Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

6 May 2013

Bagaimana Harusku Memilih? Prolog

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kita mulakan dengan membaca prolog dulu ya.


" Aku dah tekad, aku tak nak kahwin dengan mamat poyo tu! Tolonglah aku beb, aku betul-betul terdesak ni," rayu Fiyya.

" Habis tu kau nak aku buat macam mana? Aku pun tak tahu nak tolong kau macam mana lagi dah!" ujar Fiyrah. Jari-jemari memicit kepala yang mula berdenyut-denyut. Stress!

" Kau...tolong gantikan tempat aku!" cadang Fiyya. Mata Fiyrah membulat apabila mendengar kata-kata Fiyya. Apa yang merasuk si Fiyya ini!

" Kau dah gilakah Fiyya! Aku mana boleh ganti tempat kau!" bidas Fiyrah. Fiyrah menarik rambutnya berkali-kali tanda protes.

" Kenapa tak boleh pula?!" tanya Fiyya. Bodoh punya soalan!

" Kau ni agak-agak la nak tunjukkan kebodohan pun! Aku ni dah ada si Amar tu..." bidas Fiyrah.

" Amar tak perlu tahu kau gantikan tempat aku," kata Fiyya selamba.

" Kau jangan bagi cadangan yang gila boleh? Aku tak kan buat kerja bodoh macam tu!" bidas Fiyrah lalu berdiri. Ingin keluar dari bilik Fiyya. Dia boleh jadi gila kalau berlama lagi di sini. Idea gila daripada mana dia dapat ni!

" Ya, memang aku gila! Aku gila sejak aku kena paksa kahwin dengan mamat poyo itu! Kalau ibu dengan ayah dah terhutang budi sangat, kenapa aku yang harus tergadai body? Bukannya kau?!" tempelak Fiyya.

" Habis kau nak suruh aku kahwin dengan mamat poyo tu sebab kau memang tak puas hati dengan akulah ya?" bidas Fiyrah.

" Aku bukan tak puas hati! Tapi ini tidak adil. Asyik aku saja yang harus korbankan segalanya! Kenapa kau tak pernah ?!"  tengking Fiyya. Kemarahannya sudah memuncak.

" Kau jangan nak cerita pasal pengorbanan kalau kau tak tahu apa itu pengorbanan!" suara Fiyrah turut meninggi.

" Sudahlah! Kau keluar! Aku tak nak tengok muka kau la bodoh! Mintak tolong sikit pun tak boleh!" kata Fiyya.

" Aku pun tak ingin la nak hadap muka kau tu lama-lama," kata Fiyrah sambil keluar daripada bilik Fiyya. Fiyrah menghempaskan pintu bilik sekuat hatinya. Bergegar rumah itu.

" Bodoh punya kakak!" jerkah Fiyya.  Dia menengkupkan mukanya di atas bantal. Fiyya menangis semahu-mahunya.


****

Ruang tamu itu senyap sunyi. Tiba-tiba Puan Zaini bersuara.

" Ibu nak Fiyya kahwin dengan anak kawan ibu!" tegas suara Puan Zaini.

" Apa?!" Fiyya terjerit. Fiyrah terkedu.

" Kenapa Fiyya pula ibu?!" tanya Fiyya dengan suara yang tertahan-tahan. Amarah susah mula memenuhi jiwanya. Tunggu masa sahaja ingin meletus.

" Ibu dan ayah dah buat keputusan, kami nak Fiyya yang kahwin dengan Edy," kata Puan Zaidy.

" Tapi kenapa Fiyya? Kenapa bukan si Fiyrah?!" tanya Fiyya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Zafiyya yang duduk di sofa bersebelahan ibunya.

" Fiyrah kan dah ada boyfriend!" kata Puan Zaini.

" Fiyya pun ada teman lelaki! Ini tak adil!" kata Fiyya. Dadanya sudah berombak kencang.

" Tapi kamu tak pernah beritahu ibu dan ayah pun,"

" Sebab ibu dengan ayah tak pernah ambil peduli pasal Fiyya! Ibu dengan ayah cuma sayangkan Fiyrah dan Dairul saja! Fiyya buat apa pun ayah dan ibu tak pernah ambil peduli!" tempelak Fiyya.

" Fiyya! Jaga kata-kata kamu tu! Jangan tuduh sebarangan! Ayah dan ibu selalu ambil tahu pasal kamu...Bila ibu dan ayah tanya kamu macam-macam kamu kata kami ni penyibuk! Bila kami ambil tahu pasal kamu, kami kata kamu dah besar! Dah boleh jaga diri! Tiba-tiba kamu kata ayah dan ibu tak pernah ambil tahu pasal kamu?!" jerkah Encik Danial yang sejak tadi membisu.

" Yang penting sekarang, Fiyya tak mau kahwin dengan si Amar tu! Ibu dan ayah faham ke tak ni?" jerkah Fiyya.

Tiba-tiba Encik Danial bangun dan meluru ke arah Fiyya. Hampir sahaja tangannya hinggap di pipi mulus Fiyya. Fiyya masih tunjuk berani. Bertentang mata dengan Encik Danial.

" Kalau ayah berani tampar Fiyya, Fiyya akan tinggalkan rumah ni! Dan Fiyya bersumpah ayah, Fiyya tak kan jejakkan kaki Fiyya di rumah ini lagi!" kata Fiyya tegas.

" Fiyya...Kamu jangan cabar ayah!"

" Fiyya tengah cabar ayah!"

" Fiyya!" Encik Danial menggangkat tangannya sekali lagi namun sempat ditahan oleh Puan Zaini.

" Cukup Fiyyah! Pergi naik ke bilik kamu! Tapi ingat, ibu tetap dengan keputusan ibu!" kata Puan Zaini.

Fiyya masuk ke dalam bilik sambil menangis. Dia menghempaskan dirinya ke atas katil!

" Arghhh!" jerit Fiyya.

*****

" Aku tak kan kahwin dengan mamat poyo tu!" jerit Fiyya.

" Apa nak jadi, jadilah! Yang penting aku harus blah dari neraka ni!" Fiyya bercakap sendirian.  Dia mengemaskan baju-bajunya.

Setelah selesai, dia mengambil sehelai kertas dan sebatang pen berwarna biru. Bait-bait kata mula dilakar.



No comments:

In LOVE