Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

7 Mar 2013

PLAYBOY VS PLAYGIRL 1



Amier Rafzan membuka akaun  facebooknya. Matanya tepat memandang ke arah notifications.
"Banyaknya orang likes. Famous jugak aku ni," tutur Amier Rafzan seorang diri sambil tersenyum kambing. Tangannya mengurut lembut dagunya yang berjanggut sejemput itu. Orang kata, kalau ada janggut baru orang ramai terpikatTangannya terus ligat membuka notifications. Terdapat ramai yang memberi komen dan setengah yang likes. Kadang-kadang dia sengaja update status dengan ayat yang bersahaja. Contohnya, seperti ini.

~Nak pergi tandas jap~

~Nak tidurlah, daaa~

Notificationnya boleh dikatakan mencecah ratusan orang. Bangga sekejap dengan diri sendiri. Amier Rafzan terus buka membaca. Tiba-tiba matanya tertangkap kepada seorang pemilik 'muka buku'. Perempuan! Dia pantas klik nama perempuan itu.

"Cantiknya perempuan ni," puji Amier Rafzan tersenyum sambil membetulkan posisi duduknya daripada bersila terus meniarap atas katil.

"Sedapnya nama. Neldya Emilda. Not bad," tuturnya sambil memandang wajah Neldya Emilda pada skrin komputer ribanya dengan senyuman meleret.

"Banyaknya gambar. Bertambah seronok ni!" tangannya kalut membuka gambar Neldya Emilda sambil bibirnya dikebam rapat. Usai melihat kepingan gambar, lantas ditekan butang add friend.  Seronoknya! Walaupun ramai yang ingin menjadi kenalan 'alam mayanya tetapi dia tetap memilih yang tertentu sahaja. Biasalah, orangnya kacak! mana tidak dikejar dek perempuan sekeliling.

Itulah perangai Amier Rafzan. Kaki perempuan! kaki mengayat! kaki membodek! kaki segala kakilah yang dia pakar. Lengkap segala pakej ini, cukuplah dia semakin glamour terutamanya di kampus tempat dia belajar.

Tiba-tiba, terdengar daun pintunya diketuk dari luar. "Am, bangun Am. Kamu buat apa tu? tak tahu nak bangun ke hah?!" tempik Puan Sri Yani sambil tangannya kuat mengetuk-ngetuk daun pintu bilik anak lelakinya itu.

"Ala, ma... Am dah bangun pun. Mama ni kacau betul la," rungut Amier Rafzan dengan wajah sebal. Jarinya masih lagi menekan keyboard komputer ribanya. Masih belum puas menatap wajah gadis  misteri itu.

"Kalau dah bangun kenapa tak turun bawah? Papa dan mama tercongok macam tunggul kayu, tunggu kamu turun makan tahu tak!" marah Puan Sri Yani lagi. Kali ini dia cuba memulas tombol pintu bilik anaknya dengan kasar. Biar rosak tombol pintu itu! Tidaklah menyusahkannya lagi untuk masuk ke dalam kamar anaknya.

Ämier Rafzan pantas menutup komputer riba apabila melihat 'kegilaan' mamanya sudah mencapai tahap maksima. Segera melompat dari katil seraya berlari-lari anak menghampiri daun pintu biliknya yang sedikit bergegar itu. Takut dirosakkan oleh mamanya la.

"Apa ni, mama?" soal Amier Rafzan dengan wajahnya ditarik masam. Bibirnya pula dimuncung tajam.

"Apa kamu kata? Mama dengan papa tunggu kamu nak sarapan, kamu boleh tanya kenapa?" soalan Amier dibalas soalan. Puan Sri Yani memandang wajah anaknya sambil bercekak pinggang dan keningnya pula diangkat tinggi. Sepersis Ziana Zain, penyanyi tersohor itu.

