Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Guruh berdentam-dentum. Kilat sabung-menyabung. Aida yang sibuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru terkejut mendengar bunyi yang kuat itu, segera dia meninggalkan buku sekolahnya untuk mendapatkan ayahnya yang tidur berselimutkan kotak usang. Hanya kotak itu sahaja yang boleh menahan kesejukan mereka.
"Uhuk! uhuk!" batuk ayah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Aida datang menghampiri ayah. Cuba membantu ayahnya yang ingin bangun dari tidur.
"Ayah, tidur la. Hujan semakin lebat di luar. Ayah sejuk ya?" soal Aida lembut sambil memerhati tubuh ayahnya yang dimamah usia itu.Namun, Aida tetap bersyukur walaupun dia hanya tinggal di rumah yang usang, kerana dia masih mempunyai ayah. Orang yang dia benar-benar sayang.
"Tak apa nak. Uhuk! uhuk! Ayah tak sejuk. Cuma ayah nak bangun ambil baldi di hujung tu ha. Nak tadah air hujan yang bocor tu. Uhuk! uhuk!" ujar ayah cuba untuk berdiri namun pergerakannya dihalang Aida, anak tunggalnya.
"Ayah, Aida boleh tolong ayah. Ayah tidur saja ya." pinta Aida lembut.
"Tapi, ayah bukannya sakit sangat pun. Uhuk! uhuk!" ujar ayah besertakan batuk yang tak henti-henti. Nampaknya, kalau keadaan begini terus, Aida tetap akan berdegil dengannya.
"Ha, itu bukan sakit ke ayah? Ayah, ayah istirehat saja. Biar Aida ambil baldi kat hujung tu. Bukannya susah sangat pun.Ayah tidur ya." ujar Aida tegas tetapi dalam ketegasannya terselit sifat penyayang. Aida segera menyelimutkan ayahnya dengan kotak usang itu. Tiba-tiba hatinya sebak. Sebak melihat kotak usang membalut tubuh tua ayahnya dan berbantalkan bata yang dibalut kain buruk. 'Ya Allah...' rintih Aida dalam hati. Setelah pastikan ayahnya memejam mata, barangkali sudah tidur, segera dia melangkah ke penjuru rumah untuk mengambil baldi kecil lalu meletakkan di bawah atap usangnya yang bocor itu.
Setelah selesai, Aida menghampiri meja belajar usangnya. Terpaku matanya melihat apa yang berlaku. "Ya Allah... buku aku." terjerit Aida pantas mencapai bukunya yang basah kuyup dek hujan. Matanya yang melihat ke arah beg sekolahnya turut diambil juga.
"Ya Allah, beg sekolah aku pun basah." keluh Aida lantas mengeluarkan buku-buku sekolahnya daripada terus basah. Ya, Allah... banyak dugaan yang menimpa Aida. Tetapi, Aida redha jika itu sudah tersurat untuknya.
'Ya Allah, jika ini ujian dariMu, hamba redha ya Allah. Hanya satu hamba pinta. Kau tetapkanlah keimanan hati hamba dan kau tabahkanlah hati hambamu ini, Ya Allah." doa Aida dalam hati dengan perasaan sayu. Ya! dia redha jika ini ujian daripada Allah s.w.t.
Dia segera melangkah kaki menuju ke arah tempat tidurnya. Tangannya kalut membuka buku sekolah yang basah akibat terkena tempias hujan yang turun dari atap usangnya untuk dibiarkan sehingga kering. Tetapi, sempat ke?
"Macam mana aku nak buat kerja sekolah? Buku semua basah. Esok mesti cikgu Zaiton marah. Allahuakbar!" keluh Aida resah. Usai sudah membuka buku, dia lantas merebahkan tubuhnya di atas kotak usang. Tangan kanannya diletakkan di dahi. Barangkali memikirkan sesuatu.
"Ya Allah... hamba tak tahu nak bagi alasan apa lagi dengn cikgu Zaiton. Adakah tidak perlu aku pergi ke sekolah esok? Tetapi peperiksaan SPM semakin hampir. Ya, Allah..." keluh Aida lagi. Kali ini dipaksa matanya dipejam untuk tidur. Biarlah apa akan terjadi keesokan harinya. Aida pasrah...
***
"Mana buku matematik awak, Aida?" soal Cikgu Zaiton menyinga.
"Err... err..." tergagap-gagap Aida dibuatnya. 'Ya, Allah... bantulah hambamu ini.' monolog Aida dalam hati.
"Apa err, err, Aida? Awak ni kenapa ya? Apa masalah awak sebenarnya? Setiap kali masa saya, pasti awak buat hal." bebel Cikgu Zaiton panjang lebar. Ya! setiap kali masa Cikgu Zaiton pasti akan ada masalah. Masalah yang berpunca daripada diri Aida sendiri. Tetapi, dia tidak bersalah.
"Saya... saya..." Aida masih tidak boleh bicara. Tampaknya, kemarahan Cikgu Zaiton menambahkan rasa takut dalam diri Aida.
"Ala, cikgu... Bukannya cikgu tak kenal dengan orang miskin ni. Pemalas! yang tahu cuma meminta perhatian! minta sedekah! macam-macam lagilah." sampuk Borhan tiba-tiba. Siapa yang tidak kenal dengan Borhan, anak orang kaya. Sifatnya adalah cuma menyakitkan hati orang sekeliling, terutamanya Aida! entah apa yang Aida lakukan kepadanya.
Tersentak Aida mendengar kata-kata Borhan. Kata-katanya seperti jarum yang mencucuk dalam ke hati. Sakitnya hanya Allah yang tahu, pedihnya tidak terkata. Ya, Allah...
"Sudah, Borhan! kamu tak payah masuk campur dalam hal ini!" marah Cikgu Zaiton apabila dia terasa kata-kata Borhan benar-benar melampau. Pada masa sama, Cikgu Zaiton cuba mengingati kata-kata Borhan. 'Aida orang miskin? Betul ke? Selama dia menjadi guru matematik Aida, tidak pernah dia tahu-menahu pasal Aida. Adakah disebabkan hal itu, Aida menjadi seperti ini? Walaupun, seringkali Aida membuat masalah, keputusan peperiksaan bagi pelajaran Matematik tidak pernah Aida gagal. Malah, dia mendapat markah tertinggi.' Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak otak Cikgu Zaiton.
"Sudah, Aida... awak boleh duduk." ujar Cikgu Zaiton tiba-tiba lembut. Tidak seperti tadi yang datang menyinga. Terasa simpati pula dengan kehidupan Aida. 'Ya Allah... berdosanya aku marah anak muridku. Sepatutnya aku harus bertanya dahulu. Allah...' desis Cikgu Zaiton dalam hati.
Borhan yang melihat Cikgu Zaiton tidak memberi apa-apa hukuman buat Aida, membuatkan hatinya bertambah sakit. Tidak tahu kenapa dia tidak suka dengan Aida. Gadis miskin!
***
"Uhuk! Uhuk! Ya Allah... jika ini kehendakMu, hamba redha Ya Allah... Uhuk! uhuk! " kedengaran batuk ayah semakin teruk. Ayah cuba untuk berdiri. Tangannya menampan dinding supaya dia bisa berdiri.
"Aku harus berkerja. Aku harus kuat. Aku harus jadi bapa terbaik untuk Aida." ujar ayah dengan semangat sambil melangkah kaki menuju ke sudut rumah usangnya untuk mengambil baju lusuhnya.
Aida pada masa yang sama masuk ke dalam rumah, terkejut dengan tindakan ayahnya. Dia segera berlari-lari anak mendapatkan ayahnya. Takut jika ayahnya terjatuh.
"Ayah, ayah nak pergi mana?" soal Aida kalut. Jangan sesekali ayahnya membuat perangai untuk berkerja lagi. Sudahlah sakit!
"Ayah nak pergi kerja nak. Lagipun sampai bila ayah nak terperap dalam rumah ni? Ayah kena kerja. Ayah sudah sihat. Ayah nak Aida berhenti kerja di kedai Pak Usop tu. Uhuk! uhuk!" ujar ayah bersertakan batukan.
"Ayah, Aida tak kisah ayah. Aida cuma nak bantu Ayah. Ayah sakit lagi ni. Aida nak kumpul duit beli ubat untuk ayah." terang Aida panjang lebar. Ya! dia ingin membantu ayahnya.
Ayah memandang wajah Aida. Kasihan sekali dengan keadaan anaknya. Matanya jatuh melihat baju sekolah lusuh anaknya. Sudah singkat!
"Aida, dengar sini nak. Ayah cuma nak Aida pergi sekolah. Belajar rajin-rajin dan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Uhuk! uhuk! Ayah tak mahu Aida jadi macam ayah. Lagipun, dulu arwah ibu ada pesan pada ayah. Pesan untuk Aida supaya belajar dengan rajin-rajin." ujar ayah lesu sahaja. Batuknya tidak henti-henti.
Aida pantas mengangguk laju. Mengerti akan kata-kata ayahnya. 'Ibu tetap akan berada di hati Aida selamanya.' monolog Aida menahan air mata yang mahu merembes turun.
***
"Assalamualaikum semua." Cikgu Izzudin memberi salam kepada semua pelajarnya.
"Waalaikummusalam, cikgu." meleret sahaja kedengaran semua pelajar menjawab salam. Seperti tidak makan setahun.
Cikgu Izzudin memandang semua pelajar tingkatan lima dari atas pentas dewan sekolah. Setelah melihat semua pelajar mengunci mulut, dia mula membuka kata.
"Baiklah, cikgu cuma cakap sedikit sahaja hari ini. Seperti yang anda tahu, SPM semakin dekat. Hanya tinggal enam bulan sahaja lagi anda akan tempuhi peperiksaan yang akan menentukan kehidupan anda selepas ini dan.....bla...bla...bla..." panjang menjela Cikgu Izzudin memberi mukadimah.
Aida ketika ini menajam tielinganya meniliti kata-kata Cikgu Izzudin.
"Jadi, pihak sekolah menganjurkan kem motivasi untuk tingkatan lima bagi persediaan peperiksaan tidak lama lagi dan cikgu ada berita gembira nak beritahu kepada semua yang anda tidak perlu bayar jikalau ingin menyertainya. Hanya perlu berikan nama , nombor kad pengenalan , dan berikan kepada saya di bilik kaunseling. Kem kali ini, anjuran pihak sekolah. Anda tidak perlu bayar. Di mana kem itu diadakan, cikgu akan beritahu tempatnya kemudian. Baiklah, ini sahaja yang saya ingin beritahu anda semua. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh jumpa saya di bilik kaunseling. Assalamualaikum." Cikgu Izzudin menamatkan kata-katanya.
Aida yang mendengarnya mula tersenyum ceria. 'Tidak perlu bayar? Allahuakhbar. Terima kasih ya Allah. Akan aku sertai kem ini.' desisnya dengan seribu semangat datang menjelma.
Begitu juga dengan pelajar lain tersenyum gembira. Ketika ini, keadaan dewan sekolah seperti mahu pecah dek keriuhan suara pelajar.
***
"Putih, kalau aku pergi kem. Siapa nak jaga ayah pulak?" soal Aida pada kucing kesayangannya sambil mengusap-usap bulu kucing itu. Mengeliat kegelian kucing itu dengan tindakannya.
"Tapi kan, aku dah ambil surat kebenaran daripada Cikgu Izzudin. Takkanlah aku nak beri balik padanya? Aku teringin nak pergi." luah Aida lagi bagai kucingnya mengerti luahannya. Tangannya terus-menerus mengusap kucing itu. Kali ini pada bahagian tengkuk pula.
"Hm, tak apalah. Aku tak pergi pun tak apa. Ayah lagi penting daripada kem ni. Esok aku bagi surat ini pada Cikgu Izzudin balik." Aida membuat keputusan muktamad. Tangannya pantas mengambil kucingnya lalu diletakkan di atas riba sambil mengusap pula di bahagian kepala kucing itu. Di dunia ini hanya ada ayah dan kucingnya sahaja.
Tanpa sedar, luahan hati Aida terdengar oleh ayahnya. Terharu sungguh dengan kata-kata Aida. Pasti anaknya derita hidup dengannya. 'Ya, Allah...kasihannya pada anakku.' rintih ayah sayu. Ayah menghampiri Aida yang asyik mengusap kucing itu.
Aida yang sedar ayah mengampirinya, dengan pantas berdiri daripada bersila tadi. Kucingnya pula hilang entah ke mana. Mungkin keluar dari rumah.
"Ayah, ayah sakit lagi ke?" melihat ayah disisi lantas Aida berdiri. Risau benar Aida dengan kesihatan ayahnya.
Ayah tersenyum mendengar kata-kata Aida." Tidak. Ayah dah baik."
"Alhamdulillah... Ayah, Aida nak beritahu satu perkara. Yang Aida dah berhenti kerja di kedai Pak Usop. Ayah tak kisah ke? Nanti bagaimana kita nak cari duit?" soal Aida tak putus-putus. Risau dia dengan kehidupan mereka selepas ini. Sudahlah, dia berhenti berkerja di kedai Pak Usop. Ayah cuma menoreh getah. Itupun jika hari tak hujan. Allahuakhbar...
"Ayah tak kisah, nak. Yang penting Aida kena belajar rajin-rajin. Pasal duit, biar ayah yang uruskan. Aida tak perlu risau." ujar ayah tegas sambil tangannya mengusap lembut kepala Aida. Sayang sekali dia dengan anak tunggalnya itu.
"Ayah juga nak beritahu yang ayah benarkan Aida pergi kem itu." tersenyum ayah berkata.
Aida mengerutkan dahinya. 'Macam mana ayah boleh tahu?' desis Aida pandang wajah tua ayahnya.
Ayah tersenyum melihat kerutan yang terpancar pada wajah anaknya. "Ayah tahu Aida nak sangat pergi ke kem itu kan? Ayah benarkan. Dan Aida perlu hantar surat jawapan itu setelah ayah tandatangan."
Tersenyum sampai ke telinga Aida kali ini. Gembiranya bukan kepalang. "Terima kasih ayah." segera Aida memeluk tubuh tua ayahnya. Hanya ayah yang berada di sisinya di dunia ini.
Tiba-tiba Aida melepaskan pelukannya. Dipandang wajah ayahnya. "Tapi ayah macam mana? Aida takut ayah sakit."
"Tak usah risaukan ayah. Ayah boleh jaga diri ayah sendiri. Yang penting Aida janji akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Uhuk! Uhuk!" ujar ayah dengan batukan halus.
"Tapi ayah sakit sekarang ni. Tengok? Aida belum pergi ayah sudah batuk." risau sekali Aida dengan keadaan ayahnya.
