Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

4 Aug 2014

Debar Cinta ( Debar 1 )

Assalamualaikum semua. Agaknya masih sempat kot untuk Pa'ah ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Maafkan Pa'ah dan Syaz kerana jarang update. Kami busy dengan sekolah. Lagi tiga bulan habis semester. Tak sabarnya nak cuti lama sebelum masuk u. Moga ada rezeki. In sya Allah. Apapun, Pa'ah kasi sikit e-novel baru ya :) Selamat membaca!


“ Airina Qaisara !” panggil 
seseorang.

“ Saya!” jawab Airina Qaisara. 

Airina yang sebentar tadi sibuk bersembang dengan dua orang rakan baiknya tersentak. Malu usah dinyatakan lagi. Rasa macam nak keluar dari dewan ini serta-merta.

Airina bingkas bangun dari tempat duduknya sambil membawa fail peribadinya, lagak seperti seorang  mahasiswi yang sedang berjalan menuju  ke bilik temuduga. Berdebarnya lain macam saja.

Airina berjalan sesopan mungkin. Dia menjadi tatapan seluruh isi dewan yang hampir seratus orang itu. Malunya.

Dia kemudian duduk di hadapan dua orang guru yang bertugas pada hari ini. Fail peribadi yang dibawa tadi bertukar tangan.  Dia hanya menunduk dan memandang jari-jemarinya.

“ Hmm… Result SPM kamu agak cemerlang, kenapa ambil keputusan untuk sambung Pra-u?” tanya salah seorang guru yang bertugas.  Airina kerling name-tag guru tersebut. Puan Roslinda namanya.

“ Saya memang dah tekad hendak sambung Pra-U cikgu, bagi saya Pra-u ini merupakan salah satu cara untuk saya ke peringkat yang lebih tinggi,” jawab Airina. Yakin.

‘ Sebenarnya abah dan mama saya sudah awal-awal lagi membantah keputusan saya untuk masuk ke program diploma! Bagi mereka , semua itu pembaziran…’  sambung Airina di benaknya.

“ Tapi cikgu rasa, dengan keputusan ini kamu mampu masuk ke universiti tanpa masuk ke Pra-u,” kata Cikgu Roslinda lagi.

“ Saya ingin mencuba nasib melalui Pra-u cikgu,” jawab Airina lagi.

‘ Cikgu ni tak mahu bagi aku masuk tingkatan enamkah?!’ bentak hati Airina.
“ Baiklah Airina! Kalau ini adalah keputusan kamu yang muktamad, cikgu langsung tiada hak untuk menghalang. Sekarang, sekolah ini menawarkan aliran sastera dan ekonomi. Kamu boleh pilih antaranya. Jika kamu memilih aliran sastera, subjek yang perlu kamu pelajari ialah Pengajian Am, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah dan Bahasa Melayu. Manakala bagi aliran ekonomi, kamu akan belajar subjek Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan. Cikgu lihat keputusan kamu agak baik untuk subjek di aliran sastera. Matematik kamu pula, cikgu tidak galakkan kamu masuk aliran ekonomi,” kata Cikgu Roslinda.

Cikgu yang bernama Herna disebelah Cikgu Roslinda hanya mengganguk.

Airina Qaisara buntu. Dia tidak mahu mengambil risiko mengambil subjek yang terlalu banyak pengiraan. Sudahlah Matematiknya pun hanya mampu dapat D, mahu ambil subjek pengiraan pula. Ini seperti menggali kubur sendiri. Tetapi kalau mahu ambil aliran sastera, semua subjeknya perlu membaca. Airina tahu, kemalasan dalam dirinya semakin menebal semenjak menjadi penggangur  terhormat hampir enam bulan.

“ Kalau kamu tidak boleh membuat pilihan sekarang, cikgu-cikgu untuk subjek berkenaan akan memberi taklimat pada minggu depan, setelah itu kamu bolehlah membuat kata putus,” kata Cikgu Herna.

Airina menggangguk. Dia bangun setelah cikgu menghulurkan fail peribadinya kembali. Selepas membayar duit untuk program orientasi dan fail sekolah , dia mengucapkan terima kasih lalu kembali ke tempat duduknya.  Sekali lagi, dia menjadi tatapan umum.

Ya, hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 6 bagi sesi 2013. Airina merupakan salah seorang pelajar yang mendapat  tempat di sekolah tersebut. Terdapat lebih kurang seratus pelajar yang mendaftar pada hari ini. Kebanyakan mereka dari sekolah yang berdekatan.

Setelah melabuhkan punggungnya di tengah-tengah antara dua orang sahabatnya, dia mengeluh perlahan. Wirda dan Ila memerhati sahaja perbuatan sahabat mereka. Airina saja yang ditemubual paling lama. Memang selalu sangat, Airina ini digelar budak kekurangan kasih sayang. Asyik mahukan perhatian saja.

“ Kau dah kenapa?” tanya Wirda. Airina mengeluh sekali lagi.
“ Entah kau ni, kenapa cikgu sembang dengan kau lama sangat? Kau tak layak masuk tingkatan enam la tu!” tebak Ila. Amboi, tak sayang mulut ke anak dara Fauzi ni! Rasa macam nak cekik saja minah seorang ni!

“ Ha’ah, aku memang tak layak masuk tingkatan enam! Aku tak pandai macam korang…” Airina berpura-pura mengelap air matanya. Wirda membuat aksi orang sedang muntah. Mengandung lima bulan ke apa Wirda ini.

“ Tolonglah Rina oi, jangan buat ayat pasrah sangat boleh tak!” Wirda membidas.  Airina tersengih-sengih.

