Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

Showing posts with label Ulasan Novel Di Pasaran. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Novel Di Pasaran. Show all posts

7 Mar 2013

Ulasan Novel Awak Suka Saya Tak ? karya Melur Jelita.



Assalamualaikum. Alhamdulillah, dan masuk 7 March dah kan ? Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Ha, apa khabar semua ? Sihat? Good-good but don't forget to PRAY FOR LAHAD DATU! Jum kita tengok ulasan novel Awak Suka Saya Tak?


Meh baca sinopsis dulu akak-akak , adik-adik , abang-abang? Ade keeww?

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…"
Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." 
Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." 
Intan Zulaikha


Okey, begitulah sinopsisnya. 

Ulasannya - First time Pa'ah baca novel ni memang best. Walaupun novel ni tebal tapi perasaan melonjak-lonjak dalam diri ni pun menebal juga. Betul tak tipu ni! 

Bahasa yang digunakan pun agak cool dan santai. Senang nak faham. Tak berbelit-belit apatah lagi meleret-leret. 

Watak Hilman Yong ni boleh dikatakan calon idaman Malayalah. Perfect habis! Dengan kaya, pandai menunggang kuda dan yang paling penting pandai pasal ilmu agama. Hai, perempuan mana yang tak nak lelaki yang pandai ilmu agama? Semua perempuan nakkan lelaki yang dapat membimbing mereka ke Jannahkan? *tak ada kena mengena dengan novel ni.

Watak Intan ni dia lebih gila-gila sikit. Takut dengan kuda, suka pandang rendah dekat orang yang mualaf. Dia fikir lelaki Cina yang masuk Islam semuanya sebab nak kahwin dengan perempuan Muslim je. Haaa, sekali dah kenal baru tahu langit tinggi ke rendah. Jatuh cinta terus!

Memang tak dinafikan, kita rasa pelik sikit. Wujud ke lelaki macam Hilman Yong ni ? Haaaa, tulah fungsinya baca novel. Untuk release tension! Janganlah serius sangat. Kata tak logik ah cerita ni. Tipu lah apa lah. Baca dulu baru buat penilaian ya. Semua nak lelaki macam ni kan ? Siapa tak nak ? Eleh, tipu lah tuuuuu! Haha. 

Ha jangan lupa dapatkannya di pasaran tau! Terfikir-fikir, kalaulah novel ni diadaptasi...Siapakah yang akan jadi Hilman Yong tu ya.. Wahhhh best !

Tak sabar nak beli I Love you, Stupid! Hei , I know lah dah lama keluar tapi duit tak masuk lagi. Tengah menggangur ni ha...

Cinta Bersaiz XXL dalam proses printing! Tak sabar nak beli.

Selamat membaca dan selamat membeli ya :)

Salam Sayang, 


Pa'ah Mohd Isdris ~

19 Feb 2013

ULASAN NOVEL : Meh Sandar Padaku karya Aifa Batrisya

Assalamualaikum semua, apa khabar??? sihat?? Alhamdulillah sihat. Bagi yg tak sihat, perbanyakkan isterehat. Baiklah, sementara kami nak post cerpen atau e-novel seterusnya, Meh sini kita 'usha' dulu novel yang telah syaz baca. Selepas itu, Syaz akan buat ulasan. Sebelum itu, Meh sini kita tengok sinopsisnya dahulu.. :)

Kata orang, tak kenal... maka...tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik menyakitkan hati sahaja...buat apa?- AFNAN TASNEEM

Dia, gadis yang ceria, jujur, cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"
"Kenapa Doktor  Syed tanya saya macam tu?"
"Sebab kau buat kerja tak buat otak. Tetapi guna lutut."

Dalam marah, dalam herdik...tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong  untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal,dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi rasa tergugat.

" Aku apa?''
" Tak ada apa Doktor Syed..."
" Aku tanya lagi sekali. Aku apa?"
"Errr...Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka hingga memungkinkan mereka duduk bersama.

Ulasannya ialah : Haaa amacam best tak, mestilah best kan ? Kan ? Kan..? Bagi Syaz novel ni kelakar sangat-sangat sebab masa Afnan dengan Dr. Syed di bawah satu bumbung yang acapkali bergaduh.

