"Aku
tak sangka di sini pun ada badut," tutur Hazwani sambil tangannya mencucuk
pasembur dengan garfu. Lalu dimakan dan sedap!
"Kau
tak pernah tengok badut ke apa? Ala, biasalah... nama pun tempat awam. Lagi
senanglah badut tu nak cari duit poket. Lagipun, kau cuba tengok. Budak-budak
belambak kat sini. Elok sangatlah tu," tutur Farah panjang berjela. 'Aku
yakin, lelaki tadi bukan lelaki yang aku langgar hari tu. Bukan!' jerit Farah
dalam hati menolak segala kemungkinan.
Hazwani
merenung tepat wajah Farah. Aneh dengan kata-kata sahabatnya itu.
"Kau
ni kenapa? nak kena cucuk dengan garfu? nak jadi macam Kasim Selamat?"
gertak Farah dengan geram.
"Bukan
apa, aku cuma pelik dengan kau ni ha! Kau macam gelabah semacam aku
tengok," jujur sahaja Hazwani berkata-kata. Pasembur di pinggan dicucuk
lagi.
"Gelabah?
hang jangan nak merapu dengan aku kat sini," tutur Farah dengan loghat utaranya.
Ketara sangat ke kegelabahannya? sempat Farah berfikir.
"Hehehe...
hang ingat, hang sorang saja yang reti cakap utara. Aku pun reti jugak
tau," Wah! wah! wah! Dabik dada Hazwani kali ini.
"Tak
payah nak bangga sangat. Aku keluar loghat utara yang 'kau-kau' punya.
Ternganga hang tang sini,"
"Apa?
Tang? Apa tang?" berkerut Hazwani berfikir. Binatang ke?
Mengekek
ketawa Farah dengan Hazwani. Itulah! nak bangga sangat konon. Baru jerat sikit,
mula nak gelabah!
Muncung
tajam bibir Hazwani kali ini. Sakit hatinya dengan ketawa Farah yang tidak
henti-henti itu. Tahulah dia asal orang Kuala Lumpur. Mana dia nak tahu lohgat
Penang ni.
Farah
berhenti ketawa apabila melihat sahabatnya mula menarik muka empat belas.
"Merajuk
ke?" usik Farah yang tak lekang dek senyuman.
"Kau
sukakan main-mainkan aku? Eeeiii, tak sukalah macam ni,"
"Alololo...
tak payahlah kau nak merajuk. Huduh babenor! bukan molek pun," sakat Farah
lagi. Mulai hari ini, dia harus melupakan segala-galanya! Tentang kejadian itu,
tentang lelaki yang berpakaian badut itu!
Dari
jauh, mereka tidak sedar ada sepasang mata sedang memerhati. Jelas terpacar
riak kegembiraan di wajah mereka. Amri tersenyum melihat gelagat dua sahabat
itu. Tergeleng-geleng dia beberapa kali.
'Macam
mana aku nak jumpa dia? Ya, Allah... kenapa jantung aku kencang laju?
Kuatkanlah aku Ya, Allah...' doa Amri dalam hati segera meninggalkan tempat
kawasan makanan itu dengan seribu pertanyaan.
_______________________
"Macam
mana kerja hari ni?" soal Puan Shima kepada anaknya, Amri.
"Alhamdulillah,
mak. Rezeki Allah." tutur Amri sambil tersenyum. Rambut palsu yang
berwarna-warni di kepalanya itu dilucutkan perlahan.
"Alhamdulillah...
tapi kan, mak pelik lah dengan hang ni,"
"Awat
mak?" berkerut dahi Amri menyoal.
"Yang
hang beria-ria nak kerja jadi badut ni pasaipa? Buang tebiat ka
apa?" soal Puan Shima bertubi-tubi. Memang itu soalan yang dia pendamkan
selama anaknya bekerja ini. Mana tidaknya, tup-tup balik
nak kerja. Memanglah bagus pergi mencari duit poket. Boleh meluangkan masa dari
terbiar.Tapi, kerja menjadi seorang badut? Pening kepalanya!
"Awat
mak? Amri bukan buat kerja tak senonoh. Rezeki halal ni, mak." Amri
membela dirinya. Air masak di dalam jag dituangkan ke dalam gelas. Lalu
diminum. Arghhh!!!Alhamdulillah... hilang dahaga sikit.
"Yalah.
Mak tau yang kerja tu halal. Mak tau yang tu! Tapi, yang mak duk pelik
sebab sebelum ni bila cuti saja hang tak pernah melekat kat rumah. Duk merayau
dengan kawan-kawan hang. Pi mana? voi.. apa? voi..."
"Konvoilah
mak," jawab Amri selamba apabila melihat ibunya tergagap-gagap untuk
mengungkapkan perkataan itu.
"Ha,
konvoi! Pi bercutilah. Tak pernah melekat kat rumah langsung," sambung
Puan Shima panjang lebar. Tangannya pula sibuk menguli tepung yang dicampur
pisang emas untuk dibuat cekodok.
