Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

12 Mar 2013

PLAYBOY VS PLAYGIRL 4

"Morning, ma, pa!" sapa Emilda tersenyum.Gembira tidak terkata hari ini. Kejadian tempoh hari sungguh membahagiakannya. Lelaki itu bagai khayal jika berada di sisinya. Seronok dapat memainkan hati sang teruna.

"Kamu pergi mana semalam? pukul satu pagi baru balik," soal En. Azran serius. Puan Kamariah di sisi hanya mendiamkan diri. Masih marah dengan kejadian tempoh hari.

"Er... bila masanya Emil balik lewat? Semalam...errr... Emil tak pergi mana la," tergagap-gagap Emilda berkata. Takut jika rahsia akan terbongkar. Nahas dia, jika En.Azran tahu dia keluar dengan lelaki. Mana nak letak mukanya nanti. Malu!

"Yeka? kamu jangan nak bohong dengan papa! Semalam papa nampak kamu balik dengan seorang lelaki naik moto. Panjat masuk melalui pagar rumah. Kamu nak jadi apa ni Emilda? Perangai kamu semakin menjadi-jadi," En. Azran menahan kemarahan. Emilda kini sudah melampau. Patut diberi pelajaran dengan budak ini! Puan Kamriah di sisi cuba mengawal kemarahan suaminya.

"Er... papa salah orang tu," sangkal Emilda lagi. Air susu di hadapannya diambil lalu diteguk perlahan. Ingin melindungi debaran dalam hati.

"Emilda, papa dan mama tak mengharapkan apa-apa dari kamu. Kami berdua nak Emil berjaya dalam hidup. Itu saja," tutur Puan kamariah lembut tetapi tegas.

"Papa tak larat lagi dengan kamu. Minggu depan ikut kami berdua dan jangan sesekali nak beri apa-apa alasan. Faham?!" tutur En. Azran tegas besertakan amaran keras. Tidak mahu lagi dia berlembut sikap dengan anaknya itu. Makin berlembut, tocangnya semakin naik!

"Tapi, pa..."

"Jangan cakap apa-apa lagi!" pantas sahaja En. Azran memotong percakapan anaknya itu. Dia bingkas berdiri. Tidak mahu memanjangkan cerita. Puan Kamariah membuntuti suaminya. Emilda hanya dibiar berseorangan.


***


"Akhirnya, jumpa juga kita hari ini," tutur Puan Sri Yani tersenyum. Tan Sri Rahim di sisi memberi senyuman pada Puan Kamariah tanda hormat. Ternampak En. Azran, lalu dia berjabat mesra dengan senyuman tidak lekang di bibir.

"Ini anak saya, Amier Rafzan. Panggil Am saja," Puan Sri Yani memperkenalkan kepada mereka.

Amier Rafzan tersenyum seraya menghampiri En. Azran dan Puan Kamariah untuk bersalaman.

"Besar sudah Am ye. Hari tu masa saya pindah, Yani belum mengandung lagi kan?" soal Puan Kamariah membuka memori dahulu.

"Ya, lambat sikit. Belum ada rezeki lagi masa itu," balas Puan Sri Rahim tersenyum.

"Lambat pun tak apa. Kacak lagi tu anak mereka kan, bang?" usik Puan Kamariah.

Amier Rafzan hanya tersenyum. Tak berkata apa. Memang tunjuk macho habis! Pijak semut pun tak mati. Pandai sungguh dia berlakon.

"Ikut papa dia lah. Eh, mari duduk," pelawa En. Azran.

"Terima kasih," ucap Tan Sri Rahim dan Puan Sri Yani serentak.

"Mana anak kakak?" soal Puan Sri Yani sambil matanya meliar mencari kelibat anak Puan Kamariah. Namun, tiada!

"Sekejap lagi dia datang. Kami datang asing-asing. Dia pergi jumpa kawan sekejap," beritahu Puan Kamariah sambil memerhatikan jam di pergelangannya. Sudah tepat pukul sembilan malam. Hatinya tertanya-tanya di mana Emilda pergi. Bayang masih belum nampak.

Pada masa yang sama, En. Azran berharap agar Emilda tidak membuat perangai. Jatuh air mukanya jika Emilda tidak datang!

