Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

17 Feb 2013

Ketabahan Hati Seorang Gadis

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Guruh berdentam-dentum. Kilat sabung-menyabung. Aida yang sibuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru terkejut mendengar bunyi yang kuat itu, segera dia meninggalkan buku sekolahnya untuk mendapatkan ayahnya yang tidur berselimutkan kotak usang. Hanya kotak itu sahaja yang boleh menahan kesejukan mereka.

"Uhuk! uhuk!" batuk ayah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Aida datang menghampiri ayah. Cuba membantu ayahnya yang ingin bangun dari tidur.

"Ayah, tidur la. Hujan semakin lebat di luar. Ayah sejuk ya?" soal Aida lembut sambil memerhati tubuh ayahnya yang dimamah usia itu.Namun, Aida tetap bersyukur walaupun dia hanya tinggal di rumah yang usang, kerana dia masih mempunyai ayah. Orang yang dia benar-benar sayang.

"Tak apa nak. Uhuk! uhuk! Ayah tak sejuk. Cuma ayah nak bangun ambil baldi di hujung tu ha. Nak tadah air hujan yang bocor tu. Uhuk! uhuk!" ujar ayah cuba untuk berdiri namun pergerakannya dihalang Aida, anak tunggalnya.

"Ayah, Aida boleh tolong ayah. Ayah tidur saja ya." pinta Aida lembut.

"Tapi, ayah bukannya sakit sangat pun. Uhuk! uhuk!" ujar ayah besertakan batuk yang tak henti-henti. Nampaknya, kalau keadaan begini terus, Aida tetap akan berdegil dengannya.

"Ha, itu bukan sakit ke ayah? Ayah, ayah istirehat saja. Biar Aida ambil baldi kat hujung tu. Bukannya susah sangat pun.Ayah tidur ya." ujar Aida tegas tetapi dalam ketegasannya terselit sifat penyayang. Aida segera menyelimutkan ayahnya dengan kotak usang itu. Tiba-tiba hatinya sebak. Sebak melihat kotak usang membalut tubuh tua ayahnya dan berbantalkan bata yang dibalut kain buruk. 'Ya Allah...' rintih Aida dalam hati. Setelah pastikan ayahnya memejam mata, barangkali sudah tidur, segera dia melangkah ke penjuru rumah untuk mengambil baldi kecil lalu meletakkan di bawah atap usangnya yang bocor itu.

Setelah selesai, Aida menghampiri meja belajar usangnya. Terpaku matanya melihat apa yang berlaku. "Ya Allah... buku aku." terjerit Aida pantas mencapai bukunya yang basah kuyup dek hujan. Matanya yang melihat ke arah beg sekolahnya turut diambil juga.

"Ya Allah, beg sekolah aku pun basah." keluh Aida lantas mengeluarkan buku-buku sekolahnya daripada terus basah. Ya, Allah... banyak dugaan yang menimpa Aida. Tetapi, Aida redha jika itu sudah tersurat untuknya.

'Ya Allah, jika ini ujian dariMu, hamba redha ya Allah. Hanya satu hamba pinta. Kau tetapkanlah keimanan hati hamba dan kau tabahkanlah hati hambamu ini, Ya Allah." doa Aida dalam hati dengan perasaan sayu. Ya! dia redha jika ini ujian daripada Allah s.w.t.

Dia segera melangkah kaki menuju ke arah tempat tidurnya. Tangannya kalut membuka buku sekolah yang basah akibat terkena tempias hujan yang turun dari atap usangnya untuk dibiarkan sehingga kering. Tetapi, sempat ke?

"Macam mana aku nak buat kerja sekolah? Buku semua basah. Esok mesti cikgu Zaiton marah. Allahuakbar!" keluh Aida resah. Usai sudah membuka buku, dia lantas merebahkan tubuhnya di atas kotak usang. Tangan kanannya diletakkan di dahi. Barangkali memikirkan sesuatu.

