Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

3 Jul 2014

Akulah Lelaki itu!


"Aku tak sangka di sini pun ada badut," tutur Hazwani sambil tangannya mencucuk pasembur dengan garfu. Lalu dimakan dan sedap!

"Kau tak pernah tengok badut ke apa? Ala, biasalah... nama pun tempat awam. Lagi senanglah badut tu nak cari duit poket. Lagipun, kau cuba tengok. Budak-budak belambak kat sini. Elok sangatlah tu," tutur Farah panjang berjela. 'Aku yakin, lelaki tadi bukan lelaki yang aku langgar hari tu. Bukan!' jerit Farah dalam hati menolak segala kemungkinan.

Hazwani merenung tepat wajah Farah. Aneh dengan kata-kata sahabatnya itu.

"Kau ni kenapa? nak kena cucuk dengan garfu? nak jadi macam Kasim Selamat?" gertak Farah dengan geram.

"Bukan apa, aku cuma pelik dengan kau ni ha! Kau macam gelabah semacam aku tengok," jujur sahaja Hazwani berkata-kata. Pasembur di pinggan dicucuk lagi.

"Gelabah? hang jangan nak merapu dengan aku kat sini," tutur Farah dengan loghat utaranya. Ketara sangat ke kegelabahannya? sempat Farah berfikir.

"Hehehe... hang ingat, hang sorang saja yang reti cakap utara. Aku pun reti jugak tau," Wah! wah! wah! Dabik dada Hazwani kali ini.

"Tak payah nak bangga sangat. Aku keluar loghat utara yang 'kau-kau' punya. Ternganga hang tang sini,"

"Apa? Tang? Apa tang?" berkerut Hazwani berfikir. Binatang ke?

Mengekek ketawa Farah dengan Hazwani. Itulah! nak bangga sangat konon. Baru jerat sikit, mula nak gelabah!

Muncung tajam bibir Hazwani kali ini. Sakit hatinya dengan ketawa Farah yang tidak henti-henti itu. Tahulah dia asal orang Kuala Lumpur. Mana dia nak tahu lohgat Penang ni.

Farah berhenti ketawa apabila melihat sahabatnya mula menarik muka empat belas.

"Merajuk ke?" usik Farah yang tak lekang dek senyuman.

"Kau sukakan main-mainkan aku? Eeeiii, tak sukalah macam ni,"

"Alololo... tak payahlah kau nak merajuk. Huduh babenor! bukan molek pun," sakat Farah lagi. Mulai hari ini, dia harus melupakan segala-galanya! Tentang kejadian itu, tentang lelaki yang berpakaian badut itu!


Dari jauh, mereka tidak sedar ada sepasang mata sedang memerhati. Jelas terpacar riak kegembiraan di wajah mereka. Amri tersenyum melihat gelagat dua sahabat itu. Tergeleng-geleng dia beberapa kali.

'Macam mana aku nak jumpa dia? Ya, Allah... kenapa jantung aku kencang laju? Kuatkanlah aku Ya, Allah...' doa Amri dalam hati segera meninggalkan tempat kawasan makanan itu dengan seribu pertanyaan.


_______________________


"Macam mana kerja hari ni?" soal Puan Shima kepada anaknya, Amri.

"Alhamdulillah, mak. Rezeki Allah." tutur Amri sambil tersenyum. Rambut palsu yang berwarna-warni di kepalanya itu dilucutkan perlahan.

"Alhamdulillah... tapi kan, mak pelik lah dengan hang ni,"

"Awat mak?" berkerut dahi Amri menyoal.

"Yang hang beria-ria nak kerja jadi badut ni pasaipa? Buang tebiat ka apa?" soal Puan Shima bertubi-tubi. Memang itu soalan yang dia pendamkan selama anaknya bekerja ini. Mana tidaknya,  tup-tup balik nak kerja. Memanglah bagus pergi mencari duit poket. Boleh meluangkan masa dari terbiar.Tapi, kerja menjadi seorang badut? Pening kepalanya!

"Awat mak? Amri bukan buat kerja tak senonoh. Rezeki halal ni, mak."  Amri membela dirinya. Air masak di dalam jag dituangkan ke dalam gelas. Lalu diminum. Arghhh!!!Alhamdulillah... hilang dahaga sikit.

"Yalah. Mak tau yang kerja tu halal. Mak tau yang tu! Tapi, yang mak duk pelik sebab sebelum ni bila cuti saja hang tak pernah melekat kat rumah. Duk merayau dengan kawan-kawan hang. Pi mana? voi.. apa? voi..."

"Konvoilah mak," jawab Amri selamba apabila melihat ibunya tergagap-gagap untuk mengungkapkan perkataan itu.

"Ha, konvoi! Pi bercutilah. Tak pernah melekat kat rumah langsung," sambung Puan Shima panjang lebar. Tangannya pula sibuk menguli tepung yang dicampur pisang emas untuk dibuat cekodok.