Setelah memesan makanan dan minuman, mereka terus berbual panjang sambil menunggu kedatangan Emilda. Amier Rafzan pula bagai kucing nak beranak. Duduk tak kena, berdiri lagilah tak kena! Hatinya menahan panas. Jikalau perempuan itu datang, akan diberi pelajaran cukup-cukup. Benar-benar menyusahkan orang.


***

"Aku tak mahu jumpa mamat tu. Kau gantikan aku," rayu Emilda dengan muka seposen pada Aida.

"Tak naklah aku. Kau pergilah jumpa. Bukan ada apa-apa pun. Sekurang-kurangnya, kau boleh main mata dengan anak mereka. Boleh jadikan skandal seterusnya. Bukan itu ke yang kau mahu?" tutur Aida seperti menyuntik kembali semangat Emilda. Nahas dia jika Emilda tidak mahu pergi. Sudahlah berjanji dengan papa dan mama Emilda untuk berjumpa sekejap sahaja. Risau bukan kepalang Aida saat ini.

Emilda berfikir seketika. Apa yang dicakap Aida bermain-main dalam fikirannya. Skandal? Siapa tidak mahu skandal? Dia kan perempuan yang selalu memainkan perasaan sang teruna? Sudah pasti, dia tak akan tinggalkan detik berharga ini.

Emilda tersenyum sinis. "Bagus juga cadangan kau itu. Boleh dipertimbangkan,"

"Tak payah kau nak pertimbangkan lagi. Lebih baik kau pergi sekarang," desak Aida seakan menghalau Emilda pergi meninggalkan rumahnya.

"Kau ni kenapa? Macam ada something wrong saja," Emilda pelik dengan sikap Aida. Cara Aida bagai nak menghalau kucing kurap. Wo! nampak sangat hiperbola.

"Tak ada apa-apa. Aku nak terkencing ni. Kau jangan cari masalah," Aida memberi alasan. Terkencing? Eeeuuuwww... nampak sangat pengotor. Tidak kisahlah pengotor ke apa, yang penting Emilda harus hadirkan diri ke sana secepat mungkin.

"Okey-okey. Sebelum itu, kau tengok aku okey lagi tak?" sempat lagi Emilda menyoal. Malam ini dia mengenakan skirt labuh bewarna merah. Memakai juga anting-anting. Tampak berseri-seri. Rambutnya hitam pekat itu, dilepaskan. Baru nampak sexy! Bagaimana agaknya reaksi mereka? terutamanya Puan Kamariah. Pasti pengsan!

"Okey. Aku naik atas dulu. Tak tahan sudah ni," Aida segera menutup daun pintu rumahnya. Selagi tidak mencari alasan, selagi itulah Emilda terpacak di rumahnya. Dasar budak keras kepala!

Emilda tercengang seketika. Mungkin Aida sudah tidak dapat menahan. Fikirnya. Ditarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian dihembus perlahan-lahan.

"Emil, kau harus berlagak perempuan matang malam ini. Kau harus gunakan taktik yang kau pernah lakukan sebelum ini pada lelaki-lelaki lain. Kau harus bersemangat!" tutur Emilda seorang diri segera menaiki kereta mewahnya. Lagaknya seperti perempuan misteri. Misteri ke? rancangan misteri adalah!


***


Tibanya di hadapan restoran itu, dia segera masuk. Tidak mahu membuang masa. Ingin sekali berjumpa jejaka itu. Memang dasar miang kau, Emilda!


"Assalamualaikum," Emilda memberi salam pada semua. Semua memandangnya. Kaku!

Amier Rafzan saat itu bagai nak pitam dengan kehadiran si gadis. Itu bukankah perempuan yang mencari masalah dengannya di tempat kerja tempoh hari? Serasanya, dia pasti itu ialah orangnya. Tetapi, malam ini berlainan sungguh perwatakan gadis itu. Tampak ayu dan jelita. Apakah semua ni? Adakah ini anak kawan baik Puan Sri Yani? Kalau betul, apa salahnya. Rancangan sudah diatur. Cuma tunggu masa untuk memainkannya.

"Ini anak kakak?" soal Puan Sri Yani bagai tak percaya. Cantik sungguh gadis ini.

Puan Kamariah yang membisu itu terkejut dengan soalan Puan Sri Yani. Malu sungguh hari ini. Emilda bagai ingin menjatuhkan maruahnya dengan brpakaian tidak cukup kain. Terdedah bahu gebu anaknya itu. Allahuakhbar...

