Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

26 Dec 2011

Cerpen : Andainya Aku Heroin Itu !


 “Sudah-sudahlah kau nak berangan mak cik oii…” ujar Mimi kepadaku
sambil melabuhkan punggungnya di sebelah. Matanya asyik
memandang kaca televisyen.
          “Kalau kau hayati apa yang aku bayangkan, apa yang aku rasa.
Perghh!!! Aku rasa mesti kau kuat berangan macam aku jugak.” ujarku
sambil duduk bertinggung di atas sofa. Sesekali tengok, macam orang
nak melepas pun ada.
          “Tak ada masa aku nak hayati. Lebih baik aku buat kerja yang
lebih berfaedah daripada berangan. Ala… kalau kau berangan pun.
Bukannya anak raja tu nak datang meminang kau. Jangan perasanlah!”
Mimi menyindirku. Bukannya dia tak tahu perangai aku yang kuat
berangan. Berangan akan seorang jejaka tampan datang melamarku.
Ceh!! Penyakit berangan tahap kronik dah minah ni.
          “Tirah, aku rasa lebih baik kau pergi cari kerja daripada kau jadi
penganggur terhormat kat rumah aku nih! Kau bukannya bengap
sangat pun. Tapi sekali-sekala tu adalah bengapnya kejap!” sempat lagi
Mimi mengutukku. Berdesing telinga aku dibuatnya. Ada ke patut dia
kata aku bengap? Apa dia ingat dia tu tak bengap?
          Aku mula mengubah posisi cara dudukku dengan menghenyakkan
punggungku di atas sofa. Tubuhku disandarkan. Mataku memandang
kaca televisyen dengan pandangan kosong. Tidak tahu kenapa hari ini,
aku rasa tiada semangat nak melawan balik kata-kata Mimi.
          Aik, kenapa dengan minah ni? selalunya kalau aku kutuk dia.
Dua puluh patah dia bidas balik. Monolog Mimi dalam hati dengan
berlapis-lapis kerutan di dahi. Akhirnya, dia mengambil keputusan
untuk menghadapku.
          “Kau ni kenapa, Tirah? Bad mood semacam je. Kau ada masalah
ke?” Mimi mula menyoalku.
          “Tak ada apa-apalah.” aku cuba berdalih. Suara di kaca
televisyen hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
          “Kau cuba beritahu aku. Kalau kau ada masalah, kau boleh share
dengan aku. Mana tahu, aku boleh tolong.” Mimi cuba pancing
perhatianku lagi.
          Aku pantas menoleh ke arah Mimi. Mimilah satu-satunya sahabat
yang paling aku sayangi, paling aku percaya dengan sepenuh hati.
Kalau tiada Mimi, nampaknya aku kena tidur bawah jambatanlah.
Mana taknya, kena halau dengan mak tiri garang dek singa kelaparan
itu. Salah sikit, melentinglah jawabnya.
           Sejak ayahku, Karim meninggal dunia. Perangai emak tiriku
berubah serta-merta. Pada awalnya, sayangkan aku bagaikan anak
emas sehinggakan anaknya pun, sanggup dibiar berseorangan. Bukan
itu saja, ditatang juga aku bagai minyak yang penuh! Tetapi, setelah
ayahku meninggal dunia. Dilempar, dihumban aku bagai anak haram!
Tak ada hati perut langsung. Tapi nasib baiklah aku ni sentiasa cool.
Eceh!!! Cool la sangat.
          Melihat cara pendangan Athirah, membuatkan Mimi gelisah.
          “Woi, apa tengok-tengok? Kau ingat aku ni lesbian apa?!” jerkah
Mimi tepat-tepat di telingaku. Aduh! Macam nak terkeluar eardrum
aku ni. Kalau ye pun nak menjerit. Janganlah tepat-tepat kena kat
telinga aku. Mangkuk pinggan betul! Aku pantas mengusap kasar
telinga kananku.
          “Tak hingin aku dengan kau! Lebih baik aku berangan dengan
jejaka idaman aku. Lagi bagus!” aku menjelir lidah. Aku cuba
membayangkan jejaka kacak yang memenuhi ruang mataku.
          “Penyakit kau dah sampai tahap kritikal tahu tak. Sah! Kau ni
memang terpengaruh dengan novel-novel yang kau beli tu.” Mimi mula
naik angin. Mungkin tidak larat hendak melayan kerenah aku saban
waktu.
          “Ala… nanti kalau aku kahwin dengan jejaka idaman aku, kau
jangan risau ye. Aku bayar balik apa yang aku hutang dengan kau
selama ni.” kata-kataku mengundang kehairanan di raut muka Mimi.
          “Apa yang kau merepek ni?”
          “Yelah, aku bayarlah duit kau yang aku pinjamkan selama ni.
kan bakal suami aku kaya.” kata-kataku menambah kehairanannya.
          “Tirah, aku tak berkira langsung dengan duit tu. Aku halal dunia
akhirat. Lagipun, aku dah anggap kau macam adik aku sendiri
walaupun sekali-sekala perangai gila kau boleh buat aku sesak nafas.”
Mimi mengutukku lagi. Tetapi, mendengar kata-katanya membuatkan
hati aku terharu. Terharu dengan keikhlasannya. Tidak tahu,
bagaimana ingin membalas budi yang semakin menggunung ini.
          “Dah la… tak payah nak touching-touching lebih. Geli aku
dengar!” aku cuba menukar topik. Tanganku pantas mencapai sebuah
novel yang bertajuk Hati Kala Cinta karya Hani Fazuha. Entah ke
berapa kali aku ‘khatam’ novel ini. Termasuk juga dengan novel
Sekebun Bunga Cinta karya Liyana Zahim, Penjara Rindu karya Nia
Arissa, dan macam-macam lagilah yang sudah berpuluh kali aku
‘khatam’.
          “Aku bukan apa. aku nak kau bahagia. Aku tahu, selama ni kau
seksa tinggal dengan emak tiri berlakon alim tuh!” ujar Mimi sambil
memandang ke arahku.
          Kata-kata Mimi, aku buat bodoh. Sesekali, aku ketawa seorang
macam orang sasau. Selesai membaca halaman petama, aku menyelak
ke halaman seterusnya. Tiba-tiba, aku ketawa lagi. Kali ini, bukan
ketawa dengan ayu, tetapi ketawa berdekah-dekah. Nasib baik rumah
ini dibina dengan batu-bata. Kalau tidak, runtuhlah!
          Mimi yang melihatku menahan kegeraman apabila dia terasa
dia bercakap seorang diri sebentar tadi. Mana taknya, aku kalau sudah
mula mentelaah, dibiarkan sahaja keadaan sekeliling. Nak jadi apa, jadi
sajalah! Yelah, dah kau asyik baca novel kesayangan kau tu! Letak bom
di sebelah kau pun belum tentu kau dengar. Entah-entah, rentung kau
dibuatnya! Nanti masuk surat khabar. Tajuk utama pulak tu. ‘Seorang
gadis rentung akibat terlampau asyik membaca novel’. Akhir sekali,
publisher buat novel semua kena sita. Sebab apa? sebab kaulah! Gila novel
sangat! Errr, ada ke baca novel sampai rentung? Tak logik langsung!
          “Woi!!!” jerit Mimi dengan suara yang lantang.
          Melambung novelku dibuatnya apabila terdengar jeritan Mimi.
Aku cuba menyambut novelku, tetapi akhirnya terjatuh juga. Habis
terlipat kulit novelku. Aku cuba memperbetulkan kembali lipatan itu.
Tetapi, semakin teruk! Sayang sangat dengan novelnya tu!
          Aku menahan geram melihat Mimi mula memertawakan aku.
Aku bergegas menghampirinya dengan melompat terus naik ke atasnya.
Amboi! Nak bergusti ke??? Mimi yang cuba melarikan diri, pantas aku
menggeletek pinggangnya. Terjerit-jerit Mimi dibuatnya. Sesekali
terdengar, macam beruk pun ada. Sikit-sikit nak menjerit! Ada ke beruk
menjerit?
          Tanganku semakin menggeletek pinggangnya. Ha! baru rasakan
buku bertemu ruas. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku
puas. Dengan cara ini sahaja, aku boleh mengenakan Mimi. Bukannya
aku tak tahu, apa kelemahannya.
          “Okey-okey. Enough!!! Aku dah tak larat. Aku surrender.” Mimi
akhirnya mengaku kalah apabila melihat aku semakin beraksi ‘ganas’.
Hahaha… jangan fikir yang bukan-bukan…
          Aku pantas melompat turun dari sofa. “Aku nak kau ganti balik
aku punya novel!” Eleh, macamlah novel tu dia yang beli. Semua novel
yang berada di rumah ini, semua dibeli oleh Mimi. Mimi yang kasihan
melihat Athirah, akhirnya membuat keputusan untuk membeli novel
kepada Athirah sebulan tiga buah novel.
          “Kalau kau nak yang baru kau pergilah kerja.” ujar Mimi apabila
dia mula bernafas kembali sambil melurutkan rambutnya yang serabai
macam orang gila. Hahaha!!! Macam baru lepas kena rogol pun ada…
          “Aku tak kira!” Aku mula menunjukkan kedegilanku.
          “Tirah, aku rasa lebih baik kau pergi cari kerja. Jadi kerani pun
jadilah.” Mimi membuat keputusan. Amboi, senang aje minah ni buat
keputusan!
          Membulat mataku. “What?! Kerani? Tak nak arr…”aku
menunjukkan muka kelatku.
          “Apa hal pulak? bukannya kerja tu haram pun. Apa kau ingat
kerja kerani ni teruk ke? walaupun gaji tak seberapa, tapi boleh
jugak kau beli novel.”
          “Bukannya aku tak nak kerja. Tapi, aku ingat aku ni reti sangat
ke dengan komputer-komputer ni, hah?” Aku mengangkat-angkat
keningku sambil becekak pinggang. Keputusan SPMku bukanlah
seteruk mana sangat pun. Boleh dikatakan tergolong tahap cemerlang.
Tapi, disebabkan emak tiriku dek singa kelaparan itu membuatkan aku
tidak dapat meneruskan pelajaran. Mana taknya, habis harta diambil
emak tiriku. Sedikit pun tidak diberi. Sebenarnya, aku tidak kisah
langsung pasal harta. Tapi, kalau ada sifat perikemanusiaan tu, hulur-
hulurkanlah duit sebulan sedikit. Ini tak, dikebas semuanya! Baru aku
tahu, selama ini emak tiriku berkahwin dengan ayahku kerana harta!
          Kekadang aku merasa, aku ini terlalu bodoh sehingga aku boleh
dipermainkan oleh emak tiri dan adik tiriku sendiri. Adanya suatu
hari, aku hampir-hampir mengeluarkan air mata. Tapi, aku cepat-cepat
tahan sebab aku tahu aku boleh hidup tanpa harta-harta itu. Aku
boleh usahakan sendiri. Usaha apanya Athirah oii!!! Asyik makan, tidur,
novel. Novel, makan, tidur. Itu saja yang kau usahakan selama kau
dihumban dari sangkar emas ayah kau dulu. Itulah masalahnya….
Hehehe…
          “Hm, ye tak ye juga erk?” Mimi seakan-akan mengia-iakan kata-
kataku. Diletakkan jari telunjuknya di hujung bibir. Mungkin
sedang memikirkan sesuatu.
          Aku yang malas melayan Mimi pantas melangkah kaki menuju ke
dapur tetapi terdengar suara sumbang Mimi, dipatah kembali
langkahku dengan menghampirinya.
          “Apa hal?”
          “Apa kata kau kerja dekat butik kawan aku, nak?” soal Mimi
kepadaku sambil matanya memandang ke arahku. Mungkin tidak sabar
ingin mendengar jawapan daripadaku.
          Aku berpeluk tubuh sambil memikirkan kata-kata Mimi.
Diherotkan mulutku sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Melihat Mimi
yang bersabar menunggu jawapan daripadaku membuatkanku geli hati.
Mana taknya, melihat saja riak matanya yang bulat itu. Mimi ni
bukannya tak comel, tak cantik. Tapi, kalau datang angin ributnya.
Alahai!  Wajah ayu terus hilang, lenyap!
          “Weh, kau ni fikir pasal kerja ke tengah berangan naik pelamin
dengan jejaka idaman kau tu?!” marah Mimi sambil memerliku.
          Aku hanya tersenyum. “Tengoklah! Nanti aku fikir lain.” ujarku
lantas menuju ke dapur.
          “Kau ni kan!!! Memang buat aku jadi gila, mereng. Semua ada!!!”
jerit Mimi kepadaku sambil membaling bantal kecil ke arahku. Tapi,
sasarannya tidak terkena tepat padaku.
          Aku di dapur, ketawa terkekeh-kekeh. Dapat juga aku
mengenakan dia lagi. Sabo ajeleh dengan perangai aku ni. hehehe…