Pada masa yang sama, Doktor Syed ni ego sebenarnya sebab tak mampu meluahkan perasaan pada Afnan. Dia hanya mampu melihat Afnan daripada jauh saja. Tapi takdir Allah itu maha hebat apabila mereka ditemukan dalam situasi yang tegang. Apakah yang berlaku sebenarnya? Korang boleh tahu dengan ,embaca novel ini.

Bahasa yang digunakan juga sangat cool dan menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Pendek kata karya daripada Kak Aifa Batrisya tidak pernah menghampakan pembaca.

Oleh itu, anda harus memastikan rak buku anda diisi dengan novel ini. Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya ! Jangan biarkan persoalan kekal menjadi persoalan...

:Peace yoo:

14 Feb 2013

ULASAN NOVEL : Seru Saja Bintang Itu karya Syima Syawal

Hai, Assalamualaikum, semua... Apa khabar? Sihat ke? Maaflah, dah lama tak post sambungan cerita. Sebab ada hal-hal yang tertentu. Hehehe.. Oleh itu, sementara ini, Syaz akan teruskan dengan ulasan novel yang seterusnya yang Syaz telah baca sebelum Syaz dan Paah sambungkan karya masing-masing. Ok, mari kita lihat sinopsisnya dahulu.. :)

INILAH SINOPSISNYA: Waktu kecil2 dulu, si gemuk memang suka mengusik Nurina. Mentang2lah anak majikanibu, asyik Nurina saja yang mengalah.

"Hmmm... Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk?"
"Alah... Aku dah biasa panggil macam itu, kan? Kenapa mesti nak tukar pula? Takkan sebab aku panggil kau gemuk pun kau nak merajuk macam ni?"

KHAIRY ADRIAN. Lelaki yang muncul dalam hidup Nurina bersama dengan satu ugutan.  Semenjak kehadirannya, hidup Nurina jadi kacau dan tak pernah aman.

"Kau kena ingat... Kau ada hutang dengan aku. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Kalau kau terima pelawaan aku ni, hutang lima ribu kau tu hangus. Kalau tidak... kau patut fikirkan apa yang bakal kau terima." -KHAIRY ADRIAN

Tapi Nurina cuba menangkis rasa sakit hatinya terhadap Khairy Adrian dengan mengingat kenangan manisnya bersama si gemuk. Di mana gemuk? Bagaimana cara dia hendak bertemu semula dengannya.

"Pergilah balik, menyibuk aje."
"Mentang-mentang ada jajan, kau sombong dengan aku ya. Tak apa, Nanti kalau waktu kau susah, jangan sibuk cari aku. Aku balik, gemuk!"

Tapi, kenapa takdir menemukan Nurina dengan Khairy Adrian?

"Awak nak semula ke baju ni? Kalau betul nak semula, lepas saya basuh periuk besar tu, awak bolehlah ambil semula."-NURINA
"Buat apa nak ambil baju ni? lebih baik ambil orangnya."- KHAIRY ADRIAN

Setelah mengetahui kebenaran, akhirnya kedua-duanya cuba mengalah dan mengakui perasaan yang sudah lama terpendam.

Tapi adakah lafaz cinta Khairy Adrian itu mampu menjanjikan yang kebahagiaan akan menjadi milik mereka selamanya? Semua keputusan itu, hanya mereka sahaja yang mampu menjawabnya...

ULASANNYA: Ha?? Amacam? Best kan? Mestilah best.. Hehe.. Okey, pada pandangan Syaz cerita ini mengisahkan tentang kekeluargaan dan percintaan...Kiranya, novel ini dapat dibaca tanpa mengira usia! Cerita dia memang menarik! Nurina yang asyik mengusik Khairy Adrian masa kecil. Memang melucukan!
Khairy Adrian yang 'gemuk', yang suka ambil kesempatan menganggu Nurina. "Mentang-mentanglah dia anak tuan rumah" kata Nurina. Hehe.. pandai-pandai saja tambah dialog sendiri.. Hehe...

TETAPI, apabila mereka meningkat dewasa. Pelbagai masalah yang datang menerpa. Khairy Adrian yang muncul dalam hidup Nurina setelah dewasa menambahkan kesakitan dalam hati Nurina. Adakah Nurina mengenali lelaki yang bernama Khairy Adrian itu? Apakah reaksi Nurina? Dan jika mereka mengenali antara satu sama lain, Adakah mereka akan mengecapi kebahagiaan selamanya? Semua jawapan dalam 'SERU SAJA BINTANG ITU. Dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran. Haha!! macam nak promote je. Memang kena promote! Siapa lagi yang nak menyokong penulis-penulis di Malaysia, kalau bukan kita? Betul tak?

