Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

11 Dec 2012

CELOTEH PA'AH : SAINS TULEN VS SASTERA TULEN

Assalamualaikum. Hai adik-adik ! How are you ? Macam mana cuti sekolah ? okey lah. Not bad right. Bagi kak Pa'ah yang bakal bercuti selamanya from school ni lagi menyedihkan tau. HAHA. Berbalik kepada tajuk asal kita. SCIENCE STREAM VS ART STREAM. Atau SAINS TULEN VS SASTERA. Gitu ha. Bagi adik-adik yang Form 3 tu of course dah ada pilihan masing-masing. So for those yang tak ada pilihan lagi let me story mory to you guys k. Kepada yang nak ambil sekolah menengah Sains or Teknik nanti takpayah penat-penat baca. Or kalau nak baca pun takpe..Teruskan membaca.

Dilema memilih aliran ni memang akan dialami oleh setiap pelajar yang dah selesai mengambil PMR kan ? Terus-terang , even Kak Pa'ah dan Kak Syaz pun pernah alami benda ni before. Okey , kami dah tua. Tapi semua tu dah selesai. Nak tahu kami pilih apa...? Jeng Jeng Jeng..

Di sini kak Pa'ah nak buat confession sikit , betul ke ni ? Alah belasah ja. Akak ni bukannya tergolong dalam pelajar-pelajar straight A's PMR. Just boleh la. Tak teruk sangat and tak bagus sangat. A pun tak sempat nak ambil. Orang lain dah ambil. HAHA. Tu lah balasannya tak baca buku kan ? Gedik sangat MALAS dulu dalam diri. Then dah dapat keputusan , Haa. AMEKAU.

But , Think positif k. Tak semua pelajar yang tak pernah jadi cemerlang tak akan cemerlang.Semua orang boleh jadi cemerlang. Ececey , macam pakar motivasi pulak. Nope , korang kena percaya diri korang. Believe in yourself...

Science Stream.

Percaya atau tak Science Stream ni memang menjaminkan masa depan yang sangat cerah sehingga menyilaukan mata dan membutakan hati. * ayat je.
Korang yang ambil aliran Sains Tulen ni memang dijanjikan dengan kerjaya-kerjaya yang hebat seperti Doktor , Arkitek , Engineer dan sebagainya yang hebak-hebak berlako tu. *Kelantan jap.

Tapi! Tu untuk yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Apa omputeh kata ? Flying colours gituuu. Haaa. Sebab sekarang ni persaingan tersangat-sangat lah sengit. Sampai IPT di Malaysia pun tak cukup sampai terpaksa ke luar negara la. Tu untuk yang budak-budak pandai. Kita yang hat tak berapa pandai ni ? Malaysia pun jadilah.

Art Stream.

Art stream ni adalah aliran yang memang confirm 100% takdak kena mengena dengan Science Stream. Even korang nak ambil Aliran Perakaunan , Katering , MPED , Agama , dan sebagainya tu adalah kategori Art Stream. Hanya sesetengah sekolah yang menyediakan Aliran Sastera Tulen. Ha , apa ? Ingat Sains Tulen je ada ? Sastera Tulen takda ? Sastera tulen ni ialah kelas yang mengambil mata pelajaran KESUSASTERAAN MELAYU. So kiranya tulen la kan. Because kita kena belajar syllabus Sastera. Ada LIMA buah buku semuanya. Ditekankan , LIMA. 2 buah novel dan 3 Antalogi. Haa..baru tau kan ? sebelum ni ingat Aliran sastera tu macam kat atas kan ? Aliran Sastera ni tak menjanjikan kerjaya yang hebat-hebat seperti aliran Sains. Tapi korang boleh jadi seorang WARTAWAN , EDITOR , NOVELIS dan sebagainya. Hebat apa. Ingat menceburi bidang sastera ni tak kaya ke ? Tengok RAMLEE AWANG MURSYID tu ha.. Tak kenal ? Pernah tengok OMBAK RINDU ? Alah , Izzah dengan Harris tu. Tipu ah tak pernah tengok. Ha , tu pun merupakan hasil orang-orang sastera. Tak hebat lagi ? Dan korang takperlu ambil ADD MATH.

