SINOPSIS :
Mia Sakinah > mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga setegar Sumayyah. Semangat kental tersembunyi di sebalik tubuhnya yang kecil. Hidupnya penuh ranjau dan duka. Ketentuan TUHAN memang tak pernah terduga. Kehidupan biarpun pahit masih perlu diteruskan
Danny > Dia tercari-cari 'jalan pulang'. Dosa-dosa lalu menghantuinya. Pada ILAHI dia memohon keampunan. Dia memulakan kembara menjejak sekeping hati yang telah dilukai. Niatnya hanya satu, kemaafan. Dia ingin mengenbalikan harga diri yang telah tercalar.
Dapatkah niat Mia dan Danny bersatu? MENANTI FAJAR SIDIK jawapan kepada segala-galannya...
Ulasannya : Novel ini karya kak Raihan Zafya. Anda baca ke tidak lagi novel ini? Dah baca? hm, ok lah tu!! dan bagi sesiapa yang belum baca, meh sini nak cerita. Nanti boleh2 la pergi kedai buku dan cari novel ni. Best tau!
Okey, firstly, novel ni genre islamik. Ada pelbagai mesej yang kak Raihan Zafya nak paparkan atau nak
beritahu kepada anda semua. Novel ini berkisahkan tentang Mia Sakinah anak kepada seorang Puan Ruby dan Tuan Zaki yang hidup serba mewah, tetapi 'miskin' dengan perihal keagamaan. Yang miskin dengan perihal keagamaan itu sebenarnya Puan Ruby dan Tuan Zaki... Mia Sakinah tak. Mia Sakinah ingin berubah menjadi muslimah yang baik. Tetapi ada saja halangan. Kadangkala, ujian itu datang daripada orang yang hampir dengan kita. Dalam novel ni, Puan Ruby la yang penghalangnya...Hm, ada ke patut nak anaknya pakai baju terdedah aurat? ish!!! tak patut...Hehehe, emotional pulak. Biasalah dalam novel. Apa-apa perwatakan pun kita boleh buat. Tapi, novel ni memang banyak tauladannya... Korang patut beli.. ;)
Tetapi, di dalam setiap ujian yang ada, Mia Sakinah redha menghadapinya. Tambahan pula, ada Mak Jah yang sentiasa di sisi. Mia Sakinah menggelarkan Mak Jah, Ummi. Ummi yang sering menasihatinya agar bersabar dengan ujian Allah.. :) Walaupun Mak Jah hanya pembantu rumah tetapi Mia Sakinah tak pernah menganggapnya sebagai pembantu rumah tetapi sebagai seorang ibu!! Mak Jah juga berceritakan tentang Rabiatul Adawiyah...memang ada pelbagai manfaatnya.. :) Mia Sakinah anak yang baik, sentiasa ingin melihat agar ibu bapanya berubah ke arah kebenaran.
Danny pula kehidupanya yang juga serba kemewahan dan turut miskin dalam perihal keagamaan termasuk ibu bapanya. Danny, seorang anak yang tidak diberi perhatian. Malah, jika ingin bersosial sekalipun, ibu bapanya tidak kisah. Tetapi, selepas berjumpa dengan Mia Sakinah hatinya terpaut! Dan tidak semudah itu Mia Sakinah terima Danny, kerana ada satu kejadian yang tidak diingini berlaku di rumah Mia Sakinah. Sewaktu parti hari jadi Mia Sakinah yang dijalankan oleh Puan Ruby, bilik Mia Sakinah dimasuki oleh seseorang... jeng jeng jeng.... nak tahu siapa? Si Danny lah! si jantan keparat itu. Dalam keadaan mabuk, dia masuk ke kamar Mia Sakinah dan melakukan perkara yang tidak diingini. Perkara yang benar2 menjatuhkan maruah Mia Sakinah!! Korang mesti nak tahu kan, macam mana pulak mamat ni boleh masuk dalam bilik Mia Sakinah... Hmm, macam ni... ibu Mia Sakinah dengan ibu Danny kawan baik. Kiranya mereka saling kenal mengenali la... Dalam pada yang sama, Danny tak tahu yang Mia Sakinah anak kepada Puan Ruby...
Hmm, kesian kan kat Mia? Macam2 dugaan yang Allah bagi. Itu tandanya, Allah sayangkan kita.
Setelah berlakunya perkara yang tidak diingini, Danny sentiasa dihantui dengan kekhilafannya. Dia ingin berubah mencari jalan yang diredhai Allah. Dia menginginkan kemaafan daripada Mia Sakinah. Hm, adakah Mia Sakinah dan Danny akan bersatu? Nak tahu kisah selanjutnya? Boleh lah kawan2 dapatkan novel ini dikedai berhampiran anda. Haha, macam pembaca berita pulak.. :)
Okey! nampaknya setakat ini sahaja yang Syaz boleh kongsikan. Syaz cuma nak beri pandangan sahaja tentang novel2 yang Syaz baca.... selamat membaca kawan-kawan!!!
: Peace yo! :
Motivasi diri.
Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?
Si Cantik dan Si Kacak kami :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In LOVE
-
Assalamualaikum...Ini merupakan salah sebuah cerpen yang dihantar ke Dewan Bahasa Dan Pustaka. Terima kasih kerana sudi membaca cerpen Sya...
-
Assalamualaikum. Jum baca bab 2 pula :) " Doktor Asif! Pak cik Amer nak jumpa doktor sekejap..." beritahu seorang jurur...
-
K ata orang, bercinta itu semuanya indah. Indah dengan suasananya, indah dengan kata-kata puitisnya, indah bersama orang yang...
-
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Apa khabar readers? Anda sihat? Syaz dan Pa'ah berharap agar semuanya sihat dan baik-...
-
Hai!!! Hari ini Syaz nak memberi ulasan tentang novel terbaru Qaseh Qaisara. Kawan2 belum beli novel ni? pergi ke kedai buku dan dapatkan ...
-
Assalamualaikum...Alhamdulillah, setelah hampir beberapa hari menyepi, hari ni Pa'ah nak share blog kawan Pa'ah. Blog ni baru saja d...
-
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Apa khabar ? Harap semua baik-baik saha...
-
Assalamualaikum, apa khabar? Harap sihat-sihat sahaja. Baiklah, sebelum kami post cerpen, marilah kita lihat NOVEL YANG TERLARIS MINGGU INI....
-
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Baik... ? Alhamdulilah.. baiklah hari ni Paah nak ceritakan mengenai tarikh di atas. Heee. Dah tahu ? Al...
-
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Alhamdulillah..Akhirnya siap juga salah satu cerpen Pa'ah ini. Terima kasih kepada sesiapa ya...
Ada di blog
Ulasan Novel Di Pasaran
(8)
Cerpen
(7)
Motivasi Diri
(7)
Cerpen Pendek
(3)
Ulasan Novel
(2)
E-Novel
(1)
potpet kami
(1)
No comments:
Post a Comment