"Mak tak suka Amri balik ka ni?" soal Amri dengan suara diperlahan. Sedih!

Puan Shima yang mendengar kata-kata itu membuatkan perbuatannya terhenti seketika. Wajahnya laju berpaling ke arah Amri.

"Bukan mak tak suka hang balik. Mak suka. Alhamdulillah, mak bersyukur sangat-sangat. Mak dengan pak hang gembira tak terkata. Mak cuma... tak mau hang duk buat perangai macam dulu. Tak balik rumah bila cuti. Mak rindu hang..." luah Puan Shima syahdu. Manik-manik di tubir mata ditahan daripada merembes keluar menitik. Dia harus kuat di hadapan anaknya.

Tersentak Amri seketika. Perasaan bersalah bagai menyerbu dirinya ketika ini. Dia telah mengguriskan hati ibunya sendiri! Terasa seperti anak derhaka. Anak yang tidak kenang budi dengan pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua. Sebelum ini, dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh orang tuanya tetapi dia membalas dengan perbuatan yang menyakitkan. Menyesal tidak terkata! Amri menghampiri ibunya yang lagak bertahan tabah itu. 'Ya, Allah... berdosanya aku,' rintih Amri dalam hati.

"Mak, Amri minta maaf. Amri tau, ni semuanya salah Amri. Amri janji lepas ni Amri tak buat lagi dah. Amri minta maaf mak..." mohon Amri dengan manik-manik jernih yang mengalir laju dari tubir matanya. Menyesal tidak terkata dengan perbuatannya. Dia terasa segala ilmu yang dia pelajari selama ini tidak mendapat keberkatan. Semuanya gara-gara tindakannya sendiri yang suka berfoya-foya sehingga tidak sedar telah mengguris hati ibunya!

"Sudahlah, nak. Mak dah maafkan. Lepas ni jangan duk buat lagi, noh. Mak risau. Mak tau anak mak ni baik." pujuk Puan Shima sambil menggosok kepala anaknya. Manakala, tangan kanannya lincah menguli.

"Terima kasih mak. Amri sayang mak..."

"Mak pun sayang Amri..." tutur Puan Shima tersenyum sambil menyeka pantas air matanya daripada jatuh menitik.

"Ehem... ehem... buat drama pulak kat sini. Abah, mai sini ada drama hindustan!" jerit Saleha adik bongsu, Amri yang berusia tujuh belas tahun itu dengan sengihan panjang. Bila masa muncul pun tidak tahu!

"Mana-mana?" terkocoh-kocoh En. Zakaria berlari untuk melihat adegan hindustan yang diperkatakan anak bongsunya itu.

"Hang tak puas hati apa dengan aku, pendek?" usik Amri kepada adiknya. Gelaran pendek buat adiknya sudah lama sebati dalam hidupnya.

"Jahatnya mulut kata kat orang pendek!Mak, abah... tengok abang kata kat adik pendek." acum Saleha menarik muka masam.

Puan Shima dan En. Zakaria tersenyum melihat anak-anak mereka. Tak henti-henti nak bergaduh. Masing-masing tidak mahu mengalah. Macam anjing dan kucing. Si abang dengan sikapnya yang suka mengusik. Si adik pula sikapnya yang tak henti-henti nak mengacum, mengadu! Ada-ada sajalah point nak menyakat!

"Sudah-sudah. Pi main luaq. Mak nak masak. Layan hampa dua orang, sampai bilalah kerja nak habis," tutur Puan Shima seakan menghalau.

"Amboi! halau nampak," perli si suami di sisi tersengih.

Amri dan Saleha sudah mengekek ketawa. Bukan apa, suka tengok emak dan abahnya bergaduh manja.

"Bukan nak halau, bang. Sayang nak..." terhenti kata-kata Puan Shima seketika.

"Sayang? Wah!!! romantisnya emak dan abah... sayang-menyayang," usik Amri dengan senyuman terukir di bibir. Saleha yang mendengar turut tersenyum. Alahai... seronok dapat ibu bapa macam ini. Bersyukur, Ya Allah... terima kasih.

Merona merah wajah Puan Shima diusik sebegitu. Macam mana boleh terlepas pun dia tidak tahu. Daripada dia terus diusik, lebih baik beredar. Takut jadi bahan bualan! usikan! Tak sanggup!!!

"Takut kena usik lah tu..." usik En. Zakaria tak henti-henti.



Seminggu Kemudian...



"Awak..." panggil pemuda itu kepada Farah.

Farah pantas menoleh kepala. Terkejut bukan kepalang dengan apa yang dilihatnya ketika ini. Suasana yang suram dan seram tiba tukar bercahaya terang. Badannya menggeletar hebat. Jantungnya berdegup laju. Wajah pemuda di hadapan itu begitu mirip dengan seseorang. Siapakah pemuda ini?

