberapa hari Emilda mogok suara dengannya dan suami. Mungkin menegurnya, keadaan boleh kembali seperti biasa.

"Tak apalah, ma. Emil keluar dulu," tutur Emilda sekadar berbasa-basi. Masih menghormati Puan Kamariah lagi. Menuruni anak tangga itu dengan perlahan lalu bergegas keluar tanpa bersalam dengan mamanya. Hati masih sakit!

Puan Kamariah menggeleng. Cara apakah lagi yang dia perlu lakukan? untuk mengubah sikap anaknya itu? 'Ya Allah, ya Tuhanku...' Puan Kamariah mengeluh pula.

"Mana Emil?" soal En. Azran seraya melabuhkan punggung di atas kerusi. Matanya meliar mencari susuk tubuh Emilda. Tetapi, tiada! Masih marahkah?

"Dia keluar. Katanya ada hal," Puan Kamariah memberi alasan. Tidak mahu memanjangkan cerita. Takut pula, jika si suami masih rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Semua ini dugaan daripada Allah kepada mereka.

"Hmm. Yalah tu," En. Azran mencebik panjang. Dia tahu isterinya sengaja memberi alasan. Tidak tahu hendak berbuat apa lagi dengan Emilda! Perangainya tidak seperti kakaknya yang berperwatakan lemah-lembut. Cara apa lagi yang mereka harus lakukan? Mereka buntu!


***

"Kau lagi?!" jerit Emilda dengan melongo. Aida di sisi risau jika keadaan berlaku seperti dahulu lagi. 'Minta-minta tidak berlaku apa-apa.' getus Aida dalam hati.

"Kau ikut aku kan?" soal Amier Rafzan dengan mata membulat. Matanya beralih pula melihat jejaka yang berada di sisi Emilda. Sakit hatinya dengan tindakan jejaka yang menggenggam erat jari Emilda.

Emilda tidak membalas. Malah dia menghampiri jejaka di sisinya dan membisik sesuatu. Beberapa minit kemudian, jejaka itu menjeling tajam Amier Rafzan dan bergegas pergi meninggalkan mereka.

Amier Rafzan tersenyum sinis. Tajam matanya melihat jejaka itu. Dia menang kali ini!

"Kau kata apa tadi?" soal Emilda kembali sambil berpeluk tubuh.

"Emil, aku pergi kedai hujung tu sekejap. Jumpa di sana nanti," tutur Aida laju seraya meninggalkan anjing dan kucing itu tanpa belum sempat Emilda memberi kata putus. Macam lipas kudung!

"Siapa mamat tu?" soalan Emilda dibiar melayang tanpa tali.

"Kau sibuk kenapa? Bukannya urusan kau pun," tempik Emilda tanpa segan silu. Nasib baik tiada orang. Kalau tidak malu bukan kepalang! Kakinya laju sahaja melangkah ke arah tempat duduk rehat itu. Keadaan taman lengang. Tiada orang! Sengaja dia mencari tempat yang tiada orang.  Di hujung pokok rendang sana terdapat ramai manusia yang berkunjung. Di sana sesuai untuk keluarga sahaja.  Di sini? sesuai untuk pasangan kekasih yang bermadu asmara ke? Pandai kau, Emilda kan? Dipanah petir baru tahu nak bemadu asrama sangat. Tak ingat Tuhan ke Emilda?

"Kau jangan buat hal Emil. Aku tanya jawab. Tak payah nak corner sangat! serabut tahu tak," tempik Amier Rafzan pula. Matanya ralit menilik wajah Emilda. Tidaklah cantik sangat! Biasa-biasa sahaja. Tetapi, apabila Emilda senyum. Hatinya cair! Terpesona dengan senyuman nakal itu.

"Kau tengok apa? Nak kena penumbuk percuma?" gertak Emilda. Rimas dengan pandangan tajam lelaki itu. Cucuk mata dengan garfu, baru padan muka! Baru tahu langit tinggi ke rendah!

"Siapa pandang kau? Tak hingin aku pandang kau la. Lebih baik aku pandang ustazah-ustazah di luar sana. Lagi bagus! Orang kata apa, sejuk mata memandang. Ini kau? bertambah sakit mata lagi ada," kutuk Amier Rafzan bertalu-talu.

Emilda ketawa tiba-tiba. "Kau dengan ustazah? Hei, cubalah nilai diri kau itu dahulu sebelum nak berdamping di sisi mereka. Entah-entah, pandang guna ekor mata pun mereka tak nak! Ini nak jadikan mereka isteri. Tak boleh bayang aku dengan kau ni, budak hingusan!" bidas Emilda pula. Saling bertikam lidah. Tidak mahu kalah. Hendak menang sentiasa. Hendak jadi apa pun tidak tahu.

"Hei, kau jangan cabar aku, Emilda! Siapa budak hingusan? Walaupun aku ni muda daripada kau setahun, itu tak bermakna aku tak matang. Bukan macam kau, bawa lelaki ke hulu ke hilir!" kegeraman Amier Rafzan mula memacak naik.

Emilda tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Mendongak kepala memandang Amier Rafzan yang berdiri terpacak di hadapannya. "Aku bawa lelaki ke hulu ke hilir? Habis kau? Tak bawak perempuan ke hulu ke hilir ke? Oh, kau nak tunjuk baiklah sekarang ni? Hei, jangan jaga kain orang selagi kau tak jaga kain kau sendiri!" tutur Emilda segera bingkas berdiri sama kaki dengan Amier Rafzan.

Tercengang Amier Rafzan dengan mulut lancang itu. Rasanya mahu dipicit-picit buat air asam. Biar bengkak macam ikan kembung! Biar tak boleh bercakap langsung mulut becok itu.

