Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

16 Feb 2013

Cerpen : Dongeng Cinta Kita Versi Penuh

Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Alhamdulillah..Akhirnya siap juga salah satu cerpen Pa'ah ini. Terima kasih kepada sesiapa yang mengikutinya saban entry. hihi. Selamat membaca, oh ya ! Jangan lupa tinggalkan komen ..

Kuda yang ditunggangi oleh Puteri Syafiyyah Amani mula kepenatan setelah seharian menabur bakti kepada tuannya . Hijab Puteri Syafiyyah Amani kebasahan dek peluhnya sendiri . Sejak pagi dia membawa dirinya keluar dari istananya yang tersergam di tengah-tengah Negara Damaiputra . Dia tahu , kepergiaanya kali ini akan menimbulkan kekecohan yang amat besar di Negara Damaiputra namun kali ini dia terpaksa pergi . Pergi demi kebaikan dirinya sendiri . . Kain kecil yang menutup sebahagian mukanya yang hanya menampakkan matanya dibuka perlahan setelah dia yakin bahawa tiada siapa lagi yang berada di kawasan itu melainkan dia dan kudanya . Peluh dimukanya dilap perlahan dengan sapu tangan yang disimpan di koceknya . Terbit rasa bersalah kerana meninggalkan Negara Damaiputra dan lebih-lebih lagi apabila mengenangkan bertapa kecewa ayahanda dan bondanya .

“ Tuan Puteri Syafiyyah !” laung seseorang bersama beberapa orang pengawal berkudanya .
‘ Alamak , cepatnya mereka ni … Tak reti penat ke ? Matilah beta kali ni… Arh !’ rungut Puteri Syafiyyah Amani perlahan . Kudanya sudah berlari laju dek terkejut oleh sentakan kaki tuannya .
“ Tuan Puteri ! Tunggu !’’ laungnya lagi namun kali ini Puteri Syafiyyah Amani sudah tidak kelihatan . Hanya kelihatan satu kawasan hutan yang sunyi sepi tanpa bunyi-bunyian dari serangga mahupun binatang . Sangat sunyi .

Pengawal tentera yang mengejar Puteri Safiyyah Amani tadi mula berpatah balik . Ingin mengabarkan berita kepada Raja Ahmed Hassan bin Hussin dan Permaisuri Afifah binti Raja Rashidi tentang apa yang telah berlaku .


Raja Ahmed Hassan dan Permaisuri Afifah berada di kamar mereka sambil berbincang mengenai anakanda mereka yang melarikan diri .

“ Kanda , adinda rasa sungguh risau dengan anakanda kita yang satu itu…” Permaisuri Afifah berkata sambil melabuhkan punggung di sofa yang berada berdekatan dengan katilnya .
“ Kanda juga begitu dinda …” Raja Ahmed Hassan berkata .
“ Kanda lebih risau apabila anakanda kita melarikan diri dengan menuggang kuda , nampaknya dia tidak akan pergi ke kawasan bandar sebaliknya ke kawasan hutan yang sesetengahnya belum kita terokai .” sambungnya .
“ Kanda… Mengapa anakanda kita tidak menggunakan kereta yang telah kita khaskan padanya ? Aduh , risau rasanya hati dinda…”
“ Mungkin dia tidak mahu kita mencarinya , dengan GPS yang terdapat pada kereta tersebut akan memudahkan kita menjejakinya . Hai, bijak sungguh anakanda kita itu …”
“ Betul tu kanda , tapi tindakan anakanda tu telah menyebabkan satu Damaiputra gempar . Malu dinda dengan Permaisuri negara-negara lain . Mereka tentu menyangka kita tidak pandai mendidik seorang puteri untuk menjadi pemerintah yang bagus…” keluh Permaisuri Afifah . Benar katanya itu… Beberapa orang permaisuri mula berkata-kata sesama mereka . Apa yang mereka tahu , seorang Puteri yang berhijab telah melarikan diri ! Tetapi sebab apa ? Hanya beberapa orang tertentu sahaja yang berhak mengetahuinya . Permaisuri negara lain mula menyisihkan Permaisuri Afifah . Haii , dunia kerabat pun ada sisih-menyisih ka ? Lumrah alam sebenarnya !

“ Adinda tak perlu bimbang , kanda tahu anakanda kita itu tentu boleh menjaga dirinya sendiri . Lagipun mungkin ini pun disebabkan oleh salah kita . Sudah-sudahlah tu , mari kita tidur sayang ,’’ kata Raja Ahmed Hassan sekadar untuk menyedapkan hatinya sendiri serta isterinya . Bapa mana yang tidak bimbang apabila anak dara suntinya melarikan diri . Melarikan diri ke hutan pula tu . Haishh !


“ Uhuk .. Uhuk.. Aik , kenapa tiba-tiba aku terbatuk ni ? Alahai , ini mesti bonda dan ayahanda yang mengata aku ni . Ya Allah , ampunkanlah hambamu ini kerana menyakitkan hati kedua ibu bapanya sendiri . Aku tidak berniat untuk memberontak namun aku perlu pergi untuk kebaikan diri aku sendiri . Argh , bila aku sudah bersedia… Aku akan kembali ke istana untuk memohon ampun dari mereka . “ Gumam Puteri Syafiyyah Amani perlahan .


