Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

28 Apr 2013

Nota Untuk Seorang Sahabat

Assalamualaikum, sebelum jari menaip dengan lebih banyak lagi. Ingin saya khabarkan pada anda, coretan saya pada kali ini ditujukan kepada sahabat saya yang paling saya cintai. Mohon buka lagu ini sebelum membaca dengan lebih mendalam lagi :)



Maafkan aku wahai sahabat, 
andaikata setiap bait-bait kataku,
menghiris hatimu.

Aku, 
manusia lemah yang tak kuat,
aku tidak kuat untuk menghadapi,
dugaan Allah, sendirian.

Maafkan aku wahai sahabat,
disaat lidahku terkhilaf bicara,
membuatkan kau tersedu sedan.

Aku, 
manusia yang inginkan perhatian,
tak banyak yang aku inginkan,
cukuplah sekadar aku tahu,
kau menyayangiku.

Maafkan aku wahai sahabat, 
dikala sikapku membuat kau terluka,
Sikapku yang membuatkan kau kecewa.

Aku,
manusia yang sering lalai, 
manusia yang dikatakan tidak bersyukur 
dengan nikmat Allah. 

Maafkan aku wahai sahabat, 
tatkala aku lupa bahawa kau adalah,
pelengkap hidupku.

Aku,
manusia yang lupa dengan segala,
bantuanmu, simpatimu bahkan perhatianmu, 
selama ini.

Maafkan aku wahai sahabat, 
kerana aku tak bisa menjadi sahabat yang terbaik,
buatmu. 

Aku, 
bersyukur dengan nikmat Allah.
kerana dikurniakan sahabat, 
SEPERTIMU.

#sekian.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan Pa'ah kali ini. 
Assalamualaikum, 

:')

No comments:

In LOVE