Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

18 Mar 2013

Dia...Jodohku Bab 1

Assalamualaikum, CALON SUAMIKU MESTILAH USTAZ ditukar tajuk kepada DIA JODOHKU. Mari baca bab 1 versi penambahbaikan. Sila komen :)



Bella mula khayal. Air berwarna kuning keemasan yang diteguknya tadi mula memberi kesan. Tubuh langsingnya bergerak mengikut alunan muzik yang dimainkan. Lincah sekali tubuh Bella, ke kiri dan ke kanan. Dia langsung tidak ambil peduli tentang orang lain di sekelilingnya. Apa yang penting, dia ingin berseronok malam ini.

Pub yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur itu dibanjiri anak muda yang mendambakan keseronokkan tanpa batasan. Lantai tarian turut penuh dengan anak-anak muda tak kira lelaki mahupun perempuan. Bergaul bebas seperti tiada pegangan agama. Ya, Bella merupakan salah seorang daripada mereka.

Bella bersama dua lagi orang rakannya menari selincah yang boleh. Bella mengelap peluh di mukanya dengan sehelai tisu. Tiba-tiba Bella terpandang susuk tubuh seorang lelaki yang pernah dikenalinya dahulu. Syed Rafiq!

Syed Rafiq dan Bella merupakan pasangan paling hot di kampus. Kononnya paling sesuailah , paling sweet , dan sama padan seperti merpati dua sejoli. Namun entah di mana silapnya, hubungan mereka terputus. Bukannya orang tak tahu, satu kampus heboh apabila mereka putus. Macam-macam cerita yang dibawa oleh mereka. Antaranya Syed Rafiq menduakan Bellalah, Bella curanglah, Bella mengandung anak orang lainlah, Pendek kata, semua orang ada versi mereka yang tersendiri. Namun yang paling tepat ialah, fitnah. Alah, biasalah bila orang sudah dengki macam-macam boleh jadi kan ?

Syed Rafiq berbaju t-shirt Polo berwarna putih itu kelihatan tampan sekali malam ini. Dipadankan pula dengan seluar jeans hitam. Ramai wanita yang mencuri pandang untuk melihat wajahnya yang bersih tanpa sebarang jerawat itu. Anak orang kayalah katakan. Semuanya mestilah sempurna. Syed Rafiq melangkah mendekati Bella, rakan-rakan Bella menjauhkan diri untuk memberi ruang kepada mereka. Bella masih lagi menari.

" Hai sayang," tegur Syed Rafiq.

" Tak usah nak bersayang-sayang sangatlah dengan saya. Mana Lina awak tu?" tanya Bella sambil berpura-pura mencari kelibat Lina.

" Saya seorang saja malam ni, awak temankan saya boleh?" Syed Rafiq berkata. Tangannya pantas memeluk pinggang Bella. Bella hanya membiarkan. Perkara biasa yang seperti selalu mereka lakukan.

" Pergilah kat dia," rengek manja Bella. Tangannya diletakkan di atas bahu Syed Rafiq. Bella tersenyum.

" Tak nak, saya cuma nak awak..." kata Syed Rafiq. Dia turut sama menari. Mereka tenggelam dalam kebingitan lagu yang dimainkan.


***********

Bella kepenatan kerana menari. Arak yang diteguknya tadi masih meninggalkan kesan. Apabila sampai di rumah sewanya, dia terus merebahkan badannya di atas katil. Mila, rakannya turut merebahkan badan di atas katil.

" Sampai bila kita nak jadi macam ni?" tanya Mila tiba-tiba. Gadis yang berambut perang itu memandang wajah Bella daripada sudut sisinya.

" Macam ni apa ?" tanya Bella. Matanya dipejamkan rapat-rapat. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi.

" Clubbing dan mabuk..." ujar Mila lagi.

" Entahlah...Sampai kita kahwin kot?" Bella menjawab malas. 'Aku dah la penat, banyak tanya pula minah ni...Aku sepak jatuh katil kang, turun harga hantaran nanti' getus Bella.

"Masalahnya, adakah lelaki baik untuk perempuan macam kita ni?" Mila bertanya lagi.

" Kau ni boleh senyap tak? Aku penatlah, bertambah penat apabila kau banyak tanya macam ni," bentak Bella.

" Baiklah, baiklah, aku masuk tidur dulu..." Mila membawa diri ke biliknya.