"A...wak siapa?" tergagap-gagap Farah menyoal.

"Awak akan tahu siapa saya nanti. Awak jaga diri ya. Assalamualaikum..." pemuda misteri itu segera meninggalkan Farah dengan perlahan-lahan. Sebelum mengorak langkah, wajah setenang itu melemparkan senyuman yang sungguh manis. Farah menjadi kaku. Ingin menyahut memanggil. Tetapi, alangkah sedihnya pemuda misteri itu sudah kabur dari penglihatan. Pemuda misteri itu sudah pergi.

"Tidak, tidak, tidak!!!" Farah yang menjerit kuat itu telah membangunkan Hazwani yang sedang enak dibuai mimpi. Hazwani segera menghampiri Farah yang menjerit bagai terkena hasutan. Dia menjadi kalut. Tidak tahu berbuat apa. Tergaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Parah betul perempuan ni! Sebelum ini, tak pernahlah pulak dia nak meracau! Farah... bangun... bangun..." Hazwani menggoncangkan bahu Farah perlahan.

Farah masih meracau! "Farah!!! bangun... bangun... kau kenapa ni?" Hazwani mulai tidak tenang.

"Tidak!!!" jerit Farah kuat kali ini sehingga dia terduduk bangun sendiri. Menoleh ke arah Hazwani yang berkerut berlapis-lapis dengan dada yang turun naik. Air peluh yang mula memercik di dahi Farah, dilap dengan belakang tapak tangannya.

"Aku..." Farah berhenti berkata. Dia pantas memeluk tubuh Hazwani dengan tangisan. Hatinya tidak keruan. Mimpi itu masih bermain-main dalam mindanya. Ingin diusir tetapi semakin kuat ingatannya tentang mimpi itu. Seribu pertanyaan mulai menghantui dirinya kala ini.

"Kenapa ni? kau mimpi hantu erk?" usik Hazwani dengan mengusap lembut kepala sahabatnya itu.

Farah menggeleng laju. Dilepas pelukan itu dan menatap tajam wajah Hazwani.

"Aku... tak tahu apa mak...sud mimpi aku tu. Aku cuba untuk lupakan. Tapi... tak bo...leh," tutur Farah berselitkan sedu-sedan. Barangkali kesan daripada tangisan tadi.

Hazwani memegang wajah sahabatnya itu. Diseka manik-manik jernih di pipi Farah dengan lembut. Cuba untuk menenangkan Farah yang sambung kembali menangis. Dia tidak tahu apa maksud Farah. Tentang mimpi. Mimpi apakah itu?

"Lebih baik kau tidur. Bagi kau segar sikit. Esok pagi kau bangun cerita kat aku,"

Farah mendiamkan diri dan paksa melelapkan mata walaupun begitu sukar dipejam. Dia menghela nafas panjang. Bagai membuang rasa resah dalam hati.

"Aku tak boleh tidur," tutur Farah sedikit perlahan.

"Baca surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naas tiga kali. Selepas itu, baca Ayatul Kursi sekali. In Shaa Allah, kau boleh tidur," ajar Hazwani satu persatu.

Farah mengangguk dan mula mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran itu dengan tenang. Sesungguhnya membaca ayat-ayat suci al-Quran bisa menenangkan hati yang sedang berduka lara.

Hazwani tersenyum melihat Farah sudah terlena senang. Selimut di hujung katil ditarik lalu menyelimut tubuh Farah. Biar rasa hangat sedikit. Akal Hazwani mula berfikir, mimpi apakah yang cuba diperkatakan Farah tadi? Nampak terlalu berat untuk ditanggung.

"Arghhh... esok ajelah aku tanya dia," Hazwani segera merebahkan tubuhnya di sisi Farah. Dipejam rapat kedua-dua matanya dan mula hanyut dibuai mimpi. Senang sungguh perempuan ni tidur!


____________________



"Begitulah ceritanya," terangguk-angguk Hazwani mendengar cerita Farah.

"Berat kes kau ni, Farah..." Hazwani mengeluh perlahan. Dia membuang pandang ke arah Farah.

"Aku tak tahu apa maksud mimpi aku tu,"

"Aku rasa tu mainan mimpi saja kut. Kau jangan risaulah. Tak akan berlaku apa-apa," tutur Hazwani tenang. Dia tidak mahu Farah berfikir tentang hal itu lagi. Mungkin itu cuma mimpi. Ya! pasti itu mainan tidur.

Farah menghela nafasnya. Meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan. Lama! Ingin membuang segala kerumitan yang melanda saat ini.

"Mungkin betul cakap kau. Itu cuma mainan tidur," Farah memberi kata putus. Malas ingin memanjangkan cerita yang tidak tahu pengakhirannya. Semuanya diserahkan kepada Maha Esa. Dia yang mengetahui segala-galanya.


