Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

20 Mar 2013

PLAYBOY VS PLAYGIRL 6

"Am pergi kerja dulu," pantas Amier Rafzan berkata.

"Amboi, tak nak jamah apa-apa dulu ke? Semangat nak pergi kerja nampak," sindir Puan Sri Yani tersenyum. Sengaja mengusik anak tunggalnya itu. Selepas berjumpa dengan Emilda, semuanya berubah! ada apa-apa ke?

"Tak ada apa-apa lah mama. Am dah lambat ni. Nanti bos marah pulak," tutur Amier Rafzan sopan. Puan Sri Yani terasa canggung pula dengan sikap anaknya itu. Mana pernah Amier Rafzan bercakap sesopan ini! Pijak semut tak mati.

"Am, mari sini kejap..." seru Puan Sri Yani.

"Kenapa ma? Am dah lambat ni," Amier Rafzan memberi alasan. Katanya lambat, tetapi mulut masih mengunyah. Dasar kebulur!

"Mari sini..." panggil Puan Sri Yani lagi. Suaminya di sisi hanya menggeleng. Malas hendak mencampuri urusan yang tidak sepenting itu. Buat habis air liur sahaja!

Amier Rafzan segera menghampiri mamanya. Tetapi dengan langkah yang dilambatkan! Takut jika Puan Sri Yani membuat sesuatu yang tidak diduga.

"Mari sini!" tempik Puan Sri Yani menyinga. Tak boleh berlembut sangat dengan budak ini. Diberi muka, makin menjadi-jadi perangainya!

Terangkat bahu Amier Rafzan. Mukanya berubat kelat. Diperhatikan jam di pergelangan tangan. Sudah pukul sepuluh setengah! Alamat hari ini datang lambat lagilah. Semuanya gara-gara mama tercinta!

Puan Sri Yani melekapkan belakang tangannya di dahi Amier Rafzan. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. 'Baik saja,' getus Pua Sri Yani dalam hati.

"Mama! Am nak pergi kerja ni. Mama ingat Am ni budak darjah satu lagi ke ma?" marah Amier Rafzan menarik muncung. Ingat elok sangatlah tu?

"Sudahlah mama. Am nak pergi kerja tu." tutur Tan Sri Rahim tiba-tiba sambil tangannya melipat senaskah surat khabar seraya diletakkan di atas meja makannya.

"Bukannya apa, papa. Mama cuma pelik dengan si Am ni ha," Puan Sri Yani masih dengan nada tidak puas hatinya. Takut jikalau Amier Rafzan mambuat sesuatu yang tidak menyenangkan.

"Apa yang mama nak pelik? Am masih manusia. Bukannya tukar jadi alien ke apa." sangkal Amier Rafzan. Saat ini, hatinya khuatir jika mamanya tahu akan rancangannya untuk memainkan Emilda. Harap-harap tembelang ini tidak terbongkar.

"Mama serius, Am. Usia kamu sekarang dua puluh dua tahun. Tapi perangai, masya Allah! Mengalahkan budak tadika kamu tahu tak!" Puan Sri Yani mulai naik angin. Geram bukan kepalang.

"Mama, bukan dulu mama yang manjakan Am ke? Ha, kenapa baru sekarang nak naik angin sebab perangai  si Am ni. Am, kamu pergi kerja. Tak usah nak layan mama kamu. Nanti pandai-pandailah papa ajarkan mama kamu ni," Tan Sri Rahim mengeluarkan kuasa veto. Namun di ayat terakhirnya, senyuman nakal diberikan kepada si isteri. Lalu dikenyitkan juga matanya.

Terpacak naik bulu roma Puan Sri Yani. Tertelan air liurnya mendengar kata-kata itu. 'Nanti pandai-pandailah papa ajarkan mama kamu ni,' kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

Amier Rafzan menahan ketawa dengan mengalihkan pandangan ke arah lain. Takut pulak ketawanya meledak. Tan Sri Rahim juga menahan ketawa apabila melihat wajah si isteri mulai kemerahan. Malulah tu!

"Sudahlah, mama nak pergi dapur kejap. Makanlah dulu," Puan Sri Yani bingkas berdiri segera berlalu ke dapur. Malunya tidak terkata. Lebih baik cari alasan supaya dapat menghilangkan diri dari situ. Anak dengan bapa sama sahaja!

Ketawa dua beranak itu meledak jua akhirnya. Suka sekali mereka mengusik Puan Sri Yani. Bapa borek anak rintik!


***


"Kau sudah jumpa dengan perempuan tu?" soal Aiman dengan kening diangkat-angkat.