***********

Berfikir punya berfikir, akhirnya aku setuju untuk berkerja dengan
sahabat Mimi. Kerja butik pun butiklah. Asalkan dapat kerja. Lagipun,
duk rumah, asyik baca novel , makan, novel, makan. Sampai badan aku
pun tambah tembam. Sampai bila aku nak terperap aje dalam rumah
tu? Lebih baik aku keluar melihat dunia yang tak tahu jadi apa.
Yalah! Aku asyik dengan dunia khayalanku. Asyik berangan
mengimpikan jejaka idaman. Tapi, kadang-kadang dunia khayalan
boleh jadi kenyataan kan?? Arghh, jangan nak mengarutlah Athirah
oii… kalau kenyataan sesekalipun, belum tentu kau salah satu
orangnya.
          “Hai, termenung jauh nampak?” kak Zetty salah seorang pekerja
butik di sini. Zetty adalah orang kepercayaan ‘tauke’ butik ini. Segala
masalah yang dihadapi, dia akan melaporkan kepada ‘tauke’. Macam
setiausahalah jugak. Agak-agaknya, macam manalah Mimi boleh kawan
dengan orang kaya?? Tak pernah pulak dia cerita kat aku selama ni. 
          “Eh, tak adalah kak… cuma tengok baju ni. Cantik sangat.” aku
cuba menukar topik. Haiyaa!!! Macam manalah aku boleh termenung
dekat sini. Hari pertama dah bawa masalah. Malu!!! Malu!!!
          “Oh! Okey…” ujar kak Zetty lantas melangkah menuju ke kaunter
pembayaran.
          Aku hanya memandang Zetty dari jauh. Melihat dress yang tidak
kemas digantung, aku mengemaskannya semula. Disusun mengikut
warna yang sama. Usai mengemas aku menuju ke meja yang berselerak
dengan majalah. Dikemas dan disusun dengan rapi. Melihat semuanya
kemas. Aku merasa puas hati dengan hari pertamaku.
          Tiba-tiba daun pintu butik dikuak dari luar. Melihat wanita jelita
itu tersenyum manis memandangku. Aku turut membalas senyuman itu
sambil menghampirinya. Tiba-tiba, senyumanku mati apabila
ternampak seorang lelaki sepersis model di sisi wanita jelita itu. Pasti
kekasihnya! Tekaan aku dalam hati.
          “Disini ada jual blouse cantik-cantik tak?” soal wanita jelita
kepadaku.
          “Ada, disini banyak yang cik boleh pilih. Warnanya yang
menarik, kainnya yang lembut yang boleh selesakan si pemakai. Mari sini, ikut saya” terangku panjang berjela. Amboi! Dah macam
jurucakaplah pulak.
          “Wah!!! Cantiknya… sayang, you tengok. Cantikkan?” soal wanita
jelita itu dengan manja kepada lelaki yang masih diam dari tadi.
          Bisu ke mamat ni? harap je muka hensem. Tapi, bisu. kutukku
dalam hati sambil memandang wajah ‘mamat bisu’ di sisi teman
wanitanya.
          “Hm, bolehlah.” jawab lelaki itu acuh tak acuh. Sesekali dia
memandang wajahku.
          Mencerlung biji mataku mendengar kata-katanya. Bolehlah? Eii,
buta ke apa mamat ni? kainnya punya lembut, warnanya punya cantik.
Dia boleh kata ‘bolehlah’. Sah! Taste mamat ni memang teruk. Aku
memberi jelingan ‘maut’ kepadanya. Tapi, yang aku tak sangka, dia
juga menjeling kepadaku. Amboi! Nak lawan menjeling dengan aku ke?
hmm, tak boleh jadi ni. gumam aku tak puas hati.
          “Cantiklah sayang… I nak beli lima helailah.” ujar wanita jelita
itu dengan rengekan manja.
          Mak aii!!! Lima helai? Tertelan air liur aku dibuatnya. Harga baju
ni sudahlah dua ratus ringgit sepasang. Nak beli lima pasang?!! Alamat
botaklah mamat depan aku ni. lagipun, apa yang aku nak kisah?
Lantaklah nak botak kepala ke, botak kepala lutut ke. Asalkan duit
masuk! Ye, ye, cik! Beli lagi. Jangan tak beli. Kalau boleh belilah semua
baju dalam butik ni ataupun beli dengan butik-butik ni sekali. Sempat
lagi aku memerli dalam hati sambil memandang lelaki yang masih
berlagak cool itu.
          “Hm, dik tolong ambil blouse macam ni tapi lain-lain pattern,
lain-lain warna. Yang penting kainnya lembut.Yang cantik-cantik tau.
Saya nak pergi ke sana sekejap.” arah wanita jelita itu dengan
senyuman tak lekang dari bibir lalu meraih lembut lengan lelaki itu
meninggalkannya.
          Ternganga mulutku dibuatnya. Adoi!!! Bab nak memilih ni yang
lemah ni. Aku cuba membelek-belek blouse yang bergantung itu.
Mencari blouse yang mempunyai yang ciri-ciri yang diminta.
          “Wah!!! Cantiklah. Thank you sebab tolong pilih. Saya tahu awak
boleh pilih yang terbaik untuk saya.” puji melambung wanita jelita itu
kepadaku.
          Aku hanya tersenyum. Bangga sekejap. Hehehe… Tetapi, pada
masa yang sama, aku sakit hati melihat wajah lelaki itu.
          “Cantik ke? tak pun…” sindir lelaki itu dengan wajah dikelatkan.
          Mamat ni memang tak sayang mulut ke? atau tak bayar insurans
lagi? Kang, ada juga mulut senget kat sini. marah aku dalam hati.
         “Of courselah cantik, dear…” ujar wanita jelita itu.
         “Confirm cik nak ambil ni?” soalku meminta kepastian lagi.
         “Confirm.” jawab wanita itu tersenyum.
          Aku bergegas menuju ke kaunter bayaran. Lalu aku menyerahkan
blouse itu kepada kak Zetty. Tugas aku selesai. Akhirnya, berjaya juga
aku melayan pelanggan yang tak banyak kerenahnya walaupun mamat
tu amat menjengkelkan. Tapi hensem jugak ye mamat tu. Bentuk
wajahnya sebujur sirih. Keningnya lebat. Yang paling penting bulu
matanya lentik. Ya, Allah… cantiknya. Aku terpikat dengannya.
Datang sudah penyakit berangannya itu. Sudah-sudahlah Athirah oii!!!

