Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

8 Feb 2013

SETIA HUJUNG NYAWA : PENGHUJUNG YANG BAHAGIA

ASSALAMUALAIKUM dan Salam Jumaat semua. Alhamdulillah , kita dah masuk bulan Februari untuk tahun 2013. Kami minta maaf kerana kurangnya entry pada tahun ni. *merajuk , sebab korang tak nak komen :) HAHa , gurau saja. Biasalah adat , bila tak komen marah , bila komen marah. Okey-okey panjang pulak intronya. Semalam dengan rasminya SETIA HUJUNG NYAWA melabuhkan tirainya. Amacam ? Sweet gila kan ? Sweet sudah , gila jangan. Walaupun sesetengah pendapat kata , novel lebih bagus daripada drama but we have our own opinion kan ? Haaaa , gitu. Aduss , mesti semalam tengok sambil sengih-sengih kan? Dah heboh kat Facebook , Twitter mengenai SHN ni...Kononnya ramai yang nak calon suami macam Zain tu haa , dah la handsome , sweet , romantik dan bla bla bla bla. Haha , berdoa k ? Agar kita dipertemukan dengan jodoh yang baik , beriman dan dapat membimbing kita ke syurganya..In sha Allah.


                                                                Amar Asyraf : Zain

Apapun , sebenarnya SETIA HUJUNG NYAWA ni mengajar kita tentang pelbagai perkara. Bagi mereka yang alert lah..Setiap cerita tu ada pengajaran yang ingin disampaikan. Bukan setakat aksi sweet-muwet-kuit semua tu sahaja.

Pengajarannya murid-murid ( bajet cikgu la pulak ) In sha Allah.

1. Kasih Sayang seorang ibu. Baiklah kita tengok daripada aspek ibu Ersalina iaitu Haliza kot ( tak tau ) apabila dia tahu yang anak perempuannya mengandungkan anak luar nikah. Ibu mana yang tak kecewa bila tahu mengenai perkara tersebut kan ? Tengok macam mana cara dia cuba untuk selamatkan maruah keluarganya dan Ersalina walaupun sebenarnya cara tersebut salah. KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA. Ingat tuuu !

2. Kasih Sayang seorang abang, Since Zakwan tu tersangatlah handsome *ahaks. Dia berperwatakan sangatlah caring dan lovely dengan adiknya Ersalina tu walaupun dia seorang pilot yang asyik terbang sana terbang sini kan? Am I right kids?!

3. Bercinta selepas nikah itu lebih bahagia. Yup, itu yang dianjurkan oleh Islam pun kan ? No couple before akad..Memanglah kadang-kadang rumah tangga tu mesti ada badai yang melanda kan tapi anggap saja tu sebagai satu ujian yang Allah berikan untuk kita lebih dekat padaNya. Tak gitu ouulls ?

4. Jangan terlalu percayakan kawan baik kita , kadang-kadang kawan baik kita ni lah gunting dalam lipatan , musuh dalam selimut , api dalam sekam dan sebagainya lagi. HAHA. Please , trust your family more than your friends okey ?

5. Sesungguhnya , perempuan yang pernah berzina tu adalah untuk lelaki yang berzina jugak( lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.) Pernah dengar tak istilah ni ? Betul. Konsep yang cuba dikemukakann oleh penulis memang ada benarnya. Sesiapa yang dah pernah terlanjur tu , kembalilah ke pangkal jalan dan mohon keampunan daripadaNya.

Okey setakat tu sajalah yang mampu penulis kongsikan. Tapi yang tak bestnya part pegang-pegang tu lah. Walaupun mereka berlakon sebagai suami isteri tu tak bermaksud mereka boleh bersentuhan sesuka hati. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA ( tak nak komen lebih-lebih kang aku kena ngan peminat SHN pulak )

For those yang teringin nak baca novel ni , boleh dapatkan di pasaran sekarang :)

Versi Novel


Versi Drama


PS : Yang baik kita jadikan tauladan , yang buruk kita jadikan sempadan :)



No comments:

In LOVE