Tangan tua itu segera mengusap lembut kepala Aida sambil tersenyum. Beruntungnya dia dapat anak yang mendengar kata. Semua ini anugarah Allah.
"Terima kasih, ayah." ujar Aida tersenyum hambar walaupun hatinya saat ini sangat khuatir dengan kesihatan ayahnya.
"Sama-sama, nak."
***
"Apa keinginan anda sebenarnya?" soal penceramah motivasi itu yang memandang semua pelajar.
Ketika itu, keadaan dewan gamat dengan keriuhan suara pelajar. Seperti di pasar malam! Tidak faham sedikit pun dengan apa yang mereka celotehkan. Penceramah yang melihat keadaan tidak terkawal lantas menyuruh mereka diam. Tetapi, masih kedengaran juga suara sumbang. Tidak tahu suara siapa.
"Baiklah. Saya tahu anda semua ada jawapan anda sendiri. Mesti anda inginkan ibu bapa bangga dengan keputusan anda. Ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Betul tak?" soal penceramah pada semua pelajar.
"Betulll." jawab semua pelajar panjang menjela.
"Jadi, anda perlulah berusaha dari sekarang. Sebab pepatah juga mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tak ada alasan untuk berjaya, kecuali jika penyakit M ada dalam diri. Penyakit M ialah penyakit malas. Penyakit utama yang digelar virus kepada pelajar. Jadi, saya rasa saya nak hadiahkan anda dua buah lagu. Mungkin lagu ini pernah didengar oleh anda semua. Tapi, dengarlah ya lagu Buatmu Ibu dan Ayah yang dinyanyikan oleh Aeman." ujar penceramah itu segera memulakan lagu yang benar-benar terasa hingga ke kalbu.
Mata bundar Aida ketika ini mula berair. Dia mula terkenang akan ibunya yang sudah kembali ke rahmatulllah. Kembali ke tempat asal. Dia cuba menahan air matanya, tetapi dia gagal. Akhirnya, air mata yang berkumpul, bergenang jua. Aida amat merindui ibunya.
"Saya nak anda semua hayati lagu ini." ujar penceramah itu tiba-tiba.
Pelajar lain kedengaran seperti tersedu-sedan mendengar bait-bait ayat itu. Ketika itu air mata Aida mula jatuh tak henti-henti.
"Ibu..." bergetar sahaja suara Aida menyebutnya. Dia mula teringat perbualan dengan ibunya. Dia benar-benar rindukan saat itu. Dia menginginkan ibunya berada di sisi selamanya. Begitu jua dengan ayah. Inginkan kedua-duanya. Tetapi siapa dia ingin semuanya berkekalan? Allah s.w.t yang menentukan segalanya. Allah s.w.t yang menciptakan manusia dan semua makhluk di bumi ini.
"Ibu..." ujar Aida sepatah. Terkenang saat dia bersama ibunya, Amimah, lima tahun lepas.
"Ibu, ibu buat apa tu?" soal Aida sambil tangannya melingkar manja pada leher ibunya dengan manja.
Amimah hanya tersenyum melihat keletah anaknya. "Ibu tengah main dengan kucing." seloroh Amimah sengaja melihat reaksi anaknya. Hanya Aida satu-satunya anak hasil perhubungan dengan suaminya. Sayang sekali dia dengan Aida. Aida anak yang mendengar kata, anak yang taat, anak yang baik. Bersyukur dia dengan anugerah Allah itu. Hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya.
"Alolo lawanya kucing ni. Kenapa buntut kucing ni warna hitam? Hehe.." soal Aida ketawa sambil matanya melihat ibunya menggosok bontot kuali yang hitam itu. Kasihan ibu... desis Aida sayu.
"Ada-ada kamu ni, Aida. Ibu nak mainkan kamu. Kamu pulak yang kenakan ibu. Eii, nakalnya anak ibu ni." Amimah segera meletakkan dawai yang digunakan untuk menggosok periuk itu dan tangannya pantas mencari perut anaknya untuk mencubit lembut. Sekadar mengusik!
"Haha... ibu, sakit bu. Aida cuma bergurau saja. Maaf ya ibu." ujar Aida manja lantas mencium pipi ibunya dengan penuh sayang. Ya! dia sayang sekali dengan ibunya.
Terharu sekali dengan sikap anaknya itu. Bagaimana kehidupan anaknya selepas ini, jika suatu hari nanti dia tiada lagi di muka bumi ini, Ya Allah? Kau tegarkanlah hati anak hamba ya Allah.. doa Amimah dalam hati sambil melihat Aida yang sudah duduk bersila di lantai dapur. Melihat anaknya begitu, dibiarkan periuk itu sebentar dan menghenyakkan punggung di sebelah Aida.
"Aida..." panggil Amimah tersenyum.
"Ya, ibu..." jawab Aida lembut.
"Aida anak yang baikkan?" soal Amimah tiba-tiba sambil membelai-belai lembut kepala Aida.
Aida mengerutkan dahinya. Pelik dengan soalan yang diajukan ibunya itu tadi. "Kenapa ibu?"
"Ibu nak Aida janji sesuatu dengan ibu. Boleh?" soalan Aida hanya dibalas soalan. Amimah tahu, anaknya sekarang sudah besar. Mungkin aneh dengan kata-katanya sebentar tadi.
Aida menilik wajah ibunya yang dimamah usia itu. Tetapi tetap jelita di matanya. "Janji apa ibu?"
"Janji dengan ibu yang Aida akan belajar rajin-rajin dan taat dengan perintah Allah. Janji dengan ibu ya, nak." ujar Amimah lembut.
Aida tersenyum mendengar kata-kata ibunya. "Aida janji bu... Ibu jangan risau." Aida lantas mencium pipi ibunya dengan penuh perasaan sayang.
Mengingatinya amat menyedihkan. Dihakis lembut air mata di pelupuk matanya. Kata-kata ibunya mecucuk semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. In Shaa Allah... semuanya dengan izin Allah.
***
Tidak sangka, dia kini berusia lapan belas tahun. Semakin menginjak ke alam dewasa. Hari ini merupakan hari yang benar-benar dia nantikan. Ingin melihat apakah yang berlaku selepas ini.
"Ayah, doakan Aida ya." pinta Aida sayu. Dia perlu kuat hadapi semua ini. Dia perlu tabah dengan keadaan sekeliling. Dia harus kuat!
Ayah mengangguk pantas tersenyum. "Ayah sentiasa doakan untuk Aida. Ayah yakin Aida pasti akan dapat yang terbaik. Jika kita tidak dapat yang kita nak, teruskan berusaha sampai berjaya. Allah tahu yang mana baik buat hambanya." pesan ayah yang tak putus-putus memberi semangat kepada Aida.
"Terima kasih ayah. Aida pergi dahulu. Assalamualaikum." ujar Aida seraya mencapai tangan ayahnya unuk disalam. Usai itu, dia melangkah kaki dengan membawa pulang kejayaan. In Shaa Allah...
"Waalaikumusalam." balas ayah dengan tak lekang dengan senyuman. Tahap kesihatan ayah semakin hari semakin baik. Semua ini kerana Aida yang menjadi semangat kepadaya untuk meneruskan kehidupan. Kepada Allah s.w.t juga dia bererima kasih kerana memberi peluang kepadanya untuk menjaga Aida. Jika selepas ini menjadi sesuatu yang tidak ingini, dia mungkin pergi dengan tenang.
"Mimah... abang dah lakukan yang terbaik buat anak kita." monolog ayah seorang diri. Sayu sahaja kedengarannya.
***
"Tahniah awak." ujar Borhan tiba-tba.
Aida mengerutkan dahinya. Pelik dengan sikap Borhan yang tiba-tiba menegurnya. Wajah Aida berubah riak apabila melihat Borhan duduk di atas kerusi roda. Apa yang sudah berlaku? Pelbagai persoalan yang timbul.
Borhan yang melihat Aida diam membisu, membuatkan perasaannya bersalah mencengkam dalam diri. Barangkali Aida terkejut dengan perubahan fizikalnya.
"Saya minta maaf, saya tahu saya bersalah. Saya kutuk awak. Saya buat itu ini dan Allah telah beri balasan pada saya." ujar Borhan panjang menjela. Sayu sekali kedengarannya!
Aida kemudian menarik nafas sebelum bicara. Dia perlu memaafkan semua di sekelilingnya. Siapa dia tidak mahu memaafkan kesalahan manusia. Sedangkan Allah mampu memaafkan kesalahan hambanya? Tambahan hatinya dipagut rasa kasihan dengan keadaan Borhan. Allahuakhbar!
"Saya maafkan awak."
Terserlah kegembiraan pada wajah Borhan. "Terima kasih, awak. Saya tahu saya banyak buat salah pada awak. Apa-apa pun tahniah saya ucapkan kepada awak kerna menjadi pelajar cemerlang."
"Terima kasih." hanya itu sahaja dia mampu melakukan. Tiba-tiba, Aida terlihat Cikgu Zaiton yang melangkah ke arah mereka.
"Tahniah Aida." ujar Cikgu Zaiton tersenyum.
Aida hanya tersenyum. "Sama-sama cikgu."
"Cikgu nak minta maaf setelah apa yang cikgu katakan pada awak sebelum ini."
"Cikgu tak pernah buat salah pada saya. Cikgu cuma menjalankan tugas sebagai seorang guru dan akhirnya tugas cikgu untuk membimbing saya sudah cikgu tunaikan. Cikgu, saya tak pernah ambil hati tentang itu. Cikgu juga akhirnya berjaya mendidik saya sehingga berjaya dalam matapelajaran matematik. Cikgu sudah berjaya!" jelas Aida panjang lebar. Dia ikhlas semua itu. Dia tidak pernah menyalahkan mana-mana guru.
Borhan yang mendengar, terpana seketika. Cikgu Zaiton pula terharu dan tercengang. Cikgu Zaiton pantas menarik tubuh Aida ke dalam pelukannya. Sayang sekali dia dengan Aida. Setelah apa yang dikatakan oleh Borhan dahulu, segera dia cari tentang diri Aida. Di mana Aida tinggal, ada berapa adik-beradik dan sebagainya. Yang paling dia rasa tercuit rasa bersalah apabila ibu Aida meninggal dunia. Benar-benar menyayat hati perempuannya. Dia kagum dengan Aida yang tabah dalam mengharungi onak duri.
Terpana Aida denga kelakuan Cikgu Zaiton. Teragak-agak dia untuk membalas pelukan itu. Tetapi, dengan tiba-tiba dia pantas membalas pelukan Cikgu Zaiton hanya kerana dia mendengar sesuatu yang menyentuh hatinya.
"Boleh mama ambil Aida sebagai anak angkat mama?" Cikgu Zaiton berharap sekali agar Aida sudi menjadi anak angkatnya.
"Boleh..." bergelinang air mata Aida dibuatnya. Tatkala ini, bagai terasa dalam pelukan seorang ibu. Aida rindukan ibunya.
Mendengar kata-kata Aida, dierat lagi pelukan itu.
Borhan pula ketika itu benar-benar bersyukur kepada Allah kerana Aida sudi memaafkannya. Allah telah membalas perbuatannya dengan ditimpa kemalangan kecil. Nasib baik Allah masih memberi peluang kepadanya untuk meneruskan kehidupan.
***
"Ayah bersyukur kepada Allah sebab dikurniakan anak seperti Aida. Bersyukur kepada Allah." tak henti-henti ucapan syukur di bibir ayah.
Aida tersenyum tampak giginya yang tersusun cantik. Sememangnya dia sedang gembira dengan memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan sebenar. Bersyukur tidak terkata. Aida melihat ayahnya jauh pergi melangkah ke dapur segera menghenyakkan punggungnya di atas kayu tangga rumahnya. Mengenangkan ibunya!
"Ibu... Aida dapat 9A. Aida harap ibu suka dengan keputusan ini. Aida janji, Aida akan buat yang terbaik untuk keluarga kita." janji Aida berselang-selikan dengan air mata yang tak henti jatuh. Tangannya kemas memegang sehelai kain batik lusuh. Kemudian dipeluk kain itu seeratnya. Terasa seperti memeluk ibunya sendiri.
'Terima kasih Ya Allah atas kenikmatan yang telah kau berikan pada hamba.' desis Aida dengan hati yang lapang. Semoga dia sentiasa tabah dengan ujian yang diberi Allah. In Shaa Allah...
Motivasi diri.
Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?
Si Cantik dan Si Kacak kami :)
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
17 Feb 2013
16 Feb 2013
Cerpen : Dongeng Cinta Kita Versi Penuh
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Alhamdulillah..Akhirnya siap juga salah satu cerpen Pa'ah ini. Terima kasih kepada sesiapa yang mengikutinya saban entry. hihi. Selamat membaca, oh ya ! Jangan lupa tinggalkan komen ..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuda yang ditunggangi oleh Puteri Syafiyyah Amani mula
kepenatan setelah seharian menabur bakti kepada tuannya . Hijab Puteri
Syafiyyah Amani kebasahan dek peluhnya sendiri . Sejak pagi dia membawa dirinya
keluar dari istananya yang tersergam di tengah-tengah Negara Damaiputra . Dia
tahu , kepergiaanya kali ini akan menimbulkan kekecohan yang amat besar di
Negara Damaiputra namun kali ini dia terpaksa pergi . Pergi demi kebaikan
dirinya sendiri . . Kain kecil yang menutup sebahagian mukanya yang hanya
menampakkan matanya dibuka perlahan setelah dia yakin bahawa tiada siapa lagi
yang berada di kawasan itu melainkan dia dan kudanya . Peluh dimukanya dilap
perlahan dengan sapu tangan yang disimpan di koceknya . Terbit rasa bersalah
kerana meninggalkan Negara Damaiputra dan lebih-lebih lagi apabila mengenangkan
bertapa kecewa ayahanda dan bondanya .
“ Tuan Puteri Syafiyyah !” laung seseorang bersama beberapa
orang pengawal berkudanya .
‘ Alamak , cepatnya mereka ni … Tak reti penat ke ? Matilah
beta kali ni… Arh !’ rungut Puteri Syafiyyah Amani perlahan . Kudanya sudah
berlari laju dek terkejut oleh sentakan kaki tuannya .
“ Tuan Puteri ! Tunggu !’’ laungnya lagi namun kali ini
Puteri Syafiyyah Amani sudah tidak kelihatan . Hanya kelihatan satu kawasan
hutan yang sunyi sepi tanpa bunyi-bunyian dari serangga mahupun binatang .
Sangat sunyi .
Pengawal tentera yang mengejar Puteri Safiyyah Amani tadi
mula berpatah balik . Ingin mengabarkan berita kepada Raja Ahmed Hassan bin
Hussin dan Permaisuri Afifah binti Raja Rashidi tentang apa yang telah berlaku
.
