Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

30 Mar 2013

Dia...Jodohku! Bab 3

Assalamualaikum, alhamdulillah ! Akhirnya bab 3 sudah tiba! Mari baca. Kepada Baby Mio yang sering membaca dan sering meninggalkan komen ( Thanks so much ) ! Jangan lupa tinggalkan komen setelah membaca!

" Asif, cepatlah siap! Lambat nanti umi tinggal,'' jerit Puan Aiza daripada tingkat bawah.

" Umi, pergilah dulu...Nanti Asif pergi sendiri," sahut Asif dari tingkat atas.

" Bersiap mengalahkan anak daralah kamu ni! Mana Amani dengan Alia?" bebel Puan Aiza.

" Amani dengan Alia pergi dengan abang nanti ya umi,'' Alia memberitahu apabila mendengar uminya menyebut nama mereka.

" Haish! Kamu bertiga ni berpakat ya ? Umi tunggu kat rumah Mak Cik Natasha, kalau kamu tak datang...Siaplah kamu bertiga," pesan Puan Aiza sebelum melangkah keluar. Ayu sungguh Puan Aiza hari ini.


Puan Aiza memakai baju kurung berwarna jingga dan bertudung senada dengan warna bajunya. Encik Nik dipaksa memakai baju berwarna jingga juga. Baru nampak sepadan! Sedondon gitu.

Puan Aiza menarik Encik Nik untuk bangun. Puan Aiza membelek baju melayu yang dipakai oleh Encik Nik. Songkok yang terletak di atas kepala Encik Nik dibetulkan perlahan. Mereka saling berbalas senyuman.

" Kacaknya suami Aiza!" puji Puan Aiza.

" Cantiknya isteri Iman," puji Encik Nik. Puan Aiza tersipu.

" Saya sayang awak sangat-sangat!" kata Encik Nik sambil memeluk pinggang Puan Aiza. Puan Aiza tertunduk malu. Sebuah kucupan hinggap di dahi Puan Aiza.

" Ehem..." Amani dan Alia berdehem. Mereka tersenyum. Alia sempat mengambil gambar aksi 18sx abi dan uminya. Yeay! 

Pelukan Encik Nik terlepas apabila Puan Aiza menjauh. Wajah Puan Aiza memerah. Malu lewww tuuu!

" Umi dengan abi pergi dulu, jangan lambat tau! Majlis bacaan Yassin mula selepas Zuhur!" jerit Puan Aiza sebelum melangkah keluar dari rumah.

****
Asif membelek janggut sejemputnya di hadapan cermin. Baju melayu yang berwarna krim itu digosok perlahan. Merapikan sedikit!

'Hmm..Handsome juga aku ni ya? Haha!' getus Nik Asif.

"Astaghfirullah, Asif! Ujub, ni.." kata Asif sambil meraup wajahnya. Sedar dengan kekhilafan diri. Setelah yakin dengan penampilan aslinya hari ini, Asif melangkah turun.

Adik kembar sedang asyik membelek iPhone masing-masing.

'Lama sangat ke aku bersiap' getus Asif.

Adik kembar Asif berpaling serentak. Kemudian mereka tertawa perlahan. Asif kerut dahi sebagai tanda 'kenapa?'

" Abang ni bersiap punyalah lama, kalah pengantin! Tapi adik tengok sama saja..." kata Alia.

" Tu lah, ingatkan bersampin, bersongkok atau berkeris di pinggang ke..." tambah Amani pula.

" Kamu jangan nak perli abang ya!" ugut Asif. Asif keluar dari rumah dan mencari chapalnya. Chapalnya disarung perlahan. Nafas dihela perlahan. Bismillahirohmanirrohim.

" Jum-jum!  Cepat sikit!" sergah Asif. Malu ditegur oleh adik kembarnya. Ada ubi ada batas, ada hari abang balas ya!