"Ya Allah... hamba tak tahu nak bagi alasan apa lagi dengn cikgu Zaiton. Adakah tidak perlu aku pergi ke sekolah esok? Tetapi  peperiksaan SPM semakin hampir. Ya, Allah..." keluh Aida lagi. Kali ini dipaksa matanya dipejam untuk tidur. Biarlah apa akan terjadi keesokan harinya. Aida pasrah...


***

"Mana buku matematik awak, Aida?" soal Cikgu Zaiton menyinga.

"Err... err..." tergagap-gagap Aida dibuatnya. 'Ya, Allah... bantulah hambamu ini.' monolog Aida dalam hati.

"Apa err, err, Aida? Awak ni kenapa ya? Apa masalah awak sebenarnya? Setiap kali masa saya, pasti awak buat hal." bebel Cikgu Zaiton panjang lebar. Ya! setiap kali masa Cikgu Zaiton pasti akan ada masalah. Masalah yang berpunca daripada diri Aida sendiri. Tetapi, dia tidak bersalah.

"Saya... saya..." Aida masih tidak boleh bicara. Tampaknya, kemarahan Cikgu Zaiton menambahkan rasa takut dalam diri Aida.

"Ala, cikgu... Bukannya cikgu tak kenal dengan orang miskin ni. Pemalas! yang tahu cuma meminta perhatian! minta sedekah! macam-macam lagilah." sampuk Borhan tiba-tiba. Siapa yang tidak kenal dengan Borhan, anak orang kaya. Sifatnya adalah cuma menyakitkan hati orang sekeliling, terutamanya Aida! entah apa yang Aida lakukan kepadanya.

Tersentak Aida mendengar kata-kata Borhan. Kata-katanya seperti jarum yang mencucuk dalam ke hati. Sakitnya hanya Allah yang tahu, pedihnya tidak terkata. Ya, Allah...

"Sudah, Borhan! kamu tak payah masuk campur dalam hal ini!" marah Cikgu Zaiton apabila dia terasa kata-kata Borhan benar-benar melampau. Pada masa sama, Cikgu Zaiton cuba mengingati kata-kata Borhan. 'Aida orang miskin? Betul ke? Selama dia menjadi guru matematik Aida, tidak pernah dia tahu-menahu pasal Aida. Adakah disebabkan hal itu,  Aida menjadi seperti ini? Walaupun, seringkali Aida membuat masalah, keputusan peperiksaan bagi pelajaran Matematik tidak pernah Aida gagal. Malah, dia mendapat markah tertinggi.' Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak otak Cikgu Zaiton.

"Sudah, Aida... awak boleh duduk." ujar Cikgu Zaiton tiba-tiba lembut. Tidak seperti tadi yang datang menyinga. Terasa simpati pula dengan kehidupan Aida. 'Ya Allah... berdosanya aku marah anak muridku. Sepatutnya aku harus bertanya dahulu. Allah...' desis Cikgu Zaiton dalam hati.

Borhan yang melihat Cikgu Zaiton tidak memberi apa-apa hukuman buat Aida, membuatkan hatinya bertambah sakit. Tidak tahu kenapa dia tidak suka dengan Aida. Gadis miskin!

***

"Uhuk! Uhuk! Ya Allah... jika ini kehendakMu, hamba redha Ya Allah... Uhuk! uhuk! " kedengaran batuk ayah semakin teruk. Ayah cuba untuk berdiri. Tangannya menampan dinding supaya dia bisa berdiri.

"Aku harus berkerja. Aku harus kuat. Aku harus jadi bapa terbaik untuk Aida." ujar ayah dengan semangat sambil melangkah kaki menuju ke sudut rumah usangnya untuk mengambil baju lusuhnya.

Aida pada masa yang sama masuk ke dalam rumah, terkejut dengan tindakan ayahnya. Dia segera berlari-lari anak mendapatkan ayahnya. Takut jika ayahnya terjatuh.

"Ayah, ayah nak pergi mana?" soal Aida kalut. Jangan sesekali ayahnya membuat perangai untuk berkerja lagi. Sudahlah sakit!