Raja Ahmed Hassan dan Permaisuri Afifah berada di kamar
mereka sambil berbincang mengenai anakanda mereka yang melarikan diri .
“ Kanda , adinda rasa sungguh risau dengan anakanda kita
yang satu itu…” Permaisuri Afifah berkata sambil melabuhkan punggung di sofa
yang berada berdekatan dengan katilnya .
“ Kanda juga begitu dinda …” Raja Ahmed Hassan berkata .
“ Kanda lebih risau apabila anakanda kita melarikan diri
dengan menuggang kuda , nampaknya dia tidak akan pergi ke kawasan bandar
sebaliknya ke kawasan hutan yang sesetengahnya belum kita terokai .” sambungnya
.
“ Kanda… Mengapa anakanda kita tidak menggunakan kereta yang
telah kita khaskan padanya ? Aduh , risau rasanya hati dinda…”
“ Mungkin dia tidak mahu kita mencarinya , dengan GPS yang
terdapat pada kereta tersebut akan memudahkan kita menjejakinya . Hai, bijak
sungguh anakanda kita itu …”
“ Betul tu kanda , tapi tindakan anakanda tu telah
menyebabkan satu Damaiputra gempar . Malu dinda dengan Permaisuri negara-negara
lain . Mereka tentu menyangka kita tidak pandai mendidik seorang puteri untuk
menjadi pemerintah yang bagus…” keluh Permaisuri Afifah . Benar katanya itu…
Beberapa orang permaisuri mula berkata-kata sesama mereka . Apa yang mereka
tahu , seorang Puteri yang berhijab telah melarikan diri ! Tetapi sebab apa ?
Hanya beberapa orang tertentu sahaja yang berhak mengetahuinya . Permaisuri
negara lain mula menyisihkan Permaisuri Afifah . Haii , dunia kerabat pun ada
sisih-menyisih ka ? Lumrah alam sebenarnya !
“ Adinda tak perlu bimbang , kanda tahu anakanda kita itu
tentu boleh menjaga dirinya sendiri . Lagipun mungkin ini pun disebabkan oleh
salah kita . Sudah-sudahlah tu , mari kita tidur sayang ,’’ kata Raja Ahmed
Hassan sekadar untuk menyedapkan hatinya sendiri serta isterinya . Bapa mana
yang tidak bimbang apabila anak dara suntinya melarikan diri . Melarikan diri
ke hutan pula tu . Haishh !
“ Uhuk .. Uhuk.. Aik , kenapa tiba-tiba aku terbatuk ni ?
Alahai , ini mesti bonda dan ayahanda yang mengata aku ni . Ya Allah ,
ampunkanlah hambamu ini kerana menyakitkan hati kedua ibu bapanya sendiri . Aku
tidak berniat untuk memberontak namun aku perlu pergi untuk kebaikan diri aku
sendiri . Argh , bila aku sudah bersedia… Aku akan kembali ke istana untuk
memohon ampun dari mereka . “ Gumam Puteri Syafiyyah Amani perlahan .
Kuda yang dinaikinya ditambat di sebatang pokok besar di
tepi sungai . Dia berhenti untuk berehat sebentar . Keadaan yang tadinya siang
sudah berginjak ke malam hari . Puteri Syafiyyah Amani duduk di tepi kudanya
sambil ditemani cahaya bulan yang bersinar malap-malap sahaja pada malam ini .
“ Dragon , betulkah apa yang beta lakukan ni ? Adakah tindakan beta ini hanya akan
menyakitkan hati banyak pihak ? Beta sendiri bimbang ! Bimbang dengan segala
kemungkinan yang akan berlaku ,” Puteri Syafiyyah Amani berkata-kata . Kudanya
hanya mampu menggeleng . Macamlah kuda itu faham dengan apa yang dikatakannya .
Puteri Syafiyyah sangat menyayangi Dragon . Dragon merupakan kuda yang
dihadiahi bondanya pada hari lahirnya yang ke empat belas , 10 tahun dulu .
Sejak dari itu , dia sanggup belajar cara-cara menunggang kuda agar tidak
menghampakan kedua ibu bapanya . Itulah Puteri Syafiyyah Amani . Sejak kecil
dia diasuh untuk menjadi seorang anak gadis yang sopan , menjaga batas auratnya
, menjaga tingkah lakunya , dan … mengembirakan hati kedua ibubapanya . Tapi
setelah umurnya genap dua puluh empat tahun , dia melakukan sesuatu yang sangat
memalukan dan menghampakan kedua ibubapanya .
“ Ahhh ! Peningnya beta Dragon . Adakah beta patut pulang
saja ? “ Puteri Syafiyyah Amani akhirnya terlelap dengan pelbagai rasa dihati .
Rasa bersalah , rasa geram , rasa takut dan rasa berdebar . Mengapa debar ini
mesti ada didalam hatinya ??
Matahari mula menampakkan dirinya , menyuluhkan cahayanya di
seluruh alam . Puteri Syaffiyah Amani terjaga . Matanya digosok perlahan .
Drogan sedang meragut rumput yang berada di sekitarnya . Dia menuju ke sungai
dan membasuh mukanya beberapa kali .
“ Aduhai , terlajak tidurlah . . Selamat hari ini aku cuti .
. Aku harus memulakan perjalanan aku . Aku ingin mencari tempat tinggal .
Mungkin di hilir sungai ini ada kawasan
petempatan .” kata Puteri Syafiyyah Amani pada bayang-bayangnya di dalam sungai
.
Drogan ditunggangnya perlahan menuju ke hilir . Puteri
Syafiyyah sudah kelaparan . Tiba-tiba dia terlihat sebatang pokok rambutan yang
sedang rendang dan buahnya pula tengah masak ranum . Puteri Syafiyyah telan
liur . Sedapnya . Tetapi tiada satu pun tanda bahawa kawasan ini punya
petempatan . Puteri Syafiyyah Amani takut dia termakan hak orang lain . Dia
menuruni Dragon setelah yakin bahawa tiada sesiapa disitu melainkan ia dan
Drogan . Kakinya perlahan-lahan mendekati pokok tersebut . Tiba-tiba…
“ Ahhhh ! “ Puteri Syafiyyah Amani menjerit .
Mata Aliff Danial terpaku kepada sekujur tubuh yang
terbaring di hadapan sebatang pokok rambutan yang sedang rendang . Terdapat
seekor ular tedung yang panjangnya lebih kurang sekaki sedang menuju kearah
seekor kuda yang berada berdekatan dengan sekujur tubuh tadi .
“ Ya Allah ! “ Aliff Danial terjerit kecil .
Dia pantas menuju ke arah sekujur tubuh tersebut . Ular
tersebut dibunuh menggunakan parang tajam yang dibawanya tadi . Niatnya ke
hutan adalah untuk mencari akar kayu untuk merawat demam Pak Cik Ali yang
semakin hari semakin teruk . Aliff Danial mendekati Puteri Syafiyyah dan
tertunduk melihat tubuh gadis itu . Mencari kawasan dimana kesan patukan ular
tadi .
“ Subhanallah , matanya sungguh cantik . .. Keningnya
terbentuk rapi dan bulu matanya sungguh lentik . Tapi hanya itu sahaja yang
dapat aku lihat … Perempuan ini sangat
menjaga auratnya ,‘’ desis Aliff Danial perlahan .
Akhirnya matanya tertacap pada kesan patukan ular tadi pada
kaki Puteri Syafiyyah Amani . Aliff Danial memegang kaki Puteri Syafiyyah
perlahan . Aliff Danial berasa sedikit bersalah kerana memegang kaki seorang
wanita yang bukan mahramnya tetapi dia harus menyelamatkan ia sebelum bisa
tersebut semakin merebak . Bisa ular tersebut disedut dengan kuat lalu diludah
dengan cepat agar tidak memudaratkan dirinya sendiri . Dia membawa diri ke
sungai lalu berkumur .
“ Apa yang harus aku lakukan ye ? Aduhai , Ya Allah . . Kau
berikanlah aku petunjuk ,” gumam Aliff Danial perlahan sambil memerhatikan
keadaan di sekelilingnya . Hanya ada dia , perempuan itu dan seekor kuda .
Kuda?
“ Aku akan membawa gadis ini pulang ke rumah Pak Cik
Ali agar dia dapat berehat dengan
secukupnya ! Wahai kuda , bolehkah aku menunggangmu ? “ kata Aliff Danial
sambil mengusap kepala Dragon perlahan-lahan. Puteri Syafiyyah digendong
perlahan setelah dia sudah berada di atas Dragon .
Puteri Syafiyyah Amani terpinga-pinga sendirian di berada di
atas katil di sebuah rumah yang begitu asing baginya . Dia tidak tahu samaada dia sebenarnya sudah
selamat ataupun berada dalam keadaan bahaya .
“ Argh , menyesal pula aku membawa diri ke hutan…Mungkin
inilah akibatnya jika menderhakai ibubapa sendiri…” gumam Puteri Syafiyyah
Amani sambil meraba-raba tubuhnya. Akhirnya dia pasti tubuhnya masih dibaluti
pakaian yang sama sebelum dia pengsan sebentar tadi , tapi bahagian wajahnya
telah terdedah . Dia bingkas bangun lalu sehelai tuala lembab jatuh ke ribanya
. Barulah dia mengerti mengapa hijabnya telah terbuka sedikit . Tiba-tiba pintu
bilik tersebut terkuak perlahan .
“ Cik dah sedar ? Maaflah , saya terpaksa buka hijab cik
tadi … sebab badan cik panas sangat . Maafkan saya ,” tutur seorang gadis yang
hampir sebaya dengannya . Gadis itu tertunduk apabila mereka mereka bertamu .
Puteri Syafiyyah Amani beristifar panjang apabila melihat
pakaian gadis tersebut . T- shirt yang berlengan pendek itu hanya dipadankan
bersama kain batik yang berbunga-bunga kecil .
‘ Ahh , mungkin dia tinggal bersendirian .’ getus hati
Puteri Syafiyyah Amani .
“ Tak apalah adik , terima kasih sebab selamatkan saya,”
kata Puteri Syafiyyah Amani .
“ Eh , tak ada maknanya aku nak selamatkan kau , Abang Aliff
tu yang selamatkan kau” tutur gadis tersebut .
‘ Amboi , tadi bukan main lemah lembut lagi . Pijak semut
pun tak mati semut tu , dah nyawa-nyawa semut la’ Puteri Syafiyyah Amani
bergumam lagi .
“ Ohh , ucapkan terima kasih kepada beliau bagi pihak saya
ya,” Puteri Syafiyyah Amani masih lagi mengekalkan keayuan dan kesopannya
kerana memikirkan bahawa dia sedang menumpang di rumah gadis tersebut .
“ Ucaplah sendiri , isy,” gadis itu keluar dari bilik dengan
bongkaknya .
“ Suka hati kaulah labu ,”
Puteri Syafiyyah Amani membuat keputusan setelah beberapa
minit berfikir . Dia seharusnya pergi meninggalkan rumah ini . Nampak gayanya ,
gadis tadi terang-terangan menunjukkan dia tidak suka dengan kehadiran Puteri
Syafiyyah Amani disini . Kain kecil yang menutup mukanya dipakai kembali .
Namun , sebelum kakinya sempat menjejak lantai sejuk rumah itu dia mengaduh
sendirian.
“ Ah ,sakitnya. .” rungut Puteri Syafiyyah perlahan . Kaki
sedikit bengkak akibat bias ular tersebut . Namun sempat lagi Puteri Syafiyyah
mengucap syukur kerana dia telah diselamatkan . Tak sanggup rasanya mati dalam
keadaan derhaka kepada bonda dan ayahandanya .
Puteri Syafiyyah Amani tetap bangun perlahan-lahan dan
menuju ke biliknya . Rumah batu itu kelihatan baru namun dekorasi dalamannya
masih lagi mengekalkan cirri-ciri tradisional . Dia memandang sekeliling sambil
berjalan dengan perlahan-lahan . Senyap
sunyi rumah tersebut , hanya kedengaran bunyi sesuatu diasah . Tanpa menunggu
lagi , dia mencari-cari dia mana bunyi itu datang . Setibanya di hadapan pintu
rumah tersebut , dia melihat sesusuk tubuh yang duduk membelakanginya sambil
mengasah pedang . .
“ Encik . .” Puteri
Syafiyyah Amani memanggil perlahan .
Aliff Danial berpaling .
Mata Aliff Danial dan mata Puteri Syafiyyah Amani bertemu.
Hati Aliff Danial berdegup kencang. Walaupun Aliff Danial hanya dapat melihat
sepasang mata Puteri Syafiyyah Amani namun hati lelakinya tetap tertawan.
Adakah ini cinta pandang pertama?
"Encik...Encik...!" panggil Puteri Syafiyyah Amani
perlahan. Hatinya berdebar-debar. Pandangan mata redup lelaki tersebut singgah di hatinya. Tampan
sekali hamba-Mu ini Ya Allah. Astagfirullahalazim.
"Ya..ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Aliff
Danial.
" Mana Dragon?" tanya Puteri Syafiyyah Amani
perlahan.
" Naga? Mana? Mana? " Mata Aliff Danial meliar di
sekitar kawasan rumah itu.
" Bukan naga la encik, Dragon tu kuda saya," kata
Puteri Syafiyyah Amani sambil tertawa perlahan.
Dia ketawa? Ya Allah...Mesti senyumannya sungguh manis.
Bengap betul lah aku ni. Zaman moden macam sekarang ni manalah ada naga. Bukan
dongeng saja ka? Aduh ! Malu-malu...
"Oh! Kuda hitam tu ya? Ada di belakang rumah ni. Di
belakang rumah ni terdapat sebatang sungai yang mengalir perlahan. Kuda cik
tengah melepaskan lelahnya kot," jelas Aliff Danial panjang lebar.
"Terima kasih..." ucap Puteri Syafiyyah Amani
sambil berjalan perlahan menuju ke belakang rumah lelaki tersebut.
"Err..Cik,boleh saya tahu nama cik?" pertanyaan
jujur daripada Aliff Danial membuatkan langkah Puteri Syafiyyah Amani terhenti.
Tanpa menoleh ke belakang Puteri Syafiyyah tersenyum dan menjawab ringkas.
" Amani.." Puteri Syafiyyah Amani kemudiannya
meneruskan langkahnya untuk mencari Dragon.
'Sedap nama tu..Mesti cantik orangnya.'
********************************
"Dragon...Macam mana kita boleh sampai sini ni? Beta
tak nak orang lain tahu..Kalaulah kita tertangkap di sini macam mana?
