Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

18 Dec 2011

Cerpen : Aku Cinta Kamu Lolipop


“ Farah Maisara !” jerit perempuan tua itu sambil mengetuk pintu bilik tersebut. Kuat .Bagaikan nak pecahkan pintu saja nampak gayanya.
“Anak dara ni kan , kalau tidoq tu sampai esok pon boleh ! Pantang kita bagi muka sikit,” bebelnya sambil tangan mula meraba-raba poket seluarnya.Pantas dan tangkas.Segugus kunci kemudiannya dikeluarkan dan dimasukkan didalam tempat yang sepatutnya. Tidak sampai beberapa saat,pintu tersebut berjaya dibuka. Pandangan meliar di sekitar bilik tersebut. Gelap dan sejuk . Macam ni ke bilik anak dara ?
“ Hoi Farah Maisara binti Datuk Majid , pukul berapa nak bangun ha? Sekarang dah pukul 12.00 tengah hari dah oi ,’’ keluar suara jantan dari perempuan tadi. Tangannya lincah menyelak langsir bilik anak daranya itu .
“ Ma… Please,bagilah Mai tidoq sat. Mengantuk tahap tak ingat ni Ma…,’’ rengek gadis yang bernama Farah Maisara itu sambil menggosok matanya beberapa kali.
“ Amboi-amboi hang ni…Melampau… Dah-dah.Pi mandi lekas,’’ suruh perempuan tadi.
“ Datin Farina binti Farid , bagilah anakandamu ini masa untuk terus beradu di atas tilamnya yang lembut lagi selesa ini sampai esok,’’ Farah Maisara menarik selimutnya sambil memeluk bantal busuknya . Arghh , selesanya .
“Kepala otak hang sampai esok,tadi sembahyang subuh dak ni ?,’’ tanya Datin Farina .
“ Mai cuti la Ma…,’’ suaranya tenggelam timbul dalam selimutnya. Kroiiihhhh .
Datin Farina melabuhkan punggungnya di sisi Farah Maisara. Tangannya mula menarik selimut anaknya .
Farah Maisara makin terganggu.Sakit hati dengan kekacauan yang dibuat oleh mamanya.Akhirnya , Farah Maisara bangun dan bersandar di kepala katilnya. Memandang mamanya.
“ Ma…daripada ma kacau Mai kan,apa kata mama pi kacau abah . Untung-untung abah bawak masuk bilik , hehehe,” usik Farah Maisara .
“ Hang jangan duk merepek pagi-pagi buta ni na . Abah hang tu dah pi pejabat hang tau dak. Entah-entah dah on the way nak balik . Hang tu baru nak buka mata,’’ Datin Farina sudah mula membebel.
“ Ma !’’ panggil Farah Maisara tiba-tiba . Mukanya sengaja diseriuskan. Saja mahu mengusik mamanya .
“ Awat ?’’
“ Tadi ma kata pa ?” tanya Farah Maisara sambil mengambil tangan mamanya lalu menggengamnya erat.
“ Yang mana satu ?” Datin Farina cemas . Takut tersalah cakap .
“ Mama cakap …” Farah Maisara mendekatkan wajahnya dengan Datin Farina .
“ Apa ? Hang jangan bagi mama takut ,”
“ Mama cakap sekarang ni pagi lagi … So Mai nak sambung tidoq balik. Yea-yea,” Farah Maisara menidurkan kembali tubuhnya sambil memeluk kura-kura comelnya.
“ Hah?’’ Datin Farina masih lagi tak dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh anaknya. Matanya memerhatikan tingkah anaknya .
“ Farah Maisara !” jerit mamanya . Baru dapat tangkap rupanya.
“ hahaha,’’ Farah Maisara ketawa kuat . Tiba-tiba..
Bukk !
“ Adoi ! sakit la ma… Apa ni ! Main kasaq Nampak ,’’ Farah Maisara  bangun dan mengibas-gibas punggungnya. Macam jatuh atas pasir saja.Tapi saja nak tunjuk kepada Datin Farina yang dia tak sakit.Tapi sebenarnya sakit jugaklah.
“ Ha… Tu la balasannya, lepas ni kenakan mama lagi tau,” Datin Farina mula bangun dan melangkah keluar.Tapi dipertengahan jalan, dia berpatah balik ke bilik anaknya.
“ Sat lagi si Farhan tu nak mai , siap lekas…” suruh Datin Farina. Ringkas dan padat .
“ Ma…Farhan mana?” tanya Farah Maisara kuat sambil melangkah ke bilik air .
“ Pengantin tak jadi kamu tu la,” jerit Darin Farina dari dapur .
“Pengantin tak jadi ?” Dia menggaru kepalanya yang tak gatal sambil masuk ke bilik air .