***********

“Tidak!!!” Aku menjerit dengan sekuat hati.
          “Kenapa tidak? Apa salah saya pada awak?” soal lelaki itu
kepadaku sambil menghampiriku.
          “Aku tak percaya kau kata kat aku macam tu. Kau nak apa
dari aku? Aku tahu, aku kuat berangan. Tapi janganlah buat aku
macam ni.” aku cuba merayu-rayu meraih simpati.
          “Kuat berangan? Kau berangankan aku kan? Kau berangan nak
kahwin dengan aku kan?” soal lelaki itu lagi. Kali ini dia cuba
mendapatkan aku pula.
          Aku menggeleng laju. Aku tidak tahu di mana aku sekarang.
Tempat ini terlalu asing bagi aku. Dengan pantas aku berlari
daripadanya.
          “Awak nak pergi mana? Kalau awak nak lari pun, awak tak boleh
lari daripada saya punya.” lelaki itu mula ketawa dengan berdekah-
dekah. Hahaha!!!
          “Awak jangan cuba nak apa-apakan saya. Saya ada tali pinggang
hitam tahu tak!” aku cuba mengugut sambil langkah mengundur ke
belakang. Mataku sempat memerhati tempat ini. Gelap! Cuma ada
cahaya yang menembusi pada lubang-lubang kecil sahaja.
          “Tak pe. Saya ada tali pinggang oren.” sempat lagi lelaki ini
membuat lawak. Ada ke tali pinggang oren? Merepek aje! Melihat lelaki
itu cuba merapatiku, aku pantas berlari ke mana pun aku tidak tahu.
Yang pasti, lelaki itu mengejarku.
          “Tidak!!!!” aku menjerit dengan suara yang lantang.
          Mimi yang berada di tepiku terpisat-pisat dibuatnya dan
mendengar jeritanku lantas menghampiriku.
          “Woi!!! Kenapa ni?” Mimi cuba menggerak-gerakkan tubuhku
apabila melihat aku masih mengigau.
          “Tidak!!! Aku tak mahu…”aku masih mengigau lagi.
          “Tak mahu apa pulak minah ni? woi!!! Bangunlah.” Mimi
menggoyang-goyangkan tubuhku lagi. Menyusahkan aku betullah
minah ni!!! rungut Mimi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal
itu.
          “Jangan dekat dengan aku! Aku tak suka kau. Kau bukan jejaka
idaman aku!” aku menjerit lagi. Kesian Mimikan? Terpaksa melayan
karenahku.
          “La, minah ni mengingau rupanya. Jejaka idaman lagi. Eii,
tak habis-habis! Tunggu kejap ye, wahai tuan puteri.” bebel Mimi
seorang diri lantas lompat dari katil untuk menuju ke dapur.
          Di dapur, Mimi mengambil gelas lalu mengisikan air paip di
dalam gelas itu. Seketika kemudian, dibawa gelas itu ke dalam bilik.
          “Aku tak mahu!!!” jeritku lagi. Haiyaa!!! Tahap kronik, mengigau
minah ni.
          Tersengih-sengih Mimi menghampiriku sambil memegang segelas
air paip ke arahku. “Tak mahu ye… sekejap.” ujar Mimi seorang diri.
Tibanya di katil…
          “Tidak!!!!” jeritku dengan pantas bangun dari katil. Basah baju
tidurku. Bantalku juga turut basah. Aku mendongakkan kepalaku
memandang syiling rumah. Tak ada bocor pun. Lagipun, rumah
ni bukannya berbumbungkan zink! Tapi bata. Macam mana air ni boleh
simbah dekat aku? Haish! Peliknya. sempat lagi aku memikirkannya.
          Tiba-tiba, aku merasa seperti ada lembaga hitam di tepiku. Aku
pantas menoleh ke arahnya. Mimi yang memegang gelas air di tangan
itu tersengih sepersis kerang busuk. Hmm, nasib baik Mimi, kalau hantu
dah lama aku cabut dulu. monologku dalam hati sambil mengurut
dadaku yang berdegup kencang itu.
          “Apa kau buat ni hah?!” marahku sambil melihatnya yang tak
habis-habis dengan sengihan.
          “Lain kali, kalau kau buat hal lagi. Bukan setakat itu aku buat.
Aku simbah kau dengan sebaldi air pulak. kau nak?!” gertak Mimi
dengan mengeraskan suaranya kepadaku.
          “Apa yang aku buat?” Aku masih terpinga-pinga. Aku tak tahu
apa yang tadi.
          “Tak mahu, tak mahu., hotak kau! Aku ni dah la nak kerja esok.
Kau pulak nak buat drama korea malam-malam ni.” bebel Mimi lalu
melangkah keluar daripada bilik.
          Pada masa yang sama, aku pulak masih termangu-mangu.
Melihat bajuku yang basah, terus sahaja aku melompat dari katil.
Melihat Mimi sudah masuk dan terus merebahkan tubuhnya di atas
katil membuatkan aku kehairanan. Tak mahu? Tak mahu apa? pelbagai
persoalan berada di dalam kepalaku sekarang.
          “Itulah, tidur bilik sendiri tak nak. Nak jugak tidur dalam bilik
aku. Alasan, takut hantulah. Apalah! Hei, kalau hantu ada sekalipun,
dia tak kacau kau lah! Kau tu dah la menjerit mengalahkan Pontianak.
Aku rasa kalau ada hantu, dengan hantu-hantu tu sekali cabut lari
sebab tak tahan dengar jeritan kau tu!!! Kalau kau buat masalah, inilah
balanya yang kau dapat!” bebelMimi sambil mata terpejam. Amboi!
Minah ni tengah tidur pun sempat lagi nak bebel kat aku. Karang, air
baldi tu bukannya simbah kat aku, tapi kat kau! Mulut tu macam
burung murai. Tak habis-habis nak pot pet pot pet. Dua puluh empat
jam.
          “Kau tengok baju aku ni. Dah basah tahu tak!” rungutku dengan
wajah masam mencuka.
          “Biar padan dengan muka kau!” Mimi mengutukku dengan mata
terpejam lagi. Kalau boleh, ingin saja mulut itu diganyang sampai
lumat. Aku pantas melangkah keluar dari bilik Mimi. Tetapi, terdengar
suara aneh, langkahku terus terhenti.
          “Pstttttt” bunyi itu semakin kuat dan hampir di telingaku. Bunyi
ular ke?
          Bunyi itu semakin kuat. Meremang bulu romaku. Tanpa ditunggu
lagi, laju saja kakiku melangkah masuk bilik Mimi lantas aku terus
melompat menjunam atas katil Mimi.
          “krek krot kret krot.” bunyi katil sesekali terdengar seperti hendak
patah. Mana taknya, aku buat aksi yang tak sepatutnya. Mimi yang
tengah lena dibuai mimpi yang indah terus bangun mengadapku
dengan wajah yang bengis.
          “Weh, kau nak rosakkan katil aku pulak ke hah?!” jerkah Mimi
kepadaku. Kasihan Mimi…
          Sakit pinggangku. Terasa bagai nak patah! Mana taknya, nak
buat aksi pun tak kena tempat. Orang terjun dalam air! Kau? Terjun
atas katil. Dah lah tilam Mimi, bukan macam tilam. Keras semacam
aje! Ha! padan dengan muka kau! Rasakan penangan yang terhebat
ini…
          Mimi memandang pelik ke arahku. “Yang kau ni apa hal? Macam
nak terberanak je aku tengok, kenapa?” sindir Mimi menyakitkan
hatiku.
          “Kau ni! tak ada hati perut langsung! Sama aje macam mak tiri
aku. Membebel dua puluh empat  jam. Tidur bebel, berjaga lagilah
membebel!” rungutku sambil mengusap perlahan pinggangku. Sakit tak
terkira. Tak terucap!
          “Yang kau nak sangkutkan mak tiri kau dengan aku apa hal?”
          “Yalah! Membebel dua puluh empat jam. Bingit telinga aku tahu
tak! Dah la aku tengah sakit ni. Kutlah kau nak tolong kurangkan
kesakitan aku. Ni tidak, tambah lagi ada.” sungut aku dengan wajah
masam mencuka.
          “Yang kau terjun atas katil aku ni, kenapa? Kang tak pasal-pasal
dapat penyakit! Dah la, kau pergi atas almari tu ambil minyak! Aku
nak tidur. Dah lah pukul tujuh aku nak bangun dah nak pergi office.
Kau tu takpelah, pukul sembilan baru nak pergi.” ujar Mimi panjang
berjela lalu merebahkan badanya dan meletakkan kepalanya di atas
bantal. Tidak sampai lima minit…
          “Kroohhhh, krooohhh…” Mimi berdengkur manja. Manja ke?
hahaha!!!
          Rasa sakit yang berkurangan membuatkanku malas ingin
mengambil minyak. Teringat tentang insiden tadi, terus aku
merebahkan tubuhku di katil dengan baju yang basah akibat disimbah
Mimi sebentar tadi. Tidak sampai dua minit…
          “Piuuu, piuuu, piuuuu…” Aku berdengkur halus. Hahaha!!! Lagi
teruk minah ni. Belum sampai lima minit, terus tidur mati.

