Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Apa khabar ? Harap semua baik-baik sahaja , InsyaAllah.
Baiklah, hari ni Pa'ah yang akan membuat ulasan novel Kahwin Ganti ni. Sebenarnya novel ini bukan milik Pa'ah tapi milik Syaz Azman secara mutlaknya. Hihi. Ini hadiah yang Pa'ah berikan kepada beliau sempena hari tua beliau tahun lepas. So hari ni Pa'ah nak ulas sikit lah.
Pertama, meh baca SINOPSIS dulu ye :)
LUQMAN HAKIM
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta ? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
NUQMAN HAKIM
Bertunang banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan orang lain, tetapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu,sibuk ke hulu ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau sibuk buat perkara tak senonoh!
MYA ZARA
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu sahaja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan CINTA?
Ulasan Pa'ah Mohd Isdris :)
Jalan cerita yang dikarang oleh Aifa Batrisya ini agak menarik dan mempunyai idea yang tersendiri. Walaupun kadang-kadang orang kata novel tentang kahwin tanpa rela dan bercinta dengan lelaki lain dan berkahwin dengan lelaki lain tu berlambak di pasaran namun setiap penulis ada cara penulisannya yang boleh memikat hati pembaca. Bagi Pa'ah, gaya bahasanya sangat santai dan cool.
Watak dan perwatakan yang menjadi tunjang utama novel ini sangat memberi kesan kepada pembaca. Watak Luqman yang kasar tetapi sweet apabila dia mula cemburu. Watak Mya yang bertudung labuh dan sangat mempertahankan maruahnya bahkan dihadapan suaminya. Namun mula berubah apabila hati mula berkenan kepada suami sendiri. Manakala watak Nuqman yang melarikan diri ketika hari perkahwinannya dengan Mya menimbulkan unsur saspens kepada pembaca.
Okey..Korang nak tahu macam mana Luqman boleh terpikat dengan isterinya sendiri ? Bagaimana Mya meluahkan perasaan terhadap suaminya dan mengapa Nuqman melarikan diri ketika hari perkahwinannya ?
Jeng..Jeng..Jeng.. Dapatkan novel KAHWIN GANTI ini di pasaran atau melawat blog kat Aifa di sini !
Star Rate : Five Star :)
- Segala kelemahan itu datang daripada diri Pa'ah sendiri dan segala kelebihan sesungguhnya datang daripada Allah S.W.T.
Motivasi diri.
Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?
Si Cantik dan Si Kacak kami :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In LOVE
-
Assalamualaikum. Hai adik-adik ! How are you ? Macam mana cuti sekolah ? okey lah. Not bad right . Bagi kak Pa'ah yang bakal bercuti sel...
-
"Aku tak sangka di sini pun ada badut," tutur Hazwani sambil tangannya mencucuk pasembur dengan garfu. Lalu dimakan dan seda...
-
"Apa?!" bergema suara Emilda di setiap penjuru rumahnya. Dia menggeleng beberapa kali. Tidak percaya dengan apa yang didengar. M...
-
Assalamualaikum...Alhamdulillah, akhirnya cerpen seram kami berjaya menemui anda. Cerpen pertama ini dikarang oleh Syaz Azman. Nantikan ce...
-
Assalamualaikum bagi yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera bagi yang bukan beragama Islam, Apa khabar semua di hari Jumaat ini ? B...
-
Dari jauh Emilda melihat susuk tubuh seseorang. Dia mengecilkan matanya dan mengamati wajah itu betul-betul. Tangannya digenggam kuat. Ge...
-
“ F arah Maisara !” jerit perempuan tua itu sambil mengetuk pintu bilik tersebut. Kuat .Bagaikan nak pecahkan pintu saja nampak gayanya. “A...
-
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Apa khabar ? Harap semua baik-baik saha...
-
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Baik... ? Alhamdulilah.. baiklah hari ni Paah nak ceritakan mengenai tarikh di atas. Heee. Dah tahu ? Al...
-
Assalamualaikum semua! Apa khabar? Maaf sebab Pa'ah dan Syaz dah lama tak update blog. Syaz tu tak hapdate sebab encik notebooknya masuk...
Ada di blog
Ulasan Novel Di Pasaran
(8)
Cerpen
(7)
Motivasi Diri
(7)
Cerpen Pendek
(3)
Ulasan Novel
(2)
E-Novel
(1)
potpet kami
(1)

No comments:
Post a Comment