Bella kini sendirian. Penghawa dingin dihidupkan. Dia merebahkan diri di atas katil semula. Mata hazelnya terkebil-kebil memandang syiling yang bewarna putih itu. Bagaikan terniang-niang kata-kata Mila sebentar tadi.

" Adakah lelaki baik untuk perempuan macam kita ni ?"

Bella mula berfikir. Dia bukanlah jahat sangat pun. Cuma suka bersosial. Hidup pada zaman moden sekarang ni kalau tak bersosial itu ibarat seperti katak bawah tempurunglah.

Bella, seorang gadis yang berasal dari Pulau Pinang namun menetap di Sungai Petani. Berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2008. Bukannya berhijrah tetapi menyambung belajar di Kuala Lumpur. Sejak belajar di Kuala Lumpur, hidupnya mula berubah. Bella sudah pandai bergaya. Bajunya makin lama makin tidak cukup kain. Seksinya bukan main. Dia juga sudah pandai menjejakkan kaki di pub-bub sekitar ibu kota. Hidupnya dikelilingi lelaki. Ada yang baik, ada juga yang jahatnya mengalah syaitan. Tapi dia dah lali dengan semua itu. Yang penting, hidupnya bahagia. Bahagiakah hidup tanpa pedoman agama seperti ini ? Entahlah..

" Belum sampai seru lagi...." bisik Bella. Cuba menghalau fikiran baik yang mula terbit dalam hati. Syaitan menang lagi!

******

“ Alamak, dah lambat!” kata Bella. Dia bingkas bangun daripada katilnya. Sebelum ke bilik air dia sempat mengejutkan Mila.
“ Mila, lewat dah ni! Kau ada kelas tak pagi ni?” tanya Bella sambil memerhatikan Mila. Mila mengeliat malas.
“ Aku malaslah nak pergi! Kau pergi seorang ya,” kata Mila sambil membetulkan selimutnya. Tidur.
“ Ish, suka hati kaulah!” balas Bella sebelum membawa diri ke bilik air. Dia hanya mandi ala kadar sahaja. Sembahyang subuh? Memang tinggallah jawabnya.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 10.30 pagi. Bella sudah terlewat untuk ke kelas. Prof. Awery sedang duduk di mejanya. Sesi pembelajaran sudah selesai. Prof. Awery memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya.

" Saya nak kamu siapkan tugasan yang diberi dan serahkan pada saya sebelum kamu mula praktikal," kata Professor Awery, menamatkan sesi pembelajaran.

Tiba-tiba pintu dewan kuliah dikuak perlahan. Bella menjenggukkan kepalanya sedikit demi sedikit. 

" Kura-kura malu ke datang lambat hari ni?" salah seorang rakannya memerli. Bergema satu dewan itu dengan gelak ketawa. Bella mencebikkan bibir. Lantas dia menghadiahkan senyuman palsu paling manis untuk professornya.

" Kamu tak payah nak senyumlah, saya sedikit pun tak rasa nak membalas senyuman kamu tu. Apa yang penting, siapkan tugasan kamu dan serahkannya sebelum kamu mula praktikal nanti," tegas Professor Awery. Professor berketurunan Arab Melayu itu menapak keluar dari dewan kuliah. Bella memberikan laluan untuk professornya. 
Professor sempat memberikan senyuman sinis kepada Bella.

Bella pulang ke rumah sewanya dengan wajah yang masam mencuka. Malu siot! 

' Kalau aku tahu macam ni, aku skip kelas pun tak apa...' getus Bella. Pintu rumah sewa dibuka perlahan. Kereta Myvi Elitenya diparkir di hadapan rumah sewa.

Rumah sewa Bella senyap sunyi. Kelibat dua orang rakannya langsung tidak kelihatan. Sebelum sampai ke biliknya, dia harus melalui bilik Mila kerana bilik Mila berada paling
hadapan manakala biliknya paling hujung.

Dia terdengar gelak ketawa Mila dan seorang lelaki. Dia malas ambil tahu. Bilik dan katil empuknya sedang memanggil. 

Bella merebahkan diri di atas katil setelah menguncikan pintu biliknya. Berwaspada. Lelaki, mana puas kalau dapat seorang saja...Kalau boleh semua perempuan dia mahu. Dia teringatkan abahnya. Namun cepat-cepat ditepis kenangan yang hadir.

' Semalam bukan main si Mila tu, aku ingatkan dah taubat! Ceh, seteruk-teruk aku ni tak pernah bawa lelaki masuk bilik,' 

' Bukan Syed Rafiq pernah masuk ke?' 