1995
Kelihatan dua orang kanak-kanak yang berusia 10 dan 12  tahun sedang bermain bersama-sama. Kanak-kanak perempuan sedang memasak daun-daun kayu yang dikutipnya di halaman rumah. Sementara kanak-kanak lelaki sedang berpura-pura membaca surat khabar. Persis sepasang suami isteri yang bahagia.
“ Sayang…tolong ambilkan ayaq untuk abang sat !’’ jerit kanak-kanak lelaki itu. Lagaknya seperti kanak-kanak perempuan yang dipanggilnya itu duduk berbatu jauhnya. Sedangkan mereka hanya duduk bersebelahan sahaja .
“ Ish,abang ni awat yang jerit kuat sangat entah , sakit telinga sayang tau !’’  Kanak-kanak perempuan menghulurkan cawan plastik yang berisi air paip kepada kanak-kanak lelaki itu .
“ Tak sedap ,” kata kanak-kanak lelaki itu setelah selesai berpura-pura minum.
“ Tak sedap sudah,pi buat sendiri. Huh!’’ kanak-kanak perempuan tersebut sudah bangun dari tempat tersebut dan ingin pergi dari situ .
“ Alala,merajuk pulak sayang abang ni,meh sini nak kiss sikit ,” panggil kanak-kanak lelaki tersebut sambil mengacah-ngacah mahu menciumnya .
“ Mana boleh kiss ! bukan muhrim,” kata kanak-kanak perempuan itu lagi .
“ Muhrim tu sayang tau ke apa ?”
“ Tak tau”
“ Abang pun tak tau,”
“ Isy !”
“ Farah Maisara ! Farhan Najmi !Balik ! ,’’ panggil Datin Farina .
“ Babai abang , nanti kita main lagi ek ,” kata Farah Maisara sambil melambaikan tangannya.
“ Babai Lolipops !” kata Farhan Najmi .


“ Kenapa Fardila dengan Najdi nak pindah ?” tanya Datin Farina .
“ Najdi dapat tawaran kerja di New York,” balas Datuk Majid .
“ Jauhnya bang, nanti anak kita tu macam mana ?”
“ Macam mana apa ? Apa maksud Rina ?”
“ Yela, si Farhan tu je la yang pandai melayan si Mai tu… Kalau si Farhan tu tak dak , Mai tu nak berkawan dengan sapa ? Saya ni ? Nak bersembang dengan sapa kalau tak dengan si Fardila tu,” Datin Farina mula sebak .
“ Tak pa, nanti depa balik jugak…”pujuk Datuk Majid .

