Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

17 Mar 2012

Cerpen : Andai Kau Bukan Untukku

  
Kata orang, bercinta itu semuanya indah. Indah dengan suasananya, indah dengan kata-kata puitisnya, indah bersama orang yang tersayang, dengan orang yang kita dicintai. Tapi adakah,
perasaan ini akan terus berkekalan jikalau salah seorang pasangan menghancurkan harapan
pasangan sendiri? Sama seperti kisah hidup Shahirah Izzati yang menghancurkan perasaan
pasangannya sendiri hanya kerana dendam kepada seorang lelaki.
         Shahirah Izzati yang kecewa dengan seorang lelaki yang bernama Irfan yang sanggup
memainkan perasaannya. Lantas, dia membuat keputusan ingin membalas dendam kepada lelaki
yang ingin berkawan dengannya. Pertemuannya dengan seorang jejaka yang bernama Azmir
yang ingin berkawan dengannya membuatkan hatinya benar-benar bahagia. Tetapi, ditepis
perasaan halus itu secepat mungkin! Niatnya hanya ingin membalas dendam kepada seorang
yang bernama lelaki.
          “Shira nak makan kat mana?” soal Azmir memandang Shahirah Izzati yang tersenyum
manis itu. Melihat saja senyuman Shahirah Izzati membuatkan hatinya selalu tenang. Tambahan
pula, lesung pipit yang berada pada kedua-kedua belah pipinya. Bertambah cantik!
          Hari ini, Shahirah Izzati mengenakan baju kemeja yang berwarna ungu lembut. Dipakai
dengan selendang bewarna hitam. Berseluar hitam. Menambahkan lagi kejelitaannya!
          “Makan aje kat mana. Shira tak kisah.” tutur Shahirah Izzati lembut sambil memandang
wajah Azmir yang tak lekang dek senyuman. Melihat raut wajah Azmir tidaklah setampan lelaki
lain. Cuma manisnya saja apabila melihat senyumannya terukir. Melihat pakaian Azmir yang
turut memakai kemeja hitam dan bertali leher merah, bertambah segak jika sesiapa saja yang
melihatnya.
          “Kita makan kat Secret Receipe okey tak? Teringin nak makan keklah pulak. ” tutur Azmir
serius memandu.
          “Hm, okey jugak.” Shahirah Izzati hanya bersetuju dengan cadangan Azmir.
          Setibanya mereka di Secret Receipe, mereka memesan Banana Chocolate Cake dan Ice
Lemon Tea. Shahirah Izzati hanya tersenyum hambar melihat Azmir yang cuba mengusiknya.
Sesekali lihat, mereka tampak seperti pasangan kekasih yang sedang dilamun cinta.
           Tetapi, semua itu sudah menjadi kenangan. Tak bermakna lagi dia mengharapkan Azmir.
Azmir yang amat menyayanginya dulu, semakin benci kepada dirinya sekarang. Dengan
pengakuan empat tahun dulu, serta-merta hidupnya berubah. Niatnya hanya ingin memainkan
perasaan Azmir, akhirnya dia terjatuh cinta kepada Azmir yang tulus mencintainya,
menyayanginya. Yang membuatkan dirinya bagai puteri. Kini semuanya berakhir. Tidak
mungkin dia akan dapat seorang lelaki sejujur Azmir. Tidak sama sekali!
          Akhirnya, dia membawa diri ke Kota London. Membawa duka, membawa kesedihan yang
bersarang dalam hati. Dia ingin melupakan Azmir, ingin melupakan segala kenangannya
bersama Azmir! Membawa hati ke Kota London selama empat tahun, sudah memadai. Dia
berharap setibanya di Malaysia nanti, kenangan bersama Azmir akan terus lenyap!

***********

“Assalamualaikum…” Shahirah Izzati memberi salam. Dijenguk kepalanya memandang
sekeliling banglo agam itu. Tak pernah berubah semenjak kakinya melangkah ke luar negara
empat tahun lalu.
          “Waalaikumusalam. Shira?! Bila Shira balik? kenapa tak beritahu mummy? Shira balik
naik apa?” soal Datin Malissa bertubi-tubi memandang Shahirah Izzati yang sedikit cengkung
itu. Tidak makankah di sana? fikir Datin Malissa bingung.
          “Hehe… mummy ni kalau tanya satu-satu boleh tak? Mana satu Shira nak jawab ni
mummy?” Shahirah Izzati tersenyum lalu memeluk erat tubuh ibu tersayang. Terubat sedikit
rindunya yang terpendam selama empat tahun itu. Pantas sungguh masa berlalu! Sedar tak sedar,
umurnya sekarang sudah menjangkau dua puluh lapan tahun.
          “Marilah masuk. Nanti cerita kat dalam.” tutur Datin Malissa tidak sabar.
          Shahirah Izzati mengangguk kepala. Beriringan mereka masuk ke dalam rumah. Sesekali,
mata Shahirah Izzati meliar memandang keadaan di dalam rumah. Masih sama! Tidak berubah.
          “Bik…” panggil Datin Melissa dari ruang tamu.
          Terkocoh-kocoh pembantu rumah yang dikenali sebagai bibik itu keluar daripada dapur.
“Kenapa nyonya?” soal bibik dengan loghat Indonesianya.
          “Tolong bawakan beg ini ke bilik non.” arah Datin Melissa lembut. Datin Melissa amat
menghormati sesiapa saja walau orang gaji sekalipun. Mungkin dengan sikapnya yang lemah-
lembut, pekerjanya senang berkerja dengannya.
          “Terima kasih ya, bik.” Shahirah Izzati tersenyum manis.
           Melihat bibik itu berjalan menuju ke luar bilik. Shahirah Izzati pantas melabuhkan
punggungnya di sofa mewah. Diurut tengkuk yang lenguh itu. Berjam-jam di pesawat
membuatkan seluruh tubuhnyanya terasa kebas.
          “Kenapa ni sayang? Letih ke? Kalau Shira letih pergilah rehat dulu.” tangan Datin
Melissa mula mengurut lengan anak bongsunya. Anak pertamanya, Sufian. Sufian sudah lama
mendirikan rumah tangga dan memiliki dua cahaya mata. Semuanya comel-comel! Cuma
sekarang ini Shahirah Izzati yang masih belum berkahwin. Adakah kejadian empat tahun dulu,
anaknya masih tetap berseorang?
          Adakah anaknya masih belum dapat melupakan Azmir? Masih cintakah anaknya
kepada Azmir? Masih sayangkah? Pelbagai persoalan yang timbul di benak kepalanya sekarang
ini. Melihat Shahirah Izzati yang sedikit cengkung itu menambah kerisauan dalam sarang
hatinya. Bukan dia tidak tahu kisah percintaan anaknya dengan anak ahli perniagaan yang
terkenal itu. Malah seluruh keluarga Azmir, keluarganya kenal. Boleh dikatakan, suaminya dan
bapa Azmir adalah teman seniaga. Dahulu, pernah sekali mereka merancang ingin menyatukan
Shahirah Izzati dan Azmir. Tetapi, takdir tidak menyebelahi mereka. Hubungan mereka terputus
akibat perbuatan Shahirah Izzati. Anaknya sendiri!
          “Hmm, letihlah jugak mummy. Yalahkan, duk dalam flight berjam-jam. Mummy,
papa mana? Dari tadi Shira tak nampak pun.” Shahirah Izzati mula memanjangkan kepalanya
ingin mencari papanya, Datuk Helmi.
          “Papa Shira pergi oversea. Bulan depan baru balik.” beritahu Datin Melissa beralih arah
memandang kaca televisyen.
          “Mummy, Shira masuk bilik dulu ya. Nak rehat kejap.” Shahirah Izzati mula bingkas
berdiri.
          “Boleh mummy tanya sesuatu?” soal Datin Melissa sambil mendongak kepala melihat
anaknya.
          Melihat Datin Melissa ingin bertanyakan sesuatu, tidak jadi dia ingin melangkah ke bilik
malah diduduk semula ke sofa mewah. “Kenapa mummy?” dahinya berkerut.
          “Shira masih ingatkan Azmir?” soal Datin Melissa teragak-agak. Dia ingin tahu, adakah
perubahan sikap anaknya yang tidak banyak cakap ini disebabkan Azmir? Lelaki yang pernah
anaknya cintai.
          Tersirap darahnya mendengar nama Azmir. Kenapa nama itu masih belum dilupakan oleh
semua orang. Seingatnya, jika berada di Kota London selama empat tahun, dan sekembalinya di
tanah air semua orang tidak akan menyoal apa-apa lagi. Tetapi ternyata…
          “Kenapa mummy tanya?” soal Shahirah Izzati serius.
          “Yalah, mummy pun ada hak untuk tahu. Shira, mummy tahu Shira masih mencintai Azmir
kan? Shira, takkan disebabkan Irfan, Shira sanggup membalas dendam dekat lelaki sebaik
Azmir?” Datin Melissa mula merungkaikan kisah lama yang telah lama terikat rapi. Dia ingin
tahu, kenapa anaknya setega itu dengan melukakan hati yang orang yang tidak bersalah. Azmir
yang budi bahasa, sopan, baik. Kenapa anaknya sanggup melukakan hati seseorang?
          “Mummy, Shira naik dulu.” Shahirah Izzati mula melangkah menuju ke biliknya dengan
meniti anak tangga dengan hati yang berombak laju.
          Datin Melissa hanya menggeleng kepala melihat sikap anaknya yang tidak seceria dulu.
Mungkinkah ada cara lain untuk mengubahkan keadaan yang serumit ini, seteruk ini?
          Setibanya di bilik, Shahirah Izzati menangis teresak-esak. Dibuka tudungnya lalu dibaling
ke atas katil. Saat ini, hatinya semakin bengkak. Hatinya sakit mengenang kisah cintanya dulu.
Ingin saja dia berlari jauh dari masalah ini. Tetapi, siapa dia? Diraup wajahnya dengan kasar.
Menuju ke luar balkoni biliknya. Didongak kepalanya melihat awan yang pekat lagi hitam tanpa
bintang-bintang. Mungkin ingin hujan. Sama sepertinya saat ini. Menangis teresak-esak
mengenangkan kisah cinta yang lama terbuku.
          “Ya Allah…” Shahirah Izzati meruntun pilu. Saat ini, hanya Tuhan saja yang tahu
perasaannya. Perasaan rindunya kepada lelaki yang bernama Azmir. Lelaki yang pernah
disakiti olehnya dalu. Demi kepentingan dirinya sendiri! Sekarang, dia tidak mempunyai apa-
apa lagi. Yang ada cuma tangisan yang boleh melegakan sedikit masalah.
          Shahirah Izzati mengorak langkah masuk ke dalam biliknya dengan menuju ke bilik air
untuk membersihkan diri. Usai membersihkan diri, di ambil telekung yang dilipat kemas dalam
almarinya untuk menunaikan solat isyak.
          “Ya Allah, ya tuhanku. Hanya kepada engkau hamba meminta. Hanya kepada engkau
hamba memohon. Kau ampunilah dosa-dosa hamba. Ya Allah, sekiranya ini cubaan daripadamu
hamba terima dengan hati yang ikhlas. Hamba redha, ya Allah. Hamba redha menerima ujianmu
ini, ya Allah. Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini. Tabahkanlah hati hamba ini untuk
menempuh segala ujianmu ini, ya Allah. Amin…” rintih Shahirah Izzaty dengan air mata yang
tidak henti-henti mengalir. Kemudian, di baca setiap ayat-ayat suci al-Quran. Dengan membaca
kitab suci ini, perasaan tenang semakin hampir. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui apa
yang dirasanya saat ini.
          Usai mengaji, Shahirah Izzati merebahkan tubuhnya di atas katil. Dicuba menghakis
perasaannya kepada Azmir, tetapi perasaan itu semakin kuat. Rindunya kepada Azmir semakin
menggunung. Ingin saja diluahkan. Tetapi kepada siapa? Hanya kepada Allah saja diluahkannya.
Tanpa sedar, Shahirah Izzati lena bertemankan rindu yang tidak tertahan dan air mata yang tidak
pernah berhenti menjadi teman saat dukanya.