Kuda yang dinaikinya ditambat di sebatang pokok besar di tepi sungai . Dia berhenti untuk berehat sebentar . Keadaan yang tadinya siang sudah berginjak ke malam hari . Puteri Syafiyyah Amani duduk di tepi kudanya sambil ditemani cahaya bulan yang bersinar malap-malap sahaja pada malam ini .
“ Dragon , betulkah apa yang beta lakukan ni  ? Adakah tindakan beta ini hanya akan menyakitkan hati banyak pihak ? Beta sendiri bimbang ! Bimbang dengan segala kemungkinan yang akan berlaku ,” Puteri Syafiyyah Amani berkata-kata . Kudanya hanya mampu menggeleng . Macamlah kuda itu faham dengan apa yang dikatakannya . Puteri Syafiyyah sangat menyayangi Dragon . Dragon merupakan kuda yang dihadiahi bondanya pada hari lahirnya yang ke empat belas , 10 tahun dulu . Sejak dari itu , dia sanggup belajar cara-cara menunggang kuda agar tidak menghampakan kedua ibu bapanya . Itulah Puteri Syafiyyah Amani . Sejak kecil dia diasuh untuk menjadi seorang anak gadis yang sopan , menjaga batas auratnya , menjaga tingkah lakunya , dan … mengembirakan hati kedua ibubapanya . Tapi setelah umurnya genap dua puluh empat tahun , dia melakukan sesuatu yang sangat memalukan dan menghampakan kedua ibubapanya .

“ Ahhh ! Peningnya beta Dragon . Adakah beta patut pulang saja ? “ Puteri Syafiyyah Amani akhirnya terlelap dengan pelbagai rasa dihati . Rasa bersalah , rasa geram , rasa takut dan rasa berdebar . Mengapa debar ini mesti ada didalam hatinya ??


Matahari mula menampakkan dirinya , menyuluhkan cahayanya di seluruh alam . Puteri Syaffiyah Amani terjaga . Matanya digosok perlahan . Drogan sedang meragut rumput yang berada di sekitarnya . Dia menuju ke sungai dan membasuh mukanya beberapa kali .

“ Aduhai , terlajak tidurlah . . Selamat hari ini aku cuti . . Aku harus memulakan perjalanan aku . Aku ingin mencari tempat tinggal . Mungkin di hilir  sungai ini ada kawasan petempatan .” kata Puteri Syafiyyah Amani pada bayang-bayangnya di dalam sungai .
Drogan ditunggangnya perlahan menuju ke hilir . Puteri Syafiyyah sudah kelaparan . Tiba-tiba dia terlihat sebatang pokok rambutan yang sedang rendang dan buahnya pula tengah masak ranum . Puteri Syafiyyah telan liur . Sedapnya . Tetapi tiada satu pun tanda bahawa kawasan ini punya petempatan . Puteri Syafiyyah Amani takut dia termakan hak orang lain . Dia menuruni Dragon setelah yakin bahawa tiada sesiapa disitu melainkan ia dan Drogan . Kakinya perlahan-lahan mendekati pokok tersebut . Tiba-tiba…

“ Ahhhh ! “ Puteri Syafiyyah Amani menjerit .


Mata Aliff Danial terpaku kepada sekujur tubuh yang terbaring di hadapan sebatang pokok rambutan yang sedang rendang . Terdapat seekor ular tedung yang panjangnya lebih kurang sekaki sedang menuju kearah seekor kuda yang berada berdekatan dengan sekujur tubuh tadi .
“ Ya Allah ! “ Aliff Danial terjerit kecil .

Dia pantas menuju ke arah sekujur tubuh tersebut . Ular tersebut dibunuh menggunakan parang tajam yang dibawanya tadi . Niatnya ke hutan adalah untuk mencari akar kayu untuk merawat demam Pak Cik Ali yang semakin hari semakin teruk . Aliff Danial mendekati Puteri Syafiyyah dan tertunduk melihat tubuh gadis itu . Mencari kawasan dimana kesan patukan ular tadi .

“ Subhanallah , matanya sungguh cantik . .. Keningnya terbentuk rapi dan bulu matanya sungguh lentik . Tapi hanya itu sahaja yang dapat aku lihat … Perempuan ini sangat  menjaga auratnya ,‘’ desis Aliff Danial perlahan .

Akhirnya matanya tertacap pada kesan patukan ular tadi pada kaki Puteri Syafiyyah Amani . Aliff Danial memegang kaki Puteri Syafiyyah perlahan . Aliff Danial berasa sedikit bersalah kerana memegang kaki seorang wanita yang bukan mahramnya tetapi dia harus menyelamatkan ia sebelum bisa tersebut semakin merebak . Bisa ular tersebut disedut dengan kuat lalu diludah dengan cepat agar tidak memudaratkan dirinya sendiri . Dia membawa diri ke sungai lalu berkumur .

“ Apa yang harus aku lakukan ye ? Aduhai , Ya Allah . . Kau berikanlah aku petunjuk ,” gumam Aliff Danial perlahan sambil memerhatikan keadaan di sekelilingnya . Hanya ada dia , perempuan itu dan seekor kuda . Kuda?
“ Aku akan membawa gadis ini pulang ke rumah Pak Cik Ali  agar dia dapat berehat dengan secukupnya ! Wahai kuda , bolehkah aku menunggangmu ? “ kata Aliff Danial sambil mengusap kepala Dragon perlahan-lahan. Puteri Syafiyyah digendong perlahan setelah dia sudah berada di atas Dragon .


Puteri Syafiyyah Amani terpinga-pinga sendirian di berada di atas katil di sebuah rumah yang begitu asing baginya .  Dia tidak tahu samaada dia sebenarnya sudah selamat ataupun berada dalam keadaan bahaya .