"Ayah nak pergi kerja nak. Lagipun sampai bila ayah nak terperap dalam rumah ni? Ayah kena kerja. Ayah sudah sihat. Ayah nak Aida berhenti kerja di kedai Pak Usop tu. Uhuk! uhuk!" ujar ayah bersertakan batukan.

"Ayah, Aida tak kisah ayah. Aida cuma nak bantu Ayah. Ayah sakit lagi ni. Aida nak kumpul duit beli ubat untuk ayah." terang Aida panjang lebar. Ya! dia ingin membantu ayahnya.

Ayah memandang wajah Aida. Kasihan sekali dengan keadaan anaknya. Matanya jatuh melihat baju sekolah lusuh anaknya. Sudah singkat!

"Aida, dengar sini nak. Ayah cuma nak Aida pergi sekolah. Belajar rajin-rajin dan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Uhuk! uhuk! Ayah tak mahu Aida jadi macam ayah. Lagipun, dulu arwah ibu ada pesan pada ayah. Pesan untuk Aida supaya belajar dengan rajin-rajin." ujar ayah lesu sahaja. Batuknya tidak henti-henti.

Aida pantas mengangguk laju. Mengerti akan kata-kata ayahnya. 'Ibu tetap akan berada di hati Aida selamanya.' monolog Aida menahan air mata yang mahu merembes turun.

***

"Assalamualaikum semua." Cikgu Izzudin memberi salam kepada semua pelajarnya.

"Waalaikummusalam, cikgu." meleret sahaja kedengaran semua pelajar menjawab salam. Seperti tidak makan setahun.

Cikgu Izzudin memandang semua pelajar tingkatan lima dari atas pentas dewan sekolah. Setelah melihat semua pelajar mengunci mulut, dia mula membuka kata.

"Baiklah, cikgu cuma cakap sedikit sahaja hari ini. Seperti yang anda tahu, SPM semakin dekat. Hanya tinggal enam bulan sahaja lagi anda akan tempuhi peperiksaan yang akan menentukan kehidupan anda selepas ini dan.....bla...bla...bla..." panjang menjela Cikgu Izzudin memberi mukadimah.

Aida ketika ini menajam tielinganya meniliti kata-kata Cikgu Izzudin.

"Jadi, pihak sekolah menganjurkan kem motivasi untuk tingkatan lima bagi persediaan peperiksaan tidak lama lagi dan  cikgu ada berita gembira nak beritahu kepada semua yang anda tidak perlu bayar jikalau ingin menyertainya. Hanya perlu berikan nama , nombor kad pengenalan , dan berikan kepada saya di bilik kaunseling. Kem kali ini, anjuran pihak sekolah. Anda tidak perlu bayar. Di mana kem itu diadakan, cikgu akan beritahu tempatnya kemudian. Baiklah, ini sahaja yang saya ingin beritahu anda semua. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh jumpa saya di bilik kaunseling. Assalamualaikum." Cikgu Izzudin menamatkan kata-katanya.

Aida yang mendengarnya mula tersenyum ceria. 'Tidak perlu bayar? Allahuakhbar. Terima kasih ya Allah. Akan aku sertai kem ini.' desisnya dengan seribu semangat datang menjelma.

Begitu juga dengan pelajar lain tersenyum gembira. Ketika ini, keadaan dewan sekolah seperti mahu pecah dek keriuhan suara pelajar.


***

"Putih, kalau aku pergi kem. Siapa nak jaga ayah pulak?" soal Aida pada kucing kesayangannya sambil mengusap-usap bulu kucing itu. Mengeliat kegelian kucing itu dengan tindakannya.

"Tapi kan, aku dah ambil surat kebenaran daripada Cikgu Izzudin. Takkanlah aku nak beri balik padanya? Aku teringin nak pergi." luah Aida lagi bagai kucingnya mengerti luahannya. Tangannya terus-menerus mengusap kucing itu. Kali ini pada bahagian tengkuk pula.

