Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

21 Aug 2013

Akulah Lelaki Itu!


Dari jauh Farah memerhati tingkah seseorang. Cara tuturannya dan senyumannya. Tanpa sedar, hatinya mula tertawan dengan jejaka berkulit sawo matang itu. 'Astagfirullahalazim' mengucap panjang Farah dalam hati. Dia harus menjaga pandangan. Tidak patut dia melihat semua itu. 'Ya Allah, ampunkanlah hambamu ini...' monolog Farah dalam hati.

"Farah... kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" soal Hazwani dengan dahi berkerut. Bebola matanya mengalih tepat melihat apa yang Farah lihat. Hanya sekumpulan lelaki yang sedang ketawa. Bukan dia tidak kenal dengan semua pemuda di situ. Semuanya bajet hot! 'Apa yang menarik sebenarnya ni?' desis Hazwani seorang diri pelik.

Melihat Farah yang masih kaku, dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah sahabatnya itu. Masih tiada reaksi!

"Farah!" panggil Hazwani dengan suara yang sedikit kuat. Takut juga jika orang di sekeliling memandang ke arahnya yang tiba-tiba menjerit. 'Susah betul dapat kawan macam ni. Berangan sampai tak sedar diri. Kalau letak bom di sebelah baru tahu langit tinggi ke rendah.' gumam Hazwani.

"Hah? Apa?" soal Farah tersedar. Air di hadapan segera dicapai dan dihirup untuk menutupi kekalutan yang mula menular dalam diri. Takut jika Hazwani sedar akan perbuatannya.

"Aku cakap dengan pokok ni lebih baik daripada aku cakap dengan kau tahu tak," bebel Hazwani menarik muka masam. Sakit hati bukan kepalang. Baru sahaja dia mencipta angan-angan untuk bercuti tidak lama lagi.

"Errr... aku senyap tadi tengah fikirlah kita nak pergi cuti kat mana," tipu Farah dengan gelabah. 'Hish! masa ni juga nak gelabah pun,' monolog Farah sakit hati.

"Fikirlah kau! Aku tengok mata kau tu asyik tengok lelaki kat hujung tu ha. Fikir ke tu?" sindir Hazwani dengan geram. Ketul ais di dalam cawan diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut dengan rakus. Biar sejuk sedikit hati ini! Dalam diam, dia pelik melihat tingkah Farah kerana belum pernah dia melihat Farah bersikap seperti ini. Farah yang dikenalinya cukup benar menjaga pandangan jika bertemu dengan lelaki. Sudah faham dia dengan sikap malu Farah sejak mereka tinggal bersama.

"Siapa kata aku tengok lelaki tu? Kau ni merepek ajelah!" sangkal Farah serta-merta. Hatinya mula tidak enak dengan kata-kata Hazwani. 'Ya Allah... ampunilah aku,' tidak putus-putus Farah berdoa.

"Yeka? Tak boleh percayalah aku dengan kau. Kau ada sorok sesuatu kan?" gertak Hazwani dengan senyuman sinis. Buku yang berselerak di atas meja itu diambil satu persatu lalu disusun kemas.

"Eh, mana ada! Merepek aje kau ni," Farah menyangkal lagi. Tangannya turut mengemas buku yang berselerak. Nahaslah dia kalau Hazwani tahu. Bergegar dunia ini!

Melihat raut wajah Farah yang tenang, hati Hazwani berhenti mengesyaki sahabatnya itu. Dia mengeluh perlahan. Baru sahaja nak mengorek rahsia, rupa-rupanya tiada apa-apa yang berlaku.

"Baiklah, aku percaya kata-kata kau," putus Hazwani lalu bingkas berdiri sambil tangannya mengambil buku lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya.

"Betul. Kita kan BFF forever. Kau jangan risaulah!" tutur Farah berubah ceria. Dia bingkas berdiri dan menghampiri Hazwani yang masih memuncungkan mulut itu. Masih belum percaya ke?

"Betul?" soal Hazwani masih ragu-ragu. Tadi bukan sudah percaya ke?

"Betul!" jawab Farah dengan senyuman manis. Dalam hati, minta-mintalah Hazwani berhenti mengesyaki. 'Ini mata aku punya pasal la. Tak pasal kena soal bertubi-tubi,' marah Farah menyalahkan diri sindiri.