***********

Seminggu kemudian…
“Hai, good morning!” sapa kak Zetty kepadaku dengan senyuman
terukir di bibir.
          “Morning…”aku hanya tersenyum. Hari ini aku mengenakan t-
shirt lengan panjang berwarna biru dan seluar jeans lusuh! Rambut
yang pendek dibahagian depan, aku kepitkan dengan pengepit kecil
berwarna hitam. Rambutku ditocang kuda.
          “Tirah dah breakfast?” soal kak Zetty sambil tangannya sibuk
mengeluarkan sesuatu dari almari laci butik.
          Aku hanya mengangguk. Lantas aku menuju ke ruang hadapan
butik. Dikemas apa-apa yang patut. Kemudian, kakiku pantas menuju
ke stor butik untuk mengambil penyapu dan penyodok. Setibanya, aku
di hadapan. Aku menyapu sampah di butik ini sambil bernyanyi kecil.
          “Aduh!” aku mengaduh sakit. Sakit punggungku tak terkira.
Digosok dengan perlahan-lahan. Dengan perasaan amarah yang tiada
batasan, aku pantas menoleh ke arah pintu butik yang dikuak dari luar
itu. Mencari siapa yang membuatkan punggungku sakit!
          Terconggol biji mataku. Buat apa mamat ni datang sini? Nak beli
baju ke? tapi bukan hari tu dia cakap, baju di butik ni tak cantik? Ni
apa hal datang pulak? bebelku dalam hati tidak puas hati.
          “Apa tengok-tengok?” marahnya kepadaku tiba-tiba. Amboi,
mamat ni! Beri salam pun tidak, tetiba nak marah aku. Karang aku
kasi backhand kang, terkangkang kau tengah butik ni nanti. Dah lah,
kata sorry pun tak! Huh!!! aku mendengus geram.
          “Tak hingin aku nak tengok kau! Muka pun macam taik ayam!”
aku menyakiti hatinya  pantas langkah meninggalnya dengan perasaan
amarah yang membuak-buak.
          “Woi! Kau cakap apa tadi? Muka aku macam taik ayam! Kau tu
lagi teruk. Macam taik kambing.” kutuknya kepadaku pulak. Aku
hanya memekakkan telinga. Taik kambing pun taik kambing lah!           
Jangan kau kata taik ‘pig’ sudah. Kalau kau cakap macam tu,
alamatnya berkecailah mulut kau hari ni. Aku benar-benar malas
hendak melayan karenah mamat perasan bagus itu!
          “Hei, Lina. Kau pergi layan mamat kat depan tu. Aku pening
kepalalah.” aku memberi alasan. Lina juga salah seorang pekerja butik
ini.
          “Pening? kenapa datang kalau sakit? Kalau tak, bolehlah Lina
beritahu kak Zetty.” Lina mula simpati denganku. Lina ni lurus bendul
sikit! Tapi kekadang cerdiklah jugak walaupun sedikit bendul. Hahaha!!!
Jahatkan aku, kutuk dalam diam.
          Aku sengaja memegang kepalaku. Nak tunjuk real la sikit! Nak
berlakon, mestilah kena bersungguh-sungguh!
          “Kak Tirah nak pergi klinik ke?” soalnya lagi kepadaku dengan
wajah yang risau.
          “Eh, tak payahlah. Dik pergi la layan customer kita dekat luar
tu.” aku sengaja menukar topik.
          “Hmm, akak tunggu sekejap ye…” ujar Lina dengan sopan. Sejuk
perut mak dia mengandung sembilan bulan sembilan hari. Yalah! Dapat
anak macam Lina yang sopan, cantik, lemah-lembut. Tak macam aku,
perangai tak serupa bikin!
          Melihat  Lina keluar daripada bilik rehat, aku ketawa terkekeh-
kekeh. Hihihi!!! Kena tipu dengan aku. Ha! biar padan dengan muka kau
mamat bengap oii! Aku pantas merebahkan badanku di atas katil. Bilik
rehat ini lengkap dengan semuanya. Macam bilik tidur pulak. Nak
sembahyang, telekung pun ada. Mudah kan? Tanpa sedar, aku
melelapkan mataku. Mungkin insiden semalam membuatkan aku masih
merasa mengantuk.
          “Kak Tirah! Bangun Kak Tirah…” Lina menggoyangkan tubuhku.
Lantas aku bangun. Macam mana aku boleh terlelap pulak ni? ish!!! Aku
mendongakkan kepalaku ingin melihat Lina, tetapi bukan Lina. Mamat
bengap tu!
          “Hei! kau buat apa dalam bilik ni?!” jerkahku dengan suara
yang lantang.
          Melihat lelaki itu masih diam seribu bahasa. Oh! Baru aku ingat.
Mamat bengap ni bisu! “Hei, kau nak ro…gol aku ke hah?! Oh mak!
Tidak!!! Tolong!!!!” aku menjerit bagai orang hilang ingatan. Aku cuba
melihat pakaianku. Masih melekap di tubuhku.
          “Woi! Kau ingat aku ni perogol bersiri apa? tak hingin aku nak
rogol kau! Kalau aku nak rogol pun, bukannya kau!” pedas saja
kata-katanya.
          “Habis, apa kau buat dalam bilik ni?!” marahku dengan suara
lantang. Teringat mimpiku semalam. Ada seorang lelaki muka seiras
lelaki hadapanku ini! Adakah mimpiku semalam akan jadi kenyataan?
Jadi, lelaki ni nak rogol aku. Oh tidak!!!! Aku tak sanggup!!!
          “Tidak!!!!” aku menjerit dengan sekuat hati. Biarlah orang nak
kataku gila, mereng! Yang penting aku harus menyelamatkan diriku
daripada dirogol lelaki di hadapanku ini.
          Lelaki di hadapanku tak habis-habis menggeleng-gelengkan
kepalanya. Mungkin berfikir yang aku ni kena sampuk gamaknya.
          “Kenapa ni kak Tirah?” soal Lina tiba-tiba muncul dalam bilik.
          “Lelaki ni buat apa kat sini, Lina? Dia…err…dia…” belum sempat
aku menghabiskan ayatku, dipintas cepat oleh lelaki itu.
          “Dah, jangan layan sangat dengan dia ni. Lina tolong bawa dia
pergi ke kereta.” arah lelaki itu dengan selamba badaknya! Lina
kenal ke mamat bengap ni?
          “Mari saya bawa kak Tirah.” pelawa Lina sopan. Bawa? Bawa ke
mana? Aku tak sakit pun. Eh, yang kau kata pening dekat Lina tadi tu
apa? nak bawa pergi klinik lah… klinik? Oh tidak! Aku tak gila!! Hei,
kau ingat semua orang pergi klinik tu gila ke apa hah?! marah akalku
lagi.
          “Eh, tak pe dik. Akak rasa dah okey sikit.” langkah kami serta-
merta terhenti.
          “Yeka akak? Sure akak dah okey?” soal Lina sekali lagi inginkan
kepastianku.
          Aku pantas mengangguk. Tiba-tiba…
          “Jangan percaya sangat cakap minah ni, Lina. Dah, mari hantar
dia kat kereta abang.” ujar lelaki itu menyakitkan hatiku. Abang? Ada
ap-apa hubungan ke mereka ni?
          Aku mengeraskan badanku untuk berjalan. “Betul Lina. Akak
okey.” aku meyakinkan Lina sekali lagi dengan bersungguh-sungguh.
          “Dah la Lina. Tak payah nak percaya cakap dia.” lelaki itu
menghampiriku dan Lina.
         Pada masa yang sama, Lina sekejap menoleh ke arahku, sekejap
menoleh ke arah lelaki itu. Pening dengan sikap kami yang tidak pernah