Nampaknya setakat ini sahaja Syaz mampu ulaskan. Ini cuma ulasan Syaz setelah Syaz baca novel ini. Mungkin anda ada pendapat lain. Jangan lupa beli ya..... Okey, bye2!! selamat membaca...

:Peace:

25 Jan 2013

ULASAN NOVEL : Teduhan Kasih Karya Marissa

Hai, assalamualaikum... apa khabar semua? Hm, beli lagi tak novel ni? Tak beli lagi (TELINGA KIRI DENGAR ) beli dah? (TELINGA KANAN DENGAR) Hm, tak pa- tak pa mari kita baca sama-sama. Hehe... Actually, novel ni orang sebelah tu yang punya. Syaz cuma pinjamkan saja. Hehe, okey hari ni Syaz nak kongsikan novel yang seterusnya yang Syaz telah baca. Hm.. novel Teduhan Kasih oleh Marissa.. okey, before Syaz buat ulasan, mari kita 'intai-intai' sinopsisnya dahulu... Jom!!!

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut dengan anak kau ni? Eh! kau jangan haraplah aku akan ikut kehndak kau. Aku tetap ceraikan kau!"RYZAL

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siap lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap., dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara   keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam, kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun, abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini."EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang sedia malum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akadakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Ulasannya : Ha!!! best tak? mestilah best. Okey, ulasan Syaz cerita ini mengisahkan tentang kekeluargaan dan nilai kasih sayang. Hal ini berlaku kepada Iffa yang ditalakkan oleh suaminya, Ryzal ketika dia hamil. Iffa juga dilayan ibu tirinya yang kejam bagai kain buruk. Suaminya, Ryzal berkahwin dengan Ayu kerana sayangnya sudah beralih arah. Hm, kasihankan???

Tiba-tiba... jeng, jeng, jeng.... hadirnya, si dia iaitu Ehsan yang datang menolongnya. Menyuluh cahaya dalam kegelapan... Aduh!! mulianya hati si dia...Tetapi, adakah Iffa akan menerima cadangan Ehsan? Cadangan apakah itu? Hm, korang kena pergi beli di kedai buku yg berhampiran dgn anda. Lagipun, untuk pengetahuan korang, novel ini akan didramakan tidak lama lagi... ayuh! dapatkan novel ini segera ya.
jangan biarkan tanda tanya menghantui anda.. hehe..

Okey, nampaknya setakat ini saja yang Syaz mampu kongsikan dengan anda. Ini cuma ulasan Syaz setelah Syaz baca novel ni. Best tau! korang kena beli.. Okey, bYe!!! assalamualaikum.. :)

: Peace Yoo :

21 Jan 2013

ULASAN NOVEL : HATI KALA CINTA OLEH HANI FAZUHA

Assalamualaikum bagi yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera bagi bukan yang beragama Islam. 
Apa khabar semua.. Hai para pembaca ( sedih sebab tak ada orang follow blog ) haha , It's okey.. Asalkan ada orang baca tu dah cukup mengembirakan buat kami. Ahaks ! Baiklah, hari ini Pa'ah akan membuat ulasan mengenai novel HATI KALA CINTA oleh HANI FAZUHA. Sebenarnya novel ni bukan hak milik Pa'ah tapi hak milik tuan tanah yang lagi satu. Hehe. Okey, firstly...Jum baca sinopsis ! :)

Mereka rapat kerana berjiran tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki tetapi tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia. 

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila tetapi Lya tahu ada cinta di hatinya untuk Zhafran. Namun, ianya sudah terlewat kerana Zhafran telah pun memilih Nurin.

Saat yang sama, Hareez pula hadir dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menambahkan penasaran di hati Lya. Kali pertama bertemu, yang ada di mata Hareez hanyalah kebencian.

Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya menyintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga. 

Kadangkala, kuasa memilih bukan di tangan kita tetapi tidak semesti kita harus mati saat takdir menetapkan pilihannya.

‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’ - Lya



Hah , dah habis baca sinopsisnya kan? Menarik tak ? Bagi Pa'ah, jalan cerita yang dikarang agak menarik dan diselitkan dengan unsur-unsur sweet yang boleh menyebabkan anak-anak dara sawan senyum sambil baca novel ni disebabkan terlalu sweetnya. Wataknya pun okey. Banyak konflik yang dibuat untuk menarik minat pembaca. Gaya bahasanya santai dan sesuai untuk golongan-golongan remaja zaman sekarang. Hihi , tapi ingat satu ! Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan :)

Jangan lupa beli novel ini dan jadikannya salah satu koleksi anda di rumah. Macam iklan tak berbayar je pun. haha. 

Untuk lebih banyak karya Hani Fazuha , anda boleh lawati blog beliau di sini .

Don't forget to follow our blog for more update later , thank you ! :)

17 Jan 2013

ULASAN NOVEL : Kata Tak Suka oleh Qaseh Qaisara

Hai!!! Hari ini Syaz nak memberi ulasan tentang novel terbaru Qaseh Qaisara. Kawan2 belum beli novel ni? pergi ke kedai buku dan dapatkan novel ini dengan segera. Rugi kalau tak beli. Sebenarnya, novel ini mama Pa'ah yang punya, Mas Yaakob. Mesti Qaseh Qaisara kenal. Siap dengan tandatangan lagi. Hehe.. Okey, mari kita lihat sinopsisnya dahulu :)

SINOPSIS : 

Kononnya ala-ala paksa. Mak-mak yang kenenkan. Sudah berpakat masing-masing kata tak suka. Banyak buruk dan kurangnya pada pandangan mata, tapi tak sampai mana, tiba-tiba jatuh berkenan pula.

Megat Zafril biasa-biasa saja buat Nea Alisha. Tidaklah kacak sangat, tapi kenapa sangat menyenangkan? Rasa sangat selamat ketika berada di sampingnya. Bagi Megat Zafril pula Nea Alisha sangat pandai mengambil hati dan langsung tidak angkuh walau gadis secantik Nea berhak memiliki perangai begitu. Ah! kenapa awal-awal lagi mulut ni gatal benar kata tak suka? Kan padan muka masing-masing.

Namun, kaum emak tidaklah berputus asa. Pelbagai rancangan diaturkan sehinggalah Megat Zafril dan Nea Alisha kononnya setujukan saja, sedangkan dalam hati, Tuhan saja yang tahu.

"Kita dah tak boleh lari. Aci lawan apa pun, mereka memang akan kenenkan kita." Megat Zafril mula rasa gementar. Inikah masanya?

"Abang rasa macam mana?"

"Kita ikutkan ajelah cakap mereka. Abang dah bosan nak mengelak. Makin abang elak, makin benda ni menjadi-jadi. Pening kepala abang." Megat Zafril mula membuka jalan. Mana tahu laluan kali ini mudah.

"Nea fikir pun macam tu. Nea pun dah tak larat nak layan karenah mereka ni."

Dengan alasan itulah sebuah mahligai terbina. Namun ketika bahagia berbunga-bunga, datang pula si Luqman, bekas buah hati Nea. Mahu menagih semula kasih lama. Akan tergugatkah kasih Nea dengan kehadiran Luqman? Mahligai yang mereka bina bakal hancurkah gara-gara orang ketiga?

Ulasannya : Okey, novel ini pada pandangan Syaz merupakan genre romantik komedi gitu. Hehe...Novel ini berkisarkan tentang rancangan yang dibuat oleh kaum emak untuk menyatukan anak-anak mereka. Dengan membawa Megat Zafril dan Nea Alisha ke Langkawi untuk berkenalan. Nia Alisha menganggap bahawa Megat Zafril yang diam itu amat membosankan. Manakala, Megat Zafril menganggap Nea Alisha pula  gedik. Haha!! gedik ke? Arghh!! itu cuma alasan mereka sahaja.

Berilah apa-apa alasan kepada kaum emaknya, kaum emak akan tetap berusaha menyatukan anak-anak mereka. Pada masa sama, kaum emak ni tak tahu bahawa anak-anak mereka sudah jatuh hati. Sengaja tak nak beritahu kaum emak. Hehehe...