Allah...Dragon, mari kita pergi daripada sini..." bisik Puteri Syafiyyah
Amani di telinga Dragon seolah-olah Dragon memahami kata-katanya.
Puteri Syafiyyah Amani menarik tali yang terdapat pada
tengkuk Dragon, Dragon mengekorinya perlahan-lahan. Puteri Syafiyyah Amani
mencari-cari kelibat lelaki tampan yang menegurnya tadi. Tetapi Puteri
Syafiyyah Amani berasa bersalah jika tidak mengucapkan terima kasih kepada
orang yang menolongnya tadi.
Puteri Syafiyyah masuk ke dalam rumah yang separuh usang
itu. Walaupun begitu, rumah itu terletak di tengah-tengah hutan. Di
tepi-tepinya terdapat beberapa jenis bunga dan sayur-sayuran ditanam rapi.
Seperti dihuni sepasang suami isteri yang bahagia. Mungkin lelaki tersebut
seorang suami? Mungkin...
Tiba-tiba dia terdengar suara lelaki tadi daripada sebuah
bilik. Puteri Syafiyyah Amani teragak-agak untuk melihatnya. Dia mendekatinya
perlahan-lahan.
" Allahuakhbar..." kata lelaki tadi sambil
mengangkat takbir. Aliff Danial menjadi imam kepada dua orang jemaah. Salah
satu daripada jemaah tadi ialah seorang tua yang duduk di atas kerusi. Mungkin
dia terlalu uzur untuk bersolat sambil berdiri. Seorang lagi ialah jemaah
perempuan...
" Kau tak solat?" tanya gadis yang ku lihat
setelahku terjaga daripada pengsan.
" Saya uzur..." jelas Puteri Syafiyyah Amani.
" Oh! Untuk pengetahuan cik...Abang Aliff yang bawa kau
balik tadi. Dia kata kau kena patukan ular. Betul ke? Ke kau pura-pura pengsan
sebab nak pikat Abang Aliff?" serkap gadis itu.
" Astafirullahalazim dik, kakak tak ada niat pun
!" bantahku.
" Eleh..boleh percaya ke cakap kau ni? Kau ni apa hal
berpurdah-purdah segala? Kau ni penyamun yang melarikan diri ke? Dah la pakai
purdah..Naik kuda, tengah-tengah hutan..Bersendirian pula tu. Kau tak takut
ke?" tanya gadis itu. Puteri Syafiyyah Amani menahan sabar. Ini sudah
keterlaluan. Sabar Fiyyah. Sabar..
" Terpulang kepada adik lah! Kakak ada Allah di sisi
kakak. Jadi akak tak perlu takutkan apa-apa.." kata Puteri Syafiyyah Amani
tenang.
"Cik Amani , Izara...Kenapa ni ? Ada apa-apa yang boleh
abang tolong? Abang dah habis solat. Err..Izara, ayah nak mandi tu.." kata
Aliff Danial sambil menunjuk ke arah Pak Ali yang sudah siap sedia untuk mandi.
" Mana ibu? Kenapa ibu tak mandikan ? Isy,menyusahkan
betul!" Izara membentak sambil membebel.
" Ibu tengah hidangkan makanan tengah harilah!"
Aliff Danial menerangkan kepada Izara yang sedang membebel. Walaupun sudah
dijelaskan, Izara tetap memberontak.
" Encik..Terima kasih sebab selamatkan saya, saya perlu
bertolak sekarang" kata Puteri Syafiyyah Amani.
" Sama-sama. Saya tolong awak ikhlas. Tak mengharapkan
apa-apa balasan pun.Jangan pergi lagi..Luka di kaki Cik Amani belum betul-betul
sembuh. Jika Cik Amani berjalan jauh,kemungkinan besar bengkak di kaki Cik akan
lebih teruk.." ujar Aliff Danial.
' Saya ingin berkenalan dengan awak.' detik hati Aliff
Danial.
" Nak..Janganlah pergi lagi..Makanlah di rumah makcik
dahulu. Rehatlah dan buat seperti rumah anak sendiri," kata seorang
perempuan yang separuh umur. Pakaian serba ringkas dan bersih. Mukanya
kelihatan berseri-seri selepas solat.
Puteri Syafiyyah Amani tidak sanggup untuk menolak.
"Baiklah makcik...Terima kasih," ujar Puteri
Syafiyyah Amani.
' Yes,yes,yes !' hati Aliff Danial girang. Tetapi wajahnya
tetap kekal selamba.
"Makanlah nak, buat macam rumah sendiri..." kata
Mak Temah sambil menghulurkan sepinggan nasi kepada Puteri Syafiyyah Amani.
"Terima kasih mak cik!" kata Puteri Syafiyyah
Amani.
Meja yang mempunyai empat buah kerusi itu penuh dengan
kehadiran Pak Ali, Aliff Danial,Izara, dan Mak Temah. Akhirnya mereka mengambil
keputusan untuk makan dibawah sahaja. Ya, di atas lantai. Puteri Syafiyyah
Amani langsung tidak berasa kekok dengan keadaan tersebut. Walaupun pangkatnya
sebagai Tuan Puteri Negara Damaiputra namun dia boleh membiasakan diri dengan
keadaan sekelilingnya. Begitu baik didikan daripada kedua orang tuanya.
"Amani...boleh mak cik tanya sikit?" ujar Mak Temah.
"Boleh mak cik.." balas Amani pula.
"Maaflah kalau pertanyaan mak cik ini akan membuatkan
Amani kecil hati.." tambah Mak Temah sebelum meneruskan pertanyaannya.
" Tak apa lah mak cik. In sha Allah saya tak kan
marah," kata Puteri Syafiyyah Amani.
Aliff Danial yang sedang membasuh tangannya mengambil tempat
bersebelahan Pak Ali setelah selesai. Perbualan Mak Temah dan Amani telah
menarik perhatian Izara dan Aliff Danial. Manakala Pak Ali hanya berdiam seribu
bahasa. Sakit yang membuatkannya lebih selesa mendiamkan diri. Izara
menghulurkan sepinggan nasi kepada Aliff Danial. Nasi sengaja dibubuh banyak
kerana Izara tahu Aliff Danial akan menyuapkan ayahnya makan. 'Asyik-asyik
ayah! Aku ni, dia tak nak layan langsung!' bentak hati Izara.
"Sebenarnya mak cik nak tanya, kamu tak rimas ke pakai
purdah ni? Mak cik nampak macam panas je?" tanya Mak Temah. Jujur.
"Mak Temah, memakai purdah kena ikhlas. Kalau hati kita
ikhlas, apa kelebihan dan kekurangan memakai purdah ini kita boleh terima
dengan seadanya..Saya pakai purdah ni bukan untuk tunjuk baik pada orang lain
atau mengikut trend zaman sekarang tetapi untuk memperbaiki diri yang serba
kekurangan. Malahan, memakai niqab ini juga dapat mengelakkan fitnah. In shaa
Allah, jika kita ikhlas..Allah akan permudahkan segalanya," terang Puteri
Syafiyyah Amani.
" Yakah? Bukan kau melarikan diri ke? Baik kau
terus-terang saja dengan kami,kami tak bodoh la untuk menilai semua ni. Kau
pakai purdah sebab nak sembunyikan wajah kau yang sebenarkan?" tempelak
Izara tiba-tiba.
" MasyaAllah Izara! Kenapa tuduh Cik Amani macam tu?
Kamu tahukan fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh?!" suara Aliff
Danial tinggi.
Suasana di meja makan yang pada mulanya tenang menjadi
hangat apabila Izara berkata demikian. Puteri Syafiyyah Amani hanya mendiamkan
diri...Dia tahu, jika dia bersuara keadaan tentu akan menjadi lebih rumit.
Akhirnya semua makan dengan diam dan tidak mengeluarkan suara sedikitpun.
Tetapi dalam diam, kelakuan Aliff Danial memikat hati wanitanya.
Aliff Danial kelihatan begitu sabar melayan kerenah Pak Ali.
Pak Ali dikata lumpuh separuh badan. Separuh badannya boleh berfungsi dan
separuh lagi langsung tidak berfungsi. Tangannya tidak dapat menampung beban
yang berat. Oleh itu, Aliff Danial yang menyuapkannya makanan. Walaupun ada
ketikanya Pak Ali meluahkan makanan tersebut, Aliff Danial dengan tenang akan
mengelap bibir Pak Ali dengan ibu jarinya. Tidak timbul perasaan jijik dan
membebankan bagi Aliff Danial dalam melayan kerenah Pak Ali.
Mak Temah hanya melihat daripada jauh. Anak angkatnya itu
terlalu baik. Bahkan anak kandungnya,Izara pun tak sebaik itu. Sanggup menjaga
makan pakai suaminya itu. Semuanya sempurna dan mudah setelah kedatangan anak
muda itu sejak dua bulan yang lalu...Dia dah terlalu banyak berhutang budi
dengan Aliff Danial. Entah bagaimana lagi harus dia membalas jasa anak muda
itu. Mak Temah mengusap air mata yang mengalir perlahan di pipinya. Takut jika
orang lain perasan dengan kehadiran air mata yang tidak diundang itu.
**************
Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk
makan tengah hari sebentar tadi, Puteri Syafiyyah Amani membawa diri ke bilik
yang dikhaskan untuknya. Bilik tersebut sebenarnya bilik Aliff Danial. Dia
hanya menumpang di bilik itu sebentar sahaja untuk merehatkan badan. Hal ini
kerana rumah usang itu hanya mempunyai tiga bilik. Satu untuk Aliff Danial,satu
untuk Pak Ali dan Mak Temah dan satu lagi untuk anak dara mereka, Izara. Izara
membantah dengan sekerasnya apabila Mak Temah menyuruhnya berkongsi bilik
dengan Puteri Syafiyyah Amani, akhirnya Aliff Danial menawarkan biliknya kepada
Puteri Syafiyyah Amani. Puteri Syafiyyah Amani bersetuju setelah didesak oleh
Mak Temah. Izara sudah menarik muka.
' Ya Allah, sepertinya kedatangan aku disini tidak disukai
oleh Izara. Tindakan dia yang dingin terhadapku membuatkan aku sedar bahawa aku
tidak diperlukan lagi disini...' cetus hati Puteri Syafiyyah Amani sambil
membaringkan dirinya di atas katil perlahan-lahan. Kakinya masih sakit.
'Ya Allah, kenapa Aliff Danial
begitu mempersonakan di mataku ? Adakah ini jodoh dari-Mu atau permainan nafsu?
Aku buntu...'
Puteri Syafiyyah Amani terjaga daripada lena apabila
terdengar suara orang sedang bercakap di hadapan tingkap bilik Aliff Danial
merangkap biliknya sekarang. Izara! Dia kenal sangat suara Izara...
Perlahan-lahan dia mendekati tingkap tersebut setelah
bersusah-susah untuk bangun sebentar tadi. Dengan keadaan yang mamai dia
memperbetulkan niqabnya.
" Abang Aliff, apa kurangnya Izara ni? Kenapa Izara tak
boleh jadi isteri abang hah ?" tanya Izara.
" Izara, tolonglah faham...Abang cuma anggap Izara
sebagai adik abang saja. Tak lebih dan tak kan pernah lebih!" tegas Aliff
Danial.
"Sebab abang suka perempuan berpurdah tu kan? Abang,
Izara rasa perempuan tu bukan perempuan baik-baiklah abang...Yelah abang, logik
ke perempuan baik ada kat hutan? Dah la tu, bersendirian. Abang tak syak
apa-apa ke?" provok Izara.
"Isy, Izara ni! Jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak?
Kita tak tahu apa sebenarnya tujuan dia, jadi kita tak boleh nak tuduh dia
sesuka hati." balas Aliff Danial.
"Abang nak tahu tak muka dia macam mana ?" tanya
Izara.
"Abang tak perlu tahu semua itu, wajahnya, dan auratnya
biarlah menjadi rahsia. Itu hak dia. Abang ni lelaki ajnabi bagi dia..Jadi
abang tak nak apabila Izara beritahu abang, abang akan jatuh cinta dengan
keindahan wajahnya bukan dengan keperibadian mulia yang dia ada.." ujar
Aliff Danial, ikhlas. Benar dia ingin mencintai Puteri Syafiyyah Amani kerana
akhlak, dan agamanya bukan kerana kecantikkan wajahnya. Dan, dia hanya akan
mencintai Puteri Syafiyyah Amani apabila gadis berpurdah itu sudah menjadi
miliknya yang halal. Puteri Syafiyyah Amani yang sejak tadi menjadi pendengar
setia terharu dengan kata-kata Aliff Danial.
'Ya Allah, jika benar dia untukku...Dekatkanlah hatinya
dengan hatiku. Jika dia bukan milikku damaikan hatiku dengan ketentuan-Mu'
sempat Puteri Syafiyyah Amani berdoa. Dia tidak mahu terlalu berharap.
Tiba-tiba dia tersedar ! Dia hampir lupa dengan hakikat sebenar! Ya Allah...
" Abang ni! Bukan tu maksud Izaralah abang! Abang nak
tahu tak muka dia tu, hodoh!" lancang mulut Izara mengeluarkan
kata-katanya.
Puteri Syafiyyah Amani terkedu. Astagfirullahalazim..Puteri
Syafiyyah Amani berisgtifar di dalam hati. Dalam menahan sabar di hati, dia
juga tertanya-tanya apakah respon yang akan diberikan oleh Aliff Danial.
"Izara, abang bukanlah lelaki yang mementingkan rupa
paras semata-mata. Yang paling penting, hati. Abang lebih suka seorang yang
hatinya suci dan bersih. Biarlah secantik mana pun seseorang gadis, kalau hati
dia kotor dan mempunyai hasad dengki terhadap orang lain pun, tak guna juga
kan?'' bidas Aliff Danial. Selamba. Lalu melangkah pergi meninggalkan Izara yang
terpingga-pingga.
Puteri Syafiyyah Amani menyembunyikan senyum disebalik
niqabnya. 'Sungguh bijak sekali lelaki itu berkata-kata,' buat kali keduanya
hati Puteri Syafiyyah Amani terpikat!
Tiba-tiba terdengar pintu bilik diketuk. Puteri Syafiyyah
Amani terkejut. Puteri Syafiyyah membuka pintu perlahan. Mak Temah berada di
hadapan pintu sambil tersenyum. Di tangannya terdapat beberapa helai baju yang
dilipat kemas.
" Ambillah baju ni..Pergi mandi! Bilik air ada
dibelakang rumah ni. Jangan risau, Aliff Danial dah ke hutan tadi. Nak pergi
cari herba katanya. Pak Ali ada dalam bilik, tengah tidur.." kata Mak
Temah sekaligus mengurangkan rasa bimbang di hatiku. Macam tahu-tahu je Mak
Temah ni.