"Kenapa kau diam? Betulkan apa yang aku cakap? Kau itu sepatutnya dengar cakap aku sebab aku ini tua daripada kau. Kau itu baru setahun jagung, ada hati nak ceramahkan aku. Hei, kau dengar sini! Mama papa aku bagi ceramah pun aku tak dengar, apatah lagi kau? Pandang sinis saja aku mampu bagi," Wah wah wah!!! Semakin naik tocang Emilda membidasnya. Tidak pandang kiri kanan langsung. Yang penting hatinya puas! Apalah nak jadi dengan kau, Emilda? Hmmm...

"Tak apa. Kau cabar aku kan? Kau tak tahu langit itu tinggi ke rendah. Kau tengok apa yang akan aku buat pada kau. Kau tunggu!" ugut Amier Rafzan dengan menggenggam erat tangannya yang menjadi penumbuk. Bergetar tubuhnya saat ini. Matanya mencerlung, memanah anak mata Emilda. Tanda amaran!

"Kau nak buat apa? Buat lah! Aku tak takut. Sebab aku akan tunjukan siapa aku yang sebenarnya!" tutur Emilda masih berani meluah kata. Tanpa sedar, kata-katanya itu nanti akan memakan dirinya sendiri.

"Kau belum kenal Amier Rafzan! Aku nak kau bersedia dan aku akan pastikan yang kau akan melutut di kaki aku sebagaimana kau menghina aku disebabkan kelancangan mulut kau ini. Emilda, mama papa aku mengajar cara menghormati orang. Tapi kau? Tak ada langsung kesopanan dalam diri kau. Aku tahu aku bukan sempurna. Selalu memainkan hati perempuan. Tetapi, In Shaa Allah aku akan berubah tidak lama lagi. Aku akan berhenti melakukan tabiat buruk itu. Semuanya berpunca daripada kau! Terima kasih atas segalanya! Tunggulah apa yang akan aku lakukan pada kau!" tutur Amier Rafzan dengan amaran keras. Kakinya segera melangkah meninggalkan Emilda yang terpaku, diam membisu mendengar kata-katanya. Emilda masih belum mengerti apa yang dimaksudkannya?

Sepasang mata Emilda asyik memandang susuk tubuh Amier Rafzan yang kian menghilang itu. Dia tertanya-tanya sendiri. Apa yang akan berlaku selepas ini?


***

"Mama, papa... Am ada hal nak bincang dengan papa dan mama," tutur Amier Rafzan dengan berwajah tegang. Sakit hatinya masih belum sembuh. Perlu mengambil masa untuk membasuh kembali hati yang luka berdarah itu.

"Apa dia?" soal Puan Sri Yani serius. Saat ini diberi perhatian pada Amier Rafzan. Pelik melihat wajah cemberut itu. 'Mesti ada yang tidak kena ini.' Tebaknya dalam hati.

"Papa, Am nak kahwin dengan Emilda." beritahunya tanpa berlapik. Laju sahaja ayat itu keluar.

"Apa?!" soal Tan Sri Rahim dan Puan Sri Yani serentak. Terkejut bukan kepalang dengan kata-kata anak mereka. Biar betul?

"Apa yang kamu cakap ni Am? Perkahwinan bukan barang mainan," nasihat Tan Sri Rahim tegas. Isteri di sisi mengia-iakan kata-katanya. Tanda setuju!


"Betul tu, Am. Kamu sekarang masih belajar. Tidak bekerja lagi. Nak bagi makan apa anak bini kamu nanti? Nak bagi makan pasir? Suruh kerja dengan papa, kamu tak mahu," pening kepala Puan Sri Yani dengan keputusan anaknya itu. Disuruh berkenalan dahulu. Ini tidak, tup tup nak kahwin terus. Kenal pun masih belum cukup sebulan. Alahai...


"Mama papa. Listen! Pasal cari duit, papa dan mama jangan risau. Am akan bekerja dengan papa untuk sementara waktu. Lagipun, di kampus Am ambil business. Kiranya Am tahu cara nak manage company kita nanti. Lagipun, tak lama lagi Am sudah nak graduate. Lepas Am habis belajar, sementara nak tunggu untuk sambung belajar lagi. Am urus syarikat papa. Papa dan mama jangan risau. Yang penting, Am mahu restu daripada mama dan papa tentang hubungan Am dengan Emil. Boleh, ya?" beritahu Amier Rafzan satu persatu. Itulah rancangannya sekarang ini. Kalau plan A berjaya, dia akan melompat ke plan B.

Sepasang suami isteri itu memandang antara satu sama lain. Terkejut mendengar ayat yang keluar daripada mulut becok itu. Belum pernah Amier Rafzan bersikap matang seperti ini. Bukan seperti anaknya yang kenal dahulu.

"Mama dan papa restu." ujar Puan Sri Yani dan Tan Sri Rahim serentak. Melihat kesungguhan anak mereka, mereka memberi kata putus. Mungkin ini yang terbaik. Semoga perkara yang baik ini berjalan dengan lancar dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini. In Shaa Allah...

"Terima kasih mama, papa." tutur Amier Rafzan bahagia. Wajahnya tegang tadi bertukar ceria. Manakan tidak, plan A sudah selesai. Tunggu untuk masuk plan B sahaja. 'Tunggu kau, Emilda' getus Amier Razfan tersenyum sinis.


P/S: Terima kaish kerana sudi membaca! Tunggu sambungannya ya!  Harap anda dapat tinggalkan komen dan teguran. (^_^)

No comments:

In LOVE