Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

14 Jan 2012

Cerpen Pendek : Dongeng Cinta Kita Bab 1


Hijab 1

Kuda yang ditunggangi oleh Puteri Syafiyyah Amani mula kepenatan setelah seharian menabur bakti kepada tuannya . Hijab Puteri Syafiyyah Amani kebasahan dek peluhnya sendiri . Sejak pagi dia membawa dirinya keluar dari istananya yang tersergam di tengah-tengah Negara Damaiputra . Dia tahu , kepergiaanya kali ini akan menimbulkan kekecohan yang amat besar di Negara Damaiputra namun kali ini dia terpaksa pergi . Pergi demi kebaikan dirinya sendiri . . Kain kecil yang menutup sebahagian mukanya yang hanya menampakkan matanya dibuka perlahan setelah dia yakin bahawa tiada siapa lagi yang berada di kawasan itu melainkan dia dan kudanya . Peluh dimukanya dilap perlahan dengan sapu tangan yang disimpan di koceknya . Terbit rasa bersalah kerana meninggalkan Negara Damaiputra dan lebih-lebih lagi apabila mengenangkan bertapa kecewa ayahanda dan bondanya .
“ Tuan Puteri Syafiyyah !” laung seseorang bersama beberapa orang pengawal berkudanya .
‘ Alamak , cepatnya mereka ni . . Tak reti penat ke ? Matilah beta kali ni . . . Arh !’ rungut Puteri Syafiyyah Amani perlahan . Kudanya sudah berlari laju dek terkejut oleh sentakan kaki tuannya .
“ Tuan Puteri ! Tunggu !’’ laungnya lagi namun kali ini Puteri Syafiyyah Amani sudah tidak kelihatan . Hanya kelihatan satu kawasan hutan yang sunyi sepi tanpa bunyi-bunyian dari serangga mahupun binatang . Sangat sunyi .
Pengawal tentera yang mengejar Puteri Safiyyah Amani tadi mula berpatah balik . Ingin mengabarkan berita kepada Raja Ahmed Hassan bin Hussin dan Permaisuri Afifah binti Raja Rashidi tentang apa yang telah berlaku .


Raja Ahmed Hassan dan Permaisuri Afifah berada di kamar mereka sambil berbincang mengenai anakanda mereka yang melarikan diri .
“ Kanda , adinda rasa sungguh risau dengan anakanda kita yang satu itu . . .” Permaisuri Afifah berkata sambil melabuhkan punggung di sofa yang berada berdekatan dengan katilnya .
“ Kanda juga begitu dinda …” Raja Ahmed Hassan berkata .
“ Kanda lebih risau apabila anakanda kita melarikan diri dengan menuggang kuda , nampaknya dia tidak akan pergi ke kawasan bandar sebaliknya ke kawasan hutan yang sesetengahnya belum kita terokai .” sambungnya .
“ Kanda… Mengapa anakanda kita tidak menggunakan kereta yang telah kita khaskan padanya ? Aduh , risau rasanya hati dinda…”
“ Mungkin dia tidak mahu kita mencarinya , dengan GPS yang terdapat pada kereta tersebut akan memudahkan kita menjejakinya . Haii , bijak sungguh anakanda kita itu …”
“ Betul tu kanda , tapi tindakan anakanda tu telah menyebabkan satu Damaiputra gempar . Malu dinda dengan Permaisuri negara-negara lain . Mereka tentu menyangka kita tidak pandai mendidik seorang puteri untuk menjadi pemerintah yang bagus…” keluh Permaisuri Afifah . Benar katanya itu… Beberapa orang permaisuri mula berkata-kata sesama mereka . Apa yang mereka tahu , seorang Puteri yang berhijab telah melarikan diri ! Tetapi sebab apa ? Hanya beberapa orang tertentu sahaja yang berhak mengetahuinya . Permaisuri negara lain mula menyisihkan Permaisuri Afifah . Haii , dunia kerabat pun ada sisih-menyisih ka ? Lumrah alam sebenarnya !
“ Adinda tak perlu bimbang , kanda tahu anakanda kita itu tentu boleh menjaga dirinya sendiri . Lagipun mungkin ini pun disebabkan oleh salah kita . Sudah-sudahlah tu , mari kita tidur sayang ,’’ kata Raja Ahmed Hassan sekadar untuk menyedapkan hatinya sendiri serta isterinya . Bapa mana yang tidak bimbang apabila anak dara suntinya melarikan diri . Melarikan diri ke hutan pula tu . Haishh !