"Mak
tak suka Amri balik ka ni?" soal Amri dengan suara diperlahan. Sedih!
Puan
Shima yang mendengar kata-kata itu membuatkan perbuatannya terhenti seketika.
Wajahnya laju berpaling ke arah Amri.
"Bukan
mak tak suka hang balik. Mak suka. Alhamdulillah, mak bersyukur sangat-sangat.
Mak dengan pak hang gembira tak terkata. Mak cuma... tak mau hang duk buat
perangai macam dulu. Tak balik rumah bila cuti. Mak rindu hang..." luah
Puan Shima syahdu. Manik-manik di tubir mata ditahan daripada merembes keluar
menitik. Dia harus kuat di hadapan anaknya.
Tersentak
Amri seketika. Perasaan bersalah bagai menyerbu dirinya ketika ini. Dia telah
mengguriskan hati ibunya sendiri! Terasa seperti anak derhaka. Anak yang tidak
kenang budi dengan pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua. Sebelum ini, dia
ditatang bagai minyak yang penuh oleh orang tuanya tetapi dia membalas dengan
perbuatan yang menyakitkan. Menyesal tidak terkata! Amri menghampiri ibunya
yang lagak bertahan tabah itu. 'Ya, Allah... berdosanya aku,' rintih Amri dalam
hati.
"Mak,
Amri minta maaf. Amri tau, ni semuanya salah Amri. Amri janji lepas ni Amri tak
buat lagi dah. Amri minta maaf mak..." mohon Amri dengan manik-manik
jernih yang mengalir laju dari tubir matanya. Menyesal tidak terkata dengan
perbuatannya. Dia terasa segala ilmu yang dia pelajari selama ini tidak
mendapat keberkatan. Semuanya gara-gara tindakannya sendiri yang suka
berfoya-foya sehingga tidak sedar telah mengguris hati ibunya!
"Sudahlah,
nak. Mak dah maafkan. Lepas ni jangan duk buat lagi, noh.
Mak risau. Mak tau anak mak ni baik." pujuk Puan Shima sambil menggosok
kepala anaknya. Manakala, tangan kanannya lincah menguli.
"Terima
kasih mak. Amri sayang mak..."
"Mak
pun sayang Amri..." tutur Puan Shima tersenyum sambil menyeka pantas air
matanya daripada jatuh menitik.
"Ehem...
ehem... buat drama pulak kat sini. Abah, mai sini ada drama
hindustan!" jerit Saleha adik bongsu, Amri yang berusia tujuh belas tahun
itu dengan sengihan panjang. Bila masa muncul pun tidak tahu!
"Mana-mana?"
terkocoh-kocoh En. Zakaria berlari untuk melihat adegan hindustan yang
diperkatakan anak bongsunya itu.
"Hang
tak puas hati apa dengan aku, pendek?" usik Amri kepada adiknya. Gelaran
pendek buat adiknya sudah lama sebati dalam hidupnya.
"Jahatnya
mulut kata kat orang pendek!Mak, abah... tengok abang kata kat adik
pendek." acum Saleha menarik muka masam.
Puan
Shima dan En. Zakaria tersenyum melihat anak-anak mereka. Tak henti-henti nak
bergaduh. Masing-masing tidak mahu mengalah. Macam anjing dan kucing. Si abang
dengan sikapnya yang suka mengusik. Si adik pula sikapnya yang tak henti-henti
nak mengacum, mengadu! Ada-ada sajalah point nak menyakat!
"Sudah-sudah. Pi main luaq.
Mak nak masak. Layan hampa dua orang, sampai bilalah kerja nak habis,"
tutur Puan Shima seakan menghalau.
"Amboi!
halau nampak," perli si suami di sisi tersengih.
Amri dan
Saleha sudah mengekek ketawa. Bukan apa, suka tengok emak dan abahnya bergaduh
manja.
"Bukan
nak halau, bang. Sayang nak..." terhenti kata-kata Puan Shima seketika.
"Sayang?
Wah!!! romantisnya emak dan abah... sayang-menyayang," usik Amri dengan
senyuman terukir di bibir. Saleha yang mendengar turut tersenyum. Alahai...
seronok dapat ibu bapa macam ini. Bersyukur, Ya Allah... terima kasih.
Merona
merah wajah Puan Shima diusik sebegitu. Macam mana boleh terlepas pun dia tidak
tahu. Daripada dia terus diusik, lebih baik beredar. Takut jadi bahan bualan!
usikan! Tak sanggup!!!
"Takut
kena usik lah tu..." usik En. Zakaria tak henti-henti.
Seminggu
Kemudian...
"Awak..."
panggil pemuda itu kepada Farah.
Farah
pantas menoleh kepala. Terkejut bukan kepalang dengan apa yang dilihatnya
ketika ini. Suasana yang suram dan seram tiba tukar bercahaya terang. Badannya
menggeletar hebat. Jantungnya berdegup laju. Wajah pemuda di hadapan itu begitu
mirip dengan seseorang. Siapakah pemuda ini?