“ Argh , menyesal pula aku membawa diri ke hutan…Mungkin inilah akibatnya jika menderhakai ibubapa sendiri…” gumam Puteri Syafiyyah Amani sambil meraba-raba tubuhnya. Akhirnya dia pasti tubuhnya masih dibaluti pakaian yang sama sebelum dia pengsan sebentar tadi , tapi bahagian wajahnya telah terdedah . Dia bingkas bangun lalu sehelai tuala lembab jatuh ke ribanya . Barulah dia mengerti mengapa hijabnya telah terbuka sedikit . Tiba-tiba pintu bilik tersebut terkuak perlahan .

“ Cik dah sedar ? Maaflah , saya terpaksa buka hijab cik tadi … sebab badan cik panas sangat . Maafkan saya ,” tutur seorang gadis yang hampir sebaya dengannya . Gadis itu tertunduk apabila mereka mereka bertamu .
Puteri Syafiyyah Amani beristifar panjang apabila melihat pakaian gadis tersebut . T- shirt yang berlengan pendek itu hanya dipadankan bersama kain batik yang berbunga-bunga kecil .
‘ Ahh , mungkin dia tinggal bersendirian .’ getus hati Puteri Syafiyyah Amani .
“ Tak apalah adik , terima kasih sebab selamatkan saya,” kata Puteri Syafiyyah Amani .
“ Eh , tak ada maknanya aku nak selamatkan kau , Abang Aliff tu yang selamatkan kau” tutur gadis tersebut .
‘ Amboi , tadi bukan main lemah lembut lagi . Pijak semut pun tak mati semut tu , dah nyawa-nyawa semut la’ Puteri Syafiyyah Amani bergumam lagi .
“ Ohh , ucapkan terima kasih kepada beliau bagi pihak saya ya,” Puteri Syafiyyah Amani masih lagi mengekalkan keayuan dan kesopannya kerana memikirkan bahawa dia sedang menumpang di rumah gadis tersebut .
“ Ucaplah sendiri , isy,” gadis itu keluar dari bilik dengan bongkaknya .
“ Suka hati kaulah labu ,”

Puteri Syafiyyah Amani membuat keputusan setelah beberapa minit berfikir . Dia seharusnya pergi meninggalkan rumah ini . Nampak gayanya , gadis tadi terang-terangan menunjukkan dia tidak suka dengan kehadiran Puteri Syafiyyah Amani disini . Kain kecil yang menutup mukanya dipakai kembali . Namun , sebelum kakinya sempat menjejak lantai sejuk rumah itu dia mengaduh sendirian.

“ Ah ,sakitnya. .” rungut Puteri Syafiyyah perlahan . Kaki sedikit bengkak akibat bias ular tersebut . Namun sempat lagi Puteri Syafiyyah mengucap syukur kerana dia telah diselamatkan . Tak sanggup rasanya mati dalam keadaan derhaka kepada bonda dan ayahandanya .

Puteri Syafiyyah Amani tetap bangun perlahan-lahan dan menuju ke biliknya . Rumah batu itu kelihatan baru namun dekorasi dalamannya masih lagi mengekalkan cirri-ciri tradisional . Dia memandang sekeliling sambil berjalan dengan perlahan-lahan .  Senyap sunyi rumah tersebut , hanya kedengaran bunyi sesuatu diasah . Tanpa menunggu lagi , dia mencari-cari dia mana bunyi itu datang . Setibanya di hadapan pintu rumah tersebut , dia melihat sesusuk tubuh yang duduk membelakanginya sambil mengasah pedang . .

“ Encik . .”  Puteri Syafiyyah Amani memanggil perlahan .
Aliff Danial berpaling .

Mata Aliff Danial dan mata Puteri Syafiyyah Amani bertemu. Hati Aliff Danial berdegup kencang. Walaupun Aliff Danial hanya dapat melihat sepasang mata Puteri Syafiyyah Amani namun hati lelakinya tetap tertawan. Adakah ini cinta pandang pertama?

"Encik...Encik...!" panggil Puteri Syafiyyah Amani perlahan. Hatinya berdebar-debar. Pandangan mata redup  lelaki tersebut singgah di hatinya. Tampan sekali hamba-Mu ini Ya Allah. Astagfirullahalazim.
"Ya..ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Aliff Danial.
" Mana Dragon?" tanya Puteri Syafiyyah Amani perlahan.
" Naga? Mana? Mana? " Mata Aliff Danial meliar di sekitar kawasan rumah itu.
" Bukan naga la encik, Dragon tu kuda saya," kata Puteri Syafiyyah Amani sambil tertawa perlahan.
Dia ketawa? Ya Allah...Mesti senyumannya sungguh manis. Bengap betul lah aku ni. Zaman moden macam sekarang ni manalah ada naga. Bukan dongeng saja ka? Aduh ! Malu-malu...
"Oh! Kuda hitam tu ya? Ada di belakang rumah ni. Di belakang rumah ni terdapat sebatang sungai yang mengalir perlahan. Kuda cik tengah melepaskan lelahnya kot," jelas Aliff Danial panjang lebar.
"Terima kasih..." ucap Puteri Syafiyyah Amani sambil berjalan perlahan menuju ke belakang rumah lelaki tersebut.
"Err..Cik,boleh saya tahu nama cik?" pertanyaan jujur daripada Aliff Danial membuatkan langkah Puteri Syafiyyah Amani terhenti. Tanpa menoleh ke belakang Puteri Syafiyyah tersenyum dan menjawab ringkas.
" Amani.." Puteri Syafiyyah Amani kemudiannya meneruskan langkahnya untuk mencari Dragon.
'Sedap nama tu..Mesti cantik orangnya.'