Amier Rafzan tersenyum sambil memandang Aiman. "Kau nak tahu siapa perempuan tu?" soalan Aiman dibalas soalan. Buat saspens pula!

"Siapa?" soal Aiman kalut. Memang dia tidak sabar sekarang ini. Dia ingin tahu siapakah mangsa si kasanova? Kalau perempuan itu baik bagaimana? Pasti terluka hati perempuan itu. Dia harus merencanakan sesuatu untuk menggagalkan rancangan bodoh si kasanova yang perasan kacak!

"Kau ingat lagi tak perempuan yang maki hamun aku macam orang gila dulu kat sini?" sempat lagi Amier Rafzan mengutuk Emilda.

Aiman mengecilkan matanya. Cuba mengingati kejadian itu. "Ha, aku ingat! Kenapa dengan perempuan tu? Kau jangan kata perempuan itu anak kawan mama kau," soal Aiman dengan dahi berlapis.

Amier Rafzan mengangguk bersertakan senyuman nakal terukir di bibir merahnya.

Tergelak Aiman dengan jawapan Amier Rafzan. Kemudian, menggeleng pula. Sesekali melihat seperti orang gila! Amier Rafzan pelik dengan reaksi manusia di hadapannya itu.

"Sudahlah, aku nak pergi sambung kerja. Cakap dengan kau buat aku sakit hati saja," tutur Amier Rafzan seakan merajuk. Kakinya cepat melangkah segera berlalu keluar dari dapur tempat kerjanya itu dengan perasaan marah yang meluap-luap. Macam perempuan!

"Am... lawaklah kau ni. Akhirnya, jumpa jugak kau dengan perempuan singa itu. Aku rasa kau tak akan dapat memainkan hatinya. Sebab, perempuan itu player macam kau jugak! kau sekarang bertemu ruas dengan buku. Tidak lama lagi, kau akan tahu sikapnya yang sebenar," tutur Aiman seorang diri dengan tersenyum sinis sambil tangannya mencapai kain buruk di atas meja dapur restoran. Bagaimana Aiman mengetahuinya? Sudah semestinya dia tahu, kerana dua hari yang lalu dia tampak Emilda dengan seorang lelaki. Mungkin itu kekasih hati. Tebak Aiman malas mengambil pusing. Buat pening kepala sahaja! Tetapi hari seterusnya tampak pula Emilda dengan lelaki lain. Bermesra tanpa memandang kiri kanan. Dia sudah dapat mengagak, Emilda juga player hati orang lain seperti Amier Rafzan!


***

"Hai, sayang... apa khabar? Sihat tak?" soal Nina lembut. Tangannya cuba mengelus lembut pipi Amier Rafzan tetapi ditolak kasar. Dia menahan sabar. Tidak mahu cepat melatah!

Amier Rafzan menarik muka masam sambil berpeluk tubuh. Malas ingin melayan. Anginnya masih belum stabil. Masih mencari jalan  untuk memulihkannya. Matanya meliar memandang orang yang sibuk membeli-belah di pusat membeli-belah ini. Entah dari mana Nina muncul pun dia tidak tahu. Jam menunjukkan pukul enam setengah. Setelah tamat waktu kerja segera ke bilik air. Mungkin Nina mengekorinya dari belakang. Tebak Amier Rafzan dalam hati.

"Sayang, I minta maaf okey. I tahu I salah." rengek Nina lagi. Tangannya cuba mencapai tangan Amier Rafzan lalu diciumnya dengan penuh menggoda. Masa ini syaitan ketawa kerana berjaya menghasut anak cucu adam berpegangan bukan muhrim.

Amier Rafzan yang khayal dengan sikap Nina membalas ciuman itu pula. Tersenyum gembira dia kali ini. Manakan tidak, dipujuk oleh perempuan cantik. Hanyut dengan godaan syaitan lagi! Astagfirullahalazim...

"You janji you tak akan tinggalkan I, tapi you tinggalkan I. Macam mana I tak marah," tutur Amier Rafzan manja sambil tangannya membelai wajah Nina. Tidak malu dia bertindak seperti itu di khalayak orang ramai. Yang pasti, hatinya dia puas!

Nina membalas belaian Amier Rafzan itu. "I minta maaf. I janji, I tak akan tinggalkan you lagi ya, sayang."

"Terima kasih sayang... I love you so much." bisik Amier Rafzan di telinga Nina lalu mengucupnya tanpa segan silu. Nina pula menyeringai kegelian. Seronok dibelai oleh sang teruna. Mana hilangnya maruah yang harus dipelihara itu? Bukankah harus dijaga agar tidak dapat disentuh oleh lelaki durjana?