Farhan Najmi sudah tahu semua. Keluarganya akan berpindah ke New York tak lama lagi. Dia akan pergi. Tanpa Farah Maisara. Dia sayang akan Farah Maisara. Hanya Farah Maisara yang sudi bermain dengannya tiap-tiap petang . Bermain kahwin-kahwin,bermain teng-teng , bermain batu seremban dan macam-macam lagi la.Hanya dia. Farah Maisara. Walaupun mereka masih kecil,namun perasaan saling sayang-menyanyangi itu sudah mula terpupuk di hati mereka. Farhan Najmi harus menceritakan sendiri kepada Farah Maisara .Dia mula menapak ke rumah banglo Farah Maisara.
Farah Maisara sedang bermain dengan anak patung beruangnya di atas lantai berhadapan halaman rumahnya.Disitulah tempat dimana mereka selalu bermain bersama-sama.Farhan Najmi mula sebak namun dia harus kuat. Dia pergi bukan untuk selamanya .Hanya sekejap sahaja. Dia akan kembali. Kembali dengan seribu harapan .
“ Farah…” panggil Farhan Najmi . Lembut .
“ Hai abang ! Abang, hari ni kita main kahwin-kahwin ek ? Patung beruang Farah jadi baby ek ?” kata Farah Maisara sambil menunjukkan patung beruangnya yang berwarna merah hati .
“ Farah… Hari ni abang tak boleh main kahwin-kahwin dengan Farah,” balas Farhan Najmi sambil melabuhkan bontotnya di sebelah Farah Maisara.
“ Kenapa ? Abang tak suka ke ?Aik , selalunya abang yang nak jadi pengantin Farah..” tanya Farah Maisara sambil mencuit hidung anak patung beruangnya .
“Bukan abang tak suka… tapi mulai hari ni kita dah tak boleh main kahwin-kahwin macam dulu dah,” terang Farhan Najmi.
“ Kenapa pulak bang ?” tanya Farah Maisara. Matanya sudah berair .
“ Abang dah nak pindah la,”
“ Kenapa abang nak pindah ?”
“ Sebab family abang nak pindah,”
Farah Maisara dah mula menangis.Datin Farina dan Datuk Majid yang terdengar perbualan mereka berdua turut sebak.
“ Tapi abang dah janji nak main kahwin-kahwin dengan Farah. Abang dah janji nak jadi pengantin Farah!” bentak Farah Maisara .
“Abang mintak maaf dik , nanti abang balik ye…Abang janji,” kata Farhan Najmi sambil mengusap kepala Farah Maisara .
“ Nah , lollipop ! ,” Farhan Najmi menyuakan sebatang lollipop kepada Farah Maisara namun Farah Maisara menepisnya kuat sehingga lollipop tersebut jatuh dan akhirnya pecah berderai .Seperti hubungan mereka sekarang .
“ Tak boleh ! Abang dah janji nak jadi pengantin Farah!” jerit Farah Maisara sambil menangis. Farah Maisara berlari masuk ke biliknya .
Encik Najdi dan Puan Fardila sudah sampai di rumah Farah Maisara.
“ Kak Rina,saya mintak maaf ye kalau ada tersalah cakap atau terkasar bahasa dengan Kak Rina…Halalkan makan minum kami sekeluarga disini ye,’’ kata Puan Fardila sambil berpelukan dengan Datin Farina.
“ Jid,aku pergi dulu ye…Insya-Allah,kalau tak ada aral melintang…Kami sekeluarga akan kembali ye,” kata Encik Najdi.
Setelah selesai bersalam-salaman,Puan Fardila dan Encik Najdi beransur pergi. Mereka tidak pernah kembali lagi.

2011
Datin Farina sedang menumis bawang didapurnya.Cadangnya nak membuat masakan istimewa untuk para tetamunya yang akan datang pada petang ini. Rindunya pada Puan Fardila sudah tidak terkata.Selepas ini, bolehlah dia berbual-bual dengan Puan Fardila dengan lebih lama.
Farah Maisara sudah siap mandi dan berpakaian cantik.Tudung sudah dipinkan dengan kemas.Masa untuk melarikan diri.Dia melangkah keluar dari banglonya tanpa pengetahuan Datin Farina.Farah Maisara sendiri tidak faham dengan dirinya. Kenapa dia mesti melarikan diri ?Kenapa mesti mengelak?Kadang-kadang Farah Maisara terlupa tentang kewujudan Farhan Najmi dalam hatinya. Kadang-kadang Farhan Najmilah yang bertahta di hatinya,walaupun dia tak pernah melihat wajah Farhan Najmi versi dewasa. Difikirannya hanya versi kanak-kanak.
Farah Maisara berpendapat bahawa Farhan Najmilah lelaki yang paling kacak dia pernah jumpa.Semasa kecil la.Farhan Najmi baginya sangat sempurna. Lelaki itu sanggup bermain dengannya walaupun dia masih lagi berhinggus hijau dan menghisap botol susu .Argh !Farah Maisara pening memikirkannya. Tapi yang dia pasti dia tak sanggup nak berhadapan dengan Farhan Najmi buat masa ni. Dia malu.
Kereta yang dibawanya meluncur laju di Jalan Dato Ismail Hasyim. Kemana dia nak pergi ?
“ Fida,boleh kita jumpa kat Bukit Jambul dak ? Aku ingat nak main boling kat sana la…Habaq kat geng kita na,’’ kata Farah Maisara setelah tangannya mendail nombor kawan baiknya itu, Fieda Najwa.

