Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

17 Jan 2013

ULASAN NOVEL : Kata Tak Suka oleh Qaseh Qaisara

Hai!!! Hari ini Syaz nak memberi ulasan tentang novel terbaru Qaseh Qaisara. Kawan2 belum beli novel ni? pergi ke kedai buku dan dapatkan novel ini dengan segera. Rugi kalau tak beli. Sebenarnya, novel ini mama Pa'ah yang punya, Mas Yaakob. Mesti Qaseh Qaisara kenal. Siap dengan tandatangan lagi. Hehe.. Okey, mari kita lihat sinopsisnya dahulu :)

SINOPSIS : 

Kononnya ala-ala paksa. Mak-mak yang kenenkan. Sudah berpakat masing-masing kata tak suka. Banyak buruk dan kurangnya pada pandangan mata, tapi tak sampai mana, tiba-tiba jatuh berkenan pula.

Megat Zafril biasa-biasa saja buat Nea Alisha. Tidaklah kacak sangat, tapi kenapa sangat menyenangkan? Rasa sangat selamat ketika berada di sampingnya. Bagi Megat Zafril pula Nea Alisha sangat pandai mengambil hati dan langsung tidak angkuh walau gadis secantik Nea berhak memiliki perangai begitu. Ah! kenapa awal-awal lagi mulut ni gatal benar kata tak suka? Kan padan muka masing-masing.

Namun, kaum emak tidaklah berputus asa. Pelbagai rancangan diaturkan sehinggalah Megat Zafril dan Nea Alisha kononnya setujukan saja, sedangkan dalam hati, Tuhan saja yang tahu.

"Kita dah tak boleh lari. Aci lawan apa pun, mereka memang akan kenenkan kita." Megat Zafril mula rasa gementar. Inikah masanya?

"Abang rasa macam mana?"

"Kita ikutkan ajelah cakap mereka. Abang dah bosan nak mengelak. Makin abang elak, makin benda ni menjadi-jadi. Pening kepala abang." Megat Zafril mula membuka jalan. Mana tahu laluan kali ini mudah.

"Nea fikir pun macam tu. Nea pun dah tak larat nak layan karenah mereka ni."

Dengan alasan itulah sebuah mahligai terbina. Namun ketika bahagia berbunga-bunga, datang pula si Luqman, bekas buah hati Nea. Mahu menagih semula kasih lama. Akan tergugatkah kasih Nea dengan kehadiran Luqman? Mahligai yang mereka bina bakal hancurkah gara-gara orang ketiga?

Ulasannya : Okey, novel ini pada pandangan Syaz merupakan genre romantik komedi gitu. Hehe...Novel ini berkisarkan tentang rancangan yang dibuat oleh kaum emak untuk menyatukan anak-anak mereka. Dengan membawa Megat Zafril dan Nea Alisha ke Langkawi untuk berkenalan. Nia Alisha menganggap bahawa Megat Zafril yang diam itu amat membosankan. Manakala, Megat Zafril menganggap Nea Alisha pula  gedik. Haha!! gedik ke? Arghh!! itu cuma alasan mereka sahaja.

Berilah apa-apa alasan kepada kaum emaknya, kaum emak akan tetap berusaha menyatukan anak-anak mereka. Pada masa sama, kaum emak ni tak tahu bahawa anak-anak mereka sudah jatuh hati. Sengaja tak nak beritahu kaum emak. Hehehe...

Ha!!! Ketika dilanda bahagia, datang pulak si Luqman bekas kekasih Nea Alisha yang senang sangat nak menjatuhkan rumah tangga orang padahal tak mampu pun. Cakap saja lebih. Pada saat itu, goyah sikit rumah tangga Nea Alisha dan Megat Zafril. Tapi, bakal hancurkah rumah tangga mereka? Mesti saspens nak tahu kan? hahaha... kawan2 mesti beli novel ni. Best tau... :)

Okey! nampaknya setakat ini sahaja yang mampu Syaz kongsikan dengan kawan2. Ini cuma ulasan Syaz setelah membaca novel ini. Selamat membaca kawan2 dan dapatkan dengan segera di kedai buku yang berhampiran anda. Jangan biarkan tanda tanya menghantui anda.. hahaha.

: Peace y00 :


No comments:

In LOVE