"A...wak
siapa?" tergagap-gagap Farah menyoal.
"Awak
akan tahu siapa saya nanti. Awak jaga diri ya. Assalamualaikum..." pemuda
misteri itu segera meninggalkan Farah dengan perlahan-lahan. Sebelum mengorak
langkah, wajah setenang itu melemparkan senyuman yang sungguh manis. Farah
menjadi kaku. Ingin menyahut memanggil. Tetapi, alangkah sedihnya pemuda
misteri itu sudah kabur dari penglihatan. Pemuda misteri itu sudah pergi.
"Tidak,
tidak, tidak!!!" Farah yang menjerit kuat itu telah membangunkan Hazwani
yang sedang enak dibuai mimpi. Hazwani segera menghampiri Farah yang menjerit
bagai terkena hasutan. Dia menjadi kalut. Tidak tahu berbuat apa. Tergaru
kepalanya yang tidak gatal itu.
"Parah
betul perempuan ni! Sebelum ini, tak pernahlah pulak dia nak meracau! Farah...
bangun... bangun..." Hazwani menggoncangkan bahu Farah perlahan.
Farah
masih meracau! "Farah!!! bangun... bangun... kau kenapa ni?" Hazwani
mulai tidak tenang.
"Tidak!!!"
jerit Farah kuat kali ini sehingga dia terduduk bangun sendiri. Menoleh ke arah
Hazwani yang berkerut berlapis-lapis dengan dada yang turun naik. Air peluh
yang mula memercik di dahi Farah, dilap dengan belakang tapak tangannya.
"Aku..."
Farah berhenti berkata. Dia pantas memeluk tubuh Hazwani dengan tangisan.
Hatinya tidak keruan. Mimpi itu masih bermain-main dalam mindanya. Ingin diusir
tetapi semakin kuat ingatannya tentang mimpi itu. Seribu pertanyaan mulai
menghantui dirinya kala ini.
"Kenapa
ni? kau mimpi hantu erk?" usik Hazwani dengan mengusap lembut kepala
sahabatnya itu.
Farah
menggeleng laju. Dilepas pelukan itu dan menatap tajam wajah Hazwani.
"Aku...
tak tahu apa mak...sud mimpi aku tu. Aku cuba untuk lupakan. Tapi... tak
bo...leh," tutur Farah berselitkan sedu-sedan. Barangkali kesan daripada
tangisan tadi.
Hazwani
memegang wajah sahabatnya itu. Diseka manik-manik jernih di pipi Farah dengan
lembut. Cuba untuk menenangkan Farah yang sambung kembali menangis. Dia tidak
tahu apa maksud Farah. Tentang mimpi. Mimpi apakah itu?
"Lebih
baik kau tidur. Bagi kau segar sikit. Esok pagi kau bangun cerita kat aku,"
Farah
mendiamkan diri dan paksa melelapkan mata walaupun begitu sukar dipejam. Dia
menghela nafas panjang. Bagai membuang rasa resah dalam hati.
"Aku
tak boleh tidur," tutur Farah sedikit perlahan.
"Baca
surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naas tiga kali. Selepas itu, baca Ayatul Kursi
sekali. In Shaa Allah, kau boleh tidur," ajar Hazwani satu persatu.
Farah
mengangguk dan mula mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran itu dengan tenang.
Sesungguhnya membaca ayat-ayat suci al-Quran bisa menenangkan hati yang sedang
berduka lara.
Hazwani
tersenyum melihat Farah sudah terlena senang. Selimut di hujung katil ditarik
lalu menyelimut tubuh Farah. Biar rasa hangat sedikit. Akal Hazwani mula
berfikir, mimpi apakah yang cuba diperkatakan Farah tadi? Nampak terlalu berat
untuk ditanggung.
"Arghhh...
esok ajelah aku tanya dia," Hazwani segera merebahkan tubuhnya di sisi
Farah. Dipejam rapat kedua-dua matanya dan mula hanyut dibuai mimpi. Senang
sungguh perempuan ni tidur!
____________________
"Begitulah
ceritanya," terangguk-angguk Hazwani mendengar cerita Farah.
"Berat
kes kau ni, Farah..." Hazwani mengeluh perlahan. Dia membuang pandang ke
arah Farah.
"Aku
tak tahu apa maksud mimpi aku tu,"
"Aku
rasa tu mainan mimpi saja kut. Kau jangan risaulah. Tak akan berlaku
apa-apa," tutur Hazwani tenang. Dia tidak mahu Farah berfikir tentang hal
itu lagi. Mungkin itu cuma mimpi. Ya! pasti itu mainan tidur.
Farah
menghela nafasnya. Meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan. Lama! Ingin
membuang segala kerumitan yang melanda saat ini.
"Mungkin
betul cakap kau. Itu cuma mainan tidur," Farah memberi kata putus. Malas
ingin memanjangkan cerita yang tidak tahu pengakhirannya. Semuanya diserahkan
kepada Maha Esa. Dia yang mengetahui segala-galanya.
