Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

10 Aug 2014

Debar Cinta ( Debar 2 )


Airina menghempaskan badannya ke atas katil. Biasalah, selalunya memang macam ni. Badannya yang bersaiz XXXL membuatkan dia cepat penat walaupun pergi ke sekolah. Tingkat empat weh, bukan ground floor!
“ Penatnya!” rungut Airina. 
“ Hoi!” tegur seseorang. Dian masuk ke bilik kakaknya. Baju sekolah yang dipakai tadi sudah diganti dengan pakaian biasa. Dian menarik kerusi yang terdapat di meja belajar kakaknya. 
“ Kau ni tak reti bagi salam ke?” tegur Airina. Baru nak fefeeling sorang-sorang!
“ Opps, Assalamualaikum wahai kakandaku yang tercinta,’’ Dian mula mengeluarkan ayat berunsur sindiran.
“ Waalaikumussalam wahai adindaku yang tak berapa aku cinta,” Airina membalas. Telefon bimbit berjenama Samsung diambil dan dibelek. Dian dibiarkan begitu saja!
“ Kakak, aku nak tanya kau something ni!’’ Dian mula bersuara apabila menyedari kakaknya mula menghilang ke alam maya.
“Apa?” tanya Airina. Matanya masih tertacap pada telefon bimbit S3nya.
“ Tadi aku ada nampak kau dekat dewan. Ada lelaki pakai spec bersembang dengan kau! Sapa eh?” tanya Dian.
“Yang kau tu nak menyibuk sangat apahal?” Airina bertanya kembali. Soalan adiknya itu dibalas dengan soalan jua. 
“ Tak, aku nak tahu ja… Itupun kau kedekut!” Dian memuncungkan bibirnya tanda protes. 
“ Kawan akulah!” jawab Airina apabila melihat muncung tidak comel adiknya itu. Bimbang, lama-lama kalau tengok boleh muntah hijau ni!
“ aku tahulah, nama apa?” tanya Dian lagi. Mukanya ceria. Gembira kerana kakaknya mula memberikan respon positif!
“ Afnan Syafiq ! yang kau beria-ria nak tahu ni kenapa?” tanya Airina pelik. 
Airina memang pelik. Selalu adiknya jarang bertanyakan soal lelaki. Lebih-lebih lagi mengenai kawannya pula! Ni mesti ada apa-apa… kalau tak masakan Dian beria-ria nak tahu mengenai si Afnan tu! 
“ Tak ada apa!” Dian bangun perlahan-lahan dan mula melangkah ke biliknya. 
Airina bingkas bangun. Something smell fishy!
“ Wait!” Airina mengejar adiknya. Adiknya belum sempat menutup pintu. Airina lebih pantas dan menarik baju adiknya. 
“ Baik kau bagi tahu aku perkara sebenar!” jerit Airina. Dian masih lagi meronta. 
“ Lepaskan aku dulu, baru aku cerita! Kalau tak, tak nak cerita!” Dian mengugut! Amboi, sekarang dah pandai ya.
Airina melepaskan adiknya. Dian segera meloloskan diri ke dalam bilik. Dia sempat mengunci pintu biliknya. Airina tertipu.
“ Kau tipu aku !” jerit Airina dari luar pintu. Dia cuba mengetuk pintu berulang kali. Jiran sebelah pun boleh dengar kalau mereka berdua ni bergaduh. Macam nak pecah pintu dibuatnya. 
“ Okey, takpa… Tak nak cerita, akak tanya Afnan terus!” Airina mengugut. Ternyata dia berjaya. Pintu bilik adiknya terbuka perlahan. Menandakan dia mengalah! Sebut nama Afnan terus mengalah, wah…!
“ Yalah, adik cerita!” Dian membawa dirinya ke sofa di hadapan televisyen. Dia melabuhkan diri di situ. Airina turut melakukan perkara yang sama. 
“ Tadi, aku jumpa Afnan dekat kantin!” Dian mula bercerita. Bibir diketap perlahan. Hendak bercerita tapi malu. Malu dengan kakaknya sendiri.
“ Dah tu?” tanya Airina. 
“ Dia…” Dian berjeda. Memancing tanda tanya Airina. 
“ Dia apa?” tanya Airina tidak sabar. 
“ Dia minta nombor fon aku!” kata Dian.
“ Ceh! Aku ingatkan apa kau ni… buat saspen jantung aku saja!” Airina bangun dan menuju ke biliknya. Tidak menghiraukan adikna di sofa. Kemudian dia berpatah balik.
“ Afnan minta nombor kau?! Dia dah gila ka apa?” tanya Airina. Dian hanya menggeleng. 
“ Kau bagi tak?” tanya Airina lagi.
Dian mengangguk. Aduh! 
Airina membawa diri ke biliknya. Sudah , sudah! 
Ini semua gila. Kalaulah Afnan tu berkenan dekat adik aku , memang gilalah semua ni. Tetapi tidak dinafikan kecomelan adiknya itu. Walaupun badannya sedikit berisi, tetapi masih mampu memikat mana-mana lelaki yang melihatnya. Dengan lesung pipit yang dalam, membuatkan senyumannya lebih menawan berbanding Airina. 
Airina tidak pernah menafikan, kadang-kadang wujud perasaan iri hati terhadap adiknya namun ini semua adalah ciptaan Allah. Dia tidak pernah untuk meminta dilahirkan sebagai seorang yang gemuk. Tetapi dia bersyukur, walaupun dia berbadan gemuk Allah tetap Adil.