***********

Sebulan Kemudian…
Shahirah Izzati mula bekerja sebagai Pensyarah di universiti yang terkenal di Malaysia.
Mengajar subjek yang diminatinya sejak kecil lagi. Mengajar pelajar dewasa, berlainan
berbanding mengajar kanak-kanak dan remaja.
          “Hai, Shira. Termenung nampak. Ingat buah hati ke?” soal salah seorang pensyarah yang
bernama Mona.
          “Banyaklah kau punya buah hati. Tak ada masa nak buah-buah hati sekarang ni. Lebih
baik aku focus dengan kerja aku. Lagi bagus!” Shahirah Izzati melindungi gelodak perasaannya
saat ini.
          “Yeka? Manalah nak tahu.” usik Mona lagi dengan tersenyum manis.
          “Ada-ada saja kau ni. Dah la, aku nak masuk kelas. Nanti lambat pulak.” tutur Shahirah
Izzati lantas melangkah keluar lalu menuju ke kelasnya.
          Tibanya di kelas, semuanya diam. Bukan mereka tidak kenal dengan Prof. Shira yang amat
garang di kampus ini. Sesiapa saja yang melawan cakapnya, ada saja tindakannya. Bukan
niatnya ingin menakutkan semua pelajar di kampus ini. Cuma ingin melatihkan mereka supaya
berdisiplin.
          “Dah siap assignment?” soal Shahirah Izzati serius. Matanya meliar memamndang semua
mahasiswa dan mahasisiwi yang diam seribu bahasa itu.
          “Sudah, prof…” semuanya menjawab. Meleret saja jawapan mereka. Macam tak makan
setahun.
          “Hmm, bagus. Saya masuk kelas kamu sekejap saja ni. Saya ada hal sekejap. Lusa kita
jumpa lagi ya, assalammualaikum.” tutur Shahirah Izzati lantas melangkah keluar dari kelasnya.
Kenapa dia tidak mempunyai semangat ini mengajar hari ini? bukan dia ingin makan gaji
buta. Tetapi disebabkan masalahnya yang membuatkan dirinya menjadi tak tentu arah.

***********

Setibanya di rumah, dihempas punggungnya di atas sofa. Matanya liar memandang keadaan
sekeliling rumahnya. Semenjak, memegang gelaran pensyarah, dia mengambil keputusan untuk
berpindah rumah. Mulanya, mummy dan papanya menghalang keputusannya. Tetapi disebabkan
alasannya yang ingin berdikari, terpaksa jua diikuti kehendaknya.
          Dilihat jam di pergelangan tangan, membuatkan dia terloncat dari sofa empuknya tiba-
tiba. ‘Ya Allah, nak masuk maghrib dah!’ Shahirah Izzati berlari laju menuju ke ruangan
biliknya untuk menunaikan solat asar.
          Seusai Shahirah Izzati menunaikan solat asar, serta-merta azan menandakan maghrib
sudah berkumandang. Rumahnya yang berhampiran dengan masjid, membuatkan dia tenang
mendengar alunan azan yang bergema. Terasa tenang! Selesai menunaikan solat maghrib seperti
 biasa Shahirah Izzati akan membaca setiap bait-bait ayat al-Quran. Bacaannya terhenti seketika
apabila telefon bimbitnya berdering. Dicapai dan dilihat nama di skrin telefon bimbitnya. Mona!
          “Waalaikummusalam.” jawab Shahirah Izzati setelah Mona memberi salam di hujung
talian.
          “Jom keluar. Teman aku makan jap.” ajak Mona dengan rengekan suara manjanya. Eei,
geli mendengarnya!
          Shahirah Izzati geli hati dengan sikap Mona yang tiba-tiba bersuara manja. Tak pernah
pulak sebelum ni jadi macam ni. Kena sampuk ke?
          “Ada-ada aje kau ni. Itulah, aku suruh kau tinggal dengan aku kau tak nak! Nak jugak duk
bawah ketiak mak kau! Eh, mak kau tak masak ke?” soal Shahirah Izzati sengaja menyakitkan
hati Mona.
          “Kau jangan nak perli aku! Tak ada alasan! Kau kena ikut aku jugak. Kita keluar after
isyak. Hmm, kau boleh tolong aku?” amboi, cakap sudah panjang berjela, baru nak tanya soalan.
Bagus punya kawan!
          “Apa?”
          “Ambil aku… boleh tak? Kereta aku abang aku gunalah. please…” Mona mengeluar tone
manjanya. Aiyaa!!! Ini macam olang pun ala ke?
          “Hmm, yalah-yalah. Aku tahu, aku ni kan driver kau.” Shahirah Izzati tersenyum. Senang
berkawan dengan Mona. Walaupun, di tempat kerja digelar sebagai mulut segala mulut.
Antaranya, mulut tempayan, mulut murai. Namun, siapa yang rapat dengannya, mengenalinya.
Memang baik hati Mona sebenarnya.
          “Okey. assalamualaikum.” talian diputuskan. Shahirah Izzati kembali menyambung
bacaan yang tergendala sebentar tadi.

***********

“Woi, Kau nak pergi makan kat mana ni? dah berpuluh kali aku pusing area ni.” rungut Shahirah
Izzati dengan hati yang bengkak. Geram dengan sikap Mona. Mana taknya, kedai tu tak
sedaplah, tak bersihlah! Eei, mulut….macam nak ditenyeh aje dengan cili padi.
          “Ala, kau pusing aje lagi.” arah Mona selamba. Amboi, enaknya mengarah orang.
          Shahirah Izzati memberi jelingan maut kepada Mona. Geram dengan omelan Mona. Mona
hanya tersenyum nakal dengan jelingannya. Setelah Shahirah Izzati berpusing lebih kurang
sepuluh kali, akhirnya jumpa juga dengan restoran yang menarik minat Mona. ‘Huh! nak makan
pun susah!’ rungut Shahirah Izzati dalam hati.