_________________
"Kau
tak nak joint sekali ke ni?" soal Hazwani dengan kerutan
di dahi.
Farah
menggeleng laju sambil tersenyum. "Tak apalah, kau pergilah jumpa kawan
kau tu. Aku malas nak joint. Nanti kalau nak balik call aku.
Aku boleh datang ambik kau," tutur Farah sambil tangannya membuka
daun pintu kereta milik bapanya.
"Kau
jangan risaulah. Apa-apa nanti aku call kau. Lagipun Penang ni
bukannya besar mana pun. Kalau sesat masih ada di dalam pulau ni, ha. Tak
keluar dari Penang ni lah," perli Hazwani dengan tersengih.
"Pandainya
kau cakap. Tak apa, kau balik sendirilah. Aku malas nak ambik kau. Malas!"
usik Farah lalu memasuki perut keretanya.
"Weh!
aku main-main ajelah. Kau ni sanggup tinggalkan aku sorang-sorang kat
sini," Hazwani menarik muncung bibirnya.
"Aku
gurau ajelah. Dahlah! aku nak balik dah ni. Kau pergilah jumpa kawan kau tu,
Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam.
Drive safely!" Hazwani memandang kereta yang dinaiki Farah yang kian
hilang dari pandangannya. Melihat pula jam tangan di pergelangan tangannya.
"Dah
pukul tiga petang. Mana perginya si Alia ni?" bebel Hazwani seorang diri.
Tiba-tiba, matanya terpana melihat sesuatu. Rasanya seperti dia kenal dengan
manusia itu. Dia mengorak langkah mendekatinya.
"Kau
bukan Amri ke?" tegur Hazwani dengan kerutan di dahi. Kala ini, tanda soal
mula bermain di minda.
Amri
mendongakkan wajah melihat gerangan yang menegurnya. Terbuntang matanya ketika
ini. Dia pantas berdiri dan rambut palsu di tangannya disorokkan di bahagian
belakang.
'Aduh!
macam mana aku boleh kantoi ni,' omel Amri resah dalam hati. Risau bukan
kepalang saat ini. Tempoh hari mungkin dia boleh berbohong. Kali ini tidak
lagi. Dia tidak dapat melarikan diri!
"Kau
buat apa kat sini?" Matanya meliar mencari sahabat Hazwani. Mungkin dia
ada dekat-dekat sini!
"Aku
nak jumpa kawan. Kenapa kau pakai kostum badut ni? Kau buat part-time ke?"
soal Hazwani bertalu-talu.
Amri
hanya menggangguk sambil tersenyum. Mengiakan kata-kata Hazwani.
"Kawan
kau mana?"
"Kawan
yang mana?" soal Hazwani pelik sambil matanya melihat seluruh tubuh Amri
yang berwarna-warni itu. Memang kelakar! kalaulah kawan-kawannya dapat tahu.
Memang sah Amri jadi bahan kutukan! sempat lagi dia mengutuk.
"Yang
kau gelakkan aku kenapa? Aku tanya, kau jawab. Bukannya suruh kau gelakkan
aku!" bengang sungguh dia dengan Hazwani. Mana taknya, lepas ini mesti dia
jadi bahan usikan! Kalaulah kawannya tahu pekerjaannya, mesti Hazwani beritahu.
'Aduh! mana aku nak letak muka ni?' rungut Amri dalam hati sambil melihat
Hazwani yang tersengih.
"Oh!
jadi badut yang aku jumpa hari tu, kau lah sebenarnya." tebak Hazwani
dengan senyuman.
"Ye...lah.
Aku lah tu," jawab Amri tergagap-gagap sambil menggaru kepalanya yang
tidak gatal. Merona merah wajahnya kala ini. Mana mahu sorok pun dia tidak tahu!
"Jadi
kau tanya apa tadi?" soal Hazwani sambil berpeluk tubuh. Angin petang ini
amat mendamaikan. Matanya terpesona melihat ciptaan yang Maha Esa. Sungguh
cantik!
"Panjang
soalan kau, baru nak tanya soalan aku," perli Amri lalu menghenyakkan
punggungnya di kerusi bata. Rambut palsunya diletakkan di sisinya.
Hazwani
hanya tersengih.
"Mana
kawan kau yang hari tu?" soal Amri tanpa berlapik. Berani sungguh lelak ini!
Dalam diam-diam!
"Kawan
aku yang pakai tudung labuh tu?"
Amri
menganggguk laju.
"Oh!
Farah... Dia tak datang hari ni. Lagipun, aku nak jumpa kawan lama aku. Jadi,
Farah malas nak ikutlah," panjang sekali Hazwani memberi penjelasan.
'Farah
namanya...' desis Amri dlam hati sambil dengan tersenyum seorang diri. Lagaknya
sepersis orang angau.
"Yang
kau tersengih-tersengih macam kerang busuk ni kenapa? Dah buang tebiat ke
apa?!" soal Hazwani aneh. Pelik benar melihat Amri tersenyum seorang diri.
