Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

2 Apr 2013

ULASAN : Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam Karya Rusydi Ramli Al-Jauhari

SINOPSIS : Sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar. Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras ,dan bentuk tubuh Rasulullah SAW. Sebagai umat islam, kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan rupa paras Rasullullah SAW yang dimuatkan dalam buku ini.

BUKU ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasullullah SAW bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.


Ya, Rasulullah...
Kau penyuluh kegelapan...
Kau pembimbing ke jalan kebenaran...
Kau penyelamat umat manusia...
Kau pembawa rahmat...
Utusan ALLAH...
Kekasih ALLAH.




SIAPA YANG PELU MEMILIKI BUKU INI?

Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASSALAM ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang MERINDUI, MENCINTAI ,dan MENGHARAPKAN syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal dan terus kekal rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW di dalam surah al-Ahzab ayat 56,

  "Sesunggughnya Allah SWT dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

P/S: Dapatkan buku ini dengan segera di kedai berhampiran anda. Buku yang membawa kita mengenal lebih rapat tentang Baginda. (^_^) Semoga ia menjadi SAHAM di AKHIRAT kelak.




No comments:

In LOVE