***********

“Milo ais satu, kau nak air apa?” soal Mona kepada Shahirah Izzati.
          “Barli panas aje.” tutur Shahirah Izzati. Matanya meliar memandang sekeliling restoran
ini. Restoran ini sememangnya berkonsepkan ala-ala kampung. Yang paling disukainya, disini
pelanggan boleh pilih sama ada ingin makan duduk bersila atau duduk di atas kerusi. Selain itu,
pelanggan boleh memberitahu sama ada ingin self service atau makan hidang. Mereka hanya
memilih duduk di atas kerusi saja. Selalunya makan bersila hanya sesuai untuk pelanggan yang
datang berkeluarga sahaja. Namun, kalau sesekali teringin nak makan ala-ala kampung, duduk
saja. Tak kena charge pun. Suka sekali cara pemilik restoran ini menarik minat pelanggannya
 sehinggalah dia terdengar dan tersedar akan seseorang yang memanggilnya.
          “Woi! Kau ni kenapa? Abang ni sampai cramp tunggu kau tahu tak! Kau nak makan apa?”
soal Mona dengan wajah masam mencuka. Sesekali tengok macam buah kedondong yang kecut
tu pun ada. Hahahaha!!! ketawa Shahirah Izzati dalam hati.
          Shahirah Izzati memberikan senyuman kepada ‘abang’ yang digelar Mona itu. Bukannya
ingin menjual minyak, tetapi ingin meminta maaf. “Tak apelah abang. Yang itu aje.” Shahirah
Izzati memberikan senyuman manis.
          “Okey.” jawab pelayan restoran itu membalas senyuman Shahirah Izzati lalu beredar
menuju ke dapur restoran.
          “Amboi, amboi, amboi. Senyum bukan main nampak! Tersangkut dekat abang tu ke?”
perli Mona dengan tersenyum nakal.
          “Banyaklah kau punya tersangkut!” marah Shahirah Izzati. Tidak tahu kenapa jika
disoalkan tentang hati, Shahirah Izzati cepat-cepat melenting. Adakah dia masih mengingati
Azmir? Kekasih hatinya dahulu?
          “Eleh, aku tanya sikit pun kau nak marah!” Mona mencebikkan bibirnya.
          Lebih kurang lima belas minit, makanan dan minuman yang dipesan sudah tiba.
Mona yang memesan Nasi Goreng Cina, dimakan dengan penuh selera. ‘Tak makan kat
rumah ke?’ soal Shahirah Izzati pelik dalam hati.
          Tiba-tiba Mona terjerit memanggil seseorang. “Mir!!!” jerit Mona.
          Shahirah Izzati pantas menoleh ke arah lelaki yang dipanggil Mona itu. Tersirap darahnya!
‘Ya Allah, ini semua bukan kenyataan. Aku tahu aku mimpi! Itu bukan dia! Ya Allah!’ Shahirah
Izzati menggelabah. Diraup wajahnya berkali-kali. Telinganya dapat menangkap derapan tapak
kasut lelaki itu dengan jelas sekali. Hatinya semakin tidak keruan. Lelaki itu semakin dekat,
dekat, dekat dan dekat.
          “Assalammualaikum.” lelaki itu memberi salam.
          Saat itu, Shahirah Izzati terasa tangkai jantungnya ingin tercabut. Terasa aliran darahnya
mula berhenti. Semuanya tak serba kena. Shahirah Izzati menyedut air barli panasnya untuk
melindungi gelodak perasaannya saat ini. ‘Argh! Melecur pun melecurlah. Asalkan aku tak
tengok muka dia.’ monolog Shahirah Izzati dalam hati sambil menahan sakit lidahnya yang
melecur akibat minum air barlinya yang masih panas itu.
          “Hei, Azmir! Bila kau balik sini? Kau tak contact aku pun. Sampai hati kau.” Mona
berpura-pura merajuk.
          ‘Azmir? Ya Allah! Jadi semua ini kenyataan. Bukan hayalan semata-mata. Ya Allah,
tabahkanlah hatiku. Kiranya Mona kenal dengan lelaki yang aku cintai dalam diam selama ini?
Macam mana mereka kenal? Aku ingin melihat wajahnya! Tapi aku tak sekuat itu.’ panjang
lebar Shahirah Izzati berkata dalam hati. Saat ini, dia benar terkaku dan terpaku di tempat
duduknya. Ingin sahaja dia berlari meninggalkan Azmir dan Mona yang riuh bercakap. Namun,
kakinya saat ini bagaikan digam kuat.
           “Ha! Sebelum tu, aku nak kenalkan. Ini, Shira. Teman sekerja merangkap teman baik aku.
Dia kerja sekali dengan aku di campus yang sama.” beritahu Mona dengan ramah.
          “Hai, saya Azmir.” Azmir berpura-pura tidak kenal dengan Shahirah Izzati. Pada mulanya,
dia melihat Shahirah Izzati menoleh ke arahnya, ingin sahaja dia pergi berlari keluar dari
restoran itu. Tetapi disebabkan Mona yang terjerit memanggilnya, tidak sampai hati ingin
berbuat seperti itu. Kesan luka di hati, kini berdarah kembali. Kebenciannya kepada seorang
wanita yang bernama Shahirah Izzati semakin menggunung. Semakin menebal. Tak mungkin dia
melupakan seorang perempuan yang amat dicintai itu dahulu yang sanggup melukakan hatinya.
Dihiris pedih bagai pisau baru diasah! Bagai ditusuk sembilu bisa. Azmir bagai tidak percaya,
wanita yang dibencinya saat ini berada dihadapannya setelah empat tahun menghilangkan diri.
Ingin sahaja dia menampar bibir nipis yang manis berkata-kata dahulu. Alasan ingin berpisah
dengannya masih terngiang-ngiang di ruang telinga kecilnya. Teringat insiden yang berlaku
sebelum mereka berpisah empat tahun dahulu.
          “Apa salah Mir pada Shira?”
          “Mir tak buat salah apa-apa.” Shahirah Izzati memandang orang di sekelilingnya sambil
menahan sakit di hati. Dengan cara ini sahaja dia harus lakukan. Dia tidak mahu, niatnya untuk
memainkan perasaan akan terikat atau tersangkut dengan lelaki ini.
          “Shira! Kalau cakap, pandang muka Mir boleh tak?!” Azmir memegang kasar bahu
Shahirah Izzati. Terasa ingin terjatuh tubuh Shahirah Izzati dibuatnya.
          “Shira?! Apa salah Mir?” Azmir mendesak Shahirah Izzati. Dia geram dengan Shahirah
Izzati yang masih diam seribu bahasa. Tahap kemarahannya mula mendadak naik. Azmir tidak
menghiraukan orang sekeliling yang memandangnya. Yang pasti, dia harus tahu kenapa Shahirah
Izzati ingin memutuskan hubungan mereka.
          Shahirah Izzati merentap kasar tangan Azmir yang memegang kasar bahunya. Terasa
kebas. Dia memandang wajah Azmir dengan tersenyum sindir sambil berpeluk tubuh mengusap
lembut bahu kiri kanannya yang terasa lenguh akibat dicengkam kuat Azmir tadi.
          “Shira rasa puas sangat-sangat!” tutur Shahirah Izzati seakan bisik. Tetapi, keras bunyinya.
          Azmir mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan kata-kata Shahirah Izzati sebentar tadi.
Melihat Shahirah Izzati mengurut kedua-dua belah bahunya, terasa rasa bersalah semakin
hampir. ‘Adakah terlampau kuat aku memegang bahunya?’ soal Azmir dalam hati dengan
perasaan gundah-gulana.
          “Puas? Kenapa? Apa yang Shira dah buat?” Azmir mengerutkan dahinya.
          “Yelah, akhirnya! Aku dapat memainkan perasaan seseorang yang bernama lelaki.”
Shahirah Izzati tersenyum sinis sambil matanya memandang wajah Azmir yang beribu kerutan di
dahi.
          “Mir tak faham. Cuba Shira jelaskan. Shira mainkan perasaan siapa?” Azmir mula
mendekati Shahirah Izzati. Namun, Shahirah Izzati pantas berundur setapak ke belakang.
          “Kenapa Shira cakap kasar sangat ni?” soal Azmir lagi. Ya! Kenapa Shahirah Izzati
menggelarkan dirinya sebagai aku?
          “Hei! kau nak tahu tak. Kaulah lelaki yang paling bodoh yang pernah aku kenal. Aku
sebenarnya ingin memainkan perasaan kau! Aku hanya ingin membalas dendam kepada lelaki
yang mencintai aku, dan aku tak sangka orang itu adalah kau! Sekarang kau terima padahnya!
Hahaha!!!” Shahirah Izzati menyakiti hatinya lagi. Tapi kenapa saat itu, hatinya turut sakit
dengan kata-kata sendiri.
          Saat itu, guruh mula berdentum-dentam. Kilat mula sabung menyabung.
          “Apa ni Shira? Apa salah Mir? Kenapa Shira sanggup buat Mir macam ni?” bertubi-tubi
soalan Azmir. Azmir menahan sebak. Tidak sangka, dirinya menjadi mangsa untuk membalas
dendam. Apa salahnya? Kenapa dirinya yang menjadi mangsa keadaan? Adakah ini balasan yang
dia patut terima setelah dia memberikan cinta yang penuh dengan keikhlasan? Adakah ini
balasan yang patut diterima?! Azmir meraup wajahnya berkali-kali. Hatinya bagai disiat-siat
mendengar tohmahan orang yang amat dicintainya, disayanginya.
          “Hahaha! Salah kau? Salah kau sebab kau ni bodoh sangat. Aku couple dengan kau sebab
aku nak balas dendam dekat lelaki yang pernah mainkan perasaan aku dulu! Disebabkan lelaki
itu, aku rancang nak mainkan perasaan mana-mana lelaki yang suka aku, cinta aku! dan orang
itu adalah kau! Kau tahu tak! Aku bahagia sangat hari ni.” tutur Shahirah Izzati bersama ketawa
yang dibuat-buat. Hatinya semakin pedih dengan kata-kata sendiri. Dia memandang wajah
Azmir yang mula berubah. Mungkin kecewa dengan apa yang telah dia lakukan. Tetapi kenapa
dia harus merasa kecewa dengan apa yang dilakukan? Adakah Shahirah Izzati mula mencintai
Azmir?
          “Ehem…” Mona berdehem.
          Terdengar Mona berdehem, lenyap segala kenangan yang memedihkan empat tahun
dahulu. Lantas, Azmir menghulurkan tangannya kepada Shahirah Izzati.
          Shahirah Izzati teragak-agak ingin mengangkat wajahnya untuk memandang Azmir yang
masih menghulurkan tangan untuk berjabat. Apabila difikirkan tentang Mona, dia akhirnya
menyambut huluran tangan Azmir. Bergetar hatinya saat itu! Akibat kegelabahan, dia pantas
menarik tangannya yang dipegang erat oleh Azmir. Adakah Azmir akan membalas dendam
terhadap Shahirah Izzati?
          “Shira.” Shahirah Izzati menahan getar dalam hati.
          “Duduklah.” Mona mempelawa Azmir dengan senyuman tak lekang di bibir.
          Azmir mengambil tempat di sisi Shahirah Izzati. Dia sengaja ingin duduk di tepi Shahirah
Izzati.
          Bagaikan batu besar menghempap tubuh apabila Azmir duduk di sisinya! ‘Kenapa
dia duduk di tepi aku?’ soal Shahirah Izzati dengan hairan. Dijauhkan sidikit kerusi yang
didudukinya daripada Azmir yang hampir dengannya. Ditelan air liur yang tersekat di anak
tekaknya itu.
          “Kau nak minum apa?” soal Mona memecahkan kesunyian di antara mereka.
          “Barli panas.” jawab Azmir selamba.
          ‘Kenapa dia pilih air yang dia tidak suka? Bukan dia tak suka barli panas ke?’ bertubi-tubi
soalan yang terbit di fikirannya. Matanya saat itu tidak berani memandang Azmir yang hampir
dengannya.
          “Okey.” Mona bingkas berdiri menuju ke kaunter untuk memesan minuman apabila
matanya tidak kelihatan pelayan yang hampir dengan mereka.
          “Sihat?” soal Azmir memecahkan kesunyian antara mereka.
          Shahirah Izzati teragak-agak menjawab soalan Azmir. Akhirnya, dia menganggukkan
kepalanya. ‘Mona, kenapa kau lambat sangat. Kau pergi order air ke, buat air.’ dengus Shahirah
Izzati dalam hati.
          “Tak pesan apa-apa makanan ke?” soal Azmir lagi. Sengaja dia ingin melihat reaksi
kegelabahan Shahirah Izzati. Melihat susuk tubuh Shahirah Izzati yang semakin susut
menambahkan kehairanan di kepalanya. Bukankah Shahirah Izzati gembira dengan rancangan
dan tindakan yang dilakukannya itu? Kenapa semakin cengkung wajahnya? Kenapa? Terseksa
dengan perbuatan sendiri? pelbagai soalan yang timbul.
          Shahirah Izzati menggelengkan kepalanya. Tak tahu kenapa, terasa bagai ada sesuatu yang
tersekat di anak tekaknya. Hatinya bersyukur apabila melihat Mona menghampiri mereka. Tidak
perlu lagi mendengar soalan daripada Azmir. Dilepaskan keluhan itu perlahan-lahan.
          Saat berganti minit, minit berganti jam. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk
meninggalkan restoran itu. Hati Shahirah Izzati pedih mendengar kata-kata Azmir yang ingin
melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Ditahan perasaan itu dengan kekuatan yang ada.
Ditahan air mata yang mula bertakung daripada mengalir laju. Ditahan gelodak perasaan yang
semakin kencang. Ditahan nafas yang semakin pincang. Shahirah Izzati menarik nafas sedalam-
dalamnya.
          “Okeylah. Nanti kau jangan lupa datang pulak. Shira, boleh datang?” soal Azmir lembut
dengan tiba-tiba. Matanya masih menatap wajah yang cengkung itu. Pada masa yang sama, dia 
melihat kecantikan yang terserlah pada raut wajah Shahirah Izzati yang tak boleh dilindung.
Ingin sekali dia merenung wajah itu dengan sepuas-puasnya. Namun, ditepis pantas perasaan
halus itu.
          “Insya-Allah.” bergetar suara Shahirah Izzati. Mana mungkin dia datang ke majlis
perkahwinan lelaki yang dicintainya dalam diam. Kehadirannya ke majlis perkahwinan Azmir
bagai mengejek diri yang akhirnya kalah dalam mencari cinta sejati. Jika hatinya kuat, akan
sampai kakinya ke majlis perkahwinan itu. Jika dia tidak setegar itu, hanya doa kebahagiaan
sahaja yang akan mengiringi majlis perkahwinan mereka.
          “Mona, aku masuk dalam kereta dulu.” tutur Shahirah Izzati menahan sebak. Lantas
melangkah kaki menuju ke keretanya. Tak tertanggung dengan air mata yang bertakung yang
akan mengalir pada bila-bila masa sahaja. Akhirnya, mengalir laju air mata bagai hujan lebat.
Diseka air mata dengan kasar, namun air mata itu masih tidak mahu berhenti. Melihat Azmir
yang tersenyum dari dalam keretanya sudah memadai untuk mengubati rindu yang semakin
menggunung. Adakah Shahirah Izzati harus pasrah dengan ketentuan ini?
          Di dalam kereta, Shahirah Izzati serius memandu. Suasana di dalam kereta hanya
mendengar suara celoteh DJ  radio. Wajah Azmir masih berlegar-legar di ruang matanya.
          “Azmir tu semakin kacaklah! Dulu dia taklah sekacak mana.” Mona tiba-tiba bersuara.
          Shahirah Izzati masih diam. ‘Ya, dia memang semakin kacak.’ hatinya berkata. Baru
Shahirah Izzati tahu yang Mona ialah sahabat Azmir. Mona yang kenal dengan Azmir kerana
bapa mereka ialah sahabat sejak kecil lagi. Mereka sekarang sedang merancang untuk
mengusahakan syarikat baru pula. Kenapa dunia ni kecil sangat?
          “Shira kau nak dengar cerita tak pasal Azmir?” Mona memandang Shahirah Izzati yang
masih mengunci mulut. Aneh melihat temannya yang diam dari tadi.
          Shahirah Izzati pantas menoleh ke arah Mona. Terasa teruja pula apabila mendengar kata-
kata Mona. “Apa?” Shahirah Izzati beralih pula memandang hadapan jalan raya.
          “Dulu, aku pernah dengar Mir frust sebab girlfriend dia tinggalkan dia. Dia menangis
bagai orang gila. Ish! Aku tak faham betullah! Kenapa perempuan tu sanggup buat macam tu?
Kalau aku jumpa perempuan tu, nahas aku kerjakan!” Mona bercerita menahan kegeraman.
          Shahirah Izzati menahan gelodak perasaannya. ‘Jadi, Mona pun tahu pasal aku dengan
Mir? Tapi kenapa Mona tak kenal aku? Bukan Mir dengan Mona sahabat karib ke? Mestilah Mir
cerita macam-macam tentang masalah ini pada Mona. Mona! Perempuan yang kau maksudkan
itu ialah aku! Kalau kau tahu, kau bencikan aku ke? Aku memang tak gunakan? Aku memang
tak guna!’ jerit Shahirah Izzati dalam hati. Tanpa sedar, dia memukul geram stereng keretanya.
          Terkejut bukan kepalang Mona dengan tindakan drastik Shahirah Izzati. “Kau ni kenapa?
Frust jugak ke? ke kau frust sebab perempuan tu? Hei, kau tak payahlah nak frust. Lagipun,
perempuan tu entah ke mana. Mungkin dah beranak-pinak gamaknya dengan jantan lain!” marah
Mona dengan wajah masam mencuka. Aik, Mona ni, aku tengok dia yang terlebih emotional.
          Berdesing telinga Shahirah Izzati. Sampai ke tahap itu bencinya Mona kepada perempuan
itu. Shahirah Izzati menelan air liur bagi menghilang kegusaran dalam hati. ‘Beranak-pinak?
Mona kata aku beranak-pinak? Hei! aku kahwin pun belum lagi tahu tak!’ marah Shahirah Izzati
dalam hati. ‘Macam mana dia tak tuduh perempuan tu beranak-pinak, kalau hal sebenarnya
Mona tak tahu, yang perempuan itu adalah kau! Kalau dia tahu, perempuan tu kau. Tak dak
maknanya dia nak tuduh kau macam tu. Tapi kalau dia tahu perempuan adalah kau. Tak tahu
pulak dia nak kata apa kat kau!’ marah akalnya pulak.
          “Memang bagus pun Mir dapat perempuan lebih baik. Aku bukan apa, aku rasa empat
tahun cukup dia mengubati hatinya yang terluka sebab perempuan tak guna tu! Aku sebagai
sahabatnya, aku sentiasa doakan kebahagiaan dia. Aku tahu, Mir akan bahagia dengan bakal
isterinya tu. Sama-samalah kita doakan ye, Shira.” perlahan sahaja suara Mona. Matanya serius
memandang jalan raya yang kurang dengan kenderaan.
          Air mata Shahirah Izzati mula berkumpul di ruang matanya. Ditahan agar manik-manik air
mata itu tidak merembes keluar. Hatinya semakin dibalun rasa bersalah pada Azmir. Kasihan
Azmir yang terluka akibat tindakannya dahulu. Kalau dia tak buat seperti itu mungkin mereka
bahagia sekarang. Mungkin sudah memiliki anak. Alangkah bahagianya! Tetapi, nasi sudah
menjadi bubur. Tak bermakna lagi dia mengharapkan sesuatu yang belum tentu dimiliki.
Ataupun dia tidak akan pernah ada peluang untuk memiliki semua itu!
          Doa buat Azmir tak pernah lekang dari bibirnya. Ya! Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan
Azmir. Shahirah Izzati meneruskan pemanduannya. Dia menoleh ke cermin keretanya untuk
menyeka air mata yang mula merembes keluar daripada diketahui Mona yang ralit memandang
jalan raya itu. Dia harus cuba melupakan Azmir. Ya! Demi kebahagiaan Azmir. Adakah
Shahirah Izzati kuat untuk melupakan Azmir?

