Hai, Assalamualaikum, semua... Apa khabar? Sihat ke? Maaflah, dah lama tak post sambungan cerita. Sebab ada hal-hal yang tertentu. Hehehe.. Oleh itu, sementara ini, Syaz akan teruskan dengan ulasan novel yang seterusnya yang Syaz telah baca sebelum Syaz dan Paah sambungkan karya masing-masing. Ok, mari kita lihat sinopsisnya dahulu.. :)
INILAH SINOPSISNYA: Waktu kecil2 dulu, si gemuk memang suka mengusik Nurina. Mentang2lah anak majikanibu, asyik Nurina saja yang mengalah.
"Hmmm... Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk?"
"Alah... Aku dah biasa panggil macam itu, kan? Kenapa mesti nak tukar pula? Takkan sebab aku panggil kau gemuk pun kau nak merajuk macam ni?"
KHAIRY ADRIAN. Lelaki yang muncul dalam hidup Nurina bersama dengan satu ugutan. Semenjak kehadirannya, hidup Nurina jadi kacau dan tak pernah aman.
"Kau kena ingat... Kau ada hutang dengan aku. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Kalau kau terima pelawaan aku ni, hutang lima ribu kau tu hangus. Kalau tidak... kau patut fikirkan apa yang bakal kau terima." -KHAIRY ADRIAN
Tapi Nurina cuba menangkis rasa sakit hatinya terhadap Khairy Adrian dengan mengingat kenangan manisnya bersama si gemuk. Di mana gemuk? Bagaimana cara dia hendak bertemu semula dengannya.
"Pergilah balik, menyibuk aje."
"Mentang-mentang ada jajan, kau sombong dengan aku ya. Tak apa, Nanti kalau waktu kau susah, jangan sibuk cari aku. Aku balik, gemuk!"
Tapi, kenapa takdir menemukan Nurina dengan Khairy Adrian?
"Awak nak semula ke baju ni? Kalau betul nak semula, lepas saya basuh periuk besar tu, awak bolehlah ambil semula."-NURINA
"Buat apa nak ambil baju ni? lebih baik ambil orangnya."- KHAIRY ADRIAN
Setelah mengetahui kebenaran, akhirnya kedua-duanya cuba mengalah dan mengakui perasaan yang sudah lama terpendam.
Tapi adakah lafaz cinta Khairy Adrian itu mampu menjanjikan yang kebahagiaan akan menjadi milik mereka selamanya? Semua keputusan itu, hanya mereka sahaja yang mampu menjawabnya...
ULASANNYA: Ha?? Amacam? Best kan? Mestilah best.. Hehe.. Okey, pada pandangan Syaz cerita ini mengisahkan tentang kekeluargaan dan percintaan...Kiranya, novel ini dapat dibaca tanpa mengira usia! Cerita dia memang menarik! Nurina yang asyik mengusik Khairy Adrian masa kecil. Memang melucukan!
Khairy Adrian yang 'gemuk', yang suka ambil kesempatan menganggu Nurina. "Mentang-mentanglah dia anak tuan rumah" kata Nurina. Hehe.. pandai-pandai saja tambah dialog sendiri.. Hehe...
TETAPI, apabila mereka meningkat dewasa. Pelbagai masalah yang datang menerpa. Khairy Adrian yang muncul dalam hidup Nurina setelah dewasa menambahkan kesakitan dalam hati Nurina. Adakah Nurina mengenali lelaki yang bernama Khairy Adrian itu? Apakah reaksi Nurina? Dan jika mereka mengenali antara satu sama lain, Adakah mereka akan mengecapi kebahagiaan selamanya? Semua jawapan dalam 'SERU SAJA BINTANG ITU. Dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran. Haha!! macam nak promote je. Memang kena promote! Siapa lagi yang nak menyokong penulis-penulis di Malaysia, kalau bukan kita? Betul tak?
Nampaknya setakat ini sahaja Syaz mampu ulaskan. Ini cuma ulasan Syaz setelah Syaz baca novel ini. Mungkin anda ada pendapat lain. Jangan lupa beli ya..... Okey, bye2!! selamat membaca...
:Peace:
Motivasi diri.
Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?
Si Cantik dan Si Kacak kami :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In LOVE
-
K ata orang, bercinta itu semuanya indah. Indah dengan suasananya, indah dengan kata-kata puitisnya, indah bersama orang yang...
-
Assalamualaikum, sebelum jari menaip dengan lebih banyak lagi. Ingin saya khabarkan pada anda, coretan saya pada kali ini ditujukan kepada s...
-
Assalamualaikum, apa khabar? Harap sihat-sihat sahaja. Baiklah, sebelum kami post cerpen, marilah kita lihat NOVEL YANG TERLARIS MINGGU INI....
-
Di sebalik hilai tawa, Siapa tahu ada duka, Disebalik tiap perkara, Siapa tahu ada rahsia. Tiap kata sukar kuungkap, Tiap rahsia makin ...
-
Dari jauh Emilda melihat susuk tubuh seseorang. Dia mengecilkan matanya dan mengamati wajah itu betul-betul. Tangannya digenggam kuat. Ge...
-
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Apa khabar readers? Anda sihat? Syaz dan Pa'ah berharap agar semuanya sihat dan baik-...
-
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Selamat Berhujung minggu semua. Jum bac...
-
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Alhamdulillah..Akhirnya siap juga salah satu cerpen Pa'ah ini. Terima kasih kepada sesiapa ya...
-
SINOPSIS : Sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar. Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. ...
-
Assalamualaikum, apa khabar? Sihat? Alhamdulillah... Baiklah, hari ini Syaz ingin memberi ulasan tentang novel Jangan Lupakan Aku karya I...
Ada di blog
Ulasan Novel Di Pasaran
(8)
Cerpen
(7)
Motivasi Diri
(7)
Cerpen Pendek
(3)
Ulasan Novel
(2)
E-Novel
(1)
potpet kami
(1)
No comments:
Post a Comment