MINAT.

Sebenarnya dalam apa jua pilihan kita. Minat tu yang menentukan segalanya. Sama ada kita minat ke arah Science Stream , teruskan. Aliran Sastera ? Go on. Rezeki Allah tu ada dimana-mana. Yang penting , kita kena score dengan baik apa yang kita ambil tu. Tak kiralah aliran science stream ke or art stream ke. Dah boleh teka kak Pa'ah ambil aliran apa ?

PERTIKAIAN IBU BAPA.

Ibu bapa ni memainkan peranan yang sangat penting. Most important lah. Sesetengah ibu bapa MEWAJIBKAN anak mereka mengambil aliran Sains Tulen. Mereka menggangap hanya aliran Sains yang menjamin masa depan. Kadang-kadang tak tanya langsung pandapat dan minat anak-anak. Main paksa-paksa ja. Sebagai ibu bapa kita kena berbincang or biar anak-anak buat keputusan yang terbaik dalam hidup mereka. Minat anak-anak memang tak sama dengan percaturan ibu bapa. Bila anak-anak memberontak mula lah.. nak tanya diri masing-masing mana salah mana betul. Dah terlambat masa tu.
Apapun , bincang dengan anak-anak dan ketahui minat mereka!
Macam pernah jadi ibu dan bapa pulak sebelum ni. Coming soon !

JIRAN SEBELAH PUNYA MULUT.

Betul , kadang-kadang jiran sebelah ni pun penyumbang utama jugak kepada kesalahan memilih aliran.
" Anak kau ambik aliran apa Senah oi ," tanya mak cik jiran.
" Anak aku ambik Aliran Seni ja , minat melukis katanya " balas mak kita.
" Aliran seni tu bukannya ada masa depan..Tengok anak aku , ambik aliran sains sekarang kerja beso gaji beso. " kata mak cik jiran sebelah lagi.
" yelah sebab tu sampai tak sempat nak jenguk kau kan. " bidas mak kita . Terdiam makcik jiran.

Bukan akak nak kutuk makcik-makcik jiran umah korang , takda. Tapi tulah realitinya, kalau yg takda makcik jiran macam ni , Alhamdulillah laaa kan .

KEPUTUSAN.

Walauapapun keputusannya. Korang jangan pernah give up. Pulun betul-betul ! InsyaAllah ada hasilnya nanti. Sains ke Sastera , kejayaan tetap ada. Yakin dengan diri tu yang penting. Kalau rasa konfius nak pilih mintak pendapat ibu bapa , kawan-kawan dan Allah. Solat Istikharah jalan penyelesaiannya. InsyaAllah.

Ingat tau..

Oh hampir lupa. Kak Pa'ah dan kak Syaz merupakan seorang pelajar Aliran Sastera Tulen :)

KAMI BANGGA JADI BUDAK SASTERA.

Kadang meluat orang macam ni ,

" Hampa ambik aliran sastera , senang la "
" Alah , Sastera kacang ja. "
" Kami sains susah , hampa senang"

Tiada istilah SASTERA SENANG dan SAINS SUSAH. Tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Rajin  adalah kunci dia. Pintu kejayaan adalah , DOA ---> USAHA ---> TAWAKAL.

Sampai disini saja. Amboi panjang kak Pa'ah tulis kan ?

Assalamualaikum.

1 comment:

Aliahni Azman said...

Asslamualaikum.. alhamdulilah akak berdua bagi saya semangat untuk teruskan aliran sastera.. masa mula2 agak down sbb pergi aliran ni.. tapi bila dah lama2 jadi serasi dan suka sangat dengan aliran ni.. dan skrg bila saya masuk kelas sastera, saya tahu bakat saya dan nampak lebih jelas. Kak thanks atas info akak.. Kita Geng! hehehe

In LOVE