***********
         
Pertemuan yang tidak dirancang tempoh lalu, meninggalkan parut dalam hatinya. Shahirah Izzati
memandang bulan terang yang terpacak di langit. Kemudian, melihat pula bintang-bintang kecil
yang berkelip indah. Tenang melihat nikmat yang Allah S.W.T anugerahkan. Hidupnya kosong.
Ingin mengajak Mona keluar, tak mungkin Mona ingin keluar kerana Mona beritahu saudaranya
dari luar negara datang ke rumah. Takkan nak keluar tinggalkan mereka. Shahirah Izzati
mengeluh perlahan.
          “Aku keluar sorang-soranglah.” Shahirah Izzati tutur sendiri. Melangkah kaki masuk ke
dalam biliknya. Dibuka daun pintu almari bilik. Dicapai blouse warna krim dan seluar jeans
yang tergantung di belakang daun pintu biliknya. Kemudian, dicapai selendang bewarna hitam
untuk dipakai. Selesai menghiaskan diri, dicapai tas tangan dan kunci kereta dan keluar dari
biliknya. Diperiksa dapurnya sebelum keluar. Manalah tahu, kut-kut terjerang air ke. Sudah
menjadi kebiasaannya sebelum keluar rumah. Usai, memeriksa dia bergegas keluar dari
rumahnya dan menghidupkan enjin kereta kesayangannya, Toyota Harrier dan pada masa yang
sama, dia tidak tahu ke mana dia harus pergi.

***********
   
Azmir meraup wajahnya. Resah, gelisah dan pelbagai perasaan yang bercampur-aduk saat itu.
Pertemuan dengan Shahirah Izzati tempoh hari membuatkan dia tidak keruan. Dia tahu, Shahirah
Izzati menangis. Tetapi kenapa dia harus berfikir tentang perempuan yang telah menyakitkan
hatinya empat tahun dahulu. Apabila melihat raut wajah Shahirah Izzati yang semakin cengkung
membuatkan dia menjadi serba salah. ‘Adakah aku telah menyakiti hatinya? Sedangkan selama
ini, aku pasti yang dia pasti bahagia dengan tindakannya dahulu. Kenapa aku melihat wajahnya
bagai dilanda beban yang tak tertanggung?’ bertubi-tubi soalan yang terkeluar.
          “Argh!!!!” Azmir menjerit dengan sepuas hati. ‘Kenapa susah sangat aku nak lupakan dia?
Kenapa? Dia sudah menyakitkan hati aku!’ monolog Azmir dalam hati.
          Tiba-tiba, dia mendengar ketukan dari arah daun pintu biliknya. Dia melangkah perlahan.
Dibuka perlahan daun pintu biliknya.
          “Mir, kenapa ni? Tadi mama dengar suara orang jerit dari bilik Mir. Mir okeykan?” Puan
Rosnah memandang pelik anaknya.
          “Eh, Mir tak ada apa-apalah mama. Mir okeylah. Mama tak payah risaukan Mir.” tutur
Azmir dengan bersungguh-sungguh.
          “Hm, kalau macam tu tak apalah. Mama turun bawah dulu.” tutur Puan Rosnah dengan
tersenyum manis.
          “Hm, okey mama.” Azmir membalas senyuman ibunya sambil mata tak lepas memandang
ibunya yang sedang menuruni tangga sehinggalah bayangan ibunya hilang dari mata kasar.
          “Lebih baik aku keluar!” Azmir lantas mencapai segugus kunci lalu bergegas keluar dari
rumah melalui daun pintu rumah tingkat pertama. Sebenarnya rumah Azmir mempunyai tiga
tingkat. Biliknya di tingkat kedua. Tingkat ketiga di bawah tanah. Di tingkat ketiga, dinamakan
sebagai family room. Jika mereka ada masa lapang. Mereka akan berkumpul bersama. Azmir
mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Abangnya sudah berkahwin, manakala
adik perempuannya masih belajar di bumi sakura. Di rumahnya kini hanya tinggal ibu bapanya
dan dirinya sahaja.
          Di luar rumah agamnya, dia pantas menuju ke kereta mewahnya untuk menghidupkan
enjin. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Melihat nama di skrin telefon bimbitnya itu
mengundang senyuman di bibir. Ditekan punat hijau.
          “Assalammualaikum.” Yasmin memberi salam. Yasmin ialah bakal isteri Azmir yang akan
melangsungkan majlis perkahwinan yang diadakan tidak lama lagi.
          “Waalaikummussalam.” Azmir menjawab salam dengan senyuman tak lekang di bibir.
          “Awak buat apa? saya ganggu ke?” tutur Yasmin sambil memintal-mintalkan hujung
rambutnya.
          “Tak ganggulah, sayang. Awak, jom keluar. Saya bosanlah.” Azmir merengek manja.
Ingatan pada Shahirah Izzati hilang serta-merta. Mungkin dengan kelembutan Yasmin
membuatkan sayangnya pada Yasmin tak pernah terhakis. Bagaimana dengan Shahirah Izzati?
Cinta pertamanya?
          “Okey. Min bersiap dulu. Assalammualaikum.” pantas dia menekan punat merah untuk
memutuskan talian. Dia bergegas masuk ke dalam biliknya untuk bersiap!
          Azmir tersenyum. Lalu kereta yang dibawanya keluar menyusur dari pagar automatik
rumah agamnya dengan menuju ke rumah Yasmin.

