Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

8 May 2016

CERPEN SERAM : KEDAI DOBI LAYAN DIRI - PA'AH MOHD ISDRIS

“ Akhirnya, siap juga tugasan yang prof bagi minggu lepas!” jerit Aufee sambil meregangkan badannya yang lenguh kerana terlalu lama duduk mengadap laptopnya.

Biliknya sunyi sepi. Semua rakan sebiliknya sudah pulang ke rumah masing-masing semalam. Hanya Aufee yang masih belum menjejakkan kaki ke kampunnya dek terlampau sibuk dengan tugasan yang dilakukan di saat-saat akhir. Penat usah diceritakan namun demi mengapai kejayaan masa depan dia hari kuatkan jua.  Mental dan fizikal harus kuat dan tabah!

“ Alamak! Baju lupa basuh pulak! Esok takkan nak pergi jumpa prof pakai macam ni!  Memang prof tak nak jumpalah. Matilah aku macam ni!” Aufee membebel sendirian. Matanya terpaku kepada longgokan baju yang sudah melimpah dari bakulnya.

 Dia bangkit dari kerusi dan menuju ke almari. Harapan yang tinggi mengunung dibawa bersama. Moga ada baju yang masih berbaki untuk berjumpa dengan Professor Arina esok.
Sebaik saja pintu almari dibuka, dia mengeluh panjang. Memang punah harapan hancur impian. Sehelai baju pun tiada tergantung apatah lagi terlipat di situ.

 Dia kena keluar juga! Ke mana ? Ke mana lagi! Ke kedai dobilah!

Aufee memandang jam di dinding berhadapan dengan meja belajarnya. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam.

“ Mak ai, gila lama aku ngadap laptop tu. Nak pergi ke tak nak? Harap-harap tak ramai oranglah. Kalau ramai orang lambatlah nak balik rumah, pastu lambatlah nak tidur, pastu lambatlah nak jumpa Prof pastu lambatlah nak balik rumah pastu lambatlah nak graduate, pendek kata. Kalau lambat malam ni, mestilah masa depan aku pun lambatlah!” Aufee masih membebel sendirian.

Baju yang ada dipungut satu per satu dan dimasukkan ke dalam bakul miliknya. Telefon bimbit dicapai dan dimasukkan ke dalam beg bersama laptop dan sebuah buku. Kalau ramai orang boleh sambung buat tugasan Prof Latiff pula nanti.

Rajin tahap dewa ni. Sampai nak pergi basuh baju pun bawa dengan laptop bagai. Bukan rajin saja-saja. Tapi semua orang dah balik, rumah sewa dia pun sunyi. Tak ada kawan nak bergurau senda. Memang Aufee tidak mahu menunggu lama untuk pulang berjumpa bonda dan ayahanda tercinta. 

Aufee keluar dari rumah sewanya. Pintu dikunci. Dia meletakkan bakul di atas moto dan diikat dengan tali supaya tidak jatuh. Perlahan dia keluar dari kewasan rumah sewanya dan menuju ke deretan kedai selang dua blok dari kawan rumahnya.

Sampainya Aufee dia di kedai dobi layan diri yang dibuka 24 jam itu, Aufee terpaku.

“ Peh! Ni kedai dobi atau shoping kompleks! Ramainya orang!’’ Aufee membelek  jam di tangannya. Jam menunjukkan 11.15 malam. Kemeriahan dobi layan diri tersebut membuatkan Aufee berkira-kira mahu pulang ke rumah atau meneruskan niatnya untuk membasuh baju.

Setelah berfikir seketika, dia memutuskan untuk tunggu di atas moto dan membiarkan dobi itu sedikit lengang sebelum mengambil giliran untuk membasuh baju.

Aufee mengeluarkan telefon bimbit dan membuka aplikasi Facebook. Dia ralit mengikuti perkembangan rakan-rakannya Facebook. Ada yang sudah berkahwin dan ada juga yang sudah mempunya anak. Dia mengeluh. 

‘ Aku ni, kekasih hati pun tak ada. Kalau ada kekasih hati mesti makan minum , baju pun siap basuh. Tak payah nak susah-susah keluar malam-malam macam ni,’ detik hatinya.

Dia memicit bahunya yang sengal-sengal. Asyik menunduk saja. Mengadap laptop dan mengadap Facebook ini rupa-rupanya sangat memenatkan.

Dia mengalih sekilas ke arah dobi di hadapannya. Dia terkedu! Dobi tersebut… Dobi tersebut.. kosong. Tak ada orang langsung! Satu susuk tubuh pun tidak kelihatan. Hanya mesin-mesin membasuh dan mengeringkan baju saja yang berada di situ.