Airina membaringkan tubuhnya di atas katil. Fikirannya menerawang jauh ke sekolah.
“ Aku jatuh cinta?” soal Airina kepada dirinya sendiri. 
Airina bangun kembali dan mengambil wudhuk untuk solat Zuhur. Waktu sudah makin lewat. Abah pun akan pulang dari surau nanti. Kalau dia tengok anak dara dia ni tak mandi atau tak solat lagi, memang sah minta diceramah ‘free’.


“ Assalamualaikum…” Encik Qushairi masuk ke dalam rumah seraya memberi salam. Bapa Airina dan Dian memang rajin menunaikan solat berjemaah di surau belakang rumah mereka. 
“ Waalaikumussalam abi…” Dian menjawab salam tetapi matanya masih tertancap pada kaca televisyen. Drama Temptation of Wife itu lebih menarik jika nak dibandingkan dengan abinya itu.
Encik Qushairi duduk di sebelah Dian sambil membelek-belek surat yang diambilnya dari peti surat tadi. Kebanyakan surat itu tertera nama Airina Qaisara binti Qushairi. Semuanya datang dari IPTS  yang mencari pelajar untuk kemasukan bulan Julai. 
“ Mana kakak?” tanya Encik Qushairi kepada Dian yang dari tadi diam tak berkutik. Fokusnya tetap satu.
“ Entah la abi, solat kot!” jawab Dian ringkas memberi tanda tidak mahu diganggu. 
“ Adik dah solat?” tanya Encik Qushairi. Saja bertanya soalan yang memang ternyata sudah bersuluh. Baju sekolah pun belum bertukar, solat memang sah belum.
Dian tersengih. Encik Qushairi faham benar dengan peel anaknya yang bongsu itu. Malasnya bukan main. 
“ Tunggu apa lagi?” Encik Qushairi bersuara tegas. 
“ Kejap la abi, cerita tengah best ni!” Dian menayangkan muka kesian sehabis kesian. Semoa abi tergoda. 
“ Sudah, sudah! Pergi solat dulu. Nanti sambung balik!” Encik Qushairi tidak suka perangai anaknya yang sering melewatkan solat. Tambah pula untuk menonton cerita yang tidak berfaedah seperti ini. Memang tidaklah!
“ Tapi abi…” Dian mengelipkan matanya berkali-kali. Memohon simpati dari abinya. Lagi sikit saja ni! Kemudian sambung esok pula…
“ Abi tak nak dengar apa-apa. Cepat!” Encik Qushairi sudah meninggikan volume suaranya. Menandakan kata putus sudah dibuat. Pujuk memujuk, rayu merayu tak akan dilayan. Dian mengalah juga akhirnya. Dian membawa diri ke dalam bilik. 
Airina yang sudah selesai mandi dan solat keluar dari biliknya setelah mendengar abinya berbual dengan adiknya. Bukan berbual sebenarnya, lebih kepada arahan yang memang-tak-boleh-diingkari.
“ Abi…” Airina menegur abinya yang sedang membelek buku di tangannya. Amboi, tadi belek surat sekarang belek buku pula. Macam-macam Encik Qushairi ni!