"Baiklah. Jom balik rumah!" tutur Hazwani berubah ceria. Segera berjalan beriringan dengan Farah.

"Jom!" sambut Farah turut ceria. Tidak mahu berfikir lagi perihal lelaki itu. Cukup setakat ini sahaja. Noktah! Tiada koma!


___________________________


"Kita nak pergi bercuti kat mana kali ni?" soal Asri kepada teman-teman sekuliahnya. Tidak lama lagi cuti semester akan tiba. Pelbagai rancangan mereka luahkan untuk meluangkan masa bersama-masa.

"Kita pergi Cameron Highlands nak?" soal Shakir mula berura-ura mengemukan idea. Dipandang wajah teman-temannya satu persatu. Nak tengok setuju ke tidak!

"Hmmm... idea yang bagus!" sokong Irshad tanda setuju.

"Korang pergi ajelah. Aku tak pergi," tutur Amri tiba-tiba sambil bepeluk tubuh.

"Kenapa pulak? Jom la ikut," ajak Shakir dengan bersungguh-sungguh. Dia melangkah kaki menghampiri Amri. Asri turut membuntuti Shakir.

"Kau ada job ke cuti semester nanti?" soal Irshad pula sambil matanya tepat memandang Amri.

Amri hanya mengangguk. Penyakit malas tiba-tiba menyerbu seluruh tubuhnya. Mendengar perkataan bercuti pun dia masih terasa lemah. Tidak seperti yang berlaku sebelum ini, selalu sahaja mengikuti konvoi yang dianjurkan oleh teman sekuliahnya apabila tiba cuti semester.

"Kau ni ada masalah ke?" soal Shakir dengan dahi berlapis-lapis. Sedalam perigi dia sudah berfikir tentang masalah Amri yang tidak mahu mengikuti konvoi kali ini.

"Tak ada. Cuti kali ini aku nak balik rumah aku. Itu aje," jawab Amri sekadar berbasa-basi. Pohon besar di tepi meja disandar sambil  berpeluk tubuh.

Asri mengherotkan bibirnya ke kiri dan kanan. Memikirkan sesuatu! Mungkin apa yang dikatakan Amri kali ini berasas.

"Hm, ikut kaulah Amri. Aku tak boleh paksa. Yang penting kau jangan tak telefon aku pulak. Yalahkan, kau nak balik Penang jauh tu. Bukannya dekat. Lagi pun, tiga bulan beb. Lamanya..." Asri bagai memberi kata putus. Tak guna juga kalau mereka menghalang Amri. Kalau bulat, bulatlah jawapannya. Tak ada petak ke bujur ke. Dasar keras kepala!

Mendengar luahan Asri, Amri menumbuk lembut bahu temannya itu. Tergelak juga dia akhirnya. "Kau ni mengalahkan perempuan pulak,"

"Yalah... aku pun rindukan kau nanti," sambung Shakir menyakat Amri lagi.

"Banyaklah korang. Sudahlah, aku nak balik bilik dulu. Nak kemas apa yang patut," tutur Amri lalu tangannya mencapai laju buku rujukannya di atas meja.

"Amboi, tak sabar nak balik ke?" sindir Irshad tersengih tampak barisan cantik gigi putihnya.

"Yelah. Korang tu setiap kali cuti tak reti nak balik rumah ke? Merayap aje kerjanya," Amri mula membebel.

"Bukan tak nak balik. Nak pergi holiday sekejap. Melepas gian yang tependam. Lepas tu baru balik rumah," jawab Shakir seakan membela diri dengan tersengih.

"Itulah jawapan kau. Sudahlah! aku blah dulu. Jumpa kat bilik nanti," Amri melangkah kaki meninggalkan teman-temannya di bawah pohon yang rendang itu. Matanya sempat menoleh melihat ke arah kantin yang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Serasanya tadi ada orang memandangnya. Amri mengherotkan bibirnya ke kiri dan kanan. Berfikir sesuatu!

"Aku perasan aje kut," tutur Amri seorang diri dengan tersengih.


Keesokan harinya...


"Maafkan saya! Maafkan saya!" tutur si gadis berkali-kali. Buku yang jatuh berselerak di kaki lima dikutip satu persatu dengan berhati-hati. 'Masa ini juga la nak terlanggar orang pun,' gumam si gadis kegeraman.