‘ Takkanlah! Dalam masa lima minit saja semua orang siap basuh baju. Takkanlah! Mustahil,’ dia menafikan dalam hati. Jamnya diketuk beberapa kali. Jam ni habis bateri ke!

Aufee turun dari motonya. Dia mengambil bakulnya dan berjalan masuk ke dalam kedai dobi tersebut. Dia memandang sekeliling. Dia masih tidak percaya dalam masa lima minit sahaja orang sudah habis membasuh baju. Tadi bukan main penuh! Impossible! Dia menuju ke mesin menukar duit syiling dan memasukkan beberapa keping duit untuk ditukarkan dengan duit syiling. Dia memilih mesin basuh 14kg. Rasanya macam berat tadi.

“ Bismilahirahmanirahim”

Dia memasukkan baju-bajunya ke dalam mesin. Seluarnya diperiksa satu persatu. Dia takut tertinggal apa-apa yang penting di dalam poketnya. Kalau masuk mesin, alamatnya menangis tak berlagulah.

Dia menekan butang ‘start’ setelah siap memasukkan semua baju dan seluarnya ke dalam mesin. Dia melihat sabun yang dimasukkan secara automatik ke dalam mesin basuh baju tersebut. Setelah itu dia mengambil tempat di salah sebuah bangku berhadapan dengan pintu kedai. Senang untuk dia memantau motornya.

Laptop dikeluarkan dan dibuka. Dia mula membelek buku sambil menaip sesuatu. Leka dengan dunianya sendiri. Jam menunjukkan hampir jam 12 tengah malam. Sunyi sepi. Aufee masih berada dalam dunia tugasannya. Hanya bunyi kipas dan mesin basuh saja kedengaran.

Tiba-tiba Aufee terhidukan sesuatau yang sangat wangi. Bau seperti bunga kemboja. Bau untuk terlalu menusuk kalbu sehingga mengganggu fokusnya. Dia memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Berdiri bulu romanya. Dia tersedar. Kenapa tiba-tiba sahaja bau ini hadir.
Dia bangkit. Matanya melilau mencari sesuatu. Mungkin air freshner yang mengeluarkan bau tersebut. Aufee hampa. Bukan air freshner. Dia mendekati mesin basuhnya.

“ Tauke dobi ni tukar softener ke? Kenapa bau lain ni. Hari tu datang bukan bau ni,” dia berdiri di hadapan mesin dan membebel sendirian. Dia menghidu dan cuba mencari dari mana bau itu datang.

“ Tak ada bau pun, selalunya kalau dah keluarkan baju baru boleh bau wangian softener tu,’’ dia meletakkan tangan di pinggangnya. Bau tersebut membuatkannya curiga.
Setelah mencari-cari dari mana bau tersebut datang, Aufee membuat keputusan untuk membiarkan sahaja. Dia kembali duduk dan mula focus terhadap tugasannya.

Bau itu semakin lama semakin hilang. Aufee turut hilang dari dunia nyata dan kembali kepada dunia tugasannya.

Tett Tett Tett!

Aufee terkejut. Dia mengurut dadanya perlahan. Bunyi mesin basuh yang sudah siap basuhan mengejutkan dari dunia maya. Dia memerhatikan sekeliling. Dobi tersebut masih kosong. Dia memandang jam di laptopnya.

12.05am

“ Lagi 30 minit nak tunggu siap kering. Nak tunggu ke nak balik sidai kat rumah? Tapi dah tukar duit syiling cukup-cukup untuk keringkan sekali,’’ dia mengomel sendirian.

“ Tunggu jelah! Dah alang-alang tu boleh siapkan sekali tugasan ni. Sikit ja lagi. Esok boleh hantar dua-dua. Petang boleh balik kampung!” Aufee membuat keputusan.

Dia mengambil baju yang sudah siap dibasuh dan dimasukkan ke dalam mesin pengering di sebelahnya. Dia menekan butang ‘start’

Serentak dengan itu, satu bau yang kurang menyenangkan menusuk hidungnya. Bulu romanya meremang. Dia merasakan seperti ada satu lembaga memerhatinya dari luar kedai dobi.

Dia memalingkan wajahnya perlahan-lahan. Dia beristifar perlahan. Namun tiada apa di luar kedai dobi tersebut. Kosong. Hanya motonya sahaja yang kelihatan.

“Allahuakhabar,” ucapnya perlahan. Cuba memberi kekuatan pada diri sendiri.

Dia membaca surah Al Kursi perlahan. Bau tersebut makin kuat. Aufee mengeletar. Bau mayat!