********************************

"Dragon...Macam mana kita boleh sampai sini ni? Beta tak nak orang lain tahu..Kalaulah kita tertangkap di sini macam mana? Allah...Dragon, mari kita pergi daripada sini..." bisik Puteri Syafiyyah Amani di telinga Dragon seolah-olah Dragon memahami kata-katanya.

Puteri Syafiyyah Amani menarik tali yang terdapat pada tengkuk Dragon, Dragon mengekorinya perlahan-lahan. Puteri Syafiyyah Amani mencari-cari kelibat lelaki tampan yang menegurnya tadi. Tetapi Puteri Syafiyyah Amani berasa bersalah jika tidak mengucapkan terima kasih kepada orang yang menolongnya tadi.

Puteri Syafiyyah masuk ke dalam rumah yang separuh usang itu. Walaupun begitu, rumah itu terletak di tengah-tengah hutan. Di tepi-tepinya terdapat beberapa jenis bunga dan sayur-sayuran ditanam rapi. Seperti dihuni sepasang suami isteri yang bahagia. Mungkin lelaki tersebut seorang suami? Mungkin...

Tiba-tiba dia terdengar suara lelaki tadi daripada sebuah bilik. Puteri Syafiyyah Amani teragak-agak untuk melihatnya. Dia mendekatinya perlahan-lahan.

" Allahuakhbar..." kata lelaki tadi sambil mengangkat takbir. Aliff Danial menjadi imam kepada dua orang jemaah. Salah satu daripada jemaah tadi ialah seorang tua yang duduk di atas kerusi. Mungkin dia terlalu uzur untuk bersolat sambil berdiri. Seorang lagi ialah jemaah perempuan...

" Kau tak solat?" tanya gadis yang ku lihat setelahku terjaga daripada pengsan.
" Saya uzur..." jelas Puteri Syafiyyah Amani.
" Oh! Untuk pengetahuan cik...Abang Aliff yang bawa kau balik tadi. Dia kata kau kena patukan ular. Betul ke? Ke kau pura-pura pengsan sebab nak pikat Abang Aliff?" serkap gadis itu.
" Astafirullahalazim dik, kakak tak ada niat pun !" bantahku.
" Eleh..boleh percaya ke cakap kau ni? Kau ni apa hal berpurdah-purdah segala? Kau ni penyamun yang melarikan diri ke? Dah la pakai purdah..Naik kuda, tengah-tengah hutan..Bersendirian pula tu. Kau tak takut ke?" tanya gadis itu. Puteri Syafiyyah Amani menahan sabar. Ini sudah keterlaluan. Sabar Fiyyah. Sabar..
" Terpulang kepada adik lah! Kakak ada Allah di sisi kakak. Jadi akak tak perlu takutkan apa-apa.." kata Puteri Syafiyyah Amani tenang.

"Cik Amani , Izara...Kenapa ni ? Ada apa-apa yang boleh abang tolong? Abang dah habis solat. Err..Izara, ayah nak mandi tu.." kata Aliff Danial sambil menunjuk ke arah Pak Ali yang sudah siap sedia untuk mandi.
" Mana ibu? Kenapa ibu tak mandikan ? Isy,menyusahkan betul!" Izara membentak sambil membebel.
" Ibu tengah hidangkan makanan tengah harilah!" Aliff Danial menerangkan kepada Izara yang sedang membebel. Walaupun sudah dijelaskan, Izara tetap memberontak.
" Encik..Terima kasih sebab selamatkan saya, saya perlu bertolak sekarang" kata Puteri Syafiyyah Amani.
" Sama-sama. Saya tolong awak ikhlas. Tak mengharapkan apa-apa balasan pun.Jangan pergi lagi..Luka di kaki Cik Amani belum betul-betul sembuh. Jika Cik Amani berjalan jauh,kemungkinan besar bengkak di kaki Cik akan lebih teruk.." ujar Aliff Danial.
' Saya ingin berkenalan dengan awak.' detik hati Aliff Danial.

" Nak..Janganlah pergi lagi..Makanlah di rumah makcik dahulu. Rehatlah dan buat seperti rumah anak sendiri," kata seorang perempuan yang separuh umur. Pakaian serba ringkas dan bersih. Mukanya kelihatan berseri-seri selepas solat.  Puteri Syafiyyah Amani tidak sanggup untuk menolak.
"Baiklah makcik...Terima kasih," ujar Puteri Syafiyyah Amani.
' Yes,yes,yes !' hati Aliff Danial girang. Tetapi wajahnya tetap kekal selamba.

"Makanlah nak, buat macam rumah sendiri..." kata Mak Temah sambil menghulurkan sepinggan nasi kepada Puteri Syafiyyah Amani.
"Terima kasih mak cik!" kata Puteri Syafiyyah Amani.

Meja yang mempunyai empat buah kerusi itu penuh dengan kehadiran Pak Ali, Aliff Danial,Izara, dan Mak Temah. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk makan dibawah sahaja. Ya, di atas lantai. Puteri Syafiyyah Amani langsung tidak berasa kekok dengan keadaan tersebut. Walaupun pangkatnya sebagai Tuan Puteri Negara Damaiputra namun dia boleh membiasakan diri dengan keadaan sekelilingnya. Begitu baik didikan daripada kedua orang tuanya.