*****


Asif berjalan di hadapan manakala adik kembarnya di belakang. Mana boleh perempuan berjalan mendahului lelaki! Tak manis orang melihatnya.

Sesampainya Asif ke rumah Puan Natasha, Asif menyalami jiran-jiran lelaki yang hadir. Kelihatannya seperti jiran-jiran yang sudah berumur sahaja yang mengambil port hari ini. Rasanya Asif sahaja anak muda trang tang tang hari ini.

Alia dan Amani sudah meloloskan diri ke dalam rumah banglo Puan Natasha. Mencari umi barangkali.
Asif duduk di tepi Encik Nik yang sedang bersembang dengan salah seorang jirannya. Encik Amier Rafzan tersenyum memandang Asif. Janggutnya yang sedikit beruban itu memaniskan lagi raut wajahnya.

" Anak doktor ke ni?" tanya Encik Amier.

" Ha'ah, anak tunggal lelaki saya. Asif namanya," kata abi. Asif menundukkan sedikit wajahnya tanda hormat.

" Segaknya anak doktor! Kerja apa?" tanya Encik Amier lagi. Asif sudah berasa segan.

" Alhamdulillah, waris saya jugalah," kata abi sambil ketawa.

" Doktor juga ya? Baguslah! Pekerjaan yang sangat mulia," kata Encik Amier Rafzan. Umi datang bersama dengan seorang wanita yang hampir sebaya dengannya.

" Emilda, ni anak lelaki saya! Asif namanya," umi memperkenalkan Nik Asif kepada Puan Emilda.

" Amboi...Kacak sungguh ya! Boleh buat menantu ni!" kata Puan Emilda sambil ketawa.

" Sayang, anak kita tu semuanya lelaki! Yang perempuan pun baru tujuh belas tahun! SPM pun tak lepas lagi..." tegur Encik Amier Rafzan. Ketawa mereka meletus.

Tiba-tiba Puan Natasha yang ayu berjubah hitam datang ke arah mereka berempat. Senyumannya sungguh manis. Walaupun Puan Natasha merupakan ibu tunggal, namun raut wajahnya awet muda!

" Rancaknya berbual! Marilah masuk ke dalam, anak-anak yatim sudah menunggu di dalam. Sekejap lagi dah nak masuk zuhur. Selepas zuhur kita makan ya?" kata Puan Natasha.

" Marilah kita masuk," ajak Puan Emilda.

" Asif ke ni?" tanya Puan Natasha.

" Iyalah, anak saya yang kerja di Penang tu!" jelas Umi.

" Ha, bagus-bagus! Apa kata Asif jadi imam hari ini?" cadang Puan Natasha.

" Er...er..." Asif tergagap. Mahu atau tidak mahu? Aduh!

" Asif..." panggil Umi tegas.

" Baiklah aunty! Boleh saja," Asif mengalah. Apa salahnya mengimamkan solat? Pahalanya begitu besar.

Setelah selesai berwudhuk, Asif, jiran-jiran dan anak yatim yang tiga puluh orang itu memenuhi ruang tamu rumah banglo Puan Natasha. Lelaki di saf depan manakala perempuan ni saf belakang.

" Allahuakhbar!," laung Asif. Solat Zuhur dimulakan. Asif melaungkan kalimah-kalimah Allah dengan lancar dan betul tajwidnya. Asif begitu khusyuk mengimamkan jemaah-jemaahnya. Namun tanpa disedarinya, ada sepasang mata yang sedang memerhatikanya dari tingkat atas banglo tersebut.

Hatinya berasa tenang. Bagaikan satu cahaya yang hadir dalam hatinya. Menerangkan hatinya yang dahulu hitam dengan noda.


- nak tahu sapa yang sedang memerhati? Confirm korang boleh agak punya! haha~ nanti Pa'ah cerita detik-detik pertemuan ya! Terima kasih sudi membaca!


ps - * amaran keras - Kena komen lepas baca ! :)


No comments:

In LOVE