"Eh,
tak ada apa-apalah... saja aku tanya kau," Amri memberi alasan. Dasar
jawapan yang tak masuk akal! Tak logik langsung.
Hazwani
merenung tepat wajah Amri. Tangannya mengurut lembut dagunya sendiri seakan
memikirkan sesuatu.
"Ke
kau ada simpan sesuatu daripada aku ni? Sebab aku tengok, Farah gelabah bila
aku cerita pasal kau. Kau kenal Farah ke?"
Laju
sahaja Amri menggeleng kepalanya. 'Farah gelabah?'
"Eh,
aku mana kenal dia. Cakap pun tak pernah," sangkal Amri sekeras-kerasnya.
"Betul
ke?" Hazwani menginginkan kepastian.
"Betullah...sudahlah,
aku nak bersiap ni. Start kerja pukul empat. Sekarang dah
pukul tiga suku. Aku nak make-up apa lagi," tutur Amri
seolah-olah ingin melarikan diri daripada terus ditanya. Bukan boleh percaya sangat
dengan Hazwani ni!
"Haha!!!
macam perempuan. Okeylah...aku pergi dulu. Nak jumpa kawan. Assalamualaikum,"
"Eh...eh...
kejap!" Amri menghalang langkah Hazwani yang baru menapak setapak.
"Apa?"
"Kau
jangan beritahu kawan aku pasal job aku ni,"
Tersengih
Hazwani dibuatnya. Sudah agak! pasti itu yang Amri ingin beritahu padanya.
"Kenapa?
kau takut kena usik?" jerat Hazwani.
"Eh,
mana ada..."
"Oh!
jadi kau tak kisahlah aku beritahu kawan kau nanti? Tak apa... Lagipun, job kau
ni okey apa. Janji halal," usik Hazwani sambil berpeluk tubuh.
"Tolonglah
weh..."
"Sudahlah,
aku pergi dulu. Kawan aku mesti lama dah tunggu. Apa-apa pun, selamat
berkerja." tutur Hazwani segera meninggalkan Amri yang tercengang itu.
Dalam
hati Hazwani ketawa mengekek. Panggilan Amri hanya dibiar sepi. Malas ingin
melayan!
_________________
Sebulan
Kemudian...
"Terima
kasih ya sebab kau sudi tumpangkan aku kat rumah kau," tutur Hazwani
tersenyum sambil tangannya menggapai beg galas lalu diselimpangkan ke bahu.
"Kau
ni ke situ pulak. Buat macam baru kenal sehari," tutur Farah sambil
tangannya mencubit lembut lengan Hazwani.
"Auchhh!!!
sakit kau tahu tak," marah Hazwani sambil mengusap-usap lengannya yang
dicubit sahabatnya itu.‘Minah ni kalau cubit aku, aduh! Sakit sungguh!’ bebel
Hazwani dalam hati dengan riak wajah dimasamkan.
"Eleh...
baru cubit sikit dah nak tarik muka masam. Buatlah muka macam tu. Kedut nanti
baru tahu! Kau ingat aku tak tahu ke kau kutuk aku dalam hati kan?” tebak
Farah dengan menjegilkan matanya. Kedua-dua belah tangannya mencekak pinggang
seakan ibu tiri yang memarahi anak tirinya. Ala, dalam sinetron Bawang Merah
Bawang Putih itu. Suka sekali menyakat si Hazwani! Mana tidaknya, dua
bulan lagi baru balik kampus. Sementara masa masih ada, bolehlah kenakan si
Hazwani ni habis-habisan. Hahaha! ketawa Farah dalam hati.
Mendengar apa yang dikatakan Farah, tiga ratus enam puluh darjah wajah bertukar ceria dan selamba! Bagaimana Farah boleh tahu pun dia tidak tahu. “Mana ada! Kau jangan nak merepeklah. Tak pernah aku nak kutuk kau tahu tak. Kau tu sahabat aku dunia akhirat. Tak nak lah kutuk-kutuk macam ni,” tutur Hazwani seakan membela dirinya dengan suara yang diperlahankan. Minta simpati lah tu!
"Ha! baru comel. Ini tidak, muka macam kerang busuk. Eh, tak payah nak cover line sangatlah weh! Aku dah tau kau kutuk aku dalam hati. Ingat aku tak tahu ke?” usik Farah lagi. Suka dia melihat riak serba salah Hazwani. Haha! Hal kecil saja pun sengaja nak dipanjangkan.
Ibu Farah, Puan Salmah menggeleng kepala mendengar usikan si anak.
“Mana
ada!”
“Tak
percayalah!”
“Sudah-sudahlah
tu hampa dua ni. Yang si Farah suka saja nak usik Wani. Nanti tak
balik pulak Wani nanti.” celah Puan Salmah yang datang
tiba-tiba yang tidak mahu anaknya mengusik Hazwani lagi. Bukannya dia
tidak tahu dengan sikap anaknya itu. Semakin dibiar, semakin menjadi-jadi.