***********

‘Di tepi tasik pun jadilah. Boleh hilangkan bosan jugak.’ monolog Shahirah Izzati dalam hati.
          Shahirah Izzati melangkah perlahan menuju ke kerusi kayu di tepi tasik untuk diduduk.
Terasa lenguh pula kakinya akibat terlalu lama berdiri. Tidak tahu kenapa sekarang ini mudah
sangat dia ditimpa penyakit. Adakah disebabkan kerjanya? Ataupun tentang Azmir? Jadual
makannya, sudah tidak teratur lagi. Kadang-kadang makan pagi sahaja. Kadang-kadang makan
petang sahaja. Pernah juga dalam sehari dia tidak makan. Hanya minum air sahaja. Sekarang ini
baru dia sedar, susuk tubuh badannya semakin susut. Bajunya pun longgar pabila dipakai.
          Matanya ralit memandang sekitar tasik itu. Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh
yang sangat dikenali. Bersama seorang perempuan yang cantik jelita. Ketawa bersama. Bagai
dunia mereka yang punya. Melihat mereka bagaikan pasangan kekasih yang dilamun cinta.
Hatinya bagai dihiris pisau yang tajam. Lelaki itu? Lelaki yang dicintai secara diam. Azmir!
Azmir dengan seorang perempuan. Adakah perempuan itu bakal isteri Azmir?
          Shahirah Izzati tidak sanggup melihat adegan itu. Ditahan air mata dari mengalir. Tiba-
tiba, mata mereka bertembung. Shahirah Izzati memberanikan diri dengan menatap anak mata
Azmir dari jauh. Sayu sekali dia melihat anak mata itu. Akhirnya, dia melarikan pandangan mata
ke arah tasik dihadapannya. Dia merasa Azmir dan wanita jelita itu menghampirinya. Diseka
pantas air mata di tubir matanya. Dia tidak mahu Azmir menganggap akan dirinya menyesal
dengan tindakannya dahulu. Dia harus kuat.
          “Assalammualaikum. Ni Shira kan?” Azmir berpura-pura berlakon.
          Shahirah Izzati pantas menoleh ke arah Azmir dan wanita jelita itu. Memang padanlah,
Azmir mudah melupakannya. Sekarang Azmir memiliki ‘harta’ yang paling bernilai dan
berharga di hadapannya. Di tahan air matanya lagi apabila melihat tangan Azmir menggenggam
erat tangan wanita itu. Sakit tidak terkata! ‘Ya Allah, tabahkanlah hatiku.’ doa Shahirah Izzati
dalam hati.
          “Err, ya. Saya Shira.” Shahirah Izzati mengikut rentak Azmir. Dia tahu, Azmir sengaja
berkata begitu kerana takut akan bakal isterinya bertanya lebih tentang mereka. Tentang kisah
silam mereka!
          “Ini, Azmirlah. Takkan kau tak kenal aku?” Azmir mula ber‘kau aku’. Dia ingin melihat
reaksi Shahirah Izzati. ‘Kenapa mata dan hidung dia merah? Sakitkah dia?’ soal Azmir dalam
hati dengan penuh kerisauan.
          “Azmir? Oh, ya. Aku baru kenal.” Shahirah Izzati menahan sakit dalam hatinya. Dia
berpura tersenyum. Dia sedar, Azmir ralit menilik seraut wajahnya. Mungkin Azmir menyangka
dia menangis. ‘Ish, mata ni pun! Nak menangis pun kat sini jugak!’ Shahirah Izzati menyalahkan
matanya pula.
          “Kau buat apa kat sini? Oh ya! Sebelum aku terlupa, ini bakal isteri aku Yasmin. Min, ini
Shira. Kawan secampus Mir dulu.” Azmir menekankan perkataan ‘Mir’ dan ‘kawan’ dengan
kuat sedikit. Dia sendiri tidak tahu apa motifnya melakukan seperti itu. Setahunya, kalau
dibuat seperti itu pun belum tentu Shahirah Izzati cemburu. Tetapi kenapa Shahirah Izzati lebih
memerhatikan pegangan eratnya dengan Yasmin. Adakah Shahirah Izzati mula cemburu?
Hidung dan matanya merah. Adakah Shahirah Izzati menangis disebabkan dia?
          “Shira.” Shahirah Izzati berjabat tangan dengan Yasmin sambil cuba mengukir senyuman
manis.
          “Yasmin.” tutur Yasmin lembut dengan membalas senyuman Shahirah Izzati.
          Sedap telinga mendengar Yasmin bercakap. Lembut sekali mendengarnya. Patutlah Azmir
begitu mudah terpikat dengan Yasmin. Sudahlah, cantik, sopan, lembut. Lelaki mana tak mahu
dengan anugerah yang sesempurna ini. ‘Kenapa? Kau cemburu ke? Memang patut pun dia
mendapat lebih cantik, berharga daripada kau! Kau apa ada? Kau hanya pandai menyakiti hati
orang sahaja.’ akalnya mula bertindak. ‘Tak usah kau berfikir semua itu, Shira. Biarkan dia
dengan kekasih barunya. Doakan kebahagiaannya. Jangan pernah kau salahkan diri kau.
Mungkin disebalik kejadian ini ada hikmah.’ hatinya pula membangkang. Akhirnya, Shahirah
Izzati melepas keluhan itu dengan perlahan. Tidak sanggup lagi berperang dengan akal dan
hatinya.
          “            Aku saja ambil angin kat sini. Cantik bakal isteri kau.” puji Shahirah Izzati menahan
getaran dalam hati. Saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya ingin menyebut
‘bakal isteri’.
          “Biasalah. Siapa yang pilih?” Azmir pantas mengenyit nakal matanya kepada Yasmin dan
tanpa disangka tangannya pantas mencuit lembut hidung Yasmin. Ketawa terkekeh-kekeh
Yasmin dibuatnya.
          Shahirah Izzati hanya tersenyum tawar mendengar kata-kata Azmir. Melihat Azmir dan
Yasmin ketawa, membuatkan rohnya berlegar entah ke mana. Cuba melindungkan hatinya yang
semakin berdarah itu daripada diketahui Azmir. ‘Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini.’ doa
Shahirah Izzati sambil memandang Azmir dan Yamin yang henti tertawa. Cukup bahagia melihat
mereka. Teringat pula, kisahnya bersama Azmir dahulu. Terasa bahagia. Tetapi adakah Shahirah
Izzati memiliki peluang kali kedua? Adakah dia sanggup merampas kebahagiaan yang sedang
berbunga mekar ini? Adakah dia sanggup melihat sekaumnya merana akibat kejahatan kaum
sendiri? Ya, Allah… sungguh menyesal dengan perbuatan sendiri. Namun, dia tidak sesekali
akan merampas kebahagiaan yang tengah berputik ini. Kuatkah Shahirah Izzati?
          “Hm, Shira. Jangan lupa datang majlis kami ye.” Yasmin bertutur lembut.
          “Insya-Allah. Mir, aku ada hal ni. Jumpa lain kali ye, Yasmin.” Shahirah Izzati
memberikan senyuman kepada Azmir dan Yasmin. Dia tidak mahu Azmir tahu yang hidupnya
semakin sengsara sekarang. Dia harus kuat menempuhi masalah ini.
          “Eh, Kejap-kejap. Shira! Aku nak minta nombor phone kau. Nombor phone kau hilang.”
Azmir bersama Yasmin melangkah menghampiri Shahirah Izzati.
          “Min tak marah ke?” soal Shahirah Izzati menunggu kata-kata Yasmin. Shahirah Izzati
aneh dengan sikap Azmir yang selamba meminta nombor perempuan di hadapan bakal isterinya.
          Yasmin tersenyum memandang Shahirah Izzati. “Mana tak marah bakal suami minta
nombor perempuan. Tapi, Min tahu Mir dengan Shira kawan saja dan Min tahu, Mir mencintai,
menyayangi, dan setia pada Min seorang aje.” lembut tuturnya sambil tersenyum memandang
Azmir yang tergamam mendengar kata-kata Yasmin.
          Hati Shahirah Izzati bagai dicucuk pisau berkali-kali. Dia memandang Azmir dengan
pandangan sayu. Kemudian, dipandang wajah Yasmin dengan senyuman.
          “Kau bertuah dapat memiliki wanita yang semulia ini. Aku doakan korang bahagia.”
Shahirah Izzati sudah tidak mempunyai kekuatan lagi. Dia menahan sebak.
          “Terima kasih. Sebelum tu, kau bagilah nombor phone kau kat aku. Nanti senang aku nak
contact kau.” Azmir pantas menghalang pergerakan Shahirah Izzati. Tidak tahu kenapa dia harus
menghalang pergerakan Shahirah Izzati.
          Akhirnya, mereka menukar nombor telefon. Shahirah Izzati bergegas meninggalkan
pasangan merpati sejoli itu. Tidak sanggup lagi melihat gelagat mereka yang menyakitkan hati!
Shahirah Izzati akui, dia menyesal tidak menerima cinta Azmir. Namun, tak mungkin masa
berputar atau berundur kembali. Tak mungkin!

***********

Shahirah Izzati memulakan kerjanya seperti biasa. Esok sudah masuk semester kedua. Semua
mahasiswa dan mahasiswi akan bercuti. Cadangnya ingin meminta cuti untuk pulang ke rumah
kedua ibu bapanya. Ingin menenangkan kepala yang serabut dengan pelbagai masalah.
          “Okey, esok kamu semua akan cuti. Saya harap sangat-sangat, kamu buat perkara yang
berfaedah dengan cuti kamu semua. Balik rumah, jangan lupa belek-belek sikit buku ye.”
Shahirah Izzati memberikan senyuman kepada semua pelajar kesayangannya.
          “Baik, prof.” jawab semua mahasiswa dan mahasisiwi di dewan kuliah itu. Bergema suara
mereka.
          “Saya keluar dulu. Have a nice day. Assalammualaikum.” tutur Shahirah Izzati lalu
melangkah keluar dari dewan kuliah.

***********

Hari perkahwinannya semakin hampir. Tetapi kenapa bayang-bayang Shahirah Izzati masih
belum lenyap di ruang matanya. Semakin di usir, perasaan itu semakin menghampirinya. Adakah
cintanya pada Shahirah Izzati masih ada? Tetapi, kenapa pada yang sama dia benci akan
Shahirah Izzati? Di raup wajahnya. Hatinya gelisah! Gundah-gulana.
          “Aku harus telefon Shira. Aku tahu dia masih sayangkan aku. Cintakan aku!” tutur Azmir
dengan penuh yakin. Dicapai telefon bimbitnya lalu pantas mencari nama Shira dan ditekan
punat hijau itu.
          “Angkatlah!” Azmir tidak sabar menunggu Shahirah Izzati yang masih belum menjawab
panggilannya. Tiba-tiba…
          “Assalammualaikum.” Shahirah Izzati memberi salam sambil membuka telekungnya.
          “Waalaikummussalam.” Azmir menjawab salam Shahirah Izzati. Hatinya dipagut rasa
gembira apabila mendengar suara Shahirah Izzati di hujung talian.
          “Siapa ni?” Shahirah Izzati mengerutkan dahinya sambil melabuhkan punggungnya di
birai katil.
          “Mir.” Azmir menjawab sepatah.
          Terasa batu menghempap kuat tubuh badan Shahirah Izzati. Mulutnya saat itu, bagai
terkunci rapat.
          “Shira…” Azmir memanggil lembut. Kenapa perasaannya saat ini hanya ingin dengan
Shahirah Izzati, bukan dengan bakal isterinya, Yasmin!
          “Apa kau nak daripada aku?” Shahirah Izzati menahan getaran dalam hati.
          “Kita jumpa, boleh?” soal Azmir dengan seribu harapan.
          “Maaf. Aku ada kerja. Kau jangan ganggu aku.” Shahirah Izzati menahan pedih di hatinya.
Kata-kata Yasmin tempoh hari memberi kesan kepadanya. Cinta Azmir hanya untuk Yasmin.
Tidak untuk Shahirah Izzati. Dia sedar itu!
          “Shira, please…” Azmir merayu lagi. Apa tujuannya dia bersikap sebegini?
          “Kau tak faham ke hah?! aku kata tak boleh, tak bolehlah. Lagipun, kau tak lama lagi akan
jadi suami orang. Tak baik menggunakan kepercayaan orang untuk kepentingan diri sendiri. Dah
lah! Aku banyak kerja ni!” Shahirah Izzati pantas menekan punat merah telefon bimbitnya. Dia
pantas membenamkan wajahnya di tilam yang empuk dengan tangisan yang teresak-esak.
          “Azmir, maafkan aku. Aku tahu kata-kata aku tadi menyakitkan hati kau. Tapi aku
terpaksa buat semua ni sebab aku tahu kau takkan bahagia kalau bersama aku. Sejujurnya, aku
mencintai kau. Aku akui, aku menyesal sebab aku tak terima cinta kau. Aku menyesal! Ya
Allah…” tutur Shahirah Izzati seorang diri dengan tangisan yang berselang-selikan dengan sedu-
sedan.
          Pada masa yang sama, Azmir ke hulu hilir sambil memegang kepalanya yang semakin
kusut itu. Dia cuba menelefon Shahirah Izzati lagi. Namun, tidak berhasil! Yang kedengaran
hanya voice mail.
          “Shira! Kenapa kau perlu hadir pada masa yang tak tentu? Kenapa? Kenapa?!” jerit Azmir
dalam hati dengan melepaskan keluhan berat.