" Terima kasih Mak Temah kerana begitu memahami,"
ucap Puteri Syafiyyah Amani. Ikhlas dan terharu.
Puteri Syafiyyah Amani membuka niqabnya perlahan-lahan
setelah Mak Temah membawa diri. Dia ingin menyegarkan diri setelah hampir
seharian berada di sini.
Dia memakai pakaian yang diberi oleh Mak Temah. Sepasang
baju kurung yang berwarna merah jambu itu sangat padan dengan dirinya. Tidak
ketat. Setelah selesai memakai pakaian, dia keluar daripada bilik air
cepat-cepat untuk mengelakkan orang lain melihat wajahnya. Kini dia hanya
memakai tudung tetapi tidak menutup wajahnya.
Tetapi, tanpa disedarinya ada seseorang sedang membasuh kaki
di hadapan bilik air tersebut. Mata mereka bertaut.
" Subhanallah..." ucap Aliff Danial setelah
terkejut dengan pemandangan yang dihidangkan kepadanya.
Namun sempat dia berisgtifar di dalam hati.
Puteri Syafiyyah Amani cepat-cepat memalingkan badannya
daripada terus berhadapan dengan lelaki itu. 'Malunya'!
" Maafkan abang ya Amani, abang tak tahu Amani ada kat
sini. Abang..." ujar Aliff Danial. Dia tak mahu disalah anggap oleh Puteri
Syafiyyah Amani sebagai seorang lelaki mata keranjang. Sungguh, dia bukan
lelaki seperti itu !
“ Err..Tak apalah abang, salah Amani juga…” kata Puteri
Syafiyyah Amani. Perasaan malu masih menebal dalam hatinya.
“ Abang pergi dulu ya…” Aliff Danial berkata sebelum
meninggalkan Puteri Syafiyyah Amani di situ. Dia tahu, Puteri Syafiyyah Amani
mesti malu dengan dirinya.
“ Baik..” hanya sepatah kata yang mampu diucapkan oleh Puteri Syafiyyah Amani.
Aliff Danial tetap meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala
sebentar tadi. Namun dia tidak dapat melupakan raut wajah Amani yang terlihat
tadi. Ya Allah, sungguh hebat kuasa ciptaan-Mu.
Adakah aku benar-benar jatuh cinta ?
Puteri Syafiyyah Amani masuk ke dalam bilik yang dikhaskan
untuknya. Sambil bersandar di pintu bilik tersebut dia merasa sangat
berdebar-debar.
“ Ya Allah, biarlah aku mencintaiMu dan RasulMu sebelum aku
menyayangi lelaki itu.” Puteri Syafiyyah Amani berdoa perlahan.
Tiba-tiba…
“ Beta nak rumah ini digeledah ! Cari Puteri Syafiyyah Amani
sampai dapat!” kata seseorang dari luar rumah.
“ Ya Allah!” Puteri Syafiyyah Amani kenal benar dengan suara
itu. Ya, suara tunangnya. Raja Mursyid bin Raja Aminul.
“ Siapa kamu ?” terdengar suara Aliff Danial bertanya.
“ Beta dan pengawal-pengawal beta sedang mencari seorang
gadis berpurdah yang menunggang seekor kuda hitam. Beta lihat ada seekor kuda
hitam di sini !” jelas Raja Mursyid.
“ Ha…Kan Izara dah kata tadi! Perempuan tu bukannya
perempuan baik-baik. Kenyataan sudah terpampang depan mata abang oi!” sampuk
Izara. Mengambil peluang yang tersedia.
“Oh, kamu semua yang menyembunyikan dia ya ? Kembalikan dia
atau kamu semua beta bunuh sekarang!” tempik Raja Mursyid.
“Taa…k, Tak..Kami tak sembunyikan dia, tadi dia cedera!
Abang Aliff membawanya pulang untuk dirawat!” jelas Izara.
“Pergi! Dia tiada disini!” jerit Aliff Danial. Puteri
Syafiyyah Amani tersentak. Mengapakah Aliff Danial masih mahu melindunginya
sedangkan nyawanya , nyawa Mak Temah dan Pak Ali! Nyawa Izara apatah lagi.
“ Abang!” panggil Izara.
“Ah…Beta tak peduli
sama ada dia ada atau pun tidak! Geledah rumah ni sekarang! Kalau perlu
bunuh sahaja jika ada yang mengganggu!”
arah Raja Mursyid.
“Tunggu,” Puteri Syafiyyah Amani menyerah diri. Dia tidak mahu keluarga Aliff
Danial menjadi mangsa kerakusan Raja Mursyid. Tunangannya memang terkenal
dengan sikap kejam dan tidak berhati perut. Puteri Syafiyyah Amani masih lagi
tidak mengerti mengapakah dia yang harus dikahwinkan dengan raja yang kejam
itu. Mungkin Allah telah mengaturkan yang terbaik untuknya.
Semua mata tertumpu ke arah Puteri Syafiyyah Amani.
Lebih-lebih lagi sepasang mata milik
Aliff Danial. Mata itu tajam memandangnya.
“Hei perempuan! Kau memang bawa sial kan?!” jerit Izara
sambil meluru ke arah Puteri Syafiyyah Amani. Namun begitu, Aliff Danial sempat menarik tangan Izara
sebelum Izara bertindak lebih jauh.
“ Silakan Puteri…” kata salah seorang pengawal yang datang
bersama Raja Mursyid sebentar tadi.
“Puteri?” sayu suara Aliff Danial bertanya...
Puteri Syafiyyah Amani diam. Dia langsung tiada kekuatan
untuk menerangkan segala-galanya. Biarlah semua ini menjadi rahsianya. Puteri
Syafiyyah Amani tidak mahu orang lain menjadi mangsa atas tindakannya ini. Dia
harus tabah walaupun hatinya kini terbuka sedikit demi sedikit untuk jejaka
yang bernama Aliff Danial… Tapi mungkin jodohnya bukan dengan Aliff Danial
sebaliknya Raja Mursyid itu.. Dia harus terima ini.. Puteri Syafiyyah Amani
mengambil keputusan untuk kembali ke istananya bersama Raja Mursyid. Keluarga
Aliff Danial kelihatan sedih dengan pemergian Puteri Syafiyyah Amani.
Beberapa bulan berlalu…
Pertunangan Puteri Syafiyyah Amani putus apabila Negara Indera
gempar dengan kehadiran seorang gadis yang mengaku sedang hamil anak Raja
Mursyid. Akhirnya segalanya terbongkar dengan sekelip mata. Raja Mursyid dan
keluarganya terpaksa bertanggungjawab
terhadap gadis itu.
Puteri Syafiyyah Amani sedang berada di kamarnya sebelum
seseorang mengetuk pintu biliknya.
Dia tidak tahu sama ada dia patut bersedih atau bergembira. Tetapi yang pasti, Puteri Syafiyyah Amani bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Raja Mursyid. Raja Mursyidlah yang menyebabkan dia lari dahulu. Dia tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang gila perempuan itu...
'Apa khabar agaknya Mak Temah dan Pak Ali, tiba-tiba rasa rindu timbul di hati ini. Adakah sebenarnya aku merindui lelaki itu. Tak mungkin!' monolog Puteri Syafiyyah Amani.

“ Assalamualaikum tuan puteri, Permaisuri Afifah ingin
berjumpa dengan tuan puteri sekarang di bilik tetamu istana secepat mungkin. Permaisuri
menyuruh tuan puteri berpakaian cantik kerana ada tetamu yang bertandang,” kata
seorang disebalik pintu biliknya yang tertutup.
“Waalaikumussalam,baiklah…” sayu
sahaja suara Puteri Syafiyyah. Apa lagi yang sedang menunggunya di bilik tetamu
istana? Allahurabbi..
Puteri Syafiyyah Amani cuma bersiap ala kadar. Jubah
berwarna merah gelap,tudung labuh dan sehelai niqab berwarna hitam di wajahnya.
Tidak perlu bersiap terlalu cantik. Tabarruj.
“ Assalamualaikum…” perlahan Puteri Syafiyyah Amani memberi
salam apabila sampai ke ruang itu. Kelihatan seorang lelaki dan wanita separuh
umur sedang duduk sambil bersembang dengan ayahanda dan bondanya.
“ Mari duduk di sebelah bonda sayang,” panggil bondanya
sambil menepuk-nepuk kusyen di tepinya.
Puteri Syafiyyah Amani bersalam dengan tetamu wanita separuh
umur itu , ayahanda dan bondanya. Sebelum duduk di tepi bondanya
perlahan-lahan.Tiba-tiba matanya terpandang kepada susuk tubuh seorang lelaki
yang segak memakai kot diraja. Mungkin anak mereka barangkali. Wajah tersebut tidak dapat dilihat oleh Puteri
Syafiyyah Amani.
“ Anakanda, Raja Syed Aris dan Permaisuri Sharifah Amina
datang ke sini untuk merisik anakanda untuk dijadikan isteri kepada Putera
sulung mereka, Putera Syed Aliff Danial. Adakah anakanda setuju?”
“ Putera Syed Aliff Danial? Macam pernah dengar saja nama
itu,” kata Puteri Syafiyyah Amani. Rasanya itulah Putera yang berjaya
membongkar rahsia Raja Mursyid minggu lalu.
“Sudikah Puteri Syafiyyah Amani menjadi zaujah saya sehingga
ke Jannah?” tiba-tiba lelaki yang memandang ke luar tadi bersuara.
“ Allahuakbar! Aliff Danial!”
kata Puteri Syafiyyah Amani. Dia kehilangan kata-kata. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu…Dua tiga
hari sebelum ini dia telah membuat solat Istikharah untuk memohon petunjuk
Allah setelah tali pertunangannya diputuskan. Dia bermimpi ada seorang lelaki
yang mengangkatnya ketika dia tidak sedarkan diri. Bukankah Aliff Danial yang
menyelamatkannya dulu ?
Majlis perkahwinan yang diadakan pada tengah hari tadi cukup
meriah, rakyat daripada kedua-dua buah Negara hadir untuk meraikan putera dan
puteri mereka. Marhaban yang dialunkan sepanjang majlis itu berlangsung
memeriahkan lagi suasana.
Putera soleh dan puteri muslimah akhirnya bersatu.
Percayalah setiap gadis yang baik itu akan mendapat lelaki yang baik manakala
lelaki yang tidak baik akan mendapat gadis yang tidak baik.
Putera Syed Aliff Danial segak memakai kot berwarna putih
manakala Puteri Syafiyyah Amani memakai jubbah berwarna putih dan tudung labuh.
Tidak dilupakan juga niqabnya.
“ Syukran kerana menjadi isteri saya,” bisik Putera Syed
Aliff Danial kepada isterinya. Puteri Syafiyyah Amani tersenyum malu.
“Afwan, ana uhubukki fillah!(Sama-sama,saya menyayangi anda kerana Allah)” kata Puteri Syafiyyah Amani.
Dua bulan berlalu…
“ Umi tengah buat apa ni? Abi rindu…” kata Syed Aliff Danial
sambil memeluk pinggang isterinya lantas mencium pipi isterinya.
“ Umi tengah memasak untuk abilah…” jawab Puteri Syafiyyah
Amani.
“ Oh! Syukran ya umi,” balas Putera Syed Aliff Danial sambil
tersenyum.
“ Afwan!” ringkas sahaja jawapan Puteri Syafiyyah Amani. Dia
sedang khusyuk membaca buku resepi yang berada di tangannya sambil memeriksa bahan-bahan
yang diperlukan untuk memasak masakan kegemaran suaminya iaitu Ketam Masak
Merah.
Tiba-tiba Puteri Syafiyyah berasa mual dan pening.
Cepat-cepat dia berlari ke singki. Dia memuntahkan air dan makanan yang
dimakannya pagi tadi.
“Allahuakbar, sayang ok ?” tanya Putera Syed Aliff Danial
sambil mengusap belakang dan tengkuk isterinya. Dayang-dayang turut datang
membantu.
“ Sayang okey, tapi sakit ni akan berlarutan sehingga
beberapa bulan..Selepas itu, perut umi akan mengembung. Kaki umi akan bengkak.
Nanti umi dah tak larat nak jalan,” kata Puteri Syafiyyah Amani lemah, dia
dipapah oleh Putera Syed Aliff Danial.
Aliff Danial mula risau dengan penyakit isterinya.
“ Sayang, jangan risau…nanti abi carikan seorang doktor
pakar untuk sayang supaya sayang cepat sembuh ya” kolam mata Putera Syed Aliff
Danial mula berair.
“ Abi…nanti abi akan jadi abi yang sebenar-sebenarnya!” kata
Puteri Syafiyyah Amani sambil meletakkan tangan Putera Syed Aliff Danial ke perutnya
yang masih kempis.
“Alhamdulillah ya Allah..Syukur padamu Ya Allah…” Putera
Syed Aliff Danial cepat-cepat sujud syukur di tepi dapur itu. Setelah selesai,
dia mencium pipi isterinya.
“Syukran ya zaujahku,” bisik Putera Syed Aliff Danial.
Dayang-dayangnya menutup mata, tidak mahu melihat adegan itu..
“ Ya, afwan abi. Semoga kita dapat menjadi ibu bapa yang
dapat mendidik anak-anak soleh dan solehah,” kata Puteri Syafiyyah Amani.
“In Sha Allah, moga Allah permudahkan segalanya,” doa Putera
Syed Aliff Danial.
Tamat
Terima kasih kerana sudi membaca ! Tinggalkan komen dan klik iklan dibawah yah ! :)
Tamat
Terima kasih kerana sudi membaca ! Tinggalkan komen dan klik iklan dibawah yah ! :)
19 Jan 2013
Rahsia Hati
Selamat membaca kepada semua... Harap suka dengan cerpen yang tak seberapa ini... :)
"Ni Iskandarkan?" sudah sepuluh kali Wida Mardiah menebaknya. Naik lenguh mulutnya bertanya.
"Ni siapa ya?" soal Iskandar kembali pada Wida Mardiah.
Aik! aku tanya, dia tanya aku balik! karang aku bagi backhand baru dia tahu. Monolog Wida Mardiah dalam hati. Geram!
"Ni Widalah. Takkanlah kau tak kenal aku!" Wida Mardiah terus-menerus meyakinkan Iskandar tetapi Iskandar masih dengan raut wajah yang penuh kebingungan. Dia pasti, lelaki di hadapannya kini ialah Iskandar!
"Wida mana ya? Saya tak kenal la. Awak salah orang kut," ujar Iskandar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa minah ni? Tapi, rupanya macam seiras dengan seseorang. Seseorang yang dia rindu dalam diam.