Sudah boleh buat hipotesis pun. Tangan kanannya kalut memperbetulkan plastik
yang berisikan kuih karipap buatannya sendiri.
“Hehe…tak
apa mak cik. Wani faham Farah ni macam mana,” tutur hazwani tersenyum manis
buat Puan Salmah. Sudah dianggap Puan Salmah seperti ibunya sendiri.
“Hehe…tak
apa mak cik. Wani faham Farah ni macam mana,” tutur hazwani tersenyum manis
buat Puan Salmah. Sudah dianggap Puan Salmah seperti ibunya sendiri.
Farah
mencebikkan bibir mendengar kata-kata Hazwani. Hatinya belum puas mengenakan
Hazwani.
“Nah,
wani! Mak cik ada buat karipap sikit. Buat bekal kamu nak balik Kuala Lumpur
nanti. Nanti dalam perjalanan, bolehlah makan. Buat alas perut sikit,” tutur
Puan Salmah lalu menghulurkan plastik yang bewarna hijau dengan senyuman.
“Lah,
susah-susah je mak cik. Terima kasih. Ni yang sayang mak cik sangat-sangat ni!
Karipap, makanan kegemaranku. Kau jangan jealous Farah,” usik Hazwani sambil
menayang-nayangkan plastik yang berisikan kuih karipap di hadapan mata Farah.
Sengaja buat Farah sakit hati dengannya! Macam budak-budak!
“Aku
cubit kau lagi kang, baru kau tahu langit tinggi ke rendah!” acah Farah lalu
cuba mencubit perut Hazwani tetapi sempat dielak Hazwani.
Puan
Salmah yang berada di sisi hanya tersenyum manis sambil kepalanya
digeleng-gelengkan.
“Sudah-sudah,
macam-macamlah hampa ni! Farah, nanti Wani terlepas kapal terbang. Wani, mak
cik pun sayangkan wani. Nanti balik elok-elok ya. Kalau dah sampai nanti
telefon Farah,” pesan Puan Salmah sambil mengusap-usap bahu Hazwani.
Laju
sahaja Hazwani mengangguk dengan senyuman tak lekang di bibir. Matanya beralih
pula ke arah Farah yang mendiamkan diri. Sayangnya buat Farah tidak terkata.
Hanya ALLAH yang mengetahui. Perkenalannya dengan Farah merupakan satu anugerah
dari Ilahi yang tidak disangka-sangka sehinggakan mereka menjadi sahabat sejati
di kala susah dan senang. Semoga hubungan mereka akan kekal selam-lamanya.
InsyaAllah…
“Kenapa
kau renung aku macam tu?” soal Farah aneh.
Tanpa
berkata apa-apa, tubuh kecil milik Farah dipeluk erat. “Aku nak minta maaf
sebab kutuk kau dalam hati tadi,” tutur Hazwani dengan suara yang
diperlahankan. Rasa bersalahnya pada Farah amat tebal ketika ini. Sudahlah
menumpang rumah orang!
Ketawa
mengekek Farah dibuatnya tetapi dibalas juga pelukan Hazwani. “Sudahlah kau ni.
Tak payah nak berdrama sangat. Aku okey ajelah. Macamlah tak biasa aku selalu
usik kau. Dah dah! Tak nak nangis. Cengeng lah kau ni,” tutur Farah sambil
menggosok kepala Hazwani dengan kasar. Sengaja menyakitkan Hazwani lagi!
“Aku
minta maaf…”
“Sudahlah,
tak payah nak menangis. Mana Wani yang kuat macam dulu ni? Dah-dah! Aku
sayangkan kau. Kau balik elok-elok nanti. Apa-apa hal kau call aku.” Pesan
Farah dengan senyuman.
“Terima
kasih ya sebab sudi tumpangkan aku kat sini selama sebulan. Nanti aku datang
lagi ya. Mak cik jaga diri. Kirim salam dekat pak cik. Kata dekat pak cik,
terima kasih sebab sudi tumpangkan Wani. Farah, kau pun jaga diri. Nanti lepas
dua bulan, kita jumpa di kampus.”
“Okey
sayang! Kau pun jaga diri.”
“Baiklah
Wani. Jaga diri juga ya, Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.
"Yelah-yelah. Kau balik elok-elok tau. Jaga diri kau! Dua bulan lagi kita jumpa," pesan Farah bertubi-tubi.
Terhangguk-hangguk Hazwani kali ini seperti burung belatuk. Sudah seperti ibu menasihati anaknya. Pada masa yang sama, dia tahu Farah menyayanginya. Beruntungnya dia kerna mempunyai sahabat sebaik ini. Semoga Allah panjangkan hubungan mereka hingga ke jannah!
________________
"Allah, segarnya rasa..." tutur Farah lalu menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Ketika ini, matanya mengamati keadaan sekeliling dan angin menderu membuatkan dia berpeluk tubuh. Menahan kesejukan yang mencengkam dalam diri.