"Mama ni garang tak bertempat la. Ma... untuk pengetahuan mama, pagi-pagi macam ni, muka kita harus dihiaskan dengan senyuman. Sebab senyuman itu satu sedekah dan muka mama akan sentiasa nampak lebih muda daripada orang-orang muda di luar sana tu," tutur Amier Rafzan panjang menjela dengan menyelitkan pujian melambung hingga ke langit sambil senyuman terukir manis di bibir merahnya. Nampak sangat hiperbola!

Sepasang mata Puan Sri Yani terbuntang mendengar kata-kata anaknya. Bibirnya dikebam geram! " Oh, kamu nak kata mama nampak tua la ni?" membuak-buak kemarahannya kini. Seperti termomoter yang mendidih panas. Bila-bila masa sahaja boleh pecah.

Tertelan air liur Ameir Rafzan memandang wajah mamanya yang mula kemerahan menahan geram. Tanpa membuang masa, sepantas kilat kakinya menghala ke arah tangga dan turun dengan laju. Tidak mahu dicubit ketam oleh mamanya. Tidak sanggup!

"Macam lipas kudung! tahu pun takut. Suka-suka hati dia saja nak kata kita ni tua. Setiap bulan kita pergi treatment, mana dia tahu. Perangai tak ubah-ubah. Ada saja alasan dia tak mahu kena marah. Alih-alih kita jugak yang kena." leter Puan Sri Yani seorang diri sambil kedua-dua tangannya memegang pipi kemerahannya itu.

"Sudah tua ke aku ni?" soal Puan Sri Yani sendiri dengan wajah ditarik masam mencuka. Ah! sudah... dia sudah terkena dengan anaknya sendiri.

"Am!!!" jerit Puan Sri Yani setelah tersedar dipermainkan oleh anaknya sendiri. Bergema satu rumah dengan jeritannya. Nasib baik rumahnya dibuat daripada bata. Kalau kayu, gamaknya runtuh rumah itu.


***

"Kamu buat apa ni, Am?" soal Tan Sri Rahim memandang Amier Rafzan yang tercunggap-cungap itu. Seperti tidak cukup nafas! Dia melihatnya pun, terasa penat. Sudahlah, ada penyakit penat. Terasa bertambah lagi penat.

Dada Amier Rafzan yang turun naik itu tidak dapat dia berkomunikasi. Letih menuruni tiga puluh anak tangga. Sungguh menyesakkan dada!

"Am tak buat apa pun," balas Amier Rafzan sambil tangannya menarik kerusi antik itu seraya didudukinya.

"Habis yang kamu tercungap-cungap macam tak cukup nafas ni kenapa? Tak cukup lagi berjoging setiap petang, sampai dalam rumah pun nak berjoging jugak?" sindir Tan Sri Rahim lalu dimasukkan kuih melaka ke dalam mulutnya. Nikmat tidak terkata.

" Ala, mama punya pasal. Bukannya salah Am pun," Amier Rafzan seakan membela diri. Tangannya ligat mengambil sekeping roti lalu disapu dengan Nutella. Siap disapu, terus dibawa ke mulutnya. Sedap!

"Ha, sedap makan?" soal Puan Sri Yani tiba-tiba, sambil tangan kanannya membawa  fresh orange lalu diletakkan di atas meja. Kerusi meja ditarik lalu didudukinya di sebelah suami tercinta.

Ämier Rafzan menunduk. Tidak mahu memandang wajah garang mamanya. Takut! Roti dalam mulut dikunyah perlahan.

Tan Sri Rahim hanya menggeleng. Tersengih dengan kenakalan anak tunggalnya. Suka sangat mengusik mamanya!

"Esok, pergi kerja ya." tutur Puan Sri Yani memandang tepat wajah kacak anaknya. Ikut sepersis wajah suaminya.

"Ala, ma..."

"Apa? Tak nak pergi? atau kamu nak tolong mama dan bibik cuci periuk setiap hari?" ugut Puan Sri Yani. Bukan boleh diberi muka sangat dengan budak ini.

