Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

9 Mar 2013

PLAYBOY VS PLAYGIRL 2


"Ye, cik... ada pesanan apa-apa lagi?" soal Aiman tersenyum manis kepada gadis jelita itu. Tiba-tiba Amier Rafzan datang menyendeng di tepinya. Sudah tahu dengan sikap temannya itu. Apa lagi, kalau bukan nak jual minyak!

"Kau pergi sana, biar aku jadi cashier hari ni." bisik Amier Rafzan kepada Aiman. Apabila mata Amier Rafzan dan gadis jelita itu bertembung, Amier Rafzan segera melemparkan senyuman. Tetapi, gadis itu hanya memasamkan muka. Tak layan!!!

Aiman segera melangkah kaki. Malas bertekak dengan Amier Rafzan.

"Ye, cik... boleh saya bantu?" soal Amier Rafzan ramah. Serasanya, dia pernah melihat gadis itu. Tapi, di mana ya? Wajah gadis ini seiras dengan wajah gadis yang dia lihat di 'muka buku'. Adakah itu dia? Ya Allah, cantiknya...

"Saya beli yang itu saja," tutur gadis itu dengan tegas. Malas melayan lelaki seperti ini. 'Mesti kaki perempuan.' tebak gadis itu dalam hati.

"Baiklah, semuanya dua puluh lima ringgit, puan." tutur Amier Rafzan sengaja. Geram benar dia dengan perempuan sombong ini. Ingat cantik sangat ke? Kalau dia tahu, gadis ni sombong! Jangan harap dia nak jadikan gadis ini kenalan di alam mayanya.

"Apa?! Puan? Hei, aku ni cik okey. Bukannya Puan. Cakap tu berlapik sikit!" geram sungguh gadis itu. Ingin sahaja mendebik wajah lelaki di hadapannya itu. Temannya, di belakang sudah garu kepala dengan sikap baran si gadis. Sebelum ini, tidak seperti ini.

"Emil, jom kita pergi dari sini. Kau janganlah cari pasal," tutur Aida ketakutan dengan sikap Emilda. Matanya meliar memandang sekeliling.

Tercengang Amier Rafzan dengan kata-kata gadis itu. Perwatakan gadis itu jika dilihat, lemah-lembut, cantik. Tetapi, macam hantu saja perangai! Aiman dan pekerja yang berada di situ datang menghampiri Amier Rafzan yang membisu itu.

Suasana di situ sudah tegang. Orang di sekeliling memandang mereka. Pelbagai reaksi pengunjung di situ. Ada yang mahu menolong, ada juga yang melihat sahaja.

"Aku tak puas hati dengan lelaki ni. Ingat bagus sangat!" bentak Emilda dengan geram. Matanya merenung tajam wajah Amier Rafzan.

"Sudah! Jom balik." tutur Aida segera menarik lengan Emilda untuk berlalu pergi. Donut yang dipesan, ditinggalkan di situ sahaja.

"Woi!!! donut ni siapa nak bayar?" jerit Amier Rafzan selamba. Aiman yang terpacak di situ, segera menampar bahu Amier Rafzan. Geram dengan sikap temannya itu. Suka buat kecoh tak tentu pasal. Tak pasal-pasal kena buang kerja.

"Maaf ya, ada masalah sikit tadi. Selamat menjamu selera kembali." tutur Aiman sopan kepada pelanggan. Semua hanya menggelang kepala. Amier Rafzan sudah berlari masuk ke dalam pantri. Malunya bukan kepalang. Pekerja di situ memulakan pekerjaan mereka kembali.


***


"Aku bengang dengan lelaki tadi!" tutur Emilda dengan wajah sebal. Dikepal jarinya menjadi penumbuk. Matanya meliar memadang orang yang lalu-lalang di hadapannya.

"Sabar...sabar... Tapi kan, kacak jugak lelaki tadi. Terpikat aku!" tutur Aida sedikit mengada. Pelik dengan sikap AEmilda yang serius tak kena tempat ini. Bukannya selalu, jika Emilda melihat lelaki kacak,  menyambar cepat macam helang ke?

"Kau jangan cari pasal dengan aku weh! Lelaki macam dia tu, aku petik aje, gerenti dia datang! Tapi, aku bengang gila dengan dia. Suka hati mak bapak dia nak panggil aku puan. Kau tengok aku ni macam mak orang dah ke?" Emilda mendekatkan wajahnya kepada Aida.

Aida segera menolak kasar tubuh Emilda. "Kau ni gila ke apa? Sudah-sudahlah kau nak mengayat lelaki kat luar sana. Takkanlah dengan aku pun kau nak kebas jugak. Beb, aku ni masih anak dara sejati. Kau tahu tak!" seram Aida dengan tingkah Emilda.

"Aku pun tak hinginlah dengan kau! Lebih baik aku 'ayat' abang kat tepi rumah aku. Kacak beb..." tutur Emilda dengan tersenyum lebar. Neldya Emilda, siapa tak kenal dengan gadis ini. 'Kaki lelaki'! Selalu kita dengar kaki perempuan. Perwatakannya yang lemah lembut jika berhadapan dengan lelaki. Gayanya santai, tetapi dapat memikat hati teruna.

Aida mencebik. Bukannya dia tidak tahu dengan kelebihan yang Emilda miliki. Cuma dia pelik dengan temannya. Manakan tidak, mama Emilda seorang yang bertudung labuh, namun, Emilda? Sering memakai pakaian yang mencolok mata. Berkepit dengan lelaki ke hulu-hilir. Tidak kasihankah Emilda kepada mama dan papanya? Keluarganya semua berketurunan baik-baik.