"Hm, tak apalah. Aku tak pergi pun tak apa. Ayah lagi penting daripada kem ni. Esok aku bagi surat ini pada Cikgu Izzudin balik." Aida membuat keputusan muktamad. Tangannya pantas mengambil kucingnya lalu diletakkan di atas riba sambil mengusap pula di bahagian kepala kucing itu. Di dunia ini hanya ada ayah dan kucingnya sahaja.

Tanpa sedar, luahan hati Aida terdengar oleh ayahnya. Terharu sungguh dengan kata-kata Aida. Pasti anaknya derita hidup dengannya. 'Ya, Allah...kasihannya pada anakku.' rintih ayah sayu. Ayah menghampiri Aida yang asyik mengusap kucing itu.

Aida yang sedar ayah mengampirinya, dengan pantas berdiri daripada bersila tadi. Kucingnya pula hilang entah ke mana. Mungkin keluar dari rumah.

"Ayah, ayah sakit lagi ke?" melihat ayah disisi lantas Aida berdiri. Risau benar Aida dengan kesihatan ayahnya.

Ayah tersenyum mendengar kata-kata Aida." Tidak. Ayah dah baik."

"Alhamdulillah... Ayah, Aida nak beritahu satu perkara. Yang Aida dah berhenti kerja di kedai Pak Usop. Ayah tak kisah ke? Nanti bagaimana kita nak cari duit?" soal Aida tak putus-putus. Risau dia dengan kehidupan mereka selepas ini. Sudahlah, dia berhenti berkerja di kedai Pak Usop. Ayah cuma menoreh getah. Itupun jika hari tak hujan. Allahuakhbar...

"Ayah tak kisah, nak. Yang penting Aida kena belajar rajin-rajin. Pasal duit, biar ayah yang uruskan. Aida tak perlu risau." ujar ayah tegas sambil tangannya mengusap lembut kepala Aida. Sayang sekali dia dengan anak tunggalnya itu.

"Ayah juga nak beritahu yang ayah benarkan Aida pergi kem itu." tersenyum ayah berkata.

Aida mengerutkan dahinya. 'Macam mana ayah boleh tahu?' desis Aida pandang wajah tua ayahnya.

Ayah tersenyum melihat kerutan yang terpancar pada wajah anaknya. "Ayah tahu Aida nak sangat pergi ke kem itu kan? Ayah benarkan. Dan Aida perlu hantar surat jawapan itu setelah ayah tandatangan."

Tersenyum sampai ke telinga Aida kali ini. Gembiranya bukan kepalang. "Terima kasih ayah." segera Aida memeluk tubuh tua ayahnya. Hanya ayah yang berada di sisinya di dunia ini.

Tiba-tiba Aida melepaskan pelukannya. Dipandang wajah ayahnya. "Tapi ayah macam mana? Aida takut ayah sakit."

"Tak usah risaukan ayah. Ayah boleh jaga diri ayah sendiri. Yang penting Aida janji akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Uhuk! Uhuk!" ujar ayah dengan batukan halus.

"Tapi ayah sakit sekarang ni. Tengok? Aida belum pergi ayah sudah batuk." risau sekali Aida dengan keadaan ayahnya.

Tangan tua itu segera mengusap lembut kepala Aida sambil tersenyum. Beruntungnya dia dapat anak yang mendengar kata. Semua ini anugarah Allah.

"Terima kasih, ayah." ujar Aida tersenyum hambar walaupun hatinya saat ini sangat khuatir dengan kesihatan ayahnya.

"Sama-sama, nak."


***

"Apa keinginan anda sebenarnya?" soal penceramah motivasi itu yang memandang semua pelajar.

Ketika itu, keadaan dewan gamat dengan keriuhan suara pelajar. Seperti di pasar malam! Tidak faham sedikit pun dengan apa yang mereka celotehkan. Penceramah yang melihat keadaan tidak terkawal lantas menyuruh mereka diam. Tetapi, masih kedengaran juga suara sumbang. Tidak tahu suara siapa.