Sementara di rumah Farah Maisara.
“Assalamualaikum…Rina...” panggil Datuk Majid dari muka pintu. Tetamunya yang baru dijemput di Lapangan Terbang Bayan Lepas juga ada bersamanya. Tetapi hanya berdua,bukan bertiga.
“Wa’alaikumussalam bang,” jawab Datin Farina sambil mengucup tangan suaminya itu. Datin Farina tergamam.Rindunya sudah terungkai kini.
“ Ya Allah, Dila…” Datin Farina lekas memeluk Puan Fardila.Matanya sudah berair.Menahan sebak. Sahabat satu-satunya yang dia ada kini sudah pulang ke tanah air .Encik Najdi hanya mendiamkan diri sambil tersenyum.
Mereka kemudiannya duduk di satu yang terletak di ruang tamu rumah banglo tersebut.
“ Mana Farhan ?” tanya Datin Farina .
“ Dia tak nak datang. Belum bersedia katanya,dia minta maaf kat semua,” terang Encik Najdi.
“ Tak pa la…si Farah tu pon dah keluaq,macam la kita tak tau perangai depa dua tu. Malu tak bertempat,’’ kata Datin Farina sambil ketawa.Mereka semua turut ketawa.
“ Entah la Kak Rina , kenapa mereka malu sangat nak jumpa pon tak tau la…Dulu bukan main lagi main kahwin-kahwin depan rumah tu ha , sekarang ni nak jumpa pon malu dah. Segan katanya si Farhan tu,” kata Puan Fardila .
“ Dila… Depa tu memang la , malu ada makna kot.” Balas Datin Farina.
Encik Najdi dan Datuk Majid hanya tersenyum . Faham akan maksud kata-kata Datin Marina tersebut .
“ Apa kata kita jodohkan depa dua tu… Nak dak ?” soal Datin Farina.
“ Argh sudah la Rina… Biaq pi kat depa dulu . Bagi depa kenal hati budi masing-masing dulu .Lagipun , hati budi depa yang dah besaq panjang ni kita tak tau kan . Takut nanti masing-masing dah ada pilihan hati. Biaq Allah yang tentukan jodoh depa ni.” Kata Datuk Majid.
“ Betul tu Jid,bukan aku tak suka anak dara hang tu…dia pon dah macam anak aku sendiri,tapi kalau ada jodoh tak ke mananya.” Jelas Encik Najdi pula .
Kedua-dua orang ibu tersebut diam. Mempersetujui kata suami masing-masing dalam diam.
“ Eh , jum la kita pi makan , Kak Rina masak special hari ni.” Ajak Datin Farina sambil menarik tangan Puan Fardila lembut.Mesra.

Di Kompleks Bukit Jambul.