' Dia masuk untuk bagi ubat dengan makanan saja. Masa tu kan aku tengah segugut!'

' Kau tak rasa malu ke?'

' Buat apa nak malu, aku bukannya buat apa-apapun dengan dia'

' Betul ke?'

' Ada kiss pipi saja, sebagai tanda terima kasih. Tu saja!'

' Haram tetap haram, tak pernah jadi halal!' getus hati Bella. Hati Bella tiba-tiba berperang. Sebelah baik, sebelah jahat. Namun yang membuatkan Bella pelik, tak pernah pun sebelum ini Bella fikirkan tentang halal dan haram.

" Ya Allah! Pening!'' Bella menjerit lantas menutup mulutnya. Apa yang disebutnya tadi benar-benar mengejutkan dirinya. Sudah lama nama itu tidak meniti di bibir merah jambunya.

' Allah?' 

Telefon bimbit berjenama Blackberry yang terletak di dalam beg tangannya berbunyi lantang. Panggilan daripada mamanya disambut dengan senyuman. 

" Hello mama, I miss you so much!" ucapnya mendahului pihak pemanggil.

" Assalamualaikum adik..." ucap si pemanggil iaitu mamanya, Puan Natasha.

" Walaikumussalam mama, sorry!" tersipu malu apabila disergah oleh mamanya.

" Bila nak balik?" tanya Puan Natasha.

" Minggu depan ma, sebelum kenduri tahlil tu,'' jawab Bella.

" Bawa balik semua barang sekali ke?" tanya Puan Bella lagi.

" Ha'ah. Adik kan nak buat praktikal dekat Penang, mama ni!'' Bella membentak manja.

" Okeylah, balik elok-elok. Nanti mama telefon lagi. Mama ada kerja ni! Assalamualaikum..." kata Puan Natasha.

" Baik ma, waalaikumussalam," jawab Bella sebelum memutuskan panggilan telefon.

' Ma, adik rindu mama sangat!' tanpa sedar air mata menitis di pipinya.

' Maafkan adik, adik banyak menyusahkan mama...' getus Bella. Bella terlena di katilnya.


Bella terkejut apabila Blackberry berbunyi sekali lagi. Dia mencapai malas dan melihat siapakah yang memanggil.

‘ Jantan ni nak apa?’ getus Bella. Dia malas hendak layan panggilan tersebut. Selesai satu panggilan, satu panggilan lagi. Rimaslah pula! Butang ditekan.

Hello,’’ jawab Bella malas.

“ Awak ada kat mana? Jum jumpa!” kata pemanggil. Riang.

“ Adief, saya tak laratlah,” elak Bella.

Please…” rayu Adief.

Bella berfikir sekejap.
“Baiklah, dekat mana nak jumpa?” tanya Bella.

“ Saya ambil awak ya,” tanya Adief.

Okey, gives me ten minutes,” kata Bella menghentikan perbualan mereka.


“ Awak telefon saya semata-mata nak ajak makan KFC?” tanya Bella apabila mereka sampai di KFC.
Adief membeli dua set snack plate dan sepeket kentang.

“ Saya bosan dan lapar,” rengek Adief. Wajah berlesung pipit Adief direnung Bella.

“ Kenapa awak kacak sangat hari ni?” tanya Bella.

“ Saya selalu kacak, bukan hari ini saja!” ujar Adief sambil mencebik.

Adief mengenakan baju kemeja berwarna putih berbelang biru kecil. Seluar slack berwarna hitam yang dipakai menyerlahkan ketampanannya. Namun, mengapa hati Bella tidak langsung terpikiat!

“ Eleh, saya puji awak ni sebab awak belanja saya,” Bella berterus terang.

“ Awak tak ikhlaslah ni?” Adief mencubit sedikit ayam KFC. Aromanya sungguh menusuk hidung. Sedap!

“ Ikhlas tapi jauh,” jawab Bella sambil ketawa.

“ Huh!” Adief mendengus dan menyambung mencubit sedikit dan memasukkannya ke dalam mulut.

Bella turut melakukan perkara yang sama. Air pepsi disedutnya sedikit. Tiba-tiba dia terlihat Syed Rafiq dan Lina. Terus tersedak. Amboi, berpegangan tangan!

Setan betul mamat tu,” ujar Bella.