mengalah.
          Tidak disangka-sangka, lelaki itu menarik tanganku
mengikutnya. Aku yang meronta minta dilepaskan, dibuat ‘dek’ aje.
Mungkin geram dengan kedegilanku. Lina hanya memandang sepi.
Tidak menghalang, tidak menarik aku sekalipun.
          “Hei, apa ni? ingat aku ni robot ke apa?!” soalku garang
menyinga. Sempat lagi aku memandang matanya yang sepet akibat
terkena panahan cahaya matahari. Hensemnya… aku memujinya
dalam diam.
          “Kalau bukan disebabkan Lina merayu pada aku suruh hantar
kau pergi klinik, tak hingin aku nak buat kau macam ni. Hei, kau ni
menyusahkan aku tahu tak!” marah lelaki itu.
          Aku tidak membalas kata-katanya. Tetapi, aku mengecilkan
mataku memandang wajahnya. Aku merapati wajahku ke wajahnya.
Dia mengundurkan kepalanya ke belakang sedikit apabila dia sedar,
aku makin merapatinya. Eh, siapa nak rogol siapa ni?
          “Ada aku suruh kau bawa aku pergi klinik? Ada?” ujarku seakan
bisik di telinganya lalu merentap kasar tangannya yang masih
memegang pergelangan tanganku.
          “Penyakit kau ni dah sampai tahap kronik. Kau masuk!” arah
lelaki itu selamba menarik tanganku masuk ke dalam perut kereta
mewahnya.
          Tidak sempat aku berbuat apa, sekarang aku berada di dalam
kereta mewahnya. Aku yang cuba ingin meloloskan diri, lelaki itu
pantas mengunci keretanya. Mentang-mentanglah kereta kau tak dak
tempat nak log pintu. Selamba badak aje kau, arah aku! Eii, geramnya
aku!!!
          Tibanya di klinik, aku mengeraskan tubuhku. Memandangnya
pun tidak! Mataku meliar memandang pandangan luar.
          “Ha! tunggu apa lagi? Tak reti nak turun.” Sindir lelaki itu.
          Aku berpeluk tubuh. Sakit telinga mendengar sindirannya. Aku
masih membatukan diri.
          “Hei! aku cakap dengan kau tahu tak!” tempiknya mengena tepat
anak telingaku. Pantas aku menekup kedua-dua belah telingaku.
Sesekali tengok macam orang tension pun ada!
          “Ish! Bisinglah kau ni.” rungutku dengan wajah dimasamkan lagi.
          “Kalau kau tak nak aku bising lagi. Kau tunggu apa lagi!
Turunlah!” jeritnya lagi.
          Aku tidak tertahan lagi dengan jeritannya. Dengan pantas aku
menoleh ke arahnya. “Weh, kalau sehari kau tak menjerit tak boleh ke?
kau nak lawan jerit dengan aku ke?”
          “Dah kau tu buat perangai. Nak buat macam mana lagi. Aku
menjerit ajelah!” jawab lelaki itu sambil membuka seat belt keretanya.
          “Kau pergi ajelah! Aku bukannya sakit pun. Aku takut kau tu
pulak yang sakit.” aku menyindir sambil memberi jelingan kepadanya.
          “Kalau aku sakit sekalipun, aku tak menyusahkan orang macam
mana kau menyusahkan aku ni.” ujarnya selamba lantas keluar dari
perut kereta.
          Aku hanya memandangnya dari dalam. Kenapa dia menolongku
sedangkan aku telah meyakinkan dia yang aku ni betul-betul tak sakit?
Dia suka aku ke? eh, tak ada maknanya dia suka orang macam kau!
Habis, kenapa dia tolong aku? Bermacam-macam soalan terpacul dalam
mindaku. Dia tak kerja ke?
          “Hei, kau nak aku dukung kau ke?” ujarnya sambil bercekak
pinggang. Lagak bapak memarahi anak pun ada. Hei, ingat aku ni
budak-budak ke nak kena dukung?
          “Ish!” aku melangkah kaki keluar dari perut kereta.
          “Tepilah!” marahku lalu merempuh kuat tubuhnya yang
menghadangku daripada berjalan.
          Lelaki itu hanya tersenyum melihat wajahku. Hensemnya… kalau
dia jadi boyfriend aku pun best jugak. Ada ciri-ciri lelaki idaman aku
macam dalam novel tu. Tapi dia nak ke dengan aku? Eh, tak payahlah
kau nak perasan! Datang balik perangai kuat berangannya itu!
          Selesai membeli ubat, aku pantas melangkah kaki ingin keluar
dari perut kereta tetapi dengan pantas dihalang lelaki itu.
          “Apa hal?” aku mengerutkan dahi.
          “Since kita berjumpa ni, kita belum berkenalan lagi. Nama aku
Hakimi. Nama glamour Kimi.” ujar Hakimi dengan senyuman terukir
di bibir. Sempat lagi mamat ni nak gila glamour. Hehehe!!!
          “Aku tak tanya pun.” jawabku selamba lalu menarik perlahan
tanganku yang dipegang erat Hakimi. Sengaja ingin menyakitkan
hatinya. Yalah! Bukan senang nak kenakan orang. Ish! Tak habis dengan
perangai gila kau Athirah oii!!!
          “Kenapa kau ni ha? aku nak berkenalan dengan kau, nak berbaik-
baik dengan kau pun, kau tak nak!” Hakimi mula marah denganku.
          Aku menyimpan tawaku dalam hati. Tidak mahu Hakimi sedar
yang aku ingin memertawakannya.
          “Dah la, aku nak masuk kerja ni. Malas nak layan orang gila
macam kau!” aku yang cuba ingin membuka pintu, pantas dikunci cepat
oleh Hakimi. Apa mamat bengap ni nak daripada aku?!
          “Kau ni kenapa?” aku mula naik angin. Geram benar dengan
sikap Hakimi yang tidak habis menyusahkanku.
          “Dah kau tak nak berkenalan dengan aku, aku buat la macam ni.”
jawab lelaki itu seakan merajuk.
          Aku tersenyum melihat wajah Hakimi. Sesekali tengok, macam
muka bayi baru lahir pun ada. Comel! Akhirnya, terpaksa jugaklah aku
mengalah.
          “Hmm, okey. nama aku Athirah. Lagipun, kau mesti sudah tahu
kan nama aku. Nama glamour aku Tirah. Kau ingat kau sorang ada
nama glamour? Aku tak ada?” aku memandang wajahnya yang
berubah seta-merta itu. Cepat merajuk, dan mudah dipujuk. Mesti anak
mak!
          “Hm, mula hari ini kita berkawan, okey!” ujar Hakimi ceria.
Macam kanak-kanak ribena pun ada. Kenapa cepat sangat dia
berubah? Aku nak Hakimi yang jahat dan mulut longkang macam dulu.
Aku tak nak Hakimi sekarang! Serammm…
          “Ha, okey. Aku banyak kerja ni. Kau pergi balik buat kerja kau
dan tolong bukak pintu nih!” arahku dengan bersahaja.
          Tersengih Hakimi kepadaku. Eii, kenapa kau ni asyik senyum aje?
Selalunya tak macam ni? eh, kenapa aku rasa jantung aku berdegup
kencang? Kenapa?! Kenapa?!
          Setelah Hakimi membuka log pintu. Aku pantas membuka pintu
kereta dan keluar terus tanpa mengucap terima kasih kepada Hakimi.
Jantungku saat ini, berdegup kencang. Kalau boleh lepas ini, tidak
mahu aku berjumpa dengan Hakimi. Harap-haraplah…

