Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

30 Jun 2014

PLAYBOY VS PLAYGIRL 9

Dari jauh Emilda melihat susuk tubuh seseorang. Dia  mengecilkan matanya dan mengamati wajah itu betul-betul. Tangannya digenggam kuat. Geram bukan kepalang dengan apa yang dilihatnya. Laju sahaja Emilda melangkah ke arah lelaki itu

"Woi! kau buat apa ni, hah?" sergah Emilda tanpa segan-silu. Bahu Amier Rafzan ditolak kasar.

"Kau siapa?" soal Amier Rafzan buat tidak kenal sambil tangannya menggosok lembut bahu yang ditolak itu. Sakitnya! Melihat raut wajah Sofea yang berkerut, hatinya seratus peratus berubah. Nahaslah dia kalau Sofea tahu dia berselingkuh. Tertelan liur dia kali ini!

"Siapa ni?" soal Emilda dengan mata yang dijegilkan. Dia menilik perempuan itu dari atas hingga ke bawah dengan tidak puas hati.

"Siapa ni sayang?" soal Sofea dahi berkerut-kerut. Wajah Amier Rafzan direnung serius. Hatinya ketika ini, sudah tidak enak. Berfikir ada sesuatu yang akan berlaku!

"Sayang?" soal Emilda mengangkat kening kirinya.

"Siapa dia ni, Am?! tolong jawab pertanyaan I!" soal Sofea mulai gelisah. Dia berpaling melihat Emilda dengan pandangan tajam. Memberi amaran!

"Oh, ini Emil. Anak orang gaji rumah I. Kenalkan Emil, ini Sofea," tutur Amier Rafzan selamba.

'Kurang asam punya budak. Ada ke boleh kata aku ni anak orang gaji dia,' getus Emilda dalam hati menahan rasa sakit yang bagai dicucuk berkali-kali.

"Yes! I orang gaji dia dan I bakal isteri dia juga." tutur Emilda dengan senyuman plastik. Tangannya segera menghulur ke arah Sofea. Sengaja menambahkan sakit hati perempuan itu dan Amier Rafzan yang terjegil. Sesekali lihat, seperti mata ikan buntal. Barangkali terkejut dengan ayat yang keluar daripada mulut Nelydia Emilda sendiri.

'Jangan pernah bermain dengan api lain kali!' monolog Emilda sinis dalam hati.

'Dia ni memang sengaja nak pecah lubang!' hamun Amier Rafzan dalam hati sambil matanya memandang ke arah Sofea yang melongo dan terkebil-kebil mata. Beberapa saat kemudian, riak wajah Sofea kembali bertukar kemerahan. Tangannya digenggam seperti penumbuk.

Saat ini, tertelan liur Amier Rafzan dibuatnya. Emilda pula segera menarik kembali tangannya kerana dia tahu, tidak mungkin perempuan itu akan berjabat tangan dengannya. Plannya untuk memusnahkan rencana pernikahannya dengan Amier Rafzan sudah bermain di mindanya ketika ini. Dia harus merosakkan segala-galanya dengan secepat mungkin. Dia harus membongkarkan segala-galanya kepada orang tuanya.

'Matilah kau, Amier Rafzan!' tutur Emilda dengan senyuman sinis terukir di bibir.

"By the way, I have to go. Sayang, lain kali kalau nak keluar dengan kawan perempuan beritahulah I. Sebab I takut nanti, mama you jumpa you dan mati terkejut sebab tengok you keluar dengan perempuan yang macam ni." tutur Emilda dengan memberi senyuman yang paling manis buat Amier Rafzan. Sofea di sisi hanya menahan kegeraman. Sakit hatinya bukan kepalang. Mahu sahaja disimbah asid ke mulut perempuan dihadapannya saat ini. Amboi!

Tanpa membuang masa, Amier Rafzan merentap kasar tangan Emilda dengan hati yang bengkak. Bukan setakat bengkak, sudah nak pecah pun!

"Kenapa dengan kau ni, hah?! tak boleh ke kau jauhkan diri kau dari hidup aku?" soal Amier Rafzan bertubi-tubi dengan kegeraman.

"Sakitlah tangan aku ni! lepaslah bodoh!"

"Hehehe...tahu pun sakit. Kau buat aku sakit boleh pulak!"

"Aku nak baliklah! tak ada masa nak cakap dengan orang yang cetek akal seperti kau ni!" bidas Emilda kembali sambil merungkaikan tangannya daripada cengkaman Amier Rafzan.

"Aku cetek akal?" terangkat kening kirinya saat ini.

"Yelah, kaulah yang cetek akal! Lepas ni, senanglah aku nak teruskan plan aku untuk memusnahkan perkahwinan kita wahai si budak hingusan!"

Mencerlung mata Amier Rafzan dengan kata-kata Emilda. Apakah maksudnya? Tangannya serta-merta melepaskan cengkaman di tangan Emilda.

"Bye! kau tunggu apa akan jadi besok hari!"




1 comment:

Anonymous said...

Lain kali,kalau tulis nvl..
Tolong hbiskan,,buruk

In LOVE