Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

1 Mar 2013

Cerpen Seram : Penunggu ( Kisah 2 )

Assalamualaikum, pejam celik pejam celik sudah sampai ke Bulan Mac. Alhamdullilah. Jum baca entry ini. Jangan lupa komen :)


"Ma...berapa kali Liyana kata, Liyana tak naklah masuk asrama! Liyana janji ma...Lepas ni, Liyana akan belajar rajin-rajin," ujarku sambil memegang erat tangan ibu. Beg aku yang besar-besar  dibiarkan di tepi.

Kami berdua berada betul-betul di hadapan salah sebuah sekolah asrama. Sebenarnya sekolah itu bukanlah sekolah untuk pelajar-pelajar yang pandai tapi lebih kepada pelajar-pelajar nakal.

"Sudahlah Liyana, mama dah penat dengar janji-janji palsu Liyana... Kita dah pernah bincang perkara ni sebelum ni. Jadi mama sudah tetap dengan keputusan mama!" Puan Laili berkata sambil matanya meliar mencari pengawal keselamatan sekolah. Tiada seorang pun! Tambahan, suasana yang cukup sunyi seperti tiada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki di ke sekolah tersebut.

"Ma! Liyana rasa sekolah ni semacam saja. Seram Liyana tengok. Mama, tolonglah! Liyana mahu pulang," Liyana tidak putus asa memujuk ibunya.

Tiba-tiba Liyana dan Puan Laili terlihat seorang remaja perempuan sedang berjalan di hadapan bangunan sekolah itu. Puan Laili segera memanggil gadis tersebut. Gadis itu berjalan ke arah mereka. Tetapi, yang menghairankan mereka berdua, gadis itu langsung tidak mendongakkan kepalanya ketika berjalan. Asyik menunduk sahaja. Bulu roma mereka meremang ketika gadis itu sangat hampir dengan mereka. Ish, tak mungkinlah siang-siang macam ini ada hantu!

"Adik, mak cik nak tanya sikit. Pejabat sekolah kat mana?" tanya Puan Laili memberanikan diri. Wajah gadis itu pucat sedikit, rambutnya yang paras bahu itu lurus elok.

Gadis itu mengangkat tangannya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah sebuah bangunan yang kedua dari hadapan. Selepas itu, gadis itu segera berlalu.

" Ma, kenapa pelik sangat perempuan tu ma? Ma, tak kan mama nak biarkan anak mama satu-satunya ni tinggal kat sini?" Liyana hampir hendak menangis.

Puan Laili mula berasa kasihan namun memikirkan kesalahan yang anaknya lakukan di sekolah yang dulu, dia akhirnya tekad.

" Jom!" kata Puan Laili.

" Ma!" panggil Liyana. Akhirnya, dia terpaksa mengalah. Kerana dia tahu, pujuklah macam mana pun pasti tidak akan berjaya mengambil hati mamanya!

Pintu pejabat diketuk perlahan. Pintu akhirnya dikuak daripada dalam. Kelihatan dua orang cikgu perempuan dan seorang cikgu lelaki berada di dalam bilik tersebut.

"Assalamualaikum," ucap Puan Laili sebelum melangkah masuk perlahan-lahan. Ketiga-tiga cikgu tersebut menjawab salam Puan Laili serentak. Mereka tersenyum. Liyana yang berada di belakang Puan Laili hanya menunduk. Malas hendak memandang sekeliling!

" Ada apa ya puan ?" tanya cikgu lelaki yang memakai tag nama Rosli itu.

" Saya nak daftarkan anak perempuan saya di sekolah ini..." jelas Puan Laili.

" Oh boleh-boleh..Mula-mula sekali puan..." kata Rosli terhenti.

" Puan Laili." kata Puan Laili. Faham dengan isyarat guru lelaki berkemeja biru dan berkopiah putih itu.

"Baiklah, Puan Laili perlu isi borang ni dahulu. Sementara itu, Cikgu Wina akan bawa anak Puan ke asramanya," sambung Cikgu Rosli kembali.