"Ma, Am malaslah... Lagipun, papa boleh bagi duit kat Am setiap bulan. Bukannya banyak pun, lima ribu saja. Kerja bukannya dapat duit banyak pun. Lebih kurang gaji sebulan seribu lebih. Tak nak pergilah ma..." Amier Rafzan memberi alasan. Kala itu, tangannya ingin mencapai Nutella, tetapi disambar dahulu oleh mamanya. Amier segera memuncungkan mulut dengan mukanya yang dimasamkan!

Tan Sri Rahim hanya mendiamkan diri. Malas menyampuk. Kalau disampuk, takut pulak jadi perkara lain. Lebih baik baca surat khabar. Ilmu pun dapat. Hati pun tak sakit. Hai, takut bini ke?

"Ingat elok sangatlah tarik muka macam tu? Eh, Am... umur kamu sekarang dua puluh dua tahun. Bukannya dua tahun. Kamu kena belajar berdikari. Jangan nak mengharapkan sangat duit papa kamu . Syarikat papa kamu tu, nanti kamu yang kena handle, tak ada orang lain nak handle."

"La, kalau macam tu bagilah Am kerja kat syarikat papa. Kalau kerja dekat kedai makan tu pun, bukannya sama dengan kerja syarikat. Kata nak suruh Am takeover syarikat tu," tutur Amier Rafzan dengan mata dikebilkan beberapa kali dengan senyuman yang tampak gigi putih yang tersusun cantik.

"Amboi, amboi, amboi,...lawan tauke nampak? Eh, mama suruh pergi kerja, pergi sajalah. Bukannya susah pun," Puan Sri Yani memberi kata putus.

"Orang cakap pun nak marah," Amier Rafzan menarik muka seposen. Suka sangat tarik muka. Kedut baru tahu! Katanya, pagi-pagi harus dihiaskan dengan senyuman? Mana senyuman bak bunga seri wangi tu?

"Yang papa ni diam saja kerjanya. Bukannya nak tolong nasihatkan anak," bebel Puan Sri Yani kepada suaminya pula.

"Ya Allah, mama. Papa bukannya tak mahu bagi nasihat. Nanti kalau bagi nasihat, jadi cerita lain pulak. Mama tu bukannya boleh sangat. Kalau papa joint, kata menyampuklah, apalah." rungut Tan Sri Rahim. Tidak faham dengan sikap isterinya itu. Sikit-sikit disalahkan. Tetapi dia tahu, isterinya seorang yang penyayang. Seorang yang baik hati walaupun mulutnya yang agak murai sedikit. Tanpa isterinya di sisi, sunyi pula rumah agam ini. Biarlah... isterinya itu penyeri rumah sebenarnya.

Puan Sri Yani lantas mengunci mulut seketika. Diherotkan bibirnya ke kiri dan kanan. Tanda protes.

"Bibik, mana air oren saya?!!!" jerit Puan Sri Yani tiba-tiba. Suka sangat dia melontarkan suara. Tak sakit tekak ke?

Tan Sri Rahim dan Amier Rafzan hanya menggeleng. Sudah faham benar dengan sikap mamanya.


***

"Ha, kau ni kenapa Am? Diam semacam saja. Bini lari ke?" seloroh Aiman, teman Amier Rafzan dengan tersengih.

Ämier Rafzan memandang tajam wajah Aiman. Rasa ingin menelan Aiman hidup-hidup. "Mulut kau ni tak ada insurans ke ha?"

"Kau ni sensitif sangat kenapa?" soal Aiman dengan dahi dikerutkan. Pelik dengan sikap Amier Rafzan. Sebelum ini, tidaklah seperti ini. Dilabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Amier Rafzan.

"Tak ada apa-apalah," jawab Amier Rafzan dengan wajah masam mencuka. Milo ais di hadapannya itu disedut rakus. Ais yang memasuki anak tekaknya, belum bisa menyejukkan hati yang semakin panas itu.

"Kau ni kenapa Am? Kalau kau ada masalah, kau cerita pada aku. Mana tahu, aku boleh tolong kau," tutur Aiman seakan memancing Amier Rafzan untuk menceritakan masalah yang ditanggung temannya itu.