“ Ayat pasrah aku tak terkesan kat hati korang ke?” tanya Airina.

“ Tak!” serentak Wirda dan Ila menjawab. Sehati sejiwa nampak.

“ Tak terkesan sikit pun ?” tanya Airina lagi. Saja mahu mengusik sahabat-sahabatnya itu.

“ Terkesan sangat Rina, terkesan sehingga ke usus aku yang paling kecil tu ha!” bidas Wirda. Ayat tak boleh menyakitkan hati lagi ke minah ni boleh bagi ?

Mereka ketawa serentak. Ketawa mereka mengundang pandangan pelik seisi dewan. Sudahlah duduk di bahagian paling depan, ketawa pula mengilai! Sapa yang tidak tertarik?

Tertarik sangat! Mak mertua lalu belakang terus reject dengar bakal menantu gelak mengilai. Sedarlah diri Airina, Wirda dan Ila oi! Umur sudah mencecah 18 tahun, tapi perangai langsung tak matang. Mengalahkan  perangai kanak-kanak tadika saja.

“ Opss!” Airina berpura-pura menutup mulutnya. Dia mendapat jelingan maut dari Wirda. Sudahlah gelak mengilai, lepas tu boleh kata oppss bagai! Kau ingat kau dalam rancangan Propaganza ke yang kau terlebih propa sangat ni.

“ Astagfirullahalazim!” Airina beristgfar setelah menyedari ketelanjuran diri yang tiba-tiba terlampau hyperaktif pula hari ini.

“ Aku tengok mamat tu handsomenya! Aku suka tengok dia senyum weh. Melting !” Ila berbisik kepada Airina. Airina memandang sekilas pelajar lelaki yang dimaksudkan.  Airina berbisik kepada Wirda yang berada di sebelahnya.

“ Ila dah jatuh cinta lagi… jatuh cinta lagi, lagi lagi Ila jatuh cinta,” Airina berbisik kepada Wirda sambil menyanyi. Rosak lagu. Airina memang juara pertandingan menyanyi dulu. Peringkat kebangsaan lagi. Pertadingan Merosakkan Lagu dan Mencairkan Tahi Telinga.

“ Hah? Mana lelaki malang tu?” tanya Wirda. Airina menunjukkan kedudukan lelaki itu. Dalam sebaris geng lelaki tersebut, hanya dia yang mempunyai muka yang penuh keimanan.

“ Alhamdulillah, nampak gaya boleh membimbing Ila ke jalan yang benar ni!” Wirda berkata sambil meraupkan tapak tangannya ke wajah. Tanda kesyukuran.

Pang!  Tamparan hebat mengena di paha Wirda. Amboi, sempat pasang telinga ke?

“ Adoi, sakitlah!” jerit Wirda perlahan. Airina hanya mampu menahan tawanya. Kalau ketawa Airina sekali lagi meletus, alamatnya mereka bertiga harus keluar dari dewan serta-merta.

“ Kau ni cakap macam aku ni jahat sangat kan?” kata Ila sambil menahan geram.

“ Ala sayang, I gurau jelah dengan you!” kata Wirda sambil mengusap pahanya. Confirm lebam ni! Siapa suruh mulut berbisa sangat.

“ Sayang, sayang! I sepak melayang!” bidas Ila. Airina hanya mampu menggeleng. Situasinya di tengah-tengah membuatkannya memilih  untuk berdiam diri. Silap-silap pahanya yang gebu plus montok itu menjadi mangsa tangan besi sahabatnya. Bengkaklah jawabnya.

“ Sudah-sudah la tu, aku nak layan perasaan kejap! Boleh senyap 
tak?” Airina bersuara akhirnya.

“ Yelah aku senyap, but whatever it is! He’s mine!” kata Ila sebelum membaca kertas orientasi yang diberi sebentar tadi.

“ Eiii!” Wirda mencemik tanda meluat.

“ Kau ambil lah Ila , kami tak berkenan pun!” Airina menjawab.

“ Betul ke? Kau dengan Ila ni bukan sama taste ke? Dua-dua tasteless!” kata Wirda.

“ Apa kau ni, aku up sikit daripada dia ok. Aku nak yang tinggi! Dia tu tak tinggi pun!” Airina membidas.

“ Ye la tu, kalau kumpulan K-pop bagai tu korang boleh pula bermadu kan!” Wirda bersuara lagi.

Oppa tu lain, yang ni lain!” Ila menyampuk.
Airina menggangguk.  Lelaki yang diingininya bukanlah calang-calang orang tetapi harus menepati citarasanya.  Kalau setakat lelaki-lelaki muka biasa ini dia tak pandang. Semuanya mahu ala-ala K-pop. Dalam mimpi bolehlah! Muka pecah jamban nak yang ala-ala Korea.

“ Rina, Ila… Bila korang sudah jatuh cinta yang sebenarnya cinta, korang tak akan ambil peduli dah pasal rupa paras dia, tinggi dia, suara dia , berat dia ka apa ke! Yang penting, korang memang sayangkan dia sepenuh hati. Korang akan terima dia seadanya macam dia terima korang seadanya!” Wirda mengeluarkan kata-kata azimatnya.

Doktor Love in da house yo!” Airina membuat lagu lagi. Rap pula! Hancur industri muzik kalau Airina menjadi salah seorang artis.

“ Korang tak percaya cakap aku? Just wait and see!” Wirda bersuara. Yakin dengan penuh semangat.


‘ Aku? Jatuh cinta? Memang tak mungkinlah!’ bisik hati Airina. 

No comments:

In LOVE