“ Hmm…” Encik Qushairi hanya berdehem sebagai tanda menyahut panggilan anak sulungnya itu. Airina ke dapur dan mengambil sekotak air laici dari peti ais. Airina kemudian melabuhkan punggungnya di tepi abinya. Airina terlihat beberapa keping surat yang berada di tepi sofa, di atas meja kecil. 
Airina mengeluh perlahan. Dia tahu, semua surat-surat itu ditujukan kepada dirinya. Semuanya terpaksa dibiarkan. Ada setengahnya langsung tak disentuh. Keputusannya tetap satu. Dia memilih tingkatan enam. Muktamad. Walaupun dalam keterpaksaan. 
“ Macam mana sekolah tadi? Dah selesai pendaftaran?” Encik Qushairi bertanya setelah mendengar keluhan kecil dari bibir anaknya. 
“ Alhamdulillah abi, semuanya dah selesai. Esok dah boleh masuk kelas,” jawab Airina.
“ Baguslah, abi harap Airina selesa untuk belajar di situ. Walaupun Airina tak masuk universiti lagi, abi yakin Airina akan gunakan peluang ini dengan sebaiknya,” kata Encik Qushairi. Dia tahu anaknya sedikit hampa apabila permohonannya untuk masuk ke universiti tempatan tidak berjaya. Bukan keputusannya tidak bagus, mungkin bukan rezeki Airina lagi.
“ In sya Allah abi, Airina akan gunakan peluang ini dengan sebaiknya. Lagipun, lepas STPM ni boleh masuk degree terus. Sekejap saja!” balas Airina. Cuba untuk mengamit semangat positif yang semakin hilang di hatinya apabila melihat rakan sekelasnya yang lain sedang menuntut ilmu di universti terkemuka. Remuk hatinya apabila kawan-kawannya menceritakan tentang universiti life mereka. 
“ Ya, betul! Yang penting abi tak nak Airina putus semangat. In sya Allah…Allah sedang mengaturkan yang terbaik untuk Airina abi ni,” ucap Encik Qushairi sambil tersenyum. Airina lega apabila mendengar kata-kata abinya. Abi memang hero !
“ Oh lupa pula Airina nak beritahu abi. Airina nak minta izin abi,” kata Airina sambil menyedut air laicinya. Perangai tak elok. Encik Qushairi menjengilkan mata tanda tidak suka dengan perlakuan Airina. Airina berhenti menyedut dan berjeda sebentar.
“ Airina nak pergi Popular dengan Wirda dan Ila. Kami nak beli buku abi,” jelas Airina.
“ Bila nak pergi?” tanya Encik Qushairi.
“ Dalam pukul 4.30 abi. Nanti Ila datang ambil!” 
“ Baiklah, hati-hati. Nanti ambil duit dalam dompet abi!”
“ Berapa abi?” Airina tersenyum. Ni yang buat I sayang you lebih abi. Haha.
“ Ikut banyak mana kamu nak gunalah,” kata Encik Qushairi. Encik Qushairi bangun dan masuk ke dalam biliknya.
“ Yahooooo!” Airina menjerit keriangan. Biasalah, dapat keluar dengan kawan-kawan. Mestilah seronok tak terkira. Amboi.
Dian membuka pintu biliknya yang bertentangan dengan ruang tamu. Dian kehairanan melihat kakaknya. Tak ada apa-apa menjerit. Memang sah. Sah! Sah! Sah gila.


No comments:

In LOVE