_________________


"Kau tak nak joint sekali ke ni?" soal Hazwani dengan kerutan di dahi.

Farah menggeleng laju sambil tersenyum. "Tak apalah, kau pergilah jumpa kawan kau tu. Aku malas nak joint. Nanti kalau nak balik call aku. Aku boleh datang ambik kau," tutur Farah  sambil tangannya membuka daun pintu kereta milik bapanya.

"Kau jangan risaulah. Apa-apa nanti aku call kau. Lagipun Penang ni bukannya besar mana pun. Kalau sesat masih ada di dalam pulau ni, ha. Tak keluar dari Penang ni lah," perli Hazwani dengan tersengih.

"Pandainya kau cakap. Tak apa, kau balik sendirilah. Aku malas nak ambik kau. Malas!" usik Farah lalu memasuki perut keretanya.

"Weh! aku main-main ajelah. Kau ni sanggup tinggalkan aku sorang-sorang kat sini," Hazwani menarik muncung bibirnya.

"Aku gurau ajelah. Dahlah! aku nak balik dah ni. Kau pergilah jumpa kawan kau tu, Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam. Drive safely!" Hazwani memandang kereta yang dinaiki Farah yang kian hilang dari pandangannya. Melihat pula jam tangan di pergelangan tangannya.

"Dah pukul tiga petang. Mana perginya si Alia ni?" bebel Hazwani seorang diri. Tiba-tiba, matanya terpana melihat sesuatu. Rasanya seperti dia kenal dengan manusia itu. Dia mengorak langkah mendekatinya.

"Kau bukan Amri ke?" tegur Hazwani dengan kerutan di dahi. Kala ini, tanda soal mula bermain di minda.

Amri mendongakkan wajah melihat gerangan yang menegurnya. Terbuntang matanya ketika ini. Dia pantas berdiri dan rambut palsu di tangannya disorokkan di bahagian belakang.

'Aduh! macam mana aku boleh kantoi ni,' omel Amri resah dalam hati. Risau bukan kepalang saat ini. Tempoh hari mungkin dia boleh berbohong. Kali ini tidak lagi. Dia tidak dapat melarikan diri!

"Kau buat apa kat sini?" Matanya meliar mencari sahabat Hazwani. Mungkin dia ada dekat-dekat sini!

"Aku nak jumpa kawan. Kenapa kau pakai kostum badut ni? Kau buat part-time ke?" soal Hazwani bertalu-talu.

Amri hanya menggangguk sambil tersenyum. Mengiakan kata-kata Hazwani.

"Kawan kau mana?"

"Kawan yang mana?" soal Hazwani pelik sambil matanya melihat seluruh tubuh Amri yang berwarna-warni itu. Memang kelakar! kalaulah kawan-kawannya dapat tahu. Memang sah Amri jadi bahan kutukan! sempat lagi dia mengutuk.

"Yang kau gelakkan aku kenapa? Aku tanya, kau jawab. Bukannya suruh kau gelakkan aku!" bengang sungguh dia dengan Hazwani. Mana taknya, lepas ini mesti dia jadi bahan usikan! Kalaulah kawannya tahu pekerjaannya, mesti Hazwani beritahu. 'Aduh! mana aku nak letak muka ni?' rungut Amri dalam hati sambil melihat Hazwani yang tersengih.

"Oh! jadi badut yang aku jumpa hari tu, kau lah sebenarnya." tebak Hazwani dengan senyuman.

"Ye...lah. Aku lah tu," jawab Amri tergagap-gagap sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Merona merah wajahnya kala ini. Mana mahu sorok pun dia tidak tahu!

"Jadi kau tanya apa tadi?" soal Hazwani sambil berpeluk tubuh. Angin petang ini amat mendamaikan. Matanya terpesona melihat ciptaan yang Maha Esa. Sungguh cantik!

"Panjang soalan kau, baru nak tanya soalan aku," perli Amri lalu menghenyakkan punggungnya di kerusi bata. Rambut palsunya diletakkan di sisinya.

Hazwani hanya tersengih.

"Mana kawan kau yang hari tu?" soal Amri tanpa berlapik. Berani sungguh lelak ini! Dalam diam-diam!

"Kawan aku yang pakai tudung labuh tu?"

Amri menganggguk laju.

"Oh! Farah... Dia tak datang hari ni. Lagipun, aku nak jumpa kawan lama aku. Jadi, Farah malas nak ikutlah," panjang sekali Hazwani memberi penjelasan.

'Farah namanya...' desis Amri dlam hati sambil dengan tersenyum seorang diri. Lagaknya sepersis orang angau.

"Yang kau tersengih-tersengih macam kerang busuk ni kenapa? Dah buang tebiat ke apa?!" soal Hazwani aneh. Pelik benar melihat Amri tersenyum seorang diri.