"Ramainya orang..." tutur Farah seorang diri sambil melihat orang lalu-lalang di hadapannya. Cuti semesternya kali ini lebih bersama keluarga dan kadang-kala lebih menyendiri. Tidak tahu kenapa. Udara di Padang Kota Lama betul-betul mendamaikan hati. Itulah angin yang paling fresh berbanding air-cond buatan manusia! jeruk di tangan di ambil lalu dimakan. Memang inilah kerja dia setiap hujung minggu. Lepak seorang diri di Padang Kota Lama. Tak pernah dibuat orang lepak seorang diri.
"Apa maksudnya mimpi hari tu, hah?" soal Farah seorang diri. Mindanya terjentik tiba-tiba mengingatkan hal itu. Apakah petandanya? Pelbagai persoalan yang menerpa dalam dirinya ketika ini. Pada masa yang sama, jeruk di dalam mulutnya dikunyah perlahan.
"Tak mungkin...tak mungkin..." tutur Farah sambil menggelang kepalanya seorang diri. Sesekali lihat seperti orang gila! manakan tidak, geleng kepala seorang diri. Di hadapan orang ramai pulak tu!
"Memang tak lah!" tutur Farah lagi. Kali ini dengan sesikit suara dinaikkan.
Orang di sisinya terkejut bukan kepalang. Memang sudah menempah maut si Farah ini. Pada masa yang sama, manusia di sisinya itu memandang Farah dengan dahi berkerut. Barangkali sedang memikirkan sesuatu!
"Adik, baik-baik sajakan?" tegur wanita itu dengan sopan sambil tangannya menyentuh lembut lengan si Farah.
Terangkat bahu Farah dibuatnya apabila disapa begitu! 'Ahhh! hilang terus!' getus Farah dalam hati sambil kepalanya menoleh ke sebelah kiri. Ingin melihat siapa gerangan yang berani menegurnya.
"Adik baik-baik sajakan?" soal wanita itu sekali lagi.
Berkerut
dahi Farah saat ini. Pelik mendengar soalan daripada bibir wanita itu. 'Aku
mestilah okay. Kenapa? Nampak aku ni macam orang gila ke?' monolog Farah dalam
hati. Tudungnya yang sedikit terangkat ke bahu itu dikemas
"Saya baik-baik saja. Kenapa ya? Ada yang tak kena ke?"
Wanita
itu tersenyum melihat wajah Farah yang berkerut itu. “Akak nampak adik cakap
seorang diri tadi. Adik ada masalah?”
“Tak
adalah akak. Adik baik-baik saja.” Beritahu Farah dengan senyuman terukir di
bibir sambil memandang wajah perempuan jelita di hadapannya itu.
“Yeka?”
soal perempuan jelita nitu seakan cuba perangkap Farah.
“Betul-betul…”
meleret sahaja Farah menjawab kali ini. Dia pelik dengan pertanyaan perempuan
jelita di hadapannya itu. Situasi ini membuatkan dia menjadi rimas dengan
pertanyaan yang bikisarkan soal hati. Kalau boleh, dia tidak mahu menceritakan
kepada sesiapa. Tetapi, ketika ini dihadapannya ada seorang perempuan jelita
yang penuh misteri hadir yang cuba mengorek rahsianya.
“Baiklah…
akak faham. Tapi kan adik, kalau perempuan memandang langit, merenung bintang,
itu tandanya hati sedang gelisah. Hatinya sedang gundah-gulana. Berfikirkan
sesuatu sambil mengucap subhanallah dalam hati dengan kebesaran-Nya.” Tutur
perempuan jelita itu tanpa dipinta sambil membetulkan sedikit kain kerudungnya
yang terangkat akibat angin yang sepoi.
Farah terpana
dan mendiamkan diri daripada berkata apa-apa. Tanpa sedar, air matanya mula
minitis jatuh di pipi yang gebu itu. Tidak tertanggung lagi dengan apa yang dia
rasa. Siapakah perempuan jelita ini?
“Menangislah
semahu-mahunya adik. Kadang-kala dengan tangisan menjadi kekuatan untuk
teruskan hidup. Allah tahu apa yang terbaik buat kita di dunia ini. Dia telah
merencanakan yang terbaik buat kita. Cuma kita harus sentiasa mengikuti segala
perintah-Nya dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.” Tutur perempuan jelita
itu dengan panjang menjela.
“Akak
pernah putus cinta?” soal Farah tiba-tiba.
Perempuan
jelita itu hanya tersenyum. Senyuman yang paling berat!
“Kenapa?
Adik putus cinta ke?”
Farah
menggeleng kepala laju sambil menghakis air matanya.
“Adik tak
pernah bercinta dan takut untuk bercinta. Semuanya adik serahkan kepada Ilahi.” tutur perempuan jelita ini pantas meninggalkannya dengan senyuman terukir di bibir.
_______________
Sebulan
Kemudian...
Suasana
di Padang Kota Lama begitu mengasyikkan. Sekali datang, pasti hati tertambat.