"Tak apa. Biar saya kutip," lelaki itu menghalang perbuatan si gadis yang bersungguh-sungguh mengutip buku. Dia turut duduk mencangkung mengutip bersama si gadis.

"Eh, tak apa. Saya bersalah. Saya minta..." si gadis yang melihat wajah lelaki itu tiba-tiba terhenti bicara. Menggeletar seluruh tubuhnya tatkala mata mereka bertamu menjadi satu. 'Astagfirullahalazim...' mengucap panjang si gadis ketika ini. Buku di tangan segera dihulurkan kepada si pemilik.

Lelaki itu mencapai huluran si gadis dengan sopan. Mereka bingkas berdiri serentak. Takut jika dilihat orang. Si gadis memerhati keadaan sekeliling. Lengang! Dia melepas kelegaan. 'Alhamdulillah, tiada orang.' getusnya dalam hati.

"Saya minta maaf," sambung si gadis setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia membuang pandangan ke arah daun pohon bergerak yang ditiup angin itu. Ingin menutup kekalutan yang menular seluruh tubuhnya ketika ini.

Lelaki itu tersenyum melihat kekalutan si gadis. Menggeleng berkali-kali dibuatnya. "Tak apa. saya maafkan. Lagipun ini hal kecil. Tak perlu dipanjang-panjangkan," jelas lelaki itu panjang menjela.

"Kalau macam tu, tak apalah. Saya pergi dulu. Terima kasih," menonong si gadis pergi meninggalkan lelaki itu. Semakin lama berada di situ, dada si gadis semakin kencang. Tidak tahu kenapa. Dalam fikirannya saat ini hanya ingin melepaskan diri daripada terus dipandang.

Dari jauh lelaki itu memerhati si gadis yang semakin hilang dari pandangannya. Hatinya meronta hebat kenapa si gadis itu pergi tanpa pamitan. Lagaknya seperti melakukan kesalahan besar. Dahinya berkerut berfikir sesuatu.

"Ada yang tak kena ke?" soalnya sendiri. Besar kemungkinan butang baju kemejanya terbuka. Dia pantas menilik satu persatu butang bajunya.

"Semuanya perfect. Tak ada yang cacat pun," tuturnya seorang diri sambil bercekak pinggang. Beg galasnya yang sedikit melurut dari bahu, ditarik kembali. Biar tampak kemas. Dia mengenang kembali saat pertemuannya dengan gadis itu. Tampak lucu sekali. Macam nampak hantu. Tanpa sedar, lelaki itu mula mengukir senyuman manis. Semuanya, gara-gara kekalutan yang dipamerkan oleh si gadis!

Pada masa yang sama, dada si gadis berdebar hebat. Diurut dadanya yang naik turun itu. Rasa indah mula bertapa dalam hati. Apakah maksud semua ini? Dada berdebar laju dan kencang hebat? Kenapa dia harus merasai semua ini? Dia mengeluh perlahan. Tidak mahu perasaan ini semakin hanyut. Semua ini godaan syaitan yang tidak henti-henti menganggangu anak cucu Adam.

"Ya Allah, kenapa aku harus mengharungi semua ini? Ya, Allah..." luah si gadis sayu. Kemudian, dia mendongak memandang langit yang cerah bertukar hitam itu. Rasanya, tidak lama lagi hujan akan turun. Dia harus segera berlari sebelum hujan turun dengan lebat.


________________________


"Kau pergi mana ni? basah kuyup baju kau," soal Hazwani kepada Farah yang berpeluk tubuh menahan kesejukan itu. Timbul pulak perasaan kasihan melihat sahabatnya yang menggigil itu.

"Aku...baru balik dari perpustakaan," tutur Farah dengan menggigil. Sejuknya tidak terkata. Terasa sehingga ke tulang.

"Nah, ambil tuala ni. Kau pergi mandi. Nanti demam susah pulak," arah Hazwani seperti ibu menyuruh anak kecil.

"Terima kasih," ucap Farah segera berlalu menuju ke biliknya. Begitulah sikap Hazwani, walaupun mulut murai. Tetapi, perhatian yang diberikan cukup membuatnya terharu. Bersyukur dia mendapat sahabat seperti Hazwani.