  Farah Maisara memarkirkan keretanya di tingkat empat bangunan tersebut . Terus menapak naik ke tingkat lima untuk bermain boling . Matanya meliar . Mencari kawan-kawannya . Mereka bersembilan semuanya . Mereka mula rapat ketika di tingkatan 4 lagi . Fida Najwa , Ain Shira , Yuznina , Zieyliya , Mila Murni , Anis Asidar dan Zira Reyna . Itulah mereka . Selalu bersama . Rahsia selalu dikongsi bersama . Masalah jugak selalu dikongsi bersama . Pendek kata semua bersama . Walaupun mereka sebenarnya mempunyai minat yang berbeza serta perbezaan yang ketara namun persahabatan mereka tetap utuh sehingga mereka mencecah 21 tahun .
“ Mana depa ni , isy !’’ Farah Maisara terlihat akan Kedai Buku Popular yang ada bersebelahan dengan tempat bermain boling tersebut .Masa yang ada digunakan adalah untuk meninjau novel-novel terbaru yang ada di pasaran.Farah Maisara mula rambang mata. Pelbagai jenis genre novel dibeleknya dan semuanya kelihatan menarik .
“ Hah !” sergah Ain Shira dari belakang . Ain Shira merupakan salah seorang rakan baiknya. Seorang yang sangat memahami dan manis .Sudah menjadi guru tadika.Itulah cita-citanya.Menjadi seorang pendidik.
“Opocot!” kata Farah Maisara . Dia berpura-pura melatah . Dia sudah terlihat bayang-bayang Ain Shira di telefon bimbitnya yang dipegang .
“ Ala , kenapa tak terkejut ? Awak ni.”Ain Shira pura-pura merajuk . Dia yang mengusik orang dia yang merajuk . Merajuk kerana tidak berjaya melatahkan si Farah Maisara .
“ Haha…Saya dah nampak awak la.” Terang Farah Maisara.
“ Owh . Buat apa ni ? Survey novel baru ek ?” tanya Ain Shira sambil membelek novel yang bertajuk Datang Dengan Indah karya Sarnia Yahya.
“ Tak lah . Saya tengah berenang kat sini ni ha…Nak join sekaki setangan pon boleh.” Kata Farah Maisara. Selamba .
“ Ek ? sakit hati tau cakap dengan awak ni.” Kata Ain Shira sambil mencebikkan bibirnya .Selendang yang dipakai diperbetulkan sedikit.
“ Lah , awak dah tahu kan ? So kenapa awak tanya ? Sendiri mau ingat lah sayang.” Pesan Farah Maisara.
Farah Maisara dan Ain Shira bersembang dengan bahasa yang lebih berhemah. Tetapi dengan sahabat-sahabatnya yang lain, Farah Maisara hentam je . Aku hang ke semua keluar .
Telefon Farah Maisara berbunyi menandakan ada satu mesej baru diterima .
Sorii .Aku ,Zira , dengan Yuz
Tak boleh join la… Ada kerja sikit…
Ape2 bagitau okey ?
~Mila
Farah Maisara mengeluh. Apa yang boleh dikatakan lagi ?Sahabatnya masing-masing sibuk. Hanya Anis , dia , Fida dan Ziey saja yang tidak ada kerja lain. Maklumlah mereka hanya kerja makan gaji di jabatan kerajaan. Tidak seperti Mila,Zira,dan Yuz…Masing-masing menguruskan perniagaan mereka sendiri. Makan dan minum pun tak terjaga.
“Diaorang tak leh join ke ?” tanya Ain Shira sambil menarik tangan Farah Maisara menuju ke kaunter. Novel yang sudah berkenan ingin dibeli .
“Ha’ah . Tak pa lah .Hari ni kita hangout berlima je la.” Kata Farah Maisara sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya .
“ Hurm…”
Mereka berdua sudah menapak keluar dari Kedai Buku Popular dan ingin menuju ke tempat bermain boling. Fida Najwa , Zieyliya dan Anis Asnidar sedang menunggu di tempat duduk yang sudah siap ditempah sebelum bermain . Kasut sudah cukup lima pasang semuanya .
“Sorry, lambat sikit…” kata Ain Shira .
“ Korang memang terbaik la , thanks ek sebab sudi belanja aku main boling hari ni walaupun sebenarnya aku yang ajak korang hangout…hehehe” kata Farah Maisara sambil memakai kasut yang dikhaskan untuk bermain boling.
“ Okey laa…Kecik punya hal la.” Kata Anis Asnidar .
“ Woi . Aku yang belanja dia ek , hang jangan duk perasan lebih pulak na.” kata Zieyliya sambil mengacah penumbuknya kepada Anis Asnidar .
“ Dah-dah , aku sayang semua okey.” Kata Farah Maisara .
“ Aku pun sayang hang…” kata mereka berempat serentak. Ketawa mereka memecah kesunyian petang tersebut.

