"Tergamak Emil buat mama dan papa macam ini!" tengking En. Azran dengan mata yang terbuntang keluar.
"Sabar abang... sabar..." Puan Kamariah mulai khuatir jika suaminya bertindak ganas. Lihat sahaja perwatakannya lembut, tetapi ganas sebenarnya.
Emilda tidak berkata apa. Diam membisu. Takut jika papanya bertambah gila. Tidak sanggup untuk menghadapinya. Emilda cuba memandang wajah papanya, tetapi pantas tunduk memandang lantai. Menyeramkan!
"Emil... sayangkan mama dan papa? Tolong jawab, Emil!" bentak En. Azran lagi. Anak ini harus diberi pelajaran. Anak tak kenang jasa! Tangannya mula diangkat tinggi. Serasanya sedikit lagi tapak tangan akan hinggap di pipi gebu anaknya itu.
"Emil tak suka dengan semua ini!" tengking Emilda pula. Mencerlung tajam ke arah papanya. Dia tidak kisah digelar anak derhaka, yang pasti dia puas! Astagfirullahalazim. Saat ini, dia bagai dihasut bapa syaitan!
Puan Kamariah semakin takut dengan perbalahan dua beranak ini. Fikirannya kosong! Dia semakin buntu. Menghampiri suaminya. Takut jika tangan itu bisa melekap bila-bila masa sahaja.
"Kurang ajar punya anak!" akhirnya, melekap jua tapak tangannya di pipi gebu Emilda.
"Abang!" Puan Kamariah mendekati anaknya yang jatuh di lantai itu. Air matanya turut mengalir. Tidak menyangka, suaminya akan bertindak begini.
"Sudahlah! Papa dan mama tak sayangkan Emil. Papa dan mama lebih sayangkan kakak. Emil memang anak derhaka!" Emilda bingkas berdiri dan meninggalkan mereka. Memanjat anak tangga rumah dengan laju dan masuk ke dalam bilik dengan menghempas daun pintu dengan kuat. Tanda geram! Air matanya mengalir laju. Tak henti-henti! Sakit di pipi tak terasa. Tetapi, hatinya kini rasa dicucuk tajam dengan pisau. Sakitnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
***
"Abang..." panggil Puan Kamariah lembut. Takut nanti tak pasal-pasal ditampar percuma.
"Ya." sahut En. Azran sayu. Matanya ralit memandang langit kepekatan hitam itu. Terasa damai menyinggah dalam hati. Sememangnya, ciptaan Allah amat menyenangkan!
"Abang jangan berkeras sangat dengan Emil. Budak tu kena cakap dengan lembut. Kalau tak jadi macam ini lah," tegur Puan Kamariah lembut tetapi tegas.
En. Azran menoleh ke arah isterinya dengan senyuman kelat. "Abang tak tahu nak buat apa dah. Abang rasa macam gagal mendidik seorang anak. Abang anggap ini dugaan daripadaNya,"
"Abang, abang tak gagal lagi. Anak kita Qaisara, abang sudah didiknya dengan baik. Cuma Emil. Dia masih 'darah muda'. In Sha Allah, dia akan berubah nanti." tutur Puan Kamariah yakin.
"Terima kasih sayang. Abang rasa bersalah tampar dia. Mar rasa Emil marahkan abang lagi tak?" soal En. Azran berpeluk tubuh.
Puan Kamariah tersenyum. Diusap pipi suami tercinta. "Nanti eloklah tu. Percayalah."
En. Azran membalas senyuman si isteri. Rasa bahagia menyelinap hatinya kini waima perasaan resah masih berbaki. Semoga hubungan antara suami isterinya bahagia selama-lamanya.
***
Emilda terpaku mendengar luahan dua manusia itu. Rasa bersalah dan berdosa gabung menjadi satu. Adakah dia terlampau kejam? Belum puas lagikah dengan apa yang diberi? Hanya disebabkan cemburu buta dengan darah daging sendiri, sanggup dia melawan bagai anak tak kenang jasa. Emilda meraup wajahnya. Dia buntu sekarang ini! buntu!
Walau bagaimanapun, rancangannya tetap berjalan seperti biasa. Dia harus kuat! Jangan disebabkan hal ini, dia mudah cengeng. Tidak! Cuti semesternya belum tamat. Dia harus memulakan dengan secepat mungkin. Budak hingusan itu harus diberi pelajaran! Semangat Emilda bagai bersatu kembali. Cepat sungguh Emilda melupakan apa yang terjadi sebentar tadi. Seperti tiada apa-apa yang berlaku!