***********

Sebulan kemudian…
“Weh, tak habis-habis dengan novel kau! Tak boring ke?” soal Mimi lalu
menghirup air di gelas kacanya.
          “Kau diamlah! Aku tengah baca ni!” aku memarahinya yang
telah mengganguku yang tengah khusyuk membaca novel bertajuk
Cinta Kontrak karya Nurul Ain Syuhada.
          Seronok novel ini. Sesekali kedengaran aku ketawa terkekek-kekek.
Tiba-tiba, ketawa berdekah-dekah. Beginilah hidupku, setelah aku
bekerja selama sebulan. Setiap kali hujung minggu, masaku hanya
membaca novel, selepas itu berangan. Hehehe…itu ajelah kerja kau!
          “Sikit-sikit nak melenting! Baca ajelah novel kau tu…” Mimi malas
melayanku yang ralit membaca. Lantas, dia melangkah kaki menuju ke
bilik. Tiba-tiba…
          Ponnn!!!! Ponnn!!! hon kereta kedengaran bising di luar.
Hish, susah betullah ada orang mengacau aku ni. Dia ingat ni rumah
bapak dia ke nak hon kereta tak tentu pasal! Aku segera meletakkan
novel di atas meja ruang tamu dan dengan berbekal tenaga yang ada,
aku lantas keluar dengan wajah menyinga. Mimi turut mengikutiku.
          Ponnn!!! ponnn!!! bunyi hon masih lagi kedengaran.
          “Woi! Kau ingat ni kawasan bapak kau ke nak bunyi hon tak
tentu pasal? kau tahu tak, cara kau ni sudah menggangu
kententeraman awam!” aku mula menyinga sambil melihat susuk tubuh
lelaki yang berkemeja putih membelakangiku itu.
          Mimi yang berada di situ mula gelisah. Mana taknya, aku sergah
orang tak tentu pasal. Argh!!! Lantak kau lah! Yang penting, dia sudah
mengacau ketenteraman aku!
          Jiran-jiran yang lain, mula keluar ingin melihat apa yang terjadi.
Ada yang berbisik! Ada yang tergeleng! Ada juga yang keluar melihat
sekejap, kemudian masuk balik.
          Lelaki itu pantas menoleh ke arahku, Hakimi! Apa mamat ni nak
sebenarnya? Macam mana dia tahu ni rumah aku? Aku masih berfikir.
          Melihatku, terus dia menghampiri dengan senyuman terukir di
bibir. Aku tidak terkata apa. Ingin aku melangkah, tetapi kakiku bagai
dikunci rapat. Kenapa dengan aku ni?!
          Mimi yang berada denganku terus beredar masuk ke dalam
rumah. Sama seperti jiran-jiran lain turut bergegas masuk ke dalam
rumah masing-masing.
          “Weh, kenapa ni?” soalnya risau. Mungkin melihatku masih diam
seribu bahasa.
          “Err...tak… ada apa.” jawab aku tergagap-gagap. Kenapa aku
tergagap-gagap pulak ni? Sesekali, aku memandang wajahnya yang
putih bersih itu. Masuk hari ini, sudah sebulan kami berkawan.
Berkawan aje. Tak lebih pun. Tapi, kadang-kadang layanannya lain
daaripada seorang sahabat. Takkan aku dah jatuh cinta dengannya?
          Semenjak berkawan dengannya, aku baru mendapat tahu, butik
itu ialah milik kakaknya. Mulanya, aku terkejut bukan kepalang
mendengar pengakuannya. Yalah! Bukan main lagi mengutuk. Tak
cantiklah, apalah!  Aku bertanya kenapa dia berbuat begitu. Dia hanya
tersenyum. Aku tidak inginkan senyumannya! Yang cuma aku inginkan
adalah jawapan daripadanya!
          Aku mendapat tahu juga, dia seorang arkitek di salah satu firma
yang terkenal. Hampir sebulan kami berkawan, tidak pernah pula dia
membawa girlfriendnya yang jelita itu. Ke mana perginya?
          “Kenapa ni?” soal Hakimi seakan bisik.
          Meremang bulu romaku dibuatnya. Kenapa mamat ni tiba-tiba
romantik? Kena sampuk kut! aku cuba berdehem untuk menghilangkan
kegugupan yang tersarang dalam diri sekarang. aku sedar, Hakimi
masih memandangku. Tetapi, dibuat tak endah walaupun saat ini dada
aku semakin terus,terus dan terus berkencang.
          “Hei, kenapa ni? aku ada buat salah ke?” soalnya lagi sambil
memandang wajahku.
          Aku pantas menggeleng kepala. Tidak tahu kenapa mulut aku
tiba-tiba terkunci. Seperti ada ketulan batu yang besar yang makin
merumitkanku untuk bersuara.
          “Tirah…” dia memanggil namaku. Aduh! Inilah yang paling aku
tahan. Terasa ingin rebah jatuh ke bumi. Tetapi, aku tetap memandang
ke arah lain. Sesekali, angin sepoi-sepoi bahasa menutup mataku dengan
rambut, sempat lagi aku menguaknya perlahan.
          “Kau pergi balik. tak manis malam-malam kau datang rumah
anak dara.” aku akhirnya bersuara dengan serius.
          “Kau halau aku?” soalnya memandang wajahku.
          “Macam mana kau tahu ini rumah aku?” aku mula beranikan diri
sambil memandang wajahnya.
          “Lina beritahu aku. Tapi kau jangan marah dia. Aku yang nak.”
jujur dia berkata.
          “Dah, pergi balik!” aku menghalaunya.
          “Kenapa kau semakin nak menjauhkan diri daripada aku?” dia
memberi aku soalan ‘cepumas’. Ya! Semenjak ini, mahu saja aku cuba
menjauhkan diri daripadanya. Tidak tahu kenapa? Atau aku hanya
tidak mahu timbul gosip yang menyatakan pekerja ada hubungan
dengan majikan sendiri.
          Aku menahan getaran di hati. Sesekali, mataku bertembung anak
matanya, aku beralih pantas. Tidak mahu dia tahu, getaran hatiku saat
ini. Adakah ini yang dinamakan cinta? Seperti setiap novel yang aku
baca selama ini?
          “Tirah…kenapa ni?” soalnya lagi. Aku semakin tidak senang
dengan soalannya.
          “Tak ada apa… aku masuk dulu.” aku terus melangkah
meninggalkannya tetapi langkahku cepat terhenti. Hakimi memegang
pergelangan tanganku. Erat!
          “Aku ada buat salah ke?”
          “Tolong lepaskan tangan aku.” ujarku perlahan tetapi masih
dalam nada tegas.
          “Tapi kenapa? Apa salah aku.” Hakimi makin mendesakku lagi.
Masih belum melepaskan tanganku!
          “Kan aku dah cakap, aku tak ada apa. Kau tak faham ke?!” aku
mula naik angin. Aku dah la tengah gugup ni. Kau boleh pulak nak
desak aku minta jawapan! Ishh!!! aku mengeluh dalam hati.
          “Yalah! Tapi kenapa semenjak ni kau nak lari daripada aku? Aku
call kau tak angkat. Aku hantar massage kau tak reply. Kau kenapa?”
soalnya lagi membuatkan aku makin tidak keruan.
          “Tak ada apa.” jawab aku bersahaja menahan kegugupan.
          “Esok, aku nak ajak kau pergi satu tempat.” ujarnya lalu
melepaskan pergelangan tanganku. Kebas!
          “Tak boleh! Aku kerja!” aku memberi alasan.
          “Okey. Nanti aku beritahu kakak aku. Okey, aku balik dulu! esok
pukul sepuluh aku ambil kau. Bye, sayang…” ujarnya lembut lalu
melangkah kaki meninggalku dengan terpinga-pinga.
           Sayang??? Apa hal mamat ni? kenapa aku rasa bahagia? Ya
Allah, kenapa dengan aku ni? Aku pantas melangkah masuk ke dalam
rumah dengan senyuman terukir di bibir.
          “Ehem…” Mimi berdehem di hadapan pintu bilik sambil berpeluk
tubuh.
          Senyumanku terus mati. Macam mana aku boleh tersenyum
seorang macam orang gila ni!
          “Jumpa dah dengan jejaka idaman kau tu? Tak silap aku tu Kimi
kan?” soal Mimi sambil melangkah kaki menuju ke dapur. Aku turut
membuntutinya.
          “Hmm, kenapa?” aku cuba mengawal perasaan.
          “Kau ada apa-apa dengan dia ke?” soal Mimi lagi. Amboi! Dah
macam polislah pulak.
          “Eh, mana ada.” ujarku sambil menggeleng kepala.
          “Yang kau gelabah ni apa hal? Lebih baik kau cakap! Kau ada
apa-apa dengan dia erk?” Mimi menggunakan kuasa vetonya.
          “Mana ada. Apa yang kau merepek ni.” sangkal aku. Saat ini,
mukaku mula merona merah.
          “Habis, kenapa muka kau merah? Kau malu erk?” desak Mimi
lagi sambil memandang wajahku.
          Aku yang tidak senang duduk lantas melangkah kaki menuju ke
peti sejuk. Di ambil fresh orange, kemudian dituangkan ke dalam gelas
kaca. Hilanglah sedikit rasa gugup!
          “Aku masuk bilik dulu.” ujarku selamba hanya membiar sepi
soalan Mimi yang melayang di bawa angin. Gelas kaca itu aku basuh,
kemudian diletakkan di rak pinggan dan melangkah terus ke bilik tidur.
          “Eleh!!! Aku tahulah kau dah jatuh cinta. Yalah! Tiba-tiba nak
masuk bilik tidur sendiri! Dah angaulah namanya tu. Nurul Athirah
Qistina sudah jatuh cinta dengan Ahmad Hakimi Rusyaidi !!!” jerit
Mimi dari dapur sambil ketawa terkekeh-kekeh.
          Setelah menutup daun pintu bilikku. Disandarkan tubuhku di
daun pintu dengan senyuman masih terukir di bibir. Adakah ini
dinamakan panahan cinta pertama?

