Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

22 Feb 2013

Cerpen Seram : Penunggu ( Kisah 1 )

Assalamualaikum...Alhamdulillah, akhirnya cerpen seram kami berjaya menemui anda. Cerpen pertama ini dikarang oleh Syaz Azman. Nantikan cerpen Penunggu yang seterusnya dengan kisah yang lain pula. Selamat membaca !


Di sebalik daun pintu yang terkuak sedikit, Aina perhati. Hatinya kurang enak dengan situasi ini. Sahabatnya,  Aliah sudah lama menjejak kaki ke bilik air. Cuma dia masih belum bergerak ke sana. Tidak tahu kenapa tersa sejuk semacam sahaja. Matanya mengalih pula ke arah jendela.

'Ish, kenapa dengan aku ni? tak ada apa-apalah. Cuma perasaan aku saja tu.' desis Aina dalam hati cuba menutup ketakutannya.

Tiba-tiba daun pintu bilik asramanya dikuak perlahan. Mata Aina memerhati tajam. Siapa itu?

"Aina, buka pintu." pinta Aliah di sebalik daun pintu yang tangan kanannya memegang baldi yang berisi baju yang dibasuhnya sebentar tadi. Manakala, tangan kirinya pula memegang barang mandian yang penuh.

Aina mengurut lembut dadanya dan pantas melompat dari katil menuju ke arah Aliah.

"Eh, sekejap aje kau mandi." ujar Aina sambil tangannya segera mencapai baldi yang bergayut di tangan Aliah itu. Keningnya tiba-tiba berkerut memandang Aliah.

"Kau ni kenapa cuci baju pagi-pagi buta macam ni? Buang tebiat ke apa? Dah tu pula, bukannya nak pergi sidai kat ampaian. Bawa masuk dalam bilik pula. Basah kau tahu tak." bebel Aina panjang menjela sambil membawa baldi itu. Berat sekali!

Aliah saat itu, hanya mendiamkan diri. Tidak terkutik apa. Hanya memerhati Aina sahaja yang jauh daripadanya. Kemudian, setapak demi setapak kaki Aliah melangkah ke katilnya selepas dia menutup rapat daun pintu biliknya.

"Lia,  aku nak tidur kejap. Nanti kau tolong gerak kejap ya." ujar Aina segera membaringkan tubuhnya di atas katil. Ditarik pula selimutnya, membungkus satu badan. Di dalam selimutnya, sempat Aina berfikir dengan sikap Aliah yang diam membisu. Sebentar tadi, baik-baik sahaja. Hantu apa pula yang sampuk Aliah? Aina sedar akan keterlanjurannya, tidak semena-mena ditampar mulutnya yang lancang berkata-kata itu.

"Lia, bukak pintu ni! Yang kau tutup tu kenapa!" jerit Aliah sekuat hati sambil tangannya mengetuk-ngetuk kuat daun pintu bilik asramanya. 'Kenapa ditutup pulak pintu ni? Dah la sejuk duduk di luar ni.' monolog Aliah dalam hati yang menggigil kesejukan.

Aina yang hendak terlelap, terbuntang luas matanya. Segera dibuka selimut yang mebungkus tubuhnya itu lalu  duduk di atas katil.

"Suara siapa itu? Itu bukan suara Aliah ke? Tapi bukan tadi dia baru masuk ke?" pantas Aina megalihkan pandangannya ke arah katil milik Aliah. Kosong! Fikirannya buntu. Tapi, adakah itu? Belum sempat berfikir, Aina segera melangkah ke daun pintu bilik asramanya. Tangannya kalut membuka pintunya berkunci itu.

Aliah di luar, tak henti-henti mengetuk daun pintu bilik. "Tak lama lagi, bekulah aku kat luar ni." bebel Aliah seorang diri sambil berpeluk tubuhnya menahan kesejukan. Itulah padahnya, mandi pukul tiga pagi. Pabila pintu bilik itu dibuka, Aliah segera memboloskan dirinya ke dalam. Aliah aneh melihat sikap Aina yang diam membisu itu. Dia mendekati Aina.

"Beb, kau kenapa?" berkerut dahi Aliah menyoal.

Aina menelan air liurnya yang tersekat itu sebelum memulakan bicara. "Err, kau pergi mana?"

