Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

19 Feb 2013

ULASAN NOVEL : Meh Sandar Padaku karya Aifa Batrisya

Assalamualaikum semua, apa khabar??? sihat?? Alhamdulillah sihat. Bagi yg tak sihat, perbanyakkan isterehat. Baiklah, sementara kami nak post cerpen atau e-novel seterusnya, Meh sini kita 'usha' dulu novel yang telah syaz baca. Selepas itu, Syaz akan buat ulasan. Sebelum itu, Meh sini kita tengok sinopsisnya dahulu.. :)

Kata orang, tak kenal... maka...tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik menyakitkan hati sahaja...buat apa?- AFNAN TASNEEM

Dia, gadis yang ceria, jujur, cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"
"Kenapa Doktor  Syed tanya saya macam tu?"
"Sebab kau buat kerja tak buat otak. Tetapi guna lutut."

Dalam marah, dalam herdik...tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong  untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal,dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi rasa tergugat.

" Aku apa?''
" Tak ada apa Doktor Syed..."
" Aku tanya lagi sekali. Aku apa?"
"Errr...Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka hingga memungkinkan mereka duduk bersama.

Ulasannya ialah : Haaa amacam best tak, mestilah best kan ? Kan ? Kan..? Bagi Syaz novel ni kelakar sangat-sangat sebab masa Afnan dengan Dr. Syed di bawah satu bumbung yang acapkali bergaduh.

Pada masa yang sama, Doktor Syed ni ego sebenarnya sebab tak mampu meluahkan perasaan pada Afnan. Dia hanya mampu melihat Afnan daripada jauh saja. Tapi takdir Allah itu maha hebat apabila mereka ditemukan dalam situasi yang tegang. Apakah yang berlaku sebenarnya? Korang boleh tahu dengan ,embaca novel ini.

Bahasa yang digunakan juga sangat cool dan menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Pendek kata karya daripada Kak Aifa Batrisya tidak pernah menghampakan pembaca.

Oleh itu, anda harus memastikan rak buku anda diisi dengan novel ini. Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya ! Jangan biarkan persoalan kekal menjadi persoalan...

:Peace yoo:

No comments:

In LOVE