********

“Hei, aku nak pergi kerjalah!” aku merentap kasar tangannya.
          “Tak boleh, kau kena ikut aku jugak!” paksanya lagi lalu
menarikku menuju ke kereta mewahnya.
          “Ish! Apa main paksa-paksa ni?!” marah aku dengan wajah
mencuka.
          “Semalam aku dah beritahu kau yang aku akan beritahu kakak
aku yang kau tak pergi kerja hari ni.” jawabnya selamba.
          “Eh, girlfriend kau tak marah ke?” soalku tiba-tiba.
          “Aku mana ada awek! Siapalah nakkan aku kan.” jawabnya
perlahan. Macam baru lepas putus cinta aje!
          Aku yang malas berkata apa, terus saja membuka zip tas
tanganku dan mengambil novel Awak Suka Saya Tak karya Melur
jelita untuk dibaca.
          Keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Radio pula tidak dipasang.
Senang sikit aku nak ambil feel. Hehehe… melihat Hakimi yang serius
memandu, membuatkan aku lebih mudah untuk memnghayati, merasai
setiap perkataan yang aku baca.
          “Kau suka aku tak?” soalnya tiba-tiba membuat kepalaku drastik
menoleh ke arahnya.
          Aku tidak menjawab. Aku hanya memandangnya yang masih
serius memandu itu.
          “Kau suka aku tak?!” soalnya sedikit jerit.
          Potong stim betullah mamat bengap ni! Aku tengah layan feel
ni, boleh lagi nak tanya kau suka aku tak?! Eiii!!! Aku menahan geram
dalam hati.
          “Kau ni apa hal? Kena sampuk apa?” sindirku dengan wajah
dimasamkan.
          “Kau suka aku tak?!” soalnya lagi.
          Aku menahan geram. Kang, novel setebal 1056 muka surat ni aku
hempuk kang. Koma sebulan sekejap!
          “Kau ni tak habis-habis kau suka aku tak, kau suka aku tak! Aku
nak baca pun tak senang!” bebel aku tidak puas hati.
          “Kau suka aku tak?!”
          “Ya Allah, kau sembuhkanlah penyakit yang ada pada Hakimi
ini, Ya Allah…”aku berdoa sambil menadahkan tangan sambil mataku
memandang ke arah luar jalan.
          “Eh, kau nak pergi mana ni?” soalku hairan.
          “Adalah…” jawabnya sepatah. Akhirnya! jawab jugak soalanku.
          “Weh, tapi aku rasa kita dah semakin jauh ni! Kau nak bawa aku
pergi mana?!” soalku seakan menjerit. Sekejap kepalaku menoleh ke
kanan. Sekejap menoleh ke kiri. Sekejap aku duduk, sekejap aku
bertinggung atas kerusi.
          “Kau duduk diam boleh tak?! Macam beruk!” marahnya
membuatkan aku tersentak.
          “Mimi!!! Tolong aku Mimi…”aku mula meraung mamanggil nama
Mimi lalu duduk semula atas kerusi kereta.
           “Kau nak bawa aku pergi mana?! Kau nak culik aku ke?” mataku
cepat memandang wajahnya yang tiba-tiba tersenyum sinis itu.
Alamak! Dia benar-benar nak menculik aku! Nak bawa aku pergi
Thailand ke? Mimiiii !!!!!!
            Tanpa ditunggu apa lagi. Lantas aku mengeluarkan telefon
bimbitku. Dicari nombor telefon Mimi. Akhirnya! aku menekan punat
hijau. Ditekapkan telefon di telingaku.
          Terdengar talian disambung, aku tersenyum. Mimi cepat angkat
Mimi! Aku diculik!!!
          “Mimi, aku kena cu…” belum sempat aku menghabiskan ayat.
Telefon bimbitku dirampas kasar Hakimi.
          “Woi!!! Kau bagi balik telefon aku!” jerkah aku sambil tanganku
terkapai-kapai untuk mengambil telefon bimbit dalam genggamannya.
          “Kau duduk diam! Kau nak kata apa tadi? Kena culik? Kau ingat
aku dah gila nak culik kau! Hei, kalau aku nak culik kau sekalipun, aku
dah bawa kau pergi sempadanlah!” Hakimi memarahiku sambil
memasukkan telefon bimbitku dalam saku seluarnya.
          “Bagi balik aku punya handphone. Bagi balik!” aku menjerit
sekuat hati. Geram dengan Hakimi yang tidak henti-henti
menyusahkanku.
          Hakimi tidak membalas kata-kataku. Dia hanya membatukan
diri. Semasa perjalanan, aku mengambil keputusan mendiamkan diri.
Dipandang wajah Hakimi dari ekor mataku. Tiba-tiba terasa penat
yang teramat, aku menutup mataku. Akhirnya, aku tidur dibuai mimpi
yang indah bersama jejaka idamanku. Tak habis-habis nak berangan!