"Pergi mana pulak? Mandilah. Takkanlah bersenam pulak." ujar Aliah sambil tangannya sibuk menyidai tuala di tempat yang telah disediakan.

Aina memandang sekitar bilik asramanya. Mulutnya ditutup kemas. Mukanya mula pucat. Badannya mula terasa peluh dan terketar-ketar. Aina terasa sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi.

Ketika itu, Aliah pelik melihat Aina. Segera menghampiri sahabatnya itu. "Kau ni kenapa?"

Aina hanya menggelengkan kepalanya tanpa suara.

"Badan kau ketar, berpeluh ni kenapa? Ina, kau jangan buat hal." Aliah menggoncang tubuh Aina yang keras berdiri itu. Seram Aliah melihat Aina berkeadaan seperti ini.

"Liaaa...boleh tak a...aku tidur dengan kau ma...lam ni?" tergagap-gagap Aina bertanya. Tangannya menepis lembut peluh yang memercik di dahinya itu.

"Kena..." belum sempat Aliah menyoal, Aina segera mencapai bantal dan selimutnya di katil dan bergegas ke arah katil Aliah untuk tidur. Aina masih trauma. Dia masih belum tahu, siapakah wanita yang datang sebelum Aliah tadi. Yang pasti, dia banar-benar ketakutan.

Keesokan harinya...

"Ina, aku nak kau cerita pada aku satu persatu." sergah Aliah diiringi teman-teman asrama lain. Macam nak bua konvoi!

Aina menilik wajah teman-temannya satu persatu." Aku nampak sesuatu..."

Mendengar Aina mula bercerita, Aliah termasuk teman seiringnya duduk di sebelah Aina. Yang duduk mencangkung pun ada.

"Semalam masa Lia keluar mandi, aku tak keluar mandi. Aku duduk dalam bilik sorang-sorang. Aku rasa dalam tiga puluh minit saja kut Lia mandi. Aku bukalah pintu. Aku tengok Lia bawa masuk baldi yang penuh dengan baju..." belum sempat Aina menyambung ayat. Alia menyampuk laju.

"Sejak bila aku basuh baju pagi-pagi buta ni? Mandi pagi-pagi adalah. Kalau nak basuh baju pagi-pagi, kerja gila namanya tu." sangkal Aliah serta-merta. Teman-teman yang berada di bilik mereka, kusyuk mendengar cerita Aliah dan Aina.

"Habis tu, siapa yang bawa baldi masuk dalam bilik kau pagi tu kalau bukan Aliah?" soal Hanis tiba-tiba. Pelik mendengar cerita Aina.

Aliah mengangkat bahunya. Tidak tahu siapakah orang itu. Ketika itu, fikiran Aina terawang jauh. Diingati semua kejadian semalam.

"Jangan-jangan 'dia' tu han..." ujar Adiba tiba-tiba. Semua yang ada di situ menoleh tepat ke arahnya.

"Kau jangan cakap bukan-bukan!" marah Hanis serta-merta. Meremang bulu romanya pabila Adiba berkata seperti itu. Bukannya di tidak tahu, asrama sekolah mereka memang 'keras'.

"Aku rasa memang ya." ujar Aina menarik perhatian teman-temannya.

"Apa!!!" serentak teman-temannya berkata. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Ditelan air liur yang tersekat pada anak tekak. Hanis dan Adiba memandang sekitar bilik asrama itu. Menyeramkan!

Namun Aliah hanya membuat muka. Tidak percaya dengan benda karut ini.


Suatu malam...

"Kau tak tidur lagi ke? esok dah nak sekolah." tegur Aina sambil membaringkan badannya di atas katil. Kekecohan semalam sudah berakhir. Tiada apa yang berlaku sebenarnya. Itu semua perasaan masing-masing. Namun, disebalik itu, Aina tahu ada sesuatu yang berlaku. Dia pasti!

"Belum. Aku nak mesej dulu jap." ujar Aliah yang tersengih di katilnya itu. Tangannya pantas menaip laju di telefon bimbitnya itu.

Malam sudah menjengah jam dua belas. Namun, Aliah masih dengan telefon bimbitnya. Begitu ghairah malam ini dia berbalas mesej. Aina pula setelah usai membaca ayat kursi dan tiga tiga surah yang menjadi pegangannya lantas memejamkan mata, walaupun matanya masih terbuka luas. Aina masih trauma dengan keadaan semalam. Walaubagaimanapun, dia harus tetap cuba memejamkan mata.