Ha!!! Ketika dilanda bahagia, datang pulak si Luqman bekas kekasih Nea Alisha yang senang sangat nak menjatuhkan rumah tangga orang padahal tak mampu pun. Cakap saja lebih. Pada saat itu, goyah sikit rumah tangga Nea Alisha dan Megat Zafril. Tapi, bakal hancurkah rumah tangga mereka? Mesti saspens nak tahu kan? hahaha... kawan2 mesti beli novel ni. Best tau... :)

Okey! nampaknya setakat ini sahaja yang mampu Syaz kongsikan dengan kawan2. Ini cuma ulasan Syaz setelah membaca novel ini. Selamat membaca kawan2 dan dapatkan dengan segera di kedai buku yang berhampiran anda. Jangan biarkan tanda tanya menghantui anda.. hahaha.

: Peace y00 :


16 Jan 2013

ULASAN NOVEL : Kahwin Ganti oleh Aifa Batrisya.

Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Apa khabar ? Harap semua baik-baik sahaja , InsyaAllah.

Baiklah, hari ni Pa'ah yang akan membuat ulasan novel Kahwin Ganti ni. Sebenarnya novel ini bukan milik Pa'ah tapi milik Syaz Azman secara mutlaknya. Hihi. Ini hadiah yang Pa'ah berikan kepada beliau sempena hari tua beliau tahun lepas. So hari ni Pa'ah nak ulas sikit lah.

Pertama, meh baca SINOPSIS dulu ye :)

LUQMAN HAKIM
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta ? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

NUQMAN HAKIM
Bertunang banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan orang lain, tetapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu,sibuk ke hulu ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau sibuk buat perkara tak senonoh!

MYA ZARA
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu sahaja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan CINTA?

Ulasan Pa'ah Mohd Isdris :)

Jalan cerita yang dikarang oleh Aifa Batrisya ini agak menarik dan mempunyai idea yang tersendiri. Walaupun kadang-kadang orang kata novel tentang kahwin tanpa rela dan bercinta dengan lelaki lain dan berkahwin dengan lelaki lain tu berlambak di pasaran namun setiap penulis ada cara penulisannya yang boleh memikat hati pembaca. Bagi Pa'ah, gaya bahasanya sangat santai dan cool. 

Watak dan perwatakan yang menjadi tunjang utama novel ini sangat memberi kesan kepada pembaca. Watak Luqman yang kasar tetapi sweet apabila dia mula cemburu. Watak Mya yang bertudung labuh dan sangat mempertahankan maruahnya bahkan dihadapan suaminya. Namun mula berubah apabila hati mula berkenan kepada suami sendiri. Manakala watak Nuqman yang melarikan diri ketika hari perkahwinannya dengan Mya menimbulkan unsur saspens kepada pembaca.

Okey..Korang nak tahu macam mana Luqman boleh terpikat dengan isterinya sendiri ? Bagaimana Mya meluahkan perasaan terhadap suaminya dan mengapa Nuqman melarikan diri ketika hari perkahwinannya ?


Jeng..Jeng..Jeng.. Dapatkan novel KAHWIN GANTI ini di pasaran atau melawat blog kat Aifa di sini !


Star Rate : Five Star :)

- Segala kelemahan itu datang daripada diri Pa'ah sendiri dan segala kelebihan sesungguhnya datang daripada  Allah S.W.T.



15 Jan 2013

ULASAN NOVEL : Menanti Fajar Sidik oleh Raihan Zaffya.

SINOPSIS :

Mia Sakinah > mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga setegar Sumayyah. Semangat kental tersembunyi di sebalik tubuhnya yang kecil. Hidupnya penuh ranjau dan duka. Ketentuan TUHAN memang tak pernah terduga. Kehidupan biarpun pahit masih perlu diteruskan

Danny > Dia tercari-cari 'jalan pulang'.  Dosa-dosa lalu menghantuinya.  Pada ILAHI dia memohon keampunan. Dia memulakan kembara menjejak sekeping hati yang telah dilukai. Niatnya hanya satu, kemaafan.  Dia ingin mengenbalikan harga diri yang telah tercalar.

Dapatkah niat Mia dan Danny bersatu? MENANTI FAJAR SIDIK jawapan kepada segala-galannya...

Ulasannya :  Novel ini karya kak Raihan Zafya. Anda baca ke tidak lagi novel ini? Dah baca? hm, ok lah tu!! dan bagi sesiapa yang belum baca, meh sini nak cerita. Nanti boleh2 la pergi kedai buku dan cari novel ni. Best tau!

