Di sebalik hilai tawa,
Siapa tahu ada duka,
Disebalik tiap perkara,
Siapa tahu ada rahsia.
Tiap kata sukar kuungkap,
Tiap rahsia makin tersingkap,
Dengan zahir yang tak terucap,
Sejauh mana harus kusingkap?
Hati ini kian berduka,
Merah penuh dengan luka,
Melihat mereka riang ketawa,
Sedarkah aku disisi mereka.
Aku kian terdiam sepi,
Menanti bahagia di hujung hari,
Dalam hujan aku menari,
Kerana sedang menangis sendiri.
Pernahkah kau cuba fahami,
Apa yang aku pendam sendiri,
Rahsia yang aku simpan di hati,
Agar tiada siapa terokai.
Aku masih lagi menanti,
Bahagia di kemudian hari,
Kerana satu jati diri,
Janji Allah itu pasti.
1 comment:
Di mana kalian? kenapa menyepi?
Post a Comment