Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

19 Mar 2013

ULASAN NOVEL : Oh, Mama Tiriku! karya Herna Diana

Assalamualaikum... Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Baiklah, hari ini Syaz ingin memberi ulasan tentang novel Oh, Mama Tiriku! karya Herna Diana. Novel ini, Syaz pinjam daripada Pa'ah. Bosan, tak tahu nak buat apa. Baca novel ajelah. Hehe!!! Baiklah, mesti anda semua kenal kan dengan penulis ini? Sudah tiga 'baby' yang dia lahirkan untuk pembaca semua. Pertama, Cinta 3 Suku, yang kedua Akhirnya Aku Kahwin! Ha, yang terbaru, novel inilah! :-)
Sebelum Syaz memberi ulasan, Syaz beri laluan dulu kepada anda untuk membaca sinopsisnya. Hehe...  Jum kita baca!


DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. "Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya."

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam 'tak masuk' dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ini dengan budak-budak pun nak berkira. Maing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil 'toyol kecik' itu memanggilnya 'witch'!

Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.

ULASANNYA : Ha, apa macam? Bestkan? Bagi Syaz, kak Herna Diana masih mengekalkan gaya santai dalam penulisannya. Gaya santai inilah yang menjadi trend kepada peminat-peminat novel sekarang. Betul ke tidak? Ada juga sesetengah pembaca yang suka dengan konflik yang mencabar. Sememangnya, manusia ada minat yang tersendiri. Novel Oh, Mama Tiriku! ini merupakan sambungan daripada cerita Cinta 3 Suku. Di mana kalau anda perhatikan, Iman yang berusaha mencari pengganti buat abangnya yang kematian isteri iaitu Suhaila.

Tetapi ketika melancarkan misinya. Ada jugak yang tidak setuju. Terutamanya Rayyan, 'Si mulut becok' dan suka mengusik orang. Semua perangai anak buahnya itu mengikut jejak Iman yang dirinya masih tak lekang dengan sifat 'loyar buruk'. Haha... anak hasil perhubungan Arie dan Iman juga petah berkata-kata. Semuanya comel2x. hehe...

Namun, ketika Iman menemukan abangnya dengan Zulaikha, Dr. Razif bagai tiada ada-ada perasaan. Kosong! Semuanya kerana Suhaila, arwah isterinya. Tetapi, dalam diam-diam dia menyukai seseorang!
Siapa orang itu? Ekin atau Zulaikha?

Jika Ekin pilihannya, adakah cinta mereka akan bersatu? Kerana ada rahsia besar yang disimpan oleh Ekin. Adakah Dr. Razif dapat menerimanya? Rahsia apakah itu?! Tetapi, Zulaikha lain pulak ceritanya. Perempuan ini sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian Dr. Razif. Adakah dia akan mengalah begitu sahaja untuk kebahagiaan orang lain? Atau dia akan terus cuba untuk mendapatkan Dr. Razif?

Ha, kalau nak tahu jawapannya, anda harus mendapatkan novel ini di kedai buku berhampiran. Jangan biarkan tanda tanya menghantui fikiran anda. Hahaha!!! Baiklah, Syaz rasa setakat ini sahaja Syaz dapat kongsikan. Ini cuma pendapat Syaz. Mungkin anda ada pendapat lain? Hmm, manusia sememangnya berbeza. (^_^) Baiklah, setakat ini sahaja ulasan daripada Syaz.

:Peace Yoo:


No comments:

In LOVE