***********

Seminggu Kemudian…
“Mona, boleh aku tanya kau sesuatu?” soal Azmir sambil memandang Mona yang sedang ralit
dengan makanannya.
          Terhenti suapan Mona dibuatnya. Didongakkan kepalanya memandang Azmir dengan
kening kirinya terangkat. ‘Apasal pulak mamat ni? Tak pernah minta izin pun kalau nak tanya
selama ni?’ monolog Mona dalam hati dengan kerutan di dahi. Matanya khusyuk memandang
raut wajah Azmir.
          “Apa?”
          “Kawan kau Shira tu ada kat mana sekarang ni erk? Tak nampak pulak kau berkepit
dengan dia. Setahu akulah, korang ni macam belangkas. Berkepit aje.” tutur Azmir cuba
bertanyakan soal Shahirah Izzati. Selepas perbualannya bersama Shahirah Izzati tempoh hari,
Shahirah Izzati hilang tanpa berita. Cuba di telefon, namun harapan hanya tinggal harapan.
Hanya kedengaran voice mail yang tak henti-henti.
          “            Balik rumah dialah. Buat apa lagi? Takkan nak berkepit aje. Sekarang ni cuti semester.”
jelas Mona sambung kembali suapan tergendalanya sebentar tadi.
          “Rumah dia kat mana erk?” soal Azmir lagi. Dia tahu, dia boleh tanya alamat rumah
Shahirah Izzati daripada bapanya. Namun, difikirkan balik. Tak patut dia meminta alamat rumah
baru Shahirah Izzati daripada bapanya. Kerana itu semua hanya mengundang masalah walaupun
dia tahu bapanya dan bapa Shahirah Izzati business partner.
          “Kat rumah dialah.” Mona berseloroh.
          Azmir pantas menarik makanan Mona. Bukan dia tidak kenal Mona yang ralit apabila
makan. Harap saja badan sekeping! Tapi nafsu makan sepelahap orang tak makan setahun!
          “Eh eh eh, apa ni main tarik-tarik makanan orang. Nak makan pergi order sendiri ar!”
marah Mona dengan menjegilkan kedua-dua matanya sambil mencuba mengambil kembali
makanannya.
          “Aku tanya elok-elok, kau jawab main-main pulak! Cepat beritahu aku! Kalau kau tak
beritahu, aku tak bagi makanan ni.” ugut Azmir mengundang kerutan di wajah Mona.
          “Wei, mana aci main ugut-ugut. Dosa kau tahu tak?! Lagipun, tak baik kau ambik
makanan orang tanpa izin.” Mona masih mempertahankan haknya sambil tangannya menarik
makanannya. Namun, secepat itu Azmir menghalangnya.
          “Tapi apa hukumnya kalau makanan ini bukan guna duit sendiri tapi orang lain belanja,
then orang yang belanja tu tak halalkan?” Azmir mula memasang perangkap.
          Muka Mona tambah berkerut. Dimasamkan lagi wajahnya! Macam cekodok aje.
          “Yelah, aku tahu. Haram bagi orang yang memakannya. Kau ni buat aku macam budak-
budak! Kenapa nak sangat kau tahu pasal Shira? Kau taruh hati kat dia erk? Kau jangan Mir!
Kang Kak Min kasi backhand kat kau. Teruk kau kena!” Mona mula berprasangka buruk.
          “Ish! Kau ni, mulut macam longkang. Ada ke patut aku buat Kak Min kau macam tu? Hei,
aku tak seteruk itu, okey?” Azmir bertutur dengan bersungguh-sungguh. Kata-kata Mona tadi
membuatkan hatinya resah. Takkan dia sanggup melukakan hati Yasmin yang tulus
mencintainya?
          “Habis, kenapa kau nak tahu Shira duduk mana?” Mona mengerutkan dahinya.
          “Saja. Takkan itu pun tak boleh?” Azmir menyoal Mona pula.
          “Aku boleh bagi. Tapi dengan syarat?” tutur Mona dengan tersenyum nakal.
          “Apa?” tidak sabar Azmir ingin mengetahuinya.
          “Kau kasi balik makanan aku!” Mona memberikan senyuman nakal.
          Dengan pantas Azmir memberi makanan itu kepada Mona. Mudah sungguh syarat Mona.
Hanya makanan sahaja habuannya! Dia melihat Mona mula mengukir senyuman di bibir. Tetapi,
ditarik semula makanan Mona. Mona menarik tegang wajahnya.
          “Kau janji kau bagitau aku, okey?” Azmir ingin kepastian. Bukan boleh percaya sangat si
Mona ni. Asal kenyang perut dia saja! Lepas tu lupa apa yang dijanjinya tadi. Oh! Tak boleh, tak
boleh! Azmir mengeleng-gelangkan kepalanya.
          “Ha! aku janji, aku janji!” Mona berjanji dengan bersungguh-sungguh. Saat ini,
difikirannya hanya makanan, makanan, makanan! Biarlah bagi alamat rumah pada Azmir.
Apalah sangat! Azmir pun teman akrabnya. Taklah risau kalau nak bagi. Kalau orang lain, huh!
jangan harap! Bagilah sedozen makanan pun, tak hingin katanya! Yeka? Tak percayalah…
          Azmir memberi balik makanan Mona. Tiba-tiba, dia aneh melihat Mona yang masih belum
menyentuh makanannya. Tadi bukan main pelahap lagi! Sekarang ni makanan depan mata,
boleh buat dek pulak? Ish, boleh gila!
          “Kenapa?”
          “Kau halalkan makanan ni tak kalau aku makan?” Mona membuat muka seposennya.
          “Halal. Dunia dan akhirat!” Azmir hanya tersenyum melihat sikap Mona. Nama saja
pensyarah! Tapi perangai? Mengalahkan kanak-kanak di taska!

***********
   
Ting tong! ting tong! Azmir menekan loceng sambil matanya melihat sekeliling rumah agam itu
di celah-celah pagar mewah. Masih tiada reaksi. Azmir menggaru-garukan kepalanya yang tidak
gatal itu dengan jari telunjuk. ‘Betul ke ni rumah Shira? Tapi kenapa senyap aje?’ monolog
Azmir dalam hati sambil matanya masih meliar memandang sekeliling.
          Telinga Azmir dapat menangkap suara perempuan. Tapi kenapa macam loghat Indonesia
saja? Azmir menjengukkan lagi kepalanya untuk melihat siapa perempuan itu.
          “Sebentar! Sebentar!” bibik berlari tergopoh-gopoh. Termengah-mengah dibuatnya.
          “Ini rumah Shahirah Izzati ke?” soal Azmir memandang wanita Indonesia itu. Dalam
akalnya, mungkin perempuan Indonesia ini orang gaji.
          “Ya! Kenapa ya? Bapak mahu cari non, ya?” ramah saja bibik menjawab. Pintu pagar
mewah itu masih belum dibuka. Bibik teringat akan pesanan Datin Melissa yang berkata jangan
buka pagar untuk orang tidak dikenali.
          “Ya, Shira ada tak?” Azmir bersyukur. Akhirnya, jumpa juga rumah Shahirah Izzati.
Tetapi, tiba-tiba dia mendengar suara yang dia sangat kenali.
          “Siapa tu, bik?” Datin Melissa menghampiri bibik yang masih tercegat di hadapan pagar.
          “Enggak tahu siapa nyonya. Katanya mahu ketemuin non.” beritahu bibik pada Datin
Mellisa.
          Datin Melissa menjengukkan kepalanya sedikit untuk memandang wajah empunya badan
itu. Terkejut bukan kepalang! Azmir yang menghilangkan diri selama empat tahun muncul di
hadapannya dengan tiba-tiba. Apa sudah terjadi?

***********

“Azmir?!” Datin Melissa terkejut dengan kehadiran yang tidak disangka-sangka ini. Bagaimana
Azmir baru tahu akan rumah barunya ini? Baru saja mereka berpindah. Siapa yang beritahu
Azmir? Adakah Shahirah Izzati, anaknya? Tetapi, semua itu tak mungkin berlaku sebab tak
mungkin anaknya berjumpa dengan Azmir kembali!
          “Ya, auntie. Ni Azmir.” Azmir mengangguk berkali-kali kepalanya.
          “Bik, buka gate ni.” arah Datin Melissa lembut. Tidak sabar ingin melihat wajah bekas
kekasih anaknya. Matanya memandang pintu gate dibuka oleh bibik. Melihat sahaja bibik masuk
ke dalam rumah,  cepat-cepat dia menarik tangan Azmir yang berada di luar pagar. Rindunya
pada Azmir tidak terluah. Walaupun, Azmir bukan anak kandungnya. Namun, sayangnya buat
Azmir tak ubah seperti menyayangi anak sendiri.
          “Auntie apa khabar? Sihat tak?” soal Azmir dengan senyuman tak lekang di bibir.
          “Sihat sangat-sangat. Mir apa khabar?” suka benar Datin Melissa melihat wajah Azmir
yang semakin tampan. Bukannya dia tidak suka dengan wajah Azmir dahulu. Tetapi adakah ini
kesannya daripada perbuatan anak kesayangannya?
          “Mari masuk. Panas kat luar ni.” pelawa Datin Melissa. Dia ingin sangat bertanyakan
tentang kehadiran yang mengejutkan ini daripada Azmir. Sekarang ini, pelbagai persoalan yang
berada di fikirannya.
          Setibanya di ruang tamu, Datin Melissa mempelawakan Azmir duduk. Dia mengorak
langkah menuju ke dapur untuk menyuruh bibik membuat air dan kembali semula ke ruang
tamu.
          “Macam mana Mir tahu rumah baru auntie?” Datin Melissa meyoal Azmir setelah
melabuhkan punggungnya di sofa mewah.
          “Err…err…Mir tanya kawan Mir.” tergagap-gagap Azmir menjawab. Takkan dia ingin
menceritakan dari A sampai Z tentang pertemuan dengan Shahirah Izzati dahulu. Tak mungkin!
Matanya meliar mencari susuk tubuh Shahirah Izzati. Baru dia sedar, bayang-bayang Shahirah
Izzati masih belum dia jumpa.
          “Kawan? Macam mana kawan Mir boleh tahu rumah baru ni?” Datin Melissa mengerutkan
dahi. Jawapan yang diberi Azmir amat mencurigakan.
          “Err…sebenarnya, Mir…” Azmir terhenti berkata-kata. Berfikir ayat sesuai kepada Datin
Melissa agar tidak menyoal lagi tentang ini.
          “Err, Mir sebenarnya dah lama nak jumpa auntie nak bagitau yang Mir akan berkahwin tak
lama lagi. Nak ajak auntie dan uncle sekeluarga datang. Mir minta alamat baru kat papa.” ‘Argh,
lantaklah! Asalkan Datin Melissa tak tanya apa lagi.’ monolognya dalam hati.
          Terbuntang biji mata Datin Melissa. “Betul ke Mir?” soal  Datin Melissa meminta
kepastian. Takkan secepat ini?  Jadi, Azmir dapat melupakan anaknya? Ya Allah, akhirnya…
          “Betul auntie. Bulan depan. Mir harap auntie datang.” tutur Azmir sambil matanya
memandang bibik meletakkan air di atas meja bulat di hadapannya.
          “Terima kasih, bik.” Azmir memberikan senyuman kepada bibik. Matanya hanya melihat
bibik yang mula menghilang masuk ke dalam dapur.
          “Insya-Allah.” Datin Melissa memberikan senyuman hambar kepada Azmir. Dikepalanya
masih banyak soalan yang ingin diajukan kepada Azmir. Tetapi, biarlah. Kisah lama, usah
diungkit lagi. Datin Melissa pelawa Azmir minum air milo panas. Tiba-tiba dia terdengar satu
suara yang muncul dari arah pintu utama rumahnya. ‘Hari perkahwinan tu lambat lagi, tapi
kenapa awal sangat Mir beritahu? Hmm, mungkin dia ada hal kut dekat area sini.’ monolog
Datin Melissa meyakinkan dirinya sendiri.
          “Assalammualaikum, mummy. Siapa datang?” soal Shahirah Izzati mula menghampiri
ibunya untuk bersalam. Dia masih belum sedar akan kehadiran Azmir.
          Jantung Azmir berdegup kencang. Melihat susuk tubuh Shahirah Izzati dari arah belakang
yang bersalam dengan Datin Melissa membuatkan dia menjadi tidak keruan. Apa reaksi Shahirah
Izzati akan kehadirannya yang mengejutkan ini?
          “Shira tengoklah siapa yang datang.” Datin Melissa beranggapan pasti anak perempuannya
akan terkejut.
          Shahirah Izzati pantas menoleh ke arah belakang. Terkejut tak terkata. ‘Macam mana dia
tahu rumah aku? Kenapa dia datang sini? Apa tujuan dia datang sini?’ pelbagai soalan timbul
dalam mindanya. Dia merenung tajam wajah Azmir yang terpacak berdiri di hadapannya itu.
          “Apa kau buat kat sini?!” jerkah Shahirah Izzati. Bergema rumah dengan jeritan suaranya.
          “Shira…” Azmir cuba mengawal kemarahan Shahirah Izzati. Dia cuba menghampiri
Shahirah Izzati, namun di undur setapak ke belakang.
          “Hei! Apa kau nak lagi hah?! Hati kau belum terluka lagi ke? Atau kau nak aku tambah
lukakan hati kau tu?!” marah Shahirah Izzati bertubi-tubi. Dia terpaksa berbuat begini. Dia ingin
Azmir membencinya lagi. Sesungguhnya, tidak ingin dia menghemburkan kata-kata kesat pada
Azmir, lelaki yang dia cintai dalam diam.
          Datin Melissa cuba mengawal kemarahan anaknya. “Shira, sudahlah. Mir datang ni pun
sebab ada hal.” tutur Datin Melissa sambil mengusap lembut bahu anaknya. Mungkin cara ini
akan menurunkan suhu kemarahan Shahirah Izzati. Tetapi dia bingung, kenapa marah sangat
anaknya pada Azmir. Sepatutnya, Azmir yang patut memarahi anaknya. Kenapa dengan
Shahirah Izzati?
          “Hal apa lagi, mummy? Dia dah tak ada kena-mengena dengan kita lagi.” keras suaranya.
Shahirah Izzati masih merenung wajah Azmir.
          “Err… Mir datang sebab nak undang kita ke majlis perkahwinan dia.” beritahu Datin
Melissa tergagap-gagap.
          “Oh!” Shahirah Izzati menahan sebak dalam hati. Dia harus kuat dengan semua ini. Dia
harus kuat! Di tenung wajah Azmir sedalam-dalamnya.  Kemudian, dia beralih memandang luar
rumah agamnya. Di tahan manik-manik itu keluar daripada pelupuk matanya.
          “Sekarang kau tunggu apa lagi?! Blah ar!” halau Shahirah Izzati dengan suara yang
lantang.
          Datin Melissa terkejut mendengar kata-kata anaknya. Tidak pernah dia mengajar anaknya
bersikap kurang ajar seperti ini. “Shira!!!”
          “Kenapa mummy?” Shahirah Izzati memandang wajah tegang ibunya.
          Azmir terpana, terpaku mendengar ucapan yang keluar dari bibir Shahirah Izzati. Tidak
sangka, dendam Shahirah Izzati masih berbaki.
          “Mummy tak pernah ajar Shira bersikap kurang ajar!”
          “Yes, mummy never teach me become rude. But! Shira become rude because of him. I
hate you, Azmir! I want you get out from my house now! I don’t want to see your face anymore.
Get out!!! Get lost!!!” Shahirah Izzati mula naik gila.
          Berdesing telinga Azmir dan Datin Melissa. Kedua-dua manusia itu tercengang.
          “Shira!! Don’t you ever say like that. Please, behave your manners!” tiba-tiba Datuk
Helmi datang. Tidak tahu bila dia muncul.
          “But why, papa? Because he is son of  your  friend business partner?” Shahirah Izzati
memerli papanya. Tidak menyangka dia sebiadab ini. Dia lakukan semua ini sebab terpaksa!
          Datuk Hemi lantas menampar pipi Shahirah Izzati. Selama lima puluh lapan tahun, ini
baru kali pertama dia menampar Shahirah Izzati. Baginya, Shaihirah Izzati sudah melampau!
          Tergamam Shahirah Izzati dengan tindakan bapanya. Dipegang pipi yang kebas ditampar
bapanya. Matanya tajam merenung bapanya, ibunya. Kemudian, ditoleh pula memandang Azmir
yang turut memandangnya. Lantas, dia merampas kasar tas tangan di sofa mewah lalu keluar
dengan hati yang panas! Saat itu, panggilan ibunya hanya dibuat tak endah. Sekarang ini, dia
harus pergi! Pergi ke mana?
          “Tak apa auntie, uncle. Mir kejar dia.” tutur Azmir lantas melangkah kaki bertujuan
mengejar Shahirah Izzati yang tidak tampak bayang-bayang. Keretanya juga tidak kelihatan.
Namun, dalam hatinya yakin, Shahirah Izzati masih belum jauh pergi meninggalkannya.