“ Apa awak ni, saya baiklah!  Setan-setan tak mainlah,” Adief  membalas.
“ Bukan awak la!” Bella menafikan.

Then?” tanya Adief.

“ Tu!” Bella memuncungkan bibir ke arah Syed Rafiq dan Lina yang berada di kaunter KFC.

Adief memalingkan muka dua saat. Ceh!

“ Awak cemburu ya ?” tanya Adief. Tepat mengena! Hancur hati.

“ Mana ada, tolonglah!” laju bibir Bella menafikan. Tapi hati mengiyakan.

“ Awak ni, saya nak sangat kat awak dulu awak tak nak,” kata Adief.

“ Kita masih dalam friend zone okey. Jangan nak buat ayat minta kaki boleh?” Bella ketawa.

Ketawa Bella menarik minat Syed Rafiq. Syed Rafiq menarik tangan Lina dan menuju ke arah Bella dan Adief.

“ Wah, look who’s here!” kata Syed Rafiq. Tangannya masih tidak melepaskan tangan Lina. Nak menunjuklah tu!

Bella buat-buat tidak dengar. Dia meneruskan perbualannya dengan Adief. Siap cubit-cubit pipi lagi. Berbulu mata Syed Rafiq melihatnya. Lina mencebik bibir  tanda meluat.

“ Jadi betullah apa yang Lina cakap selama ini,” Syed Rafiq bersuara keras. Bella mengangkat wajah dan memerhati wajah Syed Rafiq. Wajai itu sudah kemerahan. Marah.

“ Apa maksud awak?” tanya Bella.

“ Lina pernah ceritakan pada saya, awak selalu jumpa jantan lain belakang saya!” tengking Syed Rafiq. Bella bingkas bangun. Matanya mencerlung ke arah Lina. Lina menunduk!

“ Ya…Memang saya tak nafikan, saya memang ada ramai kawan lelaki,” Bella mengakuinya.
“ Jadi memang betullah kau curang dengan aku?!” suara Syed Rafiq meninggi. Mula mengungkit kenangan lalu.

“ Berapa kali aku nak jelaskan pada kau?! Kawan cuma akan kekal kawan, tak akan pernah jadi teman istimewa! Kau yang tak nak dengar penjelasan aku. Apa yang kau tahu, dengar cakap betina sundal ni!” jerit Bella. Lina menahan sakit hati. Jari jemari Syed Rafiq yang bersatu dengan jari jemarinya digenggam kuat.

“ Kau jaga mulut tu sikit!” nada suara Syed Rafiq menurun. Mula mengakui kesilapan diri.

“ Kenapa? Apa yang aku cakap ni tak betul ke? Aku telefon kau, aku sms kau, aku BBM kau ! Semua aku buat untuk contact kau! Tapi apa kau buat? Kau dengar cakap betina sundal tu, cakap kawan-kawan kau! Kau langsung tak mahu dengar cakap aku,” kata Bella.

“ Aku…” Syed Rafiq tergagap.

“ Lina, pastikan aku tak jumpa muka kau! Kalau aku jumpa kau, mampus kau dengan aku! Kerja kau, nak cari salah aku saja. Nak hancurkan hubungan aku dengan Rafiq, bila kau dah dapat dia..Jangan ingat aku halalkan bekas aku ni! Jum Adief,” kata Bella sambil pergi dari KFC.

Syed Rafiq ingin mengejar Bella. Namun tanggannya digenggam kuat oleh Lina.

“ Kalau awak kejar dia, kita putus,” kata Lina. Syed Rafiq terkaku. Bagaimana dia harus memilih! Dia hilang mood.


“ Saya minta maaf…Kalau saya tak ajak awak keluar hari ni mesti tak jadi macam ni,” kata Adief ketika mereka sudah sampai betul-betul di hadapan rumah sewa Bella.

“ Tak apa, mungkin Allah nak tunjukkan kebenaran,” Bella berkata. Spontan. Mengundang tawa Adief.

Adief melihat Bella dari atas ke bawah. Dia tersenyum sinis.

“ Orang macam awak ni pun ingat Allah ya!” kata Adief. Adief menerima tamparan keras di bahunya.
“ Maaflah, saya gurau saja! Dah la, saya blah dulu. Bye!” kata Adief dan meloloskan diri ke dalam kereta Viva ungunya.

“ Allah?” getus Bella.

Bella malas ambil tahu. Dia rimas dengan semua ini!

No comments:

In LOVE