Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

19 Jan 2013

CERPEN PENDEK : Dongeng Cinta Kita Bab 4

Assalamualaikum bagi yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera bagi yang bukan Islam. Sebarang kritikan atau komen sila berikan dengan ikhlas ye. Semoga terhibur !


"Makanlah nak, buat macam rumah sendiri..." kata Mak Temah sambil menghulurkan sepinggan nasi kepada Puteri Syafiyyah Amani.
"Terima kasih mak cik!" kata Puteri Syafiyyah Amani.

Meja yang mempunyai empat buah kerusi itu penuh dengan kehadiran Pak Ali, Aliff Danial,Izara, dan Mak Temah. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk makan dibawah sahaja. Ya, di atas lantai. Puteri Syafiyyah Amani langsung tidak berasa kekok dengan keadaan tersebut. Walaupun pangkatnya sebagai Tuan Puteri Negara Damaiputra namun dia boleh membiasakan diri dengan keadaan sekelilingnya. Begitu baik didikan daripada kedua orang tuanya.

"Amani...boleh mak cik tanya sikit?" ujar Mak Temah.
"Boleh mak cik.." balas Amani pula.
"Maaflah kalau pertanyaan mak cik ini akan membuatkan Amani kecil hati.." tambah Mak Temah sebelum meneruskan pertanyaannya.
" Tak apa lah mak cik. In sha Allah saya tak kan marah," kata Puteri Syafiyyah Amani. Aliff Danial yang
 sedang membasuh tangannya mengambil tempat bersebelahan Pak Ali setelah selesai. Perbualan Mak Temah dan Amani telah menarik perhatian Izara dan Aliff Danial. Manakala Pak Ali hanya berdiam seribu bahasa. Sakit yang membuatkannya lebih selesa mendiamkan diri. Izara menghulurkan sepinggan nasi kepada Aliff Danial. Nasi sengaja dibubuh banyak kerana Izara tahu Aliff Danial akan menyuapkan ayahnya makan. 'Asyik-asyik ayah! Aku ni, dia tak nak layan langsung!' bentak hati Izara.

"Sebenarnya mak cik nak tanya, kamu tak rimas ke pakai purdah ni? Mak cik nampak macam panas je?" tanya Mak Temah. Jujur.
"Mak Temah, memakai purdah kena ikhlas. Kalau hati kita ikhlas, apa kelebihan dan kekurangan memakai purdah ini kita boleh terima dengan seadanya..Saya pakai purdah ni bukan untuk tunjuk baik pada orang lain atau mengikut trend zaman sekarang tetapi untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan. Malahan, memakai niqab ini juga dapat mengelakkan fitnah. In shaa Allah, jika kita ikhlas..Allah akan permudahkan segalanya," terang Puteri Syafiyyah Amani.
" Yakah? Bukan kau melarikan diri ke? Baik kau terus-terang saja dengan kami,kami tak bodoh la untuk menilai semua ni. Kau pakai purdah sebab nak sembunyikan wajah kau yang sebenarkan?" tempelak Izara tiba-tiba.
" MasyaAllah Izara! Kenapa tuduh Cik Amani macam tu? Kamu tahukan fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh?!" suara Aliff Danial tinggi.

Suasana di meja makan yang pada mulanya tenang menjadi hangat apabila Izara berkata demikian. Puteri Syafiyyah Amani hanya mendiamkan diri...Dia tahu, jika dia bersuara keadaan tentu akan menjadi lebih rumit. Akhirnya semua makan dengan diam dan tidak mengeluarkan suara sedikitpun. Tetapi dalam diam, kelakuan Aliff Danial memikat hati wanitanya.

Aliff Danial kelihatan begitu sabar melayan kerenah Pak Ali. Pak Ali dikata lumpuh separuh badan. Separuh badannya boleh berfungsi dan separuh lagi langsung tidak berfungsi. Tangannya tidak dapat menampung beban yang berat. Oleh itu, Aliff Danial yang menyuapkannya makanan. Walaupun ada ketikanya Pak Ali meluahkan makanan tersebut, Aliff Danial dengan tenang akan mengelap bibir Pak Ali dengan ibu jarinya. Tidak timbul perasaan jijik dan membebankan bagi Aliff Danial dalam melayan kerenah Pak Ali.

Mak Temah hanya melihat daripada jauh. Anak angkatnya itu terlalu baik. Bahkan anak kandungnya,Izara pun tak sebaik itu. Sanggup menjaga makan pakai suaminya itu. Semuanya sempurna dan mudah setelah kedatangan anak muda itu sejak dua bulan yang lalu...Dia dah terlalu banyak berhutang budi dengan Aliff Danial. Entah bagaimana lagi harus dia membalas jasa anak muda itu. Mak Temah mengusap air mata yang mengalir perlahan di pipinya. Takut jika orang lain perasan dengan kehadiran air mata yang tidak diundang itu.


**************

Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan tengah hari sebentar tadi, Puteri Syafiyyah Amani membawa diri ke bilik yang dikhaskan untuknya. Bilik tersebut sebenarnya bilik Aliff Danial. Dia hanya menumpang di bilik itu sebentar sahaja untuk merehatkan badan. Hal ini kerana rumah usang itu hanya mempunyai tiga bilik. Satu untuk Aliff Danial,satu untuk Pak Ali dan Mak Temah dan satu lagi untuk anak dara mereka, Izara. Izara membantah dengan sekerasnya apabila Mak Temah menyuruhnya berkongsi bilik dengan Puteri Syafiyyah Amani, akhirnya Aliff Danial menawarkan biliknya kepada Puteri Syafiyyah Amani. Puteri Syafiyyah amani bersetuju setelah didesak oleh Mak Temah. Izara sudah menarik muka.

' Ya Allah, sepertinya kedatangan aku disini tidak disukai oleh Izara. Tindakan dia yang dingin terhadapku membuatkan aku sedar bahawa aku tidak diperlukan lagi disini...' cetus hati Puteri Syafiyyah Amani sambil membaringkan dirinya di atas katil perlahan-lahan. Kakinya masih sakit.

'Ya Allah, kenapa Aliff Danial begitu mempersonakan di mataku ? Adakah ini jodoh dari-Mu atau permainan nafsu? Aku buntu...'


- Nantikan bab yang seterusnya yaaa, lebih banyak konflik dan persoalan yang bakal terungkai. Terima kasih kerana sudi membaca !

No comments:

In LOVE