***********

“Hei! kau ni kenapa?!” jerit Shahirah Izzati dengan suara yang lantang. Nasib baik lengang tiada
orang.
          Azmir akhirnya menemui Shahirah Izzati. Pada mulanya, dia putus asa. Tidak tahu ingin
mencari Shahirah Izzati di mana. Tiba-tiba, hatinya terdetik ingin pergi ke tasik. Alhamdulillah,
dia berjaya jumpa Shahirah Izzati. Dengan itu, cepat-cepat dia memberitahu ibu bapa Shahirah
Izzati yang mengatakan dia telah menemui Shahirah Izzati di tasik.
          “Saja, kenapa?” selamba sahaja Azmir berkata. Matanya memandang tasik yang tampak
agak tenang itu.
          “Gila!” tempik Shahirah Izzati dengan pantas melangkah kaki ingin meninggalkan Azmir.
Dalam fikirannya, dia berfikir bagaimana Azmir dapat mencarinya? Tetapi langkahnya terhenti
kerana Azmir pantas memegang erat lengannya.
          “Kau nak apa?! Lepaslah!” marah Shahirah Izzati dengan menyinga.
          “Kalau Mir tak mahu lepas?”
          “Apa kau nak daripada aku?!” Shahirah Izzati merenung tajam wajah Azmir. Dia masih
mencuba untuk melepaskan diri daripada Azmir.
          “Nak Shira, boleh?” tutur Azmir seakan bisik.
         Meremang bulu roma Shahirah Izzati dibuatnya. “Apa masalah kau ni?!” jerit Shahirah
Izzati. Dia semakin tidak senang dengan sikap Azmir.
          “Shira…” panggil Azmir lembut. Tangannya masih belum melepaskan Shahirah Izzati.
          Sebak terasa hati Shahirah Izzati mendengar Azmir memanggilnya dengan selembut itu.
Air matanya mula bergenang. Ditahan air mata itu mengalir. Kenapa mudah sangat dia
tersentuh?
          “Lepaskan tangan aku!” tutur Shahirah Izzati dengan tegas.
          Azmir rasa inilah masa yang paling tepat untuknya meluahkan perasaan yang terbuku
dalam hatinya. “Shira, are you still love me?” Azmir sayu memandang seraut wajah Shahirah
Izzati.
          Tersirap darah Shahirah Izzati. Matanya memandang Azmir. “Tak.” jawab Shahirah Izzati
dengan yakin.
          “Bohong!” jerkah Azmir. Dia merentap kasar tangan Shahirah Izzati.
          Terangkat bahu Shahirah Izzati dibuatnya mendengar jerkahan Azmir. Azmir tak pernah
menjerkahnya sebegini sebelum ini.
          “Kalau tak percaya sudahlah! Lepaskan tangan aku boleh tak?!” Shahirah Izzati masih
mengeraskan suaranya.
          Akhirnya, Azmir melepaskan tangan Shahirah Izzati. Kemudian, matanya merenung tajam
anak mata Shahirah Izzati. Bagai kilat datang menyambar anak telinga apabila mendengar
pengakuan Shahirah Izzati. Adakah yang dikatakan Shahirah Izzati tadi semuanya benar-benar
belaka? Tiada sekelumitkah perasaan cinta buat Azmir?
          Shahirah Izzati tidak keruan dengan pandangan Azmir. Air liur yang berkumpul di anak
tekaknya itu ditelan kesat.
          “Baiklah, Mir nak tanya buat kali terakhir. Shira masih sayangkan Mir?” Azmir menunggu
jawapan di bibir Shahirah Izzati.
          Shahirah Izzati menggelengkan kepalanya.
          “Shahirah cintakan Mir?”
          Shahirah Izzati memandang seraut wajah Azmir. Adakah ini kali terakhir Shahirah Izzati
memandang Azmir? Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian, dilepaskannya perlahan-
lahan. “Tak.” hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya saat itu. Hatinya menangis tidak
terhenti.
          Azmir menahan air mata yang ingin merembes keluar. Mataya beralih memandang tasik
yang tenang itu. Cuba mencari kekuatan di sebalik kekecewaan yang datang melanda. Hatinya
bagai disiat-siat pisau tajam. “Baiklah, Mir cabar Shira datang masa majlis akad nikah Mir sebab
Mir tahu Shira tak mencintai Mir kan?” Azmir memandang Shahirah Izzati yang diam seribu
bahasa.
          Shahirah Izzati berlagak tenang memandang Azmir. Bagai tiada apa yang berlaku di antara
mereka. “Okey, aku sahut cabaran kau.” Shahirah Izzati menahan getaran di hati. Air matanya
mula bertakung. Tunggu masa ingin mengalir sahaja. Ketika itu Azmir mula memerhatinya,
namun dengan pantas dia mengalihkan pandangannya daripada diketahui Azmir.
          “Okey. Mir balik dulu. Kita jumpa di masjid nanti. Assalammualaikum…” Azmir mula
menghayun kaki meninggalkan Shahirah Izzati. Terasa sebahagian hidupnya diambil seseorang.
Azmir tidak dapat menahan air matanya kali ini. Akhirnya, terciptalah dalam diari di mana
air matanya mengalir kerana seorang wanita. Wanita yang amat dicintainya. Namun, hari ini saat
ini, detik ini, hari ini, dia harus belajar melupakan Shahirah Izzati. Masih teringat dalam
ingatannya, jelas air mata Shahirah Izzati mula berkumpul di ruangan mata. Adakah Shahirah
Izzati masih mencintainya walaupun mulutnya berkata tidak? Kenapa dia sanggup menyakitkan
hatinya sendiri? Pelbagai persoalan yang berlegar-legar dalam kepalanya.
          “ Waalaikumussalam…” Shahirah Izzati menjawab setelah Azmir Shahirah Izzati mula
menjauh darinya. Shahirah Izzati memandang sayu sekujut tubuh Azmir yang hilang di ruang
matanya. Adakah keputusan yang dilakukan ini tepat? Ya! Tepat. Tiada keraguan. Dia benar-
benar yakin ini adalah keputusan yang tepat walaupun hatinya tidak henti-henti menangis. Ingin
sekali memutarkan kembali masa, namun semua itu hanya sia-sia. Menangis air mata darah
sekalipun, dia tidak dapat menarik kembali kata-katanya. Menyesalkah? Tidak! Hatinya berkata.
Dia tidak menyesal dengan kata-katanya. Tegarkah Shahirah Izzati?
          “Ya Allah…” Shahirah Izzati merintih pilu.