"Baiklah. Saya tahu anda semua ada jawapan anda sendiri. Mesti anda inginkan ibu bapa bangga dengan keputusan anda. Ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Betul tak?" soal penceramah pada semua pelajar.

"Betulll." jawab semua pelajar panjang menjela.

"Jadi, anda perlulah berusaha dari sekarang. Sebab pepatah juga mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tak ada alasan untuk berjaya, kecuali jika penyakit M ada dalam diri. Penyakit M ialah penyakit malas. Penyakit utama yang digelar virus kepada pelajar. Jadi, saya rasa saya nak hadiahkan anda dua buah lagu. Mungkin lagu ini pernah didengar oleh anda semua. Tapi, dengarlah ya lagu Buatmu Ibu dan Ayah yang dinyanyikan oleh Aeman." ujar penceramah itu segera memulakan lagu yang benar-benar terasa hingga ke kalbu.

Mata bundar Aida ketika ini mula berair. Dia mula terkenang akan ibunya yang sudah kembali ke rahmatulllah. Kembali ke tempat asal. Dia cuba menahan air matanya, tetapi dia gagal. Akhirnya, air mata yang berkumpul, bergenang jua. Aida amat merindui ibunya.

"Saya nak anda semua hayati lagu ini." ujar penceramah itu tiba-tiba.

Pelajar lain kedengaran seperti tersedu-sedan mendengar bait-bait ayat itu. Ketika itu air mata Aida mula jatuh tak henti-henti.

"Ibu..." bergetar sahaja suara Aida menyebutnya. Dia mula teringat perbualan dengan ibunya.  Dia benar-benar rindukan saat itu. Dia menginginkan ibunya berada di sisi selamanya. Begitu jua dengan ayah. Inginkan kedua-duanya. Tetapi siapa dia ingin semuanya berkekalan? Allah s.w.t yang menentukan segalanya. Allah s.w.t yang menciptakan manusia dan semua makhluk di bumi ini.

"Ibu..." ujar Aida sepatah. Terkenang saat dia bersama ibunya, Amimah, lima tahun lepas.

"Ibu, ibu buat apa tu?" soal Aida sambil tangannya melingkar manja pada leher ibunya dengan manja.

Amimah hanya tersenyum melihat keletah anaknya. "Ibu tengah main dengan kucing." seloroh Amimah sengaja melihat reaksi anaknya. Hanya Aida satu-satunya anak hasil perhubungan dengan suaminya. Sayang sekali dia dengan Aida. Aida anak yang mendengar kata, anak yang taat, anak yang baik. Bersyukur dia dengan anugerah Allah itu. Hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya.

"Alolo lawanya kucing ni. Kenapa buntut kucing ni warna hitam? Hehe.." soal Aida ketawa sambil matanya melihat ibunya menggosok bontot kuali yang hitam itu. Kasihan ibu... desis Aida sayu.

"Ada-ada kamu ni, Aida. Ibu nak mainkan kamu. Kamu pulak yang kenakan ibu. Eii, nakalnya anak ibu ni." Amimah segera meletakkan dawai yang digunakan untuk menggosok periuk itu dan tangannya pantas mencari perut anaknya untuk mencubit lembut. Sekadar mengusik!

"Haha... ibu, sakit bu. Aida cuma bergurau saja. Maaf ya ibu." ujar Aida manja lantas mencium pipi ibunya dengan penuh sayang. Ya! dia sayang sekali dengan ibunya.

Terharu sekali dengan sikap anaknya itu. Bagaimana kehidupan anaknya selepas ini, jika suatu hari nanti dia tiada lagi di muka bumi ini, Ya Allah? Kau tegarkanlah hati anak hamba ya Allah.. doa Amimah dalam hati sambil melihat Aida yang sudah duduk bersila di lantai dapur. Melihat anaknya begitu, dibiarkan periuk itu sebentar dan menghenyakkan punggung di sebelah Aida.

