Assalamualaikum, baiklah setelah beberapa kurun Pa'ah dan Syaz tidak mengupdate blog kami.. Kami kembali dengan review novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Tak tahu tak mungkin lah? Drama bersiri ni tengah hot tau. Dah la hero dia bukan main hensem gitu. haha! Meh kita baca sinopsisnya dulu ya :)
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Ha, amacam sinopsisnya ? best kan?!
Actually Pa'ah dah lama beli novel ni tapi tak berkesempatan nak review. Maklumlah sekolah.sekolah dan SEKOLAH!!! HAHA. Gila kau lepas ni aku kena kaji Sulalatus Salatin. Fengsannn! haha.
Novel ni keseluruhan sweet sangat! Sumpah... Walaupun tebal sikit, tapi tak jemulah nak baca. Novel ni romantik pun ada jugak, banyakkk! haaa.. Remaja macam Pa'ah suka lah bab-bab ni. Ahaks.
Bahasa yang digunakan agak santai. Even sepupu Pa'ah yang memang tak baca novel tu sanggup pinjam. Sampai sekarang tak pulang lagi! Haha.
Drama atau filem yang diadaptasi dari novel kini menjadi trend yang sedang meningkat. Malah novel ini juga turut diangkat sebagai drama bersiri yang tengah hangat sekarang! Ganti Vanilla Coklat, bahkan lebih hangat dari Vanilla Coklat beb. HAHA. yelah, Pa'ah tak miss, paksa abah tengok sekali. Kikiki.
Apapun , jangan lupa dapatkan novel ini! Dan jangan miss menonton drama ini ya. Best!
Overal, 10 ***** :)
No comments:
Post a Comment