Farah Maisara menjerit . Tidak puas hati dengan markah yang diperolahinya . Kawan-kawan yang ada semuanya mengertawakan Farah Maisara kerana setiap kali bola boling itu dibaling pasti akan menuju ke longkang . Anis Asnidar merupakan persaingnya kini .
“ Eee ! Awat yang tak mau strike?Geram !” jerit Farah Maisara.
Sekumpulan lelaki menuju ke barisan di sebelah mereka . Empat orang semuanya . Salah seorangnya tersenyum meleret kearah Farah Maisara . Dirinya terasa bagaikan dicabar . Raut wajah lelaki itu sangat tampan . Sedikit sebanyak mengugat hatinya .
“ Isy ! Kenapa diorang buat longkang ni kat sini ek ? Buat sakit hati , jiwa dan perasaan betul.” Rungut Farah Maisara .
Rakan-rakannya hanya tersenyum .
“ Oiii orang sebelah , kalau tak reti main tu tak payah la main…buat malu je la.” Kata lelaki yang menggugat hati Farah Maisara sebentar tadi .
Farah Maisara terkesima .Ceh ! Harap muka saja kacak tapi mulut . Mulut longkang ! Longkang tu lagi cantik dari mulut hang la !bentak Farah Maisara dalam hatinya .
“ Oii mamat sebelah , ada kacau ka kat mana-mana? Sibuk ja.” Balas Farah Maisara .Geram !
“ Memang la kacau sebab asyik menjerit tak tentu pasal sebab longkang tu.” Lelaki tersebut membindas kembali .
“ Biaq la , aku nak menjerit ka , aku nak melalak ka tu aku punya pasai la . Kepochi betul mamat sebelah ni’’ Farah Maisara berkata sambil berpura-pura membongkok untuk membetulkan tali kasutnya .
Farah Maisara mengajak rakan-rakannya pulang . Moodnya untuk bermain boling sudah merundum . Dah la sedikit lagi nak kalah , tambah dengan mamat sewel tu pulak . Rungut Farah Maisara . Tapi kenapa dia merasa sesuatu . Sesuatu yang tak pernah wujud dalam hatinya . Adakah itu dinamakan cinta atau ? Farah Maisara binggung . Farah Maisara seperti pernah melihat sepasang mata milik lelaki itu .
‘ Ah ! Mata semua sama ja , mata keranjang,’ desis Farah Maisara sambil melambaikan tangan kearah rakan-rakan baiknya itu . Mereka semua mengambil keputusan untuk pulang sahaja .


    Farah Maisara masih bercuti . Dia sedang menonton sebuah drama Korea yang bertajuk Boys Over Flowers yang dilakonkan oleh beberapa orang pelakon Korea yang sangat kacak . Matanya setia menghadap laptopnya .
“ Handsomenya Kim Bum tu ! Cayaq(cair) aku , Walaweh . He’s mine !” kata Farah Maisara apabila melihat Kim Bum tersenyum dan menampakkan lesung pipitnya . Manisnya !
Tiba-tiba tumpuannya terganggu , lagu Luahan Hati nyanyian Kristal membingitkan suasana . Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk .
Assalamualaikum ,
How are u my lollipop?
I miss u so much .
143 .
Mesej itu dibaca sekilas . Farah Maisara langsung tidak mempedulikan mesej tersebut . Di fikirannya kini hanya ada Jandi dan Junpyo .Matanya terus menatap ke skrin laptopnya . Tiba-tiba Farah Maisara tersedar . My Lolipop ?
“ Hahhhh!’’ Farah Maisara tiba-tiba menjerit .
“ OMG ! OMG !” Farah Maisara bangun dan mundar mandir .
‘’ tak kan la Farhan ? Kalau Farhan ?Isy , mana pulak dia dapat nombor aku ni ! Adoi , gawat-gawat sih,’’ punyalah risau Si Farah Maisara sehingga terspeaking Indonesia pulak .
Farah Maisara keluar dari biliknya . Jandi dan Junpyo dibiarkan begitu sahaja . Itu tak penting ! Yang ni lagi penting . Mamanya sedang menonton televisyen tersenyum melihat langkah sumbang anak gadisnya itu . Ada sesuatu yang berlegar difikiran anaknya kini . Datin Farina sudah memahami tindak tanduk anak daranya itu . Jika ada sesuatu yang bermain di fikirannya , muka mesti macam tempe basi . Ditambah pula dengan menghentakkan kakinya . Selamat rumahnya itu merupakan rumah batu , kalau tidak mesti roboh !
“ Napa sayang ?” tanya Datin Farina setelah anak daranya itu melabuhkan punggung di tepinya .
“ Tak da apa la ma ,” Farah Maisara bersuara lesu .
Kedua-duanya diam . Farah Maisara semakin runsing .
“ Ma…”
“ ya”
“ Mai nak tanya sikit”
“ Tanya la banyak pon tak pa”
“ Hari tu , Farhan ada datang tak ma?” Farah Maisara tersipu malu dengan soalan yang ditanya olehnya sendiri .
“ Erm…”
“ Apa maksud mama dengan erm tu ?”
“ Tak datang . Maybe dia tau kot yang Mai tak nak jumpa dia,” kata Datin Farina sambil memerhatikan riak wajah anaknya .
“ Ma , tengok mesej ni ,” Farah Maisra menunjukkan SMS yang baru diterimanya sebentar tadi .
“ Then ?” tanya Datin Marina kembali .
“ Mama rasa ni Farhan ke ?”
“ Entah la sayang oi,”
“ Ma , mama ada bagi nombor Mai kat parents Farhan ke ?” tanya Farah Maisara serius .
“ Err…”
“ Maaa !”
Boleh kta jmpa ?
Esok ?
Saya tunggu awak kt tempat boling sunshine k ?
Farah Maisara membaca mesej yang baru diterimanya berulang-ulang kali dari tadi . Hatinya benar-benar yakin bahawa penghantar mesej tersebut adalah Farhan Najmi , kekasihnya sejak kecil . Alamak terperasan pulak .
Ni siapa ?
Butang send ditekan setelah Farah Maisara betul-betul mempunyai kekuatan untuk menekan butang tersebut . Tiba-tiba lagu The Lazy Song kedengaran menandakan ada mesej yang baru diterima .
Seseorang yang sentiasa meletakkan awk di carta pertama hati sya .
Pergh ! Sekali keluar ayat jiwang . Farah Maisara mula gusar . Dia didalam dilema . Patutkah dia berjumpa dengan lelaki yang sentiasa meletakkan dirinya di carta pertama tersebut ?