"Eh, tak ada apa-apalah... saja aku tanya kau," Amri memberi alasan. Dasar jawapan yang tak masuk akal! Tak logik langsung.

Hazwani merenung tepat wajah Amri. Tangannya mengurut lembut dagunya sendiri seakan memikirkan sesuatu.

"Ke kau ada simpan sesuatu daripada aku ni? Sebab aku tengok, Farah gelabah bila aku cerita pasal kau. Kau kenal Farah ke?"

Laju sahaja Amri menggeleng kepalanya. 'Farah gelabah?'

"Eh, aku mana kenal dia. Cakap pun tak pernah," sangkal Amri sekeras-kerasnya.

"Betul ke?" Hazwani menginginkan kepastian.

"Betullah...sudahlah, aku nak bersiap ni. Start kerja pukul empat. Sekarang dah pukul tiga suku. Aku nak make-up apa lagi," tutur Amri seolah-olah ingin melarikan diri daripada terus ditanya. Bukan boleh percaya sangat dengan Hazwani ni!

"Haha!!! macam perempuan. Okeylah...aku pergi dulu. Nak jumpa kawan. Assalamualaikum,"

"Eh...eh... kejap!" Amri menghalang langkah Hazwani yang baru menapak setapak.

"Apa?"

"Kau jangan beritahu kawan aku pasal job aku ni,"

Tersengih Hazwani dibuatnya. Sudah agak! pasti itu yang Amri ingin beritahu padanya.

"Kenapa? kau takut kena usik?" jerat Hazwani.

"Eh, mana ada..."

"Oh! jadi kau tak kisahlah aku beritahu kawan kau nanti? Tak apa... Lagipun, job kau ni okey apa. Janji halal," usik Hazwani sambil berpeluk tubuh.

"Tolonglah weh..."

"Sudahlah, aku pergi dulu. Kawan aku mesti lama dah tunggu. Apa-apa pun, selamat berkerja." tutur Hazwani segera meninggalkan Amri yang tercengang itu.


Dalam hati Hazwani ketawa mengekek. Panggilan Amri hanya dibiar sepi. Malas ingin melayan!


_________________



Sebulan Kemudian...


"Terima kasih ya sebab kau sudi tumpangkan aku kat rumah kau," tutur Hazwani tersenyum sambil tangannya menggapai beg galas lalu diselimpangkan ke bahu.

"Kau ni ke situ pulak. Buat macam baru kenal sehari," tutur Farah sambil tangannya mencubit lembut lengan Hazwani.

"Auchhh!!! sakit kau tahu tak," marah Hazwani sambil mengusap-usap lengannya yang dicubit sahabatnya itu.‘Minah ni kalau cubit aku, aduh! Sakit sungguh!’ bebel Hazwani dalam hati dengan riak wajah dimasamkan.


"Eleh... baru cubit sikit dah nak tarik muka masam. Buatlah muka macam tu. Kedut nanti baru tahu! Kau ingat aku tak tahu ke kau kutuk aku dalam hati kan?” tebak Farah dengan menjegilkan matanya. Kedua-dua belah tangannya mencekak pinggang seakan ibu tiri yang memarahi anak tirinya. Ala, dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih itu. Suka sekali menyakat si Hazwani! Mana tidaknya, dua bulan lagi baru balik kampus. Sementara masa masih ada, bolehlah kenakan si Hazwani ni habis-habisan. Hahaha! ketawa Farah dalam hati.

Mendengar apa yang dikatakan Farah, tiga ratus enam puluh darjah wajah bertukar ceria dan selamba! Bagaimana Farah boleh tahu pun dia tidak tahu. “Mana ada! Kau jangan nak merepeklah. Tak pernah aku nak kutuk kau tahu tak. Kau tu sahabat aku dunia akhirat. Tak nak lah kutuk-kutuk macam ni,” tutur Hazwani seakan membela dirinya dengan suara yang diperlahankan. Minta simpati lah tu!

"Ha! baru comel. Ini tidak, muka macam kerang busuk.  Eh, tak payah nak cover line sangatlah weh! Aku dah tau kau kutuk aku dalam hati. Ingat aku tak tahu ke?” usik Farah lagi. Suka dia melihat riak serba salah Hazwani. Haha! Hal kecil saja pun sengaja nak dipanjangkan.

Ibu Farah, Puan Salmah menggeleng kepala mendengar usikan si anak.

“Mana ada!”

“Tak percayalah!”

“Sudah-sudahlah tu hampa dua ni. Yang si Farah suka saja nak usik Wani. Nanti tak balik pulak Wani nanti.” celah Puan Salmah yang datang tiba-tiba yang tidak mahu anaknya mengusik Hazwani lagi. Bukannya dia tidak tahu dengan sikap anaknya itu. Semakin dibiar, semakin menjadi-jadi. Sudah boleh buat hipotesis pun. Tangan kanannya kalut memperbetulkan plastik yang berisikan kuih karipap buatannya sendiri.