Aufee merupakan salah seorang pelajar Jurusan Kedoktoran tahun akhir. Sudah tentu bau mayat sudah sebati dengan hidungnya. Tapi di kedai dobi bau mayat! Ni mustahil.

“ Allahuakbar!” laungnya kuat. Walaupun dia tahu hanya sekadar bau yang menggangunya sekarangg, mungkin ada ‘benda’ yang berada berdekatan dengannya.

Bau itu semakin lama semakin kuat. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang duduk berdekatan dengannya. Bau itu semakin dekat dan kuat.

Entah mengapa, dia tiba-tiba teringin untuk melihat apakah sebenarnya ‘sesuatu’ yang seakan-akan memandangnya. Dia terasa seperti diperhatikan sejak bau mayat itu mengganggu hidungnya.

Dia memalingkan wajahnya. Matanya ditutup. Masih takut untuk berhadapan dengan ‘benda’ tersebut.

“ Bismillahirahmanirahim,” ucapnya perlahan sebelum membuka matanya sedikit demi sedikit.

“ Allahuakbarrr!!!!” jeritnya apabila dia melihat lembaga tersebut betul-betul di hadapan muka. Hanya dua inci sahaja bezanya.

Lembaga bermata merah dan berambut panjang itu memerhatinya dari mata ke mata.

“ Keluar dari sini,” lembaga itu bersuara garau dan menyuruhnya pergi. Aufee menelan air liurnya.

Dia mengambil laptop dan buku yang berada di atas kerusi dan berlari menuju ke motonya. Dia pulang ke rumah sambil bibirnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang dihafalnya.

Sesekali dia memandang ke belakang. Bimbang lembaga tersebut mengikutnya dari belakang. Sesudahnya dia sampai di rumah. Dia berdiri di hadapan pintu rumahnya sambil mengurut dadanya perlahan. Dia beristigfar dan membaca ayat Kursi dan Al Fatihah sebelum membuka pintu dan masuk ke dalam rumahnya.

Dia cuba menenangkan diri dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran. Dia mengambil wudhuk dan duduk di atas katilnya. Wajah lembaga tersebut masih bermain di fikirannya.

Jam loceng yang disetkan di dalam telefon bimbitnya berbunyi dan mengejutkan dari lamunan. Pukul 1.00pagi. Selalunya memang jam ini akan berbunyi tepat jam 1.00pagi kerana Aufee sudah belajar pada pukul 1.00pagi.

Dia teringatkan bajunya di dalam pengering di kedai dobi tersebut!

“ Alamak! Macam mana ni!” dia mengeluh perlahan. Baju tertinggal pulak. Nak pergi ambil ke tak nak ni ! Aufee berperang dengan perasaannya sendiri.

Dia terlelap ketika cuba menyelesaikan masalahnya yang bertimpa-timpa.

Aufee terjaga apabila dia terdengar suara azan dari masjid berdekatan dari rumah sewanya.
“ Alhamdulillah, hidup lagi aku hari ni!” ucapnya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik airnya.

Dia teringat akan baju-bajunya yang tertinggal di dobi layan diri semalam. Setelah solat subuh dia membuat keputusan untuk pergi mengambil baju-bajunya di dobi itu.

Selepas selesai bersarapan di sebuah kedai roti canai berhadapan rumahnya, dia memecut laju ke kedai dobi tersebut. Jam hampir 9.00 pagi. Dia harus pergi berjumpa dengan Profnya pada pukul 10:00 pagi.

Dia memakirkan motornya di tempat yang sama seperti semalam. Dobi itu sama seperti semalam. Ramai macam semalam. Dan orang yang dilihatnya juga hampir sama dengan orang yang dilihatnya semalam. Takkan semalam basuh baju, hari ni basuh baju lagi. Aufee kehairanan.

Dia masih teragak-agak untuk masuk ke dalam dobi layan diri itu. Dia ternampak bakulnya yang berada di depan mesin pengering. Sudah siap berlipat!

“ Takkanlah lembaga semalam tolong lipat baju dekat aku!” Aufee mengomel sendirian lagi.

“ Taklah dik, isteri abang yang tolong lipat!” suara garau seorang lelaki pertengahan umur menyapanya.

Aufee hampir-hampir terjatuh dari motornya. Dia terkejut! Sudahlah kejutan semalam belum habis lagi, ditambah lagi kejutan ini.  Dobi itu kosong tiba-tiba. Sekelip mata.

Aufee mengucap perlahan. Tadi ramai, lepas abang tu tegur… Orang yang tadi ramai jadi kosong.

Kosong.

“ Kosongkan dik,” tanya abang tadi
.
“ Err...” dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab pertanyaan abang itu. Nak kata kosong, tadi ramai orang.