************

Sebulan Kemudian…
Paluan kompang yang dimainkan, memeriahkan lagi suasana saat itu. Melihat kanak-kanak
berlari-lari, kejar-mengejar menambahkan kebingitan suasana yang sudah membingit itu.
Melihat raja sehari yang segak dan cantik dengan memilih tema merah bagi majlis persandingan
mereka. Mereka seperti cincin dan permata. Sesekali melihat, mereka sama cantik sama padan.
          Si jejaka tersenyum memandang si gadis pilihan hatinya. Pada masa yang sama, si jejaka
menunggu seseorang. Matanya meliar mencari kelibat ‘seseorang’ itu. Si jejaka dan si gadis
dipinta berada di ruangan makanan. Setibanya mereka di sana, meraka dipinta memotong kek
dua tingkat itu bersama. Setelah memotong kek, mereka saling menyuap kek ke dalam mulut, di
mana jejaka menyuap kek kepada si gadis. Manakala, si gadis menyuap kek kepada si jejaka.
          Mereka kelihatan gembira, cuma saat itu hati si jejaka masih belum tenang. Matanya
masih meliar mencari ‘seseorang’. Tiba-tiba…
          “Assalammualaikum…” seorang gadis tiba-tiba memberi salam sambil matanya puas
memandang pasangan yang secocok itu.
          “Hei, Shira! Thanks for coming.” Yasmin pantas memeluk erat tubuh kurus Shahirah
Izzati. Gembira Yasmin dengan kehadiran Shahirah Izzati.
           “Welcome.” Shahirah Izzati membalas pelukan Yasmin. Matanya memerhati Azmir
yang kini sah bergelar suami.
           “Shira tahu tak, tadi Min tunggu Shira di masjid. Tapi, tak nampak pun. Abang kata Shira
nak datang.” Yasmin tersenyum memandang Shahirah Izzati sambil tangannya erat memeluk
lengan Azmir, suaminya. Panggilan pun sudah ditukar. Yelahkan, sudah sah suami isteri mestilah
kena ‘berabang sayang’.
          “Maaflah, Shira ada kerja sikit tadi sebab tu tak sempat datang tadi. Maaf ya.” Shahirah
Izzati memberi alasan. Mana mungkin dia datang ke masjid walaupun sudah sebulan Shahirah
Izzati cuba membuang kenangannya bersama Azmir.
          Azmir memandang wajah putih Shahirah Izzati. Tidak terlukakah hati Shahirah Izzati?
Asstagfirullahalazim… Azmir mengucap dalam hati. Dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa
dia akan belajar mencintai Yasmin, isterinya sendiri. Dia akan pupuk dan semai hubungan
mereka dengan penuh kasih sayang.
          “Hmm, Shira ada bawa hadiah buat Mir dan Min. Terimalah.” Shahirah Izzati
menghulurkan sekotak hadiah yang bersaiz sederhana kepada Yasmin dengan senyuman di bibir.
          “Hehehe… ni yang bestkan abang?” Yasmin memandang suaminya yang diam seribu
bahasa itu sambil tangannya menyambut hadiah yang dihulurkan Shahirah Izzati.
          “Hmm, betul-betul. Eh, kau makan lagi tak?” soal Azmir dengan ramah. Mungkin sudah
tiba masanya mereka berkawan semula.
          “Err…belum lagi.” Shahirah Izzati teragak-agak menjawab.
          “Ha! tunggu apa lagi. Pergilah makan. Nak Min temankan? Okey-okey, jom.” lantas
Yasmin menarik tangan Shahirah Izzati dengan lembut. Azmir hanya membuntuti mereka dari
arah belakang.
          “Eh, kejap-kejap.” Shahirah Izzati mematikan langkah mereka.
          “Kenapa?” soal Yasmin dan Azmir serentak.
          “Err, sebenarnya Shira ada bawa kawan. Dia ada dalam kereta.” jelas Shahirah Izzati
teragak-agak.
          “La, kenapa tak panggil dia masuk?” soal Yasmin sambil membetulkan bajunya yang
meleret labuh itu.
          “Tak apa ke?” Shahirah Izzati mengerutkan dahinya.
          “Tak apa.” Azmir menjawab sambil memandang wajah Shahirah Izzati yang serba tak
kena itu. Dalam hatinya juga tertanya, siapa gerangannya?
          “Okeylah, Shira panggil dia dalam kereta kejap.” Shahirah Izzati mula melangkah kaki
menuju ke arah keretanya.
         Pada masa yang sama, Azmir dan Yasmin hanya melihat Shahirah Izzati dari jauh.
          “Jomlah awak! Kawan saya dah tunggu tu!” Shahirah Izzati semakin geram dengan sikap
Haneef yang mengada-ngada itu. Di ajak makan tidak mahu, tetapi mulut tak habis-habis
merungut kelaparan. Haneef  ialah anak kawan papanya. Kawan saja ke?
          “Ala awak. Saya seganlah.” Haneef merengek manja.
          “Awak, awak ni borak ( pondan ) ke apa nak malu-malu?!” Shahirah Izzati mula berpeluk tubuh.
Mukanya dimasamkan.
         Terbuntang mata Haneef mendengar kata-kata Shahirah Izzati. “Hello, for your
information, I’m a real man okey!” Haneef geram bibir ‘bisa’ Shahirah Izzati itu. Dengan lagak
machonya’ dia bergegas keluar dari kereta Shahirah Izzati. Shahirah Izzati yang berada di
hadapannya di tolak tepi. Hendak terjatuh Shahirah Izzati dibuatnya.
          “Awak ni kenapa? Nak cari pasal ke? Nak saya beritahu papa?!” Shahirah Izzati mula
membulatkan matanya sambil tangannya memperbetulkan tudungnya yang senget akibat tolakan
Haneef  tadi.
          Haneef  mengejek kata-kata Shahirah Izzati. “Suka hati sayalah!” Haneef dengan kasar
menutup daun pintu kereta Shahirah Izzati.
          Terangkat bahu Shahirah Izzati. Darahnya mula menyerbu naik. Mana tidaknya, kereta
yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri ‘dilayan’ kasar. “Awak ingat saya beli kereta ni
guna daun ke, hah?!” Shahirah Izzati mula naik angin.
          Haneef hanya memekakkan telinga. Saat ini, matanya hanya terbayang-bayangkan
makanan yang enak. Dia melangkah kaki dengan selamba menuju ke rumah kenduri tanpa
menunggu Shahirah Izzati di belakang.
          “Hish!!!!! Dasar lelaki gila!” Shahirah Izzati mendengus kasar. Dengan geram ditekan
alarm keretanya.Dia berlari-lari anak membuntuti Haneef yang sudah menjauh darinya. Hatinya
tak henti-henti menyumpah Haneef.
          Azmir dan Yasmin dari jauh pelik melihat gelagat Shahirah Izzati dan seorang pemuda
kacak. Nampak ganyanya seperti bertengkar. Mana tidaknya, seorang ke utara, seorang ke
barat.
          “Hmm, inilah kawan Shira.” Shahirah Izzati memperkenalkan Haneef kepada Azmir dan
Yasmin.
          “Haneef.” Haneef bersalam dengan Azmir dan Yasmin dengan senyuman.
          “Saya Yasmin. Ini suami saya, Azmir.” Yasmin senyum memandang Haneef.
          “Azmir.” Azmir memperkenalkan dirinya. ‘Boleh tahan taste Shira.’ monolog Azmir
dalam hati.
          “Selamat pengantin baru. Hm, tak apa ke saya datang ni?” Haneef mula meramah mesra.
          “Terima kasih. Eh, tak apa.” tutur Yasmin sambil matanya memandang Shahirah Izzati
yang mula diam seribu bahasa.
          “Kenapa, Shira? Ada yang tak kena ke?”
          “Eh, tak ada apalah.” Shahirah Izzati mengukir senyuman. Namun, pabila terpandang
Haneef, cepat-cepat wajahnya bertukar masam. Masih berbaki marahnya kepada Haneef.
          “Datang bulan kot.” Haneef berkata selamba.
          Mencerlung biji mata Shahirah Izzati. Ingin sahaja dia menampar mulut bisa itu. “Awak
cakap cermat sikit hah!”
          “Betullah. Tak habis-habis dengan badmood.” Haneef membebel tanpa menghiraukan
Yasmin dan Azmir di hadapan.
          Yasmin dan Azmir tersenyum melihat gelagat mereka. Tak ubah bagai anjing dan kucing!
          “Abang, abang pernah dengar tak, kalau lelaki dan perempuan yang asyik bergaduh, nanti
mereka akan kahwin bersama?” Yasmin bertanyakan kepada Azmir sambil memadang Shahirah
Izzati dan Haneeef yang tak berhenti bertengkar.
          Azmir yang diam tadi mula mengukir senyuman. “Hm, pernah dengar.” Azmir menjawab
soalan isterinya dengan tersenyum memandang kejelitaan Yasmin.
          “Min rasalah bang, tak lama lagi mesti mereka akan kahwin.” kata-kata Yasmin
mengundang tawa Azmir.
          Mendengar kata-kata Yasmin membuatkan Shahirah Izzati dan Haneef tercengang dan
berhenti daripada bertekak. Mereka memandang muka masing-masing. Haneef memandang
Shahirah Izzati dengan senyuman nakal. Manakala Shahirah Izzati memandang Haneef dengan
muka yang menyampah.
          “Mir, Min. Saya dah masuk meminang pun. Tapi tak tahulah dia terima ke tidak.” tutur
Haneef  nada merajuk.
          “Tak apa Haneef. Nanti aku bagi tips macam mana nak tackle permpuan.” Azmir
mengusik Shahirah Izzati dengan tersenyum.
          ‘Apahal pulak ni…’ Shahirah Izzati menggarukan kepalanya.
          “Okey, cantik! Nanti kau jangan lupa pulak. Tak sabar rasanya nak kahwin…” Haneef 
mula berangan-angan naik di atas pelamin bersama Shahirah Izzati. Tetapi lamunannya terhenti
akibat cubitan Shahirah Izzati bagai kepitan anak ketam!
          “Yeka, Shira? Macam mana?” Yasmin mengusik Shahirah Izzati yang mukanya sudah
berubah merah. Sesekali tengok sepersis udang bakar.
          Shahirah Izzati hanya tersenyum pahit. ‘Kau tunggu Haneef! Kau memang cari nahas!’
hamun Shahirah Izzati dalam hati. Tiba-tiba…
          “Shira!!!!” jerit Mona bagai anak orang gila. Sekali imbas tengok bukan macam pensyarah
tapi macam kanak-kanak di taska!
          “Ish! Kau tak malu ke Mona?” tegur Shahirah Izzati sambil matanya memadang orang
sekeliling yang mula memandang ke arah mereka.
          Azmir dan Yasmin hanya menggelengkan kepala. Sudah biasa dengan sikap
‘ketidakmatangan’ Mona.
          “Eh, kau ni! bukannya nak sayang aku ke, peluk aku ke. Ni tidak! Marah aku pulak.”
Mona mula memasamkan muka.
          “Ala, meh sini aku peluk.” Shahirah Izzati memujuk Mona yang sudah menarik muka.
Huduh babenor!
          Azmir, Yasmin dan Haneef tersenyum melihat gelagat Shahirah Izzati dan Mona.
          “ Weh, aku laparlah.” rengek Shahirah Izzati.
          “Jom!” ajak Mona lalu menarik lengan Shahirah Izzati tanpa menoleh kiri kanan. Shahirah
Izzati hanya mengekori sahaja.
          “Abang, tengoklah. Mereka buat kita macam tunggul kayu.” bebel Yasmin nada tidak puas
hati.
          Azmir tersenyum mendengar keluhan isterinya. Dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa
cintanya hanya buat Yasmin. Kasihnya hanya untuk Yasmin. Selamanya!
          “Aduhai! Ada bakal isteri pun tapi tak ada guna langsung!” sinis sahaja kata-kata Haneef.
          Langkah Shahirah Izzati terhenti. Begitu juga Mona. Shahirah Izzati mengorak langkah
menghampiri Haneef. “Apa dia? Tak dengarlah.”
          “Harap saja ada bakal isteri kat sini. Tapi hampeh!” tutur Haneef selamba. Aduhai! Tak
lama lagi tercetuslah perang dunia kedua kembali.
          Azmir, Yasmin, dan Mona tersenyum. Geli hati melihat telatah mereka. Shahirah
Izatti yang tak lekang dengan kegarangan bagai singanya. Haneef  pula sikap selamba yang
menyakitkan hati.
          “Siapa bakal isteri kau?” sinis sahaja pertanyaan Shahirah Izzati.
          “Entah! Hantu kut.” jawab Haneef selamba lantas mengajak Azmir dan Yasmin ke
khemah. Saat ini, perutnya sudah berkeroncong.
          “Mona! Kau tengoklah mamat bangang tu!” tutur Shahirah Izzati dengan wajah yang
bengis.
          “Siapa dia tu weh? Kau tak pernah beritahu aku yang kau ada teman lelaki pun.”
          Dengan pantas Shahirah Izzati memalingkan mukanya ke arah Mona. “Weh, dia bukan
teman lelaki akulah. Dia ialah seorang lelaki yang gila! Memang gila!” hamun Shahirah Izzati
tanpa memandang sekeliling.
          “Aku takut kau yang tergila-gilakan dia nanti. Lagipun Shira, mamat tu kacaklah. Kau
patut beruntung dapat teman lelaki macam dia.” tak habis-habis Mona memuji Haneef. Naik
menanah telinga Shahirah Izzati dibuatnya.
          “Dah la! Cakap dengan kau pun buat sakit hati saje. Baik aku pergi makan. Sakit hati pun
tak dapat!” dengan geram yang terbuku dalam hati, dia pantas menghayun kaki meninggalkan
Mona yang mula ‘gila bayang’.
          Mona hanya tersenyum memandang Shahirah Izzati yang sudah menjauh daripadanya.
‘Shira, aku tahu siapa perempuan yang telah buat Azmir terluka. Aku tahu! perempuan itu ialah
kau. Aku tahu, kau  melakukan hal itu mungkin bersebab. Tapi apa-apa pun, aku kagum dengan
ketabahan kau dan aku tahu kau masih mencintai Azmir dalam diam. Tapi aku tahu, kau tak akan
membuat keputusan yang tergesa-gesa dengan menghancurkan masjid yang baru hendak dibina.
Kau seorang waita yang tabah! Dan aku yakin sekarang, kau sudah menjumpai lelaki yang
sepadan dengan kau iaitu Haneef! Lelaki yang selalu sakitkan hati kau. Tetapi kesakitan itu akan
disirami dengan kasih sayang yang tidak terkata. Insya-Allah…’monolog Mona dalam hati
berserta doa. Semoga kasih mereka kekal abadi selamanya…

                                              ~ TAMAT ~

No comments:

In LOVE