Liyana hanya membantu. Matanya memandang tepat ke mata ibunya. Meminta simpati. Namun ibunya mengalihkan pandangan dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Liyana menyambut tangan itu lemah.
Akhirnya dia terpaksa mengikut jua Cikgu Wina. Cikgu Wina yang memakai baju kurung bertanahkan warna kuning dan berbunga hijau itu kelihatan risau. Hai, budak baru masuk pun risau ke?

Sepanjang perjalananya menuju ke asrama,Liyana sempat memerhati kawasan sekeliling. Keadaan sekolah itu suram sahaja. Keadaannya seperti tidak berpenghuni.

Sesampainya mereka di dorm Kemboja, Liyana lihat ramai pelajar perempuan yang hampir sebaya dengannya. Mereka memandang ke arah Liyana dan Cikgu Wina. Ada yang sesetengahnya tersenyum sinis.

" Assalamualaikum semua. Hari ini ada seorang pelajar baru yang akan bersama kamu. Sila perkenalkan diri," suruh Cikgu Wina.

" Aku Liyana, panggil Lie pun tak apa. Aku tak kisah," kata Liyana memperkenalkan diri.

" Weh, apa kes yang buat kau boleh masuk sekolah ni ?" tanya salah seorang daripada mereka. Baju kurung merah hati yang dipakai membuatkannya tampak ayu. Namun mulutnya yang tidak henti-henti mengunyah gula-gula getah mencacatkan sedikit penampilannya.

" Baiklah, kamu berkenalan dahulu sesama kamu ya. Cikgu nak ke bilik guru. Tepat jam 12 tengah hari cikgu mahu semua ke dewan makan. Jangan lambat seminit pun. Kalau lambat cikgu denda!" kata Cikgu Wina sebelum keluar dari bilik itu.

Cikgu Wina segera berhenti apabila terlihat kelibat seorang gadis. Dia melayang-layang dihadapan Cikgu Wina. Muka gadis itu tertutup dengan rambut yang panjang mengurai.

" Jangan kacau Liyana. Dia masih baru di sini, jangan sampai terjumpa dengan Ustaz Rosli ya! Nanti Awin dihalaunya," kata Cikgu Wina kepada gadis itu. Gadis itu tersenyum. Tangannya yang berdarah itu membelai wajah Cikgu Wina lembut. Air mata Cikgu Wina mula bertakung.

" Cikgu Wina!" panggil Anisa. Salah seorang pelajar. Anisa tercunggap-cunggap. Gadis tadi hilang.

" Erina..Cikgu...Erina..pengsan!" kata Anisa.

" Apa?!" Cepat-cepat dia mengatur langkah mengikut langkah Anisa. Kata Anisa, Erina pengsan ketika sedang membasuh pakaian di bilik air.

****

" Aku masuk sekolah ni sebab mama aku yang paksa aku. Kalau tak aku tak nak,lagipun salah aku juga! Aku nakal sangat kat sekolah dulu," terang Liyana.

" Samalah kita... Oh lupa pula nak kenalkan diri. Memandang kau budak baru kat sini, kau kena tahulah sapa ketua kat bilik ni," kata gadis yang memakai baju kurung berwarna merah jambu itu.

" Aku Julia, ketua dalam bilik ni. Yang ni Amina, yang kat hujung tu Sophia, yang gemuk tu Farah," sambung Julia.

" Selamat berkenalan," kata Liyana.

" Semua katil kat sini dah penuh, kecuali yang hujung tu..." kata Julia.

" Eh, katil akukan masih kosong di atas! " sampuk Farah.

" Kau diamlah," jerit Julia.

" Katil tu kosong. Tapi aku nasihatkan kau jangan tidur kat bawah, tidur kat atas. Kat bawah tu ada 'penunggu'," kata Julia sambil tersenyum. Meremang bulu roma Liyana mendengarnya.

Liyana perlahan-lahan menuju ke katil yang 'dikhaskan' untuknya. Laci yang diletakkan di tepi katil dibuka sedikit untuk melihat isi di dalamnya. Kosong. Jadi memang benarlah, katil ini kosong.