Okey, firstly,  novel ni genre islamik. Ada pelbagai mesej yang kak Raihan Zafya nak paparkan atau nak
beritahu kepada anda semua. Novel ini berkisahkan tentang Mia Sakinah anak kepada seorang Puan Ruby dan Tuan Zaki yang hidup serba mewah, tetapi 'miskin' dengan perihal keagamaan. Yang miskin dengan perihal keagamaan itu sebenarnya Puan Ruby dan Tuan Zaki... Mia Sakinah tak.  Mia Sakinah ingin berubah menjadi muslimah yang baik. Tetapi ada saja halangan. Kadangkala, ujian itu datang daripada orang yang hampir dengan kita. Dalam novel ni, Puan Ruby la yang penghalangnya...Hm, ada ke patut nak anaknya pakai baju terdedah aurat? ish!!! tak patut...Hehehe, emotional pulak. Biasalah dalam novel. Apa-apa perwatakan pun kita boleh buat. Tapi, novel ni memang banyak tauladannya... Korang patut beli..  ;)

Tetapi, di dalam setiap ujian yang ada, Mia Sakinah redha menghadapinya. Tambahan pula, ada Mak Jah yang sentiasa di sisi.  Mia Sakinah menggelarkan Mak Jah, Ummi. Ummi yang sering menasihatinya agar bersabar dengan ujian Allah.. :) Walaupun Mak Jah hanya pembantu rumah tetapi Mia Sakinah tak pernah menganggapnya sebagai pembantu rumah tetapi sebagai seorang ibu!! Mak Jah juga berceritakan tentang Rabiatul Adawiyah...memang ada pelbagai manfaatnya.. :) Mia Sakinah anak yang baik, sentiasa ingin melihat agar ibu bapanya berubah ke arah kebenaran.

Danny pula kehidupanya yang juga serba kemewahan dan turut miskin dalam perihal keagamaan termasuk ibu bapanya. Danny, seorang anak yang tidak diberi perhatian. Malah, jika ingin bersosial sekalipun, ibu bapanya tidak kisah. Tetapi, selepas berjumpa dengan Mia Sakinah hatinya terpaut! Dan tidak semudah itu Mia Sakinah terima Danny, kerana ada satu kejadian yang tidak diingini berlaku di rumah Mia Sakinah. Sewaktu parti hari jadi Mia Sakinah yang dijalankan oleh Puan Ruby, bilik Mia Sakinah dimasuki oleh seseorang... jeng jeng jeng.... nak tahu siapa? Si Danny lah! si jantan keparat itu. Dalam keadaan mabuk, dia masuk ke kamar Mia Sakinah dan melakukan perkara yang tidak diingini. Perkara yang benar2 menjatuhkan maruah Mia Sakinah!! Korang mesti nak tahu kan, macam mana pulak mamat ni boleh masuk dalam bilik Mia Sakinah... Hmm, macam ni...  ibu Mia Sakinah dengan ibu Danny kawan baik. Kiranya mereka saling kenal mengenali la... Dalam pada yang sama, Danny tak tahu yang Mia Sakinah anak kepada Puan Ruby...
Hmm, kesian kan kat Mia? Macam2 dugaan yang Allah bagi. Itu tandanya, Allah sayangkan kita.

Setelah berlakunya perkara yang tidak diingini, Danny sentiasa dihantui dengan kekhilafannya. Dia ingin berubah mencari jalan yang diredhai Allah. Dia menginginkan kemaafan daripada Mia Sakinah. Hm, adakah Mia Sakinah dan Danny akan bersatu? Nak tahu kisah selanjutnya? Boleh lah kawan2 dapatkan novel ini dikedai berhampiran anda. Haha, macam pembaca berita pulak.. :)

Okey! nampaknya setakat ini sahaja yang Syaz boleh kongsikan. Syaz cuma nak beri pandangan sahaja tentang novel2 yang Syaz baca.... selamat membaca kawan-kawan!!!

: Peace yo! :

In LOVE

Ada di blog

Ulasan Novel Di Pasaran (8) Cerpen (7) Motivasi Diri (7) Cerpen Pendek (3) Ulasan Novel (2) E-Novel (1) potpet kami (1)