"Beb, aku Wida Mardiah! takkan kau tak kenal aku," beritahu Wida Mardiah lagi. Kali ini mata Iskandar membulat. Ala mamat ni, buat comel la pulak! kutuk Wida Mardiah dalam hati. Ala, macam lah kau comel!
"Wida Mardiah?! betul ke?!" Iskandar bagai tidak percaya.
"Yelah! ni aku Wida...kawan baik kau!" Wida Mardiah cuba meyakinkannya lagi.
"Yelah, Wida!!! rindu gila aku dengan kau," Iskandar terkejut melihat Wida Mardiah. Sahabatnya dahulu yang dia cari akhirnya bertemu di Stesen Bas Puduraya.
"Eh, jom kita duduk di kerusi sana tu. Sakit pulak buntut aku ni." Wida Mardiah siap melangkah kaki menuju ke kerusi menunggu. Matanya mencuri lihat wajah Iskandar dalam diam. Tiba-tiba...
"Eh, bukan kaki kau ke yang patut sakit? Ini buntut kau pulak. Kau ni memang tak berubahlah!" ujar Iskandar lantas mengetuk lembut kepala Wida Mardiah sambil tersenyum senang.
Mata Wida Mardiah belum puas mencuri lihat wajah Iskandar. Kau ni ada apa-apa ke Wida? Tak lepas pandang ni...
"Woi, banyak cantik muka kau ketuk kepala aku. Ingat bapa kau ke yang bayar zakat," marah Wida Mardiah. Geram pulak dengan tindakannya. Lantas Wida Mardiah melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Iskandar turut mengikutinya.
"Alololo...kau ni. Nak touching lah pulak. Eh, kau pergi mana selama ni? kau tak rindu aku ke? Aku tahulah, aku ni siapa." Iskandar mula menarik muka masam. Macam cekodok sahaja tengoknya. Sesekali Iskandar ingin juga merasa dipujuk. Tapi, mahukah Wida Mardiah memujuk Iskandar?
"Eh, aku pulak yang kau salahkan? Kau tu yang patut disalahkan. Ikut suka kau aje nak tuduh orang," Wida Mardiah jua menarik muka. Ala, macam lepat pisang pulak.
"Banyak kau kena cerita kat aku. Dari A hingga Z," ujar Iskandar mula membuka bicara. Rindu sekali dia dengan gadis ini. Tinggal kat mana sekarang? Kedah lagi ke? Sudah ada boyfriend ke? Ha, ayat terakhir itu janganlah gadis itu jawab ya. Tak sanggup! Memang dahulu Iskandar berkawan dengan seseorang. Namanya, Alya. Tetapi hubungan mereka putus setelah dia mendapat tahu bahawa Alya tidak menyukainya dan pada masa itu juga Iskandar baru ketahui bahawa hatinya terasa sunyi apabila Wida Mardiah tiada di sisinya. Dia belum tahu itu ialah cinta yang sebenar. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk tidak beritahu Wida Mardiah rahsia hati ini. Biar terbuku dalam hatinya sendiri. Biar dia menanggungnya sendiri.
"Sekejap...sekejap...sebelum itu, better aku tanya kau dulu sebelum aku jawab semua soalan kau." ujar Wida Mardiah menyampuk cakap Iskandar sambil matanya liar melihat pergerakan orang yang lalu-lalang di hadapanku. Ramai pula Wida Mardiah lihat orang hari ini. Selalunya tak macam ni. Ya la kan, hari ini hujung minggu. Mestilah ramai orang.
"Apa dia?"
"Macam mana kau tak boleh kenal aku?" Ha!!! itulah soalan pertama yang muncul dalam kepala otak Wida Mardiah sekarang ini.
Iskandar tidak menjawab soalan Wida Mardiah malah dia mendekatkan wajahnya kepada Wida Mardiah. Tidak tahu kenapa dengan dirinya. Mungkin terkejut melihat perubahan Wida Mardiah. Tambahan pula, hatinya sudah lama terpaut dengan Wida Mardiah. Cuma Wida Mardiah sahaja yang tidak tahu.
Terkejut bukan kepalang Wida Mardiah dengan tindakan Iskandar. Ish, mamat ni. Apahal pulak? Wida Mardiah pantas melarikan wajahnya daripada Iskandar terus-menerus merenung. Nak mati ke apa mamat ni? Tak pasal-pasal kena tangkap basah di stesen bas. Errr, tak mahu la aku! Monolog Wida Mardiah dalam hati.
"Kau ni apa hal? duk renung-renung aku dari tadi. Kau nak mati erk?" gertak Wida Mardiah dengan geram.
"Kau nak tahu kenapa aku tak kenal kau tadi?" soal Iskandar seakan berteka-teki. Tidak tahu perasaannya saat ini. Bagai tidak boleh digambarkan.
"Kau ni, aku tak suka la nak berteka-teki macam ni. Buat saspens kau tahu tak!" Wida Mardiah mula menarik muka empat belas. Malas betul la aku dengan mamat ni. Gumam Wida Mardiah dalam hati dengan geram.
"Hahaha...aku nak mengusik sikit pun tak boleh. Kau ni sensitif betullah!" tutur Iskandar dengan senyuman meleret. Suka sekali hatinya melihat Wida Mardiah merajuk.
Wida Mardiah yang melihat Iskandar mula rasa tidak kena. Rasa gugup mula mencengkam dalam diri. Tidak tahu kenapa. Iskandar mula mendiamkan diri. Wida Mardiah turut begitu. Kenapa masing-masing mendiamkan diri?
"Hm, tak pelah kalau kau tak nak jawab. Hmmm, aku pergi beli tiket dulu lah. Takut habis pulak nanti," Wida Mardiah mula mengangkat punggungnya untuk berdiri, lantas mencapai beg dan menggalasnya di belakang.
Terasa bagai orang asing pulak. Wida Mardiah yang ingin melangkah tiba-tiba terhenti seketika. Dia mengerutkan dahi sambil matanya tepat memandang anak mata Iskandar. Ya, Allah... perasaan apa ni?
"Kenapa?"
"Hmmm, aku pun nak beli tiket jugak ni," beritahu Iskandar sambil mencapai begnya lalu disandang bahu kiri. Dia turut merasa kekok dengan situasi sekarang. Tegang!
La, ingatkan ada apa. Gumam Wida Mardiah dalam hati. Kenapa? kau ingat dia nak cakap macam ni. Wida! Wida! cantiklah kau. Akalnya mula membicara. Oh! pleaselah dia nak cakap pada kau macam itu.
"Hm, okey." rasa gugup dalam hati masih belum hilang. Wida Mardiah berjalan mendahului Iskandar. Eiii, tak sukalah perasaan macam ni!
***
"Tiket ke Kedah ada tak?" soal Wida Mardiah dan Iskandar serentak. Wida Mardiah menoleh ke arah Iskandar sambil keningnya dikerutkan. Iskandar turut melihat Wida Mardiah. Kemudian, mereka berdua melihat penjual tiket itu seperti orang kebingungan. Tanpa sedar, Wida Mardiah dan Iskandar ketawa terbahak-bahak. Mungkin pelik dengan sikap mereka berdua berdua. Meleret senyuman Wida Mardiah kali ini sambil memerhati Iskandar yang menggelengkan kepalanya. Rasa tenang seketika...kenapa? Arghhh!!! bentak Wida Mardiah lagi.
Iskandar saat itu rasa sangat bahagia dengan keadaan mereka. Manakan tidak, berada di sisi orang yang dia suka dalam diam.
Usai membeli tiket, Wida Mardiah sengaja berjalan lambat untuk memberi laluan kepada Iskandar mendahului langkahnya. Terasa kekok pula berada di sisi iskandar. Tiba-tiba...
"Eh, kenapa jalan lambat sangat ni?" soal Iskandar sambil merenung wajah yang kini terpahat dalam hatinya.
"Tak ada apa." Wida Mardiah hanya melemparkan senyuman. Benar! Wida Mardiah terasa kekok yang teramat.
"Eleh, kau mesti ingat nanti buah hati aku nampak jalan dengan kau kan? Ala, jangan risau la. Dia takkan nampak dan dia takkan sakit hati pun." tutur Iskandar selamba. Sengaja Iskandar ingin mengusik Wida Mardiah. Ingin sekali dia melihat wajah cemburu Wida Mardiah.
Eh, ada ke aku kata kat dia pasal buah hati? Tapi betul ke yang buah hati dia tak sakit hati? tipu la mamat ni. gumam Wida Mardiah sendiri. Tapi betul ke Iskandar ada buah hati sekarang? Siapa wanita bertuah itu. Alya ke? Hai, Wida... dengar seperti nada cemburu saja.
"Mana ada! merepek saja kau ni. Aku naik dulu lah." ujar Wida Mardiah lalu mempercepatkan langkahnya. Semakin banyak mamat ni merepek, semakin sakit hati aku ni. Eh, tapi kenapa aku nak sakit hati? Wida Mardiah hanya membiarkan persoalan tergantung tanpa jawapan.
***
Tidak menyangka, mereka akan bersama berangkat ke Kedah tidak lama lagi. Oh, tidak!!! tidak percaya dengan situasi sekarang ini. Tak suka!!! Mata Wida Mardiah hanya tertumpu memandang orang di hadapannya. Tidak berani memandang Iskandar yang berada di sisi. Kenapa aku rasa lain macam saja dengan Iskandar? Sebelum ini tak pernah jadi macam ni pulak! Adakah disebabkan tidak berjumpa lama, membuatkan aku dan dia berdua diam membisu? Aku tak suka betul la dengan perasaan macam ini! rungut Wida Mardiah dalam hati lagi.
"Errr...boleh aku duduk kat sini?" soal Iskandar sopan.
Mata Wida Mardiah yang khusyuk melihat kesesakan jalan raya, tertoleh seratus lapan puluh darjah apabila mendengar suara lelaki yang menganggui fikirannya saat ini. Soalan Iskandar berlalu sepi tanpa jawapan.
"Boleh aku duduk kat sini?" ulang Iskandar sekali lagi. Tak suka ke aku duduk sini? Tapi kenapa? monolog Iskandar risau.
Takkanlah tak ada tempat kosong lain? Mata Wida Mardiah melihat keadaan sekeliling. Nampaknya, terpaksalah dia beri Iskandar duduk di sebelahnya. "Duduklah," Wida Mardiah memberi kata putus.
"Thanks," ujar Iskandar sambil melemparkan senyuman manis kepada Wida Mardiah.
Tiba-tiba, jantung Wida Mardiah. Dup dap... dup dap... dup dap... Dia pantas memegang dadanya. Kenapa ni? Iskandar tidaklah sekacak mana pun. Kulitnya yang sawo matang. Tapi, anak matanya berwarna coklat cair. Aku suka tengok mata dia. Redup aje bila pandang. Ketinggiannya juga boleh tahan dan dia mempunyai lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya. Alahai, macam nak picit-picit aje aku rasa. Wida! kenapa dengan kau ni? Kena sampuk ke? puji melambong nampak.
"Wid..." panggil Iskandar membuat lamunan Wida Mardiah tersentak.
"Hmmm... kenapa?" mata Wida Mardiah lantas memandang wajahnya. Kenapa aku rasa tenang? tadi masa aku jumpa dia boleh pulak aku terlompat-lompatlah, menjeritlah. Tapi, sekarang ni kenapa aku rasa macam akulah perempuan melayu terakhir. Sopan rasanya. Sopan ke?
"Aku nak jawab balik soalan kau tadi," ujar Iskandar tenang. Saat ini, hanya Tuhan yang tahu perasaannya. Bagai memukul drum bertalu-talu.
Wida Mardiah diam membatu tanpa berkutik sedikit pun.
"Aku nampak kau lain," Iskandar mula bicara.
"Maksud kau?" Wida Mardiah masih belum dapat menangkap kata-kata Iskandar. Ekor mata Wida Mardiah melihat Iskandar yang bagai tak cukup nafas.
"Yalah, kau nampak lain. Nampak cantik," ujar Iskandar ikhlas. Cantik sangat-sangat. Hatinya sudah lama terpaut dengan Wida Mardiah. Dia harus mencari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan ini.
Kata-kata Iskandar membuatkan Wida Mardiah melongo sebentar. Cantik? Buta ke apa Iskandar ni? atau dia teringat kekasih hatinya sampai dia anggap aku ni cantik?
"Hehehe... kau ni merepek ajelah," Wida Mardiah cuba menyembunyikan rasa gugup.
"Yalah, betul la apa yang aku cakap. Kau ingat aku main-main ke? Seriously, aku mula macam tak percaya yang kau, Wida. Yalahkan, dulu kau tu comot. Pakai tudung pun ikut redah aje. Sekarang ni kau nampak lain. Makin cantik," puji Iskandar tak henti-henti. Apa yang aku merepek ni? Tergaru-garu Iskandar dibuatnya. Itulah bahananya kalau mulut banyak. Cakap tak berlapik langsung.
Puji ke kutuk ? Kutuk aku la tu. Boleh pulak mamat ni ingat pasal dulu-dulu. Dulu aku memang comot pun. Tapi, apa aku kisah? Tak ganggu hidup orang pun. Asalkan aku happy. Monolog Wida Mardiah dalam hati.
"Kau tak payah la susah-susah nak puji aku. Tak luak pun," Wida Mardiah cuba mengawal debaran hati. Kenapa dengan dadaku ni. Makin kencang aku rasa. Monolognya lagi
"Aku ikhlas la. Buat apa aku nak tipu," ujar Iskandar dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Dia benar-benar ikhlas dengan kata-katanya sebentar tadi.
Mamat ni kalau nak senyum pun, jangan la meleret sangat. Buat aku gerun aje tengoknya. Monolog Wida dalam hati menahan getaran yang tak terkata. Beginikah rasanya jika mencintai seseorang? Wida Mardiah hanya tersenyum tanpa kata. Ikhlas ke?
Wida Mardiah menyeluk tangannya ke dalam beg galas. Mencari cermin yang sudah menjadi temannya di mana-mana sahaja dia pergi. Dia mengeluarkan cermin yang berbentuk love dan melihat wajahnya di cermin. Hmm, cantik jugak aku ni. Puji Wida Mardiah seorang diri. Mula la minah ni nak perasan! pantang puji sikit, kembangnya mengalahkan bunga segar di pagi hari. Wida Mardiah mula membuat posing di hadapan cermin. Pipinya sengaja dikembungkan. Comel la pulak aku hari ni. Mengekek aje Wida Mardiah ketawa.
Kemudian, matanya sengaja dikenyitkan. Haha, lagi la bertambah comel! Ya Allah, tak malunya minah ni. Iskandar yang ada di sisi, tidak Wida Mardiah sedar. Mana tidaknya, sibuk posing sehingga terlupa yang dia berada di dalam bas. Sehinggakan bas ini mula berjalan pun, Wida Mardiah belum masih sedar.