Usai mandi, Farah membuka almari untuk mencapai telekung. Beberapa saat kemudian, suara azan mula berkumandang, menandakan sudah masuknya waktu maghrib. Dia harus mengerjakan suruhan Ilahi secepat mungkin apabila selesainya suara azan. Sifatnya yang tidak suka melengah-lengahkan masa sudah sebati dalam diri sejak dahulu.

"Ya Allah ya Tuhanku... kau ampunilah aku. Aku manusia kerdil yang selalu melakukan kesilapan kepada kau, ya Allah. Kau ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku. Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi hamba ya Allah. Hamba bermohon kepadamu ya Allah...." begitulah doanya setelah usai bersolat. Dibuka telekung itu dan dilipat dengan kemas.

Belum sempat dia menghenyakkan punggungnya di atas katil, telefon bimbitnya berdering. Segera Farah mencapai dan melihat panggilan daripada siapa di skrin telefon bimbitnya. Ibu?

"Assalamualaikum, anak ibu. Apa habaq?" sapa Puan Salmah di hujung talian dengan loghat Penangnya.

Tersenyum Farah mendengar suara ibunya. Perasaan rindu kepada ibu tercinta semakin membuak-buak.

"Waalaikumussalam, ibu. Alhamdulillah, Farah sihat. Ibu apa habaq? Farah baru nak telefon ibu," tutur Farah sopan sambil melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Ibu macam biasa, nak. Alhamdulillah sihat... Bila Farah cuti?"

"Minggu depan ibu... Tunggu Farah ya, ibu. Tak sabaq nak balik Penang. Rindu kat ibu sangat-sangat," tutur Farah dengan manjanya. Bantal peluk di sisi, dipeluk erat.

Tersenyum panjang Puan Salmah di hujung talian. Serasanya baru sahaja dia bertemu dengan anak tunggalnya. Biasalah, ibu mana yang tidak sayangkan anak. Hehehe...

"Ibu lagilah rindu kat hang. Farah dah solat?"

"Dah ibu. Ibu dah makan?"

"Tak makan lagi. Tengah tunggu ayah hang ni," jawab Puan Salmah.

"Ayah pi mana, ibu?"

"Ada kat luaq. Duk menyembang dengan sapa tak tau. Farah, ibu kena letak telefon ni. Nak sedia makanan. Nanti kita cakap lain noh. Jaga diri. Solat jangan tinggal. Ingat ya apa yang ibu pesan," pesan Puan Salmah kepada anaknya dengan lembut. Dia yakin anaknya bisa menjaga diri. Namun, dia sebagai ibu harus terus-menerus menasihatkan anaknya agar tidak lupa.

"In Shaa Allah, ibu. Farah akan ingat pesanan ibu. Baiklah ibu. Kirim salam kat ayah. Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..." jawab Puan Salmah lalu meletakkan gagang telefon rumahnya.

Terdengar ketukan pintu di bilik Farah, sudah tahu siapa gerangannya. Tidak lain tidak bukan, Hazwanilah. Siapa lagi kalau bukan perempuan mulut murai merangkap sahabat baiknya itu. Mana tidaknya digelar mulut murai. Bercakap tidak henti-henti. Naik bingit telinga hendak mendengarnya.

"Farah, kau nak makan ke tak ni? Aku tunggu kau lama dah tau tak. Perut aku dah bunyi ni. Mintak untuk diisi," jerit Hazwani sambil tangannya mengetuk daun pintu bilik dengan bertalu-talu. Tak sakit ke?

"Sekejap. Kau pergi makan dulu. Sekejap lagi aku datanglah," balas Farah dengan suara sedikit lantang. Tangannya kalut melipat sejadah lalu diletakkan di tempat yang disediakan.



Dua minggu kemudian...


"Hai adik, nama apa?" soal Amri yang berpakaian berwarna-warni itu tanpa rasa malu. Malu? tiada istilah malu buat lelaki itu.

Budak kecil itu berlari menyorok di belakang ibunya. Takut barangkali! Mana tidaknya, dia memakai pakaian badut. Berwarna-warni. Muka diconteng putih pulak. Sesekali tengok seperti hantu cina. Hidungnya pula kemerahan.

"Adik nak topi belon tak?" soal Amri memancing perhatian. Budak kecil itu mengeluarkan sedikit kepalanya untuk melihat badut di hadapannya. Dia masih terasa was-was!

"Tak apalah, Kamal. Abang ni tak buat apa. Nak tak?" soal si ibu memujuk anaknya.