Tiba-tiba telefon bimbit Emilda berdering. Emilda pantas menyeluk tangannya ke dalam tas tangan. Diambil telefon bimbitnya. "Hello, kenapa ma?" soal Emilda kasar. Pantang sikit keluar, mamanya pasti bertanya ke mana dia menghilang.

Aida hanya menggelang. Malas hendak melayan!

"Okeylah. Kejap lagi Emil sampai." pantas ditekan butang merah. Geram dengan mamanya. Keluar sebentar, disuruh balik semula. Tak ada kebebasan langsung!

"Aku balik dulu. Aku ada hal la." Emilda memberi alasan. Segera kakinya laju melangkah meninggalkan Aida.

"Woi!!! Tunggu aku!!!" panggil Aida sambil berlari-lari anak megejar Emilda yang jauh meninggalnya. Sudahlah, datang seorang diri. Takkanlah balik pun nak naik teksi? Oh, tidak!


***

"Kamu ke mana Emilda?" soal Puan Kamariah sambil matanya memandang atas bawah tubuh anaknya. Mengelang pantas dibuatnya. Tidak pernah sesekali mengajar anaknya memakai pakaian tak cukup kain ini!

"Mama ni banyak songeh betul la!" tutur Emilda dengan perasaan marah yang meluap-luap dengan wajah masam mencuka. Bibirnya pula dimuncungkan.

"Emilda, kamu tu sudah berumur dua puluh tiga tahun. Tak lama lagi kamu nak bekerja di syarikat papa. Takkanlah kamu nak jadi macam ni selamanya? Atau kamu ni mama carikan jodoh. Kahwin awal. Nak? Lagipun, umur kamu ni memang elok kahwin awal," tutur Puan Kamriah panjang menjela. Sudah berpuluh kali ditegur anaknya itu. Bukan nak dengar, buat tak endah lagi ada!

"Tak naklah ma! Buat apa kahwin awal? Ish, tak naklah!" Emilda segera menolak cadangan mamanya.

"Kalau kamu tak mahu kahwin awal. Tolong ubah sikap kamu. Cara pakaian kamu. Cara percakapan kamu.  Emilda tak kesiankan mama dan abah ke?" suara Puan Kamariah perlahan. Penat sungguh mendidik anak yang tidak mendengar kata. Sememangnya ini dugaan Allah.

"Sudahlah! Emil naik dulu." Emilda malas mahu bertekak dengan mamanya. Setiap kali berbahas, pasti tentang cara pakaianlah, itulah, inilah. Baik naik bilik, ada faedahnya jugak!


Puan Kamariah hanya menggeleng. Tidak tahu berbuat apa lagi dengan anak bongsunya itu. Kakaknya baik-baik sahaja. Mahu juga mendengar kata. Tetapi dengan Emilda? Allahuakhbar... sabar. Puan Kamariah tersedar suaminya terpacak di hadapan pintu rumahnya itu hanya mengeluh perlahan. Encik Azran hanya mengangkat bahu. Dia merasa gagal mendidik anaknya itu.


***

"Eh, ni Maria kan?" soal Puan Sri Yani tersenyum.

"Ni, Puan Sri ke?" soal Puan Kamariah kembali. Apabila melihat anggukan Puan Sri Yani pantas memeluk tubuh Puan Sri Yani. Tidak sangka, setelah berpuluh tahun berpisah. Akhirnya, jumpa juga mereka di tempat membeli belah. Dunia ini sememangnya kecil.

"Mari kita cari tempat duduk dulu. Yani ada hal nak bincang. Banyak sangat-sangat." tutur Puan Sri Yani gembira.

"Lamanya kita tak jumpa. Ya Allah, rindunya saya dengan Puan Sri," tutur Puan Kamariah tersenyum. Dipeluk tubuh Puan Sri Yani dengan erat.

"Tak usahlah panggil saya Puan Sri. Panggil Yani saja. Lagipun, pangkat, darjat semua tak ada apa. Semuanya pinjaman daripada Allah." tutur Puan Ari Yani setelah meleraikan pelukan. Dipandang wajah sahabatnya dahulu. Masih belum berubah. Tampak gembira sentiasa.

Puan Kamariah tersenyum. Kagum dengan pendirian Puan Sri Yani. "Saya seganlah, Puan Sri."

"Tak apa. Sekarang ni kehidupan macam mana? Okey? Business berjalan lancar?" pelbagai soalan yang ditanya Puan Sri Yani. Sudah dianggap Puan Kamariah sekeluarga seperti keluarga sendiri.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar."

"Eh, anak kakak umur berapa sekarang? Sihat ke mereka?" soal Puan Sri Yani gembira. Setahunya, anak Puan Kamariah ada dua orang. Dua-dua perempuan.

"Anak sulung sudah kerja. Anak bongsu masih belajar lagi. Semuanya sihat." beritahu Puan Kamariah sambil matanya meliar memandang sekeliling pusat membeli belah. Tiba-tiba, matanya tertancap pada seseorang. Seseorang yang dia kenal. Terasa hendak berkecai hatinya melihat tingkah laku biadap itu. Ingin sekali ditampar wajah putih itu, tetapi semuanya terhalang.

"Yani, saya rasa tak sedap badanlah. Nanti kita jumpa lagi ya." ujar Puan Kamariah kalut. Tidak mahu, Puan Sri Yani lihat apa yang dilihatnya.

"Eh, sekejap. Ini kad Yani. Nanti kakak boleh call saya." Puan Sri Yani memberi sekeping kad berwarna putih.

"Terima kasih, kakak balik dulu." ujar Puan Kamriah segera berjabat tangan tanda akhirnya perbualan di antara mereka. Puan Kamariah laju melangkah meninggalkan Puan Sri Yani. Hatinya bengkak dengan sikap gadis itu. Ditahan air matanya dari menitis.



No comments:

In LOVE