" Ju, bila masa katil tu berpenunggu?" tanya Sophia, kawan baiknya.

" Bila aku kata kau bodoh, kau marah! Aku nak kenakan dia saja," kata Julia. Tanpa disedari mereka, Awin yang melayang-layang di tepi tingkap sedang mendengar kata-kata mereka. Awin tersenyum. Sinis.

" Weh! Erina pengsan kat bilik air!" Anisa berkata. Cikgu Wina sudah ke bilik air tersebut. Berita ini harus dikhabarkan kepada mereka juga.

Sophia, Julia, Farah dan Amina bergegas ke bilik air yang dikatakan oleh Anisa. Kini Liyana bersendirian. Baju-bajunya dikemaskan dan dimasukkan ke dalam laci di tepi katil.

Tiba-tiba, dia terdengar pintu bilik terbuka perlahan-lahan. Seingatnya, pintu itu tidak ditutup. Bagaimana pula pintu itu dibuka? Liyana kaku. Dia langsung tidak berani menoleh.

" Hai!" kata seseorang. Liyana berpaling. Gadis tadi! Gadis yang menunjukkan pejabat. Tapi kini mukanya tidak sepucat tadi. Cantik!

" Hai..." sapa Liyana kembali.

" Awak budak baru tadi kan? Saya Awini, panggil saya Awin sudah!" kata Awin sambil menghulurkan tangannya.

"Saya, Liyana. Panggil Lie sudahlah," kata Liyana. Kenapa formal sangat bahasa minah ni? Orang bebudi kita berbahasalah kan...Liyana menyambut huluran tangan Awini. Sejuk.

" Ini katil saya, awak tak kisah berkongsi katil dengan saya?" kata Awin. Dahi Liyana berkerut.

" Mereka kata katil ini kosong dan...berpenunggu," bisik Liyana.

" Mereka cuma mahu mengenakan kamu! Mana ada penunggu di sini!" Awin tersenyum.

" Sampai hati mereka buat saya macam ni. Tapi kenapa laci ini kosong?" tanya Liyana. Banyak pula soalnya.

" Saya masukkan barang-barang saya ke dalam loker. Lagipun, barang saya sikit sahaja," jelas Awini.

*********

Tiba-tiba Cikgu Wina dan Ustaz Rosli masuk ke dalam bilik tersebut. Awini segera meminta diri. Dia cepat-cepat keluar dari dorm itu. Ustaz Rosli menjeling ke arah Awini.

Selepas Awini berlalu, Julia dan rakan-rakan datang sambil memimpin Erina. Tubuh Erina kelihatan seperti lembik semacam sahaja.

" Letakkan Erina di atas katil!" arah Ustaz Rosli.

" Katil mana Ustaz?" tanya Julia.

" Ish, mana-mana pun tak apa. Nak hantar di balik ke dormnya pun susah, lemah sangat badan dia ni," ujar Ustaz Rosli.

" Lepaskan aku..." suara garau kedengaran. Rupa-rupanya suara itu datang daripada Erina. Kepalanya ditundukkan. Julia dan rakan-rakan yang memapah Erina terus melepaskan tubuh Erina menyebabkan Erina jatuh terduduk.

Kepala Erina tiba-tiba mendongak dan memandang Ustaz Rosli. Matanya kemerahan. Dia tersenyum sinis. Liyana telan liur. 'Kenapa dia ni?'

" Engkau !" Erina menempik. Sambil jari telunjuknya lurus menghala ke arah Ustaz Rosli.

"Keluar dari sinilah bodoh! Aku benci tengok muka kaulah," sambung Erina.

Liyana dan rakan-rakan barunya merapatkan diri dengan Cikgu Wina. Mereka saling berpelukan. Keadaan begitu tegang! Erina dirasuk!

" Kau yang keluar dari sini atau aku yang akan tolong kau keluar dari sini?!" kata Ustaz Rosli.

" Aku tak takutlah dengan kau!" tempik Erina lagi.

" Aku pun tak takut dengan kau, aku hanya takut dengan Allah. Allahuakhbar," lantang suara Ustaz Rosli.