Melihat budak kecil yang bernama Kamal itu mengangguk laju, lelaki itu segera menyiapkan belon yang berbentuk topi. Laju sahaja pergerakan tangannya. Tidak takut sedikit pun jika belon itu pecah. Cekap sekali!

"Nah, ambil ni. Abang bagi percuma," Amri menghulurkan belon berbentuk topi kepada budak kecil itu.

Terkedip-kedip mata budak itu. Dia masih takut melihat badut di hadapannya. Budak kecil itu seakan teragak-agak untuk mengambil belon yang dihulur kepadanya. Namun, si ibu tetap memujuk si anak untuk tidak takut dengan si badut itu. Setelah berjaya dipujuk dengan si ibu, disambar laju belon berbentuk topi.

"Maaflah, dia masih takut," tutur si ibu kepada lelaki itu dengan sopan.

"Tak apa. Biasalah... saya faham,''' tutur Amri dengan senyuman terukir di bibir. Begitulah kerjanya seharian. Mencari budak, mengusik budak, dan dia bisa menggembirakan sesiapa yang sedang berduka lara.

Dua minggu sudah dia melakukan pekerjaan ini di Padang Kota Lama. Sengaja ingin mencari duit poket lebih. Cuti semester selama tiga bulan, dia sudah merancang untuk membuat kerja ini. Bekerja sebagai seorang badut. Dengar seperti tidak masuk akal! Tapi itulah hakikatnya.


______________________



"Farah, jomlah bawa aku pergi Padang Kota. Aku teringin sangat nak pusing-pusing Penang. Please..." Tidak berputus asa Hazwani mengajak sahabatnya yang diam seribu bahasa itu. Sudah dua minggu dia teperap di dalam rumah Farah. Sengaja kali ini dia membuat keputusan untuk bercuti di Pulau Pinang. Ingatkan Farah akan membawanya keluar bersiar-siar. Bagi segar sikit anak mata ini. Tapi? Semuanya hampa. Mengeluh perlahan Hazwani kali ini.

Farah yang melihat Hazwani tak berputus asa memujuknya, terasa simpati mula menerpa dalam hati. Bukannya dia tidak mahu keluar, tetapi tidak tahu hendak memberi alasan apa kepada Hazwani. Malas? Pasti tidak diterima Hazwani! Dia mengeluh perlahan. Kasihan pula melihat Hazwani yang diam membisu itu. Mungkin tanda protes.

Farah mendekati Hazwani yang duduk bersila di atas katil biliknya. "Jom!"

"Nak pergi mana?" Hazwani mengerutkan dahinya. Pelik! Mana tidaknya, tiba-tiba datang mengajak.

"Jalan-jalan," tutur Farah sambil keningnya dijongket ke atas dengan senyuman tersungging di bibir.

"Betul nak bawa aku?" soal Hazwani berubah ceria yang menginginkan kepastian.

Farah mengganguk laju. Tersenyum Farah melihat telatah Hazwani. Sudah besar panjang pun masih nak merajuk. Macam budak-budak! Dapat upah sedikit baru nak senyum. Ada-ada saja karenah minah ini!

"Sayang kau, Farah!" Hazwani segera memeluk tubuh sahabatnya itu. Tidak lama kemudian, dia segera menuju ke sudut bilik Farah untuk mencari beg pakaian. Dia harus siap membersihkan diri dahulu. Dalam hati, tidak sabar-sabar. 'Tunggu aku ya, Padang Kota Lama! I'm coming!!!' jerit Hazwani dalam hati dengan gembira.

Farah menggeleng laju. Apa yang ada di Pulau Pinang pun dia tidak tahu. Semuanya sama sahaja . Tiada perubahan. Mungkin disebabkan orang luar seperti Hazwani yang tidak pernah datang ke Pulau Pinang, menjadi 'tidak tentu hala' seketika. Ketawa mengekek dia dalam hati. Kalau dek tahu Hazwani  yang dia mengutuk. Alamaknya, pecahlah rumahnya ini.


______________________



"Farah, Wani mana?" soal Puan Salmah sambil tangannya menyusun pinggan di atas meja makan.

"Duk bersiap. Farah nak bawa dia keluaq," beitahu Farah lalu menarik kerusi meja makan untuk didudukinya.