"Amani...boleh mak cik tanya sikit?" ujar Mak Temah.
"Boleh mak cik.." balas Amani pula.
"Maaflah kalau pertanyaan mak cik ini akan membuatkan Amani kecil hati.." tambah Mak Temah sebelum meneruskan pertanyaannya.
" Tak apa lah mak cik. In sha Allah saya tak kan marah," kata Puteri Syafiyyah Amani.
Aliff Danial yang sedang membasuh tangannya mengambil tempat bersebelahan Pak Ali setelah selesai. Perbualan Mak Temah dan Amani telah menarik perhatian Izara dan Aliff Danial. Manakala Pak Ali hanya berdiam seribu bahasa. Sakit yang membuatkannya lebih selesa mendiamkan diri. Izara menghulurkan sepinggan nasi kepada Aliff Danial. Nasi sengaja dibubuh banyak kerana Izara tahu Aliff Danial akan menyuapkan ayahnya makan. 'Asyik-asyik ayah! Aku ni, dia tak nak layan langsung!' bentak hati Izara.

"Sebenarnya mak cik nak tanya, kamu tak rimas ke pakai purdah ni? Mak cik nampak macam panas je?" tanya Mak Temah. Jujur.

"Mak Temah, memakai purdah kena ikhlas. Kalau hati kita ikhlas, apa kelebihan dan kekurangan memakai purdah ini kita boleh terima dengan seadanya..Saya pakai purdah ni bukan untuk tunjuk baik pada orang lain atau mengikut trend zaman sekarang tetapi untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan. Malahan, memakai niqab ini juga dapat mengelakkan fitnah. In shaa Allah, jika kita ikhlas..Allah akan permudahkan segalanya," terang Puteri Syafiyyah Amani.

" Yakah? Bukan kau melarikan diri ke? Baik kau terus-terang saja dengan kami,kami tak bodoh la untuk menilai semua ni. Kau pakai purdah sebab nak sembunyikan wajah kau yang sebenarkan?" tempelak Izara tiba-tiba.
" MasyaAllah Izara! Kenapa tuduh Cik Amani macam tu? Kamu tahukan fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh?!" suara Aliff Danial tinggi.

Suasana di meja makan yang pada mulanya tenang menjadi hangat apabila Izara berkata demikian. Puteri Syafiyyah Amani hanya mendiamkan diri...Dia tahu, jika dia bersuara keadaan tentu akan menjadi lebih rumit. Akhirnya semua makan dengan diam dan tidak mengeluarkan suara sedikitpun. Tetapi dalam diam, kelakuan Aliff Danial memikat hati wanitanya.

Aliff Danial kelihatan begitu sabar melayan kerenah Pak Ali. Pak Ali dikata lumpuh separuh badan. Separuh badannya boleh berfungsi dan separuh lagi langsung tidak berfungsi. Tangannya tidak dapat menampung beban yang berat. Oleh itu, Aliff Danial yang menyuapkannya makanan. Walaupun ada ketikanya Pak Ali meluahkan makanan tersebut, Aliff Danial dengan tenang akan mengelap bibir Pak Ali dengan ibu jarinya. Tidak timbul perasaan jijik dan membebankan bagi Aliff Danial dalam melayan kerenah Pak Ali.

Mak Temah hanya melihat daripada jauh. Anak angkatnya itu terlalu baik. Bahkan anak kandungnya,Izara pun tak sebaik itu. Sanggup menjaga makan pakai suaminya itu. Semuanya sempurna dan mudah setelah kedatangan anak muda itu sejak dua bulan yang lalu...Dia dah terlalu banyak berhutang budi dengan Aliff Danial. Entah bagaimana lagi harus dia membalas jasa anak muda itu. Mak Temah mengusap air mata yang mengalir perlahan di pipinya. Takut jika orang lain perasan dengan kehadiran air mata yang tidak diundang itu.


**************

Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan tengah hari sebentar tadi, Puteri Syafiyyah Amani membawa diri ke bilik yang dikhaskan untuknya. Bilik tersebut sebenarnya bilik Aliff Danial. Dia hanya menumpang di bilik itu sebentar sahaja untuk merehatkan badan. Hal ini kerana rumah usang itu hanya mempunyai tiga bilik. Satu untuk Aliff Danial,satu untuk Pak Ali dan Mak Temah dan satu lagi untuk anak dara mereka, Izara. Izara membantah dengan sekerasnya apabila Mak Temah menyuruhnya berkongsi bilik dengan Puteri Syafiyyah Amani, akhirnya Aliff Danial menawarkan biliknya kepada Puteri Syafiyyah Amani. Puteri Syafiyyah Amani bersetuju setelah didesak oleh Mak Temah. Izara sudah menarik muka.

' Ya Allah, sepertinya kedatangan aku disini tidak disukai oleh Izara. Tindakan dia yang dingin terhadapku membuatkan aku sedar bahawa aku tidak diperlukan lagi disini...' cetus hati Puteri Syafiyyah Amani sambil membaringkan dirinya di atas katil perlahan-lahan. Kakinya masih sakit.

'Ya Allah, kenapa Aliff Danial begitu mempersonakan di mataku ? Adakah ini jodoh dari-Mu atau permainan nafsu? Aku buntu...'

Puteri Syafiyyah Amani terjaga daripada lena apabila terdengar suara orang sedang bercakap di hadapan tingkap bilik Aliff Danial merangkap biliknya sekarang. Izara! Dia kenal sangat suara Izara...

Perlahan-lahan dia mendekati tingkap tersebut setelah bersusah-susah untuk bangun sebentar tadi. Dengan keadaan yang mamai dia memperbetulkan niqabnya.

" Abang Aliff, apa kurangnya Izara ni? Kenapa Izara tak boleh jadi isteri abang hah ?" tanya Izara.

" Izara, tolonglah faham...Abang cuma anggap Izara sebagai adik abang saja. Tak lebih dan tak kan pernah lebih!" tegas Aliff Danial.