Iskandar yang aneh dengan sikap Wida Mardiah segera menegur."Ehem..." Iskandar berdehem.
Terkejut bukan kepalang Wida Mardiah dibuatnya. Ya la kan, tengah seronok posing sampai terlupa orang di tepi. Hahaha!
"Sudah-sudah la kau nak posing, Wid. Aku rasa kau ni macam tak betul aje." Iskandar menegur sopan. Dia cuba menahan ketawa dalam hati. Tidak sanggup menyakiti hati orang tersayang. Oh! indahnya cinta. Sehinggakan buruk jadinya cantik. Bau kentut pun boleh wangi. Hahaha!!!
Kata-kata Iskandar membuat muka Wida Mardiah merona merah. Matanya memandang keadaan sekeliling. Ya la, orang semua memandang aku. Ada yang tersenyum lebar dan ada juga yang ketawa mengekek. Ish, lawak sangat ke? monolog Wida Mardiah dalam hati sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Malu kut!
Wida Mardiah mendongak sikit kepalanya melihat Iskandar yang menahan ketawa. Nak ketawa, ketawa ajelah! tak payah la nak jaga hati aku sangat! Hamun Wida Mardiah dalam hati dengan perasaan geram menggunung saat ini. Seperti Gunung Everest yang ingin mengeluarkan larvanya.
Iskandar yang sedar Wida Mardiah memandangnya, mula berhenti ketawa. Wida nampak ke? Mesti Wida marahkan aku. Ala, ni yang tak suka ni. Rungut Iskandar dalam hati.
Eceh! nak cover konon. Monolog Wida Mardiah pantas memberi jelingan maut kepada Iskandar. Nah! ambik kau! Tidur lagi bagus. Segera matanya dipejam.
Melihat Wida Mardiah yang memejam mata, hatinya dibalun rasa bersalah. Ingin sekali dia meminta maaf. Arghhh!!! menyesalnya. Rungut Iskandar dalam hati sambil matanya tak lepas pandang wajah Wida Mardiah. Cantik! Adakah Iskandar akan dapat sekeping hati Wida Mardiah?
***
"Wid... bangun Wid. Kita dah sampai ni," Iskandar mengoncang bahu Wida Mardiah perlahan yang tidur enak di bahunya. Tidak sampai hati ingin mengganggu lena Wida Mardiah. Tapi, tidak sanggup dia membiarkan Wida Mardiah seorang diri. Tak pasal-pasal jadi benda yang bukan-bukan. Manusia sekarang bukan manusia macam dahulu. Sekarang ini, manusia lebih kejam! lebih kejam daripada binatang.
Wida Mardiah yang masih dalam keadaan separuh sedar lantas membuka sedikit mata. Terpisat-pisat dibuatnya. Wida Mardiah yang melihat wajah Iskandar, terus menyambung tidurnya kembali.
"Hm, tak boleh jadi ni." ujar Iskandar seorang diri sambil kepalanya sibuk memikir bagaimana ingin mengejutkan Wida Mardiah yang tidur mati ini. Tiba-tiba...
"Wida Mardiah!!! bangunlah...sakit kau tahu tak bahu aku ni." jerit Iskandar di tepi telinga Wida Mardiah. Memang tidak ada cara lain. Hanya ini sahaja cara yang boleh pakai sekarang ini.
Seperti terkena kejutan elektrik Wida Mardiah bangun. Matanya memandang sekeliling. Kosong! cuma ada aku, Iskandar dan driver bas yang memerhati aku. Monolog Wida Mardiah dalam hati.
"Kat mana sekarang?" soal Wida Mardiah sambil menggosok matanya. Terlalu mengantuk gamaknya.
"Kau rasa?" soal Iskandar kembali. Sengaja ingin mengusik Wida Mardiah. Ingin sekali Iskandar mengambil nombor telefon Wida Mardiah. Tak apa. Sabar wahai hati. Iskandar cuba mengawal dirinya.
Wida Mardiah memerhati sekeliling. Eh, macam kenal ja tempat ni. Ni bukan kat Sungai petani ke? Gumam Wida Mardiah dalam hati dan tiba-tiba...
"Yeah!!! dah sampai," ujar Wida Mardiah lantas mengambil beg dan menggalas secepat mungkin. Tidak sabar ingin berjumpa dengan ibu dan abah di rumah.
Iskandar yang berada di sisi Wida Mardiah hanya memerhati. Tidak terkata apa dengan kekalutan Wida Mardiah. Tak ingat ke dia kat aku? Seronok saja nak balik rumah? Wid...jangan kau buat aku macam ni. Monolog Iskandar resah.
Wida Mardiah yang ingin meninggalkan Iskandar, tiga ratus enam puluh darjah dia pusing balik
mengadap Iskandar.
Iskandar saat itu gembira tak terkata. Ingin sekali dia melompat keriangan.
"Thanks, ya beb...Aku gerak dulu. Assalamualaikum." ujar Wida Mardiah dengan gembira dan segera meninggalkan Iskandar. Saat ini, mata Wida Mardiah hanya mencari kakaknya, Amirah Safalina. Tak sabar rasanya ingin berjumpa ibu dan abah. Dia tidak tahu, Iskandar tercengang dengan tingkahnya.
Dari jauh, Iskandar memandang Wida Mardiah. Ingin sekali dia memanggil Wida Mardiah, tetapi jarak mereka sekarang agak jauh. Iskandar menghela nafasnya apabila melihat Wida Mardiah mula masuk ke dalam perut kereta. Tak apa, Wid... aku akan cari kau di rumah. Tunggu aku! monolog Iskandar bagai ingin mendapatkan semula semangat yang diambil Wida Mardiah.
***
Kaki Wida Mardiah menguis-nguis lembut batu-batu kecil di pasir Pantai Cenang ini. Sesekali telinganya kedengaran pukulan ombak yang lembut. Kepalanya mendongak ke langit. Melihat langit pekat tanpa bintang sedikit pun. Mungkin ingin hujan. Desis Wida Mardiah dalam hati. Dia jalan berpeluk tubuh. Agak sejuk malam ini sehingga terasa ke tulang sum-sum.
Sudah sekian lama Wida Mardiah tidak berjumpa Iskandar sejak peristiwa di Stesen Bas Sungai Petani. Terasa bodoh sekali dia membiarnya begitu sahaja. Sepatutnya dia perlu mengambil nombor telefon bimbit Iskandar. Tapi sekarang, tidak tahu dia di mana. Ingin sekali Wida Mardiah berjumpa dengan Iskandar. Dia lantas menghenyakkan punggung di atas pasir. Sesekali melepaskan keluhan berat.
"Kenapalah, aku bodoh sangat tinggal dia macam tu saja?" soal Wida Mardiah sendiri sambil tangannya mengambil ketulan batu kecil lalu dilemparkan ke dalam laut. Pup! pup! pup! bunyi ketulan batu.
"Bodoh betul la kau ni Wid..." ujar Wida Mardiah terus-menerus menyalahkan dirinya. Matanya meliar memandang air laut yang kehitaman. Ya Allah, ya Tuhanku... bantulah hambamu ini. Doa Wida Mardiah dalam hati. Wida Mardiah mengambil keputusan untuk kembali berdiri dan pulang ke rumah Mak Su. Tak tertahan rindunya buat Iskandar. Tetapi, sampai bila dia harus begini? Sampai bila rahsia hati ini dapat Wida Mardiah menanggungnya?
Wida Mardiah sekarang berada di Langkawi, ambil keputusan untuk bercuti beberapa hari di sini untuk menghilangkan tekanan sementara cuti masih belum tamat. Selalunya, sebelum sebulan cuti tamat, Wida Mardiah akan pulang ke universiti untuk membuat persediaan awal sebelum masuk semester baru. Sifatnya lain daripada orang lain. Buat sesuatu kerja pasti hendak semuanya segera! Tidak mahu menangguh sesuatu yang boleh dilakukan. Pelikkan? Sampai sebulan? Hahaha, ikut suka dia lah! Hahaha...
"Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku selalu ingat muka dia? sedangkan aku dengan dia cuma berkawan. Tak mungkin aku suka dia. Impossible!!!!" jerit Wida Mardiah sepuas-puas hatinya di pantai. Tidak semena-mena membiarkan hati aku jatuh cinta terhadap Iskandar. Mengingatinya membuatkan aku gila. Tetapi untuk aku melupakannya, membuatkan aku lagi bertambah nak gila. Ya Allah... monolog Wida Mardiah resah.
"Cik... are you okey?" ujar Asmat yang datang menegur Wida Mardiah. Mana tidaknya, pelik melihat seorang gadis yang menjerit di pantai seorang diri. Takut pula gadis itu membuat aksi terjun ke dalam laut malam-malam sebegini. Tak pasal-pasal esok dengar berita seorang gadis bunuh diri. Arghhh!!! tak mahu dia perkara itu terjadi.
"Kau siapa? jangan ganggu aku. Aku tak ada apa-apa nak bagi kat kau. Kau jangan ganggu aku. Tolong!!! perogol!!! tolong!!!" jerit Wida Mardiah menonong. Saat ini, Wida Mardiah benar-benar ketakutan. Mana tidaknya, malam semakin pekat. Itulah bahananya bagi orang yang degil macam Wida Mardiah yang barani-berani kucing datang ke pantai seorang diri. Matanya meliar melihat keadaan sekitar. Lelaki yang menegurnya itu masih berada dekat di sisi. Tiba-tiba matanya menangkap sebatang kayu.Wida Mardiah lantas mencapai dan memukulnya dengan sekuat hati tanpa belas kasihan sedikit pun.
"Aduh, sakit!!! tolong jangan pukul saya...sakitlah, awak! Arghhh!!!" Asmat meraung minta dilepaskan. Sakitnya tidak terkata. Inikah balasannya apabila ingin menolong?
"Perogol!!! kau perogol!!!" ujar Wida Mardiah terus-menerus memukul lelaki itu tanpa belas kasihan.
"Awak! saya bukan perogol. Saya cuma nak pastikan awak okey ke tak. Sebab saya dengar awak menjerit macam orang gila kat sini sorang-sorang," ujar Asmat mempertahankan dirinya. Sakit tak kira kulitnya dipukul gadis itu.
Wida Mardiah yang mendengarnya pantas membuang kayu kecil itu. Terasa bersalah pula menuduh orang tanpa bukti.
"Maaf," ujar Wida Mardiah sepatah. Mata Wida Mardiah menilik ke arah lelaki itu yang mengusap-usap lembut tangannya yang dipukul dengan sebatang kayu tadi. Terasa simpati Wida Mardiah dengan lelaki itu.
Tiba-tiba matanya bertembung dengan mata lelaki itu. Ya Allah, kacaknya lelaki ni. Hai, Wida... dalam gelap pun kau boleh nampak kekacakannya. Tak ingat dekat Iskandar ke?
'Tak apa," ujar Asmat sopan. Sesekali mengaduh kesakitan. Barangkali kulitnya terluka. Agaknya sekasar mana Wida Mardiah agaknya?
"Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya ingatkan awak perogol." rayu Wida Mardiah berkali-kali.
"Tak apa. Ya la kan, salah saya jugak tegur awak tak tentu pasal. Memang patut pun awak kata macam tu. Tapi awak jangan ingat saya ni perogol pulak ya. Saya cuma nak tolong." beritahu Asmat sekadar berbahasa.
Wida Mardiah hanya melemparkan senyuman. Tidak tahu nak berkata apa.
"Mari kita pergi ke hujung sana tu. Ramai orang sikit. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah kat sini," seloroh Asmat mengundang ketawa Wida Mardiah.
Alahai, cantiknya gadis misteri ni. Monolog Asmat dalam hati.
***
"Hang pi mana ni, Wida? Mak su cari hang melilau satu rumah. Nasib baik aku tak telefon mak hang. Kalau dak, jenuh riuh mak hang kat Sungai Petani tu." bebel Mak Su Di pada Wida Mardiah. Risau sekali dia dengan 'kehilangan' anak menakannya itu.
Saat itu, Wida Mardiah memekakkan telinganya. Malas mendengar mak su membebel. Sudahnya tadi, memukul orang sesuka hati. Sekarang ni, kena bebel pulak. Alahai, malangnya nasib malam ni. Rungut Wida Mardiah dalam hati sambil mengenangkan lelaki yang baru dikenalnya itu, Asmat. Nama pun Asmat, mesti la orangnya pun smart. Hahaha!!! pandai ya kau Wida...
"Sudah la tu, Di oi. Budak tu dah balik pun. Kiranya masalah ini selesai dah la," ujar Pak Su Mat seakan membela Wida Mardiah. Malas sekali dia ingin memanjangkan cerita. Jika dia menghalang, nampaknya terpaksalah mereka makan leteran isterinya malam ini. Aduh! tak sanggup...
Ni yang bertambah sayang dengan pak su ni. desis Wida Mardiah ceria dalam hati. "Yelah, mak su. Betul cakap pak su tu. Wid dah balik kira masalah dah selesai la." ujar Wida Mardiah menyokong kata-kata Pak Su Mat sambil dapat membela dirinya sendiri. Inilah namanya, ambil kesempatan dalam kesempitan. Hahaha...
"Seronoklah kalau ada orang sokong dia. Dah, pi masuk! terjegat apa kat pintu ni?" jerkah Mak Su Di lantang. Bukan dia sengaja ingin marahkan anak menakannya itu. Cuma dia risau. Risau itu tandanya sayang. Dia sayangkan Wida Mardiah! Sudah dianggap anak kakaknya itu sepersis anaknya sendiri.
Terangkat bahu Wida Mardiah dengan jerkahan Mak Su Di. Eii, macam ibu sebijik! sikit-sikit nak menjerit. Kutuk Wida Mardiah dalam hati.
"Ajwad, hang duk buat apa kat luaq tu? Tak reti nak masuk rumah ka ha? Malam-malam macam ni pun masih nak main. Tak reti sabaq nak tunggu besok?" jerit Mak Su Di memanggil anak bongsunya. Hai, ini sorang lagi. Kalau tak dipanggilnya sampai esok dia sanggup main.
Pak Su Mat dan akWida Mardiah dari jauh hanya menggeleng kepala melihat isterinya yang semakin garang itu. Tetapi di sebalik kegarangan itu terselit jua sifat penyayang. Wida Mardiah segera masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk untuk menunaikan fardhu isya' sebelum tidur.
***
"Awak lagi!" ujar Wida Mardiah dan Asmat serentak. Saat itu, orang sekeliling memandang pelik ke arah mereka. Manakan tidak, terjerit di tengah orang ramai.