“Hehe…tak apa mak cik. Wani faham Farah ni macam mana,” tutur hazwani tersenyum manis buat Puan Salmah. Sudah dianggap Puan Salmah seperti ibunya sendiri.

“Hehe…tak apa mak cik. Wani faham Farah ni macam mana,” tutur hazwani tersenyum manis buat Puan Salmah. Sudah dianggap Puan Salmah seperti ibunya sendiri.

Farah mencebikkan bibir mendengar kata-kata Hazwani. Hatinya belum puas mengenakan Hazwani.

“Nah, wani! Mak cik ada buat karipap sikit. Buat bekal kamu nak balik Kuala Lumpur nanti. Nanti dalam perjalanan, bolehlah makan. Buat alas perut sikit,” tutur Puan Salmah lalu menghulurkan plastik yang bewarna hijau dengan senyuman.

“Lah, susah-susah je mak cik. Terima kasih. Ni yang sayang mak cik sangat-sangat ni! Karipap, makanan kegemaranku. Kau jangan jealous Farah,” usik Hazwani sambil menayang-nayangkan plastik yang berisikan kuih karipap di hadapan mata Farah. Sengaja buat Farah sakit hati dengannya! Macam budak-budak!

“Aku cubit kau lagi kang, baru kau tahu langit tinggi ke rendah!” acah Farah lalu cuba mencubit perut Hazwani tetapi sempat dielak Hazwani.

Puan Salmah yang berada di sisi hanya tersenyum manis sambil kepalanya digeleng-gelengkan.

“Sudah-sudah, macam-macamlah hampa ni! Farah, nanti Wani terlepas kapal terbang. Wani, mak cik pun sayangkan wani. Nanti balik elok-elok ya. Kalau dah sampai nanti telefon Farah,” pesan Puan Salmah sambil mengusap-usap bahu Hazwani.

Laju sahaja Hazwani mengangguk dengan senyuman tak lekang di bibir. Matanya beralih pula ke arah Farah yang mendiamkan diri. Sayangnya buat Farah tidak terkata. Hanya ALLAH yang mengetahui. Perkenalannya dengan Farah merupakan satu anugerah dari Ilahi yang tidak disangka-sangka sehinggakan mereka menjadi sahabat sejati di kala susah dan senang. Semoga hubungan mereka akan kekal selam-lamanya. InsyaAllah…

“Kenapa kau renung aku macam tu?” soal Farah aneh.

Tanpa berkata apa-apa, tubuh kecil milik Farah dipeluk erat. “Aku nak minta maaf sebab kutuk kau dalam hati tadi,” tutur Hazwani dengan suara yang diperlahankan. Rasa bersalahnya pada Farah amat tebal ketika ini. Sudahlah menumpang rumah orang!

Ketawa mengekek Farah dibuatnya tetapi dibalas juga pelukan Hazwani. “Sudahlah kau ni. Tak payah nak berdrama sangat. Aku okey ajelah. Macamlah tak biasa aku selalu usik kau. Dah dah! Tak nak nangis. Cengeng lah kau ni,” tutur Farah sambil menggosok kepala Hazwani dengan kasar. Sengaja menyakitkan Hazwani lagi!

“Aku minta maaf…”

“Sudahlah, tak payah nak menangis. Mana Wani yang kuat macam dulu ni? Dah-dah! Aku sayangkan kau. Kau balik elok-elok nanti. Apa-apa hal kau call aku.” Pesan Farah dengan senyuman.

“Terima kasih ya sebab sudi tumpangkan aku kat sini selama sebulan. Nanti aku datang lagi ya. Mak cik jaga diri. Kirim salam dekat pak cik. Kata dekat pak cik, terima kasih sebab sudi tumpangkan Wani. Farah, kau pun jaga diri. Nanti lepas dua bulan, kita jumpa di kampus.”

“Okey sayang! Kau pun jaga diri.”

“Baiklah Wani. Jaga diri juga ya, Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.



"Yelah-yelah. Kau balik elok-elok tau. Jaga diri kau! Dua bulan lagi kita jumpa," pesan Farah bertubi-tubi.

Terhangguk-hangguk Hazwani kali ini seperti burung belatuk. Sudah seperti ibu menasihati anaknya. Pada masa yang sama, dia tahu Farah menyayanginya. Beruntungnya dia kerna mempunyai sahabat sebaik ini. Semoga Allah panjangkan hubungan mereka hingga ke jannah!


________________



"Allah, segarnya rasa..." tutur Farah lalu menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Ketika ini, matanya mengamati keadaan sekeliling dan angin menderu membuatkan dia berpeluk tubuh. Menahan kesejukan yang mencengkam dalam diri.