***********
         
“Woi, bangun!!!” tempik Hakimi tepat di lubang telingaku membuatkan
aku terjaga dari tidur.
          Aku ‘menenyeh’ kedua-dua mataku. Kemudian, mataku beralih
memandang keadaan sekeliling. Pantai? Buat apa datang sini? Kat
mana aku sekarang ni? aku cuba mencari Hakimi. Tetapi tiada. Ke
mana dia pergi? Lantas aku melangkah kakiku menuju ke pantai.
          Aku menghirup udara yang segar. Argh!!! Segarnya. Cantik
pantai ni. Tapi kat mana? Aku cuba mencari Hakimi lagi. Tetapi tiada.
Ke mana dia menghilang? Aku melangkah kakiku menuju ke kerusi
batu yang bertentangan laut yang terbentas luas. Angin yang sepoi-
sepoi bahasa, membuatkanku rasa tenang. Terlihat dengan ciptaan
Allah S.W.T. yang cantik-cantik belaka. Mataku asyik memandang
ombak yang memukul kuat. Tenang sekali melihat ciptaanNya.
          Tiba-tiba aku merasa seperti ada seseorang di belakang kerusiku.
Aku pantas menoleh. Tiada apa. Mungkin hanya perasaanku saja.
          “Kau suka aku tak?” soalan itu macam pernah aku dengar. Suara
itu bukan suara Hakimi ke? Aku pantas menoleh ke belakang sambil
melihatnya yang tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya.
          “Kau suka aku tak?” soalnya lagi menghampiriku.
          Aku menjadi tidak keruan. Kenapa dengan dia? Sebelum ni,
perangainya tidaklah sepelik ini. Atau jangan-jangan, dia kena sampuk
dengan hantu laut. Uish! Mulut kau ni, tak bertapis langsung.
          “Apa yang kau merepek ni?” soalku kembali tidak menjawab
soalannya. Terasa jantungku bagai nak luruh apabila aku merasa
diriku dan dirinya begitu rapat. Aku berundur setapak.
          “Aku tanya, kau jawab. Kau suka aku tak?” ujarnya seakan bisik.
Saat itu, aku merasa bagai nak pitam. Aku menahan getaran yang kian
rasa. Mataku tidak memandang wajahnya. Aku hanya memandang
langit yang membiru.
          “Aku sukakan kau.” ujarnya membuatkan aku merasa jantung
dihempap dengan benda yang berat. Aku menoleh ke arahnya.
Memandang anak matanya. Mencari kejujuran!
          Aku melepaskan keluhan yang berat. Tak mungkin dia sukakan
aku. Aku tahu, dia sengaja ingin mendugaku!
          “Aku cintakan kau…” Hakimi masih belum berhenti melafazkan
kalimah cinta. Kali ini, aku tidak dapat bertahan lagi.
          “Kau jangan nak buat lawak pulak kat sini.” aku mengawal
kegugupan.
          “Aku tak buat lawak. Aku sukakan kau sejak kali pertama aku
jumpa kau di butik.” luahnya seakan bisik. Ya Allah… apa yang harus
aku lakukan. Aku mengaku, aku juga telah lama jatuh cinta dengannya.
Tetapi, di mana kekasihnya dulu?
          “Dah la. Aku nak balik!” aku membuat keputusan untuk beredar
pergi tetapi…
          “Kau cintakan aku?” soalnya membuatkan aku tersentak.
          “Kau cintakan aku kan?” soalnya lagi membuatkan aku menjadi
tidak keruan. Dia menghampiriku.
          “Aku harap kau cintakan aku sebagaimana aku cintakan kau,
sayangkan kau.” ujarnya membuatkan dadaku berombak laju.
          “Aku tahu kau mesti terkejut mendengar apa yang aku katakan.
Memang benar! Ikhlas! Aku sangat-sangat mencintai kau. Aku sengaja
menyakiti hati kau  sebab aku tak tahu nak buat macam mana lagi
supaya kau bercakap dengan aku. Kali pertama aku ke butik, hatiku
mula terpaut melihat kau. Walaupun kadang-kadang kau gila. Tapi tak
apa, aku suka. Perempuan yang aku bawa dulu, bekas kekasih aku.
          Kadang-kadang aku merasa rimas dengannya. Dia bukan tahu
yang itu butik kakak aku. Aku cuma ingin lihat, dia sayangkan aku
atau dia sayangkan duit aku. Hmm, tapi ternyata dia sayangkan duit
aku. Perempuan ni semuanya materialistikkan?” Hakimi cuba pancing
perhatianku.
          “Correction! Bukan semua tapi setengah!” aku membuat muka
selamba.
          “Sebab itulah aku suka kau. Kau tak materialistik macam
perempuan lain.” tahu pun yang aku ni bukan mata duitan!
          “Tirah…” Hakimi memanggil namaku, lembut.
          Meremang bulu romaku dibuatnya. Hai, mamat ni. Tak habis-
habis nak bagi lutut aku bergetar!
          “Hmm.”
          “Kau cintakan aku?” soalnya lagi.
          “Tak.” jawabku serta-merta. Ya Allah! Apa yang aku jawab ni.
          “Kenapa? Kau ada lelaki lain? Kau ada boyfriend?” dia
menyoalku lagi.
          Aku menggeleng pantas. Kalau boleh, aku nak lari daripadanya.
Biar dia tak jumpa dengan aku sekali pun tak apa. Asalkan aku tak
jumpa dengannya! Tapi masalahnya sekarang, kakiku bagai dikunci
rapat. Nak melangkah setapak pun tak boleh!
          “Mana kau tahu, aku ada laki lain?” aku cuba menyoalnya.
          “Kiranya kau belum berpunyalah! Yahoo!!! Aku ada peluang
lagilah ni!” Hakimi bersorak keriangan. Sesekali tengok sepersis kanak-
kanak kecil medapat permainan. Setiap kali aku berada di sampingnya,
aku merasa selamat. Selamat daripada ancaman. Adakah cerita
cintaku sama seperti kisah dalam novel?
          “Siapa kata kau ada peluang?” aku memutarbelitkan ayatku.
          “Jadi, kau suka dengan orang lain?” wajah Hakimi mula berubah
muram.
          “Yup!” jawabku dengan sepenuh hati. Ingin saja aku ketawa
melihat memek mukanya yang berubah masam itu.
          “Siapa orang yang bertuah tu?”soalnya berbaur cemburu.
          “Awaklah!” ujarku lantas melarikan diri daripadanya dengan
tersenyum.
          Hakimi yang tidak ceria itu berubah drastik lalu mengejar untuk
mendapatkanku. Alahai, macam cerita hidustanlah pulak…

***********

Setahun kemudian…                   
Hakimi akhirnya mempelawaku untuk bertemu orang tuanya. Orang
tuanya bersetuju untuk mengambilku sebagai menantu mereka.
Bersyukur tidak terkira kepada Allah S.W.T.  Lelaki yang amat aku
benci, kini sah menjadi suamiku. Suami yang paling aku sayang. Yang
paling aku cinta!
          Samakah ciri-ciri lelaki idaman yang aku inginkan seperti novel
itu? Ya! Sama… Jejaka idaman yang bernama Ahmad Hakimi Rusyaidi
sentiasa tampak kacak di mataku. Tapi, adakah dengan cirri-ciri ini
membuatku bahagia? Tidak! Hanya dengan kasih sayang saja
membuatkanku bahagia. Kasih sayang daripadanya yang membuatkan
aku yakin, aku amat-amat mencintainya.
          Kawanku Mimi, akhirnya dia juga berumah tangga. Cuma dia
lebih awal mendirikan rumah tangga berbandingku. Tapi, tak
mengapa. Asalkan, dia bahagia tinggal bersama suami tersayang.
Kadang-kadang aku rindu aku dan Mimi tinggal bersama. Dialah
kawan yang ketika aku susah dan senang walaupun perangaiku
kadang-kadang amat mengjengkelkan. Hehehe…
          Emak tiri dan adik tiriku tidak tahu ke mana. Semenjak aku
meninggalkan rumah. Aku tidak jejak lagi rumah itu. Walaupun,
kadang-kadang aku pergi melawati pusara arwah ayahku dan ibuku,
tidak terlintas aku ingin menjenguk orang yang telah membuangku
hidu-hidup. Aku hanya mampu berdoa semoga mereka cepat bertaubat
dan berubah menjadi orang yang lebih berguna.
          Tiba-tiba, daun pintu bilik dikuak dari luar. Hakimi! Dia berjalan
menuju ke arahku lalu memelukku dari arah belakang. Aku senang
dibelai sebegini. Terasa bahagia.
          “Tirah sayangkan abang?” soal Hakimi memeluk erat pinggangku.
Sesekali dia jugak sempat mencium pipiku. Aku menyerigai kegelian.
          “Mestilah sayang.” aku menjawab dengan tersenyum manis.
          “Cintakan abang?” soalnya lagi.
          “Tirah sentiasa mencintai dan menyayangi abang untuk
selamanya.” ujarku ikhlas dari hati. Ya! Aku sentiasa mencintainya.
Tiada lelaki lain yang bisa mengambil tempatnya. Hanya dia! Hanya
Hakimi!
          Hakimi mengalihkan tubuhku memandangnya. Kemudian, dia
mengelus lembut pipiku. “I love you too… cinta abang tidak akan pernah
berubah untuk sayang.” kata-katanya membuatku terharu. Tanpa sedar
mataku mula berkaca, terkesima mendengar kata-katanya. Dia
memelukku erat. Aku membalas pelukan itu dengan penuh kasih
sayang. Semoga cintaku dan cintanya tidak akan pernah padam dan
terus berkekalan walau dimamah bumi sekalipun. Amin…

No comments:

In LOVE