Assalamualaikum, apa khabar? Sihat? Alhamdulillah... Baiklah, hari ini Syaz ingin memberi ulasan tentang novel Jangan Lupakan Aku karya Iza Safiya. Sebelum Syaz memberi ulasan, jum kita baca sinopsisnya dahulu!
Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki.
"Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!"
Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup.
Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat.
"Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!"
Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya.
ULASANNYA : Bagi Syaz novel ini mengisahkan tentang seorang isteri yang setia kepada suaminya. Banyak konflik-konflik yang penulis tulis. Nak tahu? Anda boleh dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran. Seronok baca novel ini! :) Antaranya, Izack sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Zara. Mesti anda semua tak sabar baca kan? Ada juga part yang menyedihkan yakni Izack kemalangan! Kemalangan itu juga menyebabkan dia melupakan Zara! Anda patut beli novel ini. Terutamanya 'disyorkan' kepada sesiapa yang tak tahu nak beli novel yang best-best! Jadi, belilah novel ini :) Baiklah, Syaz rasa setakat ini sahaja Syaz nak ulaskan... Ini cuma pendapat Syaz setelah membaca novel ini. :) Selamat membaca!
:Peace Yoo:
Motivasi diri.
Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?
Si Cantik dan Si Kacak kami :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In LOVE
-
"Tergamak Emil buat mama dan papa macam ini!" tengking En. Azran dengan mata yang terbuntang keluar. "Sabar abang... saba...
-
Assalamualaikum...Alhamdulillah, setelah hampir beberapa hari menyepi, hari ni Pa'ah nak share blog kawan Pa'ah. Blog ni baru saja d...
-
Dari jauh Emilda melihat susuk tubuh seseorang. Dia mengecilkan matanya dan mengamati wajah itu betul-betul. Tangannya digenggam kuat. Ge...
-
Assalamualaikum, apa khabar? Sihat? Alhamdulillah... Baiklah, hari ini Syaz ingin memberi ulasan tentang novel Jangan Lupakan Aku karya I...
-
Assalamualaikum readers, Sebelum panjang lebar mengukir kata, Syaz dan Pa'ah ingin memohon maaf sekiranya terdapat segelintir pembaca ...
-
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Apa khabar readers? Anda sihat? Syaz dan Pa'ah berharap agar semuanya sihat dan baik-...
-
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Apa khabar ? Harap semua baik-baik saha...
-
Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Guruh berdentam-dentum. Kilat sabung-menyabung. Aida yang sibuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi g...
-
"Ye, cik... ada pesanan apa-apa lagi?" soal Aiman tersenyum manis kepada gadis jelita itu. Tiba-tiba Amier Rafzan datang menyen...
-
Assalamualaikum. Jum baca bab 2 pula :) " Doktor Asif! Pak cik Amer nak jumpa doktor sekejap..." beritahu seorang jurur...
Ada di blog
Ulasan Novel Di Pasaran
(8)
Cerpen
(7)
Motivasi Diri
(7)
Cerpen Pendek
(3)
Ulasan Novel
(2)
E-Novel
(1)
potpet kami
(1)

No comments:
Post a Comment