"Sebab abang suka perempuan berpurdah tu kan? Abang, Izara rasa perempuan tu bukan perempuan baik-baiklah abang...Yelah abang, logik ke perempuan baik ada kat hutan? Dah la tu, bersendirian. Abang tak syak apa-apa ke?" provok Izara.

"Isy, Izara ni! Jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak? Kita tak tahu apa sebenarnya tujuan dia, jadi kita tak boleh nak tuduh dia sesuka hati." balas Aliff Danial.

"Abang nak tahu tak muka dia macam mana ?" tanya Izara.

"Abang tak perlu tahu semua itu, wajahnya, dan auratnya biarlah menjadi rahsia. Itu hak dia. Abang ni lelaki ajnabi bagi dia..Jadi abang tak nak apabila Izara beritahu abang, abang akan jatuh cinta dengan keindahan wajahnya bukan dengan keperibadian mulia yang dia ada.." ujar Aliff Danial, ikhlas. Benar dia ingin mencintai Puteri Syafiyyah Amani kerana akhlak, dan agamanya bukan kerana kecantikkan wajahnya. Dan, dia hanya akan mencintai Puteri Syafiyyah Amani apabila gadis berpurdah itu sudah menjadi miliknya yang halal. Puteri Syafiyyah Amani yang sejak tadi menjadi pendengar setia terharu dengan kata-kata Aliff Danial.

'Ya Allah, jika benar dia untukku...Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku damaikan hatiku dengan ketentuan-Mu' sempat Puteri Syafiyyah Amani berdoa. Dia tidak mahu terlalu berharap. Tiba-tiba dia tersedar ! Dia hampir lupa dengan hakikat sebenar! Ya Allah...

" Abang ni! Bukan tu maksud Izaralah abang! Abang nak tahu tak muka dia tu, hodoh!" lancang mulut Izara mengeluarkan kata-katanya.

Puteri Syafiyyah Amani terkedu. Astagfirullahalazim..Puteri Syafiyyah Amani berisgtifar di dalam hati. Dalam menahan sabar di hati, dia juga tertanya-tanya apakah respon yang akan diberikan oleh Aliff Danial.

"Izara, abang bukanlah lelaki yang mementingkan rupa paras semata-mata. Yang paling penting, hati. Abang lebih suka seorang yang hatinya suci dan bersih. Biarlah secantik mana pun seseorang gadis, kalau hati dia kotor dan mempunyai hasad dengki terhadap orang lain pun, tak guna juga kan?'' bidas Aliff Danial. Selamba. Lalu melangkah pergi meninggalkan Izara yang terpingga-pingga.

Puteri Syafiyyah Amani menyembunyikan senyum disebalik niqabnya. 'Sungguh bijak sekali lelaki itu berkata-kata,' buat kali keduanya hati Puteri Syafiyyah Amani terpikat!

Tiba-tiba terdengar pintu bilik diketuk. Puteri Syafiyyah Amani terkejut. Puteri Syafiyyah membuka pintu perlahan. Mak Temah berada di hadapan pintu sambil tersenyum. Di tangannya terdapat beberapa helai baju yang dilipat kemas.

" Ambillah baju ni..Pergi mandi! Bilik air ada dibelakang rumah ni. Jangan risau, Aliff Danial dah ke hutan tadi. Nak pergi cari herba katanya. Pak Ali ada dalam bilik, tengah tidur.." kata Mak Temah sekaligus mengurangkan rasa bimbang di hatiku. Macam tahu-tahu je Mak Temah ni.

" Terima kasih Mak Temah kerana begitu memahami," ucap Puteri Syafiyyah Amani. Ikhlas dan terharu.

Puteri Syafiyyah Amani membuka niqabnya perlahan-lahan setelah Mak Temah membawa diri. Dia ingin menyegarkan diri setelah hampir seharian berada di sini.

Dia memakai pakaian yang diberi oleh Mak Temah. Sepasang baju kurung yang berwarna merah jambu itu sangat padan dengan dirinya. Tidak ketat. Setelah selesai memakai pakaian, dia keluar daripada bilik air cepat-cepat untuk mengelakkan orang lain melihat wajahnya. Kini dia hanya memakai tudung tetapi tidak menutup wajahnya.

Tetapi, tanpa disedarinya ada seseorang sedang membasuh kaki di hadapan bilik air tersebut. Mata mereka bertaut.
" Subhanallah..." ucap Aliff Danial setelah terkejut dengan pemandangan yang dihidangkan kepadanya.
Namun sempat dia berisgtifar di dalam hati.

Puteri Syafiyyah Amani cepat-cepat memalingkan badannya daripada terus berhadapan dengan lelaki itu. 'Malunya'!

