Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum... Apa khabar readers? Anda sihat? Syaz dan Pa'ah berharap agar semuanya sihat dan baik-baik sahaja. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin. Mohon maaf jika cara penulisan kami ini ada menyakitkan hati anda tanpa sedar mahupun tidak. Kosong-kosong ya. Baiklah. Rasanya sudah lama kami tak update blog ni. Rasanya sudah dua bulan dan rasanya banyak cerita yang tergantung. InshaaAllah... kami akan cuba menulis selepas ini. (^_^)
Baiklah, hari ini Syaz ingin berkongsikan ulasan dengan anda tentang novel Suamiku Pemalu! karya Qistina Alya. Sebelum itu, let's go baca sinopsisnya dahulu!!! (^_^)
SAHIRUL HAKIMI - Dia sememangnya lelaki pemalu! Peristiwa lampau membuatkan dia malu berhadapan dengan perempuan. Nampak sahaja perempuan, dia akan tertunduk hingga merah pipinya. Namun, hatinya ada pada Farisya Alya. Kebahagiaan mula menyinar pada saat pinangannya diterima.
"Kenapa awak terima saya, ya?"
"Sebab awak pemalu!"
FARISHA ALYA - Pinangan Irul diterima ikhlas. Dia nekad membina gerbang cinta bersama suami yang pemalu itu.
Irul bukanlah seorang pakar cinta. Tetapi Irul belajar untuk menjadi seorang pencinta yang mampu membahagiakan orang yang dicintai.
"Sayang duduklah dalam troli ni. Biar abang tolak."
"Mengarutlah abang ni. Isa dah besarlah. Takkan nak duduk dalam tu lagi. Macam budak-budak aje."
"Hehe, gurau ajelah sayang."
Bermulalah episod cinta sang suami dan sang isteri.
Tetapi, bukan rumah tangga namanya tanpa disentuh badai. Kedegilan dan kesilapan Farisha Alya telah mengundang amarah Sahirul Hakimi hingga membawa babak duka dalam perhubungan mereka.
Rajuk Alya meresahkan Sahirul Hakimi. Mampukah dia yang pemalu itu kembali memikat isterinya?
ULASANNYA : Ha??? Amacam, best tak? Baca sinopsisnya pun sudah membuatkan hati semakin membuak-buak untuk membelinya. Syaz rasa penulis ini mempunyai idea sendiri untuk menarik minat pembaca untuk membaca. Cara penulis menulis secara santai membuatkan pembaca lebih memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Suamiku pemalu? Lihat tajuknya pun sudah tahu sama ada ceritanya seronok atau pun tidak. Hmm... bagi Syaz, novel ini seronok. Kalau anda nak tahu dengan lebih mendalam, jangan lupa beli di kedai buku berhampiran dengan rumah anda. Jangan lupa beli ya! :) Selamat membaca!!! Jangan biarkan tanda soal menghantui anda. Hehehe... Assalamualaikum.. :)
Motivasi diri.
Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?
Si Cantik dan Si Kacak kami :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In LOVE
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kita mulakan dengan membaca prolog dulu ya. " Aku dah tekad, aku tak nak kahwin dengan mamat poyo ...
-
"Emilda... mari makan," pelawa Puan Kamariah sambil menuangkan air ke dalam gelas. Sudah beberapa hari Emilda mogok suara denga...
-
Dari jauh Emilda melihat susuk tubuh seseorang. Dia mengecilkan matanya dan mengamati wajah itu betul-betul. Tangannya digenggam kuat. Ge...
-
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Selamat Berhujung minggu semua. Jum bac...
-
Assalamualaikum...Ini merupakan salah sebuah cerpen yang dihantar ke Dewan Bahasa Dan Pustaka. Terima kasih kerana sudi membaca cerpen Sya...
-
Hijab 1 Kuda yang ditunggangi oleh Puteri Syafiyyah Amani mula kepenatan setelah seharian menabur bakti kepada tuannya . Hijab Puteri Syaf...
-
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Alhamdulillah..Akhirnya siap juga salah satu cerpen Pa'ah ini. Terima kasih kepada sesiapa ya...
-
Assalamualaikum. Hai adik-adik ! How are you ? Macam mana cuti sekolah ? okey lah. Not bad right . Bagi kak Pa'ah yang bakal bercuti sel...
-
K ata orang, bercinta itu semuanya indah. Indah dengan suasananya, indah dengan kata-kata puitisnya, indah bersama orang yang...
Ada di blog
Ulasan Novel Di Pasaran
(8)
Cerpen
(7)
Motivasi Diri
(7)
Cerpen Pendek
(3)
Ulasan Novel
(2)
E-Novel
(1)
potpet kami
(1)
.jpg)
No comments:
Post a Comment