"Ramainya orang..." tutur Farah seorang diri sambil melihat orang lalu-lalang di hadapannya. Cuti semesternya kali ini lebih bersama keluarga dan kadang-kala lebih menyendiri. Tidak tahu kenapa. Udara di Padang Kota Lama betul-betul mendamaikan hati. Itulah angin yang paling fresh berbanding air-cond buatan manusia! jeruk di tangan di ambil lalu dimakan. Memang inilah kerja dia setiap hujung minggu. Lepak seorang diri di Padang Kota Lama. Tak pernah dibuat orang lepak seorang diri.

"Apa maksudnya mimpi hari tu, hah?" soal Farah seorang diri. Mindanya terjentik tiba-tiba mengingatkan hal itu. Apakah petandanya? Pelbagai persoalan yang menerpa dalam dirinya ketika ini. Pada masa yang sama, jeruk di dalam mulutnya dikunyah perlahan.

"Tak mungkin...tak mungkin..." tutur Farah sambil menggelang kepalanya seorang diri. Sesekali lihat seperti orang gila! manakan tidak, geleng kepala seorang diri. Di hadapan orang ramai pulak tu!

"Memang tak lah!" tutur Farah lagi. Kali ini dengan sesikit suara dinaikkan.

Orang di sisinya terkejut bukan kepalang. Memang sudah menempah maut si Farah ini. Pada masa yang sama, manusia di sisinya itu memandang Farah dengan dahi berkerut. Barangkali sedang memikirkan sesuatu!

"Adik, baik-baik sajakan?" tegur wanita itu dengan sopan sambil tangannya menyentuh lembut lengan si Farah.

Terangkat bahu Farah dibuatnya apabila disapa begitu! 'Ahhh! hilang terus!' getus Farah dalam hati sambil kepalanya menoleh ke sebelah kiri. Ingin melihat siapa gerangan yang berani menegurnya.

"Adik baik-baik sajakan?" soal wanita itu sekali lagi.

Berkerut dahi Farah saat ini. Pelik mendengar soalan daripada bibir wanita itu. 'Aku mestilah okay. Kenapa? Nampak aku ni macam orang gila ke?' monolog Farah dalam hati. Tudungnya yang sedikit terangkat ke bahu itu dikemas 

"Saya baik-baik saja. Kenapa ya? Ada yang tak kena ke?" 

Wanita itu tersenyum melihat wajah Farah yang berkerut itu. “Akak nampak adik cakap seorang diri tadi. Adik ada masalah?”

“Tak adalah akak. Adik baik-baik saja.” Beritahu Farah dengan senyuman terukir di bibir sambil memandang wajah perempuan jelita di hadapannya itu.

“Yeka?” soal perempuan jelita nitu seakan cuba perangkap Farah.

“Betul-betul…” meleret sahaja Farah menjawab kali ini. Dia pelik dengan pertanyaan perempuan jelita di hadapannya itu. Situasi ini membuatkan dia menjadi rimas dengan pertanyaan yang bikisarkan soal hati. Kalau boleh, dia tidak mahu menceritakan kepada sesiapa. Tetapi, ketika ini dihadapannya ada seorang perempuan jelita yang penuh misteri hadir yang cuba mengorek rahsianya.

“Baiklah… akak faham. Tapi kan adik, kalau perempuan memandang langit, merenung bintang, itu tandanya hati sedang gelisah. Hatinya sedang gundah-gulana. Berfikirkan sesuatu sambil mengucap subhanallah dalam hati dengan kebesaran-Nya.” Tutur perempuan jelita itu tanpa dipinta sambil membetulkan sedikit kain kerudungnya yang terangkat akibat angin yang sepoi.

Farah terpana dan mendiamkan diri daripada berkata apa-apa. Tanpa sedar, air matanya mula minitis jatuh di pipi yang gebu itu. Tidak tertanggung lagi dengan apa yang dia rasa. Siapakah perempuan jelita ini?

“Menangislah semahu-mahunya adik. Kadang-kala dengan tangisan menjadi kekuatan untuk teruskan hidup. Allah tahu apa yang terbaik buat kita di dunia ini. Dia telah merencanakan yang terbaik buat kita. Cuma kita harus sentiasa mengikuti segala perintah-Nya dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.” Tutur perempuan jelita itu dengan panjang menjela.

“Akak pernah putus cinta?” soal Farah tiba-tiba.

Perempuan jelita itu hanya tersenyum. Senyuman yang paling berat!

“Kenapa? Adik putus cinta ke?”

Farah menggeleng kepala laju sambil menghakis air matanya.

“Adik tak pernah bercinta dan takut untuk bercinta. Semuanya adik serahkan kepada Ilahi.” tutur perempuan jelita ini pantas meninggalkannya dengan senyuman terukir di bibir.

 Kata-kata wanita itu pantas disimpan di dalam hati. Siapakah wanita itu?
_______________
Sebulan Kemudian...