"Awak buat apa kat sini?" soal Asmat tersenyum. Tak sangka dapat berjumpa dengan Wida Mardiah di sini. Memang kecil dunia ni. Allahuakhbar...
"Saya nak beli coklat kat kedai HIG tu. Lapar coklat pulak rasanya." beritahu Wida Mardiah ramah sambil matanya memandang Asmat yang segak mengenakan t-shirt berkolar itu.
"Oh, saya pun nak pergi HIG jugak. Kawan saya tunggu kat sana. Nak beli coklat. Maklumlah, dekat HIG tu banyak coklatnya. Boleh tapau bawa balik." ujar Asmat ramah. Hai, kenapa aku ramah semacam pulak ni? soal Asmat sendiri dalam hati.
"Oh, jomlah kita pergi sekali." pelawa Wida Mardiah tersenyum sambil melangkah bersama setelah Asmat setuju untuk pergi berjalan bersamanya.
***
"Hai, bro... lama tunggu?" soal Asmat kepada sahabatnya yang benar-benar membuatkan Wida Mardiah terkejut.
"Hai, lama jugak..." kata-kata Iskandar terhenti tatkala matanya melihat seseorang yang benar-benar mencuri hatinya selama ini. Sekian lama dia mencari Wida Mardiah, akhirnya jumpa juga mereka di Langkawi. Sesuatu di luar jangkaan!
Asmat pelik melihat kelakuan Iskandar dan Wida Mardiah. Mereka seperti kenal antara satu sama lain dan mata mereka bagai menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang amat berat. Mereka seperti ingin meluahkan sesuatu. Tetapi, apa?
"Ehem." Asmat berdehem.
Wida yang mendengar Asmat berdehem lantas tersedar. Iskandar turut tersedar. Wida rasa gugup. Tidak tahu berkata apa. Kelakuan mereka tidak seperti dahulu yang sentiasa ceria. Sentiasa bercakap itu ini. Berkongsi cerita dan sebagainya. Tetapi sekarang ini, mereka bercakap melalui pergerakan mata. Hanya mereka berdua yang memahami.
"Kau kenal Wida ke Is?" soal Asmat.
Iskandar tidak menjawab tetapi memandang wajah Wida Mardiah. Kemudian, dia melihat Asmat sambil menggangguk kepala. "Dia kawan baik aku. Lama dah kami tak jumpa. Sebab tu aku rasa kekok aje." seloroh Iskandar tersenyum. Kau apa khabar Wida? Kau pergi mana selama ini? Soalan itu tidak mampu terkeluar. Hanya terkumpul dalam mulutnya. Dia benar-benar rindukan Wida...
"Oh, dah kenal rupanya. Eh, mari kita cari kedai makan. Boleh la kita bual-bual. Boleh kan, awak?" pelawa Asmat seraya bertanyakan Wida Mardiah. Inginkan kepastian.
Iskandar saat itu dicalit rasa cemburu dengan layanan Asmat terhadap buah hatinya. Sopan semacam sahaja Asmat melayan Wida Mardiah.
Wida Mardiah yang masih tegang dengan keadaan ini lantas setuju sahaja dengan Asmat. Ya, Allah... adakah ini dinamakan cinta dariMu Ya Allah...
Iskandar sengaja menyuruh Asmat dan Wida Mardiah berjalan dahulu. Sengaja meninggalkan mereka berdua bersama. Menanah hatinya apabila mereka gelak ketawa bersama. Tetapi kenapa Wida Mardiah besamanya tidak seceria ini? Arghh!!! sabar wahai hati...
***
"Wid...aku rindukan kau. Kenapa kau buat aku macam ni? Kau buat aku jadi gila. Tadi kita jumpa, kau tak senyum pun kat aku. Aku nak beritahu kau sesuatu rahsia. Rahsia ini aku namakan rahsia hati. Aku sebenarnya... mencintai kau dalam diam. Tapi aku belum mampu. Aku takut kau tak terima." ujar Iskandar seorang diri dalam biliknya. Saat ini, dia merasa resah. Tanpa sedar, kata-katanya didengar Asmat.
Oh, Wida rupanya gadis yang kau cerita tu, Is. Kenapa kau tak luahkan saja perasaan ni? Mesti kau cemburu dengan layanan aku pada Wida tengah hari tadi. Aku minta maaf Is. Aku tak tahu cerita yang sebenar. Aku sebenarnya... sudah terpaut dengan Wida. Tapi, kau jangan risau. Aku akan tolong kau. Monolog Asmat dalam hati panjang lebar. Dia akan berusaha menyatukan Iskandar dan Wida Mardiah. Asmat segera menutup daun pintu bilik Iskandar.
Iskandar dalam bilik, masih berfikir tentang Wida Mardiah. Hanya nama itu akan terpahat dalam hatinya. Jika Wida Mardiah sukakan Asmat. Dia terpaksa merelakan. Kerana satu sahaja yang dia inginkan, iaitu kebahagiaan Wida Mardiah.
****
"Hmm, Wida. Saya ada hal sikit. Saya terpaksa tinggalkan awak dengan Iskandar. Lagipun, korang kenal kan? awak tak kisahkan Wida?" soal Asmat. Kali ini, dia berharap plannya menjadi.
Wida Mardiah yang enak minum jus epal terkejut mendengar kata-kata Asmat. Matanya menilik wajah Asmat yang inginkan jawapan. Matanya beralih pula ke arah Iskandar yang selamba menyedut milo ais.
Sayang pula kalau tidak habiskan makanan ni. Monolog Wida Mardiah.
"Hm, baiklah." Wida Mardiah memberi kata putus. Lagipun, apa la sangat kalau dia bersama Iskandar. Kawan baiknya dan buah hatin yang dia cintai dalam diam.
"Saya minta maaf. Kita jumpa nanti ya." ujar Asmat sopan sambil tersenyum senang. Alhamdulillah, plan menjadi. Dia segera meninggalkan mereka berdua yang diam membisu itu.
***
"Kau ni kenapa diam? Dah tak sabar nak balik? Atau kau nak ikut Asmat?" tuduh Iskandar tidak semena-mena. Iskandar seperti gagal mengawal perasaan. Mana tidaknya, tadi semasa Asmat ada, Wida Mardiah banyak cakapnya. Tetapi sekarang, mereka kunci mulut rapat. Hanya kedengaran angin sepoi-sepoi bahasa.
Wida Mardiah yang mendengarnya, laju sahaja melihat wajah Iskandar. Cemburu ke? Maaflah, Iskandar. Aku nak sangat bercakap dengan kau tapi mulut aku ni kunci rapat. Monolog Wida Mardiah dalam hati.
Iskandar menahan kegeraman dalam hati apabila Wida Mardiah masih belum berkata apa. Dia tidak boleh melepaskan Wida Mardiah kepada lelaki lain. Tak boleh! Dia harus mengambil sekeping hati Wida Mardiah. Dia harus berusaha! Kalau tidak, putih mata la jawabnya.
"Wid... kau jangan buat tak kenal aku."
Wida Mardiah sengaja mendiamkan diri. Ingin lihat kekalutan Iskandar. Arghh!!! rindunya pada Iskandar. Tapi Iskandar rindukan dia juga ke?
"Wida... tolong jangan buat saya macam ni." rayu Iskandar. Iskandar kalut dengan sikap Wida Mardiah yang mendiamkan diri. Kekalutannya begitu terserlah. Mana tidaknya, Iskandar sudah menggunakan ganti nama, saya.
Wida Mardiah tidak menjawab juga. Dia tetap mendiamkan diri walaupun saat ini dia benar-benar ingin ketawa sepuas-puasnya. Matanya sibuk melihat orang sekeliling yang enak makan. Hahah!!! tidak tahu nak melihat apa saat ini. Nampaknya, Wida Mardiah turut kalut.
"Wid... apa salah saya? kenapa awak buat saya macam ni? Awak tahukan yang saya nak Wida Mardiah yang dulu. Awak, cakaplah. Jangan macam ni. Awak buat saya risau." Iskandar benar-benar sesak kepala. Wida Mardiah masih belum bercakap.
Wida Mardiah yang tidak tahan meilhat kekalutan Iskandar, akhirnya, meledak juga ketawanya.
Wajah Iskandar yang risau itu berubah seperti tertelan bom. Merah! Iskandar terasa dirinya dipermainkan Wida Mardiah saat ini.
"Lawak la, kau ni!" ujar Wida Mardiah setelah dia ketawa puas.
"Awak permainkan saya kan?" soal Iskandar menahan marah. Tetapi, dia senang! Adakah ini masanya.
"Mana ada. Sudah lah. Saya balik dulu." ujar Wida Mardiah seraya berdiri untuk meninggalkan Iskandar.
Iskandar yang kalut melihat Wida Mardiah yang jauh meninggalnya segera ke kaunter dan membayar makanan mereka.
***
"Wid, tunggu saya!" jerit Iskandar sambil berlari-lari anak mendapatkan Wida Mardiah.
Langkah Wida Mardiah terhenti tatkala bahunya disentuh lembut. Iskandar berasa di hadapannya kini.
"Wida..." panggil Iskandar lembut.
Saat ini, hati Wida Mardiah cair dengan panggilan Iskandar. Alahai, lembut saja rasa. Matanya memandang wajah Iskandar yang berdiri tidak jauh darinya.
"Saya dah tak tahan dengan semua ni. Saya dah cuba cari rumah lama awak. Tapi, jiran kata awak pindah. Masa tu, saya rasa give up. Putus asa sangat-sangat! Wid... saya rasa ini la masa yang paling sesuai. Saya rasa..." tergagap pula Iskandar dibuatnya.
Wida Mardiah yang tidak rasa sedap hati lantas menyampuk kata-kata Iskandar. Dia terpaksa meluahkan perasaannya, Dia tidak mahu simpannya lagi. Menyimpannya terasa menyesakkan. Apa pun keputusannya, dia akan menerima dengan redha. Dia tidak mahu mendengar Iskandar berkata sebelum dia meluahkan segalanya yang tersirat!
"Is..." panggil Wida Mardiah lembut. Tidak pernah dia bercakap dengan Iskandar sebelum ini. Inikah yang dinamakan cinta sejati?
"Ya?" Iskandar risau dengan wajah Wida Mardiah yang serius itu. Jantungnya saat ini berdegup kencang.
"Is, Wid minta maaf... Wid tak tahu nak kata apa. Wid dah lama simpan perkara ni. Cuma, Wid tak tahu yang selama ni Wid..." belum sempat Wida Mardiah meluahkan perasaannya Iskandar menyampuk.
"Wid... tolong la dengar apa yang Is nak cakap dulu. Is pun ada perkara nak beritahu Wid..." Wida Mardiah pula menyampuk kata-kata Iskandar.
Siapa dahulu yang ingin bercakap sekarang ni. Tiba-tiba...
"Sebenarnya Wida mencintai Iskandar!!!" jerit Wida Mardiah dengan geram. Akhirnya! ayat keramat yang dia simpan berkurun lamanya terluah jua. Kolam matanya berair. Wida Mardiah takut Iskandar tidak dapat menerimanya. Ya Allah...
Iskandar yang mendengarnya terpaku, terpana! Wida Mardiah mencintai Iskandar? Ya Allah...
"Wida... Saya pun mencintai awak." ujar Iskandar sambil memandang mata Wida Mardiah yang berair itu jatuh menitis dengan laju. Rahsia hatinya kini sudah diluah pada Wida Mardiah. Selama ini, baru dia tahu bahawa Wida Mardiah turut menyimpan perasaan yang sama. Ya Allah...terima kasih...
"Terima kasih, Wida! tapi awak tak ada lelaki lain selain saya kan?" Iskandar merasa gugup kembali. Dia risau jikalau Wida Mardiah terpaut pada sahabatnya, Asmat.
Wida Mardiah mengeleng kepalanya sambil mengesat air mata yang turun tak henti-henti itu. Matanya kembali memandang Iskandar dengan tersenyum. Lapang hatinya sekarang ini.
"Dan awak tak ada perempuan lain kan?" soal Wida Mardiah pula. Terasa kekok menggunakan perkataan saya-awak, tetapi dia harus biasa menggunakan perkataan itu. Bahagia rasanya!
"Tak ada." ujar Iskandar merenung wajah Wida Mardiah sambil tersenyum. Selepas ini, dia akan berbincang dengan ibu bapanya untuk meminang Wida Mardiah. Tidak sabar rasa hatinya!
Tidak sangka, Pulau Langkawi menjadi pertemuan antara kekasih yang memendam perasaan setelah sekian lama terbuku rapat. Akhirnya, rahsia hati antara mereka kini terungkai.
Asmat dari jauh hanya memerhati dua merpati sejoli itu. Semoga Iskandar dan Wida Mardiah akan kekal selamanya. In Shaa Allah... semuanya dengan izin Allah.
P/S : Selamat membaca. Maaf ya kalau ada silap di mana-mana. Saya cuma manusia biasa. :) Harap komen dan terima kasih sebab sudi baca cerpen ini. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)
In LOVE
-
Assalamualaikum bagi yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera bagi yang bukan beragama Islam, Apa khabar semua di hari Jumaat ini ? B...
-
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan Islam. Selamat membaca. Jika terdapat kekurangan pada p...
-
K ata orang, bercinta itu semuanya indah. Indah dengan suasananya, indah dengan kata-kata puitisnya, indah bersama orang yang...
-
Airina menghempaskan badannya ke atas katil. Biasalah, selalunya memang macam ni. Badannya yang bersaiz XXXL membuatkan dia cepat penat...
-
Dari jauh Emilda melihat susuk tubuh seseorang. Dia mengecilkan matanya dan mengamati wajah itu betul-betul. Tangannya digenggam kuat. Ge...
-
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Apa khabar ? Harap semua baik-baik saha...
-
Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Guruh berdentam-dentum. Kilat sabung-menyabung. Aida yang sibuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi g...
-
"Ye, cik... ada pesanan apa-apa lagi?" soal Aiman tersenyum manis kepada gadis jelita itu. Tiba-tiba Amier Rafzan datang menyen...
-
Assalammualaikum, apa khabar semua? Harap-harap anda baik-baik sahaja. Agaknya sudah lama kami tak post entri terbaru. Tak apa. Tunggu ya s...
-
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Alhamdulillah..Akhirnya siap juga salah satu cerpen Pa'ah ini. Terima kasih kepada sesiapa ya...
Ada di blog
Ulasan Novel Di Pasaran
(8)
Cerpen
(7)
Motivasi Diri
(7)
Cerpen Pendek
(3)
Ulasan Novel
(2)
E-Novel
(1)
potpet kami
(1)
.jpg)