Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

21 Jan 2013

ULASAN NOVEL : HATI KALA CINTA OLEH HANI FAZUHA

Assalamualaikum bagi yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera bagi bukan yang beragama Islam. 
Apa khabar semua.. Hai para pembaca ( sedih sebab tak ada orang follow blog ) haha , It's okey.. Asalkan ada orang baca tu dah cukup mengembirakan buat kami. Ahaks ! Baiklah, hari ini Pa'ah akan membuat ulasan mengenai novel HATI KALA CINTA oleh HANI FAZUHA. Sebenarnya novel ni bukan hak milik Pa'ah tapi hak milik tuan tanah yang lagi satu. Hehe. Okey, firstly...Jum baca sinopsis ! :)

Mereka rapat kerana berjiran tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki tetapi tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia. 

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila tetapi Lya tahu ada cinta di hatinya untuk Zhafran. Namun, ianya sudah terlewat kerana Zhafran telah pun memilih Nurin.

Saat yang sama, Hareez pula hadir dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menambahkan penasaran di hati Lya. Kali pertama bertemu, yang ada di mata Hareez hanyalah kebencian.

Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya menyintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga. 

Kadangkala, kuasa memilih bukan di tangan kita tetapi tidak semesti kita harus mati saat takdir menetapkan pilihannya.

‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’ - Lya



Hah , dah habis baca sinopsisnya kan? Menarik tak ? Bagi Pa'ah, jalan cerita yang dikarang agak menarik dan diselitkan dengan unsur-unsur sweet yang boleh menyebabkan anak-anak dara sawan senyum sambil baca novel ni disebabkan terlalu sweetnya. Wataknya pun okey. Banyak konflik yang dibuat untuk menarik minat pembaca. Gaya bahasanya santai dan sesuai untuk golongan-golongan remaja zaman sekarang. Hihi , tapi ingat satu ! Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan :)

Jangan lupa beli novel ini dan jadikannya salah satu koleksi anda di rumah. Macam iklan tak berbayar je pun. haha. 

Untuk lebih banyak karya Hani Fazuha , anda boleh lawati blog beliau di sini .

Don't forget to follow our blog for more update later , thank you ! :)

No comments:

In LOVE