Suasana di Padang Kota Lama begitu mengasyikkan. Sekali datang, pasti hati tertambat. Tambah pula angin sepoi-sepoi di waktu malam dan bintang bertaburan di dada langit. Subhanallah, sangat cantik. Matanya meliar memandang sekeliling. Melihat ramai pemuda-pemudi yang datang bermadu asmara, ada juga yang datang bersama keluarga untuk meluangkan masa di hujung minggu sebegini.

Tiba-tiba, matanya tertangkap kepada seseorang. Kenapa setiap kali dia datang, pasti sahaja badut itu ada. Sebelum ini, tidak pernah pula ada badut. Barangkali ini sudah menjadi rutin harian badut itu untuk mencari duit poket. Memorinya imbas kembali mengingati badut yang dijumpainya dua bulan lepas bersama Hazwani. Badut itu seakan-akan menyimpan sesuatu perkara. Dia tidak berani melawan anak mata yang dipandangnya itu. Dia takut pandangan itu merupakan pandangan syaitan. Nuzubillahiminzalik. Minta Allah jauhkan perkara itu.

“Woi! hang berangan apa tu?” tegur Athirah sambil mencuit pinggang Farah dengan senyuman terukir di bibir.

Terangkat bahu Farah dibuatnya. Terkejut bukan kepalang dan dadanya seakan turun naik ketika ini. Jantungnya pula berdegup laju. Hiperbola sungguh!

“Ya Allah, Tirah… hang nak bagi aku mati ke ni? Terkejut aku tau dak. Bagilah salam ka apa ka. Ini tidak, sergah orang tak tengok kiri kanan,” leter Farah sambil menurut dadanya yang berdegup laju itu.

Athirah tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu. Macam kerang busuk!
“Aku gurau sajalah! hang tengah buat apa ni?”

“Tengah minum ayaq laut. Hang nampak dak?” perli Farah.

Athirah pantas memandang perut Farah. “Tak kembung pun perut hang,” perli Athirah kembali. Sengaja mengusik sepupunya itu.

“Ish hang ni! Bendul sungguh. Aku cubit hang baru tau kut,” acah Farah dengan tersenyum.

“Kerja hang daripada dulu, asyik duk cubit orang saja.”
“Mak tok mana?”

“Ada dekat kedai makan tulah. Duk bersembang lagi.”

“Semua ada dekat situ lagi?” soal Farah lagi. Sengaja mereka membawa mak tok dan sepupu-sepupunya datang ke Padang Kota Lama. Yelah! Sudah lama mereka tidak datang ke Pulau Pinang. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
Athirah mengangguk laju.

“Aku tau apa yang hang duk pikiaq.” Tebak Athirah tiba-tiba yang sekian lama mendimakan diri.

Farah menoleh pantas ke arah sepupunya itu dengan dahi berkerut.

“Apa yang hang duk merepek ni?”

“Luahkanlah apa yang terbuku dalam hati hang saat ini.”

Tergelak kecil Farah dibuatnya. “Penyakit apa pulak yang sepupu aku dapat malam ni.” Sindir Farah sambil berpeluk tubuh.

“Aku tengok hang asyik termenung saja. Selalunya hang tak macam ni. Hang seakan-akan memberi aku persoalan yang banyak telinga kera.”

Berkerut dahi Farah dibuatnya. “Telinga kera?”

“Tanda soal lah. Hang ni pun, yang tu pun aku kena ajaq ka?”

Meletus juga ketawa Farah. “Macam-macamlah hang ni, Tirah.” Tuturnya sambil menggelang kepala. Dia harus bijak menutup kekusutan hatinya saat ini. Dia tidak mahu sepupunya yang lagak seperti penyiasat tak berbayar itu ketahui apa yang ada dalam fikirannya ketika ini. Bukannya dia tidak kenal dengan Athirah, sepupunya yang paling dia rapat di kampung. Umur mereka pula sebaya. Otak pula satu kepala. Memang boleh buat jadi temanlah! Tetapi, sekarang masing-masing sibuk sambung belajar. Athirah belajar di Universiti Malaysia Sabah, mengambil bidang psikologi. Memang ini peluang Ahirahlah nak mengorek rahsia si Farah. Hahaha!

“Hm, yelah. Farah, hang tau dak, bila seseorang datang ke laut termenung dan tengok bintang, mengeluh panjang. Itu tandanya hati sedang resah.” Athirah cuba perangkap Farah.

Wajah Farah yang tak lekang dengan senyuman, tiba-tiba berubah suram dan matanya meliar mencari kekuatan.

“Tak payahlah hang nak tipu aku Farah oiii…”

“Mana ada! Aku okeylah.” Tutur Farah sambil memang tembok pembahagi untuk menumpul kekuatan.


*Tunggu sambungannya ya. SELAMAT MEMBACA! jangan lupa tinggalkan komen anda. Terima kasih! (^_^)











In LOVE