Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

1 Apr 2013

PLAYBOY VS PLAYGIRL 8

"Apa?!" bergema suara Emilda di setiap penjuru rumahnya. Dia menggeleng beberapa kali. Tidak percaya dengan apa yang didengar. Mati hidup kembali pun dia tidak sanggup menerima. Emilda mundar-mandir di hadapan kedua ibu bapanya. Duduk salah, berdiri pun salah! Hatinya tidak keruan selagi perkara ini tidak diselesaikan. Memang kusut bin serabut!

"Emil, apa kata kamu duduk. Mama pening tengok kamu ke hulu ke hilir. Tak pening ke?" tegur Puan Kamariah dengan dahi berkerut. Naik penat melihat anaknya itu berkawad. Tak henti-henti! Orang yang berkawad pun tidak melebih seperti dia.

"Yelah, Emil. Kamu duduk dulu. Bawa berbincang. Selagi kamu tak tenang, perkara ini tidak akan dapat diselesaikan," tutur En. Azran pula sambil kepalanya ke kiri ke kanan. Mana tidaknya, Emilda belum habis berkawad lagi. Pening, pening...

Emilda menghempas kuat punggungnya di atas sofa. Sakit punggung dibuatnya. Tetapi dibiar rasa sakit itu kerana hatinya kini lebih sakit! Tidak dapat dihuraikan kesakitannya bagaimana. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

"Papa, Emil tak setuju. Emil tak mahu," bantah Emilda tegas.

"Emil... janganlah macam ni.  Nanti apa kata mereka? Kasihan mereka. Mereka bagi kita masa. Pada masa yang sama, Emil boleh fikir nak terima atau tidak," jelas Puan Kamariah satu persatu. Bercakap dengan anaknya selembut yang mungkin. Tidak mahu anaknya bertindak mengikut nafsu!

"Jawapannya memang tidaklah mama!" bangkang Emilda lagi. Dia bingkas berdiri kembali. Menyambung kawad yang tergendala tadi. Jari telunjuk diletak di tepi bibirnya. Berikir sesuatu!

Sepasang suami itu menggeleng. Tidak boleh bantah sedikit kata-katanya. Nak juga diturut! Dasar keras kepala.

"Ha!!! Emil tahu macam mana cara untuk tidak malukan papa dan mama," tutur Emilda dengan tersengih sambil keningnya diangkat-angkat. Ada saja idea nakalnya.


***


"Kakak kamu mana boleh Emilda!" bantah Puan Kamariah pula. Memicit kepalanya yang berdenyut-denyut itu.

"Habis? Takkanlah Emil? Jawapan Emil tetap sama. Tidak mahu!" Emilda memberi kata putus.

"Emilda...sayangkan papa dan mama tak?" soal En. Azran tiba-tiba. Dia bertentang mata dengan Emilda. Seakan meminta simpati.

"Tapi mama dan papa sayangkan Emil tak? Tidak kan? Papa dan mama tak pernah sayang Emil. Papa dan mama selalu saja bela kakak. Tapi Emil? Tak pernahkan? Emil tahu, dulu masa kecil Emil tinggal dengan nenek, tak tinggal dengan papa dan mama. Bila besar saja Emil tinggal di sini. Emil tahu, Emil anak yang menyusahkan papa dan mama," luah Emilda tak henti-henti. Lega hatinya ketika ini. Terasa beban yang ditanggung seakan lenyap ditelan bumi. Tetapi kesannya tetap masih ada! Tidak akan hilang.

"Emilda!" jerkah Puan Kamariah tiba-tiba. Hatinya dipagut rasa sayu ketika ini. Mana mungkin dia tidak menyanyangi anak-anaknya. Dia telah melahirkan mereka berdua. Tidak mungkin ibu tidak sayag akan anaknya. Tidak mungkin!

"Kenapa? Betul kan apa yang Emil cakap?" desak Emilda lagi. Kolam matanya mula berair. Ditahan agar tidak jatuh. Dia harus kuat!