"Itulah, ibu suruh bawa dia keluar jalan tak mau. Kesian ibu tengok dia," tutur Puan Salmah lembut. Siap menyusun pinggan, air teh dituang satu persatu di dalam gelas dengan berhati-hati.

"Bukannya Farah tak mau bawa ibu. Malas!"

"Ada-ada saja hang ni, Farah." tergeleng-geleng kepala meihat telatah mereka berdua. Farah yang keras kepala, Hazwani yang mulut murai! Elok sangatlah tu!



_____________________


"Wah! segarnya minda aku..." tutur Hazwani seakan memerli Farah di sisi. Kedua-dua belah tangannya didepang luas.

Farah menjeling tajam ke arah Hazwani yang tersengih seperti kerang busuk. Rasanya mahu sahaja dia mengikat mulut Hazwani yang becok itu. Tahan sahajalah dapat kawan seperti ini.

"Kau jangan nak perli akulah!"

Mengekek ketawa Hazwani melihat Farah yang memuncung mulut itu. Tiba-tiba matanya terlihat seorang yang berpakaian berwarna-warni. Tidak lain, tidak bukan badutlah! Sikap keanakan Hazwani mula datang dan dengan pantas dia menarik tangan sahabatnya itu untuk mendekati badut.

Termengah-mengah Farah dibuatnya. Sudahlah bertahun tidak bersenam! Yeka? Hiperbola aje minah ni!

"Hai?" sapa Hazwani tanpa segan-silu.

Lelaki itu mendongakkan kepala. Melihat siapa yang berani menegurnya. Perempuan!

"Boleh buat belon bentuk bunga tak?" pinta Hazwani dengan mata yang bersinar. Buat comel pulak minah ni. Hehehe...

Farah yang berada di sisi mulai rasa tidak senang hati dengan pandangan lelaki berpakaian badut itu. Sepasang mata milik pemuda itu seakan-akan dia kenal. Cuba untuk berfikir. 'Ya Allah, takkanlah milik lelaki yang aku langgar dulu? Lelaki yang aku asyik melihat dari jauh. Ya Allah, petanda apakah ini? Kenapa aku harus ingat semua ini?' doa Farah tak henti-henti dalam hati. Matanya segera membuang pandang ke arah  laut yang terbentang luas. Mahu diusir semuanya!

Lelaki itu seakan kenal dengan perempuan yang bertudung labuh di sisi perempuan yang menegurnya itu. Dipaksa otaknya untuk mengingati. Tetapi, dia belum dapat mengingatkannya!

Hazwani berkerut dahi melihat badut itu mendiamkan diri. "Hello, badut... boleh tolong buat belon bentuk bunga tak?"

Lelaki itu tersedar apabila ditegur. Malunya tidak terkata. Dia bingkas berdiri setelah memberikan belon pedang kepada pelanggannya. Dia membisu seketika.

"Boleh tolong tak?"" soal Hazwani lagi. Farah di sisi pula hanya menggeleng. Selagi tidak dapat, selagi itulah dia bertanya.

"Boleh..." jawab lelaki itu segera menyiapkan belon berbentuk bunga lalu dihulurkan kepada Hazwani dengan senyuman.

"Berapa?" soal Hazwani sambil menyeluk poketnya untuk mengambil wang.

"Tak apa. Free of charge," tutur badut segera meninggalkan kedua-dua gadis itu. Ketika ini, hatinya tidak keruan. Tidak tahu kenapa. Raut wajah perempuan bertudung labuh masih melayang-layang di ruang matanya. Ingin dilenyapkan wajah itu. Tapi, masih juga bermain di minda! 'Ya, Allah...' rintih lelaki itu di dalam hati.

"Ha! aku dah ingat! perempuan yang terlanggar aku dulu. Ya Allah... kecil dunia ni sebenarnya," Amri dari jauh melihat perempuan bertudung labuh dengan sahabatnya yang hilang dari pandangan. Terukir senyuman di bibirnya kali ini. Apa maksudnya?


Pesanan : Jangan lupa komen dan tunggu sambungannya ya! :) Terima kasih kerana sudi membaca. Jikalau ada kesalahan, di minta tegur kerana diri ini masih baru dalam bidang penulisan. :)

1 comment:

Nor Syima said...

Best gak. ^^ Tk sbr nk tggu smbungan.

In LOVE