Erina menggelupur mendengar kalimah Allah, tetapi Erina ketawa selepas itu. Menggilai. Meremang bulu roma mendengarnya.

" Awin, tolong akak boleh?" Cikgu Wina bersuara lembut. Dia perlahan-lahan mendekati Erina.

" Akak..." suara Erina berubah lembut. Liyana pelik. Bukankah Awini tu Awin? Kenapa bertukar menjadi Erina pula? Jangan-jangan...

" Keluar daripada tubuh Erina ya sayang?" sambung Cikgu Wina. Air mata mula mengalir di pipinya.

"Tak mahu...Tadi, dia kata kat Awin macam-macam akak. Dia kata Awin mati sebab bunuh diri. Dia kata, Awin bunuh diri sebab mengandung anak Abang Asyraf. Dia tipu! Awin nak dia mati bolehkan akak?" tanya Erina sambil tersedu-sedan.

" Awin, jangan buat macam ni. Awin beritahu perkara sebenar pada kami ya. Lepas ini, kakak jamin tiada seorangpun yang akan buat cerita pasal Awin lagi," pujuk Cikgu Wina.

" Akak, Abang Asyraf baik sangat dengan Awin. Kami cuma berbual, tak pernah pun kami melakukan perkara terkutuk. Kakak Amelia sangka adik bercinta dengan Abang Asyraf. Suatu hari, dia nampak adik sedang menuruni tangga di Dorm Kasturi. Dia tolak adik. Adik mati. Tapi semua orang ingat adik mati sebab bunuh diri! Roh adik tak aman!" tempik Erina. Dia bangun dan meluru ke arah Cikgu Wina. Dia memeluk Cikgu Wina sehingga Cikgu Wina sukar bernafas.

" Allahuakhbar!" serentak itu pelukan Erina dan Cikgu Wina terlerai. Erina terjatuh.

" Kamu semua ! Pegang dia!" arah Ustaz Rosli kepada Liyana dan rakan-rakan. Terkocoh-kocoh mereka mengikuti arahan Ustaz Rosli.

" Lepaskan aku! Lepaskan aku!" tempik Erina. Gerak tubuhnya terhalang oleh pegangan rakan-rakannya.

Mulut Ustaz Rosli terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran. Pergerakan Erina semakin lemah.

"Allahuakhbar!" jerit Ustaz Rosli. Pergerakan Erina terhenti. Dia pengsan lagi. Liyana dan Sophia menggangkatnya ke katil.

" Malam ni, kita semua akan bacakan Yassin untuk arwah adik Cikgu Wina, iaitu Awini," kata Ustaz Rosli.

" Satu lagi, jaga-jaga dengan kata-kata kamu. 'Mereka' ada disekeliling kita," pesan Cikgu Rosli.

Liyana terkaku. Rupa-rupanya Awini yang menegurnya tadi bukannya manusia tapi...tapi...

Cikgu Wina mengesat air matanya. Dia bersyukur kerana roh adiknya kini sudah aman.

" Wina, itu bukannya roh adik kamu...Itu cuma syaitan yang cuba memperdayakan kita," ujar Ustaz Rosli sebelum keluar dari bilik tersebut. Cikgu Wina berjalan seiringan dengan Ustaz Rosli.

" Lie, kenapa kau pucat ni?" tanya Farah.

" Sebelum korang masuk, Awini datang. Dia cantik sangat. Tangan dia sejuk. Dia beritahu aku, korang cuma  ingin membuli aku dengan mengatakan katil ini berpenunggu," cerita Liyana. Terus terang.

Julia tersentak lalu memohon maaf daripada Liyana. Mereka berjanji untuk berubah menjadi baik bersama-sama.

Awini terapung-rapung di tepi tingkap. Dia mengilai sebelum menghilang perlahan-lahan.


TAMAT.

Cerpen ini tiada kena mengena antara hidup dan mati. Cerpen ini cuma rekaan semata-mata. Jika ada salah dan silap sila komen. Sekian terima kasih kerana sudi membacanya!

Salam Sayang,

Pa'ah Mohd Isdris



















In LOVE