"Aida..." panggil Amimah tersenyum.

"Ya, ibu..." jawab Aida lembut.

"Aida anak yang baikkan?" soal Amimah tiba-tiba sambil membelai-belai lembut kepala Aida.

Aida mengerutkan dahinya. Pelik dengan soalan yang diajukan ibunya itu tadi. "Kenapa ibu?"

"Ibu nak Aida janji sesuatu dengan ibu. Boleh?" soalan Aida hanya dibalas soalan. Amimah tahu, anaknya sekarang sudah besar. Mungkin aneh dengan kata-katanya sebentar tadi.

Aida menilik wajah ibunya yang dimamah usia itu. Tetapi tetap jelita di matanya. "Janji apa ibu?"

"Janji dengan ibu yang Aida akan belajar rajin-rajin dan taat dengan perintah Allah. Janji dengan ibu ya, nak." ujar Amimah lembut.

Aida tersenyum mendengar kata-kata ibunya. "Aida janji bu... Ibu jangan risau." Aida lantas mencium pipi ibunya dengan penuh perasaan sayang.

Mengingatinya amat menyedihkan. Dihakis lembut air mata di pelupuk matanya. Kata-kata ibunya mecucuk semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. In Shaa Allah... semuanya dengan izin Allah.


***

Tidak sangka, dia kini berusia lapan belas tahun. Semakin menginjak ke alam dewasa. Hari ini merupakan hari yang benar-benar dia nantikan. Ingin melihat apakah yang berlaku selepas ini.

"Ayah, doakan Aida ya." pinta Aida sayu. Dia perlu kuat hadapi semua ini. Dia perlu tabah dengan keadaan sekeliling. Dia harus kuat!

Ayah mengangguk pantas tersenyum. "Ayah sentiasa doakan untuk Aida. Ayah yakin Aida pasti akan dapat yang terbaik. Jika kita tidak dapat yang kita nak, teruskan berusaha sampai berjaya. Allah tahu yang mana baik buat hambanya." pesan ayah yang tak putus-putus memberi semangat kepada Aida.

"Terima kasih ayah. Aida pergi dahulu. Assalamualaikum." ujar Aida seraya mencapai tangan ayahnya unuk disalam. Usai itu, dia melangkah kaki dengan membawa pulang kejayaan. In Shaa Allah...

"Waalaikumusalam." balas ayah dengan tak lekang dengan senyuman. Tahap kesihatan ayah semakin hari semakin baik. Semua ini kerana Aida yang menjadi semangat kepadaya untuk meneruskan kehidupan. Kepada Allah s.w.t juga dia bererima kasih kerana memberi peluang kepadanya untuk menjaga Aida. Jika selepas ini menjadi sesuatu yang tidak ingini, dia mungkin pergi dengan tenang.

"Mimah... abang dah lakukan yang terbaik buat anak kita." monolog ayah seorang diri. Sayu sahaja kedengarannya.


***

"Tahniah awak." ujar Borhan tiba-tba.

Aida mengerutkan dahinya. Pelik dengan sikap Borhan yang tiba-tiba menegurnya. Wajah Aida berubah riak apabila melihat Borhan duduk di atas kerusi roda. Apa yang sudah berlaku? Pelbagai persoalan yang timbul.

Borhan yang melihat Aida diam membisu, membuatkan perasaannya bersalah mencengkam dalam diri. Barangkali Aida terkejut dengan perubahan fizikalnya.

"Saya minta maaf, saya tahu saya bersalah. Saya kutuk awak. Saya buat itu ini dan Allah telah beri balasan pada saya." ujar Borhan panjang menjela. Sayu sekali kedengarannya!

Aida kemudian menarik nafas sebelum bicara. Dia perlu memaafkan semua di sekelilingnya. Siapa dia tidak mahu memaafkan kesalahan manusia. Sedangkan Allah mampu memaafkan kesalahan hambanya? Tambahan hatinya dipagut rasa kasihan dengan keadaan Borhan. Allahuakhbar!