Aliah tersengih-sengih memandang telefon bimbitnya. Cuba menunggu orang di sana membalas mesej. Tiba-tiba dia terdengar deruan angin kuat melalui jendela bilik asramanya. Dia mengamati sedalamnya ke arah jendela itu. Dipandang pula, wajah Aina yang tidur mati.

"Hmmm, tak ada apa-apa lah" ujar Aliah menenangkan hatinya.

Tiba-tiba, terdengar ada mesej yang masuk. Dia mengurut dada. Terkejut bukan kepalang! Aliah yang melihat keadaan kembali normal segera membalas mesej itu kembali dan meyelimutkan tubuhnya. Dia kembali leka.

Aliah yang asyik dengan telefon bimbit terasa pahanya dicuit lembut dari dalam selimut. "Ya, Allah!" mengucap Aliah dari dalam selimutnya. Dia cuba menenangkan diri. Ditarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian, dilepas perlahan. Aina menyambung kembali menaip mesejnya. Dia  terasa lagi pahanya dicuit. Kali ini, cuitannya benar-benar terasa sehingga ke seluruh badan. Menggeletar seluruh tubuhnya.

Aliah dari dalam menguak sedikit selimutnya itu. Ingin melihat siapa yang 'seronok' mencuit pahanya. Mungkin Aina! Tetapi, bukan Aina yang mencuit pahanya. Aina yang dilihatnya dari dalam selimut sedang enak tidur. Habis, siapa? Telefon bimbitnya yang tak henti-henti bergetar, dibiar tepi.

Tiba-tiba, fikirannya menangkap perkataan. Apakah itu? Mulut Aliah sekarang ini terkumat-kamit membaca doa. Entah betul ke tidak. Yang pastinya, dia benar-benar ketakutan. Tiba-tiba, dia terasa seluruh jari kakinya diraut sepenuhnya.

"Emakkk!!!" jerit Aliah sekuat hati. Berpeluh tubuh badannya malam ini.

Aina yang terdengar Aliah menjerit, terpisat-pisat mata dibuatnya. Segera menghampiri Aliah yang duduk berpeluk lutut itu. Melihat Aliah terketar-ketar.

"Kenapa dengan kau ni, Lia?" berkerut dahinya memandang Aliah yang diam membisu itu.

Tergeleng-geleng kepala Aliah. Aina segera memeluk tubuh yang bergetar itu. Aina tahu, ada sesuatu yang berlaku.

Keesokan harinya...

Tergempar cerita yang berlaku pada Aliah semalam. Budak-budak asrama ketakutan dengan cerita yang didengar itu. Pihak sekolah termasuk dengan guru-guru mengadakan bacaan Yassin beramai-ramai. Semoga tiada apa-apa berlaku lagi selepas ini.

"Kau nak tahu sesuatu tak?" soal Aina tiba-tiba menghalakan pandangannya pada Aliah.

"Apa?" berkerut dahi Aina.

"Sebenarnya, asrama kita memang 'keras'. Ada penunggunya. Penunggu di asrama kita tak boleh kita tidur lambat-lambat. Dia tidak suka kita mesej malam-malam. Kalau kau tak percaya, kau tanya Cikgu Nin." ujar Aina seakan berbisik.

"Uish! kau ni. Jangan nak memanjangkan cerita. Sudah-sudahlah. Aku tak mahu dengar. Seram kau tahu tak!" bebel Aliah dengan pantas melangkah jauh daripada Aina. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi.

Aina dari jauh hanya melihat tubuh Aliah yang semakin hilang. Dia yakin, makhluk itu memang wujud. Semua makhluk ini ciptaan daripada Allah s.w.t ermasuk dengan manusia. Cuma dia berada di dunianya, kita berada di dunia lain. Oleh itu, perlulah kita berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T supaya keimanan dalam diri kita dapat ditingkatkan setiap hari. In Shaa Allah..

p/s : cerita ini tidak ada kena mengena dengan hidup mahupun mati. Ia hanya rekaan semata-mata. Selamat membaca :)














1 comment:

lisanna said...

Cerita ni boleh tahan seram

In LOVE