“ Uhuk .. Uhuk.. Aik , kenapa tiba-tiba aku terbatuk ni ? Alahai , ini mesti bonda dan ayahanda yang mengata aku ni . Ya Allah , ampunkanlah hambamu ini kerana menyakitkan hati kedua ibu bapanya sendiri . Aku tidak berniat untuk memberontak namun aku perlu pergi untuk kebaikan diri aku sendiri . Argh , bila aku sudah bersedia… Aku akan kembali ke istana untuk memohon ampun dari mereka . “ Gumam Puteri Syafiyyah Amani perlahan .
Kuda yang dinaikinya ditambat di sebatang pokok besar di tepi sungai . Dia berhenti untuk berehat sebentar . Keadaan yang tadinya siang sudah berginjak ke malam hari . Puteri Syafiyyah Amani duduk di tepi kudanya sambil ditemani cahaya bulan yang bersinar malap-malap sahaja pada malam ini .
Dragon , betulkah apa yang beta lakukan ni  ? Adakah tindakan beta ini hanya akan menyakitkan hati banyak pihak ? Beta sendiri bimbang ! Bimbang dengan segala kemungkinan yang akan berlaku ,” Puteri Syafiyyah Amani berkata-kata . Kudanya hanya mampu menggeleng . Macamlah kuda itu faham dengan apa yang dikatakannya . Puteri Syafiyyah sangat menyayangi Dragon . Dragon merupakan kuda yang dihadiahi bondanya pada hari lahirnya yang ke empat belas , 10 tahun dulu . Sejak dari itu , dia sanggup belajar cara-cara menunggang kuda agar tidak menghampakan kedua ibu bapanya . Itulah Puteri Syafiyyah Amani . Sejak kecil dia diasuh untuk menjadi seorang anak gadis yang sopan , menjaga batas auratnya , menjaga tingkah lakunya , dan … mengembirakan hati kedua ibubapanya . Tapi setelah umurnya genap dua puluh empat tahun , dia melakukan sesuatu yang sangat memalukan dan menghampakan kedua ibubapanya .
“ Ahhh ! Peningnya beta Dragon . Adakah beta patut pulang saja ? “ Puteri Syafiyyah Amani akhirnya terlelap dengan pelbagai rasa dihati . Rasa bersalah , rasa geram , rasa takut dan rasa berdebar . Mengapa debar ini mesti ada didalam hatinya ??


Matahari mula menampakkan dirinya , menyuluhkan cahayanya di seluruh alam . Puteri Syaffiyah Amani terjaga . Matanya digosok perlahan . Drogan sedang meragut rumput yang berada di sekitarnya . Dia menuju ke sungai dan membasuh mukanya beberapa kali .
“ Aduhai , terlajak tidurlah . . Selamat hari ini aku cuti . . Aku harus memulakan perjalanan aku . Aku ingin mencari tempat tinggal . Mungkin di hilir  sungai ini ada kawasan petempatan .” kata Puteri Syafiyyah Amani pada bayang-bayangnya di dalam sungai .
Drogan ditunggangnya perlahan menuju ke hilir . Puteri Syafiyyah sudah kelaparan . Tiba-tiba dia terlihat sebatang pokok rambutan yang sedang rendang dan buahnya pula tengah masak ranum . Puteri Syafiyyah telan liur . Sedapnya . Tetapi tiada satu pun tanda bahawa kawasan ini punya petempatan . Puteri Syafiyyah Amani takut dia termakan hak orang lain . Dia menuruni Dragon setelah yakin bahawa tiada sesiapa disitu melainkan ia dan Drogan . Kakinya perlahan-lahan mendekati pokok tersebut . Tiba-tiba…
“ Ahhhh ! “ Puteri Syafiyyah Amani menjerit .





bersambung....

p/s : Jangan lupa komen ye :)

Salam sayang ,
Pa'ah Mohd Isdris .







No comments:

In LOVE