“ Abang tahu, tadi ramai pastu tiba-tiba kosong kan?” tanyanya lagi.

Belum sempat Aufee menjawab pertanyaan abang itu, dia berjalan menuju ke arah bakul Aufee dan mengambilnya.

Abang yang berwajah seakan-akan Aaron Aziz itu menghulurkan bakul Aufee yang penuh dengan baju yang ditinggalkannya semalam.

Aufee mengambilnya dan memasukkan ke dalam raga motornya.

“ Terima kasih bang,” kata Aufee.

“ Sama-sama dik, terima kasih sebab masih gunakan dobi abang ni,’’ katanya lagi sambil tersenyum.

Senyuman itu, senyuman yang penuh dengan masalah. Bukan seperti senyuman yang tidak ikhlas. Keikhlasan itu masih ada Cuma… Entahlah. Ada kedukaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Aufee nekad.

“ Abang, macam mana abang tahu saya nampak yang customer abang ramai lepastu hilang?” tanya Aufee. Dia tidak mahu dirinya dirundung persoalan demi persoalan.

“ Sudah ramai customer yang bagitahu abang. Mereka nampak customer abang ramai, lepastu hilang dengan sekelip mata! Mula-mula tu abang susah nak percaya…” kata abang berbaju merah itu.

Wajahnya dikerutkan. Aufee masih setia di situ. Masih mahu mendengar cerita seterusnya.
“ Satu hari abang terima panggilan dari kawan abang, dia kata tahniah Zahid.. Aku tengok customer kau ramai sekarang! Aku nak basuh pun tak ada tempat,” cerita abang itu. Nama beliau Zahid rupanya.

“ Lepas terima panggilan dia abang check CCTV tapi dari pagi tak ada seorang pelanggan pun yang masuk… Abang call dia balik, confirmkan dengan dia. Pastu dari CCTV luar abang memang nampak dia datang. Tapi kawan abang tak masuk pun. Sebab ramai sangat katanya,” ceritanya.

“ Mungkin CCTV abang rosak kot!” kata Aufee. Cuba memberi aura positif kepada abang Zahid . Dari cerita abang Zahid tadi, Aufee dapat mengangak bahawa kedai ini mungkin disantau.

“ Tak, tak rosak sebab bila abang masuk abang nampak semuanya,” dalihnya.

“ Semalam bila abang nampak kau dalam CCTV macam lari dari sesuatu, sampai terlupa baju kau… Abang rasa andaian abang selama ni memang betul. Memang ada orang yang hantar santau kepada abang,’’

Aufee terkedu. Dia teringat sesuatu. Semalam lembaga tersebut menyuruhnya keluar dari dobi tersebut. Maknanya…

“ Semalam saya nampak lembaga abang. Mata dia merah, rambutnya panjang. Wajah dia ish! Tak tau la saya nak bayangkan macam mana bang. Mula-mula saya sampai saya main la ‘henfon’ sebab nampak orang macam ‘crowded’ sangat dalam dobi. Lepas lima minit, orang tak ada langsung. Tapi saya tak naklah fikir lebih-lebih sangat. Sebab saya terdesak nak basuh baju,” cerita Aufee.

“ Lepas tu?” tanya Abang Zahid.

“ Masa saya basuh baju, saya bau wangi sangat. Macam bau bunga kemboja. Saya check la mesin basuh. Ingatkan abang tukar softener, tapi bukan,”

“ Abang nampak kau dalam CCTV semalam. Abang nampak segalanya. Tapi abang tak nampak apa yang kau nampak,” jelasnya.

“ Hmm, mungkin abang dah terkena buatan orang,’’ kata Aufee.

“ Abang tahu. Sebab sejak bulan lepas, cuma kau seorang saja customer abang yang terlepas masuk dalam kedai. Yang lain semua berdiri di hadapan kedai saja. Tak masuk pun,”

“ Kena pergi berubat ni abang, takut makin melarat. Perniagaan makin teruklah abang kalau customer tak ada,” kata Aufee sambil membelek telefonnya.

“ Abang ambil nombor Ustaz ni, dia memang pakar dalam benda-benda halus macam ni,”
“ Terima kasih dik,”

“ Semoga ustaz tu boleh bantu abang ya,” kata Aufee sebelum pergi dari situ.
Aufee memandang side mirrornya.

 Dia terlihat seorang kanak-kanak di atas bahu abang Zahid.

“ Allahurabbi.. Permudahkanlah segala urusannya Ya Allah,” bisik Aufee sebelum memecut laju.

Profnya sedang menunggu!


In LOVE