Tiba-tiba, Amier Rafzan melihat susuk tubuh seseorang yang sangat kenali. Terbang melayang sikap romantisnya apabila bertemu dengan perempuan yang menyakitkan hati. Di mana sahaja pasti jumpa. Tiada tempat lagikah untuk dia tidak bertembung dengan perempuan singa ini? Idea nakalnya terbit tiba-tiba. Tangannya merangkul pinggang Nina lalu dipeluk rapat sambil mengucup telinga si gadis dengan menghairahkan. Sikap kasanovanya muncul.  Datang mengena tepat pada masanya! Syaitan juga bertepuk gembira kerana kejayaan mereka menghanyutkan anak cucu adam lagi! Nauzubillah...

Emilda menggenggam kuat tangannya. Bergetar tubuhnya apabila melihat perlakuan Amier Rafzan. Kenapa dia harus merasai perasaan ini? Sedangkan dia tidak ada apa-apa perasaan dengan budak hingusan itu. Budak hingusan yang masih kenal erti dunia! Dia menahan kegeraman dan segera berlalu pergi meninggalkan manusia yang benar-benar menyakitkan hatinya. Kenapa harus sakit hati? Dia juga bersikap seperti itu. Yang sering membawa lelaki ke hulu ke hilir. Berpegangan bebas. Baru sekarang rasa sakitnya? Tidak lagi merasai keazaban api neraka yang membuak-buak di akhirat kelak.


***


"Emilda!" panggil seseorang dengan suara lantang.

Kaki Emilda terhenti serta-merta. Menoleh ke belakang melihat siapa yang memanggilnya. Amier Rafzan! 'Mana kekasihnya?' getus Emilda dalam hati sambil matanya meliar mencari susuk tubuh gadis cantik itu. Mungkin ada di sekeliling ini.

"Kau cari siapa?" Amier Rafzan menghampiri Emilda yang jauh darinya.

"Tak cari siapa. Kenapa panggil aku? Aku ada hal ni," Emilda mencari alasan agar dapat melarikan diri daripada si kasanova ini.

Soalan Emilda berlalu sepi. "Kau nampak apa yang berlaku tadi kan? Aku harap kau tak akan bocorkan rahsian ini pada mama aku!" Amier Rafzan memberi amaran keras dengan panahan mata tajam.

Tersengih Emilda dengan ugutan Amier Rafzan. Dasar budak hingusan! Dengan berani menghampiri Amier Rafzan dengan rapat. Dipandang mata bundar si kasanova itu dengan menggoda. "Kalau aku beritahu, macam mana?"

Terkejut dengan tindakan Emilda. Keadaan mereka sangat rapat. Nasib baik berada di tempat tersorok. Kalau tidak, pasti akan 'tertangkap' dengan kekasih hatinya, Nina.

"Kalau kau berani, kau cuba buat. Tapi kau akan menyesal. Jangan lupa ya, sebab aku sudah beri amaran keras pada kau," ugut Amier Rafzan lagi. Dia merenggangkan jarak di antara mereka. Terasa ada sesuatu perasaan yang menyelinap masuk dalam hatinya. Apakah itu?

Semakin Amier Rafzan melangkah ke belakang, Emilda makin berani datang mendekat! Sengaja mengusik si kasanova hingusan ini. Mana mungkin junior boleh mengalahkan senior! Tidak mungkin sama sekali.

"Kau ingat aku takut? Aku tak pernah takut dengan sesiapa pun, budak hingusan! Aku pergi dulu ya. Takut kena cekup dengan kau pula nanti. Tak mahu aku kena tangkap basah dengan budak hingusan macam kau ni!" kutuk Emilda dengan senyuman nakal. Tangannya laju membetulkan kolar baju Amier Rafzan. Sepasang matanya pula menilik tajam mata Amier Rafzan. Sengaja ingin menggoda!

"Aku pergi dulu ya, budak hingusan." Emilda membisik di telinga Amier Rafzan. Ketawa terkekeh-kekeh dalam hatinya dengan reaksi Amier Rafzan. Membisu! Kaku! Kelu!

Berkedip-kedip mata Amier Rafzan saat ini. Tertelan air liur dibuatnya. Berani sungguh perempuan tadi. Siapa dia sebenarnya? Berani menggodanya begitu sekali. Dia harus cari tahu siapa Emilda sebenarnya dan misinya akan bermula mulai hari esok!


P/S : Tunggu sambungannya ya! Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa tinggalkan komen anda! Saya sangat menghargainya! :)

No comments:

In LOVE