Emilda mencapai telefon bimbitnya dan menekan pantas punat hijau. "Hello, Aida. Besok aku jumpa kau di tempat biasa,"
"Okey, bye!" Emilda mematikan perbualan dengan senyuman sinis. Telefon bimbit itu dibaling di atas katil dan mencapai pula komputer ribanya. Sudah lama dia tidak membuka facebook. Apa yang berlaku agaknya ya?
Emilda meniarap di atas katil sambil memeluk erat bantal busuknya. "Wah, ramainya friend request."
"Eh, macam kenal saja ni? Amier Rafzan? Eh! itu bukan budak hingusan itu ke? Macam mana dia dapat facebook aku?" tutur Emilda seorang diri. Tiba-tiba dia tersenyum sinis. Idea nakalnya mula datang. Dia tidak menerima Amier Rafzan sebagai kenalan. Malah dengan kejamnya dia block facebook Amier Rafzan. Ketawa jahatnya mula meledak.
Pada masa yang sama Amier Rafzan membuka akaun facebooknya. Mencari facebook milik seseorang. Tidak dapat dicari! Tidak dapat dikesan!
"Perempuan ni memang kejam! Suka hati saja dia block aku. Ingat aku nak sangat ke add kau, perempuan woi!" marah Amier Rafzan dengan suara lantang. Geramnya bukan kepalang. Perempuan ini sememangnya mencabar keegoannya. Dua kali turut-turut diperlakukan sehina ini.
Puan Sri Yani yang melalui di hadapan bilik anaknya terkejut mendengar jeritan itu. Menghampiri daun pintu bilik anaknya dan diketuk kuat.
"Am, kamu ni kenapa?"
Terlompat Amier Rafzan dibuatnya. Suara itu amat mengejutkan! Diurut dada itu dengan lembut. "Tak ada apa-apa, ma. Am okey."
"Okey," balas Puan Sri Yani segera berlalu pergi.
Amier Rafzan di dalam biliknya menghela nafas lega. Salahnya juga, menjerit tak tentu pasal. Mengingati apa yang terjadi, perasan marah kepada Emilda makin membuak-buak.
"Tak apa. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!" tutur Amier Rafzan dengan semangat segera menutup komputer ribanya. Dicampaknya di hujung katil. Puas!
P/S : Terima kasih kerana sudi membaca. Tunggu sambungannya. Harap komen dan memberi teguran.
Motivasi diri.
Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?
Si Cantik dan Si Kacak kami :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In LOVE
-
Amier Rafzan membuka akaun facebook nya. Matanya tepat memandang ke arah notifications . "Banyaknya orang likes . F amous ...
-
K ata orang, bercinta itu semuanya indah. Indah dengan suasananya, indah dengan kata-kata puitisnya, indah bersama orang yang...
-
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Apa khabar readers? Anda sihat? Syaz dan Pa'ah berharap agar semuanya sihat dan baik-...
-
Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Guruh berdentam-dentum. Kilat sabung-menyabung. Aida yang sibuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi g...
-
"Ye, cik... ada pesanan apa-apa lagi?" soal Aiman tersenyum manis kepada gadis jelita itu. Tiba-tiba Amier Rafzan datang menyen...
-
Assalamualaikum, apa khabar? Harap sihat-sihat sahaja. Baiklah, sebelum kami post cerpen, marilah kita lihat NOVEL YANG TERLARIS MINGGU INI....
-
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan Islam. Selamat membaca. Jika terdapat kekurangan pada p...
-
"Apa?!" bergema suara Emilda di setiap penjuru rumahnya. Dia menggeleng beberapa kali. Tidak percaya dengan apa yang didengar. M...
-
Assalamualaikum, haa...Hari tu Syaz dah happdate MPH punya. Sekarang Pa'ah nak happdate Popular bookstore pulak. Credit tu Popular :) ...
-
"Am... cuti ke hari ni?" soal Puan Sri Yani seraya menghenyakkan punggungnya di kerusi sebelah anak bongsunya. Amier Rafzan ...
Ada di blog
Ulasan Novel Di Pasaran
(8)
Cerpen
(7)
Motivasi Diri
(7)
Cerpen Pendek
(3)
Ulasan Novel
(2)
E-Novel
(1)
potpet kami
(1)
1 comment:
Best citer ni.. sambung lgi
Post a Comment