Tambah pula angin sepoi-sepoi di waktu malam dan bintang bertaburan di dada
langit. Subhanallah, sangat cantik. Matanya meliar memandang sekeliling.
Melihat ramai pemuda-pemudi yang datang bermadu asmara, ada juga yang datang
bersama keluarga untuk meluangkan masa di hujung minggu sebegini.
Tiba-tiba,
matanya tertangkap kepada seseorang. Kenapa setiap kali dia datang, pasti
sahaja badut itu ada. Sebelum ini, tidak pernah pula ada badut. Barangkali ini
sudah menjadi rutin harian badut itu untuk mencari duit poket. Memorinya imbas
kembali mengingati badut yang dijumpainya dua bulan lepas bersama Hazwani.
Badut itu seakan-akan menyimpan sesuatu perkara. Dia tidak berani melawan anak
mata yang dipandangnya itu. Dia takut pandangan itu merupakan pandangan
syaitan. Nuzubillahiminzalik. Minta Allah jauhkan perkara itu.
“Woi!
hang berangan apa tu?” tegur Athirah sambil mencuit pinggang Farah dengan
senyuman terukir di bibir.
Terangkat
bahu Farah dibuatnya. Terkejut bukan kepalang dan dadanya seakan turun naik
ketika ini. Jantungnya pula berdegup laju. Hiperbola sungguh!
“Ya
Allah, Tirah… hang nak bagi aku mati ke ni? Terkejut aku tau dak. Bagilah salam
ka apa ka. Ini tidak, sergah orang tak tengok kiri kanan,” leter Farah sambil
menurut dadanya yang berdegup laju itu.
Athirah
tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu. Macam kerang busuk!
“Aku
gurau sajalah! hang tengah buat apa ni?”
“Tengah
minum ayaq laut. Hang nampak dak?” perli Farah.
Athirah
pantas memandang perut Farah. “Tak kembung pun perut hang,” perli Athirah
kembali. Sengaja mengusik sepupunya itu.
“Ish hang
ni! Bendul sungguh. Aku cubit hang baru tau kut,” acah Farah dengan tersenyum.
“Kerja
hang daripada dulu, asyik duk cubit orang saja.”
“Mak tok
mana?”
“Ada
dekat kedai makan tulah. Duk bersembang lagi.”
“Semua
ada dekat situ lagi?” soal Farah lagi. Sengaja mereka membawa mak tok dan
sepupu-sepupunya datang ke Padang Kota Lama. Yelah! Sudah lama mereka tidak
datang ke Pulau Pinang. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal
lengan.
Athirah
mengangguk laju.
“Aku tau
apa yang hang duk pikiaq.” Tebak Athirah
tiba-tiba yang sekian lama mendimakan diri.
Farah
menoleh pantas ke arah sepupunya itu dengan dahi berkerut.
“Apa yang
hang duk merepek ni?”
“Luahkanlah
apa yang terbuku dalam hati hang saat ini.”
Tergelak
kecil Farah dibuatnya. “Penyakit apa pulak yang sepupu aku dapat malam ni.”
Sindir Farah sambil berpeluk tubuh.
“Aku
tengok hang asyik termenung saja. Selalunya hang tak macam ni. Hang seakan-akan
memberi aku persoalan yang banyak telinga kera.”
Berkerut
dahi Farah dibuatnya. “Telinga kera?”
“Tanda
soal lah. Hang ni pun, yang tu pun aku kena ajaq ka?”
Meletus juga
ketawa Farah. “Macam-macamlah hang ni, Tirah.” Tuturnya sambil menggelang
kepala. Dia harus bijak menutup kekusutan hatinya saat ini. Dia tidak mahu
sepupunya yang lagak seperti penyiasat tak berbayar itu ketahui apa yang ada
dalam fikirannya ketika ini. Bukannya dia tidak kenal dengan Athirah, sepupunya
yang paling dia rapat di kampung. Umur mereka pula sebaya. Otak pula satu
kepala. Memang boleh buat jadi temanlah! Tetapi, sekarang masing-masing sibuk
sambung belajar. Athirah belajar di Universiti Malaysia Sabah, mengambil bidang
psikologi. Memang ini peluang Ahirahlah nak mengorek rahsia si Farah. Hahaha!
“Hm,
yelah. Farah, hang tau dak, bila seseorang datang ke laut termenung dan tengok
bintang, mengeluh panjang. Itu tandanya hati sedang resah.” Athirah cuba
perangkap Farah.
Wajah
Farah yang tak lekang dengan senyuman, tiba-tiba berubah suram dan matanya
meliar mencari kekuatan.
“Tak
payahlah hang nak tipu aku Farah oiii…”
“Mana
ada! Aku okeylah.” Tutur Farah sambil memang tembok pembahagi untuk menumpul
kekuatan.
*Tunggu
sambungannya ya. SELAMAT MEMBACA! jangan lupa tinggalkan komen anda. Terima
kasih! (^_^)
2 comments:
cepat sambung taw....best sgt jalan cite ni.....
@emyliana adlin
Post a Comment