" Maafkan abang ya Amani, abang tak tahu Amani ada kat sini. Abang..." ujar Aliff Danial. Dia tak mahu disalah anggap oleh Puteri Syafiyyah Amani sebagai seorang lelaki mata keranjang. Sungguh, dia bukan lelaki seperti itu !
“ Err..Tak apalah abang, salah Amani juga…” kata Puteri Syafiyyah Amani. Perasaan malu masih menebal dalam hatinya.
“ Abang pergi dulu ya…” Aliff Danial berkata sebelum meninggalkan Puteri Syafiyyah Amani di situ. Dia tahu, Puteri Syafiyyah Amani mesti malu dengan dirinya.
“ Baik..” hanya sepatah kata yang mampu diucapkan oleh  Puteri Syafiyyah Amani.
Aliff Danial tetap meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Namun dia tidak dapat melupakan raut wajah Amani yang terlihat tadi. Ya Allah, sungguh hebat kuasa ciptaan-Mu.
Adakah aku benar-benar jatuh cinta ?
Puteri Syafiyyah Amani masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuknya. Sambil bersandar di pintu bilik tersebut dia merasa sangat berdebar-debar.
“ Ya Allah, biarlah aku mencintaiMu dan RasulMu sebelum aku menyayangi lelaki itu.” Puteri Syafiyyah Amani berdoa perlahan.
Tiba-tiba…
“ Beta nak rumah ini digeledah ! Cari Puteri Syafiyyah Amani sampai dapat!” kata seseorang dari luar rumah.
“ Ya Allah!” Puteri Syafiyyah Amani kenal benar dengan suara itu. Ya, suara tunangnya. Raja Mursyid bin Raja Aminul.
“ Siapa kamu ?” terdengar suara Aliff Danial bertanya.
“ Beta dan pengawal-pengawal beta sedang mencari seorang gadis berpurdah yang menunggang seekor kuda hitam. Beta lihat ada seekor kuda hitam di sini !” jelas Raja Mursyid.
“ Ha…Kan Izara dah kata tadi! Perempuan tu bukannya perempuan baik-baik. Kenyataan sudah terpampang depan mata abang oi!” sampuk Izara. Mengambil peluang yang tersedia.
“Oh, kamu semua yang menyembunyikan dia ya ? Kembalikan dia atau kamu semua beta bunuh sekarang!” tempik Raja Mursyid.
“Taa…k, Tak..Kami tak sembunyikan dia, tadi dia cedera! Abang Aliff membawanya pulang untuk dirawat!” jelas Izara.
“Pergi! Dia tiada disini!” jerit Aliff Danial. Puteri Syafiyyah Amani tersentak. Mengapakah Aliff Danial masih mahu melindunginya sedangkan nyawanya , nyawa Mak Temah dan Pak Ali! Nyawa Izara apatah lagi.
“ Abang!” panggil Izara.
“Ah…Beta tak peduli  sama ada dia ada atau pun tidak! Geledah rumah ni sekarang! Kalau perlu bunuh sahaja jika ada yang mengganggu!”  arah Raja Mursyid.
“Tunggu,” Puteri Syafiyyah Amani  menyerah diri. Dia tidak mahu keluarga Aliff Danial menjadi mangsa kerakusan Raja Mursyid. Tunangannya memang terkenal dengan sikap kejam dan tidak berhati perut. Puteri Syafiyyah Amani masih lagi tidak mengerti mengapakah dia yang harus dikahwinkan dengan raja yang kejam itu. Mungkin Allah telah mengaturkan yang terbaik untuknya.
Semua mata tertumpu ke arah Puteri Syafiyyah Amani. Lebih-lebih lagi sepasang  mata milik Aliff Danial. Mata itu tajam memandangnya.
“Hei perempuan! Kau memang bawa sial kan?!” jerit Izara sambil meluru ke arah Puteri Syafiyyah Amani. Namun begitu,  Aliff Danial sempat menarik tangan Izara sebelum Izara bertindak lebih jauh.
“ Silakan Puteri…” kata salah seorang pengawal yang datang bersama Raja Mursyid sebentar tadi.
“Puteri?” sayu suara Aliff Danial bertanya...
Puteri Syafiyyah Amani diam. Dia langsung tiada kekuatan untuk menerangkan segala-galanya. Biarlah semua ini menjadi rahsianya. Puteri Syafiyyah Amani tidak mahu orang lain menjadi mangsa atas tindakannya ini. Dia harus tabah walaupun hatinya kini terbuka sedikit demi sedikit untuk jejaka yang bernama Aliff Danial… Tapi mungkin jodohnya bukan dengan Aliff Danial sebaliknya Raja Mursyid itu.. Dia harus terima ini.. Puteri Syafiyyah Amani mengambil keputusan untuk kembali ke istananya bersama Raja Mursyid. Keluarga Aliff Danial kelihatan sedih dengan pemergian Puteri Syafiyyah Amani.

Beberapa bulan berlalu…

Pertunangan Puteri Syafiyyah Amani putus apabila Negara Indera gempar dengan kehadiran seorang gadis yang mengaku sedang hamil anak Raja Mursyid. Akhirnya segalanya terbongkar dengan sekelip mata. Raja Mursyid dan keluarganya terpaksa  bertanggungjawab terhadap gadis itu.
Puteri Syafiyyah Amani sedang berada di kamarnya sebelum seseorang mengetuk pintu biliknya.
Dia tidak tahu sama ada dia patut bersedih atau bergembira. Tetapi yang pasti, Puteri Syafiyyah Amani bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Raja Mursyid. Raja Mursyidlah yang menyebabkan dia lari dahulu. Dia tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang gila perempuan itu...

'Apa khabar agaknya Mak Temah dan Pak Ali, tiba-tiba rasa rindu timbul di hati ini. Adakah sebenarnya aku merindui lelaki itu. Tak mungkin!' monolog Puteri Syafiyyah Amani.

“ Assalamualaikum tuan puteri, Permaisuri Afifah ingin berjumpa dengan tuan puteri sekarang di bilik tetamu istana secepat mungkin. Permaisuri menyuruh tuan puteri berpakaian cantik kerana ada tetamu yang bertandang,” kata seorang disebalik pintu biliknya yang tertutup.
“Waalaikumussalam,baiklah…” sayu sahaja suara Puteri Syafiyyah. Apa lagi yang sedang menunggunya di bilik tetamu istana? Allahurabbi..


Puteri Syafiyyah Amani cuma bersiap ala kadar. Jubah berwarna merah gelap,tudung labuh dan sehelai niqab berwarna hitam di wajahnya. Tidak perlu bersiap terlalu cantik. Tabarruj.