En. Azran hanya mendiamkan diri. Turut malu dengan apa yang terjadi. Labuh bajunya sudah elok, tetapi bahu itu terdedah diberi bukan mahram melihatnya.

"Boleh saya duduk?" Emilda berlagak seperti diva. Pada awalnya, di terkejut beruk melihat lelaki itu. Rupanya, budak hingusan yang dia pernah jumpa di J.Co Donut. Sememangnya, dunia ini kecil!  Dipandang wajah lelaki itu dengan senyuman sinis.

"Duduklah." pelawa Puan Sri Yani tersenyum. Tan Sri Rahim hanya memberi senyuman. Dalam hatinya tidak sangka, anak Puan Kamariah jelita ini. Mengerling kepada anaknya. Pasti hati Amier Rafzan sudah tertambat!

"Emil... salam dengan auntie." arah Puan Kamriah seakan bisik tetpi tegas nadanya.

Emilda yang sedar keterlanjurannya. Segera bangun dan menghampiri Puan Sri Yani untuk bersalaman. Dengan Tan Sri Rahim hanya memberi senyuman, tanda hormat.

'Eleh, tunjuk baik konon,' kutuk Amier Rafzan dalam hati dengan perasaan menjengkelkan.

"Cantik anak kakak. Ini Qaisara kan?" soal Tan Sri Rahim bagi mendapatkan kepastian. Puan Sri Yani mengangguk bersetuju dengan soalan suaminya.

"Maaf. Ini Neldya Emilda. Anak bongsu kami. Sara dia belajar di Melaka. Kakak boleh panggil dia Emil," Puan Kamariah memberi penerangan. Tangannya saat itu, menyeluk ke dalam tas tangannya untuk mengambil sehelai selendang yang dibawanya ke mana-mana sahaja. Melihatkan pakaian terdedah anaknya itu, hatinya tidak senang duduk. Segera diberi selendang itu kepada Emilda untuk menutupi bahu yang terdedah itu. Balik nanti, tahulah apa yang patut dia lakukan!

Emilda tertelan air liur melihat mata mamanya yang terjengul keluar itu. Dia tahu itu amaran keras! Memandang pula papanya, lagilah takut! Sepersis Sarjan Misai! Menyeramkan... Segera dia menutupi bahunya dengan selendang hitam itu.

"Oh, Emilda. Cantik orangnya. Hari tu masa kakak pindah Emil tak ada lagi kan?...bla...bla...bla..." mereka berbual panjang. Sampaikan anak mereka bermain mata mereka tidak sedar. Benar-benar licik permainan antara dua manusia ini!

Amier Rafzan bagai hero dalam satu kisah. Emilda pula heroinnya. Masing-masing memainkan perwatakan sendiri. Tidak tahu siapa yang akan berjaya memainkan drama ini. Memang gila dua manusia ini!

"Eh, rasanya kami balik dulu. Dah lewat ni," tutur En. Azran bingkas berdiri. Puan Kamariah dan Emilda turut berdiri.

"Baiklah. Nanti kita jumpa lagi ya. Rasanya belum puas kita berbual." tutur Tan Sri Rahim tersenyum sambil berdiri. Begitu juga isterinya. Amier Rafzan menjauhkan diri kerana ada panggilan. Skandal la tu! Walaupun sedang berbual, matanya tak lepas memandang Emilda. Sudah jatuh cintakah?

"Saya balik dulu ya." sopan sahaja Emilda berkata-kata. Matanya juga gatal menilik tajam mata Amier Rafzan dari jauh. Usai bersalaman, mereka segera pulang keluar dari restoran mewah itu. Emilda menghampiri kereta mewah miliknya sambil tersenyum sinis ke arah Amier Rafzan.

Amier Rafzan membalas tsenyuman Emilda. Tetap juga kelihatan macho! Tidak mahu kalah dengan Emilda. Mulutnya bergerak, berkata tanpa suara. 'Perang akan bermula,'

Emilda mengenyit nakal.Malas melayan! Kena jual mahal sikit. Segera memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Malam ini sungguh indah dan beerti buatnya! Dan malam ini juga ada yang terluka. Siapakah itu?

P/S: Terima kasih sudi membaca. Harap tegur dan tinggalkan komen ya. :)

No comments:

In LOVE