Sabtu .

Farah Maisara melilau mencari seseorang yang digambarkan tadi , sebelum dia datang ke Sunshine ; dia telah diberi petunjuk . Lelaki tersebut akan memakai baju kemeja berlenggan panjang berwarna coklat dan memegang sesuatu ditangannya yang berkemungkinan besar akan menarik perhatian Farah Maisara . Tiba-tiba matanya tertancap kearah susuk tubuh yang pernah dijumpainya .
‘ Eh , tu bukan lelaki yang aku jumpa kat Bukit Jambul ka ?’  Farah Maisara bermonolog sendirian .
‘ Ahhh , dia punya pasal la , bukannya ada kena mengena dengan aku,’ .
Kakinya mula letih . Dia melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi yang kosong disitu .
Matanya masih melilau , dan . .
‘ Lolipop ?’
‘ Apa faedah lelaki macam dia tu pegang lollipop ? Haha , macam budak-budak derr ,’ . Sempat lagi Farah Maisara mengutuk lelaki tersebut .
‘ Wait-wait ! Lolipop ?OMG !,’ Farah Maisara mula tersedar .
Lelaki tersebut memalingkan muka dan kemudia berjalan menuju ke arah Farah Maisara . Farah Maisara mula gugup . Lelaki tersebut memakai baju kemeja berwarna Coklat dan memegang sesuatu yang akan menarik perhatiannya . Memang betul-betul menarik perhatiannya . Mereka berdua saling berhadapan .
“ Sudikah Farah Maisara binti Datuk Majid menjadi isteri kepada Farhan Najmi bin Najdi ?’’ kata Farhan sambil melutut .
Tiba-tiba seorang lelaki yang memegang bola boling yang berwarna merah jambu datang menghampiri mereka dan memberi bola tersebut kepada Farhan Najmi . Bola tersebut terisi dengan satu set lengkap barang kemas .
“ Untuk Mai ,”
Selain itu , pada batang lollipop yang dipegang oleh Farhan tadi tergantung sebentuk cincin sebagai lambing perlamarannya kepada Farah Maisara . Farah Maisara masih lagi kaku di tempat asalnya . Tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya .
Farhan Najmi mengeluh . Nampaknya usahanya gagal .
“ Farhan Najmi bin Najdi , Farah Maisara Datuk Majid sudi menjadi milik awak selamanya,’’

 Cerpen ini merupakan karya Pa'ah Mohd Isdris .

1 comment:

Helena Ezz said...

Wlaupun pndek n ending trgntung cket, i rsa da ckup baik bg prmulaan untk u menulis nie..better ad space skit ye..

In LOVE