"Emilda! mama tak pernah kata macam tu. Mama sayangkan Emil dan kakak," Puan Kamriah menghampiri anaknya yang cuba berlari jauh daripadanya.

"Tak! Mama dan papa bohong! Kalau papa dan mama nak sangat Emil kahwin dengan Amier, baiklah! Emil setuju. Itupun kalau papa dan mama sanggup biar anak mama ini hidup menderita dengan lelaki biadab itu!" laju sekali Emilda berkata-kata. Tanpa membuang masa, segera dia melangkah meninggalkan ibu bapanya di ruang tamu dengan terpinga-pinga. Hatinya selalu sahaja disakiti!

Air mata Emilda berjuraian jatuh. Dia tidak dapat menahan. Dihempas daun pintu biliknya dengan kuat.
Direbah badannya di atas katil empuk. Tersedu-sedan dia kala ini.

"Aku jadi seperti ini sebab aku nakkan perhatian," tutur Emilda seorang diri lalu membenamkan mukanya ke bantal. Bahunya pula terenjut-enjut gara-gara tangisannya yang tak henti-henti itu.


***

Telefon bimbit Emilda berdering tak henti-henti. Tangannya segera mencapai telefon bimbit itu.

"Hello,'' sapa Emilda dalam keadaan separuh sedar. Dia terlelap kerana letih mengalirkan air mata.

"Hai, sayang..." sapa satu suara di hujung talian.

Terbuka luas mata Emilda yang bengkak apabila mendengar suara itu. Daripada meniarap, duduk bersila dia di atas katil. Bantal di sisi dipeluk rapat.

"Siapa ni?" soal Emilda dengan dahi berkerut.

"Ala awak ni. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula," seloroh suara itu dengan tersenyum sinis.

"Awak ni siapa? Tak payah nak berpantun bagai dengan saya. Saya tak suka buang-buang waktu," tutur Emilda dengan tegas. Geram dengan manusia di talian. Sudahlah sakit hatinya belum sembuh lagi. Ini ditambah pula dengan manusia yang datang dari zaman bila pun dia tidak tahu.

"Marah ke sayang?" usik suara misteri itu lagi.

"Awak jangan cari pasal dengan saya!" kemarahan Emilda mulai kemuncak. Bantal yang dipeluk, dibaling kasar. Hatinya semakin bengkak.

"Relaks, sayang..." usik suara itu lagi.

Emilda mengetap kuat giginya. Segera menekan punat merah dan telefon bimbit dibaling jauh daripadanya. Geram! Selang beberapa minit, telefon bimbitnya berdering lagi. Emilda pantas mencapai telefon bimbit itu dengan kasar.

"Awak nak apa lagi!" tempik Emilda.

"Aku akan pastikan kau 'bahagia'di sisi aku nanti," tutur suara di hujung talian. Nadanya sinis. Apa yang dimaksudkan oleh lelaki ini?

"Amier Rafzan?"

"Siapa lagi kalau bukan bakal suami kau?"

"Kau nak apa daripada aku? Aku tak pernah hingin nak jadi isteri kau, budak hingusan!" tutur Emilda sambil menggenggam geram cadar katilnya. Tak pasala-pasal cadar katil jadi mangsa.

"Okeylah, aku ada hal. Nanti aku, call kau lagi ya. Assalamualaikum," tutur Amier Rafzan dengan nada gembira. Seronok bukan kepalang dapat mengusik dan menyakitkan hati Emilda. Tidak sabar dia mengatur plan C. Semoga permainannya berjalan dengan lancar.

""Kau belum kenal siapa aku sebenarnya," tutur Ameir Rafzan seorang diri dengan tersenyum sinis.


P/S : Terima kasih kerana sudi membaca. Tunggu sambungannya ya! Harap anda tinggalkan komen dan teguran agar saya dapat memperbaiki kelemahan ini. (^_^)


2 comments:

Anonymous said...

Best smbg cpt skt leh.. ?

Anonymous said...

Bestnyee .. ;)

In LOVE