"Entahlah, aku tak faham betul dengan Nina tu." Amier Rafzan mula membuka cerita.

"Oh, pasal perempuanlah ni? Am, come on... bunga bukan sekuntum. Banyak lagi bunga kat luar. Cuma kau tu saja yang suka sangat memilih," tutur Aiman tersengih seperti kerang busuk.

"Kau tahu tak, aku rasa macam dipermainkan. Kau faham kan? Sebelum ni, tak ada mana-mana perempuan yang tinggal aku seperti Nina buat pada aku. Aku rasa macam... entahlah!!!" tahap kegeraman Amier Rafzan sudah mencapai tahap maksima. Bila-bila masa sahaja akan meletup.

"Sabar bro.... sabar... Mungkin Allah nak uji kau. Am, aku sebagai kawan nak nasihatkan kau satu perkara. Kau janganlah permainkan hati perempuan lagi. Lagipun, sampai bila kau nak mainkan hati perempua ni? Sampai ke tua? Am... aku rasa Tuhan nak balas balik apa yang kau buat pada perempuan-perempuan lain. Dia nak kau rasa apa yang diaorang rasa. Insaflah, Am." nasihat Aiman panjang menjela. Cukuplah, dia memberi nasihat setakat itu tentang masalah ini. Semoga Amier Rafzan insaf dengan perkara yang dia lakukan.

Amier Rafzan tersenyum sinis sambil matanya meliar memandang keadaan sekeliling. Insaf? terasa canggung mendengarnya. Belum pernah lagi dia berniat untuk bersara daripada memainkan hati perempuan. Itu salah satu hobinya. Mana mungkin dia bersara!

Melihat Amier Rafzan yang membisu, Aiman sudah mengerti segalanya. Nasihatlah sampai berbuih-buih mulut sekalipun. Amier Rafzan tidak akan mendengarnya. Jenis manusia yang tak makan saman! Aiman segera melangkah kaki meninggalkan Amier Rafzan seorang diri. Kembali semula ke kaunter apabila melihat pelanggan datang untuk membayar.

Amier Rafzan merengus geram. Menyampah dengan sikap Aiman yang suka menjaga tepi kain orang. Apabila meluahkan, diberi nasihat pulak. Macam pak ustaz! Menyesal dia minta kerja di J.CO Donut. Bukan disebabkan mamanya, tidak mahu dia bekerja. Lebih baik duduk rumah, pergi racing ke, gym ke. Ini tidak, suruh bekerja. Tak ada perkembangan langsung! Jikalau tidak mahu pergi kerja, mamanya beri alasan, dapat  juga guna duit gaji itu untuk beli buku-buku rujukan abila masuk semester baru. Macamlah tak ada duit nak tampung perbelanjaan! Macamlah, pergi gym dan racing ada perkembangan? Menghabiskan duit lagi ada...


***

"Ma, Am rasa nak berhenti kerja. Tak nak kerja dah!" Amier Rafzan memberi kata putus. Air milo di dalam peti ais diambil seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi dapur. Digapai pula cawan kaca lalu dituangkan air milo ke dalam cawan kaca itu. Kemudian, dihirup dengan laju. Hilang haus!

"Apa?!" jerit Puan Sri Yani. Matanya membulat luas. Terkejut mendengar kata-kata anaknya.

Tersembur keluar air milo yang diminum Amier Rafzan. Kotor sudah meja antik mamanya. Nampaknya, dia sudah menempah maut!

Puan Sri Yani segera meletakkan senduk di atas pinggan plastik. Melangkah menghampiri Amier Rafzan yang kalut mengelap meja yang penuh dengan air milo. Geram bukan kepalang dengan anak tunggalnya itu. Serasanya, ingin sahaja menarik telinga capang yang sudah lama tidak ditarik. Seingatnya, kali terakhir dia menarik telinga Amier Rafzan semasa anaknya membuat perangai tidak mahu tinggal di asrama. Ketika itu, Amier Rafzan berusia enam belas tahun.

