Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Apa khabar ? Harap semua baik-baik sahaja , InsyaAllah.
Baiklah, hari ni Pa'ah yang akan membuat ulasan novel Kahwin Ganti ni. Sebenarnya novel ini bukan milik Pa'ah tapi milik Syaz Azman secara mutlaknya. Hihi. Ini hadiah yang Pa'ah berikan kepada beliau sempena hari tua beliau tahun lepas. So hari ni Pa'ah nak ulas sikit lah.
Pertama, meh baca SINOPSIS dulu ye :)
LUQMAN HAKIM
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta ? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
NUQMAN HAKIM
Bertunang banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan orang lain, tetapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu,sibuk ke hulu ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau sibuk buat perkara tak senonoh!
MYA ZARA
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu sahaja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan CINTA?
Ulasan Pa'ah Mohd Isdris :)
Jalan cerita yang dikarang oleh Aifa Batrisya ini agak menarik dan mempunyai idea yang tersendiri. Walaupun kadang-kadang orang kata novel tentang kahwin tanpa rela dan bercinta dengan lelaki lain dan berkahwin dengan lelaki lain tu berlambak di pasaran namun setiap penulis ada cara penulisannya yang boleh memikat hati pembaca. Bagi Pa'ah, gaya bahasanya sangat santai dan cool.
Watak dan perwatakan yang menjadi tunjang utama novel ini sangat memberi kesan kepada pembaca. Watak Luqman yang kasar tetapi sweet apabila dia mula cemburu. Watak Mya yang bertudung labuh dan sangat mempertahankan maruahnya bahkan dihadapan suaminya. Namun mula berubah apabila hati mula berkenan kepada suami sendiri. Manakala watak Nuqman yang melarikan diri ketika hari perkahwinannya dengan Mya menimbulkan unsur saspens kepada pembaca.
Okey..Korang nak tahu macam mana Luqman boleh terpikat dengan isterinya sendiri ? Bagaimana Mya meluahkan perasaan terhadap suaminya dan mengapa Nuqman melarikan diri ketika hari perkahwinannya ?
Jeng..Jeng..Jeng.. Dapatkan novel KAHWIN GANTI ini di pasaran atau melawat blog kat Aifa di sini !
Star Rate : Five Star :)
- Segala kelemahan itu datang daripada diri Pa'ah sendiri dan segala kelebihan sesungguhnya datang daripada Allah S.W.T.
Motivasi diri.
Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?
Si Cantik dan Si Kacak kami :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In LOVE
-
Assalamualaikum bagi yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera bagi yang bukan Islam. Sebarang kritikan atau komen sila berikan dengan ikh...
-
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Alhamdulillah..Akhirnya siap juga salah satu cerpen Pa'ah ini. Terima kasih kepada sesiapa ya...
-
K ata orang, bercinta itu semuanya indah. Indah dengan suasananya, indah dengan kata-kata puitisnya, indah bersama orang yang...
-
Assalamualaikum..Akhirnya setelah beberapa hari menyepi daripada entry mengenai e-novel, Pa'ah ingin bertanya tentang pendapat anda. ...
-
Assalamualaikum...Ini merupakan salah sebuah cerpen yang dihantar ke Dewan Bahasa Dan Pustaka. Terima kasih kerana sudi membaca cerpen Sya...
-
Assalamualaikum, alhamdulillah ! Akhirnya bab 3 sudah tiba! Mari baca. Kepada Baby Mio yang sering membaca dan sering meninggalkan komen...
-
“Sudah-sudahlah kau nak berangan mak cik oii…” ujar Mimi kepadaku sambil melabuhkan punggungnya di sebelah. Matanya asyik memandang kaca t...
-
Tajuk Sajak : Realiti Hidup Nukilan : Pa'ah Mohd Isdris 25/9/2014 - 9.50 malam Pernah sekali aku merenung, Kepada kenangan silam l...
-
Assalamualaikum, sebelum jari menaip dengan lebih banyak lagi. Ingin saya khabarkan pada anda, coretan saya pada kali ini ditujukan kepada s...
-
Assalammualaikum, apa khabar semua? Harap-harap anda baik-baik sahaja. Agaknya sudah lama kami tak post entri terbaru. Tak apa. Tunggu ya s...
Ada di blog
Ulasan Novel Di Pasaran
(8)
Cerpen
(7)
Motivasi Diri
(7)
Cerpen Pendek
(3)
Ulasan Novel
(2)
E-Novel
(1)
potpet kami
(1)

No comments:
Post a Comment