“ Assalamualaikum…” perlahan Puteri Syafiyyah Amani memberi salam apabila sampai ke ruang itu. Kelihatan seorang lelaki dan wanita separuh umur sedang duduk sambil bersembang dengan ayahanda dan bondanya.

“ Mari duduk di sebelah bonda sayang,” panggil bondanya sambil menepuk-nepuk kusyen di tepinya.
Puteri Syafiyyah Amani bersalam dengan tetamu wanita separuh umur itu , ayahanda dan bondanya. Sebelum duduk di tepi bondanya perlahan-lahan.Tiba-tiba matanya terpandang kepada susuk tubuh seorang lelaki yang segak memakai kot diraja. Mungkin anak mereka barangkali.  Wajah tersebut tidak dapat dilihat oleh Puteri Syafiyyah Amani.

“ Anakanda, Raja Syed Aris dan Permaisuri Sharifah Amina datang ke sini untuk merisik anakanda untuk dijadikan isteri kepada Putera sulung mereka, Putera Syed Aliff Danial. Adakah anakanda setuju?”
“ Putera Syed Aliff Danial? Macam pernah dengar saja nama itu,” kata Puteri Syafiyyah Amani. Rasanya itulah Putera yang berjaya membongkar rahsia Raja Mursyid minggu lalu.
“Sudikah Puteri Syafiyyah Amani menjadi zaujah saya sehingga ke Jannah?” tiba-tiba lelaki yang memandang ke luar tadi bersuara.

Allahuakbar! Aliff Danial!” kata Puteri Syafiyyah Amani. Dia kehilangan kata-kata.  Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu…Dua tiga hari sebelum ini dia telah membuat solat Istikharah untuk memohon petunjuk Allah setelah tali pertunangannya diputuskan. Dia bermimpi ada seorang lelaki yang mengangkatnya ketika dia tidak sedarkan diri. Bukankah Aliff Danial yang menyelamatkannya dulu ?


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis perkahwinan yang diadakan pada tengah hari tadi cukup meriah, rakyat daripada kedua-dua buah Negara hadir untuk meraikan putera dan puteri mereka. Marhaban yang dialunkan sepanjang majlis itu berlangsung memeriahkan lagi suasana.


Putera soleh dan puteri muslimah akhirnya bersatu. Percayalah setiap gadis yang baik itu akan mendapat lelaki yang baik manakala lelaki yang tidak baik akan mendapat gadis yang tidak baik.
Putera Syed Aliff Danial segak memakai kot berwarna putih manakala Puteri Syafiyyah Amani memakai jubbah berwarna putih dan tudung labuh. Tidak dilupakan juga niqabnya.

Syukran kerana menjadi isteri saya,” bisik Putera Syed Aliff Danial kepada isterinya. Puteri Syafiyyah Amani tersenyum malu.

Afwan, ana uhubukki fillah!(Sama-sama,saya menyayangi anda kerana Allah)” kata Puteri Syafiyyah Amani.

Dua bulan berlalu…

“ Umi tengah buat apa ni? Abi rindu…” kata Syed Aliff Danial sambil memeluk pinggang isterinya lantas mencium pipi isterinya.
“ Umi tengah memasak untuk abilah…” jawab Puteri Syafiyyah Amani.
“ Oh! Syukran ya umi,” balas Putera Syed Aliff Danial sambil tersenyum.
Afwan!” ringkas sahaja jawapan Puteri Syafiyyah Amani. Dia sedang khusyuk membaca buku resepi yang berada di tangannya sambil memeriksa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak masakan kegemaran suaminya iaitu Ketam Masak Merah.

Tiba-tiba Puteri Syafiyyah berasa mual dan pening. Cepat-cepat dia berlari ke singki. Dia memuntahkan air dan makanan yang dimakannya pagi tadi.

Allahuakbar, sayang ok ?” tanya Putera Syed Aliff Danial sambil mengusap belakang dan tengkuk isterinya. Dayang-dayang turut datang membantu.
“ Sayang okey, tapi sakit ni akan berlarutan sehingga beberapa bulan..Selepas itu, perut umi akan mengembung. Kaki umi akan bengkak. Nanti umi dah tak larat nak jalan,” kata Puteri Syafiyyah Amani lemah, dia dipapah oleh Putera Syed Aliff Danial.
Aliff Danial mula risau dengan penyakit isterinya.
“ Sayang, jangan risau…nanti abi carikan seorang doktor pakar untuk sayang supaya sayang cepat sembuh ya” kolam mata Putera Syed Aliff Danial mula berair.
“ Abi…nanti abi akan jadi abi yang sebenar-sebenarnya!” kata Puteri Syafiyyah Amani sambil meletakkan tangan Putera Syed Aliff Danial ke perutnya yang masih kempis.
“Alhamdulillah ya Allah..Syukur padamu Ya Allah…” Putera Syed Aliff Danial cepat-cepat sujud syukur di tepi dapur itu. Setelah selesai, dia mencium pipi isterinya.
Syukran ya zaujahku,” bisik Putera Syed Aliff Danial. Dayang-dayangnya menutup mata, tidak mahu melihat adegan itu..
“ Ya, afwan abi. Semoga kita dapat menjadi ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak soleh dan solehah,” kata Puteri Syafiyyah Amani.
“In Sha Allah, moga Allah permudahkan segalanya,” doa Putera Syed Aliff Danial.

Tamat 

Terima kasih kerana sudi membaca ! Tinggalkan komen dan klik iklan dibawah yah ! :)

No comments:

In LOVE