Assalamualaikum bagi yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera bagi bukan yang beragama Islam.
Apa khabar semua.. Hai para pembaca ( sedih sebab tak ada orang follow blog ) haha , It's okey.. Asalkan ada orang baca tu dah cukup mengembirakan buat kami. Ahaks ! Baiklah, hari ini Pa'ah akan membuat ulasan mengenai novel HATI KALA CINTA oleh HANI FAZUHA. Sebenarnya novel ni bukan hak milik Pa'ah tapi hak milik tuan tanah yang lagi satu. Hehe. Okey, firstly...Jum baca sinopsis ! :)
Mereka rapat kerana berjiran tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki tetapi tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia.
Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila tetapi Lya tahu ada cinta di hatinya untuk Zhafran. Namun, ianya sudah terlewat kerana Zhafran telah pun memilih Nurin.
Saat yang sama, Hareez pula hadir dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menambahkan penasaran di hati Lya. Kali pertama bertemu, yang ada di mata Hareez hanyalah kebencian.
Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya menyintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.
Kadangkala, kuasa memilih bukan di tangan kita tetapi tidak semesti kita harus mati saat takdir menetapkan pilihannya.
‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’ - Lya
Hah , dah habis baca sinopsisnya kan? Menarik tak ? Bagi Pa'ah, jalan cerita yang dikarang agak menarik dan diselitkan dengan unsur-unsur sweet yang boleh menyebabkan anak-anak dara sawan senyum sambil baca novel ni disebabkan terlalu sweetnya. Wataknya pun okey. Banyak konflik yang dibuat untuk menarik minat pembaca. Gaya bahasanya santai dan sesuai untuk golongan-golongan remaja zaman sekarang. Hihi , tapi ingat satu ! Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan :)
Jangan lupa beli novel ini dan jadikannya salah satu koleksi anda di rumah. Macam iklan tak berbayar je pun. haha.
Untuk lebih banyak karya Hani Fazuha , anda boleh lawati blog beliau di sini .
Don't forget to follow our blog for more update later , thank you ! :)
Motivasi diri.
Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?
Si Cantik dan Si Kacak kami :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In LOVE
-
Assalamualaikum. Ingat, Walauapapun yang terjadi, percayalah Allah telah menetapkan yang terbaik untuk :)
-
SINOPSIS : Mia Sakinah > mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga setegar Sumayyah. Semangat kental tersembunyi di sebalik tubuhnya...
-
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Apa khabar ? Harap semua baik-baik saha...
-
"Ye, cik... ada pesanan apa-apa lagi?" soal Aiman tersenyum manis kepada gadis jelita itu. Tiba-tiba Amier Rafzan datang menyen...
-
Assalamualaikum. Jum baca bab 2 pula :) " Doktor Asif! Pak cik Amer nak jumpa doktor sekejap..." beritahu seorang jurur...
-
Hai, Assalamualaikum, semua... Apa khabar? Sihat ke? Maaflah, dah lama tak post sambungan cerita. Sebab ada hal-hal yang tertentu. Hehehe....
-
K ata orang, bercinta itu semuanya indah. Indah dengan suasananya, indah dengan kata-kata puitisnya, indah bersama orang yang...
-
Assalamualaikum... Apa khabar semua? Harap baik-baik sahaja. (^_^) Hari ini, jom kita sama-sama muhasabah diri. Supaya segala perbuatan kita...
-
Hai, assalamualaikum... apa khabar semua? Hm, beli lagi tak novel ni? Tak beli lagi (TELINGA KIRI DENGAR ) beli dah? (TELINGA KANAN DENGAR...
-
Selamat membaca kepada semua... Harap suka dengan cerpen yang tak seberapa ini... :) "Ni Iskandarkan?" sudah sepuluh kali Wid...
Ada di blog
Ulasan Novel Di Pasaran
(8)
Cerpen
(7)
Motivasi Diri
(7)
Cerpen Pendek
(3)
Ulasan Novel
(2)
E-Novel
(1)
potpet kami
(1)

No comments:
Post a Comment