"Saya maafkan awak."

Terserlah kegembiraan pada wajah Borhan. "Terima kasih, awak. Saya tahu saya banyak buat salah pada awak. Apa-apa pun tahniah saya ucapkan kepada awak kerna menjadi pelajar cemerlang."

"Terima kasih." hanya itu sahaja dia mampu melakukan. Tiba-tiba, Aida terlihat Cikgu Zaiton yang melangkah ke arah mereka.

"Tahniah Aida." ujar Cikgu Zaiton tersenyum.

Aida hanya tersenyum. "Sama-sama cikgu."

"Cikgu nak minta maaf setelah apa yang cikgu katakan pada awak sebelum ini."

"Cikgu tak pernah buat salah pada saya. Cikgu cuma menjalankan tugas sebagai seorang guru dan akhirnya tugas cikgu untuk membimbing saya sudah cikgu tunaikan. Cikgu, saya tak pernah ambil hati tentang itu. Cikgu juga akhirnya berjaya mendidik saya sehingga berjaya dalam matapelajaran matematik. Cikgu sudah berjaya!" jelas Aida panjang lebar. Dia ikhlas semua itu. Dia tidak pernah menyalahkan mana-mana guru.

Borhan yang mendengar, terpana seketika. Cikgu Zaiton pula terharu dan tercengang. Cikgu Zaiton pantas menarik tubuh Aida ke dalam pelukannya. Sayang sekali dia dengan Aida. Setelah apa yang dikatakan oleh Borhan dahulu, segera dia cari tentang diri Aida. Di mana Aida tinggal, ada berapa adik-beradik dan sebagainya. Yang paling dia rasa tercuit rasa bersalah apabila ibu Aida meninggal dunia. Benar-benar menyayat hati perempuannya. Dia kagum dengan Aida yang tabah dalam mengharungi onak duri.

Terpana Aida denga kelakuan Cikgu Zaiton. Teragak-agak dia untuk membalas pelukan itu. Tetapi, dengan tiba-tiba dia pantas membalas pelukan Cikgu Zaiton hanya kerana dia mendengar sesuatu yang menyentuh hatinya.

"Boleh mama ambil Aida sebagai anak angkat mama?" Cikgu Zaiton berharap sekali agar Aida sudi menjadi anak angkatnya.

"Boleh..." bergelinang air mata Aida dibuatnya. Tatkala ini, bagai terasa dalam pelukan seorang ibu. Aida rindukan ibunya.

Mendengar kata-kata Aida, dierat lagi pelukan itu.

Borhan pula ketika itu benar-benar bersyukur kepada Allah kerana Aida sudi memaafkannya. Allah telah membalas perbuatannya dengan ditimpa kemalangan kecil. Nasib baik Allah masih memberi peluang kepadanya untuk meneruskan kehidupan.


***

"Ayah bersyukur kepada Allah sebab dikurniakan anak seperti Aida. Bersyukur kepada Allah." tak henti-henti ucapan syukur di bibir ayah.

Aida tersenyum tampak giginya yang tersusun cantik. Sememangnya dia sedang gembira dengan memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan sebenar. Bersyukur tidak terkata. Aida melihat ayahnya jauh pergi melangkah ke dapur segera menghenyakkan punggungnya di atas kayu tangga rumahnya. Mengenangkan ibunya!

"Ibu... Aida dapat 9A. Aida harap ibu suka dengan keputusan ini. Aida janji, Aida akan buat yang terbaik untuk keluarga kita." janji Aida berselang-selikan dengan air mata yang tak henti jatuh. Tangannya kemas memegang sehelai kain batik lusuh. Kemudian dipeluk kain itu seeratnya. Terasa seperti memeluk ibunya sendiri.

'Terima kasih Ya Allah atas kenikmatan yang telah kau berikan pada hamba.' desis Aida dengan hati yang lapang. Semoga dia sentiasa tabah dengan ujian yang diberi Allah. In Shaa Allah...



No comments:

In LOVE