"Apa ni, ma? sakit ma... sakit..." rayu Amier Rafzan. Dicuba untuk menarik tangan mamanya yang sepersis ketam itu. Peritnya hanya Tuhan saja tahu. Terasa bagai nak terkeluar cuping telinganya.

"Kamu cakap apa tadi? Nak berhenti?" soal Puan Sri Yani dengan mata yang dijegilkan. Biar Amier Rafzan rasa takut dengannya. Bukan, semua orang tak kenal dengan Puan Sri Yani yang garang mengalahkan singa kelaparan! Kali ini, cuping telinga anaknya ditarik lebih kuat. Anak kalau dimanjakan, jadi beginilah jawabnya. Buat kerja sedikit, merungutnya mengalahkan buat kerja setahun. Padahal baru sehari!

"Sakit ma, sakit..." rayu Amier Rafzan sekali lagi. Kali ini, dia rasa seperti hendak mati. Rasa sakitnya, tidak dapat ditipu lagi atau dia harus sengaja membuat pengsan? Fikir Amier Rafzan seketika.


***

"Papa!!!" panggil Puan Sri Yani kalut. Risau sekali melihatkan keadaan Amier Rafzan. Ditepuk muka anaknya beberapa kali, namun, masih belum ada tindak balas. Takkan disebabkan, dia menarik telinga anaknya, terus sahaja pengsan? Ya, Allah...

Terkocoh-kocoh Tan Sri Rahim dan bibik berlari ke dapur apabila mendengar teriakan Puan Sri Yani. Sesampainya mereka, dilihat sekujur tubuh Amier Rafzan lembik di atas pangkuan Puan Sri Yani.

"Ma, kenapa ni?" soal Tan Sri Rahim dengan seraut wajah yang jelas terpancar riak kerisauan dengan apa yang dilihatnya.

"Tak tahu papa. Tadi mama tarik telinga dia sebab dia nak berhenti kerja. Takkanlah tarik telinga sampai nak pengsan? Ya, Allah... Am, bangun Am. Mama janji, lepas ni mama tak akan marah Am lagi. Mama janji." janji Puan Sri Yani. Dia menyesal dengan tindakannya itu. Air matanya mula bertakung. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh. Tidak mahu dia kehilangan anak tersayang. Ya Allah...

"Sudah, sudah... mari papa bawa dia pergi hospital. Mana tahu, ada penyakit lain." Tan Sri Rahim memberi kata putus. Tangannya cuba mengangkat tubuh Amier Rafzan. Bibik di situ turut menolong.

Amier Rafzan yang berpura-pura pengsan menjadi takut mendengar perkataan hospital. Segera dibuka sedikit matanya. Tidak mahu dia pergi hospital. Sudahlah 'alergik' dengan jarum. Tidak sanggup!

"Papa, Am sudah sedar." wajah Puan Sri Yani mula kembali tersenyum. Senyuman manis diberikan kepada anaknya. 'Terima kasih ya, Allah.' getus Puan Sri Yani. Mengalir air matanya.

Azmier Rafzan pelik melihat mamanya menangis. 'Kenapa pulak ni?' monolognya. Terasa bersalah mencengkam dalam diri saat ini.

"Am... mama minta maaf, mama sayangkan Am. Mama janji lepas ni, mama tak akan marahkan Am lagi. Mama minta maaf." tutur Puan Sri Yani sambil air matanya menitik tak henti. Menyesal dengan perbuatannya. Sudahlah, Amier Rafzan satu-satunya anak yang dia miliki. Tidak sanggup kehilangan Amier Rafzan.

Tan Sri Rahim, Amier Rafzan, dan bibik terkesima mendengar luahan itu. Amier Rafzan lantas menghakis air di pelupuk mata mamanya. Terasa sayang sekali dengan mamanya. Rasa bersalah pula dengan tindakan itu..

 P/S : Tunggu sambungannya ya :